Followers

Sunday, 16 June 2013

7
Komen

EJEN CINTA 143 bab 8



Khair Ridzuwan merenung wajah Iqram Aznan. Bila masa pula si Sya ni berkenalan dengan lelaki yang perasan bagus? Ada hati nak melamar jantung hati aku.
Apa pandang-pandang? Ingat aku takut dengan jelingan kau. Dah la nampak macam lembik! Geram Iqram Aznan dalam hati.
Mereka saling berpandangan di tempat letak kereta. Tidak bercakap, tidak bertumbuk dan tidak bergerak juga. Hanya jelingan sahaja yang berbicara.
“Aku rasa kau tak layak untuk Sya.” Akhirnya Khair Ridzuwan bersuara.
“Kenapa pula? Aku ada syarikat sendiri. Aku boleh sara hidupnya!” panas pula hati Iqram Aznan mendengar Khair Ridzuwan berkata begitu.
“Ini bukan kes ada syarikat atau tak. Sya suka lelaki yang sederhana. Dia tak nak lelaki yang dia suka tu sibuk melebihi sultan!” sinis Khair Ridzuwan.
“Apa sultan-sultan ni?!” marah Iqram Aznan.
“Yelah. Kalau tak nak sultan. Aku ubah sikit ayat aku.” Khair Ridzuwan memikirkan sesuatu. “Sibuk yang melebihi PM.”
“Sudahlah! Cakap dengan kau memang tak kan habis.” Iqram Aznan ingin berlalu.
“Tunggu!” Nada Khair Ridzuwan serius.
Iqram Aznan berpaling.
“Jangan kacau Sya lagi!” jelingan Khair Ridzuwan lebih tajam dari tadi.
“Kau tahu tak, perempuan yang kau suka tu adalah perempuan yang aku paling benci! Aku nak kahwin dengan dia sebab aku nak seksa dia. Aku tak nak ada lelaki lain dapat dia selain aku. Aku nak dia terseksa seumur hidup aku sebab pernah menduakan aku!” tegas suara Iqram Aznan.
“Tak guna!” Khair Ridzuwan tidak dapat mengawal marahnya apabila mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki di hadapannya ini.
Bukk!
Satu tumbukan hinggap di muka Iqram Aznan. Dia rebah ke belakang.
“Kau ingat Sya tu apa?! Aku kenal dia! Dia seorang yang baik!” Khair Ridzuwan mencengkam kolar baju Iqram Aznan dengan kasar.
“Aku lebih kenal dia! Dia ada tanda lahir di dada. Aku tahulah!” Senyum sinis Iqram Aznan. Dia meludah keluar darah yang ada dalam mulutnya. Puas hatinya.
“Cukup!” Khusnul Syakinah terkejut mendengar kata-kata Iqram Aznan. Apa yang paling ditakuti semalam ini sudah berlaku. Tubuhnya menggigil melawan segala yang menimpa dirinya. Dia  kena kuat!
“Cukup, Iqram!” lemah suara Khusnul Syakinah. Dia cuba menahan air matanya dari terus mengalir. “Cukup Iqram! Jangan kau ungkit kisah lalu. Aku... Aku dah maafkan kau! Jadi... Tolong jangan buat aku benci kau seumur hidup aku.” pinta Khusnul Syakinah.
Iqram Aznan terkesima. Dia maafkan apa yang aku dah buat pada dia? Betul ke ni?
Khair Ridzuan hanya memerhati. Dia sendiri tidak faham dengan situasi ini.
“Kalau kau maafkan aku, kau kahwin dengan aku?” kata Iqram Aznan secara spontan.
Kini giliran Khusnul Syakinah pula tersentak. Dia tidak akan berkahwin dengan lelaki seperti Iqram Aznan. Dia tidak cintakan lelaki itu. Akhirnya dia terdiam.
Tiba-tiba Iqram Aznan ketawa.
“Mulut kata maaf tapi hati... Kau sama aje dengan perempuan lain!” kata kasar Iqram Aznan.
“Kau ni dah lebih! Kalau dia tak nak kahwin dengan kau, dia akan kahwin dengan aku!” Khair Ridzuan sendiri menawarkan dirinya.
“Kau jangan mimpi!” marah Iqram Aznan.
Mereka berdua bersambung pergaduhan mereka.
“Berhenti!” jerit Khusnul Syakinah sekuat hati. “Aku akan kahwin dengan Khair Ridzuan! Aku harap kau setuju.”
Iqram Aznan jadi makin marah. Dia rasa tercabar. Akhirnya dia berlalu dari situ.

7 comments:

  1. ah...! bestnyeeeeee... pndeknyeeeee,, cepat la sambung.. :)

    ReplyDelete
  2. Laa.. sikit aje ke? dah lama sy tunggu, dpt sikit aje. X puas hati nih...

    ReplyDelete
  3. akak sye klu bleh nk syakinah dgn iqram aznan mseti lgi best sbb dorang benci sesama sndri...tp ade cinta -lina

    ReplyDelete
  4. Pendeknya...nk lagi cepat2

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi