Followers

Sunday, 13 October 2013

29
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 20



Bab 20

Nakal? Nakal? Tengku Zam Hairil termenung sendirian di ruang tamu. Selepas menunaikan solat subuh dan mengaji, dia tidak tahu apa yang sepatutnya dibuatnya. Kacau Zati la!

Perlahan pintu bilik Izz Izzati dibuka. Kelihatan isterinya sedang berselimut sampai ke paras dada. Tahulah dia ABC tapi seorang isteri kena bangun awal... Bebel Tengku Zam Hairil dalam hati.

Apa yang aku nak buat? Dia merenung wajah Izz Izzati. Makin lama makin dekat. Dahi Izz Izzati berkerut. Kenapa dahinya berkerut ye? Mimpi ngeri ke? Tengku Zam Hairil tertanya-tanya.

Awat aku rasa muka aku ada angin panas ni. Lain macam je? Fikir Izz Izzati dengan mata terpejam. Dahinya berkerut.

Perlahan-lahan Izz Izzati membuka matanya. Dia tergamam. Wajah Tengku Zam Hairil begitu hampir dengan wajahnya. Dia terkaku.

"Kenapa ni Zati? Awak mimpi ngeri ke?" Soal Tengku Zam Hairil dengan jarak yang begitu dekat.

"Tak la. Cuma saya rasa ngeri bila Tengku dekat macam ni." Izz Izzati tersengih.

Pantas Tengku Zam Hairil berdiri. Dia buat muka selamba.

"Macam ni Zati, saya nak keluarlah. Dah lama tak jumpa adik saya. Jadi saya akan ke pejabatnya. Awak duduk rumah ni elok-eloklah. Sebelum tengah hari saya akan pulang. Jadi awak jangan lupa masak. Saya dah jatuh cinta dengan masakan awak. Baiklah saya keluar dulu." Tengku Zam Hairil bercakap dalam satu nafas lalu dia keluar.

Jatuh cinta? Tengku jatuh cinta pada aku ke? Izz Izzati tersentak. Dia segera bangun dari terus berbaring.

"Jangan lupa masak... Bye..." Tengku Zam Hairil terus keluar.

"Masak? Ala..." Izz Izzati yang masih kemamai ini dengar tak dengar sahaja. Dia menyambung tidurnya semula.





Fakhrol Hazril resah dan gelisah. Syarikatnya hampir muflis. Pelabur dan pemegang saham mula ugut mahu menarik diri atau menjualnya kepada sesiapa yang mahu membelinya. Ini semua gara-gara sikapnya yang boros dan berjoli dengan perempuan.

"Bos, ini laporan kewangan untuk tahun ini." Malik meletakkan fail laporan itu di atas meja.

"Letak saja atas tu dan keluar." arah Fakhrol Hazril. Dia benar-benar serabut. Siapa suruh guna duit syarikat. Mati aku! Kuasa aku hanya 45 peratus sahaja dalam syarikat ini. Memang aku akui yang si Zam tu ada 35 peratus hak dalam syarikat ini tapi aku yakin dia tidak tahu apa-apa mengenai ini.

"Bos..." Salina muncul.

"Kenapa ni?" Wajah cemas Salina membuat Fakhrol Hazril turut rasa cemas.

"Dato Yusuf mahu menjual bahagiannya."

"What?!" Fakhrol Hazril terkejut. Jika Dato Yusuf menjualnya dan kalau Si Zam tu tahu pasal ni lalu membelinya, pasti kuasanya lebih tinggi daripada aku dan aku tak layak untuk menguruskan syarikat ni.

Salina yang sudah keluar kini masuk semula.

"Bos.."

"Apa lagi ni?"

"Mama bos datang..."

Fakhrol Hazril terpana. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan ibu tirinya itu. Itulah rahsia yang membuat dia menghalau perempuan tua itu dari rumahnya. Dia benci! Rupa-rupanya selama ini yang menjagannya adalah ibu tiri. Bukannya ibu kandungnya.

"Kau nak apa datang sini? Aku kan kata jangan muncul depan aku." marah Fakhrol Hazril.

"Salah ke mama datang nak jumpa anak mama yang mama jaga bagaikan minyak yang penuh ni?" Puan Faridah begitu rindukan Fakhrol Hazril. Tengku Zam Hairil lagilah dia rindu tapi dia yakin yang anak kandungnya itu akan membencinya selepas apa yang berlaku padanya. Kerana anak tiri ini aku sanggup menghalau anak kandung aku sendiri. Aku menyesal.

"Kau bukan mak aku. Buat apa nak rindukan aku!" Fakhrol Hazril tidak mahu melihat wajah Puan Faridah.

Puan Faridah menundukkan wajahnya. Dia teringat akan madunya, Puan Khadijah. Puan Khadijah seorang rakan yang baik. Suaminya Encik Zamzuri, berkahwin dengan Puan Khadijah demi menyelamatkan maruah sahabatnya daripada di hina oleh orang kampung.

Akhirnya Zamzuri berkahwin dengan Puan Khadijah secara rahsia. Selepas melahirkan anaknya, Puan Khadijah meninggal dunia. Ketika itulah Puan Khadijah meninggalkan sepucuk surat supaya menjaga Fakhrol Hazril sehingga dia tidak pernah rasa kurangnya kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Tetapi akhirnya, Puan Faridah yang terperangkap dengan amanat seorang madunya. Kerana amanat itu, dia lupa pada anak kandungnya sendiri.

"Aku tak nak tengok muka kau lagi! Aku benci, kau faham tak!" Fakhrol Hazril menengking Puan Faridah.

"Mama tahu yang syarikat papa kamu ni ada masalah. Minta tolong abang kamu tu. Pasti kita dapat menyelamatkan syarikat ni." pujuk Puan Faridah. Syarikat ini sudah lama diusahakan oleh suaminya. Apabila Fakhrol Hazril menjadi CEO, semuanya tidak berjalan dengan baik. Anaknya itu terlalu mementingkan diri sendiri.

"Si Gay tu...?" Fakhrol Hazril bersuara.

Pang!

Puan Faridah menampar pipi anak tirinya itu. "Mungkin dulu kau boleh perbodohkan aku dengan tuduhan palsu tu tapi jangan kau sesekali kata anak aku macam tu. Sekarang dia dah kahwin dan bahagia pun. Kau! Kau ada apa? Tak ada apa-apa. Kalau macam ni perangai kau, sampai kau mati pun tak ada orang nak sayang kau!"

Pang!

Kini, giliran Pipi Puan Faridah pula di tampar. Dia sedikit kebelakang, mujur ada seseorang yang menahan.

"Zam..." Puan Faridah terkejut dengan kehadiran anak kandungnya itu. Dia sudah mendengar semuanya.

"Mama..." Air mata Tengku Zam Hairil mengalir. Tak tergamak dia melihat Puan Faridah diperlakukan seperti itu.

Puan Faridah tertunduk.

"Kau! Buat apa kau datang sini? Menyibuk je!" Sikit pun Fakhrol Hazril tidak memandang Tengku Zam Hairil.

"Aku datang nak tanya khabar kau. Tapi ini yang kau buat pada mama." kata Tengku Zam Hairil. "Mama, jom ikut Zam. Zam akan jaga mama." Tengku Zam Hairil membantu Puan Faridah berdiri. Dia membantu Puan Faridah tanpa mengetahui sebab sebenar.

"Tak!Tak boleh!" Fakhrol Hazril menghampiri mereka berdua lantas menarik kasar tangan kanan Puan Faridah.

"Hey!" marah Tengku Zam Hairil.

Dia dah ada Izz, kini nak ambil mama pula. Mana boleh! Nampak sangat aku keseorangan. Aku tak nak! Biar pun aku benci perempuan ni tapi aku nak dia ada dengan aku. Kalau Zam buat tak peduli pada mama, tak apa la. Ini siap nak bawa balik. Tak boleh jadi ni...

"Aku akan jaga mama."

Puan Faridah tersentak. Dia tidak mahu bersama Fakhrol Hazril. Dia rindukan anak kandungnya.

"Mama akan ikut aku..." Tengku Zam Hairil menarik tangan kiri Puan Faridah. Selepas itu bermulalah tarik-tarik antara mereka berdua.

"Lepas! Sakit tangan mama..." Rayu Puan Faridah. Dia pelik dengan sikap anak tirinya itu. Tiba-tiba mahu menjaganya.

"Ikut aku la." Dengan sekuat hati dia menarik tangan Puan Faridah dan pegangan tangan Tengku Zam Hairil terlepas.

"Mama..." Wajah sedih Tengku Zam Hairil terpamer. Dia lepaskan tangannya kerana tidak mahu Puan Faridah terus rasa sakit dengan adengan tarik menarik ini. Dia tidak mahu menyakitkan tangan orang yang banyak berjasa padanya.

"Zam..."

"Tangan mama okey? Nak Zam bawa pergi hospital?" Tengku Zam Hairil menghampiri Puan Faridah yang rebah ke lantai akibat tarikan yang kuat itu.

Fakhrol Hazril hanya menjeling tajam.

"Tak payah! Aku boleh hantarkan. Kau keluar dari pejabat aku ni! Aku meluat tengok muka kau." halau Fakhrol Hazril.

"Mama, Zam pergi dulu. Mama jaga diri tau... Zam sayang mama." Tengku Zam Hairil bersalaman dengan Puan Faridah dan berlalu pergi.

Zam, jangan tinggalkan mama di sini. Rintih hati Puan Faridah.

Tengku Zam Hairil rasa berat hati mahu meninggalkan Puan Faridah di situ tetapi siapalah dia. Puan Faridah tentu lebih sayang pada Fakhrol Hazril berbanding dirinya.

Seharian Tengku Zam Hairil berjalan tanpa arah tujuan sehingga dia lupa akan janjinya yang mahu pulang ke rumah pada waktu tengah hari tetapi kini sudah waktu tengah malam.

Tengku Zam Hairil menutup rapat pintu rumahnya. Dia duduk berehat seketika di sofa. Rasa sedihnya masih terasa. Dia memejamkan mata untuk seketika.

Tiba-tiba telinganya menangkap satu suara. Suara seseorang yang sedang mengaji. Perasaannya tenang mendengar kalimah Allah di baca. Pantas dia menuju ke bilik isterinya. Siapa lagi yang ada dalam rumah ini kalau bukan dia je?

Tengku Zam Hairil membuka perlahan pintu bilik Izz Izzati. Wanita itu sedang membaca surah Yassin. Sudah hampir penghujung.

Izz Izzati terkejut dengan kehadiran Tengku Zam Hairil di dalam biliknya sehingga bacaannya terhenti. Pada mulanya dia mahu memarahi suaminya kerana tidak pulang waktu tengah hari. Penat-penat masak tapi tak balik. Hatinya menjadi lemah apabila melihat wajah mendung Tengku Zam Hairil. Pasti ada yang membuat hati suaminya sedih.

“Jangan berhenti, dah nak habis tu...”

Izz Izzati menyambung kembali bacaannya. Tengku Zam Hairil turut sama membaca di sisinya. Lelaki itu bagaikan sudah menghafal surah tersebut.

Perlahan-lahan Izz Izzati menutup Al-Quran tersebut lalu di letakkan di rak buku yang paling tinggi. Apabila dia berpaling untuk melihat Tengku Zam Hairil. Dia terkejut. Suaminya betul-betul di belakangnya. Makin terkejut apabila melihat ada air yang mengalir keluar dari matanya.

“Kenapa ni Tengku?” soal Izz Izzati dengan cemas. Tiba-tiba sahaja laki aku nangis. Mana la aku tak cemas. Selalunya kerja dia nak usik aku je. Kenakan aku la. Ini nangis pula. Lemah jiwa aku tengok orang menangis ni.

Bacaan Izz Izzati membuatkan ingatannya pada seseorang yang bernama Feya. Sudah lama dia tidak merindui gadis comel itu.

“Zati, saya rindukan dia! Saya rindukan dia sangat-sangat.” Luah Tengku Zam Hairil sambil air mata mengalir. Dia terus memeluk Izz Izzati yang masih berdiri tegak itu.

“Dia tu siapa?” Izz Izzati membiarkan sahaja pelukan Tengku Zam Hairil seperti mana suaminya membiarkan persoalan itu tanpa jawapan.

"Zati, boleh tak awak teman saya tidur?" pinta Tengku Zam Hairil persis seorang kanak-kanak yang mahu ibunya menemaninya tidur.

Izz Izzati bagaikan dipukau dan hanya mengikut langkah suaminya ke katil.

"Zati, dia tu ialah Feya..." Tengku Zam Hairil mula bercerita. Selepas isterinya melipat sejadah dan telekung, mereka berdua berbaring atas katil.

Ketika itu, hati Izz Izzati berdebar hebat apabila berpelukan begitu. Makin lama, makin kuat debarannya. Tak boleh jadi.

"Tengku, saya ada buat kek kukus siang tadi. Jom makan sambil berbual..." ajak Izz Izzati. Dia tidak boleh berkeadaan begitu lama-lama. Boleh mati kering dibuatnya sebab terlalu bahagia berada dalam pelukan suaminya itu.

"Kek? Boleh juga." Tengku Zam Hairil setuju. Perutnya terasa lapar pula.

"Meh!" Izz Izzati menarik tangan Tengku Zam Hairil menuju ke dapur. Suaminya duduk di kerusi makan manakala dia membuka pintu peti ais dan mengeluarkan kek kukus coklat.

"Makanla..." Izz Izzati menghidangkan sepotong kek untuk suaminya itu.

"Tak selera pula. Saya jumpa mama tadi..." akhirnya Tengku Zam Hairil meluahkan perasaannya.

"Kalau tak selera, saya suapkan..." perlahan tangannya yang memegang sudu yang sudah ada sedikit kek disuakan ke mulut Tengku Zam Hairil.

Tengku Zam Hairil gelengkan kepala.

"Penat saya masak. Dahlah tunggu Tengku balik tapi tak balik-balik..." ada nada merajuk. Izz Izzati berjauh hati.

"Zati, maafkan saya!" Itulah Tengku Zam Hairil yang cepat rasa bersalah. "Baiklah saya makan." serentak itu, dia menarik kerusinya agak rapat dengan Izz Izzati sambil makan suapan isterinya itu.

Izz Izzati tersentak. Nak makan, makan je la tapi rasanya tak perlulah duduk rapat-rapat kan? Kan? Hatinya berperang sendirian.

"Zati..."

"Ya, saya maafkan Tengku. Mama sihat?" soal Izz Izzati. Baru beberapa hari lalu dia berjumpa dengan ibu mertuanya itu.

Wajah Tengku Zam Hairil kembali sedih. "Mama sihat..."

"Siapa Feya?" tiba-tiba persoalan itu timbul. Izz Izzati pun tak sangka mulutnya mahu menanyakan soalan itu.

"Feya...?" Tengku Zam Hairil termenung tetapi tiap kali Izz Izzati suakan ke mulut suaminya, elok sahaja masuk ke dalam mulut. Pelik betul.

"Tengku..." panggil Izz Izzati.

"Sedap kek awak buat ni. Nanti buat lagi tau..." Tengku Zam Hairil ubah topik. Dia tidak bersedia menceritakan perkara mengenai Feya. Biarlah masa yang tentukan.



Izz Izzati terkejut. Dia terus bangkit dari tidur. Apa yang terjadi semalam. Lepas makan kek, aku dan dia buat apa ye? Kepalanya rasa pening. Sudahlah! Baik aku pergi mandi. Dah lewat sangat ni. Dah nak masuk tengah hari, apa nak jadi la bini seorang ni. Izz Izzati bergegas ke bilik air.

Pantas tangannya membuka pintu bilik air itu.

"Apocot!" Izz Izzati terkejut melihat Tengku Zam Hairil berada dalam bilik air tersebut dan sedang bercukur.

"Sorry Zati. Cermin dalam bilik air saya pecah sebab saya terbaling telefon saya terkena cermin."Tengku Zam Hairil tersengih walaupun sengihannya itu tidak kelihatan kerana dilindungi oleh buih putih yang memenuhi bahagian mulut, dagu dan leher.

Baling telefon pada cermin? Gila ke tak siuman ni? Tapi bila dia baling? Lantak la!

"Tak apa tapi ada satu syarat." Izz Izzati tersenyum penuh makna. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya saat ini.

Tengku Zam Hairil menaikan keningnya. "Apa?"

"Saya nak tolong Tengku bercukur. Tak pernah cuba. So, rasa nak buat la."

"Pandai ke awak bercukur ni?" entah mengapa Tengku Zam Hairil tidak percaya.

"Mestilah boleh! Tak cuba tak tahu."

"Okey..." pencukur sudah bertukar tangan.

Izz Izzati memerhati buih pekat yang ada di dagu Tengku Zam Hairil. Dia rasa geram pula. Perlahan dia gerakan pencukur ke dagu suaminya. Mereka benar-benar rapat. Izz Izzati leka melakukannya.

"Hati-hati Zati..." bimbang Tengku Zam Hairil. Pencukur ini satu alat yang lama, tambahan pula pencukur ini menggunaka pisau nipis. Maka, ia perlu digunakan dengan penuh berhati-hati. Tidak seperti pencukur yang sedia ada.

"Relaks je..." Izz Izzti tersenyum lebar.

"Aduh!" Tengku Zam Hairil terkejut. Ada luka di dagunya.

"Maaf Tengku. Ini semua salah Tengku sebab masih gunakan pencukur yang klasik ni.." marah Izz Izzati walaupun sebentar tadi dia rasa bahagia sangat.

"Kita yang sakit, kita juga yang kena marah." Tengku Zam Hairil mengeluh. "Cium kan!" geramnya.

"Tak nak! Lari!" Izz Izzati berlari bersama pencukur klasik itu.

"Eh, Zati! Pencukur turun temurun milik keluarga saya tu..." Tengku Zam Hairil mengejar isterinya. Tanpa sedar ada perasaan bahagia dalam hati mereka.

"Zati, buka pintu ni! Saya tak habis bercukur lagi ni..." Jeritnya dari luar.

"Saya akan buka kalau Tengku maafkan saya."

"Ye, saya maafkan awak, Zati."

"Macam tu la." Serentak itu Izz Izzati membuka pintu biliknya. "Saya cop bilik air tu, Tengku cari cermin lain ye." Dia terus berlari keluar bilik dan menuju ke bilik air.

Tiba-tiba telefon bimbit Izz Izzati berbunyi. Tengku Zam Hairil menghampiri telefon tersebut.

"Mak yang call..." pantas tangannya menekan punat dan menjawab call tersebut.

Puan Zalimah bercakap satu ayat yang membuat Tengku Zam Hairil juga tergamam dan terkejut.

"Ayah..."



Ps: apa yang berlaku ni? Kenapa dengan ayah zati ni? Ish kena tunggu bab seterusnya ni...ihihihihi

29 comments:

  1. Nape dgn ayah zati? Hrp2 ok...

    ReplyDelete
  2. terbaek... nk lg hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin hari rabu pula...terima kasih sudi komen...

      Delete
  3. 9
    Huih... Zatiiiii... Kenapa awak ni semakin comel. Hahaha... Tengku pun memng bertambah nakal n comel. Hakhak....
    Pisau pencukur turun temurun. Haha... Macam mane la rupa dia ek. Hihi..

    Kan, pasti ada someting someting pasal 'kebencian' mama atengku tu. Okey..sikit2 dah terungkap..
    And si Hazril tu.. Uittt, kurg kasih sayang? Rasanya tak.. Tapi perangai macam hantu, tu la... Memg kurg kasih syg gamaknya, pasal perangai nak menang je, psiko.. Sian mak tengku kena lempang.

    Siapakah feya? alaa.... Selalu feya ni 'misteri' sgt. Hihi...
    What happen ngan ayah Zati ni?
    Jangan la benda tak elok jadi ek. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah feya muncul bila si sam ni muncul...kawan baik tengku hihihihi alat pencukur yang guna pisau nipis cap buaya tu....fesyen lama punya tu...pernah tgk tak?

      Delete
  4. hihi klakar... Sambung lg...

    ReplyDelete
  5. Sweetnya...cian TZH..xsbr nk tgu smbgnnya..

    ReplyDelete
  6. wah....
    jalan cerita semakin awesome ni...
    so hope lps ni xketinggalan cerita ni...
    rugi2 kalau ketinggalan :D..

    berbalik kepada cerita KDH ni...
    what si fakhrol hazril tu just anak tiri pn faridah je????????
    hurmmmmmmm...
    tp biarpon pn faridah tu just mak tiri dia
    dia xleh tampar mak dia sesuka hati..
    ini boleh mendatangkan kemarahan...
    agak2 la...
    pn faridah tu org yg selalu yg terlalu sayang awak si fakhrol hazril!!!!!
    sampai zam yang anak kandung sendiri pun dijadikan sebagai anak tiri...
    huh!!!!! =.="
    eh2 apasal AY teremo pula ni..
    hahahhaha

    mcm mana blh keluar cerita yg si fakhrol ni anak tiri??
    zam tahu x???
    kenapa pn faridah xsayangkan zam n fakrol sama rata??
    xkan sebab amanah madu dia???
    zam tahu x yg mama dia sangat sayangkan dia???
    hurmmmmm
    wah banyak pula soalan.. :P

    persoalan yg xdapat dirungkaikan lagi
    sapa feya tu???
    kenapa sampai zam asyik fikirkan feya??
    feya tu manusia ke??
    hehehehehe
    saja tanya kot2 kucing zam ke yg bernama feya
    yg zam sayang separuh mati..
    HAHAHAHAHAHA
    jahatnya AY menukar jalan cerita org :P

    sweetnya......
    tp kesian zam dia luka lps tu kena marah pula..
    hahhahha

    ayah....................
    kenapa kak???
    apa terjadi..
    kenapa xsambungkan???
    kak saja nk dera perasaan pembaca..
    huhuhuhuhuhuhu

    p/s:kak cepat sambung!!!!!!!!!!!! :D
    btw kwseluruhan cerita setakat ni xmenghampakan lagi
    AWESOME!!!!!!!!! (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pjgnya komen....akak tak tahu nak balas komen ni apa tapi apa2 pun thank sudi komen....kita tunggu je next bab

      Delete
    2. Hahahahahaha...
      Bt permintaan...
      Jwb soalan mcm mana fakhrol dapat tau yg dia bukan anak kandung pn faridah????
      AY.....

      Delete
  7. Sis ria nk tye. Boleh??? Kte cri sambungan suami ku gk 2 kat ilham karangkraf tu x dpat2....kt ne ruangan nye?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. lor tak dapat ke??klik je link ILHAM...citer suamiku GK dah tukar tajuknya iaitu HATI SUAMIKU GK...pembaca paling banyak di ILHAM..senang nak cari...

      http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=237&idc=9858#.Ur0i27SxNIk

      Delete
  8. (--10--)

    Fakhrol anak tiri Puan Faridah?? what the love.. oleh krn amanat Puan Katijah , Mama tengku terlupa dengan anak sendiri.. kesian Tengku... Fakrol ni Encik Zamzuri ke x ea kak ria? sbb menyelamatkan maruah puan khatijah.. something happen there..

    ini makan dia... PANG!! kena lempang ngn Puan Faridah..
    tp Fakhrol ini betul2 anak x sedar diri.. nk lempang mama y menjaga dia dai kecik sampai buang anak sendiri .. ambik aleh syarikat..dapat saham terbesar..padahal dia anak tiri, dan mungkin bukan anak Encik Zamzuri.. eeeiii benci sesungguhnya kt Fakhrol...

    Bila Tengku nak bawa n jaga mama dia pandai polak Fakhrol menghalang..takut kena tinggal sorang..y sebenarnya dia cemburu dgn KEBAHAGIAN Tengku.. Puan Faridah pulak ikut Fahkrol?? kesian Tengku.. sedih Tengku.. nasib baik ada pengarang jantung kat rumah..

    Siapa sebenarnya FEYA??
    adakah FEYA ini manusia?? atau pets??
    xkan FEYA teman Tengku tidur sebelum Tengku kahwin ngn Izz..

    Rajinnya Izz..cukurkan Tengku..sampai tercedera sikit Tengku..satu lagi sweet scene Izz dan Tengku.. terima kaseh kak ria..

    Kenapa ngn Encik Azlan, ayah Izz dan Zizan??
    ayah sakit ke? kemalangan ke?

    ReplyDelete
  9. 16

    Alamak knpe dgn ayh izzati nie.. Bt org trtnye je lah.. X jemu bace bila ctr ttg dieorg nie.. Bhgia nye..huhuhu..

    X sgka zam ada adk bradik tiri kn.. Tp ksian zam kasih syg xpernah di rasai nye.. Hmm trbaik ar ctr nie..

    ReplyDelete
  10. (4)

    nakal betul TZH ni. ada ke patut dia pergi kacau izz tu tidur.ishisish..nasib baiklah izz tu tak karate TZH tu..hahahaha..
    FH ni buat saya menyampah je. ada je patut dia layan mama dia tu dengan teruk padahal mama dia even tiri je layan dia dengan baik malahan lebih daripada TZH. he should be glad because having a nice mother. Kesian pula dekat TZH. dia tak tahu apa-apa,dia pula yang kekurangan kasih sayang disebabkan mama dia lebihkan FH.. sweet betul TZH dengan izz ni..saya sukakan mereka..:D

    ReplyDelete
  11. (6)
    - haha... suka plak si tunku tu pi kacau zati time tido.. buatnyer si zati tu pon ad peragai pelik tunku tu msti tunku tu trkejut berok.. haha
    - geram plak dngn fakhrol nie.. walaupun pn faridah bkan ibu kandung dia.. tp wanita tu bnyak berkorban untk dia.. sanggup dia halau zam ank kandung dia sendiri demi fakhrol.. sosi fakhrol tak patot la menampar muka puan faridah... haisy... mcm nk tumbuk jer si fakhrol nie.. huhu
    - wahh.. sweetnyer si zati. siap suap tnku mkan kek coklat.. hihi
    - alahai ingat td si tunku tu nk bercerita pasal gadis misteri tu.. siapa lagi kalau bkan feya... huhu.. siapa lah gadis nie kan... smpai si zam tu rndu sngat kat dia..
    - haha.. best yer leh cukur janggut.... comei gitu.. hehe
    * ala kak ria selalu wat suspen.. huhu.. nk bca smbungan jer.... hehe

    ReplyDelete
  12. (13)
    nakal! <3
    baik betul TZH...walaupun adik dia jahat, dia masih nak tgk adik dia..
    Zati salah dengar! haha...

    knp byk cerita macam ni???
    x suka! x suka! x suka!
    knp mesti mereka jaga anak tiri lebih baik dr anak kandung sendiri?
    kenapa?
    kenapa?
    kenapa?
    Fakhrol x sedar diri!
    x kenang budi!
    jahat!
    kejam!
    "sampai kau mati pun tak ada orang nak sayang kau" hah! amek kau!
    Fakhrol!!!
    apa lah yg kau dengki sgt dgn TZH???

    TZH terlalu baik...
    Fakhrol, you're selfish! pentingkan diri sendiri je..sedar pun kalau tak ada mama dia tinggal sorang diri...
    Puan Faridah, please tell the truth to TZH...tell him! tell him that you love him! please!
    cian TZH...dia x tahu apa2 pun... :'(

    cutenya..... comel!
    he's relly cute!
    Feya?? bila nak cerita ni???
    nak tahu pasal Feya!!!
    cepat rasa bersalah? suka! suka! suka!

    knp baling telefon pd cermin??
    cian telefon dan cermin tu tau?
    "kita yang sakit kita juga yang kena marah"
    comelnya!! cute!!
    dia guna 'kita' !!!
    dh tahu dah apa yg jd dkt ayah dia...

    ReplyDelete
  13. Mcm mane nak carik bab 1 nie...boleh tlg saya x...

    ReplyDelete
  14. 5

    kejam sungguh adik tengku ni.. apa kejadahnya nak marah org tua mcm tu.. walaupun bukan mak betul.. hormat tu mestilah kena ada.. aigoo.. nak kena masuk sekolah adab dia ni..

    feya ku tunggu mu datang..

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi