Followers
Wednesday, 9 October 2013
22
Komen
Bab 19
Tengku Zam Hairil masih terkejut dengan lelaki yang menghampiri mereka itu.
"Saya suami Izz Izzati..." sengaja dia berkata begitu. Lebih baik dia berkata begitu supaya tidak berlaku salah faham.
"Muhammad Zarrin Rizqin!" tubuh Izz Izzati mengeletar. Dia takut untuk memikirkan masa silam yang dia ingin lupakan sejak dia berusia 17 tahun. Dia ingin melupakan lelaki ini tetapi mulutnya lancar menyebut nama itu. Dia kena cari kekuatan buat masa dia.
Izz Izzati bertindak memeluk lengan Tengku Zam Hairil.
"Hai Izz. Tak sangka kacak juga laki kau. Tapi aku tahu yang kau masih teringat kisah cinta kita..."
"Cinta?" Tengku Zam Hairil mula rasa tidak sedap hati.
"Tak ada apa-apa Tengku. Jom kita balik." Izz Izzati menarik tangan suaminya. Dia baru sahaja bahagia tetapi lelaki ini muncul pula.
Sepanjang dalam kereta, Izz Izzati mendiamkan diri. Tambahan pula Tengku Zam Hairil memasang ceramah Ustaz Kazim Elias. Makin terdiam dibuatnya.
"Jangan sesekali menghina rupa paras orang lain. Dia tak cantik ke, gelap ke, gemuk ke, itu rezeki dia. Sebab Allah yang menciptakannya. Dan Allah telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian." kata Ustaz Kazim Elias.
Izz Izzati terdiam. Dia benar-benar teringat kisahnya bersama Rizqin. Dia menghina ciptaan Allah.
"Abang, adik pergi kedai buku kat sana kejap. Nak tengok novel." Izz Izzati meminta izin dari Zizan. Ketika itu dia berusia 16 tahun dan Zizan di tingkatan enam bawah.
Zizan hanya angguk kepala.
"Wah, banyak novel nak kena beli. Novel ni best. Novel ni top! Novel ni romantik. Novel ni meletup. Aku nak beli novel yang mana satu ni? Naik gila dah ni!" Izz Izzati berkata bersendiri. Dia berjalan lagi selepas melalui bahagian novel terbitan Buku Prima, Kaki novel dan Fajar Pakeer. Dia pun lalu depan rak novel-novel di bawah terbitan Karya Seni, dia ternampak seorang lelaki yang memakai topi dan cermin mata. Jaketnya yang berwarna hitam cukup menarik perhatiannya untuk memerhati lelaki tersebut.
Tanpa di sedari oleh lelaki itu, Izz Izzati ternampak lelaki itu mengambil sebuah novel bertajuk Suamiku Ustaz lalu sorokan dalam jaketnya.
"Awak mencuri ye?" Izz Izzati tegur dengan perlahan seperti berbisik.
Lelaki itu tersentak.
"Baik awak letak semula sebelum saya bagi tahu tuan kedai ni. Saya memang anti kalau orang mencuri novel ni." geram Izz Izzati. Dia memang seorang yang fanatik dengan novel-novel.
"Kenapa orang suka baca novel? Macamlah best sangat..." soal lelaki yang tidak dikenali itu sambil meletakkan semula novel yang diambilnya sebentar tadi. Dah kantoi!
"Orang yang tidak pernah baca novel, dia tidak akan tahu apa perasaan orang yang baca novel. Orang yang tidak pernah baca novel, dia tidak akan tahu ilmu dan pengajaran yang ada bila baca novel..." Izz Izzati ingin menyambung lagi ayatnya itu tetapi di sampuk oleh lelaki itu.
"Orang yang tidak pernah baca novel, dia tidak layak untuk memburukkan orang yang suka baca novel, macam tu ke?" Lelaki itu tersenyum.
Ya Allah! Manisnya senyuman mamat ni. Izz Izzati tersentak.
"Betul tu..." Izz Izzati tergamam sedikit. Lebih baik aku tinggalkan mamat ni sebelum aku jadi miang tak kena tempat.
Izz Izzati melangkah setapak tetapi lelaki tadi menarik tangannya dan memaksanya mengikut langkahnya.
"Hey, awak dahlah kerja mencuri tadi, terus dapat kerja lain..." soal Izz Izzati dengan geram. Selamba sahaja tarik orang macam tu. Dahlah tak kenal.
Mereka berada di luar kedai. Lelaki itu berhenti dan merenung wajah Izz Izzati.
"Kerja apa pula ni?" berkerut dahi lelaki itu.
"Kerja menculik orang pula." Izz Izzati berkata. Matanya memandang sekeliling. Manalah tahu yang abangnya berada di kawasan berhampiran. Kalau berlaku apa-apa mungkin abang Zizan sempat selamatkan. Kalau tak, masak juga aku nanti.
"Mungkin itu kerja baru saya. Menculik hati awak." Lelaki itu menarik hidung mancung milik Izz Izzati lalu terus pergi dari situ.
Izz Izzati tergamam. Nak kata miang atau nakal? Aku dah pening. Lupakan sahaja. Lebih baik cari abang.
Keesokan harinya, Izz Izzati dikhabarkan ada seorang pelajar tingkatan lima baru sahaja berpindah di sekolahnya, sudah buat masalah disiplin iaitu ponteng kelas. Cikgu pun tidak tahu di mana pelajar tersebut ponteng.
"Izz, dah lama aku tengok kau ni single. Lelaki macam mana yang kau suka?" soal sahabatnya, Qistina.
"Qis, aku ni mempunyai citarasa yang berbeza. Aku suka lelaki yang nakal, bukannya miang." Izz Izzati tersenyum tetapi senyumannya mati apabila dia ternampak seseorang yang sedang berjalan tepi kelasnya. Dia pakai topi dan bercermin mata. Lelaki semalam ke?
Sempat lelaki itu tersenyum pada Izz Izzati.
"Nakal dan miang? Bukankah lebih kurang sahaja?" Qistina masih tak faham apa yang ingin disampaikan oleh sahabatnya itu.
"Nakal tu, bila dia bercakap dan bergurau dengan kita, kita rasa bahagia. Sweet je. Rasanya kalau dia tak mengusik kita sehari, pasti kita rindu pada dia. Tapi kalau miang ni, kalau dia tak mengusik kita setahun atau selama-lamanya pun tak apa. Tak ada orang nak rindu." Izz Izzati sudah berdiri. "Aku nak ke tandas sekejap."
"Oh, macam tu!" Qistina angguk kepala. "Tak nak aku teman ke?"
"Ala, ke tandas je. Bukannya pergi rumah hantu." Izz Izzati ketawa kecil.
"Fine! Tak nak teman pun." Rajuk Qistina.
Izz Izzati berjalan ke tandas perempuan. Selepas selesai, dia ternampak bayang dalam sebuah tandas yang pintunya sentiasa tertutup. Hatinya berdebar hebat. Ikutkan hati mahu pergi dan pura-pura tidak tahu tapi dia yakin ada orang dalam tandas itu.
Tandas tersebut sememangnya rosak dan tiada orang guna. Pengunci pun rosak. Perlahan-lahan Izz Izzati membuka pintu tersebut. Serentak itu tangannya ditarik seseorang dan pintu tandas tersebut tertutup kembali.
Izz Izzati tersentak melihat lelaki yang bermasalah itu.
"Shhhh, boleh diam sekejap tak?" bisik lelaki itu. "Nama aku Riz. Aku tak nak kau bagitau sesiapa pun ini tempat lepak rahsia aku." luahnya. "Lepas tamat sekolah, aku nak jumpa kau kat blok C." selesai sahaja berkata begitu, Rizqin terus berlalu pergi apabila dia yakin tiada orang nampak dia keluar dari tandas perempuan itu.
Izz Izzati berdebar. Hatinya berdegup kencang tanpa terkawal. Dia bukannya takut pada Rizqin tetapi dia begitu teruja dengan lelaki yang nakal macam tu. Tidak pernah dia berjumpa lelaki sesamseng itu padanya.
"Masalah betul nak jumpa time balik sekolah. Abang mesti tunggu aku. Apa aku nak cakap ye? Kalau cakap ada kelas tambahan, dia akan tunggu sampai aku habis kelas. Kalau aku cakap nak buat study group, pasti dia ajak kawan-kawan aku ke rumah. Naya. Aku mana ada kawan sangat. Peningnya!
"Zati, kita dah sampai?" tiba-tiba suara Tengku Zam Hairil menerjah ruang kotak minda Izz Izzati yang teringat itu.
"Dah sampai ke?" pantas dia turun dari kereta dan masuk ke bilik.
Tengku Zam Hairil rasa pelik pula. Biarlah! Dia pun masuk ke biliknya sendiri. Selesai mandi dan solat Isyak, dia berlalu ke ruang tamu. Izz Izzati sedang menonton televisyen.
"Awak.." Izz Izzati jadi rindu dengan suasana nakal Rizqin.
"Siapa lelaki tadi...?" Tengku Zam Hairil menyapa isterinya yang sedang termenung. Dia pasti yang Izz Izzati tidak menonton tetapi berangan. Pantas tangannya menutup TV tersebut. Membazir elektrik sahaja. Kalau nak berangan pun tutuplah dulu TV tu.
Tersentak Izz Izzati. Sempat dia merenung suaminya sebelum dia melarikan padangan matanya.
"Riz?" lemah suara Izz Izzati. "Dia cinta pertama saya..." Jujurnya. Buat apa mahu berahsia. Lagipun yang bertanya itu adalah suaminya. Dia berhak tahu apa yang berlaku agar tidak timbul salah faham.
"Riz... Tak kisahlah nama dia apa tapi kenapa korang tak bersama?"
"Sebab abang zizan tak suka dia?"
"Kenapa?"
"Dia nakal. Samseng sekolah tu..." Izz Izzati ketawa sendirian. Lama dia merenung kosong skrin TV yang sudah gelap itu.
Tak betul ke si Zati ni. Tanpa Tengku Zam Hairil sedar, dia rasa cemburu. "Patutlah..."
"Sebab saya yang suka lelaki macam tu. Saya suka lelaki yang nakal dan samseng sekolah. Entah! Masa kat sekolah dulu, dia sangat menarik perhatian saya. Sikap dan cara dia sentiasa buat saya rasa mahu tersenyum setiap hari. Dia sangat istimewa ketika itu. Walaupun perasaan ini dia tidak pernah tahu tapi kami rapat."
"Macam mana boleh rapat?"
"Saya yang rapatkan diri dengannya..."
"Zati..." nada Izz Izzati yang kedengaran gurau segera Tengku Zam Hairil menegur.
"Saya suka gila pada lelaki yang nakal iaitu Riz. Keja dia mengenakan saya je. Mengejek saya... Saya selalu marah dia tapi marah manja sehingga saya jatuh cinta padanya. Disebabkan abang zizan tak suka dia terpaksa saya katakan saya benci dia gila-gila." Izz Izzati tertunduk. Memang cara dia berpisah dengan Rizqin sangat tidak patut. Mana-mana lelaki pun tidak boleh terima alasan ini.
"Sabarlah Zati..." Tengku Zam Hairil pun tidak tahu mahu berkata apa.
"Tak ada benda nak disabarkan Tengku. Saya dengan dia tiada apa-apa. Kisah kami dah 9 tahun berlalu. Saya pun tak nak ingat."
"Kenapa?"
"Sebab saya ada Tengku."
Selamba Izz Izzati berkata.
Tengku Zam Hairil pula yang tersentak.
"Saya?"
"Eh, Tengku ni! Tengku kan suami saya. Mana saya nak campak Tengku kalau suka lelaki lain. Biarlah. Lagipun saya selesa tinggal bersama Tengku..." luah Izz Izzati lagi.
"Kenapa rasa selesa?"
"Sebab Tengku lebih nakal dari Riz!" Izz Izzati berlari masuk ke dalam biliknya.
Tengku Zam Hairil tidak sempat mahu berkata apa-apa. Dia hanya tersenyum bahagia. Makan maggie la...
Izz Izzati mengunci pintu biliknya. Hati berdebar tatkala melafazkan kata-kata tadi. Terus lupa pasal Rizqin. Betul ke apa yang aku cakap? Baru beberapa hari kami kahwin aku dah jatuh cinta pada dia? Susah betul kalau aku dah suka lelaki nakal. Aku memang akan setia padanya. Tiba-tiba hidungnya menghidu sesuatu. Maggie?
Terpaksa Izz Izzati keluar dari bilik dan menuju ke dapur.
"Lapar ke?"
"Ya..." Jawab Tengku Zam Hairil. Dua minit dah masak maggienya.
"Sedap ke?" entah mengapa Izz Izzati rasa terliur melihat maggie itu.
"Nak saya suap?" Tengku Zam Hairil mula bernakal. Zati suka lelaki nakal ye? Aku akan jadi lebih nakal berbanding lelaki nama Riz. Saja betul nak buat aku rasa cemburu. Ambik kau!
"Boleh juga..." Izz Izzati melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya.
"Tapi dengar satu syarat..."
"Apa dia?"
"Syaratnya kena duduk sini..." Tengku Zam Hairil menepuk pahanya.
Automatik wajah Izz Izzati menjadi merah.
"Ala, duduk atas kerusi la..."
"Meh la..." Tengku Zam Hairil sengaja membuat senyuman paling sweet.
Izz Izzati terpaku. Dia gilakan senyuman Tengku Zam Hairil.
Akhirnya Izz Izzati duduk di situ sambil mereka berdua berkongsi semangkuk maggie.
"Habis!" pantas Izz Izzati berdiri. Wajahnya yang sudah membahang menurun perlahan. Rasa lega terasa.
"Sedap tak?"
"Sedap. Esok kita try masak Pama pula ye?" cadang Izz Izzati.
"Beres... Tolong kemas dapur ni ye?" pinta Tengku Zam Hairil.
"Okey, Tengku."
Tengku Zam Hairil tersenyum. Wajah Izz Izzati sungguh comel apabila dipandang dengan jarak yang begitu dekat. Lain kali nak nakal lagi. Dia terus berlalu ke biliknya.
P/s : siap pun bab kali ni...hihihi agak2 faham tak jalan citernya...pening juga rasanya bila dah masuk orang ke tiga yang mengganggu hubungan mereka..semoga terhibur.
Komen
enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 19

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aduhhhh...sweetnya..blk ni nk msk mgie ar..wt cam TZH...hahaha..terkejut plak en.suami..hehehe
ReplyDeletebest...
ReplyDeletehahahah sweetnyaa
ReplyDeletesaya pun suka kat lelaki nakal..dorang nakal tp caring..hihi
ReplyDeleteSambung lagi..lagi dan lagi...
and ada typo rasanya tadi..
Sweet... Betul tu suka yg nkl la
ReplyDelete(6)
ReplyDeleteyeahh.. akhirnya dpat bca KDH.... hehe
-ala sweetnyer zati.. lain dri yg lain... org suka lelaki yg baik, pendiam dn sebagainya.. tp si zati suka samseng dn nakal plak.. tp selalu yer bdak nakal nie baik, caring dn suka bt kita ketawa... sy suka.. hehe
- msti si Riz tu handsome kan... smpai zati pun boleh terpegun..
- tunku jelez dengan Riz sbb lelaki tu cinta prtama zati.. hihi
- sweet gilerr zati mkan megi dngan tunku.. siap dok atas riba sekali... haha..
- tu baru pasal Riz.. kita tak taw plak kisah si Feya tu... huhuhu
* tak sabar nak bca bab sambungan dia...... cayokk2 kak... :)
NAKAL YE TENGKU SKRG...HOHOHO...SY SUKA, SY SUKA....^_^
ReplyDelete(4)
ReplyDeletecomel je TZH ni.. mesti sweet kan TZH jealous. bukan selalu boleh tengok TZH jealous.. pelik betul taste izz ni. yang nakal juga yang dia suka. agak-agak handsome tak MZR tu? nak tengok la gambaran MZR tu. hehehe.. sweet je izz dengan TZH ni bila dorang makan maggie sama-sama..kak ria,saya nak baca lagi..best..:D
Saya suka yang nakal juga tp xda yg nkl nk ngorat sy hihi yg miang ramai la..
ReplyDeleteSy pun mcm awak jg... Asyik jumpa yg miang je...
DeleteSambung cepat2 tau...
ReplyDeleteYang novel. Ejen cinta .ngn yg 1 c izz irfan bla nak sambung sis...x sbar....nk bca n nk tau kisah seterusnya...
ReplyDeleteejen cinta itu akan jadi mini novel cetakkan ria sendiri..nantikan sahaja....kau hak aku akan disiapkan tak lama lagi...
DeleteYeke sis ria...sy bru je 2 hari layan e novel sis ria ne......xtau camnelah tersangkut dekat cne .tekan punya tekan...apapun cerita2 kat cne.memang bes..hehhhe.....
DeleteSy pun sama... Best blog kak ria...
Delete2...
ReplyDeleteKenapa la time2 dia nk bahagia ada laki lain pula muncul...
Ish........
Xpuas hati betul la...
=.="
hope si riz ni xjd pihak ke3....
Jap2 izz suka kat laki yg nakal + miang...
How si fakhrol hazril tu????
Hahahahaha..
Terbaik la izz ckp zam lgi nakal..
Kan dh termalu sendiri...
Agak2 kan lps ni izz kena kacau x???
Hurmmmmm...
Zam pula xhabis duk menyakat si izz kesian kat izz...
Nasib la izz..
Zam dh bertekad nk jadi nakal lagi...
Hahahahaha
P/s bila watak feya & fakhrol hazril nk muncul
Bila nk sambung ni...
ReplyDelete9
ReplyDeleteHahaha..memang, zati ni lain dari yang lain.. Nakal and Comeeeelllll je , suka bila imagin watak zati ni. Hehe...
Tengku pun skarang dah sama je ngan zati, nakal..hahha...
"Sebab tengku lebih nakal" haha... Ayat, oiii... Comel. Ai ai suka. Haha..
Huih.. Dari tutur bahasa si Rizq ni, ai suka..hahha. Dia nakal, gangster (zizan cakap) tapi... Rasanya, dia ni pasti sweeet kan. Huhui..
Hope, Rizq ni tak la psiko macam org2 ke3 gitu kan. Heheh...
Ps/ mian cik writer... Laaaamaaa x baca, n lambat komen. Hihi...
(--10--)
ReplyDeleteMuhammad Zarrin Rizqin.. nama dah semacam..mesti handsome..tpi kehandsomeman anda terlambat kerana hati saya dan hati Izz dah jatuh kt Tengku Zam Hairil.
Tengku dah gusar dah tu.. mcm dah ada pencabar.. tetapi kegusarannya bertukar keasyikan bila Izz kata " saya ada Tengku, Tengku suami saya , saya selesa tinggal dengan Tengku".. senyum senyum Tengku dibuatnya..
Izz nie sah laa penulis dan orang y pelik.. suka dgn orng y nakal dan samseng.. bg saya Tengku lagi nakal kot.. suka kacar Izz.. suka buat Izz senyum2x.. dan paling penting Tengku suka peluk teddy bear..tu laa kenakalan paling mahal yang ada kt Tengku..
Setiap n3 mesti ada SS (sweet scene) terima kasih kak ria.. suka sangat2..depa makan maggie sesama dan pling syok Tengku suruh Izz duduk di atas pahanya.. memory suami isteri yang sweet..gula pun x sweet depa berdua..
16
ReplyDeleteAdeh sweet nye pasangan suami isteri nie.. Romentik dlm diam..hihi suka bce time dieorg..snyum je taw..hihihi... Jgn lah ada org ke3 bt huru hara dlm khidupan dieorg..best2
(13)
ReplyDeleteok, fine! my comment is missing again!
let's begin from the beginning!
time happy mesti ada pengacau
benci! benci! benci!
i admit that his name is really great
Muhammad Zarrin Rizqin
n of course that he's handsome...
he's naughty n sweet
but please don't disturb them..
selamba je Zati cerita pasal Arrin
mohon panggil Arrin eh, kak? sbb Riz dh ada lah...
jeles TZH.. ingatkan Zati masih ada hati dgn Arrin..syukur tak..
"sbb saya dh ada Tengku." so sweet...
"sebab Tengku lebih nakal dari Riz." betul tu betul..nakal + cute
they're really sweet...
'lain kali nak nakal lagi'
haha...mesti sentiasa nakal tau TZH
br best!
-5-
ReplyDeletecomel tengku tu.. heee.. i like..
usaha lg kak.. biar bg tengku tu jd lagi nakal bukan miang.. huut