Bab akhir....lepas ni tak update dah..jadi tunggu dalam bentuk cetakan...manuskrip KDH hampir ke penghujung. jika ada rezeki, ia akan diterbitkan...insya allah...lepas ni nak fokus pada kau hak aku pula....mesti ramai yang tunggu kisah anak vampire ni hihihihi selamat membaca... PERTANDINGAN KOMEN KDH TAMAT PADA 28/2/2014...harap maklum!!!
Bab 25
Zizan memandu dengan laju tetapi penuh berhati-hati. Dia sudah lambat untuk
ambil Ila di tempat kursus. Mujur Safiyya dan Aiman tertidur. Mungkin penat
bermain tadi.
“Sorry...” Itu perkataan pertama yang diucapkan oleh
Zizan. Dia rasa bersalah pula.
“Abang tahu tak? Dah lama saya tunggu. Abang ingat saya
ni tunggul kayu?” Ila mula bercakap kasar pada Zizan.
Perasaan Zizan bergetar hebat. Tangannya menggigil
menahan marah. Aku pantang betul perempuan tak pandai nak cakap elok-elok ni.
Geramnya. Dia teringat akan pertemuan pertama mereka berdua.
“Zizan, terima kasih bantu saya tadi...” Wajah Ila merah
kerana malu. Dia jarang bercakap dengan lelaki di dalam kelasnya.
“Tak apa. Pensyarah yang suruh aku tolong kau!” Zizan
berkata. Dia sudah lama perhatian Ila. Ila seorang perempuan yang penuh dengan
lemah lembut. Pakai tudung labuh. Memang menepati ciri-ciri perempuan
idamannya.
Zizan, seorang pelajar yang pandai. Dia beranggap,
bercinta semasa zaman persekolahan adalah perkara yang tidak bijak. Jadi,
sebaik sahaja dia tamat pengajian di tingkatan enam dan dapat tawaran belajar
di Universiti Malaya. Tetapi dia hanya sempat belajar di sekejap sahaja dan
menyambung pelajaran di luar negara.
Selama dua bulan dia di situ, dia berkenalan dengan Ila.
Di situ dia jatuh cinta buat pertama kali. Ila sangat baik dan menghormati Puan
Zalimah sehinggalah mereka berkahwin.
Ketika itu, mereka sangat bahagia sehinggalah Aiman di
lahirkan. Sikap Ila sedikit sebanyak sudah berubah. Sikapnya yang lemah lembut
itu bertukar kasar.
Ila makin menjadi perangainya.
“Abang dengar tak saya cakap apa?!” marah Ila. Sakit
hatinya melihat suaminya termenung. Ingatkan apa dia sendiri tidak pasti.
Zizan terkejut dengan suara Ila yang kuat.
“Ila ni.. Kan anak-anak tengah tidur. Cakap tu cuba
perlahan sikit.” Zizan meneruskan pemanduannya.
“Saya tak peduli. Abang, kalau dah pergi jumpa keluarga
abang, abang berubah.” Ila masih tidak berpuas hati dengan sikap Zizan.
“Berubah apanya? Abang pergi jumpa Zati je.” Zizan mula
sembunyikan perkara sebenar. Kalau Ila tahu mak ada kat rumah Zati, pasti dia
jadi gila. Tak betul! Bukan aku tak tahu, dia benci gila kat mak aku...
“Zati? Zati tak apa. Kalau saya tahu abang jumpa mak
abang, saya nak abang hantar jumpa mak saya juga.” Ila cuba bertenang. Dia
memberi amaran kepada Zizan.
“Ila, Ila tak boleh nak samakan mak abang dengan mak Ila.
Mak Ila tu jauh rumahnya. Mak abang dekat. Jadi tak salah abang nak jumpa mak
abang...”
“Tak boleh!” tegas Ila.
“Ila, abang tak faham dengan Ila ni. Ila nak samakan
pangkat abang sebagai seorang suami dengan pangkat seorang isteri. Mana boleh
macam tu... abang...” Belum sempat Zizan menghabiskan kata-katanya, Ila berkata
dulu.
“Boleh... Tak salah pun. Saya dan abang sama je.” Ila
tetap dengan apa yang dikatakan.
“Abang ni ketua keluarga. Isteri patutnya taat pada
suami. Mendengar kata-kata suami selagi itu tidak melanggar syariat Islam...”
Zizan tetap dengan pendapatnya.
“Sekarang zaman moden abang, suami isteri sama je pangkatnya.
Dah! Saya tak nak cakap pasal ni. Kang tak pasal-pasal ada yang dikatakan
derhaka pula.” Ila terus diam. Dia pejamkan mata.
Zizan hanya mampu gelengkan kepala.
Sebelum tiba di rumah, mereka singgah di kedai makan.
Seperti biasa, Ila tidak memasak untuk makan malam. Jadi terpaksalah dia beli dikedai. Rambut dia pun sudah banyak
uban. Mungkin disebabkan beberapa faktor. Pertama dia seorang jenis yang kuat
berfikir. Dan faktor ke dua, selalu makan di luar.
Puan Zalimah selalu ajarnya jangan makan di luar. Selagi
boleh masak, masak! Di kedai kebanyakkan masakannya di masukkan Hajinamoto
banyak. Bagi Puan Zalimah, makan Hajinamoto hanya membuat kepalanya pening di
usia tua begini.
Memang sejak kecil Puan Zalimah jarang membawa anak-anak
makan di kedai kecuali menyambut hari lahirnya atau sesuatu kejayaan dalam
keluarganya.
Aku? Aku memang tak suka makan kat luar. Bukan sedap mana
pun masak. Harap mahal sahaja. Ingatkan bila aku kahwin, dapatlah kekal makan
di rumah tetap acap kali makan kat luar. Sekali makan di kedai habis tiga puluh
ringgit Malaysia. Kalau dua kali sehari makan di kedai? Aku dah menggunakan
enam puluh ringgit sekali. Kalau sebulan?
Otak Zizan ligat mengiranya.
Apa! Seribu lapan ratus. Hanya untuk makan. Itu pun kalau
makan tiap-tiap hari.
Zizan agak terkejut dengan pengiraan duit belanja
makannya. Nasib kaulah dapat isteri yang tak pandai berjimat ni...
Baru-baru ini Zizan mendapat tahu yang Ila membeli Tab
keluaran China tanpa pengetahuannya.
“Tab siapa ni?” soal Zizan.
“Ila beli, abang... Cikgu-cikgu kat sekolah tu semua
beli. Elok je...” Ceria sahaja wajah Ila.
Zizan mengeluh.
Kalau barang dari China terutamanya
barang elektronik ni, tak payah la nak
cakap elok. Dalam mimpi boleh lah!
“Kenapa ni abang?” Ila mula rasa tidak seronok kerana
suaminya tidak gembira.
“Ila tahu ke barang ni dari China?” soal Zizan yang
menahan geram. Kalau murah aku tak kisah sangat. Ini seribu lima ratus. Dia
ingat cari duit ni macam beli air kat kedai?
“Tahu...”
“Ikut Ila la...” Mulanya Zizan tidak mahu mengambil tahu
tapi selepas tiga hari penggunaanya. Tab itu rosak. Mungkin sebab lain rosak di
sebabkan keganasan anak lelakinya mengunakan Tab.
“Abang, Tab Ila dah rosak. Boleh baiki tak?” Wajah Ila
sedih. Zizan hanya mampu menggelengkan kepala. Awatlah otak bini aku ni lambat
betul fikirannya. Kata cikgu tapi ini cikgu duduk bawah tempurung kot.
“Nak baiki apanya? Barang China, baiki kat China la...”
geram Zizan. Masih mengharap mahu membaikinya.
“Abang ni kenapa?” Ila mula melenting. Aku cakap baik-baik,
kau nak sindir-sindir aku pula.
“Abang kenapa? Abang okey je. Petang ni kita keluar.
Abang tunjuk kalau nak beli Tab yang elok...” Zizan terus bangun dan
meninggalkan Ila di situ.
Petang itu...
Mereka berdua menuju ke satu kedai yang menjual telefon
bimbit. Dia kena ajar Ila cara membeli benda seperti itu.
“Abang nasihatkan, kalau sebut aje barang China, tak usah
nak berangan beli. Mesti cepat rosak. Ini baru tab yang elok. Ada semuanya.
Terjamin. Harga pun tetap RM1500...” jelas Zizan.
“Kalau macam tu, Ila nak beli yang ini la..” Ila rasa
betul cakap Zizan. Beli di kedai lebih baik.
Zizan mengeluh. Dia yakin yang Ila tidak dapat apa yang
diingin sampaikan. Pertama, aku nak dia beli sesuatu barang tu, bincang dengan
aku dulu. Bukannya main beli. Kalau kena tipu,menyesal tak sudah. Kedua, kalau
sebut barang dari China, produknya memang murah dan paternnya sama dengan yang
original tetapi masih ada kelemahan walaupun harganya lebih murah. Kita bukan
kaya sangat untuk beli benda yang sama.
“Ikut suka hati awak la, Ila...” Tiada apa lagi mahu
dikatakan. Buat masa ini Ila seorang yang kaya. Al-maklumlah dia sudah membuat
pinjaman sebanyak RM100 ribu baru-baru ini untuk tujuan membeli rumah tetapi
kosong sahaja.
Akhirnya Ila membelinya dengan harga RM1500.
“Lain kali kalau nak beli barang, tanya abang dulu. Kan
senang. Tak kena tipu lagi...” pesan Zizan lagi.
“Okey...” Ila masih dengan Tab barunya.
Macam budak-budak! Itu yang buat aku tak sanggup nak
tinggalkan dia. Jaga diri sendiri pun tak mampu.
Ila tersenyum. Ye lah, barang dari China jangan beli,
okey?
Ila rasa senang hati. Hari ini hubungan mereka baik.
Tiada pergaduhan. Tidak tahulah esok lusa. Mngkin perselisihan akan berlaku
lagi.
“Abang, dah lampu hijau la!” tegur Ila.
Zizan tersedar daripada teringat peristiwa beli Tab itu.
Pantas dia menekan minyak dan pulang ke rumah.
Malam itu Ila berfikir sejenak.
“Kenapalah aku benci sangat pada mak mertua aku tu? Awal
perkahwinan aku dulu, elok sahaja aku tinggal bersama mak mertua aku tu...”
“Elok ke? Kau tak sukakan?” Ada suara hati yang muncul
dengan niat jahat.
“Kenapa aku tak suka pula?” Ila tertanya-tanya.
“Mestilah kau tak suka. Kalau kau duduk di rumah mak
mertua, kau kena tunjuk yang kau ni menantu yang rajin mengemas rumah, rajin
memaksa dan boleh bersabar dengan semua karenah orang lain. Kau bukan macam
tu...” Suara hati itu berkata lagi.
“Betul tu! Aku tak suka duduk kat rumah itu. Aku ni bukan
rajin sangat tapi bila aku duudk sana, aku kena jadi rajin. Aku benci orang tua
tu!”
“Tapi mak mertua kau tak pernah paksa kau buat semua
itu...” Ada suara hati yang lain pula muncul dengan niat baik.
“Maksud kau?” Ila keliru.
“Ada mak mertua kau paksa kau masak? Mengemas rumah atau
suruh kau buat ini dan itu? Ada ke? Tak ada kan? Kau sendiri yang nak buat. Tak
ada orang suruh pun...”
“Diamlah kau!”
“Mak mertua kau tu baik. Dia sayang kau. Tapi kau musnah
kepercayaan dia pada kau.”
“Aku kata diam!”
“Kau tak payah dengar cakap dia. Kau tak salah pun. Kau
memang pemalas. Jadi kenapa nak jadi rajin sebab mak mertua kau. Kau lebih
bebas tinggal di rumah sendiri kan?”Suara hati yang jahat terusan menghasut.
“Ya. Betul! Aku dah tak perlu tunjuk aku rajin.” Ila
tersenyum.
“Biarkan rumah bersepah. Tak payah kemas! Tak payah
tunjuk kau ni rajin sembahyang...” Suara hati jahat ketawa.
“Ya betul... Aku malas nak sembahyang. Keluarga mak
mertua aku tu pentingkan agama je. Kena sembahyang sahaja. Malas aku!” Ila
bertambah benci pada Puan Zalimah.
“Tak payah sembahyang kalau hati tak ikhlas...”
“Aku memang tak ikhlas. Aku sembahyang pun hidup aku
susah juga...”
Ila teringat sikapnya ketika dia tinggal di rumah Puan
Farah. Adik-beradiknya selalu kena mengalah dengannya. Puan Farah juga lebih
sayangkan Ila.
“Wei! Keluar dari bilik air ni! Aku nak mandi!” jerit Ila
kasar. Dia bangun lewat. Pagi ini dia ada temujanji dengan kawannya di pekan.
“Kejap la Ila. Akak baru nak mandi!” jerit kakaknya dari
dalam bilik air.
“Aku tak peduli! Kau keluar! Aku nak mandi!” Ila
menjerit.
Kakaknya terpaksa mengalah.
Ila tersenyum. Dia suka orang patuh pada arahannya.
“Itu baju aku! Kenapa kau pakai!” marah Ila pada kakaknya
yang kedua pula.
“Ila, ni baju akak. Ibu yang beli jubah ni...”Kakak Ila
menegaskan.
“Hey! Jubah tu aku punya. Kau jangan pakai! Aku nak pakai
sekarang juga. Kau nak bagi atau tak ni?” Ila marah.
“Ambillah!” Kakak kedua itu mengalah. Tiada guna bergaduh
dengan Ila. Kalau dia mahukan A, maka akan dapat A dan begitulah seterusnya.
Ila bangga diri apabila semua orang mendengar katanya
tetapi hatinya sakit apabila dia berkahwin dengan Zizan. Dia sangkakan dia
mampu tundukkan lelaki itu untuk mendengar arahannya tetapi ternyata tidak.
Lelaki itu terlalu keras.
Aku tidak akan biarkan dia arahkan aku sesuka hati. Tidak
akan!
“Ila...” panggil Zizan dari tingkat bawah.
Tengok tu! Nak mengarah aku la tu. Ila pergi juga ke
tingkat bawah.
“Ada apa?”
“Ila tolong masak air, Safiyya nak minum susu ni...” arah
Zizan. Ketika itu, dia baru sahaja siap mandikan Aiman.
“Masak air pun nak suruh saya? Masak sendiri!” Ila malas.
“Abang cakap elok-elok ni. Masak air, abang nak buat susu
untuk Safiyya ni...” Keras sedikit suara Zizan. Di sikat rambut Aiman dengan
kemas.
“Hish!” Ila ke dapur dan menadah air di dalam jag
elektrik. “Menyampah!”
“Terima kasih!” jerit Zizan apabila meihat Ila mula memanjat
tangga ke tingkat atas.
Ya Allah, Kau lembutkan hati isteriku, Ila. Kau
bukakanlah hatinya untuk mendekatkan diri pada-Mu. Kau berikan dia hidayah-Mu
agar dia boleh menjadi isan yang lebih baik. Aku, suaminya tidak mampu
mendidiknya dan hanya mampu berdoa. Aamiin...
Izz Izzati pernah bersolat bersama Ila. Zizan terkejut
juga dengan cerita adiknya itu. Ketika itu mereka ke Bukit Merah. Agak jauh
perjalanannya.
“Abang, adik tengok kak Ila solat salah je...” Izz Izzati
berkata.
“Solat salah? Apa yang salahnya?” berkerut dahi Zizan.
“Yelah. Sepatutnya solat jamak dalam waktu maghrib ialah
kita solat Maghrib tiga rakaat dan dua rakaat lagi untuk jamak solat Isyak...”
“So...”
“Kak Ila buat solat Maghrib dua rakaatn dan dua rakaat
lagi untuk Isyak... Abang, kak Ila tahu ke solat jamak ni?” soal Ila.
Disebabkan memikirkan rakaat kakak iparnya itu, dia sendiri tidak khusyuk dalam
solat...
“Entahla...” Zizan terdiam. Memalukan sahaja. Pakai
tudung labuh macam tu tapi yang asas pun tak tahu.
Ya Allah, aku tidak menghina orang yang memakai tudung
labuh ini tetapi biarlah pakai apabila kita benar-benar bersedia dan ilmu penuh
di dada.
Sekarang ini Ila sudah bertukar kepada tudung Fareeda.
Memang tak sesuai dengan muka isterinya. Elok-elok pakai tudung bawal bidang 90,
tukar pakai tudung kecil itu.
Aku bukan mahu mengutuk tapi aku sebagai suami, kurang
senang dengan tudung tersebut. Pendek dan tidak menutup dada dengan sempurna.
Lagi satu, mahal pula tu sehelai. Kalau berbadan kecil sedikit macam Puan Mawar
sesuai sangat memakainya tetapi isteri aku ni keturunan badan besar. Jadi agak
tak sesuai. Suruh beli yang labuh sikit, di Ila ni beli juga yang singkat. Puas
juga aku menasihatinya tetapi tidak mahu mendengar. Dia mahu mengikut fesyen
cikgu-cikgu di sekolah.
“Fesyen la sangat. Kat sekolah boleh ke cikgu pakai
tudung macam tu?” Zizan mengeluh. Mahu nasihat pun payah.
“Apa yang abang membebel seorang diri tu. Mari makan. Ila
dah hidang ni...” Mood Ila dalam keadaan baik. Hal ini kerana Zizan telah
membeli makanan kegemarannya ialah ikan siakap tiga rasa.
“Okey...” Dia berdiri dan menuju ke meja makan. Itulah
Ila, isteriku...