Followers

Friday, 14 February 2014

8
Komen

enovel GAME LOVE bab 1



 Salam semua... ini enovel baru saya....game love.... harap bab satu ini akan buat anda tertunggu2 bab dua....hihihihi




Hadif Fayyadh mengejar seorang gadis berpakaian seksi. Gadis itu pula berlari terburu-buru bagaikan dia dikejar oleh seorang pencuri.
“Qisha Delisa!” panggil Hadif Fayyadh dengan kuat. Aku cakap jangan lari, minah ni terus lari. Baru sebentar tadi dia tersempak dengan Qisha yang sedang membeli belah.
“Kau cari orang lain...” dalam berlari, Qisha sempat berkata-kata.
“Tak nak! Aku nak juga kau!” Hadif tetap mahu memaksa Qisha menemaninya ke majlis perkahwinan itu. Hanya perempuan itu yang menepati ciri-ciri yang di mahukan.
“Kau cari orang lain... Orang lain... Orang lain la!” nada suara Qisha mula tinggi. Langkahnya terhenti. Nafasnya turun naik. Mungkin lelah berlari sebentar tadi.
“Kau je yang aku mahu?” Hadif mula berjiwang.
“Kau cakap macam  kau dah jatuh cinta dengan aku je.” Qisha merenung tajam lelaki yang semakin hampir padanya.
“Apasalahnya... Kau aje yang jual mahal dengan aku...” Hadif mula bermain mata pula. Tangannya mahu mencapai tangan Qisha tetapi pantas Qisha mengelak. “Kau teman aku ye, sayang?” pujuk Hadif.
Qisha tidak melayan pujuk rayu lelaki itu. Dia segera duduk di kerusi yang ada. Berehat seketika. Lelah rasanya. Sudah lama dia tidak berlari seperti tadi.
“Aku malas la nak pergi majlis kahwin ni. Ramai yang kenal aku. Aku tak nak ada gosip dengan kau,” pangkah Qisha. Dia mencapai beg tangannya lalu mengeluarkan gincu. Disuanya ke bibirnya yang sedia merah itu.
“Aku tak peduli. Kalau kau tak nak teman aku. Aku akan masuk meminang kau. Kau nak tak kahwin dengan aku?” ugut Hadif.
“Hadif, ugutan apa ni? Kau tahu yang aku tak nak kahwin dan aku tak suka perkahwinan ni.” Qisha menyimpan semula gincunya. Dia tidak suka pergi ke majlis perkahwinan. Jika tidak dia akan teringat peristiwa yang ayahnya berkahwin dengan perempuan lain ketiga dia berusia 17 tahun.
“Kalau kau tak jawab ya sekarang, aku call my mom. Then I marry you!” tegas Hadif. Kena buat kerja gila macam ni baru kau nak ikut arahan aku kan? Dia rasakan yang Qisha akan terima ugutannya ini.
“Eh, kau ni kenapa? Kemaruk sangat nak kahwin ke? Kalau nak kahwin sangat, bukan dengan aku. Cari orang lain!” marah Qisha. Dia mula berdiri. Shoppingnya dah terbantut gara-gara lelaki ini mengejarnya. “Aku nak balik.”
“Tunggu Qisha! I call my mom. Kau tahu kan my mom boleh paksa kau jadi isteri aku kan? My mom memang nak kau jadi menantu dia kan?” lancar Hadif berkata.
“Apa masalah kau ni? Kau kan ramai perempuan lain. Tak kan playboy macam kau ni tak ada perempuan lain?” soal Qisha yang duduk di kerusinya kembali. Aku tahu sangat mak si Hadif ni. Gila sikit! Hampir-hampir aku nak dinikahnya dengan si mamat play ni tapi nasib baik masa tu aku sempat larikan diri.
“Memang aku ada ramai perempuan. Tapi aku cari perempuan yang seksi macam kau tapi tak gedik!” kata Hadif. “Tambahan pula kau ni garang. Aku suka!”
“Citarasa yang berbeza...” Qisha memandang Hadif dengan pandangan yang pelik dan dahinya berkerut. Apa kaitannya dengan keseksian aku dengan gedik? Aku seksi sebab aku suka. Aku gedik sebab aku nak semua lelaki yang tengok aku tunduk pada aku tetapi jangan harap aku akan tunduk pada mereka.
“Aku nak juga kau teman. Citarasa aku berbeza. Itu aku punya pasal. Sekarang ni kau nak teman atau tak?” Hadif dah tak boleh sabar dengan Qisha.
“Peliklah kau! Okeylah. Aku teman kau tapi bila? Mana la tau aku sibuk.” Akhirnya Qisha mengalah.
“Yes!” Hadif gembira. “Malam esok. Aku dah siapkan pakaian khusus untuk kau seorang. Datang rumah aku tau!” Senyum sampai ke telinga.
“Gila ke nak datang rumah kau. Sekali Datin Marissa tengok aku, dia tak bagi lepas pula. Rimas tau!” adu Qisha.
“Biarlah! Pakaian tu beliau yang pilih. Dia gembira bila aku cakap nak pergi majlis kahwin tu dengan kau.” Hadif masih tersenyum.
“Yelah!” Qisha mengalah lagi.
“Mari aku hantar kau balik...” ajak Hadif.
“Okey...”
Qisha mengikut langkah lelaki ini. Dia teringat pertemuannya yang pertama dengan lelaki itu.
“Kau Qisha kan?” sapa seorang lelaki.
“Memang aku Qisha. Kau siapa pula?” soal Qisha yang sedang asyik memilih baju. Shopping katakan!
“Kau tak kenal aku ke Qisha? Aku ni, Hadif Fayyadh...” Bersungguh-sungguh Hadif memperkenalkan diri.
“Tak kenal!” Qisha tidak melayan lelaki itu lagi. Ketika itu dia sedang memakai baju kurung. Al-maklumlah baru lepas majlis takhlil arwah mak dan ayahnya. Selesai sahaja majlis tersebut, dia terus keluar dari rumah emak saudaranya, Aunty Far.
“Kalau kau tak kenal aku, kita kawan. Nanti lepas dah kawan, mesti kenal?” Hadif tersenyum.
Apalah yang mamat ni mengarut? Ayat berbelit-belit. Belajar tatabahasa tak ni? Qish tidak mahu bercakap lagi.
“Hadif, ini ke Qisha? Cantiknya!” Muncul seorang mak cik. Mak siapa pula ni?
“Bukanlah mama. Mama, ini Qisha...” Hadif memperkenalkan.
“Cantik. Ayu. Qisha jadi menantu mama ye?” tiba-tiba Mama lelaki itu berkata begitu.
“Mama...”
“Mak cik oi!”
Serentak Qisha dan Hadif terkejut dengan kenyataan Mak cik yang diberi nama Datin Marissa. Bercakap ikut sedap mulut je. Bukan saja aku yang terkejut, malah anak dia pun terkejut. Tidakkah mak cik sedar itu semua...
Geram Qisha.
Sejak itu, Hadis selalu mencarinya jika dia sedih atau marah. Nak minta tolong jadi kekasih ganti pun, dia cari aku.
“Wei, Qisha! Lama termenung? Dah sampai rumah kau ni. Esok pagi datang rumah aku tau. Aku tunggu.” Hadif masih tersenyum.
“Mengarut! Aku takkan datanglah, Idiot!”
“Kenapa pula?” Hadif tersentak.
“Kereta aku tu masih kat ICU gara-gara kau langgar dia. Sekarang kau suruh aku datang rumah kau. Jangan harap la!”
“Pasal kes aku langgar kereta kau tu, maaf. Okey. Esok aku jemput kau.”
“Okey...”
Hadif melihat Qisha yang semakin menghilang masuk ke dalam rumahnya. Memang aku senggal pagi tu.
Dia ingat lagi. Pagi itu, dia ke rumah Qisha sebab mahu menghantar makanan. Datin Marissa yang suruh. Perintah ibu jangan dilawan. Jadi dia gagahi juga ke rumah Qisha pagi itu.
Sedang dia memandu. Dia ternampak Qisha keluar dari rumah dengan pakaian tidur yang seksi. Tidak pernah dia melihat Qisha seseksi itu. Kerana terlalu asyik memandang Qisha..
Bukkk!
Keretanya terlanggar punggung kereta Qisha yang terletak elok di halaman rumah itu.
“Hadif!!!” jerit Qisha sekuat hati.
Hadif terus keluar dari keretanya dan menghampiri Qisha.
Qisha pula, apabila Hadif semakin hampir, dia terus berlari masuk ke dalam rumah. Niatnya keluar mahu mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal dalam kereta. Ingatkan tiada sesiapa nampak seawal pagi tapi rupanya makhluk ini yang nampak.
“Awat kau lari pula Qisha...?” soal Hadif di luar pintu.
“Kau baliklah! Esok aku cari kau untuk buat penghitungan!” geram Qisha.
“Ala, aku nak lepak dengan kau. Kau tak nak jemput aku masuk ke?” gila Hadif.
“Aku rasa aku ni waras lagi nak jemput lelaki masuk rumah aku. Kau balik la!” arah Qisha lagi. Macam-macam yang dia rasa sekarang ni. Rasa nak tumbuk muka Hadif pun ada.
“Ye la. Ini makanan mama bagi kau. Aku letak kat luar ni.” Hadif terus pergi.
“Hish, gila! Rasa nak gila bila teringat dia langgar kereta aku!” Qisha menggeleng kepala. Peristiwa itu memang pelik dan gila.
Qisha terus menuju ke biliknya. Lebih baik aku rehat secukupnya. Esok nak pergi rumah mak cik Marissa.
Selepas mandi, dia termenung seketika mengingatkan seseorang.
“Pernah tak abang rasa apa yang Qisha rasa? Pernah tak abang sedar yang apa abang lakukan pada Qisha ini amat melukakan hati ini?”
Air matanya mengalir. Dia bencikan lelaki itu. Kisah silamnya membuatkan dia bersikap sebegini.
Dia mahu salahkan siapa jika dia jadi begini? Lupa agama dan maruah diri? Sebab maruah aku dipijak-pijak tanpa belas kasihan oleh lelaki itu. Kau yang salah! Kau penyebab aku jadi perempuan tidak baik ini! Kau penyebabnya! Aku benci kau!
Pang!
Dia tercampak pasu kristal ke dinding kerana terlalu geram. Aku benci kau! Jangan pernah kau muncul dalam hidup aku lagi. Jika kau muncul, aku tak akan teragak-agak untuk  membuat kau terseksa...

8 comments:

  1. Citer baru ye kak? Best... Sambung tau..

    ReplyDelete
  2. Apa yg laki tu buat pd qisha? Ciannya..

    ReplyDelete
  3. Tak sukalah nak hadap banyak cerita sedang kan cerita sebelumnya x habis lg . baik baca buku je

    ReplyDelete
  4. Best kak... sambung lagi..... trtanya2 plak apa yg laki tuh dh buat kat qisha... huhu (QA)

    ReplyDelete
  5. hadif gatal! hehehe...keiannye qisha. sape laki tuh?

    ReplyDelete
  6. (5) kak ria... putri suka.. hadif nakal plus ada kegatalan skit... hihi
    suka peragai qisha yang garang tuh. haha
    tak sabar nak baca kisah silam yang di alami oleh qisha sampai dia boleh berubah smpai ke tahap tu...

    kak ria cepat smbung bab 2.. dah tak sabar nak bca nie... huhu.. :( btw putri suka tajuk dia Game Love... mcm sweet plus ad nakal skit..

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi