untuk pengetahuan semua....KDH akan di update sehingga bab 25 sahaja....harap maklum.... bab ini sudah di edit....so jgn rasa pelik pula....hihihi
Izz Izzati rasa terpukau dengan pandangan suaminya. Dia
menelan liur. Disebabkan Tengku Zam Hairil tiada tanda-tanda mahu melepaskan
tangannya lantas dia mengambil tindakan drastik dengan memijak sebelah kaki
suaminya.
"Aduh, Zati!!!!" jerit Tengku Zam Hairil. Dia
mengosok-gosok kaki yang terasa sakit itu. Tiba-tiba ada senyuman bahagia yang
terukir di bibirnya. Itulah penghiburku.
Izz Izzati dengan pantas menutup pintu biliknya. Entah
mengapa hatinya berdebar hebat melihat renungan suaminya sebentar tadi. Jika
Tengku tarik aku dalam pelukannya tadi, aku tak tahu la apa akan jadi pada kami
malam ni. Ish! Janganlah sekarang!
Izz Izzati cepat-cepat menarik selimut dan tidur. Itu
sahaja yang boleh dilakukannya buat masa ini.
“Tapi...” Izz Izzati tersenyum. “Tengku nampak comel
sangat. Dia nampak makin comel bila peluk teddy bear tu. Alahai suamiku
comel...”
Dia masih tersenyum-senyum sambil berangan.
“Abang, boleh Zati ambil teddy bear ni?” soal Izz Izzati.
“Boleh sayang... Sayang lebih penting daripada teddy bear
ni. Sayanglah segalanya bagi abang. Abang sayang Zati...” kata Tengku Zam
Hairil sambil memeluk tubuh isterinya.
“Betul ke ni abang? Abang tak tipu Zati?” suara Izz
Izzati di sengajakan manja.
Tengku Zam Hairil menelan liur.
“Betul!” Tengku Zam Hairil mencium pipi Izz Izzati.
Kemudian, dahi pula menjadi mangsa. Kini, bibir isterinya menjadi perhatiannya.
“Abang...” Nafas Izz Izzati tidak menentu.
Tut tut tut..
Bunyi mesej masuk ke dalam telefon Samsung Galaxynya
membuat angan Izz Izzati hancur berkecai.
“Kacau daun la! Nak berangan dengan suami sendiri pun tak
boleh...” geram Izz Izzati.
Dia membuka mesej tersebut.
Lampu terpasang tu. Tak
tidur lagi ke? Jangan tidur lambat-lambat. Nanti mata jadi mata panda pula.
Selamat pagi- MyB
“Buah hati aku rupanya mesej. Selamat pagi?” lantas Izz
Izzati melihat jam di telefonnya. “Dah pukul lima pagi? Lewatnya! Tidur!
Tidur!”
Izz Izzati terus terlena.
Bab 23
Selepas meminta keizinan Tengku Zam Hairil untuk keluar berjumpa kawan
lama, Izz Izzati terus keluar dari rumah. Tengku Zam Hairil tidak dapat
menemani aku kerana dia perlu berjumpa dengan kawannya juga.
Izz Izzati menanti sahabatnya dengan sabar. Suasana yang
bising di pasar sabtu itu membuat dia rasa bosan. Baru pukul 5 petang tetapi
sudah ramai pengunjung di pasar sabtu ini. Pasar ini dibuka dari pukul tiga
petang sehingga 11 malam sahaja. Sementara menunggu kawannya tiba, dia sempat
merenung tajam ke arah sepasang kekasih yang sedang bergaduh.
Nak bergaduh pun carilah tempat elok sikit. Ini kan
tempat awam. Mengganggu ketenteraman jiwa aku je. Mana mamat ni?
“You tak boleh buat I macam ni. I cintakan you!” si
perempuan berkata-kata. Air mata perempuan itu mengalir. Menyampah aku tengok
perempuan macam tu. Macam tak ada maruah je merayu pada seorang lelaki. Macam
lelaki dah pupus dalam dunia ni je.
“I tak cinta pada you. I tak nak tengok dah muka you...”
tegas si lelaki. Yang mamat ni pun satu, kalau tak cinta macam mana boleh jadi
kekasih. Gila ke? Izz Izzati mengeluh lagi. Aku bukan sengaja nak curi dengar
perbualan mereka tetapi mereka tu bercakap macam satu Kuala Lumpur boleh
dengar.
“Sampai hati you buat I macam ni.” perempuan itu terduduk
sambil mengalir air matanya. Air mata lagi! Izz Izzati mengeluh makin berat.
Betapa teruknya seorang perempuan menangis kerana seorang lelaki yang tidak
bertanggungjawab. Mana pergi maruah diorang? Entah-entah maruah diorang pun dah
bagi pada lelaki tu. Jadi nak salahkan siapa? Diri sendiri atau mak ayah?
Jawapannya diri sendiri la. Tiada orang lain yang boleh membantu diri kita
melainkan diri sendiri. Jadi, fikir-fikirlah.
Izz Izzati terus berjalan meredah ribuan orang yang ada.
Hari semakin petang jadi semakin ramai orang yang datang. Tiba-tiba ada seorang
lelaki senyum pada aku. Dia ingat aku nak senyum pada dia balik, jangan harap!
Aku ni isteri orang. Ada hati betul la! Dia buat muka serius.
“Izz Izzati!” Izz Izzati berpaling saat nama penuh aku di
sebut. Tak ada orang lain yang akan panggil aku macam tu kecuali dia. Dia
tersenyum.
“Alamak! Binatang apa dia bawak tu!” Izz Izzati mula
cemas. Automatik senyumannya mati. Dia mula scan binatang apa yang dibawanya
itu. Binatang itu mempunyai bulu yang lebat. Berkaki empat dan mempunyai mata
yang comel. Lagi satu, ia ada misai. Dia rasa cemas.
Izz Izzati mula menjarakkan diri. Langkah seribulah
jawapannya. Yang aku tak tahan tu, boleh pula dia kejar aku sambil bawa
binatang tu.
“Cukuplah tu, Alyas!” Izz Izzati sudah naik semput
berlari.
“Ini hadiah perkahwinan kau yang aku janjikan.” Alyas
berkata. Ish, mamat ni tak tahu ke yang aku trauma dengan binatang bernama
kucing ni. Boleh pula dia nak buat hadiah. Thank you aje la. Bagi 10 ekor yang
comel-comel pun aku takkan tergoda.
“Aku tak nak!” tegas Izz Izzati menolaknya.
“Sampai hati kau tak sudi nak terima hadiah aku yang
comel ni!”
“Kau bela la. Aku tak nak!” Izz Izzati merenung kucing
yang dipegang oleh Alyas itu. Memang comel tapi... Kucing, maafkan aku. Aku tak
benci kau cuma aku tak boleh bersama dengan kau. Maafkan aku.
“Izz...” panggil Alyas lagi.
“Tak nak!”
“Abang Alyas…” Panggil seorang perempuan. Izz Izzati
tidak mengenalinya.
“Zu, ada bawa tak?” soal Alyas lagi.
“Ada abang Alyas. Yang ni jantan.”
“Jantan?” Izz Izzati keliru. Tambah keliru apabila
perempuan dipanggil Zu itu membawa sebuah kotak. “Alyas, kau…” tiba-tiba dia
dapat menangkap apa yang ingin Alyas lakukan.
“Untuk pengantin baru macam kau!!” Alyas tersenyum manis.
“Tidak!” Izz Izzati menyorok di belakang perempuan itu.
“Alyas, tolong jangan buat aku macam ni. Tolonglah!”
wajah Izz Izzati seperti mahu menangis.
“Okey-okey…” Alyas tersenyum. “Kenalkan ini, Zulaikha
bakal isteri aku dan Zu, ini kawan abang yang abang kata penulis tu, Izz
Izzati.”
“What? Bakal isteri?” terkejut Izz Izzati.
“Kenapa terkejut macam tu sekali. Aku tak layak nak
kahwin ke? Kau ingat kau seorang je ke boleh kahwin?”
“Tak la macam tu, cuma terkejut.” Izz Izzati tersengih.
Hati Alyas tersentak. Izz IZzati tetap comel macam dulu.
“Apa khabar kak?” ramah Zulaikha.
“Khabar baik. Memandangkan korang bagi hadiah kucing pada
hari perkahwinan aku, aku bagi balik hadiah kucing ni pada korang.” Lega hati
Izz IZzati.
“Eh, macam tu pula.” Alyas cuba menstabilkan kembali
perasaannya. Dia harus melupakan cintanya pada Izz Izzati. Wanita itu bukan
miliknya. Sekarang hanya Zulaikha yang harus ada dalam hatinya. Pandangannya
jatuh pada Zulaikha. Seraup wajah yang lembut itu direnung. Insya Allah, Zu
akan jadi mama yang baik untuk anak-anakku nanti.
Mereka bertiga mengambil keputusan untuk berbual di KFC
yang sememang ada berhampiran kawasan tersebut. Berbual di situ lebih baik.
“Macam mana dengan buah hati kau dulu?”
“Dia dah kahwin. Jadi aku tak nak kacau. Aku doakan dia
bahagia. Aku harap dia juga doakan kebahagiaan aku.”
“Cepatnya kau putus asa.”
“Eh, Zati! Kau ni nak aku musnahkan masjid orang lain
ke?” tiba-tiba rasa geram dengan Izz Izzati. Kau nak aku musnahkan perkahwinan
kau ke Zati?
“Eh, aku gurau je. Jangan marah!” Izz Izzati tersengih
lagi.
“Kini, aku tahu Zati. Cinta tak semestinya dimiliki.
Cinta harus ada pengorbanan. Jika dia bahagia dengan lelaki itu, aku tak kan
cuba rampas dia. Tapi sebaliknya, mungkin aku tak teragak-agak untuk
memilikinya kembali.” Tegas Alyas.
Tanpa dia sedari Zulaikha mendengar kata-kata itu. Dia
meninggalkan mereka berdua untuk membasuh tangan tetapi dia terpaku. Mana
mungkin dia tidak tahu siapa perempuan yang Alyas suka. Kali pertama mendengar
nama Izz Izzati, dia dipagut rasa cemburu. Inilah perempuan yang pernah
bertakhta di hati Alyas.
“Tapi Zati… Aku juga rasa bahagia bila bersama dengan Zu.
Dia juga menceriakan hidup aku. Itu sebab aku membuat keputusan untuk
melamarnya sebelum orang lain menyambarnya seperti cinta aku sebelumnya.” Alyas
berkata lagi.
Zulaikha tersentap. Sejujurnya Alyas tidak pernah berkata
begitu mengenainya. Dia rasa bersalah kerana bersangka buruk pada Alyas.
“Baguslah! Aku doakan kebahagiaan kau. Jangan lupa doakan
aku dengan suami aku tu ye. Biar jodoh aku sehingga ke hujung nyawa okey?”
“Insya-Allah.”
Selepas makan mereka keluar berjalan-jalan ke pasar
malam. Mereka bertiga singgah di gerai menjual baju.
“Alyas, aku nak belikan baju untuk suami tapi tak berbakat
dalam bidang ni.”
“Aku tahu kau ni hanya berbakat dalam bidang penulisan
je…” usik Alyas.
Izz Izzati ketawa kecil. “Pandai kau mengusik aku.”
“Abang Alyas, Zu nak pergi tandas sekejap. Tunggu kat
sini ye?”
“Okey…”
“Alyas, lelaki suka warna apa?”
“Kau ni, tanya macam semua lelaki mempunyai minat yang
sama. Cuba kau ingat semula. Laki kau ni suka pakai baju warna apa?”
“Aku rasa putih. Suka benar warna putih.” Izz Izzati
mengingat kembali warna yang selalu menjadi pilihan suaminya itu.
“Kalau macam tu, cuba yang ini…” cadang Alyas.
Tanpa mereka berdua sedari, ada seseorang yang
memerhatinya.
“Dah lama tak datang pasar malam kat sini. Masih meriah
macam dulu.” Sam berkata dengan nada ceria. Walaupun dia gembira tetapi wajah
Tengku Zam Hairil sentiasa serius.
Makin serius apabila dia melihat sepasang kekasih sedang
memilih baju t-shirt di sebuah gerai.
“Kenapa ni?” soal Sam.
“Kenapa kau kembali semula ke sini?” itulah soalan yang
Tengku Zam Hairil ingin soal.
“Kenapa? Tak boleh ke?” acuh Sam. Soalan di jawap dengan
soalan juga.
“Aku tak nak jumpa kau. Kau buat aku teringat pada Feya.”
“Sudahlah Zam, Feya dah mati. Dia dah mati. Jangan kenang
orang yang dah tak ada.” Sam cuba memujuk Tengku Zam Hairil. Dia cukup kenal
sahabat baiknya itu.
“Feya mati disebabkan aku. Aku takkan lupakan dia. Aku
tak nak…” Tengku Zam Hairil berjalan pantas meninggalkan Sam tetapi langkahnya
terhenti saat matanya bertaup dengan mata Izz Izzati.
Wajah Izz Izzati gembira selepas berjaya membeli sehelai
T-shirt yang sesuai untuk suaminya itu tiba-tiba hilang.
Pandangan mereka hanya bertahan seketika sahaja. Tengku
Zam Hairil terus meninggalkan isterinya.
“Alyas, aku kena balik sekarang juga. Thank kawan…” Izz
Izzati terus meninggalkan Alyas selepas Alyas angguk kepala.
“Abang, mana kak Izz?”
“Dia terserempak dengan suaminya. So, biarlah mereka
berdua. Abang ada beli baju couple untuk kita. Harap Zu sudi pakai lepas kita
kahwin beberapa minggu lagi ni.”
“Itu pasti…” Zu tersenyum bahagia.
Tengku Zam Hairil terus naik ke katilnya. Dia benar-benar terasa hati
dengan tindakan yang dilakukan oleh Izz Izzati. Keluar berdua-duaan dengan
lelaki lain. Aku tahu itu kawan dia, tetapi kenapa berdua. Sakitnya hati ini!
Wajahnya masam tetapi serius. Pantas tangannya memeluk
teddy bear yang setia berada di sisinya. Dia memeluk teddy bear itu dari
belakang.
Izz Izzati terpaksa mengikut langkah Tengku Zam Hairil
sehingga ke bilik lelaki itu. Dia akui yang dia sudah melakukan kesalahan
tetapi lelaki itu juga perlu mendengar penjelasannya. Mesti Tengku ingat aku
date dengan Alyas berdua sahaja. Tidak! Tengku dah salah faham.
“Tengku jangan salah faham. Itu kawan saya je. Lagi pun
saya terdesak masa itu.” Jelas Izz Izzati yang berdiri di tepi katil. Terdesak
untuk meminta pendapat seorang lelaki mengenai baju yang ingin dibelikan untuk
suami ini.
Tengku Zam Hairil memegang ke dua belah tangan teddy bear
kesayangannya itu lalu mengerakkan ke telinganya. Dia menunjuk protes dengan
Izz Izzati. Biar kau rasa. Siapa suruh keluar dengan jantan tu berdua. Mentang-mentang
la aku dah izinkan! Geram Tengku Zam Hairil dalam hati. Dia mahu isterinya
terus memujuknya.
Izz Izzati yang melihat tingkah laku Tengku Zam Hairil
rasa terbakar dalam hati. Aku benar-benar terdesaklah! Tolonglah faham. Lagi
pun ini semua sebab kau. Bukannya suka-suka.
“Tengku...” lembut Izz Izzati memanggil nama lelaki itu.
Tengku Zam Hairil membuat muka.
“Tengku nak ais krim. Saya belanja nak? Kita pergi date
sekarang ni? Saya sanggup teman Tengku ke mana sahaja Tengku nak pergi,” pujuk
Izz Izzati. Dia berharap yang suaminya itu terpujuk.
Date? Aku tak pernah lagi date dengan isteri aku sendiri.
Nak ikut! Tapi... Tapi rajuk aku ni camne? Mana boleh tunjuk yang dia mudah
pujuk aku. Eh, mana boleh! Teddy bear, kita terus merajuk ye! Ajak Tengku Zam
Hairil dalam hati.
Tengku Zam Hairil memeluk teddy bear sambil baring.
“Ala, Tengku...” Izz Izzati tahu yang pujukannya tidak
berjaya. Dia buntu.
Izz Izzati masih setia memandang suaminya merajuk.
“Saya belikan sesuatu tapi orang tu merajuk pula.” Sengaja
Izz Izzati berkata begitu sambil menjeling suaminya yang membelakanginya itu.
Apa benda tu? Untuk aku ke? Tengku Zam Hairil
tertanya-tanya. Tengku Zam Hairil seorang yang serius boleh menjadi seperti
kanak-kanak yang dahaga kasih sayang. Dia memang kurang kasih sayang sejak
kecil. Jika Izz Izzati memberi sedikit kasih sayang padanya pun sudah cukup
untuk dia mahu bersama isterinya itu selamanya. Encik Azlan tiada lagi di
sisinya. Hanya Izz Izzati tempatnya mengadu dan bermanja.
Feya? Feya tetap dalam hati tapi hatinya tamak. Dia
mahukan Izz Izzati. Apa yang pelik, jika diberi pilihan antara Feya dan Izz
Izzati, Tengku Zam Hairil akan memilih Feya.
“Tengku tak nak ke?” makin manja suara Izz Izzati
bertanya.
“Ye la!” akhirnya Tengku Zam Hairil mengalah. Dia bangun
dari terus berbaring lalu duduk bersila. “Apa dia yang awak belikan!”
“Tadaaaaaaaaa….” Izz Izzati mengeluarkan sesuatu dari beg
plastik.
“Apa ni?” Tengku Zam Hairil bertanya tanpa perasaan.
“Tak kan Tengku tak tahu ini sehelai baju.” Izz Izzati
memberitahunya tanpa perasaan juga.
“Zati, saya tahu ni baju. Nakal ye awak ni!” geram Tengku
Zam Hairil. “Awak ni. Saya kan tengah merajuk, awak belikan baju je?”
“Lor, Tengku nak apa? Saya ajak date tadi, jual mahal
sangat….” Panjang nada Izz Izzati.
“Kalau awak tak nak saya merajuk lagi. Awak kena buat
satu benda ni…” Tengku Zam Hairil mula tersenyum nakal.
“Eh, ini siapa yang nakal? Saya atau Tengku?” soal Izz
Izzati pula apabila melihat wajah nakal Tengku Zam Hairil.
“Kan Zati suka lelaki yang nakal…” makin lebar senyuman
di bibir si suami.
Tengku Zam Hairil mencekup pergelangan tangan Izz Izzati.
“Apa ni Tengku? Tak suka la…” hati Izz Izzati mula
berdebar.
“Malam ni awak kena jadi teddy bear saya. Jadi kalau saya
peluk ke atau cium, awak tak boleh melawan tau.” Makin nakal wajah Tengku Zam
Hairil.
“Tak nak la Tengku. Tengku tak boleh paksa saya...” Izz
Izzati menolak permintaan suaminya itu. Dia tidak bersedia. Walaupun sebelum
ini kami pernah bersatu tetapi sekarang ini dia tidak bersedia untuk menghadapinya
untuk kali ke dua.
“Saya tak paksa tapi kalau Zati tak nak saya merajuk,
Zati kena ikut syarat saya tu...” Tengku Zam Hairil rasa tidak sabar mahu tidur
bersama isterinya. Dah lama aku tunggu masa ni.
“Eh! Eh!” Izz Izzati tidak dapat lari. Pengangan Tengku
Zam Hairil sangat kuat.
“Apa eh ni?”
“Tengku! Tengku dah lupa kita ada perjanjian...?” Izz
Izzati ingatkan Tengku Zam Hairil. Banyak perjanjian mereka buat.
“Saya rasa perjanjian itu dah lama terbatal masa kita
mulakan malam pertama kita...” kata Tengku Zam Hairil. Kenapa aku makin nakal
ni? Diri sendiri tak percaya apa yang berlaku padanya.
“Oh ye ke?” Izz Izzati terangguk-angguk. “Eh! Mana boleh
terbatal!” Dia tersedar. Kenapa boleh terbatal tiba-tiba.
“Boleh je! Mulai esok, Zati akan pindah ke bilik ini...”
arah Tengku Zam Hairil.
“Mana boleh!” Izz Izzati menidakkannya.
“Mesti boleh sebab mak nak datang tidur sini untuk
beberapa hari...” kejutan daripada Tengku Zam Hairil.
“Apa?” Izz Izzati benar-benar terkejut. Puan Zalimah akan
datang ke sini? Betul ke ni?
“Kenapa terkejut ni?”
“Macam mana Tengku pujuk mak? Hebatlah Tengku!” puji Izz
Izzati.
“Sebagai balasan, Zati kena jadi teddy bear saya malam
ni.” Tengku Zam Hairil masih dengan syaratnya.
“Baiklah Tengku! Sistem barter la ni?” teka Izz Izzati.
Dia terus bersetuju dengan apa syarat suaminya kenakan. Bukan senang mahu
memujuk Puan Zalimah untuk datang ke sini.
“Lebih kurang la tapi ini untuk selamanya. Bukannya
sekejap-kejap.” Tengku Zam Hairil ingatkan Izz Izzati mengenai perkara itu.
“Maksud Tengku?”
“Tiap-tiap malam Zati akan tidur dengan saya.” Senyuman
nakal terukir di bibir Tengku Zam Hairil. Zati dah tak boleh lari saya. Jadi
milik saya ye?
Sejak Encik Azlan tiada, dia rasa sunyi sangat. Tapi
apabila dia bersama Izz Izzati, kesunyiannya terisi. Jadi fokusnya pada Izz
Izzati. Dia mahu wanita itu selalu di sisinya.
“Apa?” Izz Izzati menelan liur.
“Betul la...” Lantas di peluk Izz Izzati dalam pelukan
Tengku Zam Hairil. Teddy bear yang selalu menemaninya itu, sudah lama di letak
tepi.
Izz Izzati kaku dalam pelukan suaminya sendiri.
p/s: semoga terhibur...minggu depan pula cik penulis update bab 24 hihihi
Lama gila duk tgu citer ni hihuhi
ReplyDeleteSambung lg...
ReplyDelete(4)
ReplyDeletekak ria, love it.. suka sangat. kesian alyas but that's better for him. daripada dia tunggu izz,lagi baik dia cari pengganti izz. nakal betul TZH ni..macam sweet je diaorang ni. Mana lah nak cari lelaki yang suka teddybear plus sweet macam TZH ni..kak ria, sambung lagi please.:D
Nasib baik si alyas ni tak kacau si izz ni
ReplyDeleteakak!!! dh stress giler ni!!!! dok taip komen yg berbeza2 3 kali pasal lap prob!! huhu...
ReplyDelete(13)
1. suka Alyas pasal dia x kacau... harap dia happy dgn Zu..
2. arghhh!!! giler sweet!!! TZH yang nakal buat dia nampak comel!!! suka suka suka!!! lagi comel bila dia merajuk n peluk teddy bear!!! can I find a person like that? haha...more prefer the vampire...
3. thumbs up utk sikap Zati...mmg terbaik...
4. bila akak nak cerita pasal Feya ni???
5. cpt2 lah sambung but sorry sebab komen lambat...huhu...tahun exam.. :'(
Suka baca komen awak vampire3kidz... Sy pun suka vampire danish.. Akak, bila nk sambubg sv fantasi?
ReplyDelete(6) Qaseh Allyea
ReplyDeleteWahh dh lama menanti kdh... rindu sngt2... tak sbar nk bca perkembangan zam dngn izz... dn mr teddy kesayangan ku...
-Alhamdulillah alyas dh jmpa penganti zati.. tak la dia berharap sngt kat izz.. mungkin zu jodoh yg terbaik bt alyas.. semoga jodoh diorang berkekalan.
-blom prnah org buat lagi bg hadiah seekor kucing untk wedding... msti comel muka izz takot kucing.. haha
- nakal + sweet + cute tngk zam merajok dn izz. Mkin nakal zam sampai izz pon kecut perut. Zam pon tak habis2 dengan teedy bear dia.. huhu
-akhirnya trbongkar jgak pasal feya.. rupanya feya sudah tiada.. tp apa yg berlaku antara zam dngn feya smpai zam rsa bsalah.. mcm suspen jer..
-dlm nakal pon ad sedih.. bila zam lebih feya dari izz jika diberi pilihan.. huhu seoga diorang bahagia..
-pasal sam dh tahu.. rupanya dia kawan zam.. tp apa yg ad pda sam smpai zam boleh teringat kn feya.. huhuu
* kak ria cepat sambung tak sbar nk baca.. huhuu kak ria npe skit sngt.. bru nk feling tadi.. tngk2 dh abiss.... huhu.. apa pon cayok kak ria.... cepat2 siapkan... hihi♥♥♥
(ay xingat no)
ReplyDeletehahahahahahaha...
bab yg ditunggu2.. btw kenapa just 25 je...
xpe la kita tunggu full bab/versi cetakkan.
hope sangat.
ay doakan semua berjalan lancar
ok kita teruskan.....
alhamdulillah akhirnya alyas jumpa juga dengan jodoh dia.
kucing!!!!!
hahahhaha (lawak)
ada ke org bg hadiah wedding sepasang kucing?
tp mcm idea menarik je..
eh izz bawak balik ke kucing tu?
(kan dia kata bila alyas kawin dia nk hantar balik kucing tu)
hehehehheheh...
kenapa zam bersalah atas kematian feya?
kenapa zam ckp feya mati sbb dia?
what antara izz & feya zam still pilih feya?
eh zam tau x yg izz tu cinta separuh mati kat dia.
sampai hati zam buat mcm ni..
BENCI TENGKU ZAM HAIRIL!!!!!!!!!!!!!!!
hope zam berubah
dan cinta zam just utk izz je..
*eh ay emo terlebih pula..
(--10--)
ReplyDeleteIngatkan betul2 laa abang/zati rupanya Izz tengah berangan...tapi sweet jeww lagi2 bila Tengku bagi teddy bear dia.. kan selama nie teddy bear tu nyawa Tengku...
Yeyeii alyas dah ada penganti Izz.. sukanya bila Alyas ckp dia rasa lain bila ngn Zu sampai Zu tersentap krn x pernah Alyas ckp mcm tu..Thank You Alyas kerana sudah berjaya untuk melupakan cinta tersoroknya terhadap Izz..
Nakal laa Izz nie, Alyas bagi kucing dia bagi balik kat Alyas n Zu..hahaha..
Alamak Tengku dah salah paham laaa.. gila ke x cemburu n marah, bila nampak wife dia berdua duan dengan lelaki lain even sudah dapat keizinan..
FEYA dah meninggal dunia? Tengku punca FEYA meninggal? alaaa... xbest laaa.. entah2 Tengku bukan punca kematian FEYA tapi maybe sebab Tengku salahkan diri sendiri kot.. hehehee..
Sweetnya bila Tengku kata "malam ini awak jadi teddy bear saya,, saya cium n peluk awak jangan melawan" tiap tiap malam mereka tidur bersama baru laa jadi hubby n wifey,, opps*..hahaha
Goodluck KDH.. semoga di terbitkan.. tahniah sis Ria. always pray the best for u
9
ReplyDeleteKak riaa... OHmaiii comelnyaaa Zati ni
Terubat rindu ngan dia. Hihihi
Part kucing tu, muahahah memang xleyh tahan sengeh dah. Haha comel ngat.
Alyas.. Alhamdulillah dah dapat pengganti.
Feya. Ohmai.. Dia dah mati, and tengku cakap dia penyebab feya mati, konflik pasti ni hihi
Duhai tengku zam hairil .. Awat nakal sangat ngan zati tapi, COMEL la detang ni
Hahahaha ohmooo... Suka suka suka
(16)
ReplyDeleteomg!!!!
sweet nye tengku...
kelakar tol izzati berangan dgn tengku..
bru nk sweet2 bunyi hp lak...hihihihi
owhhh... feya dah takde..
sbb apa ek feya mningg..
trtnye2 lagi ttg feya nie..
hahahaha....
izzati dah jadi tedy bear tengku pasni..
kompom lg sweet ...
tak sabar nk bace sambungan nye...
(like2 )
5
ReplyDeleteamboi tengku.. nakal no.. heee..
tengku xtamak, cuma tengku xboleh melupakan..
semoga cepat siap kak novel ni.. semoga berjaya..