Assalamualaikum... ini enovel saya yang baru dan alhamdulillah dah ada syarikat penerbitan dah booking untuk penilaian tetapi saya tidak mampu untuk siapkan dalam masa terdekat....so boleh bagi teaser bab 1 sahaja... harap ada yang suka enovel baru saya... semoga terhibur membacanya...
KEKASIH TIDAK IKTIRAF
Bab 1
Noah Qushairy mengerakkan pen di hujung
jarinya. Dia teringatkan seseorang yang istimewa dalam hatinya. Seseorang yang
mencuit hatinya. Ada senyuman yang terukir di bibir.
Dompetnya di keluarkan dari laci lalu di buka.
Ada sekeping gambar yang begitu bermakna baginya. Hanya itu sahaja yang dia
ada. Fikirannya melayan jauh menerjah 10 tahun lalu.
Aku tersenyum
sengal. Inilah masa yang sangat aku nantikan setelah sekian lama aku menunggu. Sedikit
lagi. Aku kena sabar jika mahu mangsa kena perangkap ini. Makin lebar senyuman
aku ukirkan apabila melihat gadis itu.
“Aduh! tak guna punya TM!!!” jerit seorang gadis sekuat hati. Auni
namanya. Sangat comel. Aku selalu usik dia.
Melihat Auni jatuh tersembam ke bumi
membuatkan deria ketawa aku berfungsi. Aku ketawa tak ingat
dunia. Seronok!
“Padan muka kau! Siapa suruh kau mainkan aku...” Aku masih ketawa. Ini
satu kejayaan yang tidak akan aku lupa.
“Bila masa aku mainkan kau. Aku tak ada kaitan pun dengan kau!” jawab
Auni membuatkan aku makin galak mengacaunya.
“Kau mainkan perasaan aku. Sebagai hukuman, kau akan dikenakan oleh
aku seumur hidup.” Selamba aku berkata begitu. Hidup aku ceria sejak
kehadirannya di sini. Di rumah aku.
“Tak ada maknanya. Kau nak buat aku jatuh setiap hari pun tak apa. Aku
masih boleh tahan tapi suatu hari nanti aku akan pergi jauh dari sini dan masa
tu kau akan menyesal!”
Kata-kata Auni benar-benar menusuk tepat ke jantung hati aku. Nasib baik
berdegup kencang lagi. Apa yang pasti ketawaku terhenti. Senyumanku menghilang.
Aku terdiam seketika. Auni akan pergi jauh dari aku?
“Tau pun diam...” Auni tersenyum sinis.
“Tak mungkin aku diam! Aku akan pastikan kau tak kan ke mana-mana....
lalalalalalalala....” Aku menyanyi dengan girangnya. Ia lebih kepada menutup
rasa cuak aku dengan kata-katanya sebentar tadi. Aku harap itu tidak akan
berlaku.
Kelihatan gadis itu kegeraman. Ini yang makin seronok aku melihat
wajahnya.
“Aku akan sambung pelajaran aku dan aku akan tinggalkan tempat ni.”
Berani Auni berkata-kata.
“Kau tak akan pergi. Aku sanggup beli kau supaya kau kat sisi aku
selamanya.” Penuh yakin aku menjawabnya. Aku yakin sangat-sangat!
Auni terus rasa membara. Aku rasa la.
“Kau ingat aku ni barang ke?” Soalnya. Ada aku kisah kau barang atau
tak. Apa yang aku rasa, aku nak kau jadi milik aku.
“Di dunia sekarang semuanya boleh di beli dengan wang tidak terkecuali
kau.” Angkuh sekali kata-kata aku.
“Noah…”
Kali pertama nama aku dipanggil oleh Auni
membuatkan diri ini terdiam.
“Ada banyak perkara yang tidak boleh dibeli
dan tak ternilai harganya…Kepercayaan dan cinta sejati. Ia tidak boleh di beli
oleh wang!” Serius suara Auni.
Aku memandang wajah Auni tanpa berkelip. Betul
ke apa yang dikatakan oleh Auni? Hati aku berdebar-debar.
“Cukup! Cukup sudah! Cukup sampai di sini
sahaja…” Ada sebuah lagu kedengaran memecahkan kenangan lalu. Rupa-rupanya
telefon pintar miliknya berbunyi. Di keluarkan telefon Sony yang berada dalam lacinya.
“Kacau daun betul! Orang nak berangan pun tak
sempat habis…” Bebel Noah Qushairy. Segera dia menjawab panggilan yang misteri
itu.
“Assalamualaikum. Lambatnya kau jawab. Tengah
berangan ke?” usik seseorang di hujung talian.
“Waalaikumussalam… Eh, Qayl! Bro, lama tak
call aku! Mana ada aku berangan… Aku cuma termenung di kala banyak kerja ni.” Noah
Qushairy tersenyum. Ini sahabat aku. Namanya Qayl Haseef. Masih belajar di luar
negara.
“Aku sibuk sikit. Al-maklumlah. Tak lama lagi
nak balik Malaysia. Banyak persiapan yang aku kena buat sebelum meninggalkan
tanah Arab ini.” Qayl Haseef tersenyum.
“Ala, takat Mesir tu. Tak lah jauh sangat. Takat
kau nak ulang-alik, mudah je.” Gurau Noah Qushairy.
“Kau ni sengal ke apa? Apa kejadah aku nak
ulang-aliknya.”
“Sengal pun sengallah. Janji aku bahagia.” Noah
Qushairy ketawa kecil. “Bila kau nak balik Malaysia?”
“Insya-Allah. Minggu depan. Nanti aku singgah
pejabat papa aku. Nak bagi dia kejutan.” Rancang Qayl Haseef.
“Nanti lepas bagi kejutan, jangan lupa datang
ke jabatan aku yang kecil ni. Kirim salam pada Dato Haikal.”
“Okey. Bereh! Aku kena pergi. Nanti kita
jumpa.”
“Okey…”
Noah Qushairy menamatkan panggilan telefon
pintarnya.
“Kak Umie, masuk!” Dia menekan interkom.
“Ya, bos.”
“Mana setiausaha saya ni? Banyak kerja saya
nak buat ni.” Soal Noah Qushairy. “Kalau dia tak datang hari ini, Kak Umie cari
sahaja orang lain. Esok saya nak jumpa dia.” Tegasnya.
“Bos, dia kata yang dia baru pindah sini. Jadi
dia tidak dapat datang hari ini sebab tidak sihat.”
“Tak kisah. Kak Umie pergi call dia dan cakap
saya nak dia masuk kerja di sini esok.”
“Baiklah bos!” Umie keluar dari bilik dan menjalankan
tanggungjawab yang bukan kerjanya.
*****
Qayl Haseef tersenyum selepas berbual dengan sahabat
baiknya yang sentiasa merendahkan diri dalam melakukan kebaikan.
“Kita kalau nak buat baik, tak perlu tunggu
orang suruh. Sendiri fikir la.” Dia berfikiran sendiri. Dia bersyukur dengan
apa yang dia dapat.
Dia masih ingat kata-kata itu.
Nak lg... Best..pandai akak ubah sikit citernya hohoho
ReplyDeletehihihi biasa je...nantikan jalan ceritanya...ini baru pendek je...nanti akan update bab satu yg pjng...
DeleteSambung lg...
ReplyDeleteakan disambung bulan 12 ye...insya allah...
DeleteNak lagi..rase mcm dh tgkp feeling ngan TM..
ReplyDeleteingatkan tak dapat nak feeling dengan cerpen tuan muda yg sengal tu hihihihihi thank sudi komen..
DeleteCerita ni best memang terbaik la.. Akak tunggu smbungan je Hihihi @-}--
ReplyDelete