Followers

Saturday 27 September 2014

7
Komen

Teaser KEKASIH TIDAK IKTIRAF bab satu

Assalamualaikum... ini enovel saya yang baru dan alhamdulillah dah ada syarikat penerbitan dah booking untuk penilaian tetapi saya tidak mampu untuk siapkan dalam masa terdekat....so boleh bagi teaser bab 1 sahaja... harap ada yang suka enovel baru saya... semoga terhibur membacanya...

KEKASIH TIDAK IKTIRAF


Bab 1
Noah Qushairy mengerakkan pen di hujung jarinya. Dia teringatkan seseorang yang istimewa dalam hatinya. Seseorang yang mencuit hatinya. Ada senyuman yang terukir di bibir.
Dompetnya di keluarkan dari laci lalu di buka. Ada sekeping gambar yang begitu bermakna baginya. Hanya itu sahaja yang dia ada. Fikirannya melayan jauh menerjah 10 tahun lalu.
Aku tersenyum sengal. Inilah masa yang sangat aku nantikan setelah sekian lama aku menunggu. Sedikit lagi. Aku kena sabar jika mahu mangsa kena perangkap ini. Makin lebar senyuman aku ukirkan apabila melihat gadis itu.
“Aduh! tak guna punya TM!!!” jerit seorang gadis sekuat hati. Auni namanya. Sangat comel. Aku selalu usik dia.
Melihat Auni jatuh tersembam ke bumi membuatkan deria ketawa aku berfungsi. Aku ketawa tak ingat dunia. Seronok!
“Padan muka kau! Siapa suruh kau mainkan aku...” Aku masih ketawa. Ini satu kejayaan yang tidak akan aku lupa.
“Bila masa aku mainkan kau. Aku tak ada kaitan pun dengan kau!” jawab Auni membuatkan aku makin galak mengacaunya.
“Kau mainkan perasaan aku. Sebagai hukuman, kau akan dikenakan oleh aku seumur hidup.” Selamba aku berkata begitu. Hidup aku ceria sejak kehadirannya di sini. Di rumah aku.
“Tak ada maknanya. Kau nak buat aku jatuh setiap hari pun tak apa. Aku masih boleh tahan tapi suatu hari nanti aku akan pergi jauh dari sini dan masa tu kau akan menyesal!”
Kata-kata Auni benar-benar menusuk tepat ke jantung hati aku. Nasib baik berdegup kencang lagi. Apa yang pasti ketawaku terhenti. Senyumanku menghilang. Aku terdiam seketika. Auni akan pergi jauh dari aku?
“Tau pun diam...” Auni tersenyum sinis.
“Tak mungkin aku diam! Aku akan pastikan kau tak kan ke mana-mana.... lalalalalalalala....” Aku menyanyi dengan girangnya. Ia lebih kepada menutup rasa cuak aku dengan kata-katanya sebentar tadi. Aku harap itu tidak akan berlaku.
Kelihatan gadis itu kegeraman. Ini yang makin seronok aku melihat wajahnya.
“Aku akan sambung pelajaran aku dan aku akan tinggalkan tempat ni.” Berani Auni berkata-kata.
“Kau tak akan pergi. Aku sanggup beli kau supaya kau kat sisi aku selamanya.” Penuh yakin aku menjawabnya. Aku yakin sangat-sangat!
Auni terus rasa membara. Aku rasa la.
“Kau ingat aku ni barang ke?” Soalnya. Ada aku kisah kau barang atau tak. Apa yang aku rasa, aku nak kau jadi milik aku.
“Di dunia sekarang semuanya boleh di beli dengan wang tidak terkecuali kau.” Angkuh sekali kata-kata aku.
“Noah…”
Kali pertama nama aku dipanggil oleh Auni membuatkan diri ini terdiam.
“Ada banyak perkara yang tidak boleh dibeli dan tak ternilai harganya…Kepercayaan dan cinta sejati. Ia tidak boleh di beli oleh wang!” Serius suara Auni.
Aku memandang wajah Auni tanpa berkelip. Betul ke apa yang dikatakan oleh Auni? Hati aku berdebar-debar.
“Cukup! Cukup sudah! Cukup sampai di sini sahaja…” Ada sebuah lagu kedengaran memecahkan kenangan lalu. Rupa-rupanya telefon pintar miliknya berbunyi. Di keluarkan telefon Sony  yang berada dalam lacinya.
“Kacau daun betul! Orang nak berangan pun tak sempat habis…” Bebel Noah Qushairy. Segera dia menjawab panggilan yang misteri itu.
“Assalamualaikum. Lambatnya kau jawab. Tengah berangan ke?” usik seseorang di hujung talian.
“Waalaikumussalam… Eh, Qayl! Bro, lama tak call aku! Mana ada aku berangan… Aku cuma termenung di kala banyak kerja ni.” Noah Qushairy tersenyum. Ini sahabat aku. Namanya Qayl Haseef. Masih belajar di luar negara.
“Aku sibuk sikit. Al-maklumlah. Tak lama lagi nak balik Malaysia. Banyak persiapan yang aku kena buat sebelum meninggalkan tanah Arab ini.” Qayl Haseef tersenyum.
“Ala, takat Mesir tu. Tak lah jauh sangat. Takat kau nak ulang-alik, mudah je.” Gurau Noah Qushairy.
“Kau ni sengal ke apa? Apa kejadah aku nak ulang-aliknya.”
“Sengal pun sengallah. Janji aku bahagia.” Noah Qushairy ketawa kecil. “Bila kau nak balik Malaysia?”
“Insya-Allah. Minggu depan. Nanti aku singgah pejabat papa aku. Nak bagi dia kejutan.” Rancang Qayl Haseef.
“Nanti lepas bagi kejutan, jangan lupa datang ke jabatan aku yang kecil ni. Kirim salam pada Dato Haikal.”
“Okey. Bereh! Aku kena pergi. Nanti kita jumpa.”
“Okey…”
Noah Qushairy menamatkan panggilan telefon pintarnya.
“Kak Umie, masuk!” Dia menekan interkom.
“Ya, bos.”
“Mana setiausaha saya ni? Banyak kerja saya nak buat ni.” Soal Noah Qushairy. “Kalau dia tak datang hari ini, Kak Umie cari sahaja orang lain. Esok saya nak jumpa dia.” Tegasnya.
“Bos, dia kata yang dia baru pindah sini. Jadi dia tidak dapat datang hari ini sebab tidak sihat.”
“Tak kisah. Kak Umie pergi call dia dan cakap saya nak dia masuk kerja di sini esok.”
“Baiklah bos!” Umie keluar dari bilik dan menjalankan tanggungjawab yang bukan kerjanya.
*****
Qayl Haseef tersenyum selepas berbual dengan sahabat baiknya yang sentiasa merendahkan diri dalam melakukan kebaikan.
“Kita kalau nak buat baik, tak perlu tunggu orang suruh. Sendiri fikir la.” Dia berfikiran sendiri. Dia bersyukur dengan apa yang dia dapat.
Dia masih ingat kata-kata itu.

7 comments:

  1. Nak lg... Best..pandai akak ubah sikit citernya hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi biasa je...nantikan jalan ceritanya...ini baru pendek je...nanti akan update bab satu yg pjng...

      Delete
  2. Nak lagi..rase mcm dh tgkp feeling ngan TM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingatkan tak dapat nak feeling dengan cerpen tuan muda yg sengal tu hihihihihi thank sudi komen..

      Delete
  3. Nanao Shirahane@Harukichi Hamada(Cbah)Sunday, November 16, 2014 11:58:00 pm

    Cerita ni best memang terbaik la.. Akak tunggu smbungan je Hihihi @-}--

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi