Followers

Sunday, 12 April 2015

12
Komen

KEKASIH TIDAK IKTIRAF 10



Bab 10


Auni tersengih-sengih melihat Noah Qushairy mengambil trofil untuk anugerah jabatan paling berdisiplin. Ada juga anugerah macam tu. Auni rasa teruja. Dia menepuk tangan sekuat hatinya. Dia gembira dengan pencapaian majikannya. Rasa macam anak sendiri mendapat anugerah cemerlang. Alamak! Over sangat aku ni.


“Tahniah!” ucapnya apabila Noah Qushairy sudah menghampirinya. Aku diwajidkan duduk di sebelahnya. Semeja dengannya. Kalau tak, mulut tu asyik nak bising sahaja.


Noah Qushairy membuat muka. Dia mahu Auni yang naik ke pentas itu. Motif? Sengaja nak buat Auni rasa gemuruh ke? Gementar ke? Alih-alih, aku yang kena ambil. Tak dapat nak buli si Auni ni.


“Terima kasih…” balasnya.


“Tuan muda paling terbaik!” puji Auni sambil tersenyum lebar.


Hati Noah Qushairy berdebar pula melihat senyuman Auni. Hati, kau sabar ye? Kalau kau nak sangat si Auni tu, wahai Hati, kau kena berani luahkan perasaan. Kau berani tak?


Automatik hatinya berhenti berdebar. Noah Qushairy mula rasa pelik dengan dirinya. Penakut betul la…


“Kenapa ni, Tuan Muda?” Auni berbisik di telingaNoah Qushairy kerana majlis masih diteruskan dengan persembahan nyanyian bukan artis.


Hati Noah Qushairy kembali berdebar. Letih pula dia dengan sikap hatinya. Hati, sila berhati-hati jika mahu berdebar. Aku hempuk juga kang! Dia menepuk dadanya.


“Kenapa ni, Tuan Muda?” Soal Auni sekali lagi.


“Aku tersedak!” kata Noah Qushairy.


“Tersedak?” Auni mula berfikir. Tersedak? Tengah minum air? Tak ada pula. Tersedak udara ke? Tak logik. Tak logik. Dia merenung wajah Noah Qushairy.


“Kenapa? Bak air kau ni!” Selamba Noah Qushairy minum air milik Auni. Dia meneguknya dengan rakus. Sedapya dapat minum air bekas Auni. Pujinya dalam hati.


“Tuan muda, air tu….” Auni tergamam dengan tindakan Noah Qushairy yang begitu pantas. Tambahan pula minuman tersebut bukan miliknya.


“Aku tahu tu air kau. Kenapa?”


“Saya tak kisah bos nak minum air saya tapi tu air Pepero…” Auni berkata perlahan.


Terus Noah Qushairy. Rasa nak muntah pun ada… Ya Allah! Pelik sungguh rasa air ni… Tanpa sedar dia mengutuk pula rasa air tersebut. Sedangkan sebentar tadi dia memuji minuman tersebut sedap.


Auni ketawa kecil. Lucu betul wajah Noah Qushairy.


Ketika itu Datin Maz memerhati mereka berdua. Menyampah dia melihat orang muda mengedik seperti itu. Lantas dia mahu ke tandas. Langkah demi langkah di atur dengan penuh berhati-hati. Manalah tahu langgar orang lagi.


Buk!


Dia terjatuh sendiri akibat terpijak kainnya yang labuh.


“Puan… Puan tak apa-apa?” Pantas Hasya menegur Datin Maz.


Datin Maz tersentak. Dia memandang tepat ke dalam mata Hasya. Mengapa hatinya rasa tenang.


“Puan…” panggil Hasya. Aku ni memang cari nahas. Tadi mak cik nidah marah kau, kau boleh pula nak tolong dia. Tak apa. Aku buat semua ini ikhlas.


“Apa puan-puan? Panggil aku datin.” Datin Maz terus berlalu ke dalam bilik air.


Kang aku dah kata… Hasya hanya mampu menggaru kepala sahaja. Lantaklah. Malam ni malam terakhir aku kerja. Esok ayah dah nak balik. Yahoo! Tapi… Tak kan ayah nak terus kerja? Wajah Hasya kembali muram.


“Hasya…” sapa Qayl Haseef. Dari jauh dia memerhati Hasya. Esok mungkin gadis ini tiada di sini lagi. Dapatkah dia bertemu lagi?


“Kau lagi? Tak ada kerja ke? Asyik jumpa aku je.” Geram Hasya.


“Tak la. Aku tengok buah hati aku ni baik sangat. Suka tolong orang. Jadi, aku harap kau tolong aku juga…” Qayl Haseef tersenyum bahagia.


“Tolong apa?” Dahi Hasya berkerut.


“Tolong jaga hati aku. Tolong terima hati aku masuk dalam hati kau…” Qayl Haseef sempat kenyitkan matanya. Inilah cara memikat wanita. Mesti Hasya cair kali ini.


Hasya buat muka geli. “Tak nak la! Tak Hingin!” Hasya berlalu pergi.


Qayl Haseef rasa kecewa. Yakin sangat dengan kata-kata cintanya sehingga berlipat ganda kecewanya. Tiba-tiba dia terdengar seseorang menepuk tangan. Lantas dia berpaling.


“Terbaik!” Datin Maz berkata. Dia melihat Qayl Haseef begitu mesra dengan pengawal keselamatan itu. Perasaan tak sedap itu mula muncul.


Qayl Haseef merenung wajah Datin Maz.


“Dah tak ada perempuan elok sikit ke kau nak mengorat? Mana pergi kekasih kau yang bertudung labuh tu?” Sinis Datin Maz. Dia tahu sikit-sikit mengenai kekasih anak angkat suaminya itu. Bukannya dia suka sangat lelaki itu.


Qayl Haseef diam.


“Kalau kau nak sangat kahwin dengan dia, aku boleh tolong. Sebab… Makin cepat kau berambus dari rumah papa kau, lagi bagus!” Datin Maz tidak suka Qayl Haseef keluar masuk ke banglo yang sudah tertulis namanya. Syarat yang Dato Qayyim kenakan, mesti menerima Qayl Haseef seadanya. Itu tidak mungkin la. Aku tak kan terima dia. Dia bukan anak aku pun.


“Betul ke mak cik nak tolong ni?” Qayl Haseef teruja. Dia tahu yang dia juga tidak menyukai Datin Maz yang entah dari mana muncul dalam hidup Dato Qayyim. Biarlah. Aku pun tak sabar nak keluar dari banglo sunyi itu.


“Tolong tengok!” Datin Maz ketawa terbahak-bahak. Dia rasa lucu sangat. Qayl Haseef boleh percaya dengan apa yang dikatakan. Memang tidak dijangka.


Qayl Haseef garu kepala. Sengal Noah dah berjangkit pada mak cik aku ke? Kuat betul virus sengal Noah ni. Boleh merebak pada orang yang berhampirannya.


Lagi satu, perangai dia macam Hasya. Ya! Macam Hasya sikit-sikit. Cuma Hasya lagi comel dari dia.


“Aku akan cakap pada papa kau. Mesti dia suka. Siapa nama ayah Hasya tu?” soal Datin Maz.


“Tak pastilah. Takat jumpa-jumpa masa kecil dulu ada.”


“Oh, nanti bagitau aku. Senang nak pujuk papa kau.”


“Mak cik terbaik!”


“Terbaik untuk menghalau kau dari rumah tu…”


“Halau pun halau lah!” Qayl Haseef tidak kisah itu. Dia teringat akan persaingannya yang hebat itu. Mampukah aku memiliki Hasya. Selagi dia tak kahwin dengan lelaki tu, aku masih boleh memikat dia. Tunggu la Hasya.


“Okey. Set!” Datin Maz berlalu.






“Okey Pepero, aku balik dulu…” Auni melambaikan tangan pada Pepero yang juga sedang menuju ke kereta masing-masing. Dia menghampiri Myvi kesayangannya. Apa ni? Kenapa ni? Kenapa terjadi saat ini?


“Pancit…” Wajah Auni murah. Dia terlalu penat untuk menukar tayar kereta. Tambahan pula, mana ada tayar simpanan dalam keretanya. Dia tidak sempat mahu membelinya. Bulan ini lari bajet.


“Auni, tak balik lagi?” sapa Noah Qushairy. Dia memang sengaja letakkan keretanya di sebelah kereta Auni. Sweet kan begitu. Korang apa tahu…


“Tak lagi tuan muda. Ni, tayar pancit.” Wajah sedih Auni terpamer. Nasib baik esok tak kerja. Tak la dia rasa berat sangat nak uruskan keretanya ini. Sempat lah sebelum isnin. Cuma kena cari tayar baru sahaja


“Mari aku hantar kau…” ajak Noah Qushairy. Dia yakin antara dia dan Auni akan berlaku kenangan yang indah malam ini. Tak sabar rasanya.


“Eh, tak boleh, Tuan Muda…” Kata Auni. Dia mahu membebel lebih panjang lebar tetapi melihat Noah Qushairy selamba melangkah ke kereta mewahnya itu dan menghidupkan enjin. Dia tak nak dengar ke apa yang aku nak cakap ni?


“Kau nak ke atau tak?” Noah Qushairy mengawal riak wajahnya. Hampir tergelak dibuatnya melihat wajah kelat Auni. “Kalau tak nak, berjagalah bersama Hasya malam ni ye…”


“Ala Tuan Muda ni. Sengaja tau…” Geram Auni. Dia segera masuk ke dalam perut kereta mewah milik Noah Qushairy.


Noah Qushairy pula menyembunyikan senyuman kemenangan daripada pandangan mata Auni. Hatinya akan gembira tiap kali Auni mengikut kata-katanya. Sangat indah perasaan itu.


Akhirnya mereka berdua tiba di suatu tempat. Bukan rumah sewa milik Auni tetapi sebuah restoran. Pantas Auni memandang wajah majikannya ini. Tak sedar ke dah pukul berapa? Orang nak tidur, tak reti bahasa ke?


“Buat apa kat sini?” soal Auni.


“Tukar tayar kereta kau yang pancit tu…” balas Noah Qushairy.


Auni membuat muka lagi. Dia tahu yang Noah Qushairy mahu mengenakannya. “Sengal!”


“Auni, kita datang sini untuk makan. Aku tak selera betul makan makanan yang disediakan. Siapalah yang bagi cadangan makan makanan macam tu.”


“Tapi saya makan sedap je. Selera betul saya makan.”


“Kau kalau bab makan, memang sedap la… selera la… aku tak macam kau…” geram Noah Qushairy.


“Ala, kalau tuan muda nak makan, makan la. Saya nak balik.”


“Aku tak izinkan kau balik. Malam ni aku nak kau layan aku macam masa kau keja dengan arwah papa aku.” Arah Noah Qushairy.


“Lecehlah!” Auni akur.


Noah Qushairy memesan beberapa jenis lauk. Apabila lauk yang dipesan itu tiba, dia menghalang dua orang pelayan lelaki itu dari terus meletakkan di atas mejanya. Dia sudah menempah dua meja. Satu untuk dia makan, satu lagi digunakan untuk meletakkan makanan.


Selepas pelayan semua pergi, barulah Noah Qushairy memulakan arahannya.


“Aku nak air…” arah Noah Qushairy


Kalut Auni mengambil air di meja berhampiran dan membawa ke meja Noah Qushairy dengan muka masam. Penat tak hilang lagi dah kena buat keja tak bergaji ni. Geram sungguh.


“Macam ni ke layan tuan Muda. Senyuman mana? Mana? Kau senyum la sikit.” Bebel Noah Qushairy.


Auni senyum sikit sahaja.


“Kau reti senyum atau tak? Atau kau nak aku ajar kau senyum guna mulut aku ni?” Noah Qushairy mula berkiasan.


“Guna mulut tuan Muda? Macam mana tu?” berkerut dahi Auni.


“Perempuan, kalau kena cium, mesti dia tersenyum.” Noah Qushairy berkata dengan nada yang nakal.


“Ish! Kalau tuan muda cium saya, saya rasa tuan tak kan dapat senyuman saya.” Auni menahan geram. Sejak bila tuan muda aku ni miang keladi ni.


“Jadi dapat apa?” Noah Qushairy sendiri tidak dapat menjangka yang dia akan dapat apa selain ciuman yang mengasikkan. Ala, bila kau nak jadi bini aku ni… ish!


“Dapat penampar!” geram Auni. “Makan la cepat! Saya dah mengantuk ni! Kang saya tidur kat sini, orang kata saya gila pula.” Bebelnya.


“Kau tidur kat sini.” Noah Qushairy tepuk-tepuk dadanya yang bidang itu.


“Keras macam tulang. Lagi empuk bantal kat rumah saya tu.” Tolak kasar Auni.


Noah Qushairy mula rasa tercabar. Bukankah semua perempuan suka dada yang bidang ni? Auni ni perempuan kategori apa?


“Dahlah! Mari duduk sini.” Ajaknya .


“Tak nak duduk sebelah tuan Muda. Minyak wangi tuan muda busuk.” Balas Auni. Sengaja dia berkata begitu. Sebenarnya minyak wangi Noah Qushairy sangat menggodanya. Wangi sangat. Kalau tak mengelak tadi, dah lama aku hanyut ni. Cepat-cepat mengelak ye, Auni.


“Busuk!” Makin pelik Noah Qushairy rasa. Selama ini, Auni tak pernah pun komen mengenai minyak wanginya. Kenapa kali ni busuk pula? Tak kan pembawakan budak plus orang mengandung. Ada tu, isteri yang mengandung tak suka bau minyak wangi suaminya walaupun sebelum ni isteri suka sahaja. Ish! Mana boleh Auni mengandung kalau aku tak pernah sentuh dia.


Lama Noah Qushairy terdiam. Risau pula Auni rasa.


“Kau mengandung ke?” Tiba-tiba sahaja Noah Qushairy bertanya begitu.


“Tuan muda, agak-agak la. Saya kahwin pun belum, tak kan dah mengandung. Saya ni ada iman lagi Tuan muda. Tak kan nak berzina.”


“Aku tanya je.”


Noah Qushairy terus makan. Sikit pun tak jemput Auni. Tapi Auni memang sudah kenyang. Banyak dia makan tadi. Dia bangun dan menuju ke kaunter.


“Semuanya RM202, tuan.” Kata penjaga kaunter pembayaran.


“Cik adik ni yang akan bayar.” Noah Qushairy terus berlalu.


“Apa ni, Tuan Muda!” cuak muka Auni. Kau mencekik sorang-sorang. Lepas tu tak ajak aku makan sekali. Sekarang ni nak aku bayar. Mati hidup semula pun, aku tak kan bayar.


“Tuan muda!”


“Apa dia!”


“Ni!” Auni menunjukkan resitnya. “Siapa yang nak bayar ni?”


Noah Qushairy memandang wajah Auni. Tahu takut. Dari tadi aku yang kena. Sekarang kau pula yang kena. Sengaja dia renung lama-lama Auni.


“Terima kasih sebab tolong ambilkan resit ni.”


“Maksud, tuan muda?”


“Kalau tak bayar, tak kan la dapat resit. Fikirlah sikit.”


“Bila bos bayar?” soal Auni. Rasa mahu menjerit sahaja.


“Masa kau pergi tandas tadi.”





“Sengal! Sengal! Sengal!”

12 comments:

  1. Ay: memang sengal la so Noah ni..
    Huhuhuhu..
    Tp padan la muka Noah..
    Nk kenakan org alih2 dia yg terkena..
    Hahaha

    ReplyDelete
  2. (8) Dh lama tak baca kekasih tidak iktiraf.. alhamdulillah dh bab 10 skrg.. lama tunggu nk bce.. akhirnye dpt bce juga.. novel kkasih tidak iktiraf niy memamng bet.. x rugi bce.. noah memang sengal lah.. ha tulah nl kenakn org tup2 dy yg kena sendiri.. padan muka.. x sbr nk bce bab sterusnye.. trbaik lah.. tq ^_^

    ReplyDelete
  3. Haha.
    Sengal btul noah ni..ksian lak kt auni..haha..tpi best :) (7)

    ReplyDelete
  4. Haha..sengal btul noah ni..ksian auni..ape2 pn best..

    ReplyDelete
  5. 13..
    Rindu dngn so sengal nie...
    Best...

    ReplyDelete
  6. Saya harap cik Ria dapat sambung lg xsbr ni nk baca... gempak kott

    ReplyDelete
  7. Best sngt novel ni..xsbar nk bce smbungan ny..sengal btul tuan muda noah ni..terbaik

    ReplyDelete
  8. Best sngt novel ni..xsbar nk bce smbungan ny..sengal btul tuan muda noah ni..terbaik

    ReplyDelete
  9. Lucu lah cerita ni.. Cepatlah sambung ye..
    Hehehe...

    ReplyDelete
  10. Fb helianthusLV

    Kalau dijdkan drama ke..watak DATIN tu bg sy,elly mazlien yg bw mmg menjadi sgt

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi