ASSALAMUALAIKUM SEMUA... INI MINI NOVEL BARU SAYA, ENCIK LEMON. INSYA ALLAH AKAN DITERBITKAN HUJUNG TAHUN INI. JOM BACA BAB PERTAMA DULU....SEMOGA TERHIBUR....SEKIAN TERIMA KASIH...
Sudah lama Aufa menunggu bakal suaminya. Ini kali pertama mereka berjumpa selepas majlis pertunangan tempoh hari. Itu pun hanya kelibat sahaja Aufa nampak. Dia menunggu dengan kesabaran yang semakin menipis.
“Sorry, I lambat sikit.” Sapa seseorang dari belakang Aufa.
Aufa tahu itu bakal suaminya, Zafril Adam. Baik aku maki hamun dia. Syok sikit. Memang salah dia kan? Aufa berpaling tetapi lidahnya kelu melihat seraut wajah yang kacak dan bergaya dengan kameja kuning. Nampak macam artis.
“Aufa?” Zafril melambai-lambai tangannya di depan Aufa. Apa kena dengan minah ni? Tahulah aku lambat tapi janganlah sampai tak bercakap pula.
“Ya. Saya Aufa. Awak lambat 30 minit 30 saat.” Aufa kembali menatap jam tangannya. Nasib baik sempat cover semula.
“I ingat meeting I tu habis awal, tapi ada sahaja bos nak cakap. Sorry. Nanti I belanja you makan.” Zafril tersenyum manis.
Tersentap hati Aufa melihat senyuman itu. “Tak apa, saya dah makan.” Tolaknya. Awatlah mulut ni. Rezeki datang tapi ditolak pula. Lain kali jangan buat lagi tau.
“Kalau macam tu, jom! Butik ni, kawan I punya. Butiknya banyak pilihan. I dah buat pilihan pun. Sekarang you pilih je pilihan I nanti tau.” Zafril mula serius. Wajah serius.
Perlu ke buat muka serius macam tu? Cakap benda kecil je. Tak payahlah kedut 14. I tak nak you cepat tua tau. Bisik hati Aufa dan mengikut langkah kaki Zafril masuk ke butik ARIANA.
“Ini pilihan i…”
“What?” Tiba-tiba Aufa rasa mahu speaking English. Why yellow? All yellow? Mengeluh Aufa melihatnya.
“Kenapa ni?” Tegur Zafril apabila mendengar keluhan Aufa. Tak cantik ke aku pilih? Rasanya ini yang terbaik.
“Kenapa warna kuning? Tak ada warna merah ke? Biru bendera Malaysia tu ke?” luah rasa Aufa. Dia memandang Zafril. Baru dia perasan yang kameja Zafril kuning. Telefon pintar pun kuning. Entah-entah otak pun kuning juga ni. Pening aku dibuatnya.
“Kenapa you tak cakap je biru UMNO, kang senang,” geram Zafril. Menghina warna kegemarannya adalah satu perkara yang dia tidak boleh terima. Bukan dia bersikap kebudak-budakan. Manusia ada hak mahu menyukai warna apa yang dia suka. Mana boleh hina-hina.
“Kalau biru UMNO, politik pulak. Saya tak nak ada kontroversi pula.” Aufa tersengih tetapi hanya seketika. Dia kembali serius. “Saya nak warna biru ni.”
“Kuning!”
“Biru!”
“Kuning!”
“Biru!”
“Maaf, encik Zafril dan cik Aufa. Jangan bergaduh-gaduh.” Tegur Puan Ariana, pemilik butik ARIANA.
Mereka berdua diam seketika. “Kak Ariana, you tahu kan I suka warna kuning. I dah pasang angan-angan yang I nak perkahwinan I tema warna kuning.”
“I tahu, Encik Zafril.”
“Kalau awak nak sangat kuning, ambil la. Majlis di rumah saya, saya nak awak pakai warna biru.” Kata Aufa. Ish, rasa macam budak-budak bergaduh sebab perkara kecil seperti ini. Tak matang betul.
“I nak you pakai kuning. Bagi I, perempuan pakai warna kuning, seksi!” jujur Zafril.
Mata Aufa mengecil. Awat seksi di kaitkan dengan warna kuning. Tak kena, memang tak kena. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk memilih dua pasang baju pengantin. Warna kuning dan biru. Habis cerita.
“I hantar you balik.”
“Okey…” Aufa mengikut langkah Zafril menuju ke keretanya. Lagi sekali dia terkejut. Citarasa Zafril memang pelik. Volkswagen Beetle menjadi pilihan mamat ni. Yellow again!
“Klasik!” kata Aufa.
“No! Ini bukan klasik, Aufa Nadhirah Amani….” Zafril menyebut nama penuh bakal isterinya itu.
“Kalau bukan klasik, apa dia wahai Encik Zafril Adam Bin Muhammad Adam?” geram Aufa. Main-main pula dia.
“Ini namanya moden. Kereta ini terbaik. Cantik dan seksi. Seksi kan kuning.” Zafril tersenyum, kemudian dia kembali serius.
“Tang mana keseksian kereta? Tak nampak pun?” tanya Aufa.
Zafril ketawa. Aku pun tak tahu tapi aku rasa seksi la kuning ni. Akhirnya dia membiarkan sahaja persoalan itu.
“Jom pergi makan!” Ajak Zafril. Dia dah tak masuk kerja. Ingatkan lama mahu buat pilihan tetapi sekejap sahaja.
“Makan?” Aufa rasa gembira sangat. Ingatkan tolakkannya sebentar tadi memang kira tak dapat dah. Dia senyum manis. “Nak!”
“Saya selalu makan kat kedai ni sebab kat sini je ada menyediakan ais lemon. Sedapnya!” Penuh teruja Zafril bercerita.
Nak bagi tahu aku yang ais lemon tu air kegemaran dia la tu. Ingat aku tak tahu teknik kau. Bisik hati Aufa.
“Awak memang suka warna kuning?”
“Ya!”
“Nampaknya saya kena panggil awak, Mr.Yellow la…” cadang Aufa sesuka hati.
“No! No! Aufa Nadhirah Amani!” bantah Zafril. Kalau Mr.Yellow, aku bayangkan muka aku warna kuning. Oh, no! aku tak suka. Kalau Mr.Lemon, comel sikit.
“So apa, encik Zafril Adam?” Suka benar sebut nama panjang aku tu. Geram Aufa.
“Mr. Lemon. Comelkan? Warna lemon sangat cantik. Kekuningannya sangat memikat hati. Rasanya yang manis. Ah! Nikmat rasanya.” Penuh teruja Zafril menceritanya.
Aufa perasan perubahan wajah Zafril. Apabila dia berceritakan mengenai warna kuning dan sesuatu tentang warna kuning mesti ceria. Mesti tersenyum manis semanis lemon yang dikatakan. Jika soal selain warna kuning, kedut empat belas la. Serius tak ingat dunia.
“Kenapa awak diam? Tak comel ke?” soal Zafril dengan nada yang serius. Entah mengapa dia rasa sedih jika Aufa tidak menyukai warna kuning.
“Arwah mak saya kata, warna kuning ni warna kesukaan makhluk-makhluk halus. Saya rasa itu betul. Kalau awak perasan, kenapa bomoh-bomoh guna kain warna kuning ketika memanggil makhluk tu? Kenapa dia tak guna sahaja kain warna pink ke? Merah ke? Ungu gelap ke? Ini sebab makhluk tu lebih menyukai warna kuning.” Panjang lebar penerangan Aufa.
Betul tu. Sebelum arwah mak pergi, ada satu kenangan lalu mengusik hati. Ketika itu dia nak sangat membeli baju berwarna kuning dan mak kata macam tu.
Zafril membuat muka. “Jadi, awak nak kata rumah saya tu banyak hantu la?” geramnya. Warna kesukaannya di katakan begitu. Manalah dia tak angin satu badan.
“Arwah mak saya yang kata. Ikut suka awak la nak terima atau tak. Saya ada je beli baju warna kuning. Tak ada masalah pun.” Aufa perasan air muka Zafril berubah. Nasib baik dia cover. Kasihan pula melihat muka tak puas hati tu. Takat warna sahaja, tak kan nak gaduh sampai tak jadi kahwin. Mati aku kalau tu yang terjadi. Kasihan ayah nanti. Terkejut. Naya! Naya! Kena jaga juga hati bakal suami ni.
Zafril bertenang kembali. “Nanti bila kita ada anak, saya nak dia pakai warna kuning juga.”
“Eh! Sampai urusan anak pun awak nak kuning juga. Kalau anak kita demam kuning, awak suka la!” geram Aufa. Geram pula. Tak habis-habis dengan kuning dia.
“Tak la saya doa anak saya tu demam kuning. Agak-agak la awak ni!”
“Saya dah cuba nak agak-agak tapi tak berjaya. Awak buat saya makin geram ada la…”
“Awak geram pada saya? Ehem… Ehem…” Zafril tersenyum. Rasa malu pula.
“Eh!” Membulat mata Aufa. Ke situ pula mamat ni. Ada time miang juga ye. “Dah la tu. Kita nak makan apa ni?”
“Makan lemon!”
“Lemon pun lemon la. Janji makanan.” Aufa mengalah. Tak larat nak gaduh mengenai isu yang sama. Warna kuning.
“Ala, gurau aje. Mana kenyang makan lemon. Meh, aku belanja kau nasi minyak,”
“Ada jual nasi minyak ke? Macam tak ada je?” Aufa melihat menu yang ditampal ke dinding. Banyak.
“Nasi minyak kita kahwin la!” Zafril mengenakan Aufa.
Lagi sekali Aufa rasa geram tetapi hanya seketika sahaja. Akhirnya dia mengukir senyuman lalu mencubit lengan lelaki itu. Padam muka kau!
“Aduh!”
“Cepatlah! Saya lapar ni. Nanti kalau saya mati kelaparan, awak la puncanya!” Aufa memandang wajah Zafril. Sakit sangat ke aku cubit. Dia melihat Zafril menyingkatkan lengan bajunya. Ada kesan merah. Kesan aku cubit la tu. Ish, aku ni! Sesedap hati sahaja mencubit anak teruna orang.
“Yelah!” Zafril mengalah. Dah kena sengat ketam, sakit ooo…
Selepas makan, Zafril menghantar Aufa pulang. Ayah Aufa sudah lama menanti di halaman rumah. Encik Sulaiman memerhati kereta Zafril. Mudah sahaja mahu mengetahui itu kereta siapa. Asalkan warna kuning, itulah bakal menantunya.
“Assalamualaikum ayah…” Aufa memberi salam. Diraih tangan Encik Sulaiman untuk bersalaman.
“Waalaikumusalam…”
“Apa khabar, pak cik?” ramah Zafril. Ada senyuman manis yang meniti di bibirnya.
Boleh pulak hilang kedut 14 dia. Kalau tak, serius memanjang. Tahulah aku tak suka kuning. Tak kan sebab warna kuning kau nak gaduh dengan aku.
“Khabar baik, Zafril. Macam mana dengan pilihan baju pengantin? Mesti kuning kan?” soal Encik Sulaiman.
Hampir pecah ketawa Aufa mendengar pertanyaan ayahnya. Tahu-tahu je bakal menantu suka warna kuning. Hahaha Aufa ketawa dalam hati.
Zafril sempat menjeling Aufa yang tersengih. Nak ketawakan aku la tu. Siap kau nanti! “Ha’ah pak cik. Kuning la nampak gayanya…” Zafril tersenyum malu depan Encik Sulaiman.
“Tak apa la… Mari makan malam rumah pak cik. Aufa masak…” ajak Encik Sulaiman.
“Apa?” Aufa terkejut. Nak masak? Nak masak? Masak apa ye? Ala… Ala… Aufa dah kalut.
“Apa apa, Aufa?” Encik Sulaiman perasan riak terkejut anak perempuannya. Bukannya tak reti masak, yang nak terkejut sangat tu kenapa?
“Tak la. Zafril ada hal tadi dia kata. Ini pun dia nak tegur ayah je. Nanti kata sombong pula kalau tak tegur. Kan, awak?” terkenyit-kenyit mata Aufa.
Zafril buat tak faham.
Ish, mamat ni! Tak kan tak faham. Maknanya aku suruh kau balik la! Balik! Tak payah makan sini! Isi hatinya berkata.
“Ha’ah pak cik. Lupa pula hal tadi bila jumpa pak cik.” Ramah Zafril.
“Ye ke? Kalau macam tu tak apa. Lain kali.”
“Saya pergi dulu.”
“Ya…” Zafril bersalaman dengan Encik Sulaiman. “Aufa tolong tutup pagar tu ye?” Dia memerhati dari jauh sahaja Aufa dan Zafril berjalan menuju ke kereta.
“Awak hutang saya! Saya akan tuntut bila kita dah kahwin nanti! Siaplah awak!” geram Zafril lalu terus pergi.
Alamak, mampus aku! Hutang-hutang ni yang tak suka…
Hahaha en.lemon semuanya dia nk wana kuning..
ReplyDeleteNanti muka pun leh masam macam leman.
Best cerita nie.. X sabaq tunggu smbungannya..
Hutang.. Hutang.. JengJengJeng
tunggu sambunganya ye kak...thank sudi komen..
DeleteHahaha.. serius lawak!. semua kuning! amazing betul!! tak sabar nk tunggu diterbitkan!! serius funny! i like it.. great job!
ReplyDeletebagus banget novelnya :)
ReplyDeletesangat inspiratif :)
ReplyDeletebagus kalo dibikin FTV hehehe
ReplyDelete