Followers

Wednesday, 19 October 2016

7
Komen

KEKASIH TIDAK IKTIRAF 11

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG... MINTA MAAF SANGAT-SANGAT. CERITA INI MEMANG TAK  SEMPAT DI SAMBUNG. INI PUN SAMBUNG SEBAB ADA PEMINTAAN DARI PEMINAT SETIA KT1... TERIMA KASIH MASIH SUDI MENANYAKAN KHABAR KTI... ITU BUAT SAYA BERSEMANGAT NAK MENAIP UNTUK SATU BAB SAHAJA. HIHIHI TAK TAHU LA BAB LAIN... OKLAH. TAK NAK MEMBEBEL PANJANG. JOM KITA BACA KISAH CIPUT SAHAJA TENTANG TUAN MUDA YANG NAKAL NI... JANGAN LUPA KOMEN...


BAB 11

Auni rasa mahu tumbuk je muka Noah Qushairy semalam. Suka sangat kenakan dirinya. Macam dah tak ada kerja la in.

“Hish! Geramnya! Geram sungguh!” Auni menumbuk bantal peluknya berkali-kali. Itu sahaja yang mampu dia lakukan.

“Lepas ni, aku akan pastikan aku tak akan ikut arahannya. Jangan harap!” Jam dinding dilihat. Baru sahaja pukul tujuh pagi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

Memang panjang umur kau. Baru disebut-sebut dah muncul.

“Assalamualaikum. Keluar sekarang juga!” arah Noah Qushairy lalu tamatkan taliannya.

“Sengal! Sengal! Sengal! Aku tak sempat nak jawab salam dah letak. Hish! Sakitnya hati aku!” Auni rasa mengbahang sahaja tubuhnya kerana marah.

Dia berdiri tepi tingkat. Dari jauh nampak Noah Qushairy menunggunya. Apalah lelaki ni nak dipagi hari. Hari ni kan cuti. Cubalah bercuti dari kenakan aku.

Aufa ambil tudung sarung dan terus keluar dengan pakaian tidurnya. Dia berani keluar sebab ia berlengan panjang.

“Apa tuan muda nak ni? Pagi hari dah kacau orang. Nak kenakan orang la tu? Baik tuan muda baliklah. Saya ni penat semalam tak habis lagi.” Auni terus membebel tanpa menunggu jawapan daripada Noah Qushairy.

“Aku nak tolong kau baiki tayar…” satu ayat sahaja yang lahir dari mulut Noah Qushairy sudah mampu membuat Auni terdiam. Lelaki itu merenung ke arahnya.

Lagi sekali Auni terpaku.

“Tayar?” Auni baru teringat keretanya pancit semalam. Patutlah apabila dia keluar dari rumah tadi tak ada kereta Myvinya.

“Kau dah hilang ingatan ke? Hish, aku cium gak minah ni…” Geram Noah Qushairy. Dahlah keluar pakai baju tidur comel macam ni. Corak-corak doremon pula tu. Sejak bila jadi kanak-kanak rebina si Auni ni.

“Aku dah ingat! Tak payah susah-susah Tuan muda nak cium saya. Simpan aje cium tu untuk isteri Tuan muda.” Auni sudah berpaling. Dia ingin masuk ke dalam rumah.

“Eh, nak ke mana tu? Aku belum habis cakap!” Noah Qushairy tak puas hati.

“Nak tukar baju la…”

“Kau dah mandi ke?”

“Sekalilah pakej mandi tu. Aduh!” Sakit kepala Auni memikirkan soalan Noah Qushairy yang kurang bijak.

“Patutlah bau masam je tadi. Ada orang tak mandi…” Noah Qushairy mengusik Auni.

“Sengal!” Auni marah lalu masuk ke dalam rumah.

Noah Qushairy tersenyum riang. Dapat membuat Auni geram adalah satu perkara yang menggembirakan.

Setengah jam kemudian, Auni siap. Dia bersiap ala kadar. Baju t-shirt putih labuh dan seluar jeans lusuh yang longgar sedikit. Tudung hitam.

Noah Qushairy tersenyum melihat penampilan Auni yang ringkas itu. Sesuai dengan aku yang biasa-biasa ni. Cantik pula Auni pagi ni.

“Apa kau pakai ni? Tak ada baju elok sikit ke?” komen Noah Qushairy. Sengaja mahu membarakan hati Auni.

“Kenapa dengan baju saya?” Auni melihat penampilannya. Elok je. Janji tutup aurat.

“Hodoh!” Satu perkataan sahaja mampu membuat Auni meletup. Noah Qushairy tersengih.

“Ini bukan sengal dah. Kurang ajar. Kurang ajar! Sedap hati kata baju ni hodoh. Ini baju abang Zafran yang bagi tau.” Auni membetul-betulkan bajunya sedikit. Dia sudah berada dalam kereta Noah Qushairy.

Noah Qushairy tersentap. Mendengar nama lelaki lain dibibir Auni membuat telinganya berasap. Dia diasak perasaan cemburu. Rasa mahu dikoyak baju tersebut sekarang juga. Cemburu punya pasal.

“Siapa pula tu?” soal Noah Qushairy. Dia tidak akan sesekali menyebut nama tersebut. Menyampah! Kereta mula bergerak. Dia memandu dengan tenang.

“Oh, abang Zafran! Abang Zafran ni kacak, baik hati. Ada satu hari tu, saya demam. Dia dukung saya kat belakang dia dan bawa saya pergi klinik berhampiran. Take care sangat.” Panjang lebar Auni bercerita.

Tiba-tiba Noah Qushairy menekan brek dengan mengejut. Kejang otaknya mendengar lelaki itu pernah menyentuh Auni. Tak kisahlah demam ke apa tapi dia tetap dah sentuh Auni. Mana boleh!

“Tuan Muda! Kenapa ni?” terkejut Auni dengan tindakan Noah Qushairy itu. Nak mati ke? Nasib baik tak ada kereta di belakang kereta mereka.

“Kenapa kau tanya? Kau bukak baju tu sekarang juga! Bukak!” geram Noah Qushairy.

“Tuan Muda dah gila? Nak saya bukak baju ni apa hal pula!” Auni ingin turun dari kereta tersebut tetapi pantas Noah Qushairy mencekup lengan Auni agar tidak turun dari kereta.

Auni terdiam dan ketika itu juga kereta bergerak.

“Janganlah kata aku gila. Kan aku gila betul-betul baru tahu. Kau juga yang kena bertanggungjawab jaga aku…” Noah Qushairy cuba bertenang. Jangan cepat marah.

Kau tenang je Noah. Kau tengok takat mana hubungan Auni dengan lelaki itu. Kau siasat perlahan-lahan. Tenang! Noah Qushairy memberi semangat pada dirinya.

“Kasihan tuan muda gila. Muda-muda dah gila.” Auni mengejek.

Elok sahaja Noah Qushairy mahu bertenang, kembali meletup semula.

“Aku gila pun, kau puncanya!” geram Noah Qushairy.

“Apa pula saya?”

“Kau pekerja aku yang paling aku rapat sekarang ni…” Berkias-kias Noah Qushairy berkata.

“Ye ke?”

“Sudahlah! Lelaki yang kau cakap tu siapa? Kau suka dia?” soal Noah Qushairy berani. Dia kena tahu perkara sebenar.

“Mestilah saya suka abang Zafran…”

Panas hati Noah Qushairy dengar.

“Kejap! Umur dia berapa?”

“Sama umur dengan tuan muda.” Kata Auni.

Sama umur dengan aku tapi kenapa dia tak panggil aku, abang. Ish! Lupa pula. Dia kena panggil aku tuan muda. Ish! Aku ni macam lebih suka dia panggil aku abang. Abang Noah… Sedapnya. Bisik hati Noah Qushairy.

“Tuan Muda! Jangan berangan ketika memandu. Nanti kemalangan, melayan nyawa kita berdua.”


“Tak apa. Itu namanya pekerja dan majikan sehati sejiwa. Mati pun sama-sama.” Selamba Noah Qushairy berkata begitu.


"SENGAL!" geram Auni.

Friday, 15 July 2016

24
Komen

2016 : CERPEN 2 : MUBIN AMSYAR



ASSALAMUALAIKUM...JOMLAH BACA CERPEN SAYA YANG PENDEK NI... KALAU NAK PANJANG2 KENALAH CARI NOVEL, JANGAN CARI CERPEN HIHIHIHI




“Am, kau okey ke?” Mubin Amsyar tersedar dari terus teringat peristiwa 10 tahun yang lalu. Masa dia tidak matang lagi. Masih di zaman sekolah. Teruknya aku masa tu.

“Aku okey. Minah tu buat aku teringat seseorang.” Mubin Amsyar tersenyum tawar. Bimbang juga kalau dia terserempak dengan Adeera. Mana tahu dia akan memusnahkan hidup aku. Perempuan ni jangan dicabar. Macam lagu kumpulan nasyid ni, ada aku dengar, tangan seorang perempuan boleh mengoncang dunia. Bukan calang-calang tu. Jangan main-main dengan perempuan. Sampai sekarang aku tak berani nak berkawan dengan perempuan. Bahaya.

“Awat berkerut sangat dahi kau ni. Macam ada masalah besar.” Tegur Kamal lagi.

“Tak ada apa-apa.”

“Tak kisahlah! Apa yang aku dah lama nak Tanya kau pasal ni.”

“Pasal apa?”

“Kenapa kepala kau selalu botak. Tak sempat panjang rambut tu, kau dah botak licin.” Kamal sudah lama mengenali Mubin Amsyar. Sejak di zaman kolej mereka. Itulah gaya kekal Mubin Amsyar.

“Entahlah! Mungkin aku rasa serabut kalau ada rambut atas kepala ni…” Mubin Amsyar ketawa kecil. Sebenarnya dia botakkan kepala sebab tidak mahu Adeera mengenalinya. Aku betul-betul hidup dalam sumpah perempuan tu. Aku jadi takut pula.

“Ada rambut atas kepala pun serabut ke? Peliklah kau. Kau tak nampak kacak tanpa rambut.” Komen Kamal.

“Ada aku kisah?” balas Mubin Amsyar. Dia tidak peduli pasal kekacakkannya. Biarlah aku simpan kacak aku untuk isteri aku sahaja. Eh, lain macam je ayat aku ni. Dia tersenyum.

“Okeylah. Lantak kau. Aku cuma nak ingatkan kau, kau kena pergi dapatkan tender syarikat BookCafe untuk ambil kita sebagai pembekal alatan pejabat yang terbaik.”

Kamal merupakan bos kepada perniagaannya. Mubin Amsyar pula hanya pembantu. Mereka sudah lama bekerjasama menguruskan syarikat KK ini sejak habis belajar di kolej. Memang tidak dinafikan ada turun naik keuntungan syarikat tetapi mereka berdua berusaha mengekalkan jualan mereka.

Kalau mereka dapat sebuah tender pun sudah mampu buat mereka bertahan dalam satu tempoh masa yang lama.

“Baik bos!”

“Jangan pakai tshirt pula. Tempat kerja kita taka pa tapi bila nak rebut tender, jangan berangan nak pakai macam ni.” Kamal ingatkan Mubin Amsyar mengenai pemakaiannya. Nampak macam penjenayah baru keluar penjara sahaja lagaknya.

“Baik bos!” Mubin Amsyar layan sahaja. Dia selesa berpakaian begitu berbanding kasual ke pejabat. Walaupun dia seorang yang membekalkan alatan pejabat. Dia tersenyum.

Mubin Amsyar sudah berada di syarikat BookCafe. Dia tidak menyangka syarikat ini agak besar walaupun baru sahaja di buka. Mungkin penaja ramai sangat. Dia bersedia dengan bahan pembentangannya.

Dia masuk ke dalam satu ruangan yang memang di khaskan untuk para perebut tender sepertinya.

“Syarikat Ali Berhad…” Panggil seseorang. Beberapa orang bangun dan masuk ke dalam bilik mesyuarat. Mungkin berlaku pembentangan di dalam itu. Agak lama pembentangan yang dibuat oleh syarikat tersebut.

Memandangkan dia orang terakhir dan berseorangan sahaja membuatkan debarannya semakin tinggi. Semua orang datang berkawan. Aku juga yang bersendirian.

“Syarikat KK…”

“Saya…”

Mubin Amsyar masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut. Terdapat tiga panel. Semuanya perempuan.

Alamak, aku dahlah lemah dengan perempuan. Tak ada wakil lelaki ke?

Dup Dap Dup Dap…

Ada satu pandangan yang sangat asyik melihat aku. Pandangannya lembut. Awak ke jodoh saya? Aku pula yang mengatal.

“Ini syarikat terakhir ke, Azlin?” soal Marissa.

“Ya, puan…”

“Okey, encik boleh mulakan…” Pinta Marissa.

“Assalamualaikum. Sebelum saya menerangkan lebih lanjut, biarlah saya memperkenalkan diri. Nama saya Mubin Amsyar, wakil daripada syarikat KK.”

Buk!

Air mineral yang ada atas meja terjatuh. Salah seorang daripada mereka tertepis.

Mubin Amsyar menelang liur. Pandangan gadis yang lembut tadi menjadi tajam. Tajam setajamnya. Lebih tajap dari kata-kata. Hati mula tidak tenang

“Syarikat kami menawarkan….”

“Terima!” Gadis itu terus memberi jawapan dan terus berlalu pergi.

“Tahniah!” ucap Marissa dan Azlin.

“Terima kasih…” ucap Mubin Amsyar. Dia rasa pelik sebab dia tidak bentang apa-apa sudah terima. Aku tak rasuah dia pun. Aku tak bersalah pun.

“Adeera, kenapa kau tiba-tiba terima syarikat KK? Kita tak tahu lagi kelebihan syarikat ini boleh tawarkan.” Marissa menegur Adeera.

“Marissa, itulah lelaki yang aku ceritakan dulu. Sakit sangat hati aku saat dia sebut nama tu. Nama dia sendiri. Sakit Marissa. Sakit.” Adeera menangis.

Marissa pantas memeluk sahabatnya. Kasihan Adeera…



p/s: Alamak, bersambung pula. Maafkan saya… saya suka buat cerpen bersambung… harap sudi komen…kalau tak komen, saya tak nak sambung citer ni. Ini betul2 merajuk…




SELAMAT PAGI....LAMA GILA NAK SAMBUNG CERITA NI..SEBENARNYA DAH LAMA TAIP PART2 NI TAPI TAK KESEMPATAN NAK MASUKKAN DALAM BLOG...MAAFKAN KITA..KITA AGAK BUSY DENGAN KERJA HAKIKI DI SEKOLAH... TAK TERLAYAN RASANYA...MEH SAMBUNG BACA YE...

Adeera pulang ke rumah dengan perasaan sedih. Teringat akan peristiwa hitam dalam hidupnya. Tidak mungkin dia akan melupakan peristiwa itu.

“Mubin Amsyar…” Adeera menyeru nama lelaki yang tidak pernah dia sangka akan merosakkan kehidupannya.

Teringat peristiwa itu lagi…

Air mata Adeera mengalir deras. Tubuhnya lemah. Dia tidak mampu untuk berdiri lama lagi. Lemah lututnya. Tetapi… Tetapi melihat senyuman lelaki yang sangat sinis baginya membuatkan api kemarahan terus membara.

Pang!

Adeera menampar pipi Mubin Amsyar.

“Kau dah melampau Mubin Amsyar. Kau ingat aku ni apa? Aku tak pernah kacau hidup kau. Kenapa kau nak kacau hidup aku. Apa salah aku sehingga kau tergamak fitnah aku!” marah Adeera dengan air mata masih mengalir.

“Perempuan gila!” marah Mubin Amsyar. Pipinya terasa sakit. Tangan halus Adeera benar-benar membuat pipinya sakit. Dia rasa tercabar. Hilang terus senyuman sinis.

“Ya! Kau boleh fitnah aku gila! Fitnahlah apa –apa pun!” Adeera sudah tidak terkawal. Dia menjerit seperti orang gila. “Tapi kenapa kau fitnah pasal maruah aku? Maruah aku, Mubin Amsyar. Apa salah aku pada kau?” suara Adeera makin lemah. Tidak berdaya mahu mengingati apa yang telah berlaku.

“Aku cuma cakap kau pernah berzina dengan aku je. Gurau je. Tak kan tak boleh?” Mubin Amsyar berkata selamba. Nada suaranya rendah sedikit.

Pang!

“Bapak aku mati sebab fitnah kau. Bapak aku mati sebab kau! Bapak aku mati! Kau tahu tak!” jerit Adeera bersungguh-sungguh.

Mubin Amsyar terkejut. Rasa sakit di pipi tidak dipedulikan. Khabar yang dikatakan oleh Adeera lebih menyakitkan hatinya. Pak cik Salleh dah meninggal dunia? Biar betul. Matanya terbeliak.

“Puas hati kau! Kau dah bunuh bapak aku! Kau pembunuh! Aku benci kau seumur hidup aku. Kau doa sahaja yang aku tak kan jumpa dengan kau! Kalau aku jumpa! Aku janji! Aku janji Mubin Amsyar yang aku akan musnah hidup kau macam yang kau dah buat pada aku! Aku janji! Aku sumpah!” Adeera berlari meninggalkan Mubin Amsyar yang masih terkejut dengan kata-katanya.

Adeera tersedar. Gambar arwah ayahnya menjadi tatapan matanya. Dia sebatang kara. Dia kesunyian. Hatinya kosong. Sejak ayahnya meninggal dunia, bersusah payah dia menyambung pelajaran. Siang belajar dan malam dia bekerja. Akhirnya dia Berjaya. Berkat usahanya. Hidupnya bahagia tanpa sesiapa sejak itu. Tetapi ketenangannya di ragut dengan kehadiran Mubin Amsyar.

“Ya Allah! Sakitnya hati ini…” Adeera terusan menangis.



***

Mubin Amsyar cepat-cepat berjalan menuju ke keretanya. Dia segera memandu dan berhenti berhampiran taman. Dia keluar dari kereta. Hatinya masih berdegup kencang. Teringat kejadian sebentar tadi.

“Puan, boleh tahu tak nama orang yang akan berurusan dengan saya?” soal Mubin Amsyar sebelum dia melangkah pulang.

“Oh, Cik Adeera…” kata Marissa.

“Cik Adeera…” Hati Mubin Amsyar berdebar lain macam. Tak kan la dia. Tak mungkin.

“Ya. Ada apa-apa lagi?” Soal Marissa.

“Adeera apa ye?”

“Adeera Azzahra Salleh.” Sengaja Marissa berkata begitu. Dia sudah tahu apa yang berlaku terhadap sahabatnya itu.

“Terima kasih…” Mubin Amsyar segera menuju ke pintu lif. Hatinya rasa mahu terbakar mendengar nama itu. Teringat akan sumpahan yang pernah perempuan itu katakan dulu.

Mubin Amsyar duduk di kerusi yang ada di tepi tasik buatan manusia.

Adeera. Muncul juga dia dalam hidup aku. Ya! Memang aku takut dengan sumpahannya tetapi aku lagi rindukan dia. Aku rindukan senyuman gadis itu. Patutlah masa aku nampak dia mula-mula dulu, aku dah jatuh cinta. Rupanya cinta pertama aku muncul kembali. Walaupun banyak mana tengok, banyak kali juga aku jatuh cinta.

Adeera, adakah dendam dan sumpah kau masih ada untuk aku? Ya Allah, aku tak bermaksud apa-apa dengan gurauan yang aku buat dulu. Aku tak sangka perkara itu menyebabkan ayah kau meninggal dunia. Rasa bersalah mencengkam hati aku. Aku tak kan benarkan kau sendirian lagi. Puas aku mencari kau,Adeera. Hanya kau yang bertakhta dalam hati aku.

Adeera, kau cinta pertama aku. Kerana cemburu kau bersama lelaki lain, aku pun menabur fitnah. Maafkan aku. Puas aku mencari kau sejak ayah kau meninggal dunia. Kau terus menghilang dari kampung itu. Kau tak pernah pulang kecuali melawat kubur arwah ayahnya. Itu pun orang kampung yang berkata-kata tetapi aku tidak pernah berjumpa dengan kau. Sehingga aku berfikir. Tak kanlah kau melawat kubur malam-malam buta. Berani betul kau…

Mubin Amsyar merenung jauh tasik yang berada di hadapannya. Dia akan hadapi segalanya apabila bertemu dengan gadis itu.

“Encik Mubin, Cik Adeera sudah lama menunggu encik.” Kata Marissa.

“Baiklah!” Mubin Amsyar masuk ke dalam sebuah bilik yang dipintunya sudah tertulis nama Adeera.

“Encik Mubin, boleh duduk. Baiklah, kita akan terus ke tajuk utama kita. Ini kontrak yang Encik Mubin kena tandatangan. Jadi, setahun syarikat encik Mubin akan berurusan dengan syarikat kami. Semua alatan pejabat dibawah pemantauan syarikat Encik Mubin. Jadi, saya harap takkan ada apa-apa masalah yang akan timbul.” Adeera terus bercakap tanpa melihat wajah Mubin Amsyar. Benci meluak-luak dalam hati.

“Baiklah puan Adeera.” Sengaja dia menyebut perkataan puan. Cakap punya panjang, sikit pun tak pandang aku. Siapa yang nak sumpah siapa ni? Aku menanti sumpah kau ke atas aku. Sumpah yang kau akan jatuh cinta pada aku ke?

Tidak lepas Mubin Amsyar melihat wajah Adeera.

“Baiklah, ini senarai peralatan kami. Saya dah baca proposal encik. Ia sangat memuaskan hati ketua saya. Jadi, encik boleh mengikut prosedur yang syarikat kami tetapkan.

Mubin Amsyar membaca kontrak itu sebelum menandatangani dengan wajah yang serius. Membacanya dengan menundukkan wajah.

Adeera pula rasa sedikit terganggu. Aku tak pernah tengok dia buat muka serius macam ni.

“Seperti….” Mubin Amsyar mengangkut mukanya lalu memandang Adeera, dia terkejut. Gadis itu sedang memerhatinya.

Pantas Adeera melarikan anak matanya daripada memandang Mubin Amsyar. Pura-pura tidak mengerti pandangan mata lelaki itu.

Mubin Amsyar tersenyum. Curi-curi pandang aku tapi tak mengaku. Tak apa Adeera. Aku akan buat kau akan mengaku yang kau juga sukakan aku juga.

“Puan Adeera…”

“Cik Adeera…” Sakit pula telinga Adeera mendengar perkataan Puan.

“Maaf cik Adeera. Saya tak tahu yang cik belum kahwin lagi.”

Adeera malas mahu melayan.

“Cik Adeera, kontrak ini saya akan selesaikan dengan segera. Peralatan yang syarikat Cik Adeera perlukan, jangan bimbang. Kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Jangan bimbang.”

“Saya harap ini bukan janji-janji manis. Lepas dapat wang, lesap. Menghilang.” Balas Adeera.

“Insya-Allah. Saya percaya rezeki yang Allah mahu berikan. Saya akan pastikan perkhidmatan kami adalah yang terbaik.” Mubin Amsyar juga tidak mahu mengalah.

“Saya dah banyak kali mendengar kata-kata tersebut. Semua tak boleh percaya…” Adeera masih berkeras dengan pendapatnya.

“Jika syarikat cik Adeera sudah bersetuju dengan menerima perkhidmatan kami, itu bermakna syarikat Cik Adeera sudah meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada kami.” Pantas Mubin Amsyar menjawab.



Adeera mengalah.

Sunday, 21 February 2016

73
Komen

2016:CERPEN 1: UNCLE L




ASSALAMUALAIKUM.. DAN SELAMAT MALAM. BUAT TAHUN 2016. INILAH CERPEN PERTAMA SAYA HASILKAN. SEKIAN LAMA SAYA TIDAK MENULIS CERPEN...LAST CERPEN SAYA TULIS BERTAJUK CINTA PALING COMEL... HIHIHI SEMOGA TERHIBUR MEMBACANYA... ADA KAITAN SIKIT DENGAN  NOVEL KEGEMARAN SAYA IAITU HATI SUAMIKU gk... HIHIHI JOM BACA...

Safa Adra - kesucian

Syed Hulaif Idraki - yg setia ,kefahamanku pengetahuanku


“Nama saya Syed Hulaif Idraki. Panggil sahaja Hulaif.”

“Tak nak! Nak panggil Uncle I!”


PART 1

Hulaif Idraki berjalan penuh longlai masuk ke dalam rumahnya. Rumah teres banglo tersebut rasa sunyi. Mana ibu ni? Lantaklah! Allah! Penat sungguh hari ni.

Dia menghempaskan tubuhnya atas sofa yang empuk dan amat selesa itu. Sempat dia serabutkan rambutnya untuk rasa lebih segar. Dia menanggalkan baju kamejanya dan juga singletnya. Itulah Hulaif Idraki apabila pulang ke rumah. Itulah rutinnya. Membuka baju. Tubuhnya terus berbaring atas sofa. Memejamkan mata. Tugasan di pejabat sangat memenatkan tubuhnya.

“Hulaif Idraki! Kenapa tidur kat sini?” Puan Huda menyebut nama anak lelaki bongsunya itu. Main masuk je dalam rumah. Dah tak reti nak bagi salam ke, wahai anakku.

“Ibu...” seru Hulaif Idraki. Matanya yang berat itu masih terpejam. “Penatlah ibu...” Lengannya di angkat lalu diletakkan diatas dahinya.

“Ibu ada tamu ni. Malu ibu macam ni...” Puan Huda berkata dengan nada suara yang keras.

“Oh, tamu...” Hulaif Idraki masih tidak dapat berfikir waras. Apa ibu sebut ye? Tamu? Tamu tu orang kan? Aku pakai baju atau tak ni?

Pantas tangan Hulaif Idraki meraba tubuhnya. Aku tak pakai bajulah! Terus matanya terbuka. Makin terbeliak melihat seorang perempuan yang lengkap bertudung memandang ke tempat lain dengan wajah yang merah.

“Allah!” Pantas Hulaif Idraki bangun dari terus berbaring. Malunya!

“Kenapa ibu tak cakap awal-awal!” Hulaif Idraki terus berlari masuk ke dalam bilik. T-shirt berwarna hitam menjadi pilihannya disarung ke tubuh. Segera dia keluar.

Puan Huda dan seorang perempuan berbual di ruang tamu itu.

“Maafkan anak Nek Da tu. Dia memang suka buka-buka baju ni...” Puan Huda ketawa kecil.

“Tak apa, Nek Da. Tok Long kirim salam. Dia tak dapat nak datang sini sebab masalah kesihatan.”

“Waalaikumusalam. Jadi, Safa balik Malaysia seorang diri ke? Ada apa-apa yang boleh Nek Da tolong?” Puan Huda yang sebelum ini hanya berkenalan dengan cucu saudara ini melalui telefon sahaja. Kini, dapat juga mereka berjumpa.

“Tok Long minta Safa bekerja di Malaysia. Dia akan pulang ke Malaysia dalam beberapa hari lagi.” Safa Adra tersenyum. Tok Long ialah lelaki yang menjaganya sejak kecil lagi sejak ibu dan ayahnya meninggal dunia. Walaupun dia bukanlah darah daging keturunan Tok Long tetapi Tok Long dah anggapnya seperti cucu sendiri. Sangat terharu. Selama 20 tahun Tok Long menjaganya. Budi itu akan dikenang sampai bila-bila.

“Oh, kerja. Dah dapat kerjanya?”

“Dah dapat! Kerja pembantu pemasaran di sebuah syarikat. Tok Long yang carikan.” Safa Adra berkata.

“Pembantu pemasaran...” Sampuk Hulaif Idraki. Dia pantang dengar pemasaran. Baginya orang yang menceburi bidang pemasaran adalah orang yang kreatif dan mempunyai daya tarikan setiap kali orang memandangnya. Macam akulah dalam erti kata lain.

“Ya. Saya minat sangat bidang pemasaran terutama dalam membuat iklan. Saya dah dua tahun menceburi bidang ini di UK.” Safa Adra pun suka akan bidang pemasaran.

“Baru dua tahun, dah berlagak.”

“Saya bukan berlagak... Saya...”

“Berlagaklah tu. Untuk pengetahuan kau, aku...” Belum sempat Hulaif Idraki berkata, Puan Huda sudah memotong.

“Hulaif Idraki, kenalkan ini Safa Adra, anak abang ibu yang duduk UK. Dia anak buah Hulaif Idraki. Jadi, jaga elok-elok anak orang ni.” Puan Huda berkata dengan penuh makna.

“What? Anak buah? Anak buah, Id?” Terkejut. Hulaif Idraki menunjuk jarinya ke arah Safa Adra berkali-kali. Dia tidak mempercayai apa yang didengari.

“Selama Id hidup, Id tak pernah tahu yang ibu ada adik beradik lain yang duduk luar negara. Ingatkan ibu anak tunggal. Biar betul, ibu...”

Puan Huda tersengih.





Pagi rabu itu, Hulaif Idraki melangkah penuh longlai masuk ke ruang lobby dan mahu menuju ke pintu lif. Dia tidak bersemangat untuk bekerja. Teringat akan anak buahnya yang nakal itu buat kepalanya berserabut. Teringat peristiwa petang semalam.

“Uncle L...” panggil Safa Adra.

“Uncle L? What? Nak cari pasal ke?” Geram Hulaif Idraki. Nama aku tak ada langsung huruf ‘L’. Sesedap hati nak panggil aku macam tu.

“L untuk Lembab!” Lantas Safa Adra ketawa terbahak-bahak sambil berlari ke dapur. Kejap lagi dia akan pulang ke rumah sewanya semula.

“What?” Terjerit Hulaif Idraki dibuatnya. Mencabar kesabarannya.

“Id, kau okey tak?” Soal Danial yang juga baru muncul di situ. Langkah mereka berdua terhenti.

“Tak ada apa-apa?” Hulaif Idraki tersedar dari ingatan semalam. Perasaan geramnya masih belum hilang. Harap muka tak cantik, perangai pun tak cantik.

“Muka berkerut je. Kalau kau tak ada apa-apa, aku yang ada apa-apa.” Danial selaku setiausahanya berkata.

“What?” soal Hulaif Idraki. Itulah perkataan yang selalu keluar dari mulutnya.

“Tiba-tiba tuan pengarah kita import seorang pekerja dari luar negara. Gantikan tempat Encik Kamil selepas sehari dia berhenti kerja,” jelas Danial.

“What? Aku tak tahu apa-apa pun mengenai pengambilan pekerja ni.” Hulaif Idraki tidak puas hati.

“Aku pun tiba-tiba khabarkan pagi tadi oleh setiausahanya, Encik Amman.” Danial juga terkejut dengan khabar berita ini.

“Jadi, dia akan jadi pembantu pegawai Pemasaran?”

“Ya...”

“Assalamualaikum, uncle L?” Tegur seseorang.

“Uncle L?” Danial rasa pelik.

“Kau buat apa kat sini?” Membulat mata Hulaif Idraki dengan kehadiran Safa Adra.

“Lembab...” bisik Safa Adra. “Uncle, saya datang untuk lapor diri. Kan saya kerja dengan uncle. Mesti tak tahu lagi ni.”

Muka Hulaif Idraki serius. Bengang pun ada. Dia panggil aku lembab. Ini memang melampau ni. Rasa macam tak nak mengaku saudara.

Safa Adra tersenyum. Memang lembab la sebab tak tahu lagi ke aku kerja dengan kau. Aku dah lama tahu.

“Oh, awak yang Encik Amman katakan. Selamat datang ke syarikat kami. Saya Danial, single lagi.” Gurau Danial.

“Saya Safa Adra, janda orang,” gurau Safa Adra.

Terbeliak mata Hulaif Idraki dan Danial.

Aku tak tahu pun dia janda. Biar betul minah ni. Hulaif Idraki berkata dalam hati.

“Mesti semua percaya saya janda kan? Patutlah L...” kata Safa Adra sambil merenung wajah Hulaif Idraki. Tak tahu ke yang mana kata-kata benar atau tipu.

“Cis!” Hulaif Idraki rasa tertipu. Dia terus melangkah ke dalam lif sebaik sahaja pintu itu terbuka.

Danial garu kepala. Hanya mengikut jejak langkah majikannya itu. Begitu juga Safa Adra. Dengan selamba berjalan beriringan dengan Hulaif Idraki.

Hulaif Idraki terus menuju ke bilik kerjanya. Apabila dia berpaling, kelibat Safa Adra tiada. Entah mengapa dia rasa hampa. Baru nak tunjuk kepoyoan aku.

Sampai sahaja ke tingkat atas, Safa Adra terus menuju ke tandas. Air matanya ingin mengalir. Cepat-cepat dia sapu air matanya tetapi air tetap keluar daripada matanya.

“Kenapa ni? Kenapa nak sedih?” soal Safa Adra sambil merenung cermin di hadapannya. Hatinya rasa sedih apabila teringat kenangan lalu.

“Kau kuat, Safa Adra!”

Safa Adra menuju ke arah Danial.

“Hai, Danial! So, apa tugas saya?” Safa Adra tersenyum lebar dan ceria.

“Ops! Cik Safa Adra. Tugas-tugas itu, Encik Hulaif Idraki sendiri yang akan jelaskan. Sila ke biliknya.” Formal Danial.

“Okey. No hal!” Safa Adra berjalan menuju ke bilik yang sudah tertera nama Hulaif Idraki. Ketua pegawai pemasaran. Perlahan pintu itu diketuknya.

“Masuk!” suara Hulaif Idraki kedengaran.

“Kau ke mana tadi?” soal Hulaif Idraki sebaik sahaja gadis itu melangkah masuk.

“Ke tandas. Nak ikut juga ke?” Safa Adra tersenyum sinis.

Terus wajah Hulaif Idraki yang putih bersih itu merah.

Itu pun boleh merah pipi. Pemalulah sangat ni. Komen Safa Adra dalam hati.

“Okey. Ini senarai bidang tugas kau. Tadi aku baru dapat panggilan daripada tuan pengarah. Dia meminta kau yang buat iklan untuk loket ciptaan isterinya. Jadi, kalau kau lulus dengan jayanya, dia akan ambil kau bekerja dan gaji akan dinaikkan dan jika sebaliknya. Faham-faham sahaja.” giliran Hulaif Idraki pula tersenyum sinis.

“Saya yakin dengan kebolehan saya. Saya hanya perlu tahu citarasa majikan saya sahaja. Itu kunci kejayaan saya untuk memikat hati audiens saya.” Safa Adra tersenyum penuh yakin. Sikit pun tidak goyah dengan ugutan Hulaif Idraki. Malah membuatkan dia rasa lebih bersemangat.

“Okey, fine! Kita tengok!” Hulaif Idraki tidak mahu mengalah.



P/s : apa yang akan terjadi pada Safa Adra? Macam mana uncle L a.k.a Lembab ni boleh jatuh cinta dengan minah nakal ni?? Tunggu sambungannya dalam beberapa hari lagi....insya allah...




ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT MALAM... JOM BACA SAMBUNGAN SETERUSNYA...APA YANG TERJADI... MEH MEH BACA...JANGAN LA LUPA KOMEN...CIAN RIA MENANTI KOMEN-KOMEN ANDA....BERILAH RIA SEMANGAT MELALUI KOMEN2 ANDA... PASTI RIA AKAN REPLY....INSYA ALLAH...OK CUKUPLAH TU MEMBEBEL...JOM BACA...

PART 2

Hulaif Idraki mundar-mandir depan bilik mesyuarat. Dia berdebar-debar menunggu giliran dipanggil. Dipindahkan pandangannya kepada Safa Adra yang sedang duduk. Wajahnya tenang sahaja. Tiba-tiba Safa Adra mengangkat muka dan melihat wajahnya. Ada senyuman yang meniti di bibir itu.

Pantas Hulaif Idraki melarikan pandangannya dari terus menatap wajah itu. Hatinya tiba-tiba berdebar pula. Ish, masa ni, boleh pula hati nak berdebar.

“Kau buat betul-betul. Jangan nak malukan aku!” tegas Hulaif Idraki. Dia duduk di sebelah Safa Adra.

“Tenang. Benda kecil sahaja.” Safa Adra tersenyum. Sebenarnya, dia turut rasa berdebar. Pengarah besar kot yang nak tengok perbentangan aku. Bukan calang-calang orang. Bertuah isterinya dapat suami macam tuan pengarah. Dihargai. Tiba-tiba wajah bertukar sedih.

“Ni dah kenapa muka macam tikus mati. Kau jangan nak tunjuk muka macam ni pada tuan pengarah. Muka biar ceria.” Makin tegas Hulaif Idraki. Dia perasan air muka Safa Adra berubah secara drastik. Entah mengapa dia rasa bimbang. Apalah yang difikirkan oleh anak buah aku ni? Sedih lain macam.

Bagi Hulaif Idraki, dia sukar untuk membaca hati Safa Adra. Hati itu tertutup dengan wajahnya yag ceria tetapi mata. Mata itu bagaikan menyimpan satu perasaan yang sedih dan pedih.

Safa Adra ketawa kecil. Muka aku di samakan dengan muka tikus mati. Lawak gila la, uncle ni. Rasa macam nak cubit-cubit.

“Saya tahulah saya tak cantik, uncle. Sampai hati kata saya macam tu.” Safa Adra kembali tersenyum.

Hulaif Idraki rasa lega melihat senyuman itu.

“Dah masam macam tu. Macam mati laki pun ada,” kata Hulaif Idraki lagi.

“Kan saya janda. Memang dah mati laki saya tu.”

“Kau biar betul. Kau dah pernah kahwin ke?” soal Hulaif Idraki. Entah mengapa kini, dia ingin sangat tahu status sebenar Safa Adra.

Lama Safa Adra terdiam.

“Encik Idraki dan Cik Safa boleh masuk sekarang.” Amman selaku setiausaha, tuan pengarah muncul tiba-tiba.

Hulaif Idraki dan Safa Adra mula melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat bersama-sama lukisan iklan yang dicadangkan. Hampir berminggu-minggu mereka berdua berbincang mengenai iklan tersebut supaya menjadi satu iklan yang terbaik.

Selepas satu jam perbentangan, tuan pengarah, Putra Huzaiman bersuara sambil memandang isteri tercinta, Wafa Natasha.

“Macam mana, Sha. Sha suka tak iklan ni? Kalau ikutkan hati abang ni, abang nak watak lelaki itu gila kuasa. Baru kena!” cadang Putra Huzaiman.

Wafa Natasha ketawa kecil. Faham sangat perangai suaminya itu.

“Bosanlah gila kuasa ni. Sha, suka kalau lelaki itu bersikap romantik.” Wafa Natasha menyuarakan pendapatnya.

Putra Huzaiman terkilan dengan kata-kata isterinya.

“So, you like all about this plan?” Putra Huzaiman sudah mula bercakap dalam bahasa Inggeris.

Makin lebar Wafa Natasha tersenyum. Tahulah suaminya marah. Nanti kat rumahlah aku pujuk.

“I like so much.” Sindir Wafa Natasha. Dia bangun dan menghampiri Safa Adra. Sebenarnya dia suka pada Safa Adra. Nama aku dan nama dia lebih kurang sahaja. Wafa dan Safa. Alahai, jadi kawan ni mesti best.

“Thank so much.” Safa Adra rasa gembira. Hilang semua rasa debarnya. Tenang.

“Tapi, saya mahu awak tambah sedikit babak romantik. Lelaki kena romantik semasa dia tunjukkan loket tu. Idea awak agak kaku. Pernah bercinta ke?” soal Wafa Natasha. Kalau ada pengalaman romantik, apasalahnya selitkan sedikit.

“Pernah tapi dia tak la romantik. Apa-apa pun saya akan tambah babak yang Puan mahukan.” Safa Adra rasa kekok apabila ditanya soal cinta.

“Okey...” Wafa Natasha menghampiri Putra Huzaiman yang masih merajuk itu.

“Apa ni Safa? Menyusahkan orang!” marah Hulaif Idraki apabila Wafa Natasha meninggalkan mereka berdua di hujung meja mesyuarat.

“Menyusahkan apa?”

“Menyusahkan orang nak buat kerja dua kali. Kan dah kena buat semula.” marah Hulaif Idraki lagi.

“Uncle L, ni dah kenapa? Sawan ke mabuk? Puan kata dia suka iklan kita cuma kena tambah babak yang dia nak. Apa susahnya?” Kali ini Safa Adra tidak boleh bersabar. Dia bertungkus lumus membuat iklan ini. Sesedap hati sahaja dia maki aku. Ingat aku tak ada perasaan.

“Kau memang menyusahkan!” Entah mengapa Hulaif Idraki rasa marah. Mungkin kerana iklan yang Safa Adra buat, diterima baik oleh Wafa Natasha. Dia tidak berpuas hati. Selama dia bekerja di sini. Hampir dua atau tiga kali iklannya tidak lulus. Masuk sahaja Wafa Natasha ke sini, baru pertama kali buat, sudah mendapat kelulusan walaupun kena buat tambahan babak.

Serentak Hulaif Idraki melafazkan ayat itu, air mata Safa Adra mengalir deras.

“Terima kasih, uncle!” Safa Adra terus berlari meninggalkan bilik mesyuarat tersebut dengan pintu yang di hempas kuat.

Wafa Natasha dan Putra Huzaiman memandang pelik dengan pasangan kerja tersebut.

Hulaif Idraki tersenyum memandang majikannya dan terus mengambil barang-barangnya. Dia terus berlalu pergi.

Kenapa dia nangis? Teruk sangat ke aku marah? Ish, kenapa aku nak marah dia sangat! Kerja dia memang bagus. Kau cemburu ke, Hulaif Idraki? Dia memang buat yang terbaik. Bisik hati Hulaif Idraki yang memuji hasil kerja Safa Adra.

Hulaif Idraki masuk ke dalam bilik kerjanya. Dia merenung lukisan yang di lukis oleh Safa Adra untuk menyembahkan idea iklannya. Dia tahu, anak buahnya bertungkus lumus menyiapkan iklan tersebut.

“Danial, nanti Safa dah masuk bilik kerja dia, bagitahu aku.” Hulaif Idraki menghubungi setiausahanya.

“Okey...”

Danial tahu yang Hulaif Idraki memang tidak menyukai Safa Adra sejak gadis itu bekerja di sini tetapi kali ini dia melihat Hulaif Idraki agak melampau. Bersabarlah, Safa.

Selepas satu jam, Safa Adra kembali semula ke bilik kerjanya. Segera Danial memberitahu Hulaif Idraki.

Hulaif Idraki pula pantas bergerak ke bilik Safa Adra. Dia rasa bersalah pula menengking gadis itu. Dia masuk ke bilik Safa Adra tanpa mengetuk pintu. Kelihatan Safa Adra sedang mencapai sesuatu di bawah meja. Apabila gadis itu mengangkat wajahnya, dia terkejut.

“Uncle!” Safa Adra terkejut dengan kehadiran pak ciknya itu. Dia baru sahaja mengambil telefon pintarnya yang kebetulan terjatuh. Selepas dia tunduk mengambil barang tersebut, terus nampak lelaki itu berdiri tegak di hadapannya.

“Safa... Safa Adra....” Hulaif Idraki menelan liur.

“Tak payahlah uncle jadi macam Nek Da. Suka sebut nama penuh orang.” Safa Adra ketawa kecil.

Memang dia akui yang dia sangat terkejut dengan kata-kata Hulaif Idraki dalam bilik mesyuarat tadi. Kata-kata itu memang menyakitkan hatinya. Tetapi selepas menangis dalam masa sejam. Hatinya tenang. Dia menangis di surau. Hanya di situ tempat yang dia boleh peroleh ketenangan.

“Mata kau...”

“Ala, bengkak sikit sahaja.”

“Safa Adra...” lagi sekali Hulaif Idraki menyebut nama penuh Safa Adra.

“Ya. Kenapa uncle L?” sengaja Safa Adra menekan perkataan ‘L’ untuk menyakitkan hati Hulaif Idraki secara halus.

Terus Hulaif Idraki normal semula. Dia hampir bersimpati melihat mata yang sembab dek air mata. Kasihan tetapi sekejap sahaja. Nasib baik aku cepat sedar.

“Kau siapkan kerja kau cepat. Aku tak nak tuan pengarah tunggu lama untuk meneruskan ke langkah keseterusnya. Aku akan memberitahu jabatan pengiklanan. Jabatan tu akan bekerjasama dengan kau dibawah pemantau aku.” Terus Hulaif Idraki berlalu pergi. Dia hampir tewas dengan wajah tersebut.

Jam dinding sudah menunjukkan angka enam. Segera Safa Adra mengemas mejanya dan pulang. Tiba di lobby syarikat, langkahnya terhenti. Dia terpaku. Kebetulan Hulaif Idraki juga mahu pulang. Pantas dia menyorok di sebalik tiang yang besar.

“Safa dengan siapa tu? Lelaki? Kekasih dia ke?” Hatinya cemburu. “Kenapa nak cemburu? Mengarut sahaja.” Hulaif Idraki masih setia di balik tiang tersebut. Dia bersyukur kerana dia dapat mendengar perbualan mereka dengan jelas.

“Kau buat apa kat sini?” soal kasar Safa Adra.

“Buat apa? Aku cari kau la! Aku nak kau semula! Selagi kau tak maafkan aku. Aku akan cari kau ke pelusuk dunia...” Lelaki itu terus berkata.

“Cukuplah Simon! Aku dah maafkan kau.” Begitu berat Safa Adra mengucapkan kata-kata itu. Berat sekali.

Walaupun hati aku kuat untuk memaafkan segala perbuatan kau tapi untuk aku melupakannya... Jangan harap. Hati yang terluka mungkin boleh diubati. Tapi kau kena ingat, parut yang berbekas akibat luka yang kau buat tu, akan aku bawa hingga ke mati. Kata-kata itu hanya bergema dalam hatinya.

“Kau bohong! Aku tak percaya perbuatan aku itu kau boleh maafkan begitu sahaja. Kembali ke sisi aku. Aku akan jaga kau baik-baik.” Simon tidak berputus asa. Dia dapat mencari Safa Adra pun kerana terdengar perbualan Tok Long beberapa hari yang lalu.

“Cukuplah! Aku nak balik!” Safa Adra rasa tidak larat. Tubuhnya lemah. Pelbagai masalah hari ini yang dihadapi. Dengan matanya bengkak menangis membuatkan dia lemah.

Pantas tangan Simon menyambar lengan Safa Adra. Dan pantas juga Hulaif Idraki memunculkan diri dan meleraikan pegangan Simon.

Mata Simon dan Hulaif Idraki saling memandang antara satu sama lain dengan pandangan tajam.

ALAMAK! Safa Adra buntu memikirkan apa yang bakal terjadi.



P/s : Apa yang akan berlaku ye? Ada sahaja yang menyibuk. Siapa Simon sebenarnya dalam hidup Safa? Apa yang dia dah buat pada Safa? Tunggu next part... Insya allah ada 5 part sahaja... So tinggal lagi 3 part...hihihi




Hai....JOM BACA SAMBUNGANNYA...TAK PAYAHLAH CIK PENULIS NAK MEMBEBEL...JOM BACA BERAMAI-RAMAI...JANGAN LUPA KOMEN...



Part 3

Apa jantan ni nak buat dengan anak buah aku ni? Memang nak kena! Pegang-pegang bagai! Ingat anak buah aku tak ada maruah! Segera Hulaif Idraki melangkahkan kakinya menghampiri mereka. Tangannya meramas kuat tangan Simon dari terus menyentuh lengan Safa Adra.

Ingat aku takut kau renung aku macam nak terkeluar biji mata tu? Aku pun boleh buat benda sama macam kau. Hulaif Idraki membalas renungan tajam mata Simon.

“Kau siapa? Jangan campur urusan aku dengan dia!” marah Simon. Dia tidak senang dengan kehadiran lelaki yang tidak dikenalinya itu.

“Aku? Aku pak cik kepada Safa Adra. Kau siapa?” giliran Hulaif Idraki pula menyoal. Dia masih mengenggam erat tangan Simon yang masih utuh memegang lengan Safa Adra.

“Pak cik? Tak ada masalah pun. Safa, kau ikut aku!” Simon menarik lengan Safa Adra makin kuat.

“Aku tak nak!” Safa Adra berusaha menarik lengannya. Dia hanya insan lemah. Sekali kena tarik seperti itu, memang mudah sahaja. Tidak berdaya untuk pertahankan diri. Hanya Hulaif Idraki mampu membantunya.

“Lepaskan dia!” jerit Hulaif Idraki. Dia cuba leraikan pegangan Simon. Rasa marah membuak dalam hati. Dia tidak suka lelaki itu menyentuh Safa Adra.

Simon tidak pedulikan sesiapa. Asalkan Safa Adra mengikutnya.

Hulaif Idraki hilang sabar. Dia menumbuk muka Simon.

Simon terdiam sambil merenung tajam wajah Hulaif Idraki. Dia terus berlalu pergi.

“Balik dengan aku. Aku hantar.” Hulaif Idraki menarik lengan Safa Adra. Kau memang pening la, Hulaif Idraki. Tadi kau kata orang suruh jaga maruah anak buah sendiri tapi kau sekarang ni macam tak jaga maruah pula. Hatinya tersentak. Pantas dia melepaskan peganganya.

“Tak apa uncle. Kereta saya ada.” Safa Adra rasa bersyukur dengan kehadiran Hulaif Idraki di situ. Dapatlah dia mengelakkan diri.

“Dengan mata panda kau tu, tak payah nak berangan nak memandu sendiri.” suara Hulaif Idraki kedengaran tegas.

“Tapi...” Safa Adra cuba mengelak.

“Malam ni, tidur rumah aku. Esok pergi kerja dengan aku. Ini arahan!” Hulaif Idraki tidak akan peduli apa yang terjadi. Lagipun di rumahnya ada Puan Huda. Jadi, tiada masalah pun jika Safa Adra mahu tinggal semalaman di rumahnya.

Semuanya dengan kau. Apa kes ni? Dulu buat tak tahu kat aku. Sekarang ni sibuk pula nak ambil tahu. Bisik hati Safa Adra.

“Tak apa, uncle...” Safa Adra tetap menolaknya. Dia sudah berkira-kira mahu mengelak diri. Dia mahu ke arah keretanya. Dia sudah berpaling daripada menghadap Hulaif Idraki.

“Safa Adra!” panggil Hulaif Idraki.

Sudah! Pak cik aku dah suka sebut nama penuh aku. Mana nak lari ni? Safa Adra tegakkan badan. Dia membelakangi Hulaif Idraki.

“Aku bilang sampai tiga, kalau kau tak ada dalam kereta aku. Kau tahu la nasib kau!” geram Hulaif Idraki. Ugutan sahaja boleh dilakukan saat ini. Ketika itu, dia sudah masuk dan duduk di bahagian pemandu.

Ala, main ugut-ugut aku pula tapi... Tapi... Aku takut juga dengan ugutan tu. Bisik hati Safa. Pantas dia berlari masuk ke dalam kereta.

“Safa Adra!” suara Hulaif Idraki kedengaran seperti geram.

Nama penuh lagi. Apa salah aku? Aku kan dah masuk dalam kereta. Apa masalah lagi. Kan aku panggil lembab kan, marah pula. Safa Adra tidak tahu apa yang tidak kena lagi.

“Apa ni, uncle L? Saya dah masuk dalam kereta ni? Nak lebih-lebih pula. Dahlah paksa orang.” Safa Adra lahirkan peraasaan tidak puas hati. Matanya yang bengkak membuatkan dia tidak mampu membuka matanya luas. Sedang-sedang sahaja.

“Yang kau duduk belakang tu siapa suruh?” soal Hulaif Idraki dengan tegas.

“Tak ada siapa suruh pun. Dah uncle kata masuk dalam kereta. Tak ada pula cakap depan atau belakang. Kalau bonet kereta uncle besar, dalam tu juga saya masuk.” Loyar buruk Safa Adra. Dia yang tak cakap apa-apa, nak marah-marah pula.

“Nak duduk dalam bonet ke?”

“Kalau besar, saya tak ada masalah.” Safa Adra layan sahaja.

“Cepatlah. Nanti ibu tunggu pula.” Hulaif Idraki pula rasa tidak larat mahu melayan karenah Safa Adra. Hatinya masih sakit dengan kehadiran lelaki yang dia sendiri tidak kenal. Pegang-pegang Safa lagi tu. Memang cari nahas. Ada hati nak berkasih sayang dengan anak buah aku yang comel ni. Kata-kata itu hanya bergema dalam hati Hulaif Idraki sahaja.

“Okay.” Safa Adra pantas keluar dari kereta dan duduk di bahagian depan. Mereka berdua pulang ke rumah Puan Huda.



******

Malam itu, Safa Adra tidak dapat lelapkan mata. Dia bangun menuju ke dapur untuk membuat air Tamarcoco. Air kegemarannya. Dia teringat akan peristiwa siang tadi.

“Kau memang menyusahkan!” Bergema suara Hulaif Idraki dalam ingatannya. Hatinya tiba-tiba sakit. Sakit sangat.

“Kau memang menyusahkan!” Kedengaran lagi kata-kata itu.

Terus air mata Safa Adra mengalir. Kata-kata itu membuatkan dia teringat akan satu peristiwa yang menyakitkan hati.

Aku dihina. Aku dibenci. Aku didera. Apa salah aku? Apa penyebab kau bertindak kejam ke atas aku? Kenapa? Aku tidak pinta untuk dilahirkan untuk menyusahkan orang lain. Aku berusaha menjadi yang terbaik. Air matanya mengalir deras.

Ketika itu, dia sedang membasuh cawan dan pinggan makan yang kosong digunakan untuk meletakkan beberapa keping biskut. Dia membasuh dengan keadaan termenung bersama linangan air mata. Tiba-tiba dia terdengar langkah orang. Pantas dia mengangkat pinggan yang penuh dengan air dan ditenggelamkan mukanya.

“Buat apa tu?” tegur Hulaif Idraki. Pelik sangat ni. Masuk muka dalam pinggan ke?

“Eh, uncle! Saya tengah berenang. Ini salah uncle la sebab tak buat kolam renang depan rumah. Tak pasal-pasal saya berusaha berenang dalam pinggan yang tak berapa nak besar.” Safa Adra membuat lawak. Hampir basah tudung yang dipakainya.

“Tak payah nak merapu la. Kau nangis ye?” soal Hulaif Idraki. Anah buah aku ni memang pelik. Nak tutup muka menangisnya, sanggup tenggelamkan muka dalam pinggan ni.

“Nangis? Siang tadi betul. Malam ni salah!” Safa Adra sudahkan basuhannya.

“Siang tadi? Aku minta maaflah. Aku beremosi sangat.” Hulaif Idraki sedarkan kelanjuran kata-katanya. Bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur lagi tapi terlajak kata, binasalaj hidup.

“Okey. Dimaafkan. Saya naik dulu ye, uncle!” Segera Safa Adra menjawabnya sambil melangkah. Sakit hatinya masih terasa tetapi siapalah dia untuk tidak memaafkan orang lain.

“Macam tak ikhlas sahaja.”

“Ikhlas la, uncle...” Langkah Safa Adra terhenti.

“Kau betul-betul maafkan aku?” soal Hulaif Idraki dengan nada yang lebih serius. Matanya merenung tajam ke dalam mata Safa Adra. Nasib baik ibu tak tanya sebab mata Safa jadi macam tu. Kalau tak, susah nak jawab.

“Dah maafkan.” Balas SafaAdra dengan lemah lembut.

“Kalau kau maafkan aku, siapa lelaki siang tadi?” Perasaan ingin tahu Hulaif Idraki sejak siang tadi tidak dapat disembunyikan lagi.

“Kawan saya je.”

“Kawan? Kau ingat, kau bercakap dengan budak umur 3 tahun?” geram Hulaif Idraki apabila soalannya tidak terus dijawab.

“Eh, uncle umur 3 tahun ye...” Safa Adra ketawa kecil. Kenapa uncle aku ni tanya pasal Simon? Macam mana nak mengelak ni!

“Safa Adra!” Disebabkan terlalu geram, Hulaif Idraki telah menarik lengan Safa Adra. Tidak membenarkan gadis itu pergi begitu sahaja.


p/s: siapa sebenar simon? Ish, dah kenapa dengan uncle L ni. Sibuk sahaja dengan urusan Safa Adra. Nantikan part seterusnya




Hai... mesti korang tak sabar-sabar nak tahu siapa SIMON dan status sebenar Safa Adra.... harap semua persoalan dah terjawab sebelum cerita ini tamat the next part.... okey...tunggu apa lagi...jom baca.....



Part 4



“Siapakah sebenarnya lelaki kurang ajar sangat tu?” soal Hulaif Idraki lagi sekali. Kali ini nadanya sedikit lembut. Perlahan dia leraikan pegangannya di lengan Safa Adra.

Safa Adra mengeluh. Dia berlalu dan duduk di ruang tamu.

Hulaif Idraki hanya mengikut langkah Safa Adra.

“Siapa dia?” tiba-tiba Safa Adra bersuara dengan persoalan yang sama. Pantas air matanya mengalir.

Aku seorang wanita yang tidak pernah rasa bahagia disamping suami, Khairul. Dia adalah lelaki pilihan Tok Long, aku terpaksa menerima perkahwinan ini memandangkan Tok Long sudah menjaga aku sejak kecil lagi. Hidup aku bersama Khairul bagaikan satu tempat penyeksaan. Khairul selalu menyuruh aku melakukan sesuatu yang aku tak suka. Aku tak rela. Apabila aku menimbulkan masalah, dia sering melafazkan kata-kata yang aku ingat sampai bila-bila.

“Kau memang menyusahkan!” Berkali-kali ayat itu sering aku dengar sehingga aku tidak mampu menahan rasa sedih dan sakit hati.

Pada petang itu, buat pertama kali aku berjumpa dengan Simon. Dia kelihatan bergaduh dengan Khairul di ruang tangga. Ya. Aku bekerja sebagai pembantu pegawai pemasaran di syarikat ternama di UK. Dan Khairul ketua aku. Hanya kebetulan aku mahu melalui di situ.

“Where is my money?” soal Simon.

“Shhh!” Khairul memandang sekelilingnya. “Kan I kata jangan bincang soal tu di office. Kalau orang tahu, habis kita.”

“You lambat sangat. I dah tak ada duit ni.” Simon mengeluh.

“Buat masa ni I tak dapat nak bagi you.” Khairul berpaling daripada melihat wajah Simon.

“You jangan ingat I tak tahu apa you buat dengan duit tu. I juga ada bahagiannya. Kalau tidak, mati you!”

“You nak buat apa!” tiba-tiba Khairul rasa mahu marah. Dia mencekik Simon. Simon cuba melepaskan diri. Dia menolak tubuh Khairul sekuat hati sehingga lelaki itu jatuh bergolek di tangga. Khairul meninggal dunia di situ.

Aku menjadi janda. Kematian Khairul adalah kemalangan. Khairul telah menggunakan duit syarikat untuk kegunaan peribadi. Simon yang membuat kenyataan itu dan dia terlepas daripada di tuduh. Semua kesalahan mereka bersama terkubur begitu sahaja seperti jasad Khairul.

Sejak itu, Simon mengganggu hidup aku. Sebab apa? Sebab dia sukakan aku dalam diam. Dia pernah bercakap soal kahwin dengan Tok Long tapi Tok Long tak setuju kerana Tok Long tahu perangai sebenar Simon.

Disebabkan perkara ini, Tok Long menghantar aku ke Malaysia. Tetapi aku sendiri tidak menyangka yang dia berjaya menjejaki aku.

“Safa, siapa lelaki tu? Aku bukan duduk sini nak tengok kau termenung!” marah Hulaif Idraki. Dia mula rasa membahang sahaja wajahnya. Menahan marah. Dari tadi aku tanya, dia boleh termenung. Siap menangis lagi. Saja nak buat aku risau. Memang nak kena sekeh budak ni!

“Bekas kekasih saya…” Bohong Safa Adra. Sebenarnya Simon ialah kawan kepada arwah suaminya dan dia adalah janda. Tiada sesiapa tahu statusnya kecuali Tok Long.

“Bekas kekasih? So, kenapa kau berpisah dengan dia.” Soal Hulaif Idraki lagi. Hatinya cemburu. Ish, dengan anak buah pun nak cemburu. Dia anak buah aku je, okey. Jangan nak lebih-lebih. Ramai perempuan lain kat luar tu yang boleh kau suka.

“Sebab dia ada perempuan lain.” Bohong Safa Adra sambal tersenyum. Apalagi yang boleh dia sembunyikan tentang Simon. Lelaki itu akan terus mengejarnya. Aku ni bukannya lawa sangat. Kulit gelap. Nampak sangat aku langsung tak mewarisi kulit Tok Long yang putih. Tok Long berketurunan Cina. Wajarlah kulitnya putih berbanding aku yang sedikit gelap. Tapi satu sahaja kelebihan aku iaitu mempunyai hidung yang mancung. Yang lain dalam kesederhanaan.

“Tak guna! Siapa nama mamat perasan bagus ni?” Hulaif Idraki tidak boleh sabar lagi. Sanggup lelaki itu boleh ada perempuan lain sedangkan anak buah aku lagi baik. Aku ni cakap macam aku kenal si Safa ni je.

“Simon. Lupakan aje la mamat ni. Jom main satu game nak tak?” ajak Safa Adra. Dia tidak mahu Hulaif Idraki terusan bertanyakan tentang Simon.

“Game apa yang nak dimainnya malam-malam buta macam ni.” Keluh Hulaif Idraki. Dia sudah mula mengantuk.

“Kita one to sum ikut tangga. Siapa menang, boleh suruh yang kalah buat apa sahaja. Set?” soal Safa Adra.

“Set!”

Beberapa minit kemudian.

“Last!” Safa Adra teruja. Mereka berdua memang sengit. Tangga yang terakhir menentukan siapa pemenang. Akhirnya, Hulaif Idraki yang menang.

“Okey pak cik L. Apa yang nak Safa buat. Satu permintaan je tau. Jangan lebih-lebih.” Safa Adra mengingatkan kembali janji-janji itu.

“Okey. Kau baca mesej ni…” Hulaif Idraki hulurkan telefon pintarnya.

“Apa ni?”

“Baca sahaja la. Kau berlakon aje la…” Hulaif Idraki malas mahu menerangkannya.

“Panjanglah, pak cik!” keluh Safa Adra. Dia sudah mengantuk. Suruh baca benda yang panjang pula. Nak emosi lagi. Mana mampu hamba buat.

“Kau nak aku arah malam ni tidur dengan aku, kau nak ikut?” soal Hulaif Idraki. Banyak songeh pula anak buah aku ni.

“Eh, semestinya tak nak.” Tolak Safa Adra. “Yelah saya baca ni…” Dia bersedia untuk membacanya.

“Abang, saya sayangkan abang. Saya nak bersama abang. Sampai bila-bila. Abang, saya nak abang tahu yang saya cintakan abang. Saya perlukan abang dalam kehidupan saya. Abang janji tau, akan jaga saya baik-baik. Akan cintai saya selamanya.” Safa mengakhiri ayat terakhir. Hampir tercekik apabila dia membacanya.

Hulaif Idraki merenung tajam pada wajah Safa Adra. Dia yakin yang Safa Adra tidak memandangnya walaupun sedikit ketika membacanya. Wajah itu sedikit kemerah-merahan. Ya, aku nampak dia malu. Kenapa nampak cantik sangat? Kenapa hati aku berdebar-debar? Kenapa aku rasa geram sangat ni? Kenapa aku rasa macam nak Tarik hidung mancung tu? Kenapa aku rasa nak peluk-peluk dia jangan kasi lepas? Kenapa? Kenapa semua persoalan itu tak ada jawapan?

“Saya cintakan awak…” Itu ayat paling akhir. Pantas Safa Adra mendongak memandang Hulaif Idraki. Alangkah terkejut dia melihat renungan tajam yang menikam kalbunya. Dia cuba bertahan. Jangan mudah lemah dengan panahan mata seorang lelaki.

“Saya pun cintakan awak…”Balas Hulaif Idraki tanpa disedarinya.

“Pak cik! Pak cik L. Pak cik dalam dunia mana ni? Soal Safa Adra dengan suara sedikit tinggi. Main balas-balas cinta pula. Dah kenapa pak cik aku ni.

“Eh! Apa berlaku ni?” soal Hulaif Idraki. Dia baru sahaja tersedar akan kelanjuran kata-katanya.

“Selamat malam.” Safa Adra terus berlalu ke bilik tamu.

Hulaif Idraki hanya mampu melihat Safa Adra menghilang dalam pandanganmatanya.

Apa yang aku mengarut ni? Ya Allah, jangan benarkan perasaan indah ini ada untuk Safa Adra. Aku tidak sanggupmelihat dia jauh dari aku. Lepaskan perasaan cinta ni kepada yang lebih layak. Safa Adra adalah anak buah aku. Dan itulah hubungan aku dan dia selamanya. Amin..



******



“Pak cik! Pak cik!” suara Safa Adra hadir dipendengaran Hulaif Idraki. Kenapa minah ni kacau aku tidur ni? Mata Hulaif Idraki masih terpejam. Gadis itu hanya menyentuh bahunya sahaja.

“Pak cik! Pak cik!” suara Safa Adra makin tinggi dan kini, kepala Hulaif Idraki menjadi masa tolakkan tangan Safa Adra.

Awatlah dia tolak-tolak kepala aku. Dia atas perbuatan Safa Adra, dia celikkan matanya juga. Kelihatan Safa Adra mengejutnya tetapi memandang ke tempat lain.

Comelnya. Bangun pagi, dah boleh tengok muka Safa.

“Pak cik! Bangunlah! Dah subuh ni!” makin geram Safa Adra. Pak cik aku ni tak tahu erti kesejukan ke? Tidur tak pakai baju. Tak ada selimut. Agak-agak la. Kalau aku ni, mesti dah bersin di pagi hari. Dia masih memandang ke tempat lain. Tidak sanggup melihat tubuh Hulaif Idraki yang terdedah itu.

Tiba-tiba…

“Arrghhh!” Safa Adra terjerit.


p/s : Kenapa pula yang Safa ni terjerit? Mesti berlaku sesuatu… tunggu part final… huhuhu tak lama lagi habislah cerita ini…



PART FINAL UNCLE L



Main tolak-tolak kepala pula anak buah aku ni. Ingat kepala aku ni tak bayar zakat agaknya. Bisik hati Hulaif Idraki. Disebabkan terlalu geram. Dia gigit jemari yang aktif menolak itu tanpa melihat ke arahnya. Agaknya, lubang hidung aku pun dia nak jolok. Al-maklumlah tak nampak. Bebas je tangan tu bergerak.

“Arrrggghh!” Safa Adra menjerit. Pantas dia memandang Hulaif Idraki yang tidak berbaju itu.

“Padan muka!” Hulaif Idraki berkata. Dia bangkit dari terus berbaring. Mengeliat sedikit.

Safa Adra menjeling tajam arah pak ciknya itu. Sedapnya dia gigit jari aku. Sakit la! Hanya hatinya sahaja yang menjerit.

“Tak payah nak tengok aku macam tu. Kang jatuh cinta, payah aku nak layan.” Hulaif Idraki berdiri pula. Dia menuju ke biliknya. Sebenarnya hati Hulaif Idraki yang berdebar kuat. Aku yang jatuh cinta dengan jelingan Safa Adra.

Pantas dia menampar mulutnya.

“Apa aku mengarut ni? Aku cintakan Safa? Oh, No! Tidak!” Ego Hulaif Idraki masih bertakhta dalam hati.


***

Sudah sebulan selepas peristiwa Simon hadir di tempat kerja Safa Adra. Dia berasa sedih kerana dia terpaksa meninggalkan Malaysia atas arahan Tok Long.

“Betul ke keputusan Safa ni?” Soal Puan Huda. Dia rasa kasihan dengan kehidupan Safa Adra. Gadis ini baik sekali. Kalau aku ada anak lelaki ni, dah lama aku kahwinkan dia dengan Safa tapi…

Pantas pandangan Puan Huda jatuh pada wajah Hulaif Idraki. Berkenan ke Hulaif Idraki pada Safa? Suka ke? Layanan yang diberikan dingin je dalam pemerhatianku. Mungkin Hulaif Idraki dah anggap Safa ni sekadar anak saudara sahaja.

“Betul Nek Da. Tok Long minta segerakan penerbangan ini. Safa terpaksa pergi…” sedih nada suara Safa Adra. Di sini dia dapat merasai apa itu kasih sayang seorang ibu. Yang amat dia dambakan.

“Terpaksa pergi? Pergi mana?” muncul Hulaif Idraki tiba-tiba. Aku salah dengar ke? Kenapa jantung aku berdebar lain macam. Rasa takut kehilangan mula bercampur dalam hatinya.

“Uncle, maafkan segala kesilapan saya. Halalkan makan dan minum saya…” Safa Adra rasa sayu dan ingin menangis tetapi ditahannya. Dengan senyuman yang seikhlasnya dia pamerkan kepada Hulaif Idraki.

“Safa tak jawap soalan pak cik lagi. Safa nak ke mana?” Hulaif Idraki cuba berlembut. Orang yang sedang bersedih ni, jangan marah-marah. Nanti dia tak nak cerita pula. Aku nak tahu juga.

“Saya terpaksa balik ke pangkuan Tok Long. Simon dah dapat cari saya.” Safa Adra berkata. Dia sudah berdiri dan bersalaman dengan Puan Huda. Ini adalah kali terakhir dia memandang wajah Puan Huda dan Uncle kesayangannya itu.

“Kau nak pergi mana ni?”

“Dah nak ke luar negara la, Uncle! Sejak bila uncle ni lambat loading ni. Saya tak boleh panggil Uncle L dah….” Kecewa Safa Adra.

“Panggil apa pula?”

“Uncle Double L.” Safa Adra ketawa kecil.

Hulaif Idraki merenung tajam wajah Safa Adra. Sempat minah ni kenakan aku.

Ketawa Safa Adra terhenti. Hatinya berdebar dengan renungan mata itu.

“Pak cik Hulaif, Safa minta maaf. Safa gurau je panggil pak cik, Uncle L. Gurau je. Safa dah nak pergi. Kalau boleh, Safa tak nak dalam hati pak cik ada perasaan benci pada Safa. Safa sayang, pak cik.” Safa Adra sudah memakai kasutnya. Dia berdiri tegak depan Hulaif Idraki.

“Kalau sayang, kenapa kau tinggalkan aku juga?” Entah mengapa sayu hati Hulaif Idraki mendengar kata-kata Safa Adra. Tembus masuk ke hati.

“Sebab keadaan memaksa. Pak cik jaga diri pak cik.”

“Panggil aku, uncle. Uncle L...” Sakit pula telinga mendengar perkataan ‘Pak Cik’. Selalu sangat dengar uncle L. Jadi, telinga ni dah biasa mendengar panggilan itu.

“Ya, uncle L.” Safa Adra juga terasa berat untuk meninggalkan rumah ini. Aku cintakan uncle L ke? Kenapa aku begitu takut untuk mengakui perasaan ini? Takut dilukai lagi...?

“Kalau aku cakap, kau jangan pergi. Kau tak pergi kan?” Hulaif Idraki cuba menghalang Safa Adra dengan kata-kata sahaja. Kakinya tidak mampu untuk melangkah menghampiri Safa Adra.

“Apa uncle?” soal Safa Adra. Dia memang tak dengar apa yang dikatakan oleh Hulaif Idraki.

“Kau dah pekak! Nak aku cakap banyak kali pula. Dahlah! Pergilah cepat-cepat!” geram Hulaif Idraki. Egonya mengusai diri. Marah betul dia.

Safa Adra tersenyum tawar. Jadi, betullah dia tidak pernah menyukai aku. Safa, kau sabar kan hati. Tabahkan jiwa.

“Nak pergilah ni! Uncle Lembab!” geram Safa Adra. Dia terus berlari masuk ke dalam kereta. Bimbang air matanya mengalir.

“Apa kau cakap!” Hulaif Idraki pula rasa marah tetapi pandangan matanya hanya mampu melihat kereta yang di pandu oleh Safa Adra menghilang.

“Safa Adra....” sayu hati Hulaif Idraki. Entah mengapa semangatnya bagaikan pergi separuh dari dirinya. Lemah tidak bermaya.


****


Beberapa hari kemudian...

Baru beberapa hari Safa pergi dari hidup aku. Aku rasa sunyi sangat. Selalunya masa-masa begini aku akan menyakatnya sampai dia buat muka menyampah pada aku. Seronok betul masa tu. Dapat tengok muka comel tu masa mencuka. Aku tahu yang Safa tak pernah simpan dalam hati dengan apa yang pernah aku lakukan pada dia. Ya Allah, di mana Safa? Kenapa dia mendiamkan diri? Tidak rindukah dia pada aku? Hulaif Idraki terus termenung merenung kaca tv yang sedang menyiarkan drama melayu.

Puan Huda hadir bersama secawan air lalu duduk di sofa.

“Ibu, Safa ada call tak?” Hulaif Idraki berani menanyakan tentang Safa Adra kepada Puan Huda. Mana tahu yang dia segan nak call aku, dia call ibu. Dapat juga aku tahu perkembangannya. Hah! Facebook pun aku lupa nak minta kat dia. Ish! Sekarang kan zaman teknologi la, Hulaif Idraki. Macam mana kau boleh lupa kemajuan tu?

“Tak ada. Kenapa?” Puan Huda pun pelik juga Safa Adra tidak menghubunginya.

“Tak ada apa-apa.” Hulaif Idraki pantas memandang kaca TV. Entah mengapa dia sedih mendengar jawapan Puan Huda.

“Rindulah tu...” usik Puan Huda.

“Mana ada rindu la. Kita tanya je,” bantah Hulaif Idraki. Dia tidak akan sesekali mengaku yang dia rindu akan Safa Adra walaupun perbuatannya itu sudah menunjukkan yang dia amat merindui Safa Adra. Separuh nyawanya hilang.

“Tanya ada makna.” Tidak habis-habis Puan Huda mengusik. Gembira melihat anak lelakinya ada perasaan pada Safa Adra.

Tiba-tiba telefon rumah Puan Huda berbunyi. Segera dia menjawab panggilan tersebut.

“Apa?”

Lemah tubuh Puan Huda mendengarnya. Dia terduduk di lantai.

“Kenapa, ibu?” Hulaif Idraki berlari mendapatkan ibunya. Dia pelik melihat Puan Huda seperti terkejut dengan sesuatu berita. Berita apa? Siapa yang call?

“Safa... Safa dah tiada...Ayah Long kamu baru call tadi...” Air mata Puan Huda mengalir.

“Tidak! Saya tak percaya, ibu....” Hulaif Idraki menjerit. Dia mengacau. Dia tidak dapat menerima berita ini. Tipu! Ini tipu belaka.

***

Beberapa bulan kemudian...

“Hulaif Idraki....” Panggil Puan Huda dengan penuh lemah lembut.

“Ibu...” Hulaif Idraki memandang ke arah Puan Huda.

“Mari, ibu mandikan Hulaif Idraki...”

“Hulaif kan dah besar, ibu. Kenapa nak mandikan, Hulaif...”

“Kalau macam tu, ibu teman Hulaif mandi.” Puan Huda melayan lembut anaknya itu. Penuh kasih sayang.

“Okey...”

“Ini sabun kan? Hulaif tahu....” Hulaif Idraki mengambil Shampoo lalu dilumurkan ke tubuhnya sehingga berbuih. Kemudian, dia mengambil sabun badan lalu dilumurkan ke rambut untuk menjadikan shampoo.

“Hulaif Idraki...” makin sayu Puan Huda melihat anaknya yang tidak sihat itu.

Hulaif Idraki tidak dapat menerima berita kematian Safa Adra. Dia terus menjadi tidak waras.

Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA. Jika tidak, kita dikuasai oleh perasaan yang sangat tertekan dan hilang kewarasan.



Hulaif Idraki meneruskan kehidupannya dengan dunianya sendiri.

“Safa...” Air mata Hulaif Idraki mengalir. Dia tidak dapat membendung lagi perasaannya. Perasaan rindu pada orang yang telah tiada. Yang tidak mungkin dia akan bertemu lagi. Sungguh berat rasa rindu ini.

“Safa...” Hulaif Idraki memeluk tubuhnya. Menahan getaran rindu untuk Safa Adra.

“Uncle L rindukan Safa Adra....” Akhirnya matanya terpejam rapat-serapatnya.



TAMAT



p/s : AKHIRNYA SIAP CERPEN PERTAMA UNTUK TAHUN 2016. YAHOOOOOO! TAPI SAD ENDING. KAU ORANG MESTI TAK SEDIH KAN? OPS! TUNGGU DULU! JANGAN NAK MENGAMUK. JANGAN NAK HENTAK LAPTOP/HP TU! SABAR! SABAR! SABAR! JANGAN JADI MACAM Hulaif Idraki... KENA TERIMA KENYATAAN YANG CERPEN INI SAD ENDING! HIHIHI JANGAN LA MARAH.



INI KALI KEDUA RIA BUAT SAD ENDING. SEBELUM INI CERPEN BERTAJUK LELAKI YANG DI BENCI. MEMANG SAD ENDING. LELAKI JUGA YANG SEDIH/ YANG TERLUKA MENJADI PILIHAN PENULIS. BAGI PIHAK PEREMPUAN TAK NAK BUAT KE? BUKAN TAK NAK BUAT, NANTI RAMAI YANG TERLEBIH FEELING SEBAB KEBANYAKKAN PEMBACANYA IALAH PEREMPUAN. KAN KAN KAN!



INILAH HASILNYA. RIA MINTA MAAF JIKA BANYAK KEKURANGAN DALAM CERPEN KALI NI. SETIAP YANG BERLAKU, KITA KENA TERIMA KENYATAAN. YA SAYA TAHU SUSAH! TAMBAH-TAMBAH BERITA KEMATIAN ORANG YANG KITA SAYANG. MACAM SAYA, BERITA KEMATIAN AYAH SAYA MEMANG SAYA TIDAK DAPAT TERIMA SAMPAI SEKARANG TETAPI SAYA KENA REDHA DENGAN PEMERGIANNYA. SUNGGUH SAKIT MENANGGUNG RINDU UNTUK ORANG YANG SUDAH TIADA. PERIT.


TAPI KITA SEBAGAI MANUSIA, KENA TERIMA KETENTUAN ILAHI. JADI, BERTABAH DIRI. TERUSKAN HIDUP DENGAN BAIK DAN DOAKAN UNTUKNYA SELALU.


SEKIAN TERIMA KASIH

Wednesday, 3 February 2016

10
Komen

TEMA FANTASI : SUAMIKU VAMPIRE 6 & 7







SALAM... RIA MINTA MAAF SANGAT-SANGAT MENGHILANG BEGITU LAMA. LAPTOP RIA ROSAK DAN SEMUA CERITA RIA TULIS DALAM LAPTOP TU HILANG. RIA SANGAT TERTEKAN. KAU HAK AKU, KEKASIH TIDAK IKTIRAF, CINTA MOOD SILENT, KEBENCIAN DALAM HATI DAN CALON SUAMI KE DUA HILANG MACAM TU SAHAJA. MENANGIS GILA-GILA... USAHA MENAIPNYA HILANG BEGITU SAHAJA... BERBEKALKAN SEMANGAT YANG ADA, INI SAHAJA MAMPU RIA SAJIKAN UNTUK PEMINAT... SEMOGA TERHIBUR MEMBACANYA... MAAF TAK ADA GAMBAR MACAM SEPERTI SELALU...






Danish terus mengekori langkah Lidya yang ingin meninggalkan dirinya. Kau tak kan lepas dari aku. Aku akan buat kau jatuh cinta pada aku! Jam 9 malam Alya sudah meninggalkan aku. Sekarang tinggal Lidya yang degil ini.






"Lidya!" Panggil Danish. Perempuan ni memang degil la!






"Ken!" Panggil Lidya apabila melalui sebuah kedai menjual binatang.






Jantung Danish berdegup kencang. Siapa pula mamat ni? Kacau daun sahaja. Boleh pula buah hati aku tersenyum. Tersengih-sengih depan jantan ni. Memang buat hot melampau ni.






"Eh, dear! Kenapa ada kat ni? Bahaya dear keluar malam-malam macam ni." Nasihat Ken. Sudah menjadi kebiasaannya memanggil Lidya itu 'dear'. Lidya sangat manja dengannya.






What? Dear? Apa kejadah ni? Memang muka minta penampar aku je. Aku nak panggil sayang pun, kena bertaruh nyawa untuk menyebutnya. Kau senang-senang dapat berdear-dear dengan Lidya. Bikin hot! Memang hot!






"Ken, mana kucing yang saya suka tu. Tak nampak pula." Lidya bertanya. Dia tidak mempedulikan langsung Danish yang sudah masam mencuka itu.






"Tu, tengah makan ikan. Mana nak ingat tuannya dah," ujar Ken. Dia memerhati lelaki yang berada di belakang Lidya. Kadang-kadang mata lelaki itu bertukar merah. Merah? Vampire ke? Bahaya kalau Lidya dekat dengan lelaki macam ni.






"Ala comelnya. Geram!" Lidya melihat Nokim dari jauh.






"Baik dear geram pada Ken. Ada juga faedahnya daripada geram pada Nokim. Kan Nokim?" Lantas Ken mengusap lembut kepala Nokim. Nokim mengeaw... Nokim baru sahaja habis makan. Nokim menjilat-jilat tangannya.






"Comelnya Lidya..." puji Danish. Dia juga mengusap Nokim tetapi kucing hitam itu mahu menggigit. Kucing ni macam tahu-tahu saja aku puji Lidya yang comel. Bukan kucing ni. Alahai... Tak sangka buah hati aku ni penyayang sangat. Suka kucing. Meaww...






"Kau jangan la kacau Nokim. Dia susah nak suka orang yang baru jumpa dia." Lidya berkata. Lelaki ni tak reti nak blah ke?






"Betul kata, dear tu. Aku Ken..." Ken hulurkan tangannya untuk bersalam dengan Danish.






Danish pula perlahan mengeluarkan pisau istimewanya. Dia rasa mahu menikam Ken. Tidak disangkanya, dia dapat menyerap satu kuasa apabila dia menyentuh tangan Ken. Pantas dia kembali menyembunyikan pisaunya.






"Aduh!" Tangan Ken berdarah sikit.






"Ken!" Lidya terkejut lalu mengikut langkah Ken masuk ke dalam kedai.






Danish mengeluh. Menyampah dia melihat Ken yang gedik. Luka sikit je pun. Tak perlulah layan macam putera raja. Dia menuju ke arah kerusi hujung jalan sana. Bau darah membuatkan dia rasa tidak selesa. Kang tak pasal-pasal aku hisap darah mamat ni sampai kering kan.






Dia berbaring atas bangku panjang yang berhampiran dengan sebatang pokok yang besar. Selesa sangat. Matanya terpejam. Dia ingin berehat sekejap dengan kepala berlapikkan lengan.






Tiba-tiba ada sesuatu atas badannya. Dia membuka mata. Kelihatan kucing hitam yang sombong tadi duduk atas dadanya.






"Tadi sombong dengan aku..." geram Danish. Lantas tangannya mengusap bawah mulut Nokim dengan lembut dan mesra.






Nokim memejamkan mata. Tanda dia selesa diperlakukan begitu. Kadang-kadang Nokim mengeluarkan bunyi yang selesa.






Ken dan Lidya keluar kembali dari kedai terkejut melihat Nokim bermesra dengan Danish. Tanpa Danish sedari, Ken mempunyai kuasa yang membuat binatang suka padanya.






Ken merengus kasar. Dia tidak suka kehadiran Danish yang dirasai mengganggu segala urusan hidupnya.






"Ken, aku balik dululah."






"Okey. Take care..."






Cepat-cepat Lidya hilangkan diri apabila Danish terleka dengan Nokim.






"Mikon!" jerit Ken dengan kuat ketika tiada orang di situ. Secara automatik Nokim menjadi seorang serigala yang besarnya macam seekor gajah menindih dada Danish. Danish pantas mengelak dari ditindih. Berat kot makhluk ni.






Ken ketawa kecil. "Vampire macam kau ni, lemah!" hinanya lagi.






"Lemah ke? Tapi kenapa aku berjaya mengawal Mikon?" balas Danish. Dia tersenyum. Dia sudah dapat meneka apa kuasa Ken. Dapat mengawal binatang. Ingat aku lemah sangat ke? Belum cuba belum tahu.






"Memang sungguh mengejutkan jika kau boleh mengawal Mikon. Mungkin Nikom kau boleh bermanja-manja tetapi dengan Mikon jangan harap! Mikon, serang dia!" arahnya.






Mikon mengejar Danish. Danish tunggu apa lagi. Selamatkan diri la. Buat apa tunggu lagi. Sekali si kucing kecik ni cakar aku, mahu terkoyak badan aku. Dia memanjat bangunan sehingga tingkat ke atas. Malam semakin melabuh tirai.






Kalau ada Lidya kan best. Mesti aku bolehlah tambah tenaga kalau dia ada. Mana dia pergi kan? Dari bangunan tinggi ini dia berdiri. Memerhati dari jauh di mana Lidya. Matanya ternampak Lidya tetapi...






"Tak guna!" marah Danish.






"Lidya..." Ken berkata. Rupa-rupanya Ken berada di sebelahnya. Nampak apa yang Danish nampak.






"Ini semua salah kau!" geram Ken.






"Apa pula aku?"






"Kau vampire!"






"So?!" makin menyampah Danish melihat Ken. Hanya tahu salahkan orang sahaja. Macamlah dia tidak pernah melakukan kesalahan.






"Aku akan bunuh kau!" Kali ini Ken pula berubah bentuk kepada haiwan yang ganas.






Terbeliak mata Danish. Aku tak nak berubah macam dia. Buruk! Tapi aku dah serap kuasanya dengan menggunakan pisau peniruan kuasa ini. Tak apa. Lupakan dia.






Danish ingin mengejar Lidya. Makin lama dia bersama Ken, makin dia sakit hati. Ken dan Mikon terusan mengejar Danish.






"Bukkk!" Danish terkena tumbukan Ken sehingga badannya terpelanting. Main kasar betul si Ken ni. Nak tengok sangat aku serius. Okey fine!






Mata Danish sudah bertukar menjadi merah. Dia mengeluarkan aura yang cukup kuat. Ken sikit pun tidak takut.






Kali ini Danish menggunakan kuasanya sendiri.






"Aku menyeru kuasa yang tersembunyi. Keluarkan kau menjadi satu denganku. Menjadi satu kuasa yang tiada tandingan. Power Moon!" Kuasa Danish menjadi sungguh luar biasa.






Kuatnya kuasa dia! Ken dapat rasakan sesuatu yang sangat kuat.






"Mikon!!!!" jerit Ken apabila melihat Mikon tercedera.






ؕP/S = APA YANG BERLAKU PADA LIDYA YANG SEBENARNYA? APA JUGA BERLAKU PADA MIKON, KUCING YANG COMEL TU.... KALAU NAK BACA DALAM BENTUK ADA GAMBAR, LUKISAN... BOLEH BACA DI BLOG RIA NATSUMI... KAT SITU, SAYA LETAK GAMBAR LAGI... KAT SINI BOLEH LETAK TULISAN SAHAJA... HARAP2 TERHIBUR MEMBACANYA...














BAB 7






"Lidya, mana kau pergi?" Rintih Danish. Dia tidak berjaya menjejaki kekasih hatinya itu. Dia terus melompat dari satu bangunan ke bangunan yang lain.






Terimbas kembali apa yang dilihatnya. Lidya hilang sekelip mata dengan kabus putih sekelilingnya. Dia yakin,itu orang upahan Zafril. Tak habis-habis nak kacau hidup aku. Tapi muncul depan aku, tak berani langsung.Hish!






Teruk Ken dibelasah olehnya. Bukan dia tidak kasihan pada Mikon tapi tuan dia, over sangat. Memang patut makan penumbuk aku.






Danish berjalan pula. Dia memandang sekelilingnya. Tiba-tiba, hatinya berlebar lain macam. Dia terus berpaling ke belakang.






Satu makhluk merenung tajam ke arahnya.






"Siapa kau?" Danish tidak mempedulikan renungan tajam itu. Apa yang paling dia risau adalah Lidya.






"Aku?" Makhluk itu menghilang bersama kabus putih bersertakan dengan ketawa yang kuat.






Kini, Danish yakin. Kehilangan Lidya ada kaitan dengan makhluk tersebut. Dia kena cari seseorang yang dapat mengesan makhluk tersebut. Ya! Shah!!






***


Lidya terasa tubuhnya sakit sangat. Perlahan kelopak matanya di buka. Sungguh dia terkejut melihat sekelilingnya.






Dia berada di sebuah tempat yang sangat tinggi. Tangan diikat. Tubuhnya tergantung. Kakinya tidak memijak lantai. Hanya asap putih yang kelihatan di bawahnya. Dia tidak pasti apa yang ada disebalik asap putih tersebut.






Tubuhnya makin lengguh kerana diikat kuat dengan tali. Dia cuba leraikan ikatan itu tetapi tidak berjaya.






"Terlalu ketat!" Lidya mengeluh. Tiba-tiba dia menangkap satu bunyi. Bunyi pintu yang dibuka dari luar. Pantas dia memejamkan mata. Pura-pura pengsan.






"Bagus tindakan kau!" Zafril tersenyum. Dia yakin perempuan di hadapannya ada sesuatu yang berharga. Dia tahu yang Danish dalam kegelisahan mencari manusia ini.






“Terima kasih, tuan!” Dhoom berkata. Dia makhluk yang boleh menyerupai manusia. Wajahnya yang sekarang, sangat kacak dan bergaya. Berseri-seri walaupun dia satu makhluk yang pernah hidup dua ratus tahun.






“Aku ada satu rancangan...” Zafril memetik jarinya. Sekelip mata pakaian Lidya berubah menjadi gaun merah yang cantik. Dia memetik untuk kali ke dua. Pakaian Dhoom pula berubah.






“Aku nak kau gunakan kuasa kau untuk menarik perhatian Danish. Selepas itu...” Mereka terus berbincang sambil berjalan ke arah pintu keluar.






“Baiklah, tuan!”






“Batal rancangan tu. Kau buat macam ni...” Zafril tersenyum jahat. Dia tahu yang Lidya sudah sedarkan diri. Rancangan pertama itu sengaja dia berkata dengan kuat supaya Lidya mendengarnya. Rancangannya berjalan seperti apa yang dirancang.






Tup...






Pintu tersebut tertutup. Terus Lidya membuka matanya. Apa yang perlu aku lakukan? Rancangan mereka memang tidak munasabah. Apa yang aku kena buat dengan keadaan terikat macam ni. Siapa nak tolong aku?






P/s : Apa rancangan Zafril yang tak munasabah sangat tu? Teruk sangat ke? Nantikan sambungannya pada masa akan datang... Saya minta maaf lambat update....