Followers

Friday, 15 July 2016

18
Komen

2016 : CERPEN 2 : MUBIN AMSYAR



ASSALAMUALAIKUM...JOMLAH BACA CERPEN SAYA YANG PENDEK NI... KALAU NAK PANJANG2 KENALAH CARI NOVEL, JANGAN CARI CERPEN HIHIHIHI




“Am, kau okey ke?” Mubin Amsyar tersedar dari terus teringat peristiwa 10 tahun yang lalu. Masa dia tidak matang lagi. Masih di zaman sekolah. Teruknya aku masa tu.

“Aku okey. Minah tu buat aku teringat seseorang.” Mubin Amsyar tersenyum tawar. Bimbang juga kalau dia terserempak dengan Adeera. Mana tahu dia akan memusnahkan hidup aku. Perempuan ni jangan dicabar. Macam lagu kumpulan nasyid ni, ada aku dengar, tangan seorang perempuan boleh mengoncang dunia. Bukan calang-calang tu. Jangan main-main dengan perempuan. Sampai sekarang aku tak berani nak berkawan dengan perempuan. Bahaya.

“Awat berkerut sangat dahi kau ni. Macam ada masalah besar.” Tegur Kamal lagi.

“Tak ada apa-apa.”

“Tak kisahlah! Apa yang aku dah lama nak Tanya kau pasal ni.”

“Pasal apa?”

“Kenapa kepala kau selalu botak. Tak sempat panjang rambut tu, kau dah botak licin.” Kamal sudah lama mengenali Mubin Amsyar. Sejak di zaman kolej mereka. Itulah gaya kekal Mubin Amsyar.

“Entahlah! Mungkin aku rasa serabut kalau ada rambut atas kepala ni…” Mubin Amsyar ketawa kecil. Sebenarnya dia botakkan kepala sebab tidak mahu Adeera mengenalinya. Aku betul-betul hidup dalam sumpah perempuan tu. Aku jadi takut pula.

“Ada rambut atas kepala pun serabut ke? Peliklah kau. Kau tak nampak kacak tanpa rambut.” Komen Kamal.

“Ada aku kisah?” balas Mubin Amsyar. Dia tidak peduli pasal kekacakkannya. Biarlah aku simpan kacak aku untuk isteri aku sahaja. Eh, lain macam je ayat aku ni. Dia tersenyum.

“Okeylah. Lantak kau. Aku cuma nak ingatkan kau, kau kena pergi dapatkan tender syarikat BookCafe untuk ambil kita sebagai pembekal alatan pejabat yang terbaik.”

Kamal merupakan bos kepada perniagaannya. Mubin Amsyar pula hanya pembantu. Mereka sudah lama bekerjasama menguruskan syarikat KK ini sejak habis belajar di kolej. Memang tidak dinafikan ada turun naik keuntungan syarikat tetapi mereka berdua berusaha mengekalkan jualan mereka.

Kalau mereka dapat sebuah tender pun sudah mampu buat mereka bertahan dalam satu tempoh masa yang lama.

“Baik bos!”

“Jangan pakai tshirt pula. Tempat kerja kita taka pa tapi bila nak rebut tender, jangan berangan nak pakai macam ni.” Kamal ingatkan Mubin Amsyar mengenai pemakaiannya. Nampak macam penjenayah baru keluar penjara sahaja lagaknya.

“Baik bos!” Mubin Amsyar layan sahaja. Dia selesa berpakaian begitu berbanding kasual ke pejabat. Walaupun dia seorang yang membekalkan alatan pejabat. Dia tersenyum.

Mubin Amsyar sudah berada di syarikat BookCafe. Dia tidak menyangka syarikat ini agak besar walaupun baru sahaja di buka. Mungkin penaja ramai sangat. Dia bersedia dengan bahan pembentangannya.

Dia masuk ke dalam satu ruangan yang memang di khaskan untuk para perebut tender sepertinya.

“Syarikat Ali Berhad…” Panggil seseorang. Beberapa orang bangun dan masuk ke dalam bilik mesyuarat. Mungkin berlaku pembentangan di dalam itu. Agak lama pembentangan yang dibuat oleh syarikat tersebut.

Memandangkan dia orang terakhir dan berseorangan sahaja membuatkan debarannya semakin tinggi. Semua orang datang berkawan. Aku juga yang bersendirian.

“Syarikat KK…”

“Saya…”

Mubin Amsyar masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut. Terdapat tiga panel. Semuanya perempuan.

Alamak, aku dahlah lemah dengan perempuan. Tak ada wakil lelaki ke?

Dup Dap Dup Dap…

Ada satu pandangan yang sangat asyik melihat aku. Pandangannya lembut. Awak ke jodoh saya? Aku pula yang mengatal.

“Ini syarikat terakhir ke, Azlin?” soal Marissa.

“Ya, puan…”

“Okey, encik boleh mulakan…” Pinta Marissa.

“Assalamualaikum. Sebelum saya menerangkan lebih lanjut, biarlah saya memperkenalkan diri. Nama saya Mubin Amsyar, wakil daripada syarikat KK.”

Buk!

Air mineral yang ada atas meja terjatuh. Salah seorang daripada mereka tertepis.

Mubin Amsyar menelang liur. Pandangan gadis yang lembut tadi menjadi tajam. Tajam setajamnya. Lebih tajap dari kata-kata. Hati mula tidak tenang

“Syarikat kami menawarkan….”

“Terima!” Gadis itu terus memberi jawapan dan terus berlalu pergi.

“Tahniah!” ucap Marissa dan Azlin.

“Terima kasih…” ucap Mubin Amsyar. Dia rasa pelik sebab dia tidak bentang apa-apa sudah terima. Aku tak rasuah dia pun. Aku tak bersalah pun.

“Adeera, kenapa kau tiba-tiba terima syarikat KK? Kita tak tahu lagi kelebihan syarikat ini boleh tawarkan.” Marissa menegur Adeera.

“Marissa, itulah lelaki yang aku ceritakan dulu. Sakit sangat hati aku saat dia sebut nama tu. Nama dia sendiri. Sakit Marissa. Sakit.” Adeera menangis.

Marissa pantas memeluk sahabatnya. Kasihan Adeera…



p/s: Alamak, bersambung pula. Maafkan saya… saya suka buat cerpen bersambung… harap sudi komen…kalau tak komen, saya tak nak sambung citer ni. Ini betul2 merajuk…




SELAMAT PAGI....LAMA GILA NAK SAMBUNG CERITA NI..SEBENARNYA DAH LAMA TAIP PART2 NI TAPI TAK KESEMPATAN NAK MASUKKAN DALAM BLOG...MAAFKAN KITA..KITA AGAK BUSY DENGAN KERJA HAKIKI DI SEKOLAH... TAK TERLAYAN RASANYA...MEH SAMBUNG BACA YE...

Adeera pulang ke rumah dengan perasaan sedih. Teringat akan peristiwa hitam dalam hidupnya. Tidak mungkin dia akan melupakan peristiwa itu.

“Mubin Amsyar…” Adeera menyeru nama lelaki yang tidak pernah dia sangka akan merosakkan kehidupannya.

Teringat peristiwa itu lagi…

Air mata Adeera mengalir deras. Tubuhnya lemah. Dia tidak mampu untuk berdiri lama lagi. Lemah lututnya. Tetapi… Tetapi melihat senyuman lelaki yang sangat sinis baginya membuatkan api kemarahan terus membara.

Pang!

Adeera menampar pipi Mubin Amsyar.

“Kau dah melampau Mubin Amsyar. Kau ingat aku ni apa? Aku tak pernah kacau hidup kau. Kenapa kau nak kacau hidup aku. Apa salah aku sehingga kau tergamak fitnah aku!” marah Adeera dengan air mata masih mengalir.

“Perempuan gila!” marah Mubin Amsyar. Pipinya terasa sakit. Tangan halus Adeera benar-benar membuat pipinya sakit. Dia rasa tercabar. Hilang terus senyuman sinis.

“Ya! Kau boleh fitnah aku gila! Fitnahlah apa –apa pun!” Adeera sudah tidak terkawal. Dia menjerit seperti orang gila. “Tapi kenapa kau fitnah pasal maruah aku? Maruah aku, Mubin Amsyar. Apa salah aku pada kau?” suara Adeera makin lemah. Tidak berdaya mahu mengingati apa yang telah berlaku.

“Aku cuma cakap kau pernah berzina dengan aku je. Gurau je. Tak kan tak boleh?” Mubin Amsyar berkata selamba. Nada suaranya rendah sedikit.

Pang!

“Bapak aku mati sebab fitnah kau. Bapak aku mati sebab kau! Bapak aku mati! Kau tahu tak!” jerit Adeera bersungguh-sungguh.

Mubin Amsyar terkejut. Rasa sakit di pipi tidak dipedulikan. Khabar yang dikatakan oleh Adeera lebih menyakitkan hatinya. Pak cik Salleh dah meninggal dunia? Biar betul. Matanya terbeliak.

“Puas hati kau! Kau dah bunuh bapak aku! Kau pembunuh! Aku benci kau seumur hidup aku. Kau doa sahaja yang aku tak kan jumpa dengan kau! Kalau aku jumpa! Aku janji! Aku janji Mubin Amsyar yang aku akan musnah hidup kau macam yang kau dah buat pada aku! Aku janji! Aku sumpah!” Adeera berlari meninggalkan Mubin Amsyar yang masih terkejut dengan kata-katanya.

Adeera tersedar. Gambar arwah ayahnya menjadi tatapan matanya. Dia sebatang kara. Dia kesunyian. Hatinya kosong. Sejak ayahnya meninggal dunia, bersusah payah dia menyambung pelajaran. Siang belajar dan malam dia bekerja. Akhirnya dia Berjaya. Berkat usahanya. Hidupnya bahagia tanpa sesiapa sejak itu. Tetapi ketenangannya di ragut dengan kehadiran Mubin Amsyar.

“Ya Allah! Sakitnya hati ini…” Adeera terusan menangis.



***

Mubin Amsyar cepat-cepat berjalan menuju ke keretanya. Dia segera memandu dan berhenti berhampiran taman. Dia keluar dari kereta. Hatinya masih berdegup kencang. Teringat kejadian sebentar tadi.

“Puan, boleh tahu tak nama orang yang akan berurusan dengan saya?” soal Mubin Amsyar sebelum dia melangkah pulang.

“Oh, Cik Adeera…” kata Marissa.

“Cik Adeera…” Hati Mubin Amsyar berdebar lain macam. Tak kan la dia. Tak mungkin.

“Ya. Ada apa-apa lagi?” Soal Marissa.

“Adeera apa ye?”

“Adeera Azzahra Salleh.” Sengaja Marissa berkata begitu. Dia sudah tahu apa yang berlaku terhadap sahabatnya itu.

“Terima kasih…” Mubin Amsyar segera menuju ke pintu lif. Hatinya rasa mahu terbakar mendengar nama itu. Teringat akan sumpahan yang pernah perempuan itu katakan dulu.

Mubin Amsyar duduk di kerusi yang ada di tepi tasik buatan manusia.

Adeera. Muncul juga dia dalam hidup aku. Ya! Memang aku takut dengan sumpahannya tetapi aku lagi rindukan dia. Aku rindukan senyuman gadis itu. Patutlah masa aku nampak dia mula-mula dulu, aku dah jatuh cinta. Rupanya cinta pertama aku muncul kembali. Walaupun banyak mana tengok, banyak kali juga aku jatuh cinta.

Adeera, adakah dendam dan sumpah kau masih ada untuk aku? Ya Allah, aku tak bermaksud apa-apa dengan gurauan yang aku buat dulu. Aku tak sangka perkara itu menyebabkan ayah kau meninggal dunia. Rasa bersalah mencengkam hati aku. Aku tak kan benarkan kau sendirian lagi. Puas aku mencari kau,Adeera. Hanya kau yang bertakhta dalam hati aku.

Adeera, kau cinta pertama aku. Kerana cemburu kau bersama lelaki lain, aku pun menabur fitnah. Maafkan aku. Puas aku mencari kau sejak ayah kau meninggal dunia. Kau terus menghilang dari kampung itu. Kau tak pernah pulang kecuali melawat kubur arwah ayahnya. Itu pun orang kampung yang berkata-kata tetapi aku tidak pernah berjumpa dengan kau. Sehingga aku berfikir. Tak kanlah kau melawat kubur malam-malam buta. Berani betul kau…

Mubin Amsyar merenung jauh tasik yang berada di hadapannya. Dia akan hadapi segalanya apabila bertemu dengan gadis itu.

“Encik Mubin, Cik Adeera sudah lama menunggu encik.” Kata Marissa.

“Baiklah!” Mubin Amsyar masuk ke dalam sebuah bilik yang dipintunya sudah tertulis nama Adeera.

“Encik Mubin, boleh duduk. Baiklah, kita akan terus ke tajuk utama kita. Ini kontrak yang Encik Mubin kena tandatangan. Jadi, setahun syarikat encik Mubin akan berurusan dengan syarikat kami. Semua alatan pejabat dibawah pemantauan syarikat Encik Mubin. Jadi, saya harap takkan ada apa-apa masalah yang akan timbul.” Adeera terus bercakap tanpa melihat wajah Mubin Amsyar. Benci meluak-luak dalam hati.

“Baiklah puan Adeera.” Sengaja dia menyebut perkataan puan. Cakap punya panjang, sikit pun tak pandang aku. Siapa yang nak sumpah siapa ni? Aku menanti sumpah kau ke atas aku. Sumpah yang kau akan jatuh cinta pada aku ke?

Tidak lepas Mubin Amsyar melihat wajah Adeera.

“Baiklah, ini senarai peralatan kami. Saya dah baca proposal encik. Ia sangat memuaskan hati ketua saya. Jadi, encik boleh mengikut prosedur yang syarikat kami tetapkan.

Mubin Amsyar membaca kontrak itu sebelum menandatangani dengan wajah yang serius. Membacanya dengan menundukkan wajah.

Adeera pula rasa sedikit terganggu. Aku tak pernah tengok dia buat muka serius macam ni.

“Seperti….” Mubin Amsyar mengangkut mukanya lalu memandang Adeera, dia terkejut. Gadis itu sedang memerhatinya.

Pantas Adeera melarikan anak matanya daripada memandang Mubin Amsyar. Pura-pura tidak mengerti pandangan mata lelaki itu.

Mubin Amsyar tersenyum. Curi-curi pandang aku tapi tak mengaku. Tak apa Adeera. Aku akan buat kau akan mengaku yang kau juga sukakan aku juga.

“Puan Adeera…”

“Cik Adeera…” Sakit pula telinga Adeera mendengar perkataan Puan.

“Maaf cik Adeera. Saya tak tahu yang cik belum kahwin lagi.”

Adeera malas mahu melayan.

“Cik Adeera, kontrak ini saya akan selesaikan dengan segera. Peralatan yang syarikat Cik Adeera perlukan, jangan bimbang. Kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Jangan bimbang.”

“Saya harap ini bukan janji-janji manis. Lepas dapat wang, lesap. Menghilang.” Balas Adeera.

“Insya-Allah. Saya percaya rezeki yang Allah mahu berikan. Saya akan pastikan perkhidmatan kami adalah yang terbaik.” Mubin Amsyar juga tidak mahu mengalah.

“Saya dah banyak kali mendengar kata-kata tersebut. Semua tak boleh percaya…” Adeera masih berkeras dengan pendapatnya.

“Jika syarikat cik Adeera sudah bersetuju dengan menerima perkhidmatan kami, itu bermakna syarikat Cik Adeera sudah meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada kami.” Pantas Mubin Amsyar menjawab.



Adeera mengalah.

18 comments:

  1. Best2..x sbr nk baca sambungannya..apa akan jd kt mubin amsyar?

    ReplyDelete
  2. Aduhaiii apasal dh habis nie ngah duk melayan bersambung la plak huhuhu best cerpen nie ria akk tnggu smbungan

    ReplyDelete
  3. Lh dh abis...nk sbmg citer nie..best sngt nk tahu ape akan jd pada mubin amsyar???

    ReplyDelete
  4. Arghh..mana sambungannya..please please please..

    ReplyDelete
  5. sambung pleeeaseeeee... x sabar nak tau ni... sbb apa adeera marah sngt dgn amsyar mubin ni 👉👈

    ReplyDelete
  6. sambung pleeeaseeeee... x sabar nak tau ni... sbb apa adeera marah sngt dgn amsyar mubin ni 👉👈

    ReplyDelete
  7. suamiku vampire bila sis nk smbung lgi 🙇

    ReplyDelete
  8. suamiku vampire bila sis nk smbung lgi 🙇

    ReplyDelete
  9. Sambunglah sis 😭😭😭

    ReplyDelete
  10. dalam proses nak sambung...mungkin 31 ogos...nantikan sahaja

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi