ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG... MINTA MAAF SANGAT-SANGAT. CERITA INI MEMANG TAK SEMPAT DI SAMBUNG. INI PUN SAMBUNG SEBAB ADA PEMINTAAN DARI PEMINAT SETIA KT1... TERIMA KASIH MASIH SUDI MENANYAKAN KHABAR KTI... ITU BUAT SAYA BERSEMANGAT NAK MENAIP UNTUK SATU BAB SAHAJA. HIHIHI TAK TAHU LA BAB LAIN... OKLAH. TAK NAK MEMBEBEL PANJANG. JOM KITA BACA KISAH CIPUT SAHAJA TENTANG TUAN MUDA YANG NAKAL NI... JANGAN LUPA KOMEN...
Auni rasa mahu tumbuk je muka Noah Qushairy semalam. Suka sangat kenakan dirinya. Macam dah tak ada kerja la in.
“Hish! Geramnya! Geram sungguh!” Auni menumbuk bantal peluknya berkali-kali. Itu sahaja yang mampu dia lakukan.
“Lepas ni, aku akan pastikan aku tak akan ikut arahannya. Jangan harap!” Jam dinding dilihat. Baru sahaja pukul tujuh pagi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
Memang panjang umur kau. Baru disebut-sebut dah muncul.
“Assalamualaikum. Keluar sekarang juga!” arah Noah Qushairy lalu tamatkan taliannya.
“Sengal! Sengal! Sengal! Aku tak sempat nak jawab salam dah letak. Hish! Sakitnya hati aku!” Auni rasa mengbahang sahaja tubuhnya kerana marah.
Dia berdiri tepi tingkat. Dari jauh nampak Noah Qushairy menunggunya. Apalah lelaki ni nak dipagi hari. Hari ni kan cuti. Cubalah bercuti dari kenakan aku.
Aufa ambil tudung sarung dan terus keluar dengan pakaian tidurnya. Dia berani keluar sebab ia berlengan panjang.
“Apa tuan muda nak ni? Pagi hari dah kacau orang. Nak kenakan orang la tu? Baik tuan muda baliklah. Saya ni penat semalam tak habis lagi.” Auni terus membebel tanpa menunggu jawapan daripada Noah Qushairy.
“Aku nak tolong kau baiki tayar…” satu ayat sahaja yang lahir dari mulut Noah Qushairy sudah mampu membuat Auni terdiam. Lelaki itu merenung ke arahnya.
Lagi sekali Auni terpaku.
“Tayar?” Auni baru teringat keretanya pancit semalam. Patutlah apabila dia keluar dari rumah tadi tak ada kereta Myvinya.
“Kau dah hilang ingatan ke? Hish, aku cium gak minah ni…” Geram Noah Qushairy. Dahlah keluar pakai baju tidur comel macam ni. Corak-corak doremon pula tu. Sejak bila jadi kanak-kanak rebina si Auni ni.
“Aku dah ingat! Tak payah susah-susah Tuan muda nak cium saya. Simpan aje cium tu untuk isteri Tuan muda.” Auni sudah berpaling. Dia ingin masuk ke dalam rumah.
“Eh, nak ke mana tu? Aku belum habis cakap!” Noah Qushairy tak puas hati.
“Nak tukar baju la…”
“Kau dah mandi ke?”
“Sekalilah pakej mandi tu. Aduh!” Sakit kepala Auni memikirkan soalan Noah Qushairy yang kurang bijak.
“Patutlah bau masam je tadi. Ada orang tak mandi…” Noah Qushairy mengusik Auni.
“Sengal!” Auni marah lalu masuk ke dalam rumah.
Noah Qushairy tersenyum riang. Dapat membuat Auni geram adalah satu perkara yang menggembirakan.
Setengah jam kemudian, Auni siap. Dia bersiap ala kadar. Baju t-shirt putih labuh dan seluar jeans lusuh yang longgar sedikit. Tudung hitam.
Noah Qushairy tersenyum melihat penampilan Auni yang ringkas itu. Sesuai dengan aku yang biasa-biasa ni. Cantik pula Auni pagi ni.
“Apa kau pakai ni? Tak ada baju elok sikit ke?” komen Noah Qushairy. Sengaja mahu membarakan hati Auni.
“Kenapa dengan baju saya?” Auni melihat penampilannya. Elok je. Janji tutup aurat.
“Hodoh!” Satu perkataan sahaja mampu membuat Auni meletup. Noah Qushairy tersengih.
“Ini bukan sengal dah. Kurang ajar. Kurang ajar! Sedap hati kata baju ni hodoh. Ini baju abang Zafran yang bagi tau.” Auni membetul-betulkan bajunya sedikit. Dia sudah berada dalam kereta Noah Qushairy.
Noah Qushairy tersentap. Mendengar nama lelaki lain dibibir Auni membuat telinganya berasap. Dia diasak perasaan cemburu. Rasa mahu dikoyak baju tersebut sekarang juga. Cemburu punya pasal.
“Siapa pula tu?” soal Noah Qushairy. Dia tidak akan sesekali menyebut nama tersebut. Menyampah! Kereta mula bergerak. Dia memandu dengan tenang.
“Oh, abang Zafran! Abang Zafran ni kacak, baik hati. Ada satu hari tu, saya demam. Dia dukung saya kat belakang dia dan bawa saya pergi klinik berhampiran. Take care sangat.” Panjang lebar Auni bercerita.
Tiba-tiba Noah Qushairy menekan brek dengan mengejut. Kejang otaknya mendengar lelaki itu pernah menyentuh Auni. Tak kisahlah demam ke apa tapi dia tetap dah sentuh Auni. Mana boleh!
“Tuan Muda! Kenapa ni?” terkejut Auni dengan tindakan Noah Qushairy itu. Nak mati ke? Nasib baik tak ada kereta di belakang kereta mereka.
“Kenapa kau tanya? Kau bukak baju tu sekarang juga! Bukak!” geram Noah Qushairy.
“Tuan Muda dah gila? Nak saya bukak baju ni apa hal pula!” Auni ingin turun dari kereta tersebut tetapi pantas Noah Qushairy mencekup lengan Auni agar tidak turun dari kereta.
Auni terdiam dan ketika itu juga kereta bergerak.
“Janganlah kata aku gila. Kan aku gila betul-betul baru tahu. Kau juga yang kena bertanggungjawab jaga aku…” Noah Qushairy cuba bertenang. Jangan cepat marah.
Kau tenang je Noah. Kau tengok takat mana hubungan Auni dengan lelaki itu. Kau siasat perlahan-lahan. Tenang! Noah Qushairy memberi semangat pada dirinya.
“Kasihan tuan muda gila. Muda-muda dah gila.” Auni mengejek.
Elok sahaja Noah Qushairy mahu bertenang, kembali meletup semula.
“Aku gila pun, kau puncanya!” geram Noah Qushairy.
“Apa pula saya?”
“Kau pekerja aku yang paling aku rapat sekarang ni…” Berkias-kias Noah Qushairy berkata.
“Ye ke?”
“Sudahlah! Lelaki yang kau cakap tu siapa? Kau suka dia?” soal Noah Qushairy berani. Dia kena tahu perkara sebenar.
“Mestilah saya suka abang Zafran…”
Panas hati Noah Qushairy dengar.
“Kejap! Umur dia berapa?”
“Sama umur dengan tuan muda.” Kata Auni.
Sama umur dengan aku tapi kenapa dia tak panggil aku, abang. Ish! Lupa pula. Dia kena panggil aku tuan muda. Ish! Aku ni macam lebih suka dia panggil aku abang. Abang Noah… Sedapnya. Bisik hati Noah Qushairy.
“Tuan Muda! Jangan berangan ketika memandu. Nanti kemalangan, melayan nyawa kita berdua.”
“Tak apa. Itu namanya pekerja dan majikan sehati sejiwa. Mati pun sama-sama.” Selamba Noah Qushairy berkata begitu.
"SENGAL!" geram Auni.
Lama tunggu citer ni...cepatlah sambung lg...best..
ReplyDeleteSengalllllllll
ReplyDeleteSambung lagi...best...sengal betul la...
ReplyDeleteKak ria...rindu sgt....cepat sambung bab 12...
ReplyDeletesalam tak sabar tunggu sambungan jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/
ReplyDeleteAssalamualaikum sis...
ReplyDeleteXaktif ke blog ni..
Dah bersawang habuk da ni..
Dahla citer 4thn tergantung sepi ni sis
😫
jgn marah atau sedih...sebab saya sedih bertambah sedih dari awak semua...saya teringin sangat nak sambung citer ni tapi kerja hakiki saya tak mengizinkan saya utk menulis...sedih sangat...
Delete