Followers

Sunday 21 February 2016

73
Komen

2016:CERPEN 1: UNCLE L




ASSALAMUALAIKUM.. DAN SELAMAT MALAM. BUAT TAHUN 2016. INILAH CERPEN PERTAMA SAYA HASILKAN. SEKIAN LAMA SAYA TIDAK MENULIS CERPEN...LAST CERPEN SAYA TULIS BERTAJUK CINTA PALING COMEL... HIHIHI SEMOGA TERHIBUR MEMBACANYA... ADA KAITAN SIKIT DENGAN  NOVEL KEGEMARAN SAYA IAITU HATI SUAMIKU gk... HIHIHI JOM BACA...

Safa Adra - kesucian

Syed Hulaif Idraki - yg setia ,kefahamanku pengetahuanku


“Nama saya Syed Hulaif Idraki. Panggil sahaja Hulaif.”

“Tak nak! Nak panggil Uncle I!”


PART 1

Hulaif Idraki berjalan penuh longlai masuk ke dalam rumahnya. Rumah teres banglo tersebut rasa sunyi. Mana ibu ni? Lantaklah! Allah! Penat sungguh hari ni.

Dia menghempaskan tubuhnya atas sofa yang empuk dan amat selesa itu. Sempat dia serabutkan rambutnya untuk rasa lebih segar. Dia menanggalkan baju kamejanya dan juga singletnya. Itulah Hulaif Idraki apabila pulang ke rumah. Itulah rutinnya. Membuka baju. Tubuhnya terus berbaring atas sofa. Memejamkan mata. Tugasan di pejabat sangat memenatkan tubuhnya.

“Hulaif Idraki! Kenapa tidur kat sini?” Puan Huda menyebut nama anak lelaki bongsunya itu. Main masuk je dalam rumah. Dah tak reti nak bagi salam ke, wahai anakku.

“Ibu...” seru Hulaif Idraki. Matanya yang berat itu masih terpejam. “Penatlah ibu...” Lengannya di angkat lalu diletakkan diatas dahinya.

“Ibu ada tamu ni. Malu ibu macam ni...” Puan Huda berkata dengan nada suara yang keras.

“Oh, tamu...” Hulaif Idraki masih tidak dapat berfikir waras. Apa ibu sebut ye? Tamu? Tamu tu orang kan? Aku pakai baju atau tak ni?

Pantas tangan Hulaif Idraki meraba tubuhnya. Aku tak pakai bajulah! Terus matanya terbuka. Makin terbeliak melihat seorang perempuan yang lengkap bertudung memandang ke tempat lain dengan wajah yang merah.

“Allah!” Pantas Hulaif Idraki bangun dari terus berbaring. Malunya!

“Kenapa ibu tak cakap awal-awal!” Hulaif Idraki terus berlari masuk ke dalam bilik. T-shirt berwarna hitam menjadi pilihannya disarung ke tubuh. Segera dia keluar.

Puan Huda dan seorang perempuan berbual di ruang tamu itu.

“Maafkan anak Nek Da tu. Dia memang suka buka-buka baju ni...” Puan Huda ketawa kecil.

“Tak apa, Nek Da. Tok Long kirim salam. Dia tak dapat nak datang sini sebab masalah kesihatan.”

“Waalaikumusalam. Jadi, Safa balik Malaysia seorang diri ke? Ada apa-apa yang boleh Nek Da tolong?” Puan Huda yang sebelum ini hanya berkenalan dengan cucu saudara ini melalui telefon sahaja. Kini, dapat juga mereka berjumpa.

“Tok Long minta Safa bekerja di Malaysia. Dia akan pulang ke Malaysia dalam beberapa hari lagi.” Safa Adra tersenyum. Tok Long ialah lelaki yang menjaganya sejak kecil lagi sejak ibu dan ayahnya meninggal dunia. Walaupun dia bukanlah darah daging keturunan Tok Long tetapi Tok Long dah anggapnya seperti cucu sendiri. Sangat terharu. Selama 20 tahun Tok Long menjaganya. Budi itu akan dikenang sampai bila-bila.

“Oh, kerja. Dah dapat kerjanya?”

“Dah dapat! Kerja pembantu pemasaran di sebuah syarikat. Tok Long yang carikan.” Safa Adra berkata.

“Pembantu pemasaran...” Sampuk Hulaif Idraki. Dia pantang dengar pemasaran. Baginya orang yang menceburi bidang pemasaran adalah orang yang kreatif dan mempunyai daya tarikan setiap kali orang memandangnya. Macam akulah dalam erti kata lain.

“Ya. Saya minat sangat bidang pemasaran terutama dalam membuat iklan. Saya dah dua tahun menceburi bidang ini di UK.” Safa Adra pun suka akan bidang pemasaran.

“Baru dua tahun, dah berlagak.”

“Saya bukan berlagak... Saya...”

“Berlagaklah tu. Untuk pengetahuan kau, aku...” Belum sempat Hulaif Idraki berkata, Puan Huda sudah memotong.

“Hulaif Idraki, kenalkan ini Safa Adra, anak abang ibu yang duduk UK. Dia anak buah Hulaif Idraki. Jadi, jaga elok-elok anak orang ni.” Puan Huda berkata dengan penuh makna.

“What? Anak buah? Anak buah, Id?” Terkejut. Hulaif Idraki menunjuk jarinya ke arah Safa Adra berkali-kali. Dia tidak mempercayai apa yang didengari.

“Selama Id hidup, Id tak pernah tahu yang ibu ada adik beradik lain yang duduk luar negara. Ingatkan ibu anak tunggal. Biar betul, ibu...”

Puan Huda tersengih.





Pagi rabu itu, Hulaif Idraki melangkah penuh longlai masuk ke ruang lobby dan mahu menuju ke pintu lif. Dia tidak bersemangat untuk bekerja. Teringat akan anak buahnya yang nakal itu buat kepalanya berserabut. Teringat peristiwa petang semalam.

“Uncle L...” panggil Safa Adra.

“Uncle L? What? Nak cari pasal ke?” Geram Hulaif Idraki. Nama aku tak ada langsung huruf ‘L’. Sesedap hati nak panggil aku macam tu.

“L untuk Lembab!” Lantas Safa Adra ketawa terbahak-bahak sambil berlari ke dapur. Kejap lagi dia akan pulang ke rumah sewanya semula.

“What?” Terjerit Hulaif Idraki dibuatnya. Mencabar kesabarannya.

“Id, kau okey tak?” Soal Danial yang juga baru muncul di situ. Langkah mereka berdua terhenti.

“Tak ada apa-apa?” Hulaif Idraki tersedar dari ingatan semalam. Perasaan geramnya masih belum hilang. Harap muka tak cantik, perangai pun tak cantik.

“Muka berkerut je. Kalau kau tak ada apa-apa, aku yang ada apa-apa.” Danial selaku setiausahanya berkata.

“What?” soal Hulaif Idraki. Itulah perkataan yang selalu keluar dari mulutnya.

“Tiba-tiba tuan pengarah kita import seorang pekerja dari luar negara. Gantikan tempat Encik Kamil selepas sehari dia berhenti kerja,” jelas Danial.

“What? Aku tak tahu apa-apa pun mengenai pengambilan pekerja ni.” Hulaif Idraki tidak puas hati.

“Aku pun tiba-tiba khabarkan pagi tadi oleh setiausahanya, Encik Amman.” Danial juga terkejut dengan khabar berita ini.

“Jadi, dia akan jadi pembantu pegawai Pemasaran?”

“Ya...”

“Assalamualaikum, uncle L?” Tegur seseorang.

“Uncle L?” Danial rasa pelik.

“Kau buat apa kat sini?” Membulat mata Hulaif Idraki dengan kehadiran Safa Adra.

“Lembab...” bisik Safa Adra. “Uncle, saya datang untuk lapor diri. Kan saya kerja dengan uncle. Mesti tak tahu lagi ni.”

Muka Hulaif Idraki serius. Bengang pun ada. Dia panggil aku lembab. Ini memang melampau ni. Rasa macam tak nak mengaku saudara.

Safa Adra tersenyum. Memang lembab la sebab tak tahu lagi ke aku kerja dengan kau. Aku dah lama tahu.

“Oh, awak yang Encik Amman katakan. Selamat datang ke syarikat kami. Saya Danial, single lagi.” Gurau Danial.

“Saya Safa Adra, janda orang,” gurau Safa Adra.

Terbeliak mata Hulaif Idraki dan Danial.

Aku tak tahu pun dia janda. Biar betul minah ni. Hulaif Idraki berkata dalam hati.

“Mesti semua percaya saya janda kan? Patutlah L...” kata Safa Adra sambil merenung wajah Hulaif Idraki. Tak tahu ke yang mana kata-kata benar atau tipu.

“Cis!” Hulaif Idraki rasa tertipu. Dia terus melangkah ke dalam lif sebaik sahaja pintu itu terbuka.

Danial garu kepala. Hanya mengikut jejak langkah majikannya itu. Begitu juga Safa Adra. Dengan selamba berjalan beriringan dengan Hulaif Idraki.

Hulaif Idraki terus menuju ke bilik kerjanya. Apabila dia berpaling, kelibat Safa Adra tiada. Entah mengapa dia rasa hampa. Baru nak tunjuk kepoyoan aku.

Sampai sahaja ke tingkat atas, Safa Adra terus menuju ke tandas. Air matanya ingin mengalir. Cepat-cepat dia sapu air matanya tetapi air tetap keluar daripada matanya.

“Kenapa ni? Kenapa nak sedih?” soal Safa Adra sambil merenung cermin di hadapannya. Hatinya rasa sedih apabila teringat kenangan lalu.

“Kau kuat, Safa Adra!”

Safa Adra menuju ke arah Danial.

“Hai, Danial! So, apa tugas saya?” Safa Adra tersenyum lebar dan ceria.

“Ops! Cik Safa Adra. Tugas-tugas itu, Encik Hulaif Idraki sendiri yang akan jelaskan. Sila ke biliknya.” Formal Danial.

“Okey. No hal!” Safa Adra berjalan menuju ke bilik yang sudah tertera nama Hulaif Idraki. Ketua pegawai pemasaran. Perlahan pintu itu diketuknya.

“Masuk!” suara Hulaif Idraki kedengaran.

“Kau ke mana tadi?” soal Hulaif Idraki sebaik sahaja gadis itu melangkah masuk.

“Ke tandas. Nak ikut juga ke?” Safa Adra tersenyum sinis.

Terus wajah Hulaif Idraki yang putih bersih itu merah.

Itu pun boleh merah pipi. Pemalulah sangat ni. Komen Safa Adra dalam hati.

“Okey. Ini senarai bidang tugas kau. Tadi aku baru dapat panggilan daripada tuan pengarah. Dia meminta kau yang buat iklan untuk loket ciptaan isterinya. Jadi, kalau kau lulus dengan jayanya, dia akan ambil kau bekerja dan gaji akan dinaikkan dan jika sebaliknya. Faham-faham sahaja.” giliran Hulaif Idraki pula tersenyum sinis.

“Saya yakin dengan kebolehan saya. Saya hanya perlu tahu citarasa majikan saya sahaja. Itu kunci kejayaan saya untuk memikat hati audiens saya.” Safa Adra tersenyum penuh yakin. Sikit pun tidak goyah dengan ugutan Hulaif Idraki. Malah membuatkan dia rasa lebih bersemangat.

“Okey, fine! Kita tengok!” Hulaif Idraki tidak mahu mengalah.



P/s : apa yang akan terjadi pada Safa Adra? Macam mana uncle L a.k.a Lembab ni boleh jatuh cinta dengan minah nakal ni?? Tunggu sambungannya dalam beberapa hari lagi....insya allah...




ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT MALAM... JOM BACA SAMBUNGAN SETERUSNYA...APA YANG TERJADI... MEH MEH BACA...JANGAN LA LUPA KOMEN...CIAN RIA MENANTI KOMEN-KOMEN ANDA....BERILAH RIA SEMANGAT MELALUI KOMEN2 ANDA... PASTI RIA AKAN REPLY....INSYA ALLAH...OK CUKUPLAH TU MEMBEBEL...JOM BACA...

PART 2

Hulaif Idraki mundar-mandir depan bilik mesyuarat. Dia berdebar-debar menunggu giliran dipanggil. Dipindahkan pandangannya kepada Safa Adra yang sedang duduk. Wajahnya tenang sahaja. Tiba-tiba Safa Adra mengangkat muka dan melihat wajahnya. Ada senyuman yang meniti di bibir itu.

Pantas Hulaif Idraki melarikan pandangannya dari terus menatap wajah itu. Hatinya tiba-tiba berdebar pula. Ish, masa ni, boleh pula hati nak berdebar.

“Kau buat betul-betul. Jangan nak malukan aku!” tegas Hulaif Idraki. Dia duduk di sebelah Safa Adra.

“Tenang. Benda kecil sahaja.” Safa Adra tersenyum. Sebenarnya, dia turut rasa berdebar. Pengarah besar kot yang nak tengok perbentangan aku. Bukan calang-calang orang. Bertuah isterinya dapat suami macam tuan pengarah. Dihargai. Tiba-tiba wajah bertukar sedih.

“Ni dah kenapa muka macam tikus mati. Kau jangan nak tunjuk muka macam ni pada tuan pengarah. Muka biar ceria.” Makin tegas Hulaif Idraki. Dia perasan air muka Safa Adra berubah secara drastik. Entah mengapa dia rasa bimbang. Apalah yang difikirkan oleh anak buah aku ni? Sedih lain macam.

Bagi Hulaif Idraki, dia sukar untuk membaca hati Safa Adra. Hati itu tertutup dengan wajahnya yag ceria tetapi mata. Mata itu bagaikan menyimpan satu perasaan yang sedih dan pedih.

Safa Adra ketawa kecil. Muka aku di samakan dengan muka tikus mati. Lawak gila la, uncle ni. Rasa macam nak cubit-cubit.

“Saya tahulah saya tak cantik, uncle. Sampai hati kata saya macam tu.” Safa Adra kembali tersenyum.

Hulaif Idraki rasa lega melihat senyuman itu.

“Dah masam macam tu. Macam mati laki pun ada,” kata Hulaif Idraki lagi.

“Kan saya janda. Memang dah mati laki saya tu.”

“Kau biar betul. Kau dah pernah kahwin ke?” soal Hulaif Idraki. Entah mengapa kini, dia ingin sangat tahu status sebenar Safa Adra.

Lama Safa Adra terdiam.

“Encik Idraki dan Cik Safa boleh masuk sekarang.” Amman selaku setiausaha, tuan pengarah muncul tiba-tiba.

Hulaif Idraki dan Safa Adra mula melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat bersama-sama lukisan iklan yang dicadangkan. Hampir berminggu-minggu mereka berdua berbincang mengenai iklan tersebut supaya menjadi satu iklan yang terbaik.

Selepas satu jam perbentangan, tuan pengarah, Putra Huzaiman bersuara sambil memandang isteri tercinta, Wafa Natasha.

“Macam mana, Sha. Sha suka tak iklan ni? Kalau ikutkan hati abang ni, abang nak watak lelaki itu gila kuasa. Baru kena!” cadang Putra Huzaiman.

Wafa Natasha ketawa kecil. Faham sangat perangai suaminya itu.

“Bosanlah gila kuasa ni. Sha, suka kalau lelaki itu bersikap romantik.” Wafa Natasha menyuarakan pendapatnya.

Putra Huzaiman terkilan dengan kata-kata isterinya.

“So, you like all about this plan?” Putra Huzaiman sudah mula bercakap dalam bahasa Inggeris.

Makin lebar Wafa Natasha tersenyum. Tahulah suaminya marah. Nanti kat rumahlah aku pujuk.

“I like so much.” Sindir Wafa Natasha. Dia bangun dan menghampiri Safa Adra. Sebenarnya dia suka pada Safa Adra. Nama aku dan nama dia lebih kurang sahaja. Wafa dan Safa. Alahai, jadi kawan ni mesti best.

“Thank so much.” Safa Adra rasa gembira. Hilang semua rasa debarnya. Tenang.

“Tapi, saya mahu awak tambah sedikit babak romantik. Lelaki kena romantik semasa dia tunjukkan loket tu. Idea awak agak kaku. Pernah bercinta ke?” soal Wafa Natasha. Kalau ada pengalaman romantik, apasalahnya selitkan sedikit.

“Pernah tapi dia tak la romantik. Apa-apa pun saya akan tambah babak yang Puan mahukan.” Safa Adra rasa kekok apabila ditanya soal cinta.

“Okey...” Wafa Natasha menghampiri Putra Huzaiman yang masih merajuk itu.

“Apa ni Safa? Menyusahkan orang!” marah Hulaif Idraki apabila Wafa Natasha meninggalkan mereka berdua di hujung meja mesyuarat.

“Menyusahkan apa?”

“Menyusahkan orang nak buat kerja dua kali. Kan dah kena buat semula.” marah Hulaif Idraki lagi.

“Uncle L, ni dah kenapa? Sawan ke mabuk? Puan kata dia suka iklan kita cuma kena tambah babak yang dia nak. Apa susahnya?” Kali ini Safa Adra tidak boleh bersabar. Dia bertungkus lumus membuat iklan ini. Sesedap hati sahaja dia maki aku. Ingat aku tak ada perasaan.

“Kau memang menyusahkan!” Entah mengapa Hulaif Idraki rasa marah. Mungkin kerana iklan yang Safa Adra buat, diterima baik oleh Wafa Natasha. Dia tidak berpuas hati. Selama dia bekerja di sini. Hampir dua atau tiga kali iklannya tidak lulus. Masuk sahaja Wafa Natasha ke sini, baru pertama kali buat, sudah mendapat kelulusan walaupun kena buat tambahan babak.

Serentak Hulaif Idraki melafazkan ayat itu, air mata Safa Adra mengalir deras.

“Terima kasih, uncle!” Safa Adra terus berlari meninggalkan bilik mesyuarat tersebut dengan pintu yang di hempas kuat.

Wafa Natasha dan Putra Huzaiman memandang pelik dengan pasangan kerja tersebut.

Hulaif Idraki tersenyum memandang majikannya dan terus mengambil barang-barangnya. Dia terus berlalu pergi.

Kenapa dia nangis? Teruk sangat ke aku marah? Ish, kenapa aku nak marah dia sangat! Kerja dia memang bagus. Kau cemburu ke, Hulaif Idraki? Dia memang buat yang terbaik. Bisik hati Hulaif Idraki yang memuji hasil kerja Safa Adra.

Hulaif Idraki masuk ke dalam bilik kerjanya. Dia merenung lukisan yang di lukis oleh Safa Adra untuk menyembahkan idea iklannya. Dia tahu, anak buahnya bertungkus lumus menyiapkan iklan tersebut.

“Danial, nanti Safa dah masuk bilik kerja dia, bagitahu aku.” Hulaif Idraki menghubungi setiausahanya.

“Okey...”

Danial tahu yang Hulaif Idraki memang tidak menyukai Safa Adra sejak gadis itu bekerja di sini tetapi kali ini dia melihat Hulaif Idraki agak melampau. Bersabarlah, Safa.

Selepas satu jam, Safa Adra kembali semula ke bilik kerjanya. Segera Danial memberitahu Hulaif Idraki.

Hulaif Idraki pula pantas bergerak ke bilik Safa Adra. Dia rasa bersalah pula menengking gadis itu. Dia masuk ke bilik Safa Adra tanpa mengetuk pintu. Kelihatan Safa Adra sedang mencapai sesuatu di bawah meja. Apabila gadis itu mengangkat wajahnya, dia terkejut.

“Uncle!” Safa Adra terkejut dengan kehadiran pak ciknya itu. Dia baru sahaja mengambil telefon pintarnya yang kebetulan terjatuh. Selepas dia tunduk mengambil barang tersebut, terus nampak lelaki itu berdiri tegak di hadapannya.

“Safa... Safa Adra....” Hulaif Idraki menelan liur.

“Tak payahlah uncle jadi macam Nek Da. Suka sebut nama penuh orang.” Safa Adra ketawa kecil.

Memang dia akui yang dia sangat terkejut dengan kata-kata Hulaif Idraki dalam bilik mesyuarat tadi. Kata-kata itu memang menyakitkan hatinya. Tetapi selepas menangis dalam masa sejam. Hatinya tenang. Dia menangis di surau. Hanya di situ tempat yang dia boleh peroleh ketenangan.

“Mata kau...”

“Ala, bengkak sikit sahaja.”

“Safa Adra...” lagi sekali Hulaif Idraki menyebut nama penuh Safa Adra.

“Ya. Kenapa uncle L?” sengaja Safa Adra menekan perkataan ‘L’ untuk menyakitkan hati Hulaif Idraki secara halus.

Terus Hulaif Idraki normal semula. Dia hampir bersimpati melihat mata yang sembab dek air mata. Kasihan tetapi sekejap sahaja. Nasib baik aku cepat sedar.

“Kau siapkan kerja kau cepat. Aku tak nak tuan pengarah tunggu lama untuk meneruskan ke langkah keseterusnya. Aku akan memberitahu jabatan pengiklanan. Jabatan tu akan bekerjasama dengan kau dibawah pemantau aku.” Terus Hulaif Idraki berlalu pergi. Dia hampir tewas dengan wajah tersebut.

Jam dinding sudah menunjukkan angka enam. Segera Safa Adra mengemas mejanya dan pulang. Tiba di lobby syarikat, langkahnya terhenti. Dia terpaku. Kebetulan Hulaif Idraki juga mahu pulang. Pantas dia menyorok di sebalik tiang yang besar.

“Safa dengan siapa tu? Lelaki? Kekasih dia ke?” Hatinya cemburu. “Kenapa nak cemburu? Mengarut sahaja.” Hulaif Idraki masih setia di balik tiang tersebut. Dia bersyukur kerana dia dapat mendengar perbualan mereka dengan jelas.

“Kau buat apa kat sini?” soal kasar Safa Adra.

“Buat apa? Aku cari kau la! Aku nak kau semula! Selagi kau tak maafkan aku. Aku akan cari kau ke pelusuk dunia...” Lelaki itu terus berkata.

“Cukuplah Simon! Aku dah maafkan kau.” Begitu berat Safa Adra mengucapkan kata-kata itu. Berat sekali.

Walaupun hati aku kuat untuk memaafkan segala perbuatan kau tapi untuk aku melupakannya... Jangan harap. Hati yang terluka mungkin boleh diubati. Tapi kau kena ingat, parut yang berbekas akibat luka yang kau buat tu, akan aku bawa hingga ke mati. Kata-kata itu hanya bergema dalam hatinya.

“Kau bohong! Aku tak percaya perbuatan aku itu kau boleh maafkan begitu sahaja. Kembali ke sisi aku. Aku akan jaga kau baik-baik.” Simon tidak berputus asa. Dia dapat mencari Safa Adra pun kerana terdengar perbualan Tok Long beberapa hari yang lalu.

“Cukuplah! Aku nak balik!” Safa Adra rasa tidak larat. Tubuhnya lemah. Pelbagai masalah hari ini yang dihadapi. Dengan matanya bengkak menangis membuatkan dia lemah.

Pantas tangan Simon menyambar lengan Safa Adra. Dan pantas juga Hulaif Idraki memunculkan diri dan meleraikan pegangan Simon.

Mata Simon dan Hulaif Idraki saling memandang antara satu sama lain dengan pandangan tajam.

ALAMAK! Safa Adra buntu memikirkan apa yang bakal terjadi.



P/s : Apa yang akan berlaku ye? Ada sahaja yang menyibuk. Siapa Simon sebenarnya dalam hidup Safa? Apa yang dia dah buat pada Safa? Tunggu next part... Insya allah ada 5 part sahaja... So tinggal lagi 3 part...hihihi




Hai....JOM BACA SAMBUNGANNYA...TAK PAYAHLAH CIK PENULIS NAK MEMBEBEL...JOM BACA BERAMAI-RAMAI...JANGAN LUPA KOMEN...



Part 3

Apa jantan ni nak buat dengan anak buah aku ni? Memang nak kena! Pegang-pegang bagai! Ingat anak buah aku tak ada maruah! Segera Hulaif Idraki melangkahkan kakinya menghampiri mereka. Tangannya meramas kuat tangan Simon dari terus menyentuh lengan Safa Adra.

Ingat aku takut kau renung aku macam nak terkeluar biji mata tu? Aku pun boleh buat benda sama macam kau. Hulaif Idraki membalas renungan tajam mata Simon.

“Kau siapa? Jangan campur urusan aku dengan dia!” marah Simon. Dia tidak senang dengan kehadiran lelaki yang tidak dikenalinya itu.

“Aku? Aku pak cik kepada Safa Adra. Kau siapa?” giliran Hulaif Idraki pula menyoal. Dia masih mengenggam erat tangan Simon yang masih utuh memegang lengan Safa Adra.

“Pak cik? Tak ada masalah pun. Safa, kau ikut aku!” Simon menarik lengan Safa Adra makin kuat.

“Aku tak nak!” Safa Adra berusaha menarik lengannya. Dia hanya insan lemah. Sekali kena tarik seperti itu, memang mudah sahaja. Tidak berdaya untuk pertahankan diri. Hanya Hulaif Idraki mampu membantunya.

“Lepaskan dia!” jerit Hulaif Idraki. Dia cuba leraikan pegangan Simon. Rasa marah membuak dalam hati. Dia tidak suka lelaki itu menyentuh Safa Adra.

Simon tidak pedulikan sesiapa. Asalkan Safa Adra mengikutnya.

Hulaif Idraki hilang sabar. Dia menumbuk muka Simon.

Simon terdiam sambil merenung tajam wajah Hulaif Idraki. Dia terus berlalu pergi.

“Balik dengan aku. Aku hantar.” Hulaif Idraki menarik lengan Safa Adra. Kau memang pening la, Hulaif Idraki. Tadi kau kata orang suruh jaga maruah anak buah sendiri tapi kau sekarang ni macam tak jaga maruah pula. Hatinya tersentak. Pantas dia melepaskan peganganya.

“Tak apa uncle. Kereta saya ada.” Safa Adra rasa bersyukur dengan kehadiran Hulaif Idraki di situ. Dapatlah dia mengelakkan diri.

“Dengan mata panda kau tu, tak payah nak berangan nak memandu sendiri.” suara Hulaif Idraki kedengaran tegas.

“Tapi...” Safa Adra cuba mengelak.

“Malam ni, tidur rumah aku. Esok pergi kerja dengan aku. Ini arahan!” Hulaif Idraki tidak akan peduli apa yang terjadi. Lagipun di rumahnya ada Puan Huda. Jadi, tiada masalah pun jika Safa Adra mahu tinggal semalaman di rumahnya.

Semuanya dengan kau. Apa kes ni? Dulu buat tak tahu kat aku. Sekarang ni sibuk pula nak ambil tahu. Bisik hati Safa Adra.

“Tak apa, uncle...” Safa Adra tetap menolaknya. Dia sudah berkira-kira mahu mengelak diri. Dia mahu ke arah keretanya. Dia sudah berpaling daripada menghadap Hulaif Idraki.

“Safa Adra!” panggil Hulaif Idraki.

Sudah! Pak cik aku dah suka sebut nama penuh aku. Mana nak lari ni? Safa Adra tegakkan badan. Dia membelakangi Hulaif Idraki.

“Aku bilang sampai tiga, kalau kau tak ada dalam kereta aku. Kau tahu la nasib kau!” geram Hulaif Idraki. Ugutan sahaja boleh dilakukan saat ini. Ketika itu, dia sudah masuk dan duduk di bahagian pemandu.

Ala, main ugut-ugut aku pula tapi... Tapi... Aku takut juga dengan ugutan tu. Bisik hati Safa. Pantas dia berlari masuk ke dalam kereta.

“Safa Adra!” suara Hulaif Idraki kedengaran seperti geram.

Nama penuh lagi. Apa salah aku? Aku kan dah masuk dalam kereta. Apa masalah lagi. Kan aku panggil lembab kan, marah pula. Safa Adra tidak tahu apa yang tidak kena lagi.

“Apa ni, uncle L? Saya dah masuk dalam kereta ni? Nak lebih-lebih pula. Dahlah paksa orang.” Safa Adra lahirkan peraasaan tidak puas hati. Matanya yang bengkak membuatkan dia tidak mampu membuka matanya luas. Sedang-sedang sahaja.

“Yang kau duduk belakang tu siapa suruh?” soal Hulaif Idraki dengan tegas.

“Tak ada siapa suruh pun. Dah uncle kata masuk dalam kereta. Tak ada pula cakap depan atau belakang. Kalau bonet kereta uncle besar, dalam tu juga saya masuk.” Loyar buruk Safa Adra. Dia yang tak cakap apa-apa, nak marah-marah pula.

“Nak duduk dalam bonet ke?”

“Kalau besar, saya tak ada masalah.” Safa Adra layan sahaja.

“Cepatlah. Nanti ibu tunggu pula.” Hulaif Idraki pula rasa tidak larat mahu melayan karenah Safa Adra. Hatinya masih sakit dengan kehadiran lelaki yang dia sendiri tidak kenal. Pegang-pegang Safa lagi tu. Memang cari nahas. Ada hati nak berkasih sayang dengan anak buah aku yang comel ni. Kata-kata itu hanya bergema dalam hati Hulaif Idraki sahaja.

“Okay.” Safa Adra pantas keluar dari kereta dan duduk di bahagian depan. Mereka berdua pulang ke rumah Puan Huda.



******

Malam itu, Safa Adra tidak dapat lelapkan mata. Dia bangun menuju ke dapur untuk membuat air Tamarcoco. Air kegemarannya. Dia teringat akan peristiwa siang tadi.

“Kau memang menyusahkan!” Bergema suara Hulaif Idraki dalam ingatannya. Hatinya tiba-tiba sakit. Sakit sangat.

“Kau memang menyusahkan!” Kedengaran lagi kata-kata itu.

Terus air mata Safa Adra mengalir. Kata-kata itu membuatkan dia teringat akan satu peristiwa yang menyakitkan hati.

Aku dihina. Aku dibenci. Aku didera. Apa salah aku? Apa penyebab kau bertindak kejam ke atas aku? Kenapa? Aku tidak pinta untuk dilahirkan untuk menyusahkan orang lain. Aku berusaha menjadi yang terbaik. Air matanya mengalir deras.

Ketika itu, dia sedang membasuh cawan dan pinggan makan yang kosong digunakan untuk meletakkan beberapa keping biskut. Dia membasuh dengan keadaan termenung bersama linangan air mata. Tiba-tiba dia terdengar langkah orang. Pantas dia mengangkat pinggan yang penuh dengan air dan ditenggelamkan mukanya.

“Buat apa tu?” tegur Hulaif Idraki. Pelik sangat ni. Masuk muka dalam pinggan ke?

“Eh, uncle! Saya tengah berenang. Ini salah uncle la sebab tak buat kolam renang depan rumah. Tak pasal-pasal saya berusaha berenang dalam pinggan yang tak berapa nak besar.” Safa Adra membuat lawak. Hampir basah tudung yang dipakainya.

“Tak payah nak merapu la. Kau nangis ye?” soal Hulaif Idraki. Anah buah aku ni memang pelik. Nak tutup muka menangisnya, sanggup tenggelamkan muka dalam pinggan ni.

“Nangis? Siang tadi betul. Malam ni salah!” Safa Adra sudahkan basuhannya.

“Siang tadi? Aku minta maaflah. Aku beremosi sangat.” Hulaif Idraki sedarkan kelanjuran kata-katanya. Bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur lagi tapi terlajak kata, binasalaj hidup.

“Okey. Dimaafkan. Saya naik dulu ye, uncle!” Segera Safa Adra menjawabnya sambil melangkah. Sakit hatinya masih terasa tetapi siapalah dia untuk tidak memaafkan orang lain.

“Macam tak ikhlas sahaja.”

“Ikhlas la, uncle...” Langkah Safa Adra terhenti.

“Kau betul-betul maafkan aku?” soal Hulaif Idraki dengan nada yang lebih serius. Matanya merenung tajam ke dalam mata Safa Adra. Nasib baik ibu tak tanya sebab mata Safa jadi macam tu. Kalau tak, susah nak jawab.

“Dah maafkan.” Balas SafaAdra dengan lemah lembut.

“Kalau kau maafkan aku, siapa lelaki siang tadi?” Perasaan ingin tahu Hulaif Idraki sejak siang tadi tidak dapat disembunyikan lagi.

“Kawan saya je.”

“Kawan? Kau ingat, kau bercakap dengan budak umur 3 tahun?” geram Hulaif Idraki apabila soalannya tidak terus dijawab.

“Eh, uncle umur 3 tahun ye...” Safa Adra ketawa kecil. Kenapa uncle aku ni tanya pasal Simon? Macam mana nak mengelak ni!

“Safa Adra!” Disebabkan terlalu geram, Hulaif Idraki telah menarik lengan Safa Adra. Tidak membenarkan gadis itu pergi begitu sahaja.


p/s: siapa sebenar simon? Ish, dah kenapa dengan uncle L ni. Sibuk sahaja dengan urusan Safa Adra. Nantikan part seterusnya




Hai... mesti korang tak sabar-sabar nak tahu siapa SIMON dan status sebenar Safa Adra.... harap semua persoalan dah terjawab sebelum cerita ini tamat the next part.... okey...tunggu apa lagi...jom baca.....



Part 4



“Siapakah sebenarnya lelaki kurang ajar sangat tu?” soal Hulaif Idraki lagi sekali. Kali ini nadanya sedikit lembut. Perlahan dia leraikan pegangannya di lengan Safa Adra.

Safa Adra mengeluh. Dia berlalu dan duduk di ruang tamu.

Hulaif Idraki hanya mengikut langkah Safa Adra.

“Siapa dia?” tiba-tiba Safa Adra bersuara dengan persoalan yang sama. Pantas air matanya mengalir.

Aku seorang wanita yang tidak pernah rasa bahagia disamping suami, Khairul. Dia adalah lelaki pilihan Tok Long, aku terpaksa menerima perkahwinan ini memandangkan Tok Long sudah menjaga aku sejak kecil lagi. Hidup aku bersama Khairul bagaikan satu tempat penyeksaan. Khairul selalu menyuruh aku melakukan sesuatu yang aku tak suka. Aku tak rela. Apabila aku menimbulkan masalah, dia sering melafazkan kata-kata yang aku ingat sampai bila-bila.

“Kau memang menyusahkan!” Berkali-kali ayat itu sering aku dengar sehingga aku tidak mampu menahan rasa sedih dan sakit hati.

Pada petang itu, buat pertama kali aku berjumpa dengan Simon. Dia kelihatan bergaduh dengan Khairul di ruang tangga. Ya. Aku bekerja sebagai pembantu pegawai pemasaran di syarikat ternama di UK. Dan Khairul ketua aku. Hanya kebetulan aku mahu melalui di situ.

“Where is my money?” soal Simon.

“Shhh!” Khairul memandang sekelilingnya. “Kan I kata jangan bincang soal tu di office. Kalau orang tahu, habis kita.”

“You lambat sangat. I dah tak ada duit ni.” Simon mengeluh.

“Buat masa ni I tak dapat nak bagi you.” Khairul berpaling daripada melihat wajah Simon.

“You jangan ingat I tak tahu apa you buat dengan duit tu. I juga ada bahagiannya. Kalau tidak, mati you!”

“You nak buat apa!” tiba-tiba Khairul rasa mahu marah. Dia mencekik Simon. Simon cuba melepaskan diri. Dia menolak tubuh Khairul sekuat hati sehingga lelaki itu jatuh bergolek di tangga. Khairul meninggal dunia di situ.

Aku menjadi janda. Kematian Khairul adalah kemalangan. Khairul telah menggunakan duit syarikat untuk kegunaan peribadi. Simon yang membuat kenyataan itu dan dia terlepas daripada di tuduh. Semua kesalahan mereka bersama terkubur begitu sahaja seperti jasad Khairul.

Sejak itu, Simon mengganggu hidup aku. Sebab apa? Sebab dia sukakan aku dalam diam. Dia pernah bercakap soal kahwin dengan Tok Long tapi Tok Long tak setuju kerana Tok Long tahu perangai sebenar Simon.

Disebabkan perkara ini, Tok Long menghantar aku ke Malaysia. Tetapi aku sendiri tidak menyangka yang dia berjaya menjejaki aku.

“Safa, siapa lelaki tu? Aku bukan duduk sini nak tengok kau termenung!” marah Hulaif Idraki. Dia mula rasa membahang sahaja wajahnya. Menahan marah. Dari tadi aku tanya, dia boleh termenung. Siap menangis lagi. Saja nak buat aku risau. Memang nak kena sekeh budak ni!

“Bekas kekasih saya…” Bohong Safa Adra. Sebenarnya Simon ialah kawan kepada arwah suaminya dan dia adalah janda. Tiada sesiapa tahu statusnya kecuali Tok Long.

“Bekas kekasih? So, kenapa kau berpisah dengan dia.” Soal Hulaif Idraki lagi. Hatinya cemburu. Ish, dengan anak buah pun nak cemburu. Dia anak buah aku je, okey. Jangan nak lebih-lebih. Ramai perempuan lain kat luar tu yang boleh kau suka.

“Sebab dia ada perempuan lain.” Bohong Safa Adra sambal tersenyum. Apalagi yang boleh dia sembunyikan tentang Simon. Lelaki itu akan terus mengejarnya. Aku ni bukannya lawa sangat. Kulit gelap. Nampak sangat aku langsung tak mewarisi kulit Tok Long yang putih. Tok Long berketurunan Cina. Wajarlah kulitnya putih berbanding aku yang sedikit gelap. Tapi satu sahaja kelebihan aku iaitu mempunyai hidung yang mancung. Yang lain dalam kesederhanaan.

“Tak guna! Siapa nama mamat perasan bagus ni?” Hulaif Idraki tidak boleh sabar lagi. Sanggup lelaki itu boleh ada perempuan lain sedangkan anak buah aku lagi baik. Aku ni cakap macam aku kenal si Safa ni je.

“Simon. Lupakan aje la mamat ni. Jom main satu game nak tak?” ajak Safa Adra. Dia tidak mahu Hulaif Idraki terusan bertanyakan tentang Simon.

“Game apa yang nak dimainnya malam-malam buta macam ni.” Keluh Hulaif Idraki. Dia sudah mula mengantuk.

“Kita one to sum ikut tangga. Siapa menang, boleh suruh yang kalah buat apa sahaja. Set?” soal Safa Adra.

“Set!”

Beberapa minit kemudian.

“Last!” Safa Adra teruja. Mereka berdua memang sengit. Tangga yang terakhir menentukan siapa pemenang. Akhirnya, Hulaif Idraki yang menang.

“Okey pak cik L. Apa yang nak Safa buat. Satu permintaan je tau. Jangan lebih-lebih.” Safa Adra mengingatkan kembali janji-janji itu.

“Okey. Kau baca mesej ni…” Hulaif Idraki hulurkan telefon pintarnya.

“Apa ni?”

“Baca sahaja la. Kau berlakon aje la…” Hulaif Idraki malas mahu menerangkannya.

“Panjanglah, pak cik!” keluh Safa Adra. Dia sudah mengantuk. Suruh baca benda yang panjang pula. Nak emosi lagi. Mana mampu hamba buat.

“Kau nak aku arah malam ni tidur dengan aku, kau nak ikut?” soal Hulaif Idraki. Banyak songeh pula anak buah aku ni.

“Eh, semestinya tak nak.” Tolak Safa Adra. “Yelah saya baca ni…” Dia bersedia untuk membacanya.

“Abang, saya sayangkan abang. Saya nak bersama abang. Sampai bila-bila. Abang, saya nak abang tahu yang saya cintakan abang. Saya perlukan abang dalam kehidupan saya. Abang janji tau, akan jaga saya baik-baik. Akan cintai saya selamanya.” Safa mengakhiri ayat terakhir. Hampir tercekik apabila dia membacanya.

Hulaif Idraki merenung tajam pada wajah Safa Adra. Dia yakin yang Safa Adra tidak memandangnya walaupun sedikit ketika membacanya. Wajah itu sedikit kemerah-merahan. Ya, aku nampak dia malu. Kenapa nampak cantik sangat? Kenapa hati aku berdebar-debar? Kenapa aku rasa geram sangat ni? Kenapa aku rasa macam nak Tarik hidung mancung tu? Kenapa aku rasa nak peluk-peluk dia jangan kasi lepas? Kenapa? Kenapa semua persoalan itu tak ada jawapan?

“Saya cintakan awak…” Itu ayat paling akhir. Pantas Safa Adra mendongak memandang Hulaif Idraki. Alangkah terkejut dia melihat renungan tajam yang menikam kalbunya. Dia cuba bertahan. Jangan mudah lemah dengan panahan mata seorang lelaki.

“Saya pun cintakan awak…”Balas Hulaif Idraki tanpa disedarinya.

“Pak cik! Pak cik L. Pak cik dalam dunia mana ni? Soal Safa Adra dengan suara sedikit tinggi. Main balas-balas cinta pula. Dah kenapa pak cik aku ni.

“Eh! Apa berlaku ni?” soal Hulaif Idraki. Dia baru sahaja tersedar akan kelanjuran kata-katanya.

“Selamat malam.” Safa Adra terus berlalu ke bilik tamu.

Hulaif Idraki hanya mampu melihat Safa Adra menghilang dalam pandanganmatanya.

Apa yang aku mengarut ni? Ya Allah, jangan benarkan perasaan indah ini ada untuk Safa Adra. Aku tidak sanggupmelihat dia jauh dari aku. Lepaskan perasaan cinta ni kepada yang lebih layak. Safa Adra adalah anak buah aku. Dan itulah hubungan aku dan dia selamanya. Amin..



******



“Pak cik! Pak cik!” suara Safa Adra hadir dipendengaran Hulaif Idraki. Kenapa minah ni kacau aku tidur ni? Mata Hulaif Idraki masih terpejam. Gadis itu hanya menyentuh bahunya sahaja.

“Pak cik! Pak cik!” suara Safa Adra makin tinggi dan kini, kepala Hulaif Idraki menjadi masa tolakkan tangan Safa Adra.

Awatlah dia tolak-tolak kepala aku. Dia atas perbuatan Safa Adra, dia celikkan matanya juga. Kelihatan Safa Adra mengejutnya tetapi memandang ke tempat lain.

Comelnya. Bangun pagi, dah boleh tengok muka Safa.

“Pak cik! Bangunlah! Dah subuh ni!” makin geram Safa Adra. Pak cik aku ni tak tahu erti kesejukan ke? Tidur tak pakai baju. Tak ada selimut. Agak-agak la. Kalau aku ni, mesti dah bersin di pagi hari. Dia masih memandang ke tempat lain. Tidak sanggup melihat tubuh Hulaif Idraki yang terdedah itu.

Tiba-tiba…

“Arrghhh!” Safa Adra terjerit.


p/s : Kenapa pula yang Safa ni terjerit? Mesti berlaku sesuatu… tunggu part final… huhuhu tak lama lagi habislah cerita ini…



PART FINAL UNCLE L



Main tolak-tolak kepala pula anak buah aku ni. Ingat kepala aku ni tak bayar zakat agaknya. Bisik hati Hulaif Idraki. Disebabkan terlalu geram. Dia gigit jemari yang aktif menolak itu tanpa melihat ke arahnya. Agaknya, lubang hidung aku pun dia nak jolok. Al-maklumlah tak nampak. Bebas je tangan tu bergerak.

“Arrrggghh!” Safa Adra menjerit. Pantas dia memandang Hulaif Idraki yang tidak berbaju itu.

“Padan muka!” Hulaif Idraki berkata. Dia bangkit dari terus berbaring. Mengeliat sedikit.

Safa Adra menjeling tajam arah pak ciknya itu. Sedapnya dia gigit jari aku. Sakit la! Hanya hatinya sahaja yang menjerit.

“Tak payah nak tengok aku macam tu. Kang jatuh cinta, payah aku nak layan.” Hulaif Idraki berdiri pula. Dia menuju ke biliknya. Sebenarnya hati Hulaif Idraki yang berdebar kuat. Aku yang jatuh cinta dengan jelingan Safa Adra.

Pantas dia menampar mulutnya.

“Apa aku mengarut ni? Aku cintakan Safa? Oh, No! Tidak!” Ego Hulaif Idraki masih bertakhta dalam hati.


***

Sudah sebulan selepas peristiwa Simon hadir di tempat kerja Safa Adra. Dia berasa sedih kerana dia terpaksa meninggalkan Malaysia atas arahan Tok Long.

“Betul ke keputusan Safa ni?” Soal Puan Huda. Dia rasa kasihan dengan kehidupan Safa Adra. Gadis ini baik sekali. Kalau aku ada anak lelaki ni, dah lama aku kahwinkan dia dengan Safa tapi…

Pantas pandangan Puan Huda jatuh pada wajah Hulaif Idraki. Berkenan ke Hulaif Idraki pada Safa? Suka ke? Layanan yang diberikan dingin je dalam pemerhatianku. Mungkin Hulaif Idraki dah anggap Safa ni sekadar anak saudara sahaja.

“Betul Nek Da. Tok Long minta segerakan penerbangan ini. Safa terpaksa pergi…” sedih nada suara Safa Adra. Di sini dia dapat merasai apa itu kasih sayang seorang ibu. Yang amat dia dambakan.

“Terpaksa pergi? Pergi mana?” muncul Hulaif Idraki tiba-tiba. Aku salah dengar ke? Kenapa jantung aku berdebar lain macam. Rasa takut kehilangan mula bercampur dalam hatinya.

“Uncle, maafkan segala kesilapan saya. Halalkan makan dan minum saya…” Safa Adra rasa sayu dan ingin menangis tetapi ditahannya. Dengan senyuman yang seikhlasnya dia pamerkan kepada Hulaif Idraki.

“Safa tak jawap soalan pak cik lagi. Safa nak ke mana?” Hulaif Idraki cuba berlembut. Orang yang sedang bersedih ni, jangan marah-marah. Nanti dia tak nak cerita pula. Aku nak tahu juga.

“Saya terpaksa balik ke pangkuan Tok Long. Simon dah dapat cari saya.” Safa Adra berkata. Dia sudah berdiri dan bersalaman dengan Puan Huda. Ini adalah kali terakhir dia memandang wajah Puan Huda dan Uncle kesayangannya itu.

“Kau nak pergi mana ni?”

“Dah nak ke luar negara la, Uncle! Sejak bila uncle ni lambat loading ni. Saya tak boleh panggil Uncle L dah….” Kecewa Safa Adra.

“Panggil apa pula?”

“Uncle Double L.” Safa Adra ketawa kecil.

Hulaif Idraki merenung tajam wajah Safa Adra. Sempat minah ni kenakan aku.

Ketawa Safa Adra terhenti. Hatinya berdebar dengan renungan mata itu.

“Pak cik Hulaif, Safa minta maaf. Safa gurau je panggil pak cik, Uncle L. Gurau je. Safa dah nak pergi. Kalau boleh, Safa tak nak dalam hati pak cik ada perasaan benci pada Safa. Safa sayang, pak cik.” Safa Adra sudah memakai kasutnya. Dia berdiri tegak depan Hulaif Idraki.

“Kalau sayang, kenapa kau tinggalkan aku juga?” Entah mengapa sayu hati Hulaif Idraki mendengar kata-kata Safa Adra. Tembus masuk ke hati.

“Sebab keadaan memaksa. Pak cik jaga diri pak cik.”

“Panggil aku, uncle. Uncle L...” Sakit pula telinga mendengar perkataan ‘Pak Cik’. Selalu sangat dengar uncle L. Jadi, telinga ni dah biasa mendengar panggilan itu.

“Ya, uncle L.” Safa Adra juga terasa berat untuk meninggalkan rumah ini. Aku cintakan uncle L ke? Kenapa aku begitu takut untuk mengakui perasaan ini? Takut dilukai lagi...?

“Kalau aku cakap, kau jangan pergi. Kau tak pergi kan?” Hulaif Idraki cuba menghalang Safa Adra dengan kata-kata sahaja. Kakinya tidak mampu untuk melangkah menghampiri Safa Adra.

“Apa uncle?” soal Safa Adra. Dia memang tak dengar apa yang dikatakan oleh Hulaif Idraki.

“Kau dah pekak! Nak aku cakap banyak kali pula. Dahlah! Pergilah cepat-cepat!” geram Hulaif Idraki. Egonya mengusai diri. Marah betul dia.

Safa Adra tersenyum tawar. Jadi, betullah dia tidak pernah menyukai aku. Safa, kau sabar kan hati. Tabahkan jiwa.

“Nak pergilah ni! Uncle Lembab!” geram Safa Adra. Dia terus berlari masuk ke dalam kereta. Bimbang air matanya mengalir.

“Apa kau cakap!” Hulaif Idraki pula rasa marah tetapi pandangan matanya hanya mampu melihat kereta yang di pandu oleh Safa Adra menghilang.

“Safa Adra....” sayu hati Hulaif Idraki. Entah mengapa semangatnya bagaikan pergi separuh dari dirinya. Lemah tidak bermaya.


****


Beberapa hari kemudian...

Baru beberapa hari Safa pergi dari hidup aku. Aku rasa sunyi sangat. Selalunya masa-masa begini aku akan menyakatnya sampai dia buat muka menyampah pada aku. Seronok betul masa tu. Dapat tengok muka comel tu masa mencuka. Aku tahu yang Safa tak pernah simpan dalam hati dengan apa yang pernah aku lakukan pada dia. Ya Allah, di mana Safa? Kenapa dia mendiamkan diri? Tidak rindukah dia pada aku? Hulaif Idraki terus termenung merenung kaca tv yang sedang menyiarkan drama melayu.

Puan Huda hadir bersama secawan air lalu duduk di sofa.

“Ibu, Safa ada call tak?” Hulaif Idraki berani menanyakan tentang Safa Adra kepada Puan Huda. Mana tahu yang dia segan nak call aku, dia call ibu. Dapat juga aku tahu perkembangannya. Hah! Facebook pun aku lupa nak minta kat dia. Ish! Sekarang kan zaman teknologi la, Hulaif Idraki. Macam mana kau boleh lupa kemajuan tu?

“Tak ada. Kenapa?” Puan Huda pun pelik juga Safa Adra tidak menghubunginya.

“Tak ada apa-apa.” Hulaif Idraki pantas memandang kaca TV. Entah mengapa dia sedih mendengar jawapan Puan Huda.

“Rindulah tu...” usik Puan Huda.

“Mana ada rindu la. Kita tanya je,” bantah Hulaif Idraki. Dia tidak akan sesekali mengaku yang dia rindu akan Safa Adra walaupun perbuatannya itu sudah menunjukkan yang dia amat merindui Safa Adra. Separuh nyawanya hilang.

“Tanya ada makna.” Tidak habis-habis Puan Huda mengusik. Gembira melihat anak lelakinya ada perasaan pada Safa Adra.

Tiba-tiba telefon rumah Puan Huda berbunyi. Segera dia menjawab panggilan tersebut.

“Apa?”

Lemah tubuh Puan Huda mendengarnya. Dia terduduk di lantai.

“Kenapa, ibu?” Hulaif Idraki berlari mendapatkan ibunya. Dia pelik melihat Puan Huda seperti terkejut dengan sesuatu berita. Berita apa? Siapa yang call?

“Safa... Safa dah tiada...Ayah Long kamu baru call tadi...” Air mata Puan Huda mengalir.

“Tidak! Saya tak percaya, ibu....” Hulaif Idraki menjerit. Dia mengacau. Dia tidak dapat menerima berita ini. Tipu! Ini tipu belaka.

***

Beberapa bulan kemudian...

“Hulaif Idraki....” Panggil Puan Huda dengan penuh lemah lembut.

“Ibu...” Hulaif Idraki memandang ke arah Puan Huda.

“Mari, ibu mandikan Hulaif Idraki...”

“Hulaif kan dah besar, ibu. Kenapa nak mandikan, Hulaif...”

“Kalau macam tu, ibu teman Hulaif mandi.” Puan Huda melayan lembut anaknya itu. Penuh kasih sayang.

“Okey...”

“Ini sabun kan? Hulaif tahu....” Hulaif Idraki mengambil Shampoo lalu dilumurkan ke tubuhnya sehingga berbuih. Kemudian, dia mengambil sabun badan lalu dilumurkan ke rambut untuk menjadikan shampoo.

“Hulaif Idraki...” makin sayu Puan Huda melihat anaknya yang tidak sihat itu.

Hulaif Idraki tidak dapat menerima berita kematian Safa Adra. Dia terus menjadi tidak waras.

Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA. Jika tidak, kita dikuasai oleh perasaan yang sangat tertekan dan hilang kewarasan.



Hulaif Idraki meneruskan kehidupannya dengan dunianya sendiri.

“Safa...” Air mata Hulaif Idraki mengalir. Dia tidak dapat membendung lagi perasaannya. Perasaan rindu pada orang yang telah tiada. Yang tidak mungkin dia akan bertemu lagi. Sungguh berat rasa rindu ini.

“Safa...” Hulaif Idraki memeluk tubuhnya. Menahan getaran rindu untuk Safa Adra.

“Uncle L rindukan Safa Adra....” Akhirnya matanya terpejam rapat-serapatnya.



TAMAT



p/s : AKHIRNYA SIAP CERPEN PERTAMA UNTUK TAHUN 2016. YAHOOOOOO! TAPI SAD ENDING. KAU ORANG MESTI TAK SEDIH KAN? OPS! TUNGGU DULU! JANGAN NAK MENGAMUK. JANGAN NAK HENTAK LAPTOP/HP TU! SABAR! SABAR! SABAR! JANGAN JADI MACAM Hulaif Idraki... KENA TERIMA KENYATAAN YANG CERPEN INI SAD ENDING! HIHIHI JANGAN LA MARAH.



INI KALI KEDUA RIA BUAT SAD ENDING. SEBELUM INI CERPEN BERTAJUK LELAKI YANG DI BENCI. MEMANG SAD ENDING. LELAKI JUGA YANG SEDIH/ YANG TERLUKA MENJADI PILIHAN PENULIS. BAGI PIHAK PEREMPUAN TAK NAK BUAT KE? BUKAN TAK NAK BUAT, NANTI RAMAI YANG TERLEBIH FEELING SEBAB KEBANYAKKAN PEMBACANYA IALAH PEREMPUAN. KAN KAN KAN!



INILAH HASILNYA. RIA MINTA MAAF JIKA BANYAK KEKURANGAN DALAM CERPEN KALI NI. SETIAP YANG BERLAKU, KITA KENA TERIMA KENYATAAN. YA SAYA TAHU SUSAH! TAMBAH-TAMBAH BERITA KEMATIAN ORANG YANG KITA SAYANG. MACAM SAYA, BERITA KEMATIAN AYAH SAYA MEMANG SAYA TIDAK DAPAT TERIMA SAMPAI SEKARANG TETAPI SAYA KENA REDHA DENGAN PEMERGIANNYA. SUNGGUH SAKIT MENANGGUNG RINDU UNTUK ORANG YANG SUDAH TIADA. PERIT.


TAPI KITA SEBAGAI MANUSIA, KENA TERIMA KETENTUAN ILAHI. JADI, BERTABAH DIRI. TERUSKAN HIDUP DENGAN BAIK DAN DOAKAN UNTUKNYA SELALU.


SEKIAN TERIMA KASIH

73 comments:

  1. Kak Ria, nak lagi. Best. Nak tau kenapa Adra menangis. Nak tau sebabnya. Adakah ada kaitan dengan Uncle L? Kak Ria, update cepat tau. :D

    ReplyDelete
  2. THANK...org yg selalu ceria dan nakal, mesti ada yang disembunyikan rasa sedihnya...hihihi nt akak update...

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nk tunggu sambungannya

    ReplyDelete
  4. Wahhhhhh makin menarik jln cerita..
    Btw xsabar nk tunggu next bab nih..
    Heheheheheh
    Ay's :*

    ReplyDelete
  5. tak sabarnya nak tunggu part seterusnya... terbaik....

    ReplyDelete
  6. Safa ada kaitan dengan uncle eh! Sesuatu jek

    ReplyDelete
  7. suspen betul.. mcm ada sejarah silam jer antara uncle L & safa adra..

    ReplyDelete
  8. Alahhhhh....nape ase kejap sgt bacenye nih..kelaka la safa nih...muat pulak muka dia masuk dlm pinggan tu...hihihi..pape pon cepat sikit dik sambung cite nih...kipidap������

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejap sangat la...ala pinggan makan tu yang melengkuk sikit...so boleh tampung banyak air....hihihi ok...nt sambung part 4

      Delete
  9. Replies
    1. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee banyaknya e.... hihihi ok akan disambung lagi...

      Delete
  10. tak sabarnya....penuh dengan kejutannn.....❤❤❤❤❤👌

    ReplyDelete
  11. ending part 4: awat safa terjerit-jerit mcm tu sekali? saya agak hulaif mimpi peluk safa kot..dlm pada tu rupa2nya dia peluk betul2..hehehee betul tak ria?

    ReplyDelete
  12. ha...kenapa dgan safa tu??kena peluk kot...hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHHAHA pelok? no no no peluk ni...tak elok... hihi

      Delete
  13. Replies
    1. kekangan kerja yang terlampau...tidak sempat nak taip...maaf...tunggu cuti sekolah ye..

      Delete
  14. Final part manaaaaa?? Cepat update kak

    ReplyDelete
  15. Tak sabar tunggu utk sterusnya....dah cuti sklh dah nih..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti sekolah pun cik penulis sibuk...nak buat macam mana...tapi skrang dah ada part final...

      Delete
  16. Best crita nya,,semngat kak ria...
    Bru dpt komen kat blog akak ne stlah sekian lama.
    Smbung lgi crita suamiku Vampire,suka sngt crita tntang Vampire ne...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jempuat baca suamiku vampire versi fantasi pula...best juga....hihihi

      Delete
  17. kak ria... biler nak smbung lagi .. x sbr sgt><

    ReplyDelete
  18. Kak Ria bila nk sambung Suamiku Vampire versi fantasi ???
    Lme lg ke ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah taip separuh....tunggu separuh lagi akak update... situasi cemas episod akan datang ni...so tuunggu ye...

      Delete
  19. Kak ria bila nk smbung nie? Lappy rosak lgi ker? Nnty smbubg eh? I'll wait for it

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh sambung...jemput baca.... lappy dah elok...alhamdulillah...cuma masa nak taip tu tak ada....sikit2 je boleh taip....

      Delete
  20. Wah best giler arr cerpen rse nk kunyah2 je cerpen ni..tlg smbung please3 sye merayu.. dh xsggup nk tggu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kunyah keropok je ye...hhihihi jemput baca final part...

      Delete
  21. tamat..sedih.... T•T... ok.... next lepas ni??? hihihi....nanti dh siap tag nama saya lagi yer....taniah...cerpen ter baik...

    ReplyDelete
  22. mengejut sgt sad endingnya.. adoiii.. bagaimana safa meninggal? adakah Uncle L xtau ttg status mereka smpai akhirnya? emmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh satu persoalan tertinggal.... shhhhhh diam-diam...nanti ada ramai yang tanya hihihi... ya sampai sudah status tu dia tak tahu....

      Delete
    2. apa status antara Uncle L dan Safa?

      Delete
    3. apa status antara Uncle L dan Safa?

      Delete
  23. igtkn happy ending, tpi sad ending pulk. Biasanya bca cerpen Kak Ria slalu hepy ending

    ReplyDelete
  24. So sad (T-T).. Tp tetap tebaik..hrp akan ade lagi cerpen tebaru.hihihi

    ReplyDelete
  25. alaaaaaaa kenapa sad ending..huhuhu..tp ttp best..:D

    ReplyDelete
  26. Suka sad n tragedy ending ni..hahaha..pelik tapi benar

    ReplyDelete
  27. Akak ria!! Nak lagiii!! Cerita ni beesstt aweasome..hahaa...nak lagi!! Nak lagii!! Pleasee!! Huhuu

    ReplyDelete
  28. Akak Ria ,blh x buat sambungan cerpen uncle L ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam proses jadikan ia novel...insya allah dalam masa terdekat ni...

      Delete
  29. Super duper Best kak.....Tabik spring. Please sambung cerita ni.awesome. Paling terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank.... cadang nak buat novel tapi masih dalam dilema hihihi

      Delete
  30. Damn! Best gile.. But still not understand the last part... Wht happen actually dekat Uncle L sampai mandi mak teman? Maaf tny 😁myb sy ada terlepas pandang ☺

    ReplyDelete
  31. serious bestttt . good jobb !! ����

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum
    Baru jumpa n bc nukilan sis..

    Best..hanyut kejap mcm tgk drama..

    Nice work dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. tak sangka tahun 2020 masih ada yg baca...

      Delete
  33. Wei sedih , hampir2 aku nk campak hp aku . Sad ending , terbaik lah cerpen awk ni. Semangat.

    ReplyDelete
  34. Wei sedih , hampir2 aku nk campak hp aku . Sad ending , terbaik lah cerpen awk ni. Semangat.

    ReplyDelete
  35. Best...cerpen kak ria memang terbaik....walaupun da baca banyk kali😍😍😍😍😍

    ReplyDelete
  36. Dh bnyak ulang sedihh oii 😭😭
    Sad ending..huwaaa

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi