Followers

Friday, 22 June 2012

11
Komen

HATI SUAMIKU GK 14




Hamdan mendapat panggilan dari seseorang. Segera dia ke dalam keretanya supaya tidak ada yang mendengar perbualan dia.
“Kenapa papa call saya ni?” Hamdan mengeluh hebat. Dia tidak suka. “Saya tengah sibuk buat kerja ni.” Katanya.
“Sibuk buat kerja atau sibuk kejar Natasha? Kamu ingat papa tak tahu yang kamu gilakan perempuan tu.” Kata lelaki yang digelar papa oleh Hamdan.
“Biarlah. Siapa suruh papa kenalkan dia pada saya. Tengok! Saya juga gila bayang.”
“Papa bagitau sahaja. Kamu tu, yang pergi cari perempuan tu buat apa? Dia tak suka kamu. Sudah-sudah la tu.” Suara itu lemah.
“Papa, sebab papa la saya tak dapat mewarisi harta keluarga Dato Ismail ni.” Marah Hamdan.
“Manalah papa tahu kamu ni anak papa.”
“Saya lagi tak tahu yang papa ni papa kandung saya. Patut la saya ni mewarisi sikap miang papa. Tak padan ada isteri, masih nak menggatal dengan isteri orang lain sampai jadinya saya.” Geram Hamdan dengan mengungkit kisah lama.
“Sudahlah! Apa yang papa tahu, kamu keluar dari rumah Huzaiman tu. Papa tak nak kamu rosakkan rancangan papa.” Suara di hujung talian itu mengarah anaknya, Hamdan.
“Rancangan? Besar ke papa?” soal Hamdan. Dia begitu tertarik apabila papanya berkata begitu.
“Besar juga. Kalau kamu tak kacau rancangan papa, papa bagi kamu 20 peratus dari apa yang papa dapat.” Tawar-menawar mula berlaku.
“20 peratus aje. Mana cukup tu papa.” Hamdan cuba mendapatkan keuntungan daripada rancangan papanya itu.
“Cukuplah untuk kamu yang tak buat apa-apa. Nasib baik kamu seorang sahaja pewaris papa. Kalau tak, kamu tak ada makna apa-apa pun.” Amaran papa Hamdan.
Hamdan tersenyum. Memang dia seorang anak papa. Papanya sudah mandul. Tidak boleh buat anak lagi. ‘Beruntung juga jadi anak tunggal ni.’
“Baiklah papa. Saya keluar dari rumah ni sekarang juga. Jangan bimbang. Saya takkan ganggu rancangan papa.” Kata Hamdan lalu menamatkan panggilan.
Hamdan menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan rumah banglo milik Huzaiman.
“Natasha, mungkin aku tak dapat bersama dengan kau sekarang tapi aku yakin aku akan memiliki hati dan tubuh kau nanti. Hanya untuk aku.” kata Hamdan untuk puaskan hatinya. Dia menekan minyak dan keretanya terus memecut meninggalkan kawasan tersebut.
******
Huzaiman memandang muka Natasha yang sedang melihat mukanya itu membuat hati Huzaiman semakin berdebar hebat.
‘Kenapa wajah isteri aku pucat sangat? Kasihan melihatnya. Tak apa. Abang cuba buat terbaik untuk isteri tersayang.’ Bisik hati Huzaiman.
“Sayang baring. Nanti susah pula kalau sakit.”
“Sha dah sihat.” Kata Natasha sebaik sahaja membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh PK. Segera dia memadam mesej tersebut. Hamdan sudah tidak mengganggunya lagi.
Huzaiman memandang Natasha dengan penuh minat.
Entah mengapa naluri lelakinya begitu kuat untuk menyentuh Natasha saat ini. Dia cuba kuatkan diri dan emosinya tetapi ternyata hampa apabila Natasha memberitahu dirinya sudah sihat. Ia membuat naluri itu membuak-buak.
Natasha terasa pelik dengan wajah Huzaiman yang serius benar. Memandangnya tanpa berkelip.
“Abang okey?” soal Natasha lalu menyentuh lembut bahu suaminya itu.
Huzaiman mencapai tangan Natasha yang berada di bahu lalu mengucupnya.
Tersentap Natasha. ‘Kenapa dengan Huzaiman ni? Tiba-tiba aje cium tangan aku? Rasa seram sejuk ni.’ Hati Natasha berdegup hebat.
Pantas tangan kanan Huzaiman memeluk pinggang Natasha. Natasha tergamam.
“Abang...” Natasha sudah menggelabah.
Bibirnya menjadi mangsa bibir Huzaiman. Kini bukan itu sahaja, tubuh Natasha dibaringkan atas katil. Rambut panjang milik Natasha diciumnya penuh asyik.
Kini, Natasha tahu apa yang diingini oleh Huzaiman. Dia menolak tubuh Huzaiman.
“Kenapa Sha?” soal Huzaiman apabila Natasha menolak sentuhannya itu.
“Sha tak bersedia lagi.” Natasha cuba memberi alasan. Dia memandang ke tempat lain.
“Alasan!” tiba-tiba Huzaiman naik angin. Dia benar-benar rasa marah apabila kemahuannya ditolak oleh Natasha. Ini sudah hari ke dua mereka berkahwin tapi masih belum ada hubungan intim lagi. Macam mana mahu mendapat anak.
‘Anak pula yang aku fikir tapi aku sakit hati bila Sha tolak kemahuan aku. Dia sebagai isteri kena layan suami tak kira masa. Bukannya aku menyusahkan dia. Aku cuma mahu sedikit perhatian.’
Terkejut Natasha apabila mendengar suara Huzaiman yang tinggi itu.
Huzaiman menarik Natasha dalam pelukannya. Dia mencium leher Natasha tetapi Natasha menolak kasar.
“Jangan sentuh aku! jangan!” trauma Natasha sudah merasuk diri Natasha. “Jangan sentuh aku! Kau la punca segala-galanya! Aku dah tak suci!” jelas sekali kata-kata Natasha.
“Kau tak suci?” dahi Huzaiman berkerut. Dia bagaikan tak percaya yang wanita di depannya ini tidak suci. Tiada dara.
“Dengan siapa kau buat? Cakap dengan aku?” Huzaiman begitu marah. Dia tidak menyangka muka suci Natasha itu sudah tiada dara. Dia mencengkam kuat bahu Natasha.
“Cepat cakap dengan siapa?!” jerit Huzaiman. Dia tidak boleh sabar. Dia bukan kecewa disebabkan Natasha tiada dara tapi dia marah ada lelaki yang tergamak melakukan zina.
“Aku kena rogol! Kau tak selamatkan aku. Kau biarkan aku begitu sahaja. Aku benci kau!” kata Natasha. Air matanya mengalir mengenang peristiwa hitam yang berlaku semasa kecil dulu.
Natasha teringat peristiwa itu lagi.
Memang dia bermain di luar seorang diri. Dia ternampak Huzaiman mengayuh basikal melepasinya. Dia kenal lelaki itu. Dan ketika itulah lelaki yang tidak dikenali menangkap tubuhnya dan dia pasti Huzaiman sedar akan perbuatan lelaki durjana itu dari terus memeluk tubuhnya yang kecil. Huzaiman terus berlalu masa itu.
Betul! Ketika itu mereka tidak kenal antara satu sama lain tetapi dia ingat muka Huzaiman. Mana mungkin dia lupa seseorang yang tidak membantu dia dalam kesusahan. Mujur ayah datang menyelamatkan dia ketika itu.
‘Betul ke aku tak suci? Atau hanya khayalan aku sahaja. Aku rela berkata begitu dari terus menjadi alat permainan lelaki.’ Bisik hatinya.
“Rogol?” lemah seluruh tubuh Huzaiman. Dia terus keluar dari bilik tersebut. Perbincangan ini tidak akan berhasil jika dalam keadaan marah.
Natasha menangis semahunya.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. ‘PK?’ Segera Natasha menjawab panggilan itu.
“Rancangan kita sudah bermula.” Kata PK.
“Rancangan kita?” Natasha sedikit keliru.
“Rancangan pembunuhan Dato Ismail dan Datin Isma.” Terus terang PK. Natasha tersentak.
‘Dah mula? Aku tak boleh berundur sudah. Mereka berdua harus rasa apa yang ibu ayah aku rasa. Ya!’ hati Natasha di rasuk oleh syaitan durjana.
“Dah berapa lama PK culik mereka?”
“Sudah dua jam. Boleh terus bakar rumah tu? Rancangan ni?”
“Baiklah PK. Teruskan rancangan ini.” kata separuh hati Natasha. Talian ditamatkan.
“Rancangan apa ni?” Huzaiman yang berdiri depan pintu terkejut. ‘Apa makna ini semua?’ Huzaiman masuk semula dalam bilik itu kerana ingin memujuk Natasha. Dia tidak kisah jika wanita ini tidak suci. Dia cintakan Natasha dengan sesungguh hati. Seharusnya dia tidak perlu ambil tahu pasal itu tetapi dia terasa ada sesuatu yang Natasha sembunyikan.
“Rancangan apa?!” jerkah Huzaiman. Kali ini kesabarannya tiada. Kosong! “Tadi kau sebut pasal mama dan papa aku kan? Apa kau dah buat pada mereka? Cakap!” marah Huzaiman.
Natasha bangun dan meninggalkan Huzaiman tetapi Huzaiman tidak benarkan. Dia menarik tangan Natasha dan wanita itu terduduk di birai katil.
“Selagi kau tak berterus terang, aku tidak akan benarkan kau keluar dari bilik ini!” tinggi suara Huzaiman membuat Natasha tergamam. Hatinya rapuh. Air matanya mengalir.
Natasha masih membisu. Dia tidak akan memberitahu apa-apa mengenai rancangan itu. Tidak!

Thursday, 21 June 2012

9
Komen

HATI SUAMIKU GK 13




Sebaik sahaja Huzaiman tiba di rumah, segera di sambut oleh Meh Teh yang memang setia menanti kehadiran tuannya itu.
“Kenapa dengan Sha, Meh Teh?” tanya Huzaiman. Dia segera mengambil kunci pendua di bilik bacaan. ‘Tak payah nak ketuk-ketuk pintu dah, mesti minah tu tak nak buka pintu. Ambil kunci pendua terus.’ Sikap gila kuasa Huzaiman sudah datang.
“Sejak Man pergi kerja, Sha tak keluar dari biliknya sampai sekarang. Meh Teh cuba juga panggil tetapi diam sahaja.” Jelas Meh Teh.
Amman dan Ammar hanya mengikut Huzaiman dari belakang. Hamdan yang ikut sekali hanya memerhati sahaja.
“Biar aku seorang aje masuk.” Arah Huzaiman. Mereka semua hanya tunggu di luar sahaja.
“Sha, kenapa ni sayang?” dia menarik selimut yang menutupi tubuh gadis itu.
“Abang....” Natasha terkejut dengan kehadiran suaminya. ‘Kenapa laki aku pulang awal pula ni?’ dia masih pening.
“Kenapa abang call tak dijawab?” soal Huzaiman. Dia ternampak bateri telefon bimbit Natasha di tepi katil. Huzaiman mengutip bateri telefon tersebut.
“Kenapa sampai buat camni?” soal Huzaiman lagi sambil menunjukkan bateri tersebut.
Natasha terdiam. Dia benar-benar tidak tahu mahu menjawab apa. ‘Kenapa terlalu ramai lelaki jahat dalam dunia ini? Yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan seseorang perempuan itu?’ Kini dalam fikirannya timbul wajah abang Hamz.
“Kalau tak sihat, kita ke klinik kawan abang, sekarang!” Huzaiman tidak boleh sabar dengan kebisuan Natasha. Dia memakaikan tudung isterinya yang Natasha gantung dalam almari.
“Abang...” lagi sekali Natasha terkejut.
“Jom!” Huzaiman menarik tangan Natasha keluar dari bilik tersebut. Natasha hanya mengikut sahaja.
“Isteri adik okey ke?” tegur Hamdan yang sememangnya menanti di luar bilik tersebut.
Natasha berpaling untuk melihat milik siapa suara tersebut. Tiba-tiba air matanya mengalir. Kepalanya terasa berat. Denyut nadinya tidak senada. Bila-bila masa sahaja dia boleh rebah. Akhirnya dunia Natasha gelap. Dia hanya mendengar suara Huzaiman yang memanggil namanya.
“Sha!” jerit Huzaiman.
*****
Natasha terasa kepalanya sangat sakit apabila tersedar. Dia memandang sekelilingnya, dia masih di bilik Huzaiman. Pandangannya terhenti apabila ternampak kelibat seseorang.
“Abang...” panggil Natasha.
“Hai Sha.” Sapa lelaki yang disangka Huzaiman tetapi...
“Abang Hamz.” Jelas Natasha terkejut. Dia amat kenal lelaki ini. Lelaki ini yang cuba memusnahkan hidupnya setelah dia menolak cinta lelaki itu.
Beberapa tahun yang lepas, Natasha berkenalan dengan Hamdan secara kebetulan. Pertemuan pertama membuat Hamdan jatuh cinta pada Natasha. Puas Natasha menolak kerana itu bukan matlamatnya. Matlamat hidupnya hanya sebuah dendam, bukannya cinta.
“Abang Hamz, saya hidup bukan untuk bercinta atau bahagia. Selagi matlamat saya tak tercapai, saya takkan tenang.” Jelas Natasha.
“Aku akan bantu kau. Kita kahwin dulu.”
“Tidak!” Natasha berkira-kira mahu meninggalkan Hamdan
Pantas tangan Hamdan menyambar lengan Natasha. Natasha pula cuba menarik semula tangannya tetapi tidak berjaya. Hamdan cuba mencium wajahnya tetapi dengan kudrat yang ada, Natasha menolak tubuh itu dan berlari sekuat hati.
Sejak hari itu, Hamdan terusan memaksa Natasha supaya bersamanya tetapi Natasha berusaha melarikan diri.
Sekarang lelaki itu sudah menemuinya.
“Sha, kau masih cantik macam dulu. Yang sentiasa membuat aku rasa tak mahu melepaskan kau.” Hamdan memandang Natasha penuh minat.
“Macam mana kau tahu aku kat sini?” soal Natasha.
“Melalui gambar yang Huzaiman tunjukkan. Aku tahu itu kau. Kata tak mahu berkahwin tapi kahwin dengan adik tiri aku pula tu.” Sedikit keras suara Hamdan. Dia menahan marahnya.
“Itu aku punya hal. Kau tak payah nak masuk campur.” Natasha kuatkan hati berbicara dengan lelaki yang susah diramal. Lelaki ini lebih teruk berbanding dengan Huzaiman.
Hamdan tersenyum sinis lalu menghampiri Natasha.
“Jangan dekat dengan aku!” jerit Natasha.
“Sha dah sedar.” Huzaiman yang baru masuk ke bilik tersebut, segera memeluk Natasha.
Hamdan yang sudah terlajak menghampiri Natasha segera berpura-pura menuang air dalam jag yang ada tepi katil.
“Nah, air untuk isteri adik.” Ramah Hamdan dengan senyuman penuh makna.
Natasha berasa takut dengan senyuman itu. Hamdan memang seorang lelaki yang tidak boleh dijangka. Dia memeluk Huzaiman. Entah mengapa dia yakin yang Huzaiman akan melindungi dirinya dari lelaki itu.
“Terima kasih abang.” Ucap Huzaiman. Dia menyambut huluran gelas yang berisi air itu.
“Sama-sama adik. Abang keluar dulu. Apa-apa nak abang tolong, bagitau aje.” Kata Hamdan sambil berlalu pergi.
“Siapa tu abang?” soal Natasha.
“Oh, itu abang tiri Abang.” Kata Huzaiman. Dia memberi gelas itu kepada Natasha tetapi Natasha menolaknya. Dia tidak ingin minum minuman pemberian lelaki itu.
“Abang tiri? Ayah abang kahwin lain ke?”
“Ya, kiranya, mama isteri nombor dua. Isteri pertama papa sudah meninggal dunia.” Jelas Huzaiman lagi.
“Tapi kenapa syarikat dapat pada abang bukan pada abang tiri?” sengaja Natasha.
Tersentap hati Huzaiman dengan persoalan itu tetapi dia jawab juga.
“Sebab papa ada hubungan tak baik dengan abang Ham. So, tak dapat buat apa-apa la.” Kata Huzaiman. “Sha rehat ye? Nanti Meh Teh hantar makanan. Wajib makan tau. Abang ada hal dengan abang Ham sekejap.” Sambung Huzaiman lagi.
“Baiklah.” Jawab Natasha. Dia hanya melihat sahaja pemergian Huzaiman.
Telefon bimbitnya sudah dimasukkan bateri. Tiba-tiba telefon itu berbunyi.
“PK!” Natasha terkejut.
“Macam mana dengan rancangan kita?” soal PK.
“Okey PK. Memang si Huzaiman tu dah jatuh cinta dengan saya tapi masalah baru datang. Musuh lama saya, abang Hamz. Saya tak tahu nak hadapinya macam mana.” Luah Natasha kepada PK.
“Okey, lelaki tu Sha serahkan sahaja pada PK. PK tahu nak buat apa dengan lelaki tu. Sha fokus pada rancangan kita seterusnya. Dato Ismail dan Datin Isma. Mereka harus diselesaikan dengan kadar segera. Rancangan ke dua kita ini tak boleh berundur lagi.” Serius kata-kata PK.
“Sha....” Natasha serba salah pula.
“Sha nak teruskan rancangan ini kan?” soal PK. Bimbang juga kalau Natasha ubah fikiran.
“Baiklah. Lagi pun ini rancangan kita yang terakhir. Lepas ni dendam  di hati akan terpadam.” Kata Natasha. Dia yang meminta rancangan ini. PK hanya melaksanakan sahaja. Dia bimbang jika perkara ini terbongkar, dia juga yang susah.
“Baiklah kalau macam tu. Nanti PK call lagi dan masa tu, Sha bersedia dengan rancangan kita. Okey?”
“Okey...” talian ditamatkan.
Natasha termenung. Selepas masalah Hamdan, kini rancangan terakhirnya akan terlaksana. Sudah lama dia menanti masa ini tetapi dia rasa bersalah pada masa yang sama.
“Betul ke tindakkan aku ni?” Natasha termenung. Dia rindukan ayah dan ibunya.
‘Ayah... Ibu... betul ke dengan tindakan Sha? Sha Cuma nak balas dendam dengan apa mereka dah buat pada ayah dan ibu. Sha... Sha rindu ayah! Ibu!’ hati Natasha merintih. Air matanya mengalir.
Huzaiman yang baru sahaja masuk ke dalam bilik dengan membawa makanan, terkejut melihat Natasha menangis.
“Abang...”
“Kenapa menangis? Ada sakit mana-mana ke?” soal Huzaiman. Dia memeluk tubuh isterinya.
Wajah pucat itu dipandang dengan penuh kasih sayang.
“Abang sayangkan Sha. Tolong jangan buat abang risau macam ni?” luah Huzaiman. Natasha tersentap. Dia memandang wajah suaminya itu.
‘Kenapa lelaki ni baik pula?’ soal hati Natasha. Dia sendiri tiada jawapan bagi persoalan itu.

Tuesday, 19 June 2012

11
Komen

HATI SUAMIKU GK 12




Natasha cuba bertenang. Melihat Huzaiman yang merenung tajam kepadanya itu membuat tubuhnya seram sejuk. Terasa takut pula dengan kemarahan seorang lelaki yang gila kuasa ini.
“Cepat Sha.” Arah Huzaiman. Dia duduk di birai katil. Telefon bimbit miliknya masih utuh dalam genggam Huziman.
“Sebenarnya.... Sha....” Natasha teragak-agak apabila bercakap. Huzaiman menaikkan sebelah keningnya.
Natasha terkaku dalam keadaan berdiri.
“Sebenarnya saya dah lama rasa macam tu pada abang.” Jelas Natasha. ‘Ya betul! Sejak zaman sekolah lagi aku tidak suka dan berdendam Huzaiman .’
“Apa dah lama? Syukurlah!” tiba-tiba Huzaiman gembira.
Sejak Natasha menyatakan mengenai perasaan suka padanya, sememangnya hati Huzaiman tidak tenang. Ada sahaja yang mengganggu dan menggugat perasaannya terhadap Natasha. Hal ini berlaku kerana ini adalah kali pertama ada seorang gadis meluahkan perasaan suka padanya. Tambahan pula, perempuan itu berjaya membuat Huzaiman jatuh cinta dalam tidak sedar.
Huzaiman merenung wajah Natasha yang jelas nampak serba salah.
‘Kenapa dengan mamat ni? Sawan ke? Tadi bukan main marah lagi. Macam nak bunuh orang pun ada. Sekarang tersengih macam kerang busuk ni kenapa pula?’ Natasha terasa pelik dengan respon yang ditunjukkan oleh Huzaiman.
Tangan Natasha dicapai oleh Huzaiman.
“Terima kasih sayang. Abang ingat abang bertepuk sebelah tangan. Rupanya sayang pun suka pada abang.” Jelas Huzaiman. Dia benar-benar bahagia dengan pengakuan Natasha.
“Maksud abang?” Dahi Natasha sudah berkerut. Dia keliru.
“Ni... Mesej ni yang abang baca.” Huzaiman menghulurkan pada Natasha mesej  yang dibaca olehnya.

-Katakan aje kau cinta pada Huzaiman-

Membulat mata Natasha. Itu mesej daripada PK yang mengarahkan Natasha buat Huzaiman jatuh cinta padanya. Nasib baik mesej yang sebelum ini sudah dipadam olehnya.
“Tapi siapa PK? Lelaki ke perempuan?” Soal Huzaiman sambil memeluk Natasha.
“Piah Klang sebab dia duduk kat klang abang.” Sangkal Natasha. Dia harus merahsiakan segalanya daripada pengetahuan Huzaiman. PK mengarahkannya buat Huzaiman jatuh cinta padanya tetapi tanpa dia perlu usaha apa-apa, lelaki itu sudah sedia jatuh cinta padanya. Mudah juga!
Natasha berasa lebih lega apabila Huzaiman tidak bertanya lagi.
“Selesai. Abang nak ke pejabat. Sha duduk aje kat rumah memandangkan Sha cuti dua minggu.” Kata  Huzaiman.
Natasha berasa senang hati apabila mendengar Huzaiman akan ke pejabat. Dia sedikit bebas nanti.
“Abang pergi pejabat macam ni ke?” soal Natasha apabila melihat  Huzaiman berbaju tanpa lengan dan berseluar pendek paras lutut.
“Hish! Gila apa? Tak la. Abang tukar lepas sarapan. Jom!” Huzaiman menarik tangan Natasha menuju ke ruang makan. Natasha hanya mengikuti sahaja.
Sunyi sepi sahaja ruang makan tersebut.
“Sha tak makan?”
“Sha tak biasa makan pagi.”
“Kenapa?”
“Tak tahu. Kalau makan, nanti sakit perut.” Jawab Natasha.
“Sakit perut? Okey tak payah makan. Nanti susah pula kalau berlarutan sampai malam.” Sengih Huzaiman sambil menguyah roti yang dibuat oleh Natasha.
“Kenapa dengan malam? Kita ada apa-apa program ke?” soal Natasha dan membuat lagi sekeping roti bersapu mentega kacang.
“Ada! Ada program besar malam ni?” jelas Huzaiman dengan lebih bersemangat.
“Selamat pagi bos.” Serentak Ammar dan Amman berkata.
“Selamat pagi abang Ammar dan Abang Amman.” Natasha tersenyum. “Abang nak roti? Sha buatkan.” Tawar Natasha.
Tiba-tiba Huzaiman menjeling ke arah Ammar dan Amman. Wajahnya seperti memberitahu mereka berdua tidak perlukan apa-apa. Ammar dan Amman hanya mampu menelan air liur sahaja. Mereka faham sangat dengan sikap majikan mereka itu.
“Tak apa Puan Natasha. Kami makan nasi goreng ni aje.” Kata Ammar. Amman hanya mengangguk.
“Apa Puan Natasha?” terkejut Natasha. Betapa buruknya panggilan itu dipendengarannya. Tambahan pula Natasha digandingkan dengan Huzaiman. Tak rela rasanya.
“Wah, sesuai tu! Mrs.Huzaiman.” Huzaiman tersenyum puas. Amman dan Ammar hanya mendiamkan diri. Jarang melihat bos mereka tersenyum lebar seperti itu.
Natasha mempamerkan senyuman paksa. Dia tidak suka dengan panggilan tersebut.
“Abang nak pergi ke pejabat pukul berapa?” sengaja Natasha bertanya.
Huzaiman memandang jam dinding.
“Kejab lagi. Kamu berdua makan dulu. Jom Sha! Teman abang.” Huzaiman menarik tangan isterinya. Terpaksa Natasha turuti sahaja.
Selepas Huzaiman menukar pakaian, dia meminta Natasha memakaikannya tali leher.
“Sha, pakaikan ya?” Huzaiman tersenyum puas.
‘Aku rasa macam nak jerut aje kau dengan tali leher ni tapi belum tiba masanya.’
Dengan cermat, Natasha memakaikan tali leher tersebut.
Huzaiman berpuas hati dengan cara Natasha memakaikannya. Selepas bersalaman, Huzaiman terus ke pejabat bersama Amman dan Ammar.
“Mulakan projek sekarang!” jerit Natasha. Dia selongkar dalam bilik tersebut.
Semua laci dibukanya.
“Apa ni?” dahi Natasha berkerut.
“Ini bukankah pakaian dalam mamat gila kuasa tu? Benda alah ni pun nak simpan dalam laci. Sama pula tu warnanya. Hitam aje.” Natasha membuat muka geli. Pantas dia menutup laci tersebut.
Kali ini dia membuka almari pula. Makin berkerut dahi Natasha. Perlahan-lahan dia membuka laci yang paling bawah. Lain yang dicari. Lain pula yang dijumpainya.
Ada sekeping kad.
“Jika kita ada kuasa, tiada siapa akan mempersendakan kita.” Dahi Natasha berlapis. Dia melihat kad tersebut. Ada tahun yang ditulis berserta dengan nama penulisnya.
“Mohammad Hamdan Bin Ismail? Ismail juga? Anak bapa mertua aku ke? Bukan ke bapa mertua aku ada dua anak aje?” Pelbagai persoalan timbul di benak fikiran Natasha.
“Tahun 2000. Sekarang tahun 2012. Umur Huzaiman pun 27 tahun. Lama juga kad ni? Mungkin lelaki ni yang menyebabkan mamat gila kuasa tu berperangai tak sedar diri ni kot?” teka Natasha. Dia menyimpan kad tersebut di tempat asal.
Selepas penat, dia pun berbaring di atas katil.
“Tak jumpa apa-apa pun?” Natasha mengeluh.
Tiba-tiba dia ternampak satu kotak di atas. Perlahan-lahan dia menarik kerusi mekap dan dia berdiri atas kerusi tersebut.
Serentak itu, telefon bimbitnya yang berada dalam kocek seluarnya berbunyi membuat dia terkejut dan seterusnya tidak dapat mengimbangi tubuhnya lalu jatuh.
“Aduh!” terasa sakit seluruh badannya.
“Alangkah indahnya kalau ada orang yang sambut tubuh aku tadi.” Fikiran Natasha teringat pada Huzaiman.
“Awat aku teringat lelaki gila kuasa tu? Benci!” segera dia bangun dan berbaring atas katil.
“Siapa yang call aku ni?”
“Abang Hamz?” saat itu hati Natasha berdebar hebat. Terasa jantungnya akan keluar bila-bila masa sahaja.
Pantas Natasha menanggalkan bateri telefonnya. Betapa ramainya musuhnya. Tidak! Mungkin ini akibatnya bermusuhan dengan orang, orang pun mahu bermusuh dengan kita.
Natasha tarik selimut dan menutup seluruh tubuhnya. Dia ingin melupakan abang Hamz. Dia benci!
Huzaiman yang berada di pejabat berasa hairan apabila menghubungi Natasha tidak dapat.
Dia pun menghubungi telefon rumah.
“Apa?! Baiklah Meh Teh, saya pulang ke rumah sekarang juga!” kata Huzaiman yang berada di tapak pembinaan. Dia segak berpakaian baju biasa dengan topi bersahaja. Topi keselamatan sudah tinggalnya. Segera dia masuk ke dalam kereta.
Dia benar-benar risau dengan keadaan Natasha.
Tiba-tiba ada sebuah kereta hitam memintas kereta milik Huzaiman. Ammar yang sedang memandu itu terkejut dan memberhentikan keretanya ke tepi jalan.
Huzaiman keluar dari kereta. Dia mengenali lelaki yang menahannya itu.
“Abang Hamdan!” Dia memeluk lelaki itu. Hampir 12 tahun dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Hanya berhubung melalui email dan FB sahaja.