Hamdan mendapat panggilan dari seseorang. Segera dia ke dalam keretanya supaya tidak ada yang mendengar perbualan dia.
“Kenapa papa call saya ni?” Hamdan mengeluh
hebat. Dia tidak suka. “Saya tengah sibuk buat kerja ni.” Katanya.
“Sibuk buat kerja atau sibuk kejar Natasha? Kamu
ingat papa tak tahu yang kamu gilakan perempuan tu.” Kata lelaki yang digelar
papa oleh Hamdan.
“Biarlah. Siapa suruh papa kenalkan dia pada
saya. Tengok! Saya juga gila bayang.”
“Papa bagitau sahaja. Kamu tu, yang pergi cari
perempuan tu buat apa? Dia tak suka kamu. Sudah-sudah la tu.” Suara itu lemah.
“Papa, sebab papa la saya tak dapat mewarisi
harta keluarga Dato Ismail ni.” Marah Hamdan.
“Manalah papa tahu kamu ni anak papa.”
“Saya lagi tak tahu yang papa ni papa kandung
saya. Patut la saya ni mewarisi sikap miang papa. Tak padan ada isteri, masih
nak menggatal dengan isteri orang lain sampai jadinya saya.” Geram Hamdan dengan
mengungkit kisah lama.
“Sudahlah! Apa yang papa tahu, kamu keluar dari
rumah Huzaiman tu. Papa tak nak kamu rosakkan rancangan papa.” Suara di hujung
talian itu mengarah anaknya, Hamdan.
“Rancangan? Besar ke papa?” soal Hamdan. Dia
begitu tertarik apabila papanya berkata begitu.
“Besar juga. Kalau kamu tak kacau rancangan papa,
papa bagi kamu 20 peratus dari apa yang papa dapat.” Tawar-menawar mula
berlaku.
“20 peratus aje. Mana cukup tu papa.” Hamdan cuba
mendapatkan keuntungan daripada rancangan papanya itu.
“Cukuplah untuk kamu yang tak buat apa-apa. Nasib
baik kamu seorang sahaja pewaris papa. Kalau tak, kamu tak ada makna apa-apa
pun.” Amaran papa Hamdan.
Hamdan tersenyum. Memang dia seorang anak papa. Papanya
sudah mandul. Tidak boleh buat anak lagi. ‘Beruntung juga jadi anak tunggal
ni.’
“Baiklah papa. Saya keluar dari rumah ni sekarang
juga. Jangan bimbang. Saya takkan ganggu rancangan papa.” Kata Hamdan lalu
menamatkan panggilan.
Hamdan menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan
rumah banglo milik Huzaiman.
“Natasha, mungkin aku tak dapat bersama dengan
kau sekarang tapi aku yakin aku akan memiliki hati dan tubuh kau nanti. Hanya
untuk aku.” kata Hamdan untuk puaskan hatinya. Dia menekan minyak dan keretanya
terus memecut meninggalkan kawasan tersebut.
******
Huzaiman
memandang muka Natasha yang sedang melihat mukanya itu membuat hati Huzaiman
semakin berdebar hebat.
‘Kenapa wajah isteri aku pucat sangat? Kasihan
melihatnya. Tak apa. Abang cuba buat terbaik untuk isteri tersayang.’ Bisik
hati Huzaiman.
“Sayang baring. Nanti susah pula kalau sakit.”
“Sha dah sihat.” Kata Natasha sebaik sahaja
membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh PK. Segera dia memadam mesej
tersebut. Hamdan sudah tidak mengganggunya lagi.
Huzaiman memandang Natasha dengan penuh minat.
Entah mengapa naluri lelakinya begitu kuat untuk
menyentuh Natasha saat ini. Dia cuba kuatkan diri dan emosinya tetapi ternyata
hampa apabila Natasha memberitahu dirinya sudah sihat. Ia membuat naluri itu
membuak-buak.
Natasha terasa pelik dengan wajah Huzaiman yang
serius benar. Memandangnya tanpa berkelip.
“Abang okey?” soal Natasha lalu menyentuh lembut
bahu suaminya itu.
Huzaiman mencapai tangan Natasha yang berada di
bahu lalu mengucupnya.
Tersentap Natasha. ‘Kenapa dengan Huzaiman ni?
Tiba-tiba aje cium tangan aku? Rasa seram sejuk ni.’ Hati Natasha berdegup
hebat.
Pantas tangan kanan Huzaiman memeluk pinggang
Natasha. Natasha tergamam.
“Abang...” Natasha sudah menggelabah.
Bibirnya menjadi mangsa bibir Huzaiman. Kini
bukan itu sahaja, tubuh Natasha dibaringkan atas katil. Rambut panjang milik
Natasha diciumnya penuh asyik.
Kini, Natasha tahu apa yang diingini oleh
Huzaiman. Dia menolak tubuh Huzaiman.
“Kenapa Sha?” soal Huzaiman apabila Natasha
menolak sentuhannya itu.
“Sha tak bersedia lagi.” Natasha cuba memberi
alasan. Dia memandang ke tempat lain.
“Alasan!” tiba-tiba Huzaiman naik angin. Dia
benar-benar rasa marah apabila kemahuannya ditolak oleh Natasha. Ini sudah hari
ke dua mereka berkahwin tapi masih belum ada hubungan intim lagi. Macam mana
mahu mendapat anak.
‘Anak pula yang aku fikir tapi aku sakit hati
bila Sha tolak kemahuan aku. Dia sebagai isteri kena layan suami tak kira masa.
Bukannya aku menyusahkan dia. Aku cuma mahu sedikit perhatian.’
Terkejut Natasha apabila mendengar suara Huzaiman
yang tinggi itu.
Huzaiman menarik Natasha dalam pelukannya. Dia
mencium leher Natasha tetapi Natasha menolak kasar.
“Jangan sentuh aku! jangan!” trauma Natasha sudah
merasuk diri Natasha. “Jangan sentuh aku! Kau la punca segala-galanya! Aku dah
tak suci!” jelas sekali kata-kata Natasha.
“Kau tak suci?” dahi Huzaiman berkerut. Dia
bagaikan tak percaya yang wanita di depannya ini tidak suci. Tiada dara.
“Dengan siapa kau buat? Cakap dengan aku?”
Huzaiman begitu marah. Dia tidak menyangka muka suci Natasha itu sudah tiada
dara. Dia mencengkam kuat bahu Natasha.
“Cepat cakap dengan siapa?!” jerit Huzaiman. Dia
tidak boleh sabar. Dia bukan kecewa disebabkan Natasha tiada dara tapi dia
marah ada lelaki yang tergamak melakukan zina.
“Aku kena rogol! Kau tak selamatkan aku. Kau
biarkan aku begitu sahaja. Aku benci kau!” kata Natasha. Air matanya mengalir
mengenang peristiwa hitam yang berlaku semasa kecil dulu.
Natasha teringat peristiwa itu lagi.
Memang dia bermain di luar seorang diri. Dia
ternampak Huzaiman mengayuh basikal melepasinya. Dia kenal lelaki itu. Dan
ketika itulah lelaki yang tidak dikenali menangkap tubuhnya dan dia pasti
Huzaiman sedar akan perbuatan lelaki durjana itu dari terus memeluk tubuhnya
yang kecil. Huzaiman terus berlalu masa itu.
Betul! Ketika itu mereka tidak kenal antara satu
sama lain tetapi dia ingat muka Huzaiman. Mana mungkin dia lupa seseorang yang
tidak membantu dia dalam kesusahan. Mujur ayah datang menyelamatkan dia ketika
itu.
‘Betul ke aku tak suci? Atau hanya khayalan aku
sahaja. Aku rela berkata begitu dari terus menjadi alat permainan lelaki.’
Bisik hatinya.
“Rogol?” lemah seluruh tubuh Huzaiman. Dia terus keluar
dari bilik tersebut. Perbincangan ini tidak akan berhasil jika dalam keadaan
marah.
Natasha menangis semahunya.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. ‘PK?’ Segera
Natasha menjawab panggilan itu.
“Rancangan kita sudah bermula.” Kata PK.
“Rancangan kita?” Natasha sedikit keliru.
“Rancangan pembunuhan Dato Ismail dan Datin Isma.”
Terus terang PK. Natasha tersentak.
‘Dah mula? Aku tak boleh berundur sudah. Mereka berdua
harus rasa apa yang ibu ayah aku rasa. Ya!’ hati Natasha di rasuk oleh syaitan
durjana.
“Dah berapa lama PK culik mereka?”
“Sudah dua jam. Boleh terus bakar rumah tu? Rancangan
ni?”
“Baiklah PK. Teruskan rancangan ini.” kata
separuh hati Natasha. Talian ditamatkan.
“Rancangan apa ni?” Huzaiman yang berdiri depan
pintu terkejut. ‘Apa makna ini semua?’ Huzaiman masuk semula dalam bilik itu
kerana ingin memujuk Natasha. Dia tidak kisah jika wanita ini tidak suci. Dia cintakan
Natasha dengan sesungguh hati. Seharusnya dia tidak perlu ambil tahu pasal itu
tetapi dia terasa ada sesuatu yang Natasha sembunyikan.
“Rancangan apa?!” jerkah Huzaiman. Kali ini
kesabarannya tiada. Kosong! “Tadi kau sebut pasal mama dan papa aku kan? Apa kau
dah buat pada mereka? Cakap!” marah Huzaiman.
Natasha bangun dan meninggalkan Huzaiman tetapi
Huzaiman tidak benarkan. Dia menarik tangan Natasha dan wanita itu terduduk di
birai katil.
“Selagi kau tak berterus terang, aku tidak akan
benarkan kau keluar dari bilik ini!” tinggi suara Huzaiman membuat Natasha
tergamam. Hatinya rapuh. Air matanya mengalir.
Natasha masih membisu. Dia tidak akan memberitahu
apa-apa mengenai rancangan itu. Tidak!
PK tu ayh Hamdan ke? Saspen btullah citer ni.
ReplyDeletewah macam dah boleh agak kan??dan ada kisah pula di sebalik hubungan PK dengan Dato ismail...natasha hanya alat utk dia bunuh dato ismail huhuhuhuhu
Deletewahh dh lamer x komen nie.. asyik jd silent reader jer..
ReplyDeletemakin byk misteri Sha nie..
muncul plak watak2 yg m'buat cter nie makin suspen..
pe2 pun mmg best la RIA.. ;)
memang lama pun kak...ternanti2 akak komen..teringat akak cakap..kalau ada persoalan baru nak tanya hihihih thank kak...misteri sha memnag banyak...macam2 dah dia hadapi utk meneruskan hidup sendiri, tanpa teman, tanpa family tanpa sesiapa.....sesiapa disisinya....
DeleteSiapa yang rogol Natasya????
ReplyDeleteHabislah,Huzaiman dah tau ke rancangan Natasya???
Apa yang Natasya akan pilih DENDAM atau CINTA????
siapa?pengakhir bab akan terjawab siapa rogol Sha... tahu kot entahlah...nantikan bab seterusnya...
Deletebetolkah natasya mmg dh kena rogol??
ReplyDeleteharap rancangn tu gagal!! Pa motif PK? bolot harta ekk?
hihihihi tak tahu la betul atau tak?hmmmm bolot harta?ye kot...biasalah manusia macam PK..tak cukup kaya...dia nak kaya lagi..
Deletebyk btl prsoalan yg brmain dikpala bla bce bab ney?????
ReplyDeleteapa yg brlaku antara PK & Dato Ismail dlu????????
mkin lma mkin suspenla ceta ney........
hish memang banyak betul persoalan tu hihihih kena tunggu bab akan datang, mungkin petang ni ria msukkan..hmmm terima kasih sudi komen...
Deletespe pk?? nk bakar?
ReplyDelete