Followers

Tuesday, 19 June 2012

11
Komen

HATI SUAMIKU GK 12




Natasha cuba bertenang. Melihat Huzaiman yang merenung tajam kepadanya itu membuat tubuhnya seram sejuk. Terasa takut pula dengan kemarahan seorang lelaki yang gila kuasa ini.
“Cepat Sha.” Arah Huzaiman. Dia duduk di birai katil. Telefon bimbit miliknya masih utuh dalam genggam Huziman.
“Sebenarnya.... Sha....” Natasha teragak-agak apabila bercakap. Huzaiman menaikkan sebelah keningnya.
Natasha terkaku dalam keadaan berdiri.
“Sebenarnya saya dah lama rasa macam tu pada abang.” Jelas Natasha. ‘Ya betul! Sejak zaman sekolah lagi aku tidak suka dan berdendam Huzaiman .’
“Apa dah lama? Syukurlah!” tiba-tiba Huzaiman gembira.
Sejak Natasha menyatakan mengenai perasaan suka padanya, sememangnya hati Huzaiman tidak tenang. Ada sahaja yang mengganggu dan menggugat perasaannya terhadap Natasha. Hal ini berlaku kerana ini adalah kali pertama ada seorang gadis meluahkan perasaan suka padanya. Tambahan pula, perempuan itu berjaya membuat Huzaiman jatuh cinta dalam tidak sedar.
Huzaiman merenung wajah Natasha yang jelas nampak serba salah.
‘Kenapa dengan mamat ni? Sawan ke? Tadi bukan main marah lagi. Macam nak bunuh orang pun ada. Sekarang tersengih macam kerang busuk ni kenapa pula?’ Natasha terasa pelik dengan respon yang ditunjukkan oleh Huzaiman.
Tangan Natasha dicapai oleh Huzaiman.
“Terima kasih sayang. Abang ingat abang bertepuk sebelah tangan. Rupanya sayang pun suka pada abang.” Jelas Huzaiman. Dia benar-benar bahagia dengan pengakuan Natasha.
“Maksud abang?” Dahi Natasha sudah berkerut. Dia keliru.
“Ni... Mesej ni yang abang baca.” Huzaiman menghulurkan pada Natasha mesej  yang dibaca olehnya.

-Katakan aje kau cinta pada Huzaiman-

Membulat mata Natasha. Itu mesej daripada PK yang mengarahkan Natasha buat Huzaiman jatuh cinta padanya. Nasib baik mesej yang sebelum ini sudah dipadam olehnya.
“Tapi siapa PK? Lelaki ke perempuan?” Soal Huzaiman sambil memeluk Natasha.
“Piah Klang sebab dia duduk kat klang abang.” Sangkal Natasha. Dia harus merahsiakan segalanya daripada pengetahuan Huzaiman. PK mengarahkannya buat Huzaiman jatuh cinta padanya tetapi tanpa dia perlu usaha apa-apa, lelaki itu sudah sedia jatuh cinta padanya. Mudah juga!
Natasha berasa lebih lega apabila Huzaiman tidak bertanya lagi.
“Selesai. Abang nak ke pejabat. Sha duduk aje kat rumah memandangkan Sha cuti dua minggu.” Kata  Huzaiman.
Natasha berasa senang hati apabila mendengar Huzaiman akan ke pejabat. Dia sedikit bebas nanti.
“Abang pergi pejabat macam ni ke?” soal Natasha apabila melihat  Huzaiman berbaju tanpa lengan dan berseluar pendek paras lutut.
“Hish! Gila apa? Tak la. Abang tukar lepas sarapan. Jom!” Huzaiman menarik tangan Natasha menuju ke ruang makan. Natasha hanya mengikuti sahaja.
Sunyi sepi sahaja ruang makan tersebut.
“Sha tak makan?”
“Sha tak biasa makan pagi.”
“Kenapa?”
“Tak tahu. Kalau makan, nanti sakit perut.” Jawab Natasha.
“Sakit perut? Okey tak payah makan. Nanti susah pula kalau berlarutan sampai malam.” Sengih Huzaiman sambil menguyah roti yang dibuat oleh Natasha.
“Kenapa dengan malam? Kita ada apa-apa program ke?” soal Natasha dan membuat lagi sekeping roti bersapu mentega kacang.
“Ada! Ada program besar malam ni?” jelas Huzaiman dengan lebih bersemangat.
“Selamat pagi bos.” Serentak Ammar dan Amman berkata.
“Selamat pagi abang Ammar dan Abang Amman.” Natasha tersenyum. “Abang nak roti? Sha buatkan.” Tawar Natasha.
Tiba-tiba Huzaiman menjeling ke arah Ammar dan Amman. Wajahnya seperti memberitahu mereka berdua tidak perlukan apa-apa. Ammar dan Amman hanya mampu menelan air liur sahaja. Mereka faham sangat dengan sikap majikan mereka itu.
“Tak apa Puan Natasha. Kami makan nasi goreng ni aje.” Kata Ammar. Amman hanya mengangguk.
“Apa Puan Natasha?” terkejut Natasha. Betapa buruknya panggilan itu dipendengarannya. Tambahan pula Natasha digandingkan dengan Huzaiman. Tak rela rasanya.
“Wah, sesuai tu! Mrs.Huzaiman.” Huzaiman tersenyum puas. Amman dan Ammar hanya mendiamkan diri. Jarang melihat bos mereka tersenyum lebar seperti itu.
Natasha mempamerkan senyuman paksa. Dia tidak suka dengan panggilan tersebut.
“Abang nak pergi ke pejabat pukul berapa?” sengaja Natasha bertanya.
Huzaiman memandang jam dinding.
“Kejab lagi. Kamu berdua makan dulu. Jom Sha! Teman abang.” Huzaiman menarik tangan isterinya. Terpaksa Natasha turuti sahaja.
Selepas Huzaiman menukar pakaian, dia meminta Natasha memakaikannya tali leher.
“Sha, pakaikan ya?” Huzaiman tersenyum puas.
‘Aku rasa macam nak jerut aje kau dengan tali leher ni tapi belum tiba masanya.’
Dengan cermat, Natasha memakaikan tali leher tersebut.
Huzaiman berpuas hati dengan cara Natasha memakaikannya. Selepas bersalaman, Huzaiman terus ke pejabat bersama Amman dan Ammar.
“Mulakan projek sekarang!” jerit Natasha. Dia selongkar dalam bilik tersebut.
Semua laci dibukanya.
“Apa ni?” dahi Natasha berkerut.
“Ini bukankah pakaian dalam mamat gila kuasa tu? Benda alah ni pun nak simpan dalam laci. Sama pula tu warnanya. Hitam aje.” Natasha membuat muka geli. Pantas dia menutup laci tersebut.
Kali ini dia membuka almari pula. Makin berkerut dahi Natasha. Perlahan-lahan dia membuka laci yang paling bawah. Lain yang dicari. Lain pula yang dijumpainya.
Ada sekeping kad.
“Jika kita ada kuasa, tiada siapa akan mempersendakan kita.” Dahi Natasha berlapis. Dia melihat kad tersebut. Ada tahun yang ditulis berserta dengan nama penulisnya.
“Mohammad Hamdan Bin Ismail? Ismail juga? Anak bapa mertua aku ke? Bukan ke bapa mertua aku ada dua anak aje?” Pelbagai persoalan timbul di benak fikiran Natasha.
“Tahun 2000. Sekarang tahun 2012. Umur Huzaiman pun 27 tahun. Lama juga kad ni? Mungkin lelaki ni yang menyebabkan mamat gila kuasa tu berperangai tak sedar diri ni kot?” teka Natasha. Dia menyimpan kad tersebut di tempat asal.
Selepas penat, dia pun berbaring di atas katil.
“Tak jumpa apa-apa pun?” Natasha mengeluh.
Tiba-tiba dia ternampak satu kotak di atas. Perlahan-lahan dia menarik kerusi mekap dan dia berdiri atas kerusi tersebut.
Serentak itu, telefon bimbitnya yang berada dalam kocek seluarnya berbunyi membuat dia terkejut dan seterusnya tidak dapat mengimbangi tubuhnya lalu jatuh.
“Aduh!” terasa sakit seluruh badannya.
“Alangkah indahnya kalau ada orang yang sambut tubuh aku tadi.” Fikiran Natasha teringat pada Huzaiman.
“Awat aku teringat lelaki gila kuasa tu? Benci!” segera dia bangun dan berbaring atas katil.
“Siapa yang call aku ni?”
“Abang Hamz?” saat itu hati Natasha berdebar hebat. Terasa jantungnya akan keluar bila-bila masa sahaja.
Pantas Natasha menanggalkan bateri telefonnya. Betapa ramainya musuhnya. Tidak! Mungkin ini akibatnya bermusuhan dengan orang, orang pun mahu bermusuh dengan kita.
Natasha tarik selimut dan menutup seluruh tubuhnya. Dia ingin melupakan abang Hamz. Dia benci!
Huzaiman yang berada di pejabat berasa hairan apabila menghubungi Natasha tidak dapat.
Dia pun menghubungi telefon rumah.
“Apa?! Baiklah Meh Teh, saya pulang ke rumah sekarang juga!” kata Huzaiman yang berada di tapak pembinaan. Dia segak berpakaian baju biasa dengan topi bersahaja. Topi keselamatan sudah tinggalnya. Segera dia masuk ke dalam kereta.
Dia benar-benar risau dengan keadaan Natasha.
Tiba-tiba ada sebuah kereta hitam memintas kereta milik Huzaiman. Ammar yang sedang memandu itu terkejut dan memberhentikan keretanya ke tepi jalan.
Huzaiman keluar dari kereta. Dia mengenali lelaki yang menahannya itu.
“Abang Hamdan!” Dia memeluk lelaki itu. Hampir 12 tahun dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Hanya berhubung melalui email dan FB sahaja.

11 comments:

  1. Hamdan? Sape pulak tu? Jeng jeng jeng! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada aje watak baru timbul hihihi dan watak ini akan timbul pada akhir2 bab nanti hihihi baru gempak dan misteri...

      Delete
  2. wow crta ney jdi mkin mnarik........
    xsbr nk tnggu nxt entri...........
    mkin lma makin suspen.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih awak sebab menanti dengan sabar bab seterusnya hihii

      Delete
  3. errr.. siapakah ya?? wink3.. nak tahu!!

    ReplyDelete
  4. hamdan tu pk eh? tak sabar! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan terjawab dalam bab seterusnya hihihihi terima kasih sudi komen...

      Delete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi