Followers

Monday, 9 September 2013

11
Komen

2013 : CERPEN 4 : APA! KAU CINTA AKU?



Cerpen: Apa! Kau cinta aku?

Pura-pura tidak mendengar apa-apa yang dikatakan oleh rakan sekerjaku. Aku bukannya sombong atau tidak suka bergaul tapi isu yang mereka bincangkan itu membuat kepala aku pening. Mereka selalu membincangkan isu yang sama. Hampir setiap hari benda yang sama.

“Apa? Bos kita tu tengah cari cinta dia ke? Betul ke ni?” Norhasnizah berkata. dia memang tak percaya bos mereka yang kacak itu baru nak cari cinta.

“Terlepas peluang aku! Aku baru je kahwin bulan lepas.” Tirah mengeluh. Tapi hatinya ketawa sendirian. Dah kahwin, nak menggatal pula. Miang! Miang!

“Betul la geng! Aku dengar mama dia yang cakap.” Mizan memandang dua orang sahabatnya itu.

“Kalaulah betul, aku nak mencarilah cinta dia tu.” Norhasnizah berangan seketika. Dia bersanding dengan bos mereka yang baik hati itu.

“Kau tak payah nak berangan!” Aina menyampuk. “Pasti dia jatuh cinta pada aku yang seksi dan hot ni?” dia membuat gaya ala-ala model terhangat.

“Kau? Tak ada harapan. Aku sepatutnya menjadi miliknya.” Nur Syafiqah Alia muncul.

“Bertudung likup macam kau ni, lagi lagi tak ada harapan.”

“Jangan menghina akan peribadiku ini!”

“Gurau je Alia. Jangan marah!” Aina tersengih. “Dosa betul aku ni kata macam tu.” Mengakunya sendiri.

“Tau tak apa!”

“Eh, korang semua ni tak ada benda lain nak dibualkan ke? Cinta! Lelaki! Cinta! Lelaki! Bosan!” Rina mengamuk. Dia terus keluar dari pantry tersebut. Sakit telinga dan buat kepalanya pening.

Mereka semua tergamam dengan suara Rina yang kuat itu.

“Apa kena dengan Rina tu...?”

“Entah!”



Datin Norazlina memerhati anak terunanya itu. Kusut dan serabut. Pertama kali pulang dari kerja tidak menegurnya. Benar-benar buat hati seorang ibu terasa.

“Arieff!” panggil Datin Norazlina tetapi anak lelakinya itu tidak pula menyahut panggilannya. Memang buat hati aku membara ni. Apa yang dah merasuk anak aku sehingga dia menjadi derhaka ni?

“Arieff!” Datin Norazlina mengetuk pintu bilik anaknya tetapi masih tiada sahutan. Akhirnya dia berlalu pergi kerana terlalu sakit hati.

“Hati, kenapa kau sakit?” soal Arieff sendirian. Dia memegang dadanya lalu mencengkam. Hatinya terasa sakit apabila mendengar kata-kata Rina. Hatinya baru sahaja terpaut pada keayuan wajah Rina tetapi apabila mendengar kata-kata kasar Rina membuat hatinya terluka.

Dia teringat semua kenangan yang berlaku antara dirinya dan Rina.

“Rina, kau dah makan ke?”

“Saya dah makan bos...” Rina membawa bekal dari rumah. Dia tidak suka makan di kedai.

“Baru nak belanja makan.” Arieff tersengih.

“Ajak la Aina ke, Alia ke?” Rina berdiri. Waktu makan tengah hari dia suka menghilang di dalam keretanya. Makan di situ.

“Tak apa la.”

Aku masih ingat yang aku ternampak dia berjalan seorang diri. Pandai sungguh dia menjaga diri. Itu yang membuat hatinya terpaut. Wajahnya tidaklah cantik mana tapi benar-benar menarik perhatiannya. Inilah perasaan cinta kot.

"Hish! Serabut kepala otak bila teringat kata-kata Rina di pantry tadi. Macam anti lelaki dan cinta je."

"Arieff, jangan seksa perasaan mama macam ni..." Datin Norazlina datang semula ke depan bilik anak lelakinya. Dia pula yang buat drama air mata. Ibu mana yang tak sedih jika anaknya nak tak nak je layan.

"Mama, kenapa pula Arieff nak seksa mama." Arieff membuka pintu dan pelik melihat mamanya itu menangis.

"Dari tadi mama panggil Arieff tapi Arieff tak sahut pun..."

"Ye ke? Arieff tak perasan pula. Maafkan Arieff ye?" pinta Arieff.

"Mama maafkan jika Arieff bagitau mama apa yang mengganggu fikiran anak mama ni." Datin Norazlina menggunakan kuasa veto sebagai seorang ibu untuk mengorek rahsia anaknya.

"Mama ni..."

"Mama tak kira. Mama nak tahu juga."

"Baiklah..." Arieff menceritakan semua mengenai perasaannya dan Rina.

"Kasihan anak mama. Nak mama bantu tak?"

"Arieff dah putus asa."

"Sebelum kamu putus asa, luahkan dulu perasaan kamu. Dia terima atau tidak, belakang kira. Nanti kalau pendam, lama-lama boleh jadi nanah kekal dalam ni..." Datin Norazlina menunjuk tepat ke dada Arieff.

Arieff tersentak.

******

Arieff beranikan diri mengajak Rina keluar selepas kerja. Selepas solat asar mereka keluar bersama. Rina hanya mahu berbincang di KFC sahaja, terpaksa Arieff akur dengan setiausahanya itu.

Arieff menarik nafas panjang. Dia sendiri tiada kekuatan.

"Bos nak cakap apa ni?" Soal Rina. Muka tiada perasaan itu sering ditayang depan Arieff.

"Sebenarnya aku dah jatuh cinta pada Rina. Betul Rina! Aku cinta kau!" lega perasaan Arieff apabila perkataan itu keluar.

"Apa! Kau cinta aku!" Rina terkejut. Daripada ganti diri saya sudah menjadi aku. Terkejut punya pasal.

Rina berdiri dan terus meninggalkan Arieff sendiri di meja makan KFC.

"Rina..." Arieff hanya mampu melihat wanita itu melangkah pergi.

******

Memang gila! Bos aku dah gila sebab suka aku. Aku ni dah la tak ada tarikan langsung tapi boleh pula dia suka. Ini hanya mimpi. Kalau realiti, perkara ini tak kan terjadi. Lagi pun aku tak nak bercinta. Cukuplah sekali. Aku tak nak! Ia amat menyakitkan hati. Aku tak dapat nak terima mana-mana lelaki. Tak mungkin!

"Sampai sekarang si Rayyan tu cari pasal aku!" Rina teringat kisah percintaannya.

Rina dan Rayyan sudah bercinta selama 10 tahun tetapi Rayyan curang depannya dengan memeluk perempuan lain.

"Kau tak boleh tinggalkan aku! Aku yang bela kau selama ini! Kau kena balas semua tu dengan kahwin dengan aku!"

"Kau gila ke? Kau ingat aku nak kahwin dengan lelaki yang dah curang dengan aku! Tu tak mungkin la! Dalam mimpi kau pun tak kan mungkin berlaku." Rina marah benar dengan Rayyan. Lelaki yang tiada maruah.

"Aku tak peduli!"

"Aku akan bayar semua duit yang aku guna selama ini. Sesen pun aku tak kan biarkan ia menjadi hutang." Rina terus berlalu.

Hati siapa tak terluka melihat kecurangan insan yang kita sayang sepenuhnya. Rupa-rupanya cinta lelaki itu kosong untuknya. Kosong semata-mata.

Ini pula, bos aku luahkan perasaan. Apa aku nak cakap? Nak jumpa kat tempat kerja pun tak sanggup. Nak kata main-main, serius aje aku tengok muka dia masa melafazkannya. Tapi betul ke bohong ni? Stresss!!!

Selepas bersihkan diri, dia duduk di sisi teman serumahnya yang setia menonton drama Akasia "Cinta Jannah".

"Kau tahu tak Ain, banyak-banyak kesakitan, kesakitan apa yang paling besar..." soal Rina pada sahabat baiknya itu.

"Yang paling sakit? Sakit gigi...?" Ain cuba juga meneka.

"Tak! Dalam banyak-banyak kesakitan, kesakitan yang besar adalah mencintai, tetapi dengan cinta yang kekosongan." Rina terus berlalu pergi.

Ain pula kebingungan.

Betul tu, cinta yang kosong. Cinta yang tiada apa-apa. Sekuman tanggangjawab pun tak ada dalam cintanya membuatkan si pencinta akan rasa lebih sakit apabila ditinggalkan nanti. Aduh! Pening! Pening! Pening!

Rina terus termenung sehingga waktu bekerja juga. Dia lebih banyak menyendiri. Jarang bercakap. Orang tanya sepatah, sepatah juga dijawabnya.

"Rina, bos nak jumpa..." Aina berkata.

"Okey..."

Aina rasa pelik dengan kawan sekerjannya. Dia menggunakan bahasa isyarat pada Alia. Alia hanya angkat bahu tanda yang dia sendiri tak tahu mengapa.

"RIna duduk..."

"Ada apa bos...?"

"Kau tak boleh terus dingin dengan kawan-kawan kau macam ni. Kalau disebabkan aku luah perasaan aku pada kau buat kau jadi begini. Okey Fine! Kita lupakan segalanya dan teruskan hubungan bos dan pekerja je. Aku cuba!" jujur Arieff. Dia tidak sanggup melihat kedinginan dalam pejabatnya ini.

"Okey..."

"Betul ni?"

"Ya... Bos ada apa-apa nak cakap lagi?"

"Tak ada..."

Sejak itu, Arieff dengan caranya dan Rina dengan caranya. Tiada apa-apa yang berlaku dalam perhubungan mereka sehinggalah Rayyan muncul semula dalam hidup Rina.

"Rina!"

Rayyan mencari Rina sehingga ke pejabatnya. Kini, semua orang tahu apa yang dihadapi oleh Rina. Malu!

"Rina, kau tak boleh lari dari aku! Kalau aku kata kau milik aku. Orang lain tak ada hak untuk kahwin dengan kau."

"Kau sengaja nak malukan aku kan? Siapa beritahu kau yang aku nak kahwin ni?"

"Gambar ni dah membuktikan segalanya..."

Gambar itu diambil ketika Arieff dan Rina berbual mengenai perasaanya tempoh hari. Siapa pula yang rajin sangat ambik gambar ni?

"Aku tak tahu siapa yang ambik gambar ni tapi aku yakin yang aku dan bos aku tu tak ada hubungan apa-apa!" jelas RIna. "Dan lagi satu, aku tak perlu jelaskan semua ni. Cuba kau tanya perempuan kesayangan kau tu, Yana. Entah-entah..." kata-kata Rina terhenti di situ. Rayyan terus berlalu.

Orang sekelilingnya saling berbisik-bisik. Rina benar-benar rasa malu. Dia berlari keluar dari pejabat itu kerana tidak tahan dengan pandangan sahabatnya itu. Mesti mereka pandangan serong pada aku. Pandang aku ni teruk. Ya Allah, bantu aku! Siapa yang akan selamatkan aku dari keaiban ni? Aku tak sanggup menangung malu seperti ini. Selama ini aku hidup untuk diri aku je, tapi entah mengapa aku rasa orang lain juga penting dalam hidup ini.

"Kahwin dengan aku Rina. Dia tak kan kacau kau lagi..." muncul Arieff.

"Mudahnya kau berkata. Disebabkan gambar-gambar tu aku jadi begini. Aku benci kau tau tak..."

"Rina, aku pun mangsa keadaan. Salah ke aku cinta kau? Salah ke?"

"Kau cinta aku? Cinta kau tu hanya cinta nafsu semata-mata."

"Pandai kau menilai cinta seseorang ya?" Arieff tersenyum pahit apabila cinta yang ikhlas ini dikata nafsu semata-mata. "Aku ucapkan terima kasih atas penilaian kau terhadap cinta aku pada kau. Terima kasih Rina. Terima kasih!" Arieff benar-benar kecewa. Dia terus tinggalkan Rina sendirian.

Rina tersentak. Tak pernah dia berkata kasar begitu pada orang lain. Ya Allah, di saat hati aku terluka, aku dah melukai hati orang lain pula. Ya Allah, aku ni sama saja macam Rayyan kalau begini la. Rina rasa malu pada dirinya.

Sejak itu, Arieff tidak datang ke tempat kerja. Segala urusan kerjanya dilakukan oleh adiknya. Tiada lagi Arieff.

Rina mula rasa bimbang. Entah mengapa hidupnya yang sunyi ni makin rasa sunyi. Sunyi dan gelap. Dulu Arieff selalu mengusiknya tetapi sekarang tak ada siapa pun. Kawan-kawan pun tidak mahu bercakap dengannya. Sakitnya hati ni keseorang.

Betul kata orang, apabila orang itu tiada depan mata kita, barulah kita nak ingat dia. Ish! Tak boleh jadi ni. Aku mesti buat sesuatu.

"Pening! Pening! Pening!" wajah Rina kusut.

"Rina..." panggil seseorang semasa dia membuat air di pantry.

Rina berpaling. Kelihatan Alia, Aina, Norhasnizah, Tirah dan Mizan. Air mata Rina mengalir.

"Rina, kami minta maaf sebab selama ni tak tahu pun kehidupan kau kacau bila sebab Rayyan."

"Korang tahu pasal Rayyan..."

"Mana mungkin kami tak kenal Rayyan. Rayyan tu kawan Aina. Dia memang terkenal dengan sikap playboynya tapi kami tak sangka pasal perempuan baik yang ditinggalkannya adalah kau." Tirah berkata.

"Betul tu Rina. Kami punya la kutuk si Rayyan tu. Memang kami nak tahu sangat siapa perempuan baik tu tapi memang kami terkejut perempuan tu adalah kau." Mizan pula menyambungnya.

"Terima kasih semua...."

"Jadi apa yang kau nak buat ni?" Alia bertanya.

"Aku nak minta bantuan korang boleh tak?" pinta Rina. Dia dapat satu idea. Cinta Arieff padanya benar. Aku tak seharusnya menghina cinta orang lain. Teruknya aku masa tu.

"Tolong apa?"

"Satukan aku dengan Arieff?" terus terang Rina pada semuanya. Dia pun ceritakan perkara sebenar mengenai hinaan yang dikatakan pada Arieff tempoh hari.

"Patutlah dia tak kerja dah kat sini." Aina perasan semua itu.

"Korang marah ke kalau bos pilih aku?" takut-takut Rina bertanya.

"Nak marah apanya... Aku dah ada suami. Aina tu baru jer ada pakwe. Alia pula baru-baru ni ada orang masuk meminang, ustaz muda lagi tu. Si Tirah menanti cinta sejatinya dan si Mizan nak kahwin dah bulan depan." kata Norhasnizah. Dia yang paling tua di situ memang dah lama kahwin.

"Tahniah Mizan. Aku tak tahu pun..." Rina rasa di duduk bawah tempurung. Semua tak tahu.

"Terima kasih. Itu pasal kena ambil tahu hal sekeliling kita. Niat bukan nak jaga tepi kain orang tahu sekadar ambil tahu. Jangan lebih-lebih. Tak gitu prinsip geng kita?" Mizan bersemangat.

"Betul tu!" mereka bersemangat juga.

"Yang korang gosip nak merebut cinta bos kita tempoh hari tu?" Rina bagaikan tak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Lor, hari tu kami gedik je. Ala kau ni, Rina. Kami ni miang-miang macam tu je tapi tetap setia pada cinta yang satu tau." Aina kenyit matanya.

"Bertuahnya hidup..." Rina tersenyum.

"Alhamdulillah!" Alia juga tersenyum.

Semua orang tersenyum bahagia.

"So, apa rancangan kau?" Tirah tidak sabar mahu berlakon.

"Kau ni sabar la sikit." Alia cuba menyabarkan sahabatnya itu.

"Rancangannya ialah..." mereka semua berbisik-bisik. Ada senyuman terukir di bibir Rina. Dia percaya yang Arieff lelaki yang baik dan boleh menjaganya selamanya.

*****

Datin Norazlina tidak tahu mahu buat apa dengan anaknya itu. Sudah sebulan terkurung dalam bilik. Makan jarang sekali. Mandi? Tak tahu la. Tengok sabun dalam bilik mandi tak luak pun. Tak mandi kot.

"Sudahlah tu Arieff. Kalau si Rina tak nak pada anak mama ni, ramai perempuan lain yang nak." Datin Norazlina cuba memujuk.

Arieff hanya memandang Datin Norazlina tanpa apa-apa kata.

"Arieff pergilah mandi. Pekerja Arieff nak melawat Arieff."

"Maksud mama..."

"Mereka dah kat bawah tu. Nak mama suruh mereka naik atas..."

"Bukan itu mama. Maksud mama Rina pun datang sekali?" terbeliak mata Arieff apabila mendengar pekerjanya mahu datang. Bekas pekerja okey...

"Mestilah datang sekali."

"Kenapa mama tak bagitau Arieff. Arieff dah seminggu tak mandi."

"Awat teruk benar ni! Kamu tak solat ke?" marah benar Datin Norazlina.

"Solat mama. Mandinya kejap-kejap. Tak sabun pun." Arieff tersengih.

"Patutlah sabun tu tak luak. Ish anak mama ni. Nanti turun bawah."

"Baiklah!"

Sepuluh minit kemudian, Arieff turun dan menuju ke ruang tamu.

Wajah Rina yang dicarinya dahulu. Rindunya pada gadis itu bagaikan terubat apabila melihat seraup wajah yang mendung itu. Kenapa pula muka dia sedih

"Bos! Rindu dengan bos!" Aina mula mengedik.

"Aina, kau tak berubah ye?"

"Nak berubah apanya? Berubah perempuan jadi lelaki ke bos?"

"Mengarut je kau ni, Aina."

"Bos sihat?" Alia pula bertanya.

"Sihat."

"Bos, sebenarnya tujuan kami datang ni bukan sahaja nak melawat bos tapi ada hal yang lagi penting." Norhasnizah berkata dengan wajah yang sedih.

Aina dan Alia yang sedang tersenyum pun mati senyumannya.

"Kenapa ni?"

"Rina bos..."

"Kenapa dengan Rina...?" soal Arieff dengan pantas. Bimbang pula.

Tetapi Norhasnizah dan yang lain diam membisu.

"Kenapa ni Rina? Bagitaulah aku..."

"Aku..." Rina sendiri tidak dapat nak bercakap.

"Cakaplah!" jerkah Arieff apabila Rina dan semua pekerjanya bagai mahu bermain tarik tali dengannya. Geram betul la.

"Opocot!" melatah Tirah dibuatnya.

"Korang ni!" makin geram pula Arieff dibuatnya.

"Sebenarnya Rina kena paksa kahwin dengan Rayyan."

"What?! Mana boleh macam tu!" Arieff berkata spontan.

"Kenapa tak boleh?" soal Mizan.

"Sebab..." tak terluah isi hati Arieff.

"Sebab apa bos...?" giliran Aina pula memainkan peranan.

"Sebab..."

"Sebab apa!" Alia pula yang jerkah. Slow betol bos aku ni!

"Sabar Alia, kau tu imej tudung labuh, lari pak ustaz kau tu kalau tengok gaya kau menengking ni." pujuk Mizan.

"Aku geram dengan bos ni..."

"Sebab aku cinta kau, Rina. Aku masih sayang dengan kau. Aku tak nak kau kahwin dengan Rayyan. Dia lelaki tak baik. Aku boleh jamin yang kau akan bahagia dengan aku! Aku jamin!" tegas Arieff.

Rina tersenyum. Ini yang dia nak dengar. Akhirnya air matanya mengalir. Dia ingin menguji Arieff. Kalau hati Arieff tidak terusik dengan berita olok-olok mengenai perkahwinannya dengan Rayyan pasti dia rasa menyesal seumur hidup melepaskan lelaki yang baik ini.

"Kenapa Rina nangis ni? Janganlah nangis!" Arieff sudah gelabah.

"Comel la bos kita ni..." Aina memujuk.

"Cuba bos luahkan lagi sekali cinta bos, siap sebut nama penuh. Manalah tahu Rina terima..." Norhasnizah cuba mengakhirkan agenda mereka semua.

"Aku Arieff Muhammad Aliff Bin Yaacob mencintai, Rina Binti Rahman dengan sepenuh hati." luah Arieff sambil merenung tepat ke wajah Rina.

Rina angguk kepala tanda setuju.

"Sah!" kata Tirah.

"Sah!" Aina menyambung.

"Sah!" Mizan pula.

"Korang ni, mereka belum sah lagi nak kahwin la..." Alia pula berkata.

Akhirnya mereka semua ketawa bahagia.

Rupanya cinta itu jika kita hargainya, memang indah. Jika sebelah pihak sahaja menghargainya, mungkin keindahan itu tidak wujud. Dan kini, Arieff dan Rina saling menghargai cinta yang datang.

"Rina, abang kata jangan datang sini!" marah Arieff. Waktu tengah hari sahaja, Rina datang ke pejabatnya.

"Ala, Rina nak jumpa kawan-kawan je." Rina membuat muncung.

"Tapi Rina kan dah mengandung ni. Lapan bulan pula tu. Tak reti-reti duduk rumah dengan mama ke?" bebel Arieff. Dia bimbang akan keselamatan isteri dan anak yang dikandung itu.

"Ala, baru lapan bulan bukan sembilan bulan."

"Itulah Rina, tiap kali abang cakap, ada je nak dijawabnya." marah benar Arieff.

"Gurau je abang. Jangan marah. Nak air tak?" ketika itu mereka di pantry.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumusalam. Datang lagi si Rina ni? Kau ni semangat betul dengan perut yang besar tu." Aina berkata. Tidak dapat dia bayangkan badannya seperti Rina, comel atau tak comel?

"Demi kawan-kawan aku datang. Aku mana ada kawan lain selain korang. Korang special bagi aku tau." Rina tersenyum.

"Eh, abang tak special ke?"

"Special gak."

Akhirnya mereka ketawa gembira. Memang kita tak kan sangka siapa jodoh kita. Dah kenal lama pun tak semestinya itu jodoh kita. Baru kenal dua bulan pun boleh terus kahwin. Itulah rahsia Allah. Marilah kita berdoa semoga kita mendapat jodoh yang baik dan boleh membimbing kita ke jalan yang baik. Amminnn..



P/s : maaf semua, dah lama tak buat cerpen ni rasa macam dah tak pandai nak buat citer pendek. Harap terhibur kali ini. Jangan lupa komen.

Saturday, 7 September 2013

18
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 14


Bab 14

Zizan memandu perlahan keretanya. Adiknya baru sahaja mengikut suaminya pulang ke rumah sewanya. Tak sampai 24 jam dia sudah merindui adiknya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Mengeluh Zizan melihat si pemanggil itu.

"Assalamualaikum.."

"Bila nak balik? Dah seminggu kat sana tak reti-reti nak balik ke!" marah seorang perempuan di hujung talian.

Zizan mengeluh lagi berat. Salam pun tak nak jawab ke? Katanya sekadar dalam hati.

"Adik abang kan kahwin. Abang ajak Ila ikut abang, Ila yang tak nak." lembut suara Zizan.

"Abang ni tak reti bahasa ke? Saya tak kan jejak kaki ke rumah mak ayaah abang tu. Tak kan! Baik abang balik cepat, Aiman ni dah bising-bising nak ayahnya." Ila terus menamatkan panggilan.

Tersentak hati Zizan. Seorang isteri bercakap kasar begitu pada seorang suami. Dia memandu pulang.



*****



Baru selesa dapat tinggal di bilik sendiri. Bebas mahu buat apa sahaja. Izz Izzati berpuas hati dengan biliknya. Walaupun kecil tetapi amat selesa.

"Zati, dah siap ke?" jerit Tengku Zam Hairil dari ruang tamu.

"Kejap!" tiba-tiba telefon bimbit Izz Izzati berbunyi. "Abang..."



Adik, abang sedih ni! -Zizan



"Kenapa sedih pula? Mesti pasal kak Ila ni." teka Izz Izzati.



Sabarlah abang, pasal kak Ila tu tak boleh nak buat apa - Izz Izzati.



Izz Izzati membalas mesej abangnya itu. Dia terburu-buru memakai stoking. Di ruang tamu, dia tidak memandang pun Tengku Zam Hairil. Hatinya lebih bimbangkan abangnya itu.

"Jom!" Izz Izzati mengajak Tengku Zam Hairil tetapi di tangannya masih memegang telefon.

Tengku Zam Hairil mengikut jejak langkah Izz Izzati.

Izz Izzati menuju ke kereta ford milik suaminya itu. Dia menunggu pintu itu dibuka tetapi tiada.

"Eh!" Izz Izzati terkejut. Tengku Zam Hairil berada di belakangnya. "Kenapa ni Tengku?"

"Saya...."

Tut tut tut...

Bunyi telefon bimbit Izz Izzati. Dia tidak mempedulikan Tengku Zam Hairil.



Abang dah sampai rumah ni. Abang sayang adik abang. Satu je abang nak pesan. Dah jadi isterinya, jadi isteri yang baik. Jangan jadi macam kak Ila kamu. Okey, selamat malam. Sayang adik - Zizan



Tersentuh hati Izz Izzati membaca mesej pesanan ringkasnya. Dia segera membalas mesej tersebut dan masih berdiri tegak tepi kereta Tengku Zam Hairil.

Tengku Zam Hairil yang menyedari yang Izz Izzati tidak mahu memberi perhatian padanya, dia mula menjarakkan diri dan menuju ke pintu kereta bahagian tempat memandu. Dia masuk ke dalam kereta itu.

Entah mengapa Tengku Zam Hairil mahu Izz Izzati melayannya. Bergurau dengannya tetapi wajah gadis itu serius pula.

Izz Izzati masih di luar kereta.

Tengku Zam berasa geram lalu menekan hon kereta.

"Tengku!" Izz Izzati terkejut. Segera dia masuk ke dalam kereta.

"Awak nak pergi makan atau nak makan telefon tu?" sindir Tengku Zam Hairil. Entah mengapa dia rasa sikap Izz Izzati seperti adik dan mamanya. Dia benar-benar rasa sedih. Baru semalam dia rasa bahagia bersama isterinya tetapi malam ni... Dia sendiri tidak tahu apa nak kata.

"Sorry Tengku, abang saya yang mesej." jujur Izz Izzati.

"Lor sekarangkan abang awak kan dah jadi abang saya. Macam tak suka saya je." Tengku Zam Hairil benar-benar kecil hati.

"Eh, mana ada saya tak suka Tengku! Saya suka sangat dengan Tengku cuma kalau abang saya ada masalah atau bersedih, saya dapat rasakan kesedihannya juga."

"Tengok tu, abang saya... Abang saya... Sebut jelah abang Zizan. Abang Zizan kan abang ipar saya juga. Kenapa ni? Cepat cerita pada saya. Kalau tak saya tak nak makan nasi, saya nak makan awak!" tegas Tengku Zam Hairil. Tak jadi merajuk. Abang Zizan seorang yang baik. Aku nak juga tahu apa masalahnya tapi sepanjang aku mengenalinya, abang Zizan seorang yang ceria. Tak pernah pula nampak dia bersedih.

"Mesti Tengku tak tahu pasal ni. Yang abang Zizan tu dah kahwin!"

"What?!" terjerit Tengku Zam Hairil dalam kereta yang masih tidak bergerak itu.

"Dah tiga tahun abang Zizan berkahwin dengan kak Ila." wajah mendung Izz Izzati mula terukir. "Mereka juga ada seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan."

Pantas Tengku Zam Hairil mencapai tangan Izz Izzati lalu mencengkam lembut. "Sabar ye sayangku..." pujuknya. Dia juga tidak sanggup melihat isterinya sedih.

"Tengku!" Izz Izzati memeluk Tengku sambil menangis.

"Dah! Dah! Jangan nangis. Zati tak payah cerita lagi pasal ni. Kita pergi makan dulu dan lepas tu baru cerita." Tengku Zam Hairil menepuk lembut belakang isterinya.

"Okey..." pelukannya terlerai.

"Macam tu la. Pakai tali pinggang keselematan tu. Kita cari tempat makan!" semangat Tengku Zam Hairil memulakan pemanduannya.

Izz Izzati tersenyum. Senang hati melihat gelagat suaminya itu.

"Dah sampai! Tak apa la. Malam ni saya belanja awak makan." kata Tengku Zam Hairil sambil keluar dari keretanya.

"Tapi saya dah janji nak belanja Tengku."

"Janji tu saya simpan dalam hati dulu. Suatu hari nanti saya akan tuntut janji tu." senyuman dibibir Tengku Zam Hairil makin lebar.

Tersentak hati Izz Izzati melihatnya. Senyuman itu terlalu indah baginya. "Baiklah Tengku..." dia juga turut tersenyum.

Zizan memandang dari luar rumahnya. Ikutkan hati, berat rasanya nak pulang tapi aku rindu sangat pada kau, Ila. Kenapa perkahwinan kita jadi macam ni? Aku sayang kau sepenuh hati, tetapi mengapa aku tidak dapat perhatian seperti suami-suami yang lain. Hatinya berbicara.

Dia melangkah masuk ke rumah.

"Balik pun. Nah! Jaga Aiman ni. Asyik bising memanggil ayahnya je." Ila meletak kasar kanak-kanak lelaki di hadapan Zizan.

"Ila, tak boleh ke sambut abang elok sikit." Dia mendukung Aiman yang sedang menangis itu.

"Nak sambut abang macam mana? Macam putera raja. Ada karpet merah? Malaslah saya! Saya nak tidur. Esok kena bangun awal nak pergi kerja!" Ila ingin berlalu ke biliknya.

"Tak la sampai begitu. Tadi Ila kata ada masak, jadi abang tak makan la kat luar. Boleh hidangkan makanan untuk abang?" Zizan masih berlembut. Dia harus sabar dalam membimbing isterinya itu.

"Saya dah buang sebab abang balik lambat!" kata Ila dan terus berlalu tanpa mempedulikan suaminya itu.

Tersentak hati Zizan. Perutnya lapar. Jam dinding menunjukkan jam 12 tengah malam. Ya Allah! Kenapa kau uji aku begini? Dia banyak bersabar dengan Ila.

"Anak ayah dah makan ke belum?"

Aiman menggeleng. "Lapar... Lapar..."

"Susu nak tak?"

"Tak nak..."

"Ayah pun lapar. Tak apa la, kita makan maggie ayam ye?"

"Maggie? Nak!" Aiman gembira. Itulah makanan yang selalu disuap oleh Ila jika dia malas mahu memasak sehingga anak yan berusia tiga tahun ini pun lebih suka makan makanan begitu berbanding makanan yang lebih berkhasiat.

Zizan berlalu ke dapur. Bersepahnya! Pinggan mangkuk tak basuh. Cawan merata-rata ada.

Zizan mengeluh. Dia membuka laci makanan. Mujur masih ada lagi stok maggie. Selepas makan, barulah Aiman boleh tidur. Budak selagi tak kenyang, mana nak tidur. Tidur ye anak ayah. Dia menepuk perlahan bahu anaknya itu.

Selepas itu, dia membiarkan anak itu tidur di atas tilam di ruang tamu. Itulah tempatnya tidur selama ini. Dia tidak mahu tidur di bilik. Hal ini kerana bilik mereka tak macam bilik. Bersepah dengan kain baju dan tidak terurus.

Zizan membasuh pinggan dan mengemas dapur. Hampir jam dua barulah siap. Lelaki yang kemas, mestilah lambat sikit. Sebelum lena, dia masuk ke bilik isterinya untuk melihat anak perempuannya yang baru berusia setahun lebih. Safiyya, ayah rindu anak perempuan ayah ni... Dia kembali semula ke ruang tamu.

Badan yang penat itu, terus lena dipangkuan anak lelakinya.

"Abang sayang Ila. Abang harap isteri abang berubah suatu hari nanti. Abang tetap akan tunggu Ila." Zizan pejamkan matanya.



******



Tengku Zam Hairil terpana mendengar cerita isterinya.

"Tak sangka kak Ila perangai macam tu, Zati..."

"Betul Tengku. Puas dah abang Zizan nasihatkan kak Ila."

"Tadi Zati kata, awal perkahwinan mereka bahagia aje. Tapi kenapa sekarang tak bahagia?"

"Kak Ila benci mak."

"Mak yang baik gila tu dia benci? Saya tak faham betul la!" Tengku Zam Hairil terkejut. Puan Zalimah melayan dia dengan baik. Tak pernah berkata kasar atau menghinanya.

"Itu yang saya tak faham Tengku." Izz Izzati pun tidak faham apa yang kakak iparnya mahukan.

"Tak apa Zati, nanti awak cerita lagi pada saya ye?"

"Okey..." mereka terus menjamu selera selepas makanan yang dipesan sudah tiba. Mereka makan dengan penuh selera.



P/s: watak zizan berbeza pula kali ni...harap jangan ada yang geram2 hihihi

Tuesday, 3 September 2013

15
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 13



Bab 13

Izz Izzati menekup mulutnya. Dia cuba menahan dari ketawanya meletus.

"Zam, apa kena dengan kau?" marah Zizan. Tak pernah seumur hidupnya dipeluk oleh seorang lelaki kecuali Encik Azlan. Ayah aku peluk tak apa la. Itu kasih sayang seorang ayah tapi kalau si Zam ni yang peluk aku, kasih sayang seorang adik ipar ke? Peluk pun lain macam ni.

"Kenapa kau kacau aku tidur?" kasar Tengku Zam Hairil.

"Kacau kau tidur? Aku kejut kau bangun supaya kau tak mati kelaparan pagi ni!" geram Zizan lalu sekeh kepala Tengku Zam Hairil dengan kuat. Biar sedar sikit dari perangai tak betul tu.

"Aduh!" memang rasa sakit kepalanya. Tengku Zam Hairil tersedar. "Abang Zizan, maaf! Saya memang jadi tak betul kalau orang kacau saya tidur. Maafkan saya!" dia benar-benar malu dengan Zizan. Apa yang dah aku buat ni?

"Hahahahahahhaha!" Izz Izzati ketawa. Dia masuk ke dalam bilik. Sampai keras perutnya ketawa. Mata pun berair sama.

"Sedapnya ketawakan kita. Jom Zam, kita geletek dia. Bagi kasi gelak sampai pengsan! Nak gelak sangat kan?" Zizan menghampiri adiknya itu. Sekarang dia dah tahu yang adiknya itu sengaja mahu kenakannya. Dari awal lagi Izz Izzati tidak mahu mengejut Tengku Zam Hairil sebab tidak mahu dipeluk.

"Jom bang! Saya pun geram juga tengok adik abang..." Tengku Zam Hairil berkata begitu. Dia rasa geram sebab isterinya itu tidak memberitahu hal sebenar pada Zizan.

"Tak nak!" Izz Izzati terus berlari ke dapur.

"Mak tolong!" Izz Izzati menyorok belakang Puan Zalimah.

"Mana adik nak lari! Meh abang sekeh kepala tu macam abang sekeh si Zam ni!" bebel Zizan.

Tengku Zam Hairil tersengih. Malu bila teringat yang dia memeluk Zizan tadi.

"Apa yang bising-bising ni? Tak baik macam tu depan rezeki." Encik Azlan muncul. Dia terus menarik kerusi makan lalu duduk.

"Betul cakap ayah kamu tu. Meh makan semua." Ajak Puan Zalimah pula.

Selepas makan sahaja Zizan berdiri dulu. Sempat dia sekeh kepala Izz Izzati sebelum berlalu ke ruang tamu.

"Sakitlah!" geram Izz Izzati. Zizan terus berlari.

Puan Zalimah hanya melihat telatah anak-anaknya itu. Izz Izzati pun mengemas dapur. Izz Izzati mengelap tangannya di kain tuala yang ada di tepi peti sejuk.

"Zati, meh sini! Mak ada benda nak cakap sikit." Puan Zalimah memanggil lembut anak perempuannya.

"Ye mak!" Izz Izzati melabuhkan punggung di kerusi sebelah Puan Zalimah. "Ada apa mak?"

"Mak tahu anak mak berkahwin sebab pilihan ayah tapi mak harap, anak mak boleh jadi isteri yang baik." Puan Zalimah mengusap rambut anaknya itu.

"Zati seorang sahaja anak perempuan yang mak ada. Mak tak nak Zati buat kesilapan. Sebelum mak kahwin dengan ayah kamu tu, ibu mak selalu nasihat. Suami yang utama. Suamilah raja. Suamilah tanggungjawab kita. Seburuk mana suami kita. Sejahat mana pun, selagi arahan dia tak melanggar agama, Zati kena ikut perintahnya. Zati faham?"

Izz Izzati angguk kepala.

"Zati, mak cakap ni untuk kebaikkan Zati. Mak bukan nak membebel tapi nak ingatkan Zati yang Zati ini isteri orang. Kena jaga batas dengan lelaki lain. Kena minta izin dengan suami kalau nak keluar rumah. Nak jadi penulis pun kena minta izin suami tau," kata Puan Zalimah. Dia tersenyum.

"Nak menulis pun kena minta izin ke mak?" Izz Izzati mengaru kepalanya.

"Mesti sayang... Kalau Zati asyik menulis sehingga mengabaikan perhatian Zati pada suami, berdosa sayang. Sebab itu Zati kena minta izin dulu."

"Baiklah mak, nanti Zati minta izin Zam."

"Zam?" Puan Zalimah gelengkan kepala.

"Kenapa mak?"

"Seeloknya suami itu di panggil nama yang lebih baik. Panggil abang Zam kan sedap dipendengaran. Anak mak betul..."

"Oh, yeke?" Izz Izzati menutup mulutnya sendiri.

"Itu je mak nak pesan."

"Mah! Oh Mah!" Encik Azlan panggil dari ruang tamu.

"Ye abang! Mah datang ni!" Puan Zalimah berdiri. "Ingat pesan mak, utamakan suami." Puan Zalimah menuju ke ruang tamu pula.

Izz Izzati termenung.



******



Sesi macam nilah yang paling aku nak elak. Aku tak suka sesi perpisahan, minta maaf dan nangis-nangis ni. Menyampah sebab aku akan mengalirkan air mata.

"Mak... Ayah... Halalkan makan minum Zati. Maafkan segala kesalahan Zati." Izz Izzati memeluk erat Puan Zalimah.

Encik Azlan tersenyum. Dia terpaksa melepaskan anak perempuannya itu mengikut suami. Dulu Izz Izzati di bawah tanggungjawabnya tetapi sekarang, Tengku Zam Hairil yang lebih berhak ke atas anaknya itu.

"Mak halalkan... Mak maafkan semua kesalahan Zati." Puan Zalimah mengalir air matanya. Entah mengapa rasa berat mahu melepaskan anaknya pergi.

"Terima kasih mak. Abang, maafkan adik juga..." Izz Izzati menghampiri abang kandungnya itu. Wajah mendung Zizan menjadi tatapannya.

"Adik jaga diri. Kalau Zam tu lukai hati adik, bagi tahu sahaja abang. Biar abang tumbuk muka dia!" sempat Zizan main ugut-ugut.

Tengku Zam Hairil tersenyum pahit.

"Insya-Allah..."

"Zam, pak cik minta maaf. Penuh kereta Zam dengan barang-barang Zati." Encik Azlan hanya mampu mengeleng sahaja.

"Tak apa pak cik. Lain kali saya bawa lori pula." sempat Tengku Zam Hairil menjeling ke arah isterinya.

Izz Izzati terasa dengan kata-kata suaminya.

Mereka berdua bertolak dari Sabak Bernam ke Shah Alam.

Akhinya aku sampai juga di sini. Inilah rumah aku lepas ni. Aku kena kuatkan diri, mental dan fizikal melayan si Tengku yang berperangai tak senonoh ni. Izz Izzati hanya melihat Tengku Zam Hairil mengangkat barang-barangnya yang banyak.

“Awak ni nak pindah ke atau awak angkut semua barang awak kat rumah mak?” perli Tengku Zam Hairil dalam persoalan. Perwatakannya bagaikan berubah apabila mereka berada di rumah sewa itu. Orang yang budi bicara baik tba-tiba jadi sedikit kasar dan nakal.

“Mana ada banyak! Over la Tengku ni.” Izz Izzati mengerutkan dahinya. Memang tak banyak pun, kotak novel ada sepuluh kotak. Itu memang berat gila. Lepas tu beg pakaian aku ada dua beg je. Hah, kotak printer dan beberapa kotak yang ada keperluan seharian aku. Banyak ke? Dia sendiri tidak pasti itu dipanggil banyak atau sedikit.

“Banyak la mak cik!” geram Tengku Zam Hairil. Kalau tahu barang dia banyak macam ni. Aku upah aje orang tadi. Tubuhnya sudah basah dengan peluh. Rambutnya agak panjang. Sebulan tak potong. Hormon tinggi sangat. Cepat je tumbuh rambut di kepala.

“Banyak ye? Sorry la...”

“Sorry naik lori, okey!” balas Tengku Zam Hairil sambil mengangkat dua buah kotak novel milik isteri yang baru di nikahinya itu.

“Tunggu kejap!” Izz Izzati mencari sesuatu di dalam beg tangannya. “Jumpa!” dia tersenyum. “Meh berdiri kat sini!” ajak Izz Izzati.

“Sedapnya dia bagi arahan kat orang.”

“Sedap gak! Meh la sini!” ajak Izz Izzati lagi sekali.

“Yelah mak cik!”

Izz Izzati berdiri atas sofa yang ada. Dia mengikat rambut Tengku Zam Hairil yang agak panjang itu.

Tengku Zam Hairil tersentak. Tangan Izz Izzati yang lembut membelai rambutnya. Entah mengapa dia rasa terbuai sehingga kotak yang dipegangnya jatuh dan terkena hujung jari kakinya.

“Aduh! Aduh!” jerit Tengku Zam Hairil dan badannya sudah tidak stabil dan dia akan jatuh ke arah Izz Izzati berdiri.

Buk!

Tubuh Tengku Zam Hairil terlaga dengan Izz Izzati dan mereka sama-sama rebah atas sofa tersebut.

“Sakit la Tengku!”

“Yang awak pergi usik rambut saya tu kenapa?” marah Tengku Zam Hairil tetapi dia tidak mahu bangun dari menindih tubuh Izz Izzati yang sudah terperangkap di sofa satu itu.

“Sudahlah! Bangun! Tengku ni berat macam batu bukit!” geram Izz Izzati.

“Batu bukit? Bukit mana ni?” Tengku Zam Hairil mula mahu mengusik Izz Izzati. Muka wanita itu merah menahan marah. Mungkin marah.

“Bukit Merah!”

“Ish mengarut je!”

“Cepatlah bangun Tengku yang berat macam badak!”

“Sedapnya mulut berkata-kata.” Tengku Zam Hairil pun bangun. Dia duduk di sofa yang lagi satu dengan kaki yang sakit. “Kaki saya sakit ni. Awak angkat sendiri ye kotak-kotak ni.”

“Mana boleh!”

“Kenapa?”

“Banyak sangat...” kata Izz Izzati perlahan.

Tengku Zam Hairil mengeluh. Penulis ni memang la! Dia punya barang, dia sendiri tak larat nak angkat. Sabar aje la. Nasib baik rumah aku ni tak ada tangga. Kalau tak parah juga nak angkat semua ni.

Selepas sejam baru selesai angkat semua barang Izz Izzati di dalam bilik.

"Huh!" Tengku Zam Hairil terbaring atas katil Izz Izzati. Kotak terakhir yang paling berat. Kakinya yang sedikit sakit hanya ditahan sahaja.

"Apa ni Tengku, berpeluh macam ni, baring atas katil saya." marah Izz Izzati.

"Awak ni tak kenang budi ye? Saya angkat barang-barang awak seorang tau."

"Eh, maaf!" cepat-cepat Izz Izzati meminta maaf. Dia baru sedar. "Biar saya buatkan air untuk suami yang baik hati ini." manjanya.

"Macam tu la isteri solehah yang menyenangkan hati suami. Sila buat dengn kadar segera." Tengku Zam Hairil terus memejamkan mata. Penat.

"Ada air apa di dapur ye?"

"Awak buat je ais milo, boleh?" sempat suaminya menjawab.

"Set!" Izz Izzati terus berlalu ke dapur.

Tengku Zam Hairil pula terlelap kerana keletihan yang melampau.

"Tengku, saya dah si...." Izz Izzati terkesima melihat suaminya tidur. "Baik blah cepat-cepat!" Baru selangkah kaki Izz Izzati keluar dari biliknya. Dia terdengar suara garau suaminya.

"Kau nak ke mana?" Tengku Zam Hairil berubah watak.

"Saya nak ke tandas. Tak tahan ni!" cepat-cepat Izz Izzati berlari ke tandas yang berada di dapur. Air milo yang dibuatnya di letak atas meja.

Lama Izz Izzati duduk di dalam tandas.

"Zati! Keluarlah. Saya minta maaf pada awak..." jerit Tengku Zam Hairil dari luar sambil mengetuk pintu.

Izz Izzati rasa lega. Dia bersyukur sebab Tengku Zam Hairil mudah meminta maaf. Memang rendah diri.

"Tak apa... Saya dah tahu tabiat Tengku." Izz Izzati tersenyum. "Mari minum air saya buat ni."

"Thanks Zati. Okey..." dia duduk di meja makan yang mempunyai empat kerusi itu. Dia membeli meja makan yang bersaiz agak kecil sedikit. Sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin.

"Malam ni kita makan kat luar ye? Saya belanja! Sebab Tengku dah tolong angkat barang-barang saya dengan seikhlas hati."

"Ikhlaslah sangat..."

Izz Izzati ketawa kecil.



P/s: semoga terhibur dengan bab kali ini...bab seterusnya hari jumaat memandangkan hari rabu dan khamis saya pergi ambil jubah konvo dan raptai konvo...jadi selamat pagi....