Followers
Tuesday, 3 September 2013
15
Komen
Bab 13
Izz Izzati menekup mulutnya. Dia cuba menahan dari ketawanya meletus.
"Zam, apa kena dengan kau?" marah Zizan. Tak pernah seumur hidupnya dipeluk oleh seorang lelaki kecuali Encik Azlan. Ayah aku peluk tak apa la. Itu kasih sayang seorang ayah tapi kalau si Zam ni yang peluk aku, kasih sayang seorang adik ipar ke? Peluk pun lain macam ni.
"Kenapa kau kacau aku tidur?" kasar Tengku Zam Hairil.
"Kacau kau tidur? Aku kejut kau bangun supaya kau tak mati kelaparan pagi ni!" geram Zizan lalu sekeh kepala Tengku Zam Hairil dengan kuat. Biar sedar sikit dari perangai tak betul tu.
"Aduh!" memang rasa sakit kepalanya. Tengku Zam Hairil tersedar. "Abang Zizan, maaf! Saya memang jadi tak betul kalau orang kacau saya tidur. Maafkan saya!" dia benar-benar malu dengan Zizan. Apa yang dah aku buat ni?
"Hahahahahahhaha!" Izz Izzati ketawa. Dia masuk ke dalam bilik. Sampai keras perutnya ketawa. Mata pun berair sama.
"Sedapnya ketawakan kita. Jom Zam, kita geletek dia. Bagi kasi gelak sampai pengsan! Nak gelak sangat kan?" Zizan menghampiri adiknya itu. Sekarang dia dah tahu yang adiknya itu sengaja mahu kenakannya. Dari awal lagi Izz Izzati tidak mahu mengejut Tengku Zam Hairil sebab tidak mahu dipeluk.
"Jom bang! Saya pun geram juga tengok adik abang..." Tengku Zam Hairil berkata begitu. Dia rasa geram sebab isterinya itu tidak memberitahu hal sebenar pada Zizan.
"Tak nak!" Izz Izzati terus berlari ke dapur.
"Mak tolong!" Izz Izzati menyorok belakang Puan Zalimah.
"Mana adik nak lari! Meh abang sekeh kepala tu macam abang sekeh si Zam ni!" bebel Zizan.
Tengku Zam Hairil tersengih. Malu bila teringat yang dia memeluk Zizan tadi.
"Apa yang bising-bising ni? Tak baik macam tu depan rezeki." Encik Azlan muncul. Dia terus menarik kerusi makan lalu duduk.
"Betul cakap ayah kamu tu. Meh makan semua." Ajak Puan Zalimah pula.
Selepas makan sahaja Zizan berdiri dulu. Sempat dia sekeh kepala Izz Izzati sebelum berlalu ke ruang tamu.
"Sakitlah!" geram Izz Izzati. Zizan terus berlari.
Puan Zalimah hanya melihat telatah anak-anaknya itu. Izz Izzati pun mengemas dapur. Izz Izzati mengelap tangannya di kain tuala yang ada di tepi peti sejuk.
"Zati, meh sini! Mak ada benda nak cakap sikit." Puan Zalimah memanggil lembut anak perempuannya.
"Ye mak!" Izz Izzati melabuhkan punggung di kerusi sebelah Puan Zalimah. "Ada apa mak?"
"Mak tahu anak mak berkahwin sebab pilihan ayah tapi mak harap, anak mak boleh jadi isteri yang baik." Puan Zalimah mengusap rambut anaknya itu.
"Zati seorang sahaja anak perempuan yang mak ada. Mak tak nak Zati buat kesilapan. Sebelum mak kahwin dengan ayah kamu tu, ibu mak selalu nasihat. Suami yang utama. Suamilah raja. Suamilah tanggungjawab kita. Seburuk mana suami kita. Sejahat mana pun, selagi arahan dia tak melanggar agama, Zati kena ikut perintahnya. Zati faham?"
Izz Izzati angguk kepala.
"Zati, mak cakap ni untuk kebaikkan Zati. Mak bukan nak membebel tapi nak ingatkan Zati yang Zati ini isteri orang. Kena jaga batas dengan lelaki lain. Kena minta izin dengan suami kalau nak keluar rumah. Nak jadi penulis pun kena minta izin suami tau," kata Puan Zalimah. Dia tersenyum.
"Nak menulis pun kena minta izin ke mak?" Izz Izzati mengaru kepalanya.
"Mesti sayang... Kalau Zati asyik menulis sehingga mengabaikan perhatian Zati pada suami, berdosa sayang. Sebab itu Zati kena minta izin dulu."
"Baiklah mak, nanti Zati minta izin Zam."
"Zam?" Puan Zalimah gelengkan kepala.
"Kenapa mak?"
"Seeloknya suami itu di panggil nama yang lebih baik. Panggil abang Zam kan sedap dipendengaran. Anak mak betul..."
"Oh, yeke?" Izz Izzati menutup mulutnya sendiri.
"Itu je mak nak pesan."
"Mah! Oh Mah!" Encik Azlan panggil dari ruang tamu.
"Ye abang! Mah datang ni!" Puan Zalimah berdiri. "Ingat pesan mak, utamakan suami." Puan Zalimah menuju ke ruang tamu pula.
Izz Izzati termenung.
******
Sesi macam nilah yang paling aku nak elak. Aku tak suka sesi perpisahan, minta maaf dan nangis-nangis ni. Menyampah sebab aku akan mengalirkan air mata.
"Mak... Ayah... Halalkan makan minum Zati. Maafkan segala kesalahan Zati." Izz Izzati memeluk erat Puan Zalimah.
Encik Azlan tersenyum. Dia terpaksa melepaskan anak perempuannya itu mengikut suami. Dulu Izz Izzati di bawah tanggungjawabnya tetapi sekarang, Tengku Zam Hairil yang lebih berhak ke atas anaknya itu.
"Mak halalkan... Mak maafkan semua kesalahan Zati." Puan Zalimah mengalir air matanya. Entah mengapa rasa berat mahu melepaskan anaknya pergi.
"Terima kasih mak. Abang, maafkan adik juga..." Izz Izzati menghampiri abang kandungnya itu. Wajah mendung Zizan menjadi tatapannya.
"Adik jaga diri. Kalau Zam tu lukai hati adik, bagi tahu sahaja abang. Biar abang tumbuk muka dia!" sempat Zizan main ugut-ugut.
Tengku Zam Hairil tersenyum pahit.
"Insya-Allah..."
"Zam, pak cik minta maaf. Penuh kereta Zam dengan barang-barang Zati." Encik Azlan hanya mampu mengeleng sahaja.
"Tak apa pak cik. Lain kali saya bawa lori pula." sempat Tengku Zam Hairil menjeling ke arah isterinya.
Izz Izzati terasa dengan kata-kata suaminya.
Mereka berdua bertolak dari Sabak Bernam ke Shah Alam.
Akhinya aku sampai juga di sini. Inilah rumah aku lepas ni. Aku kena kuatkan diri, mental dan fizikal melayan si Tengku yang berperangai tak senonoh ni. Izz Izzati hanya melihat Tengku Zam Hairil mengangkat barang-barangnya yang banyak.
“Awak ni nak pindah ke atau awak angkut semua barang awak kat rumah mak?” perli Tengku Zam Hairil dalam persoalan. Perwatakannya bagaikan berubah apabila mereka berada di rumah sewa itu. Orang yang budi bicara baik tba-tiba jadi sedikit kasar dan nakal.
“Mana ada banyak! Over la Tengku ni.” Izz Izzati mengerutkan dahinya. Memang tak banyak pun, kotak novel ada sepuluh kotak. Itu memang berat gila. Lepas tu beg pakaian aku ada dua beg je. Hah, kotak printer dan beberapa kotak yang ada keperluan seharian aku. Banyak ke? Dia sendiri tidak pasti itu dipanggil banyak atau sedikit.
“Banyak la mak cik!” geram Tengku Zam Hairil. Kalau tahu barang dia banyak macam ni. Aku upah aje orang tadi. Tubuhnya sudah basah dengan peluh. Rambutnya agak panjang. Sebulan tak potong. Hormon tinggi sangat. Cepat je tumbuh rambut di kepala.
“Banyak ye? Sorry la...”
“Sorry naik lori, okey!” balas Tengku Zam Hairil sambil mengangkat dua buah kotak novel milik isteri yang baru di nikahinya itu.
“Tunggu kejap!” Izz Izzati mencari sesuatu di dalam beg tangannya. “Jumpa!” dia tersenyum. “Meh berdiri kat sini!” ajak Izz Izzati.
“Sedapnya dia bagi arahan kat orang.”
“Sedap gak! Meh la sini!” ajak Izz Izzati lagi sekali.
“Yelah mak cik!”
Izz Izzati berdiri atas sofa yang ada. Dia mengikat rambut Tengku Zam Hairil yang agak panjang itu.
Tengku Zam Hairil tersentak. Tangan Izz Izzati yang lembut membelai rambutnya. Entah mengapa dia rasa terbuai sehingga kotak yang dipegangnya jatuh dan terkena hujung jari kakinya.
“Aduh! Aduh!” jerit Tengku Zam Hairil dan badannya sudah tidak stabil dan dia akan jatuh ke arah Izz Izzati berdiri.
Buk!
Tubuh Tengku Zam Hairil terlaga dengan Izz Izzati dan mereka sama-sama rebah atas sofa tersebut.
“Sakit la Tengku!”
“Yang awak pergi usik rambut saya tu kenapa?” marah Tengku Zam Hairil tetapi dia tidak mahu bangun dari menindih tubuh Izz Izzati yang sudah terperangkap di sofa satu itu.
“Sudahlah! Bangun! Tengku ni berat macam batu bukit!” geram Izz Izzati.
“Batu bukit? Bukit mana ni?” Tengku Zam Hairil mula mahu mengusik Izz Izzati. Muka wanita itu merah menahan marah. Mungkin marah.
“Bukit Merah!”
“Ish mengarut je!”
“Cepatlah bangun Tengku yang berat macam badak!”
“Sedapnya mulut berkata-kata.” Tengku Zam Hairil pun bangun. Dia duduk di sofa yang lagi satu dengan kaki yang sakit. “Kaki saya sakit ni. Awak angkat sendiri ye kotak-kotak ni.”
“Mana boleh!”
“Kenapa?”
“Banyak sangat...” kata Izz Izzati perlahan.
Tengku Zam Hairil mengeluh. Penulis ni memang la! Dia punya barang, dia sendiri tak larat nak angkat. Sabar aje la. Nasib baik rumah aku ni tak ada tangga. Kalau tak parah juga nak angkat semua ni.
Selepas sejam baru selesai angkat semua barang Izz Izzati di dalam bilik.
"Huh!" Tengku Zam Hairil terbaring atas katil Izz Izzati. Kotak terakhir yang paling berat. Kakinya yang sedikit sakit hanya ditahan sahaja.
"Apa ni Tengku, berpeluh macam ni, baring atas katil saya." marah Izz Izzati.
"Awak ni tak kenang budi ye? Saya angkat barang-barang awak seorang tau."
"Eh, maaf!" cepat-cepat Izz Izzati meminta maaf. Dia baru sedar. "Biar saya buatkan air untuk suami yang baik hati ini." manjanya.
"Macam tu la isteri solehah yang menyenangkan hati suami. Sila buat dengn kadar segera." Tengku Zam Hairil terus memejamkan mata. Penat.
"Ada air apa di dapur ye?"
"Awak buat je ais milo, boleh?" sempat suaminya menjawab.
"Set!" Izz Izzati terus berlalu ke dapur.
Tengku Zam Hairil pula terlelap kerana keletihan yang melampau.
"Tengku, saya dah si...." Izz Izzati terkesima melihat suaminya tidur. "Baik blah cepat-cepat!" Baru selangkah kaki Izz Izzati keluar dari biliknya. Dia terdengar suara garau suaminya.
"Kau nak ke mana?" Tengku Zam Hairil berubah watak.
"Saya nak ke tandas. Tak tahan ni!" cepat-cepat Izz Izzati berlari ke tandas yang berada di dapur. Air milo yang dibuatnya di letak atas meja.
Lama Izz Izzati duduk di dalam tandas.
"Zati! Keluarlah. Saya minta maaf pada awak..." jerit Tengku Zam Hairil dari luar sambil mengetuk pintu.
Izz Izzati rasa lega. Dia bersyukur sebab Tengku Zam Hairil mudah meminta maaf. Memang rendah diri.
"Tak apa... Saya dah tahu tabiat Tengku." Izz Izzati tersenyum. "Mari minum air saya buat ni."
"Thanks Zati. Okey..." dia duduk di meja makan yang mempunyai empat kerusi itu. Dia membeli meja makan yang bersaiz agak kecil sedikit. Sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin.
"Malam ni kita makan kat luar ye? Saya belanja! Sebab Tengku dah tolong angkat barang-barang saya dengan seikhlas hati."
"Ikhlaslah sangat..."
Izz Izzati ketawa kecil.
P/s: semoga terhibur dengan bab kali ini...bab seterusnya hari jumaat memandangkan hari rabu dan khamis saya pergi ambil jubah konvo dan raptai konvo...jadi selamat pagi....
Komen
enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 13

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kan dah kena...
ReplyDeletehahahaha
sampai hati zizan dia sekeh kepala zam & izz..
ish2 xpatut2..
yg izz ni pon satu....
hahahahaha.....
aik still panggil "pakcik"....
uish xleh jadi ni...
think... think... think..
oh... maybe dua2 still belum selesa kot..
(dimaafkan) hahhahahha :P
sifat TZH...
ok...
1. xleh sapa2 kacau dia time tidor..
2. zam leka klu org sentuh rambut dia..
and more???
kita tunggu dan lihat
hihihihihihih....
*p/s : tahniah kak dh konvo...
hehehehehe
hope semuanya berjalan dengan lancar...
amin.... :D
konvonya selasa depan....minggu ni nak wat persiapan....hmmm tang pakcik tu salah taip...patutnya ayah la kan kan kan hihihi
DeleteTu lah... Qis pikir ria mybe tsalah taip ttg tu.. Patut nye ayah tp trbiasa ayat pakcik kn..sbb sblom nie pon pgl nye pkck..xpe blh btul kn..di maaf kn..hahaha
Deletehahaha...
Deletemaybe still xselesa kot..
why not zam say "pakcik" right???
biarpon dia pernah dipaksa zizan suruh panggil "ayah" dia kekok juga time tu siap tersedak si izz tu dibuatnya...
hahhahaha :D
(16)
ReplyDeleteHahaha... Kne peluk dgn tengku.. Kn x pasal2 kne sekeh dgn abg zizan..hhaha..
Suka cara mk izzati nasib.. Ap yg mk die kata mmg btul..blh di jdi kn pgetahuan dlm hidup kte..
Tu lah byk gle brg izzatu..sian tengku angkt sorg2 jew... Bru nk rase romentik blh kn jtuh lak brg tu dkt kaki tengku..hahaha..
Yg kelakar nye bila izzati cepat2 lari bila tengku sedar dari tidur..hahaha..selamat kn diri trus ..hahaha... Mmg best..
"ikhlas sangat" hihihi... Ayat x blh belah.. Ap lah kn blaku pas dieorg duk bsame kn..msti ad yg mgngu..ttg feya pon x sabar nk taw.. Huhuhu
*alahai rindu lah nk bce lg ,kne tgu ari jumaat..sabar jew lah.. Hihihi.. Wahhh...msti comel ria pkai jubah..
(6) Qaseh Allyea
ReplyDelete- yeahh... dh agak dh msti si zam tu peluk zizan dengan selambanyer. tak leh bayang mcm mne muka zizan msa kena peluk.. mesti merah punya.. ahahaha
- ksian kat zam dengan zati kena sekeh dengan zizan.. hihihi
- ala cedih la masa mak zati bg nasihat dengan time waktu depa nk berpisah... huhuuu :(
- aik si zam nie msih panggil en azlan pak cik lagi.. hurm maybe dya blom selesa lagi....
- fuyohh banyak nyer barang si zati bawak.. boleh pangsan si zam tu angkat.. hihihii
- best la time si zati ikat rmbut zam... nmpak sweet gitu.. hehehe
- selamat zati lari msok tandas.. klau tak msti kena peluk dengan zam.. sebab kcau dia tidur.. hahaha
* tak sabar nk bca bab 14.. hihihi
* tahniah kak ria dh nk konvo... ;) <3
best....
ReplyDeleteMemang best...
Delete9-
ReplyDeleteHahahaha, kan dah agak yg zizan kena peluk. Hahaha... Lawak la Tengku ni.
Tabiat dia bila kena kacau time tido ni pelik bin lawak binti kelakar. :D
Hahha, lagi kelakar time lepas Zati buat ais milo tu.
Haha, nampak tengku tido terus dia cakap "baik blah cepat-cepat" hahah... Takot bebenor nak kejut tengku, takut di peluk. Haha...
Sweetnye time Zati ikat rambut tengku.. Huhu, kena di tiru.. Upss. Haha..
Tah iah kak Ria.. Dah nak konvo dah. Huyeaa.. Huyeaa.. :P
*tahniah
DeleteCepat sambung ria...
ReplyDelete(4)
ReplyDeletenasib baiklah zizan ni pandai nak kejutkan TZH tu walaupun caranya macam tak berapa nak betul tapi padanlah dengan penyakit TZH bila bangun tidur terus jadi tak berapa nak betul.. suka hubungan zizan dengan izz. hubungan yang akrab. mesti sedih bila nak berpisah dengan mak ayah kan. kalau tadah air mata tu,agaknya boleh penuh baldi. macam manalah izz ni boleh kata barang2 dia tak banyak.padahal BANYAK sangat. novel je dah sepuluh kotak. nasib baiklah izz ni pandai mengelak daripada jadi amukan TZH ni bila kacau dia tidur. sweet je bila izz belai rambut TZH..kak ria , bab ni superb..sya nak lagi..:D
(--10--)
ReplyDeletemesti merah jambu muka Zizan tyme kena peluk ngn Tengku Zam.Izz bantai gelak.. memang kena laa.2 dua kena sekeh.. ambik korang..hadiah dari abang ipar buat adik ipar dan adik sendiri semperna perkahwinan..hahahha..
mak nie buat action sedih laa..tapi betul laa kata2 mak Izz..suami utama ..segala benda kena mintk izin..nak buat hobby sendiri pun kena mintak izin...takut di laknat tuhan nanti bila suami x ikhlaskan..jgn men men..besar sungguh tanggungjawab isteri ni..(komen nie belum kahwin)* hope Tengku Zam dan Izz menghargai satu sama lain..
setiap n3 mesti ada sweet action.. tq kak ria.. kli nie Izz tolong ikatkan rambut Tengku Zam sampai terjatuh.. boleh kata setiap moment mereka ada y sweet.. tapi y pling penting habit Tengku Zam yang x ley diganggu tidurnya.. cepat2 Izz blaa.. toilet tempat y paling selamat...
hope sangt something will happen and depa x jalankan perjanjian 6 bulan tu..
(13)
ReplyDelete1. hahaha...lawak! boleh plk dia pergi plk abg ipar dia..malunya kalau saya...sweet je citer ni...ha, dgr nasihat mak tu Zati. mmg betul kata2 mak tu..
2. byklah brg kamu tu cik adek oi..10 kotak novel? ingat ringan ke apa? apahal Tengku mcm dh bertukar perwatakan ni?
3. cpt leka eh kalau org usik rambut? nanti sy usik lebih2 boleh? pandai betul si Zati ni...tandas yg dia pergi... haha, ikhlaslah sangat..
-5-
ReplyDeletesi tengku ni semua xboleh..
kacau tidur tak boleh, usik rambut pun xboleh..
ni belum zati usik tedy dia... xdapat dibayangkan... huhu..