Followers
Saturday, 7 September 2013
18
Komen
Bab 14
Zizan memandu perlahan keretanya. Adiknya baru sahaja mengikut suaminya pulang ke rumah sewanya. Tak sampai 24 jam dia sudah merindui adiknya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Mengeluh Zizan melihat si pemanggil itu.
"Assalamualaikum.."
"Bila nak balik? Dah seminggu kat sana tak reti-reti nak balik ke!" marah seorang perempuan di hujung talian.
Zizan mengeluh lagi berat. Salam pun tak nak jawab ke? Katanya sekadar dalam hati.
"Adik abang kan kahwin. Abang ajak Ila ikut abang, Ila yang tak nak." lembut suara Zizan.
"Abang ni tak reti bahasa ke? Saya tak kan jejak kaki ke rumah mak ayaah abang tu. Tak kan! Baik abang balik cepat, Aiman ni dah bising-bising nak ayahnya." Ila terus menamatkan panggilan.
Tersentak hati Zizan. Seorang isteri bercakap kasar begitu pada seorang suami. Dia memandu pulang.
*****
Baru selesa dapat tinggal di bilik sendiri. Bebas mahu buat apa sahaja. Izz Izzati berpuas hati dengan biliknya. Walaupun kecil tetapi amat selesa.
"Zati, dah siap ke?" jerit Tengku Zam Hairil dari ruang tamu.
"Kejap!" tiba-tiba telefon bimbit Izz Izzati berbunyi. "Abang..."
Adik, abang sedih ni! -Zizan
"Kenapa sedih pula? Mesti pasal kak Ila ni." teka Izz Izzati.
Sabarlah abang, pasal kak Ila tu tak boleh nak buat apa - Izz Izzati.
Izz Izzati membalas mesej abangnya itu. Dia terburu-buru memakai stoking. Di ruang tamu, dia tidak memandang pun Tengku Zam Hairil. Hatinya lebih bimbangkan abangnya itu.
"Jom!" Izz Izzati mengajak Tengku Zam Hairil tetapi di tangannya masih memegang telefon.
Tengku Zam Hairil mengikut jejak langkah Izz Izzati.
Izz Izzati menuju ke kereta ford milik suaminya itu. Dia menunggu pintu itu dibuka tetapi tiada.
"Eh!" Izz Izzati terkejut. Tengku Zam Hairil berada di belakangnya. "Kenapa ni Tengku?"
"Saya...."
Tut tut tut...
Bunyi telefon bimbit Izz Izzati. Dia tidak mempedulikan Tengku Zam Hairil.
Abang dah sampai rumah ni. Abang sayang adik abang. Satu je abang nak pesan. Dah jadi isterinya, jadi isteri yang baik. Jangan jadi macam kak Ila kamu. Okey, selamat malam. Sayang adik - Zizan
Tersentuh hati Izz Izzati membaca mesej pesanan ringkasnya. Dia segera membalas mesej tersebut dan masih berdiri tegak tepi kereta Tengku Zam Hairil.
Tengku Zam Hairil yang menyedari yang Izz Izzati tidak mahu memberi perhatian padanya, dia mula menjarakkan diri dan menuju ke pintu kereta bahagian tempat memandu. Dia masuk ke dalam kereta itu.
Entah mengapa Tengku Zam Hairil mahu Izz Izzati melayannya. Bergurau dengannya tetapi wajah gadis itu serius pula.
Izz Izzati masih di luar kereta.
Tengku Zam berasa geram lalu menekan hon kereta.
"Tengku!" Izz Izzati terkejut. Segera dia masuk ke dalam kereta.
"Awak nak pergi makan atau nak makan telefon tu?" sindir Tengku Zam Hairil. Entah mengapa dia rasa sikap Izz Izzati seperti adik dan mamanya. Dia benar-benar rasa sedih. Baru semalam dia rasa bahagia bersama isterinya tetapi malam ni... Dia sendiri tidak tahu apa nak kata.
"Sorry Tengku, abang saya yang mesej." jujur Izz Izzati.
"Lor sekarangkan abang awak kan dah jadi abang saya. Macam tak suka saya je." Tengku Zam Hairil benar-benar kecil hati.
"Eh, mana ada saya tak suka Tengku! Saya suka sangat dengan Tengku cuma kalau abang saya ada masalah atau bersedih, saya dapat rasakan kesedihannya juga."
"Tengok tu, abang saya... Abang saya... Sebut jelah abang Zizan. Abang Zizan kan abang ipar saya juga. Kenapa ni? Cepat cerita pada saya. Kalau tak saya tak nak makan nasi, saya nak makan awak!" tegas Tengku Zam Hairil. Tak jadi merajuk. Abang Zizan seorang yang baik. Aku nak juga tahu apa masalahnya tapi sepanjang aku mengenalinya, abang Zizan seorang yang ceria. Tak pernah pula nampak dia bersedih.
"Mesti Tengku tak tahu pasal ni. Yang abang Zizan tu dah kahwin!"
"What?!" terjerit Tengku Zam Hairil dalam kereta yang masih tidak bergerak itu.
"Dah tiga tahun abang Zizan berkahwin dengan kak Ila." wajah mendung Izz Izzati mula terukir. "Mereka juga ada seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan."
Pantas Tengku Zam Hairil mencapai tangan Izz Izzati lalu mencengkam lembut. "Sabar ye sayangku..." pujuknya. Dia juga tidak sanggup melihat isterinya sedih.
"Tengku!" Izz Izzati memeluk Tengku sambil menangis.
"Dah! Dah! Jangan nangis. Zati tak payah cerita lagi pasal ni. Kita pergi makan dulu dan lepas tu baru cerita." Tengku Zam Hairil menepuk lembut belakang isterinya.
"Okey..." pelukannya terlerai.
"Macam tu la. Pakai tali pinggang keselematan tu. Kita cari tempat makan!" semangat Tengku Zam Hairil memulakan pemanduannya.
Izz Izzati tersenyum. Senang hati melihat gelagat suaminya itu.
"Dah sampai! Tak apa la. Malam ni saya belanja awak makan." kata Tengku Zam Hairil sambil keluar dari keretanya.
"Tapi saya dah janji nak belanja Tengku."
"Janji tu saya simpan dalam hati dulu. Suatu hari nanti saya akan tuntut janji tu." senyuman dibibir Tengku Zam Hairil makin lebar.
Tersentak hati Izz Izzati melihatnya. Senyuman itu terlalu indah baginya. "Baiklah Tengku..." dia juga turut tersenyum.
Zizan memandang dari luar rumahnya. Ikutkan hati, berat rasanya nak pulang tapi aku rindu sangat pada kau, Ila. Kenapa perkahwinan kita jadi macam ni? Aku sayang kau sepenuh hati, tetapi mengapa aku tidak dapat perhatian seperti suami-suami yang lain. Hatinya berbicara.
Dia melangkah masuk ke rumah.
"Balik pun. Nah! Jaga Aiman ni. Asyik bising memanggil ayahnya je." Ila meletak kasar kanak-kanak lelaki di hadapan Zizan.
"Ila, tak boleh ke sambut abang elok sikit." Dia mendukung Aiman yang sedang menangis itu.
"Nak sambut abang macam mana? Macam putera raja. Ada karpet merah? Malaslah saya! Saya nak tidur. Esok kena bangun awal nak pergi kerja!" Ila ingin berlalu ke biliknya.
"Tak la sampai begitu. Tadi Ila kata ada masak, jadi abang tak makan la kat luar. Boleh hidangkan makanan untuk abang?" Zizan masih berlembut. Dia harus sabar dalam membimbing isterinya itu.
"Saya dah buang sebab abang balik lambat!" kata Ila dan terus berlalu tanpa mempedulikan suaminya itu.
Tersentak hati Zizan. Perutnya lapar. Jam dinding menunjukkan jam 12 tengah malam. Ya Allah! Kenapa kau uji aku begini? Dia banyak bersabar dengan Ila.
"Anak ayah dah makan ke belum?"
Aiman menggeleng. "Lapar... Lapar..."
"Susu nak tak?"
"Tak nak..."
"Ayah pun lapar. Tak apa la, kita makan maggie ayam ye?"
"Maggie? Nak!" Aiman gembira. Itulah makanan yang selalu disuap oleh Ila jika dia malas mahu memasak sehingga anak yan berusia tiga tahun ini pun lebih suka makan makanan begitu berbanding makanan yang lebih berkhasiat.
Zizan berlalu ke dapur. Bersepahnya! Pinggan mangkuk tak basuh. Cawan merata-rata ada.
Zizan mengeluh. Dia membuka laci makanan. Mujur masih ada lagi stok maggie. Selepas makan, barulah Aiman boleh tidur. Budak selagi tak kenyang, mana nak tidur. Tidur ye anak ayah. Dia menepuk perlahan bahu anaknya itu.
Selepas itu, dia membiarkan anak itu tidur di atas tilam di ruang tamu. Itulah tempatnya tidur selama ini. Dia tidak mahu tidur di bilik. Hal ini kerana bilik mereka tak macam bilik. Bersepah dengan kain baju dan tidak terurus.
Zizan membasuh pinggan dan mengemas dapur. Hampir jam dua barulah siap. Lelaki yang kemas, mestilah lambat sikit. Sebelum lena, dia masuk ke bilik isterinya untuk melihat anak perempuannya yang baru berusia setahun lebih. Safiyya, ayah rindu anak perempuan ayah ni... Dia kembali semula ke ruang tamu.
Badan yang penat itu, terus lena dipangkuan anak lelakinya.
"Abang sayang Ila. Abang harap isteri abang berubah suatu hari nanti. Abang tetap akan tunggu Ila." Zizan pejamkan matanya.
******
Tengku Zam Hairil terpana mendengar cerita isterinya.
"Tak sangka kak Ila perangai macam tu, Zati..."
"Betul Tengku. Puas dah abang Zizan nasihatkan kak Ila."
"Tadi Zati kata, awal perkahwinan mereka bahagia aje. Tapi kenapa sekarang tak bahagia?"
"Kak Ila benci mak."
"Mak yang baik gila tu dia benci? Saya tak faham betul la!" Tengku Zam Hairil terkejut. Puan Zalimah melayan dia dengan baik. Tak pernah berkata kasar atau menghinanya.
"Itu yang saya tak faham Tengku." Izz Izzati pun tidak faham apa yang kakak iparnya mahukan.
"Tak apa Zati, nanti awak cerita lagi pada saya ye?"
"Okey..." mereka terus menjamu selera selepas makanan yang dipesan sudah tiba. Mereka makan dengan penuh selera.
P/s: watak zizan berbeza pula kali ni...harap jangan ada yang geram2 hihihi
Komen
enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 14

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2.. AY
ReplyDeleteWhat abg zizan kawin dh?????
Ish xleh jadi ni..
Ingatkan baru nk masuk line..
Hahahahahaha..
Adakah zizan n ila kawin atas dasar suka sama suka??
Adakah zizan kawin tanpa restu parents dia???
*still xpercaya yg zizan dh kawin..
Hahahahaa
N kenapa ila benci kat mak zizan????
Mak yg begitu baik + sporting mcm tu
ish Xmungkin2...
Kenapa yg si ila jd perangai yg xserupa org ni...
Ada ke patut dia bt laki dia mcm tu..
-.-"
Teruknya bini zizan...
ReplyDeleteSanggup seorang isteri buat suami begitu...
ReplyDeleteGeramnya bab kali ni...zizan tu baik.., take care tp diduga dpt isteri mcm tu...
ReplyDeletebest ...
ReplyDeletesangat best,serius benci dengan watak ila yg bajed bagus tu, meh ni zizan meh sandar pada aku,hehe :)
ReplyDeleteRupanya keceriaan zizan tersembunyi duka. Penulisan ria mmg terbaik. Ria konvo kat mna ye.. hehe
ReplyDeleteRia natsumi:konvo kat upsi selasa ni
Deletehmm ade jugak cerita pasal zizan...sebab awal-awal ceritakan dh cakap yg zizan dh nikah..ingatkan dia dh tak ingat bini...wahahaha...good job kak ^^
ReplyDelete(6) Qaseh Allyea
ReplyDelete- terkejut plak bila tahu si zizan tu dah kawin..... terlepas la kak AY nk msok line.. hehehe..
- ksian dekat zizan dpat isteri yang mcm ila tu. geramnyer mcam nk tumbuk2 jer muka ila tu.. huhuhu
- mcm mna plak zizan dengan ila kawin..? nak tahu jgak..
-nape ila tak suka mak zizan....?
- wah sweetnyer bila tunku tu ckap 'sabar la sayangku' kat zati.. hehehe
*bab nie bnyak tanda tanya la.. huhuhu..
nak bca smbungan dia......
9.
ReplyDeleteDis part tang zizan. Hish... Sian betul kat abg zizan, dapat istri macam hantu. Haih abg zizan, i ingatkan you tak kahwin lagi, kita tgh nak cucuk jarum bagi jahit hati kita kat you..hahahha,
Pasti ade sebab tertentu knpa Ila tak suka kat mak zizan, mak zizan dlu tak restu diorg kahwin kot? Hehe...
Alahai tengku, dia nak makan zati? Ermm... Kang jadi kanibal. Kahkahkah...
Sweet jer time tengku peluk zati n ckp sabar sayangku, haha...
Kak ria... Mendera jiwa tul bila buat saspen semua ni, yg lepaih2 tu tang feeya, ni tang Ila pulak, hihi.. Suka suka ..
(16)
ReplyDeletesape sangka keceriaan abg zizan trsembunyi duka di aty kn..ksian abg zizan .. Knpe lag trul sgt perangai kak ila tu lyan suami.. Brdosa taw bt camtu pada suami.. Dgn rumah cam kne boom..adeh..
Kali nie cerita tentang abg zizan jew kn.. Bru trjawab knpe abg zizan sorg jew blk..rupa2 nye istri die x suka mk zizan..
Sweet jew tengku dan izzati bru nk manje izzati x layan..konon nk majok tp x jdi..hihihi best2..
(4)
ReplyDeleteGeram gila bila baca part zizan tu. Zizan tu punyalah baik,penyayang dan perfect la. Bukan senang nak cari lelaki yang macam lagi di dunia ni.grr. Kalau saya jadi Zizan,dah lama saya cari perempuan lain buat isteri. Cari perempuan yang baik,lemah lembut dan tahu menghormati suami la. Bukan macam Ila tu. Tak tau nak menghormati suami,suami balik penat2, terus dia bagi anak suruh jaga + dah lah tak bertanggungjawab. Sampai pinggan mangkuk pun tak boleh nak cuci apatah lagi nak kemas baju dalam bilik yang mesti macam tempat kucing beranak. ishishish. macam mana lah Zizan boleh tahan. Saya syorkan zizan tu kawin lain je, biar isteri dia tu menyesal dan belajar menghargai zizan.
apalah TZH ni,izz layan telefon pun tak boleh. itupun nak jeles. nasib baiklah bila izz cakap dia mesej abang dia, tak adalah nak melenting. sweet je mereka berdua ni..hehehe..:D
(--10--)
ReplyDeletetak sangka betul di sebalik keceriaan dan kegarangan abang Zizan terselit satu kehidupan yang tidak dijangka.. gila derhaka Ila nie kat Zizan..Aiman tu anak dia juga bukan anak Zizan sorang.sampai menangis Aiman kena ngn Ila.. .boleh pulak dia tengking tengking Zizan.. eeii durjana nya Ila..pling kuang ajaq betul laa.. ila buang semua makanan dlm tong sampah.. bg laa Aiman tu makan.. sampai x makan Aiman dibuatnya.. at last bapak n anak makan maggie jeww.. dah laa tidur kt ruang tamu.. subhanaAllah x sangka betul kehidupan Zizan...nasib bek ada adik y sentiasa beri sokongan dan dorongan kat Zizan.. ikut kan hati nie.. suruh jee Zizan nie kahwin lain if x nak ceraikan Ila.. tapi bila Zizan cakap "Abang sayang ila, abang harap ila berubah satu hari nanti, abang tetap akan tunggu ila" komperm laa Zizan sayang gila kt Ila..x bersyukur langsung Ila nie..
Harap2 rumahtanga Tengku dan Izz x jadi mcm nie.. simpang malaikat 44.. Tengku nie dgn abg ipar sendiri pun nak jeles.. haaa satu hal lagi nie.. Tengku sentap ngn Izz bila Izz ckp abang saya bukan abang kita...
alaa ceweetnyaaa..
tapikan apa laa dendam nya Ila kat mat Zizan dan Izz.. mak depa bukan main baiklaa.. senyum ku kalu dapat MIL mcm mak depa...
ila ni nasihat tuk ang---
Keredhaan Allah terhadap seorang isteri itu tergantung kepada keredhaan suaminya. Seandainya suaminya tidak redha maka isteri akan menerima seksaan Allah yang berat di akhirat nanti.
untuk Izz pun ada gak..
Isteri yang solehah adalah mematuhi segala perintah suami dengan penuh taat, selagi suami tidak mengajak isteri kepada perbuatan maksiat atau mempersekutukan Allah.(wish Izz akan menjadi Isteri Solehah kepada Tengku Zam)
(13)
ReplyDeletebetul2 tak sangka ada kesedihan di sebalik keceriaan zizan. ila, x baik tau mcm tu. tu namanya isteri derhaka. nanti Allah marah.
Alala, sweet nyer si Tengku ni..comel aje..dr first sy follow mmg x dpt detect yg Zizan tu dh kahwin. kesiannya Zizan.. really don't expect for this one. sabarlah zizan eh..
ila, awak x kesian ke dkt suami n anak2 awak. suami awak syg sgt dkt awak. awak x bersyukur ke dpt suami yg baik. yg sanggup menunggu awak. yg tahan dgn perangai awak tu. kalau lelaki lain, mungkin mereka dh ceraikan awak. bkn senang utk mencari lelaki sebaik Zizan.
-5-
ReplyDeletezizan dah kahwin? xpe.. tapi zizan raja lawak belum kahwinkan? huhuhu...
kesian abang zizan,..tetiba panggil abang..
banyak bersabar.. orang yg bersabar sentiasa dekat dengan Allah..
zizan, awak boleh ubah isteri awak tu!! you can brother!,
dialog tak best.. mcm formal sgt .. n tak puas ati mase zati cakap yg abg die dah kahwin.. pastu tetiba zam yg tak tahu pape psl bini zizan tu, g pujuk zati, ckp sabar la blablabla..
ReplyDeleteTAK LOGIK LANGSUNG! yg plg tak best.. care dorg communcate.. seriously formal gile
betullah kata awak...formal gila...aduh...terima kasih komen awak...ini lah akibat tulis sekali imbas je....bila baca semula, baru perasan ke formalannya yang sangat terserlah...nanti saya edit semula...terima kasih...
Delete