Followers

Wednesday 25 May 2011

9
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 1

E:\novel pic\food\cover\vs.jpg
“Danish Aniq, siapa tidak mengenali dirinya. Sejak dizaman sekolah rendah lagi dia digelar ‘vampire’ disebabkan personalitinya yang seakan vampire. Pada siang hari, wajahnya pucat bagaikan tidak cukup darah tetapi apabila malam menjelma. Danish bagaikan manusia yang baru mendapat kuasa luar biasa. Betul Lidya. Aku tidak bohong,” jelas sahabatnya, Nurul bagai menceritakan kisah dongeng. ‘Lebih-lebih pula Nurul, sampai zaman sekolah rendah pun hendak bagitau aku,’ hati Lidya Alya detik.
            “Pelik,” itu sahaja perkataan  yang keluar daripada mulut Lidya.
            “Lidya tidak takut ke?” soal Nurul. Wajah Lidya tiada tanda-tanda takut tetapi kusyuk memikirkan sesuatu. Rupa-rupanya dia memikir jawapan matametik. Lidya hanya angguk-angguk kepala. Geram betul Nurul kepada Lidya.
            “Buat apa Nurul hendak takut. Dia bukannya kacau kita,” jawabnya sambil menjawab soalan matametik.
            “Dia suka kacau budak perempuan tambah-tambah cantik macam kita. Lidya pelajar baru di sini. Mungkin tidak tahu perangai dia macam mana,” jelas sahabatnya lagi. Lidya hanya tersenyum. Nurul sudah perasan cantik.
            “Lidya cantik ke? Ala…dia kan lemah di waktu siang. Nurul bulilah habis-habisan,” cadang Lidya dengan selamba. Dia mengusap rambutnya yang panjang. “Ah, pening la soalan math ni!” Lidya terus bangun dan mengemas. “Nurul, saya pulang dulu. Nanti umi cari saya pula,” Nurul hanya angguk kepala sambil melihat jam di dinding kelasnya. “Lewat sudah!” kata Lidya dengan agak kuat.
            “Hati-hati Lidya! Sudah senja! Bahaya! jerit Nurul apabila Lidya sudah jauh meninggalkannya. Dia hanya menunggu ayahnya habis kerja tepat pukul 7 malam. Ayah bekerja sebagai pengawal keselamatan. Lidya melambai-lambai tangan ke arah Nurul. Dia berjalan dengan pantas sebab hari hampir gelap. Dia terpaksa melalui jalan yang dikeliling hutan yang mengambil masa 5 minit sahaja.
            Lidya melepaskan ikatan rambutnya yang panjang. Dia berlari sekuat hati apabila sampai di jalan hutan itu. Azan maghrib sudah berkumandang. Saat ini banyaklah syaitan berkeliaran. Kelihatan beberapa orang melepak dijalan itu. ‘Ini syaitan bertopengkan manusia. Azan sudah  berkumandang pun tidak reti-reti hendak balik rumah. Syaitan ini yang paling ditakuti berbanding hantu!’Memang Lidya berasa takut. Dia melalui sekumpulan tersebut dan lari sekuat hati. Takut. “Tak mahu balik lewat lagi,” permintaan Lidya pada diri sendiri.
            “Siapa perempuan itu? Dia pakai lencana sekolah kita,” kata salah seorang ahli kumpulan tersebut.
Akhirnya Lidya sampai juga di rumahnya. Lidya dan uminya baru sahaja pindah di kawasan ini. Selepas kematian ayah akibat sakit jantung, umi yang menyara Lidya. Lidya satu-satunya anak umi. Umi Kalsom. Dia membuka kasutnya. Tiba-tiba umi menarik telinganya.
            “Aduh! Aduh! Umi! Sakit!” bagai hendak terkeluar najis yang ada dalam lubang telinganya. ‘Apasal umi aku mengamuk? Tiada ribut, angin. Cuaca pun elok sahaja. Tidak hujan pun tetapi mengamuk, kenapa?’ Lidya mengikut jejak langkah uminya.
            “Umi cakap pergi sekolah, pakai tudung!” marah betul umi Kalsom kepada anaknya. Lidya buat muka selamba. ‘Dosa betul aku dengan umi. Insaflah Alya,’ kata-kata nasihat untuk diri sendiri.
            “Tidak dapat hidayah lagi hendak pakai tudung, umi,” selamba sahaja jawapan Lidya. ‘Memang berdosa besar aku tapi hendak buat bagaimana. Aku tidak selesa lagi pakai tudung. Rimas!’ hatinya mengamuk.
            “Tudung itu untuk tutup rambut Alya. Rambut itu aurat sayangku,” jelas uminya seperti ustazah. Umi memang pakai tudung labuh. Isteri solehah. Masa arwah ayah hidup, memang ayah sayang sangat pada umi.
            “Dengar umi cakap, Alya?” soalnya pula. Aku angguk kepala sahaja. Aku peluk lengan umi Kalsom.
            “Hendak bermanjalah itu. Maghrib-maghrib. Pergi mandi dan solat dulu. Selepas itu bermanja dengan umi di dapur,” arah uminya. Arahan yang penuh makna.
“Hendak suruh Alya masaklah tu” jawab Lidya. Uminya hanya tersenyum.
*****
Keesokan harinya, Lidya masih tidak memakai tudung. “Degil betul anak umi sorang ini,” kata umi Kalsom sambil mahu merotan Lidya tetapi Lidya pantas melarikan diri. Di campaknya beg galasnya di atas meja. Penat juga jalan kaki pergi sekolah, 1000meter dari rumah.
 “Eh, ada surat! Warna merah pula itu. Surat cinta kot?” Lidya tersenyum. Siapalah agaknya ye? Surat itu dibukak pelahan-lahan. Apa ini? Dia berasa pelik dengan apa yang ditulis dalam surat tersebut. Lidya takut. Dibacanya berulang kali surat yang dia dapat.
Lidya ya nama kau? Aku nampak kau balik petang semalam. So, aku nak kau jadi kawan aku sebab aku suka  dengan kau. Aku mahu jawapannya adalah ya atau yes. Yang lain aku tak mahu dengar. Pada malam ni, pukul 9 malam, jumpa aku kat tempat kau nampak aku lepak semalam. Kau datang sorang. Jangan risau aku tak kan apa-apa kan kau. Itu prinsip aku. dan kau jangan bagi tau pada sesiapapun.
Danish Vampire
            “Siap ada cop mohor lagi. Bersistematik pula kumpulan yang dikatakan ‘vampire’. Ingat ada lagi ke Pontianak zaman moden macam ini. Kalau Pontianak melayu biasanya perempuan. Ini lelaki pula. Kelakar! Kelakar! Hendak datang ke? Boleh percaya ke? Aku memang ada belajar silat tetapi tahap satu pun tidak lepas tambahan diorang itu ramai, mana boleh. Malas nak layan,” kata Lidya sambil membuka buku teks sejarah.
            “Lidya, jangan lupa kejap lagi kita ada pertandingan bersajak terbuka. Semua pelajar tingkatan 5 dan 4 yang jadi penonton,” ajak Nurul yang muncul dari mana Lidya sendiri tidak tahu.
            “Saya tidak lupa. Sekarang pergi dewan?” soal Lidya.
            “Yup! Jom!” Lidya hanya angguk kepala sahaja. Mereka bergerak pantas ke belakang dewan selepas berdaftar di kaunter pendaftaran. Lidya memang minat dalam bidang sasterawan. Beberapa peserta sudah ‘selamat’ melakukan persembahannya.
            “Peserta seterusnya, Lidya Alya daripada tingkatan 5 Sastera Ikhtisas akan mempersembahkan sajaknya bertajuk ‘Selamat tinggal kali ini sahaja’. Dipersilakan,” kata Cikgu Noraini.
            Lidya naik ke pentas. Tidak berkelip mata Danish memandang wajah cantik milik Lidya. Danish siap membawa video rakaman lagi. Dia merakam Lidya bersajak. Lidya mula bersuara.
Dalam waktu-waktu membawa diri yang hanyut
ada kamu,
Dalam resah desah hela nafas di gua kelam hidup
juga ada kamu,
Dalam tampar ombak semilir angin menghakis pantai hati
masih ada kamu,
Dalam canda dunia pada patung diri yang kosong
setia tetap kamu,
Dalam malam jelita yang dijeling bintang-bintang
kerap ada kamu,
Dalam usap gosok pelita yang kian malap
ada kamu,
selalu setia kamu…
teman juang..

Canda dan tawa bertingkah,
Sayu dan tangis merisik
menghantar pinangan waktu mengucap pisah salam,
Justeru pasti ada titik akhir di awal permulaan.

Kenang mengenang jiwa hilang,
Resah gelisah hati merindu,
Sayu syahdu cinta berlagu.

Kamu
ialah sebuah jiwa teman,
Kamu
ialah satu suara nyaman, senandung diri:
Aku sedih kamu menangis, aku suka kamu ketawa..
selalu dan selalu ada kamu…

Wahai taulan,
Pasti saja kalah aku dengan marathon waktu,
juga kalah pada pungguk yang setia dengan malam,
Tewas dengan kenangan memakan ingatan,
Lebur pada terik mentari menelan khayalan
gusar pada bengis waktu menerkam impian,

Sebenar pasti ada rindu..
bila harus mengungkap akhir temu
sekali-kali tidak bererti mati,
berperang kita di medan sendiri
atas satu semangat juang yang kita seru
selamat tinggal
kali ini saja.

            Tepukan gemuruh untuk Lidya. Selepas tamat pertandingan ini. Lidya diumumkan sebagai juaranya. Dia diminta untuk mempersembahkan semula sajaknya.
            “Terima kasih atas kemenangan ini. Sajak ini dicipta khas daripada sahabat baik saya, Siti Rossikin Binti Sahari. Harap sajak ini memberi makna dalam kehidupan kita,” Lidya mula bersajak. Suasana dewan yang riuh-rendah menjadi sunyi sepi hanya suara mendeklimasi sajak Lidya sahaja kedengaran. Danish juga kusyuk mendengarnya sambil merakam. Dia bagaikan terbuai indah dengan suara Lidya. Dia sudah kena panahan cinta pertama. Dia mahu memiliki Lidya.

*****
Malam itu, Lidya bagaikan cacing kepanasan. Kejap duduk. Kejap bangun. Kejap termenung. Teringat akan janji temunya dengan Danish. Dia sememangnya tidak mahu pergi. Tiba-tiba uminya ‘sekeh’ lembut kepala anak Lidya lalu duduk di lantai. Umi menjahit sesuatu.
            “Umi!” mengeras suara Lidya.
            “Alya yang tidak reti duduk diam ini, kenapa? Sakit kepala umi tengok. Duduk!” arah umi.
            “Umi ini macam ustazah. Tudung labuh tetapi garang, ganas, kuat, kaki gaduh dan semuanya yang sewaktu dengannya ada pada diri umi,” komen Lidya. ‘Mungkin perangai aku jadi begitu pun sebab aku ini keturunan umi. Memang sah pun,’ hihi Lidya tersenyum.
            “Oh, lepas kutuk umi, Alya senyum pula! Memang hendak kena budak kecil!,” uminya mengeletek Lidya dan Lidya ketawa menahan geli.
“Umi! Minta ampun! Tidak buat lagi!” kata Lidya. Uminya memeluk Lidya erat.
“Memang sikap umi begini. Janji hati umi baik dan umi tidak kacau hidup orang lain,” jelas umi Kalsom. Lidya mengangguk kepalanya. Hati dia tenang selepas dapat berbual dengan uminya. Dia memeluk tubuh umi. Inilah Lidya Alya, suka bermanja dan dimanjai.
            “Tidak guna punya perempuan, dia tidak datang malam ini. Siap kau! Aku tidak akan lepaskan kau!” marah sungguh Danish pada Lidya. “Berani perempuan itu buat aku tunggu dia. Siap kau esok,” katanya sambil memecut motor kesayangannya.
*****
‘Basikal siapa yang parking depan rumah aku ini. Salah parking ke? Sudahlah cantik. Menepati citarasa aku,’ kata Lidya yang ingin pergi ke sekolah.
            “Umi, Alya hendak pergi sekolah! Hendak salam?” jeritnya dari depan rumah. Uminya berlari anak. Lidya salam tangan uminya.
            “Ada bau. Bau nasi lemak yang sedap tangan umi. Umi, ini basikal siapa? Macam salah port sahaja dia letak. Salah rumah kot?” soalnya.
            “Ini umi beli untuk kemudahan Lidya pergi sekolah,” terkejut beruk aku mendengarnya. Gembira sampai aku berlari memeluk umi. Aku cium pipi, dahi, tangan umi banyak kali. Gembira gila.
            Gembira betul Lidya pergi ke sekolah dengan basikal barunya itu. Mukanya ceria. Tidak terkata. Dia juga tidak sabar hendak pulang ke rumah dengan basikal tersebut. Lidya sudah beri nama pada basikalnya itu iaitu ‘Boboy’.
            Apabila dia pulang dari sekolah, segera Lidya ke tempat letaknya basikalnya. Alangkah terkejutnya. Sudah kemek, remuk dan memang sudah macam basikal yang rosak. Menitis air matanya. Sedih. Hadiah daripada umi jadi begini. Ini hadiah paling berharga pernah dia dapat dalam hidupnya. Dengan kehidupan yang susah. Umi beli basikal ini tapi siapa yang kejam sangat sampai sanggup buat Boboynya nazak. Dia tahu siapa yang lakukannya tetapi dia sabarkan diri.
            Lidya menolak basikalnya sehingga ke rumah. Dia menangis semahunya di bahu uminya. Dia memeluk erat uminya. Umi kalsom juga menangis. Kasihan melihat anaknya.
            “Sudahlah sayang, jangan nangis. Nanti kita baiki basikal itu ye?” pujuk uminya. Lidya menggelengkan kepalanya.
            “Tak payahlah umi. Lidya tak mahu umi membazir duit lagi. Simpan duit itu untuk masa kecemasan,” kata hatinya dengan sayu. Semalaman dia menangis sambil melihat Boboynya yang sudah nazak itu. Bengkak matanya. Dia tidak boleh tahan lagi perasaannya. Malam itu Lidya datang ke tempat Danish selalu lepak. Dia sudah berpesan pada uminya, kalau dia tidak pulang dalam masa dua jam, cari Lidya. Langkah berjaga-jaga.
            “Datang pun minah cantik ini,” kata Danish. Diperhatikan rambut Lidya yang panjang diikat kemas. Sungguh dia sudah jatuh hati sejak dia melihat gadis itu berlari di depannya. Tetapi matanya sedikit bengkak. Kejamkah aku? Lidya hanya memandang tanpa senyuman.
            “Awak sorang sahaja?” soal Lidya. Berdua-duaan ditepi hutan ini! Pelik.
            “Aku sorang sahaja. Kau ada nampak orang lain ke?” Danish membuat lawak tetapi Lidya tidak ketawa.
            “Awak mahu apa dengan saya hah sampai Boboy saya jadi mangsa?” soal Lidya seakan mahu menangis kembali tetapi dia menahannya. Danish merenung wajah Lidya. Cantik. Hidung gadis itu merah. Mungkin baru lepas menangis.
            “Boboy? Siapa boboy?” soalnya pelik.
            “Basikal saya!” Lidya mengeraskan suaranya.
            “Basikal kau. Aku minta maaf pasal itu. Siapa suruh kau tak datang semalam jumpa aku? Aku mahu tanya kau satu soalan,” kata Danish sambil merenung tajam mata Lidya.
            “Tanya apa?”
            “Kau suka aku?” Danish bertanya. “Dan jawapannya sama ada Yes atau ya” tambahnya lagi.
            “Jawapan apa ni? Sama sahaja maksudnya. Jawapan saya C! Tidak! Saya tak suka awak. Ingat awak kacak ke? Kaya ke? Yang kaya itu ayah awak bukan awak. Jangan perasan! Kalau mahu berlagak dengan duit ayah awak. Saya tak peduli itu semua. Macam ini ke lelaki yang saya hendak suka? Berlagak, kaki perempuan, pembuli! Awak ingat saya ini pelajar baru saya tidak tahu apa-apa tentang awak,” jelas Lidya.
            “Kau tahu mengenai aku? Dikenali ramai jugak aku ini,” Danish berkata bangga. Lidya memandang sinis.
            “Perasan juga awak ini. Kalau dikenali sebagai orang yang negatif baik tak payah. Tiada yang hendak dibanggakan,” kata geram daripada Lidya.
“Lidya, aku suka kau. Kau cantik terutamanya leher kau. Boleh bagi aku gigit,” terus terang Danish. Dia sejak kecil suka melihat leher perempuan tapi belum pernah dia menggigit mana-mana leher. Dia begitu teruja melihat leher Lidya.
            “Kau gila! Ini sudah lari dari topik kita bincang. Sudahlah! Lebih baik saya pergi dari sini,” Lidya sudah berkira-kira mahu meninggalkan Danish tapi Danish menghalangnya dengan mencengkam lengannya. Lidya melawan tetapi dia tidak berdaya sebab sehari dia tidak makan. Danish mencengkam kedua-dua tangannya dan mulutnya sudah berada di leher Lidya. Air mata Lidya mengalir deras. Sungguh! Dia tidak sanggup! Terasa sakit apabila gigitan Danish dilehernya. Puas! Danish menyukai leher Lidya. Ini leher pertama yang dia dapat.
            Berbekalkan tenaga yang ada, Lidya berusaha melepaskan diri. Apabila pegangannya terlepas, terus sahaja Lidya lari ke tengah jalan dan pada masa yang sama, ada sebuah kereta yang sangat laju serta merta melanggar tubuh Lidya. Badan Lidya tercampak lalu banyak darah yang keluar. Orang yang melanggarnya terkejut melihat Lidya. Dia tidak perasan yang Danish ada disitu.
            “Lidya!” pak cik Rahman mengangkat tubuh Lidya dan membawanya ke hospital. Lidya di masukkan ke wad kecemasan. Banyak darah mengalir. Selepas beberapa seketika, Lidya dapat diselamatkan cuma…
            “Doktor, bagaimana keadaan anak saya?” umi Kalsom bertanya.
            “Anak puan dapat diselamatkan tetapi dia hilang ingatan. Akibat daripada pelanggaran yang kuat membuat ingatannya hilang dan menganggu saraf ingatan,”
            “Bolehkah ingatannya dipulihkan?” sungguh terkejut umi Kalsom mendengar keadaan anaknya. Air mata seorang ibu tumpah.
            “Kita cuba untuk ubatinya dengan mengingat peristiwa silam,” sebaik sahaja doktor berkata, dia terus meminta diri.
            Hampir seminggu Lidya di hospital dan hampir setiap hari Danish melawat Lidya. Sungguh dia rasa bersalah. Susah untuk dia mengetahui keadaan Lidya.
            “Lidya, kenal umi?” kata umi Kalsom dengan lembut. Lidya hanya memandang sepi dan menggeleng kepalanya.
            “Tidak apa-apa. Ini umi. Satu-satunya umi Alya. Alya jangan takut. Umi akan jaga Lidya. Kita tinggalkan tempat yang buat sayang jadi camni,” runtuh hati seorang ibu apabila melihat anaknya tidak mengenalinya.
Sejak peristiwa itu Lidya berpindah lagi. Danish tidak lagi menemui Lidya. Sungguh dia rasa bersalah pada Lidya tetapi kesan gigitan dileher Lidya telah meninggalkan kesan parut yang kekal pada Lidya. Danish berharap yang dia akan berjumpa semula dengan Lidya.
*****
Kini, sudah 5 tahun peristiwa itu berlalu tetapi tidak memberi kesan kepada hati Danish. Dia teruskan kegiatannya suka membuli, mencari perempuan yang cantik dan meningkatkan lagi perniagaan.
            “I love you,honey,” Danish bisikkan kata cintanya kepada Nana. Mereka berada dalam kereta milik Danish, ferarri berwarna merah.
            “Why you love me, Danish,” suara gedik Nana mula mengoncang iman Danish. Leher Nana diperhatinya. Entah kenapa dia sukakan leher perempuan sejak kecil lagi.
            “Because of you. You beautiful, sexy and clever,” Danish berkata. Perempuan pantang dipuji sikit. Mulalah kembang. Sungguh mudah dipedayakan.
            “So, you want marry me?” soal Nana lagi. ‘Kahwin? Oh no, belum tiba lagi. Aku belum puas lagi dengan apa yang aku buat. Kalau betul aku hendak kahwin sekalipun, bukan dengan perempuan begini,’ bisik hati Danish. Dibiar sahaja persoalan itu. Dia membawa Nana ke shopping complex. Terus sahaja dilupakan apa yang disoalnya. Perempuan tetap perempuan.
            Danish dan Nana memasuki sebuah kedai pakaian. Dia kusyuk dibahagian pakaian lelaki dan membiarkan Nana memilih sendiri pakaian yang dia mahu.
            “Lidya Alya,” seseorang memanggil nama itu. Danish terdengar. Dia memerhati perempuan empunya nama sambil membuka cermin mata hitamnya.
            “Yup! Kejap, saya hendak pilih jubah ini,” mata Danish tidak lepas memandang perempuan tersebut. Cantik.
            “Yang mana satu cantik, abang?” soalnya. Seperti pasangan bahagia. ‘Tidak mungkin Lidya yang aku kenal. Berbeza sungguh penampilan perempuan itu. Muka pun lain. Entah-entah itu suaminya. Cari nahas sahaja suka ‘bini’ orang,’ Danish bergerak ke sisi Nana dan keluar daripada kedai tersebut.
            “Yang hitam corak merah jambu itu cantik,” pendapat Shahril. Dia menemani adik sepupunya.
            “Cantik! Lidya,” isteri Shahril, Syaza menegur. Dipeluk bahu isterinya.
            “Betul. Sesuai untuk pergi interview Lidya tidak lama lagi,” Lidya hanya tersenyum. Seharian mencari baju yang sesuai. Yelah syarikat yang dia akan pergi ini bukan calang-calang. Nama pun sudah pelik dan menakutkan. Syarikat Vampire. Berani betul dia guna nama syarikat seperti itu. Entah la. Mereka bertiga meneruskan ke destinasi seterusnya.
*****
Danish pulang. Memang dia sudah setkan selepas asar adalah waktunya berehat. Tubuhnya memerlukan tenaga selepas seharian bekerja di pejabat. Adiknya, Damia Eryna sedang asyik membaca.
            “Tak ada kerja lain la itu, baca ujang. Ujang!” Kata Danish.
            “Along ini, buat lawak antarabangsa pula. Suka hati Mia la. Baik along naik atas dan tidur,” kata Damia sambil meneruskan pembacaannya sambil ketawa terbahak-bahak. Sorang-sorang pula itu.
            “Sudahlah itu Mia. Kang orang kata anak perempuan mama yang sorang ini gila pula. Kalau hendak baca sangat. Pergi baca di bilik kamu,” arah mamanya, Datin Erni. Damia buat muka tidak puas hati. Dia bangun dan masuk ke biliknya. Dia akan bekerja di sebuah syarikat mulai minggu depan. Itu pasal dia mahu berehat puas-puas.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Sungguh Damia malas mahu layan. Sekarang sudah masuk call yang ke sepuluh. Aduh hendak baca komik pun payah.
            “Assalamualaikum,”
            “Waalaikumusalam. Mia pergi mana tadi?” Yusuf bertanya.
            “Tidur,” jawab Damia ringkas.
            “Tak elok tidur waktu asar tau,”
            “Ok, Fine,”
            “Macam tak suka?” suara Yusuf seperti merajuk. ‘Memang pun aku tak suka kau. Sudah tahu tanya pula,’ hati Damia berkata-kata.
            “Tidaklah. Baiklah, tak solat asar lagi. Bye,” terus sahaja Damia putuskan talian. Lega rasanya.
*****
Danish bangun dengan bersemangat sekali. Matanya dibuka perlahan. Pelahan dia mengambil telefon bimbitnya dan melihat wajah seorang gadis yang sering dirinduinya saban hari. Wajahnya lembut. Suaranya merdu.
            “Rindunya aku kepadanya,” bibirnya berbisik. Danish teringat akan kata-kata Lidya.
            “Jawapan apa ni? Sama sahaja maksudnya. Jawapan saya C! Tidak! Saya tak suka awak. Ingat awak kacak ke? Kaya ke? Yang kaya itu ayah awak bukan awak. Jangan perasan! Kalau mahu berlagak dengan duit ayah awak. Saya tak peduli itu semua. Macam ini ke lelaki yang saya hendak suka? Berlagak, kaki perempuan, pembuli! Awak ingat saya ini pelajar baru saya tidak tahu apa-apa tentang awak,” peristiwa itu tidak akan dia lupakan.
‘Bagaimana keadaan Lidya sekarang? Mesti makin cantik. Sudah berkahwin ke dia? Tidak! Aku tetap mahu dia menjadi milikku. Kini aku sudah mempunyai kerjaya syarikat sendiri walaupun terpaksa bekerja dengan papa,’ hatinya resah memikirkan Lidya. Dia bangun dan terus menuju ke bilik mandi.

Selepas bersihkan diri, dia terus keluar dan menuju ke tempat biasa orang Kuala Lumpur lepak. Disko. Nana paling suka minum air Syaitan itu. Arak. Danish tidak pernah minum air tersebut. Dia tidak datang ke situ untuk minum atau makan. Cuma mencari mangsanya. Dia memerhatikan leher beberapa gadis yang cantik dan mengancam.
            Ada seorang gadis sudah terperangkap dengan mukanya yang kacak. Danish meninggalkan Nana yang tergedik-gedik menari bagaikan manusia hilang akal. Danish membawa perempuan yang bernama Sheila ke tempat yang agak tersenmbunyi. Mereka berbual dengan mesranya. Selambar sahaja Sheila mengucup bibirnya. ‘Bau busuk perempuan ni. Mungkin minum air haram,’ kata Danish. Mulutnya mula mendarat ke leher Sheila tapi tidak lama sebab seleranya mati. Leher itu bukan leher citarasanya. Memilih mangsa juga Danish.
            “Kenapa?” soal Sheila. Danish meninggalkan Sheila dan Nana sekali. Malas mahu melayan. Dia duduk di shopping complex. Memerhati orang sekeliling. “Perempuan siang tadi. Dia memang cantik,” Danish berkata.
            Lidya sedang menunggu Shahril dan Syaza yang membeli makanan di KFC berhampiran. Lidya lebih suka berdiri di luar memerhatikan orang sekeliling. Pandangannya jatuh pada seorang lelaki dan lelaki tersebut pun memandangnya. Bagi Lidya, pandangan itu sungguh menakutkan. ‘Macam orang hendak makan orang sahaja,’ agak Lidya dalam hati.
            Lelaki tersebut sedekahkan senyuman untuk Lidya. Lidya pun membalasnya dari jauh. Entah kenapa ada perasaan tenang ketika mata kami bertentangan. Lama. Bagaikan masa terhenti.
            “Lidya,” tegur Shahril yang membawa banyak makanan lalu Lidya menghulurkan tangan untuk angkat sebahagiannya tetapi Shahril tidak beri dirinya angkat. Pandangan mata Lidya kembali pada lelaki tadi dan lelaki itu masih setia memandangnya.
            “Kak Syaza, mana?” soal Lidya sambil tersenyum memandang Shahril. Danish yang duduk agak jauh tidak mendengar apa-apa yang dikatakan oleh Lidya. Hatinya didatangi cemburu melihat kemesraan perempuan itu dengan lelaki tersebut.
            “Kak Syaza ke tandas sebelah sana. Jom kita pergi ke sana,” ajak Shahril. Lidya hanya mengikut langkah Shahril dari belakang. Sempat lagi Lidya memandang lelaki tadi dan lelaki itu masih memandangnya tanpa jemur. Lidya menghadiahkan senyuman manis untuk lelaki tersebut dan lelaki itu membalasnya.
            “Entah kenapa hati aku berbunga-bunga. Macam dekat taman sudah. Sungguh manis senyumannya. Menggugat ketenangan aku sahaja. Harap dapat jumpa lagi dengan si dia,” kata Danish sambil bangun dan menuju ke masjid. “Aku macam dapat hidayah sahaja,” katanya bersendiri. Hatinya tenang setelah menunaikan solat. Memang sudah lama dia meninggalkan solat sejak belajar di luar negara selama tiga tahu. Rupanya tuhan itu masih sayangkan aku.
            Danish memasukkan sejumlah wang ke dalam tabung masjid. Dia berjanji akan membuang sikap yang tidak baik itu. Dia mahu mencari keredhaan Allah. Syukur! Hatinya terbuka juga. Dia termenung lama di tepi tangga masjid. Mengenangkan dosa-dosanya terutama pada Lidya Alya. Sungguh dia insaf. Disebabkan berasa lapar. Dia telah menghubungi seseorang.
            “Haris, jom keluar makan,” ajak Danish apabila teringat akan sahabatnya.
            “Aku tengah usha perempuan ini,” katanya dalam telefon.
            “Oi, bertaubatlah! Buah hati yang kau sayang sangat tu hendak letak mana?” kata Danish sambil masuk ke dalam kereta mewah miliknya.
            “Sarah ye? Dia tengah ada kerja luar. Dia kan seorang arketik. Itu yang jauh  ke timur melihat tapak pembinaan,” jelas Haris.
            “Jom la. Aku belanja kau makan,” ajak Danish dan terus sahaja Haris setuju. Mereka makan di kedai mamak di Ampang. Mereka berbual sampai tidak sedar hari sudah lewat.
            “Kau tidur rumah aku la, Danish. Aku duduk sorang sahaja,” ajak Haris.
            “Apa motif kau cakap kau duduk sorang aje pada aku. Gay ke?” agak Danish. Di tumbuknya bahu Danish.
            “Agak-agak la kawan. Aku masih waras la. Hati dan naluri lelaki aku hanya untuk perempuan sahaja,” akhirnya mereka ketawa bersama.
            Danish tidur di rumah Haris. Boleh tahan la mewah rumah Haris. Anak orang kaya. Mereka terus melelapkan mata apabila menonton ‘movie’ bersama. Danish di lantai dan Haris di sofa. Lena sungguh Danish tidur sambil termimpikan gadis yang dia jumpa tadi. Oh, sungguh indah mimpi ini. Tiba-tiba Danish terasa badannya dipeluk oleh seseorang. Mata terlalu berat untuk dibuka. Dia cuba mengingat kembali apa yang dia buat sebelum tidur.
            “Haris!” suara Danish sedikit mengeras dan membuka matanya. Alangkah terkejutnya Danish apabila melihat Haris sedang memeluknya erat. Sudahlah badan Haris lebih besar daripadanya. Tinggi pun tinggi Haris lagi. Haris 189 sentimeter manakala Danish hanya 184 sentimeter. Naik sesak nafas Danish apabila memikirkan Haris memeluknya.
            “Bukkk!” bunyi penumbuk dari Danish untuk Haris.
            “Kau gila ke?” suara Danish kuat dan tinggi. Haris tersedar. Dia mengosok-gosok matanya. Pelik dengan suara sahabatnya yang agak kuat.
            “Kenapa?” soal Haris. ‘Eh, takkan la tak rasa sakit. Aku tumbuk tak kuat ke? Macam tak sakit sahaja gaya Haris ni,’ hatinya berkata.
            “Kau peluk aku tu kenapa? Mengigau ke? Melampau betul. Aku pun kau nak peluk,” marah Danish. Geli.
            “Yeke? Bila masa aku peluk kau. Aku mimpi sarah tadi. Ish, mengarut la kau ni,” Haris tidak mahu mengaku.
            “Betul! Sudahlah aku nak tidur di bilik tamu kau. Kau tidur la kat sini,” Danish bangun dan menuju ke bilik tamu. Jam sudah menunjukkan waktu 3 pagi. Danish menyambung semula tidurnya.
            Tepat jam 5 pagi Danish tersedar. Dia dahaga. Dia pergi ke dapur Haris untuk minum air. Perlahan-lahan dia meneguk air tapi tiba-tiba gelas yang dipegangnya terjatuh akibat terkejut. Ada seseorang memeluknya dari belakang. Mulut Haris di telinga Danish. Terasa nafasnya hangat. Geli Danish memikirkannya.
            Kali ini Danish tidak dapat sabar. Diketuk kepala sahabatnya berkali-kali sehingga bangun.
            “Danish!” marah Haris. “Kenapa kau ketuk kepala aku?” soalnya.
            “Yang kau tu merayau sampai ke dapur hendak peluk aku, siapa suruh?” kata Danish. Jelas muka Haris terkejut.
            “Ya. Aku di dapur la. Bukan aku tidur di ruang tamu tadi?” soalnya.
            “Betul la itu. Kau ini ada penyakit tidur berjalan. Lain kali kau hati-hati sikit. Taubat aku hendak tidur di rumah kau lagi,” Danish menyuarakan pendapatnya.
            “Sorry,” kata Haris sambil mengaru-garu kepalanya. Dia juga pening.
            “Kalau kau tidur rumah kawan kau, jangan sampai kau masuk bilik orang perempuan. Susah! Teruk kau kena belasah nanti. Okey. Aku sudah mahu balik ni. Aku pergi dulu,” kata Danish sambil meninggalkan Haris yang masih memikirkan dirinya yang tidur berjalan.
            “Betul ke aku tidur berjalan?” kusut rambut Haris sebab dia garu-garunya kepala. Haris menyambung tidurnya semula. Masih awal lagi ini.

9 comments:

  1. hehe.. lawak la haris.. bleh tidur cari orang nak buat peluk lagi.. kihkihkih.. penat aje gelak..

    ReplyDelete
  2. hihihi ria pun penat gak nak gelak tapi itu satu lawak sahaja...hihi

    ReplyDelete
  3. best . tapi banyak typo lah . maybe sebab microsoft kot . tapi takpe . keep it up okey :)

    ReplyDelete
  4. baru mula2 menulis...jgn risau bab ni dah sedia edit...insya allah dalam novel sebenarnaya lebih baik

    ReplyDelete
  5. cerita dah best cume terlampau cepat peredaran ceritanya.ader part2 yg boleh diperkembgkan lagi...cthnya ader sesuatu incident yg menyebbkn danish bertaubat...
    blik dr disko terus jump ke masjid(taubat),mcm pelik jew

    ReplyDelete
  6. terima kasih sudi komen dan bagi pendapat...tapi rasanya ria ada tulis yang dia dapat hidayah sebab dia terpandang lidya...pendapat ria hidayah ni dalam banyak bentuk...soo bila dia tgk lidya dia rasa hatinya tenang dan terus bertaubat... boleh ke macam tu...?

    ReplyDelete
  7. bila novel nie nak dipasarkan..saya nak beli novel nie

    ReplyDelete
  8. saya sangat suka dengan jalan cerita novel ini..cepatlah publish novel nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel ni sudah publish pada tahun 2012... dengar khabar tidak dikeluarkan lagi...maaf...

      Delete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi