Followers

Wednesday 25 May 2011

3
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 3

‘Lawak memang lawak. Bagus ada majalah Ujang. Teman setiaku di kala kesunyian,’ Damia ketawa dalam kedai buku tersebut. Dia tidak mempedulikan orang sekeliling. Ada yang bergaduh hanya kerana komik sebuah. ‘
            “Tak patut. Tak patut gaduh sebab komik. Macamlah dah tak ada jual kat kedai lain. Gimik betul,” Damia menggelengkan kepalanya. Dia menuju ke kaunter bayaran dan membayarnya. Tiba-tiba, seorang lelaki bertanya di kaunter bayaran.
            “Di sini ada jual buku bagaimana memikat perempuan,” kata seorang lelaki. Damia hanya ketawa. ‘Ada juga orang seperti ini. Nak pikat perempuan pun nak kena rujuk buku ke?’ Damia ketawa lagi.
            Sedang Damia berjalan, dia terlanggar seseorang. Haris terasa seperti ada orang melanggarnya. ‘Kacau mood betul la.’ Haris memulakan paginya dengan indah sekali hari ini kerana Kekasih hatinya, Sarah sudah pulang dari timur. Gembiranya hati Haris tapi ‘Perempuan la yang langgar aku. Buat muka macho. Cantiknya perempuan ni!,’ Haris mengawal dirinya. Sempat mengatal.
            “Besarnya badan mamat ni. Sudah macam King Kong aku tengok,” terus terang Damia. Haris buat muka geram. ‘Aku yang kacak ini dikata king kong yang tak berapa nak kacak. Ish, perempuan!’ hatinya terasa panas. Perempuan itu meninggalkannya tanpa meminta maaf. Haris melihat jam tangannya.
            “Aku sudah lambat,” cepat-cepat Haris pergi membeli bunga. Perasaan geram tadi berubah kepada perasaaan gembira. Bunga-bunga cinta datang kepada Haris.
Kini, dia di Lapangan Terbang Subang untuk menyambut kekasihnya. Kelihatan Sarah dari jauh sedang berjalan ke arah Haris. Sarah mencium pipinya. ‘Adab mana yang diamalkan oleh Sarah ni. Tak pernah-pernah dibuat olehnya sebelum ini. Setahu aku, adab di timur sungguh sopan dan santunnya. Apa kejadah minah ni?’ hatinya bermonolog.
            “I miss you,” kata Sarah. Manja sangat. ‘Lain macam sahaja minah sorang ni? Berjangkit dengan siapa?’ Haris mula mengerutkan mukanya. Bimbang.
            “I know,” selamba sahaja Haris menjawabnya. Sebenarnya fikirannya masih memikirkan tentang perubahan sikap kekasihnya itu.
            “Why you answer like this?” Sarah sudah menarik muncungnya. Sarah tengok Haris masih termenung. Geram hati Sarah melihatnya. Di sikunya perut Haris.
            “Auwh!” Haris mengaduh sambil menggosok perutnya yang terasa sakit. ‘Sudah pandai karate aku nampaknya. Mana belajar ni? Banyaknya perubahan diri awek aku ni,’ hatinya bermonolog.
            “What’s wrong with you,?” soal Sarah dengan nada yang marah dalam merajuk. Baru Haris tersedar. ‘Lantaklah, janji cintaku sudah pulang,’ Haris mula tersenyum.
            “Sorry, darling. I miss you too,” Haris cuba memujuk. Sarah tersenyum apabila Haris bagi bunga kepadanya. Itu yang Haris suka, Sarah tidak akan merajuk lama-lama. Mereka bergerak meninggalkan lapangan terbang tersebut.
*****
Syarikat Vampire menjadi huru-hara. Danish mula mengamuk pada pagi tersebut. ‘Makhluk apa yang telah merasuk bos aku pagi ini?’ kata Novela. Risau melihat perubahan majikannya itu.
            “What the hell?!” marah sungguh Danish apabila melihat surat khabar mengenai tajuk ‘Anak Pengarah Syarikat Vampire menjadi Ustaz’. Marah betul Danish dengan penyataan ini.
            “Jadi baik pun nak tulis macam ini. Perlu ke?” kata Danish.
            “Tidak perlu, bos,” jawab Novela yang muncul dari mana entah. Dia membaca secawan teh untuk majikannya itu. Itu minuman kesukaan Danish. ‘Banyak-banyak air, air teh yang Danish suka. Memang tak sangka. Simple gila’ Novela tersenyum.
            “Bos nak saman diorang ke?” soal Novela.
            “Tidaklah sampai macam itu. Saya ni baik hati tau,’ Danish memuji dirinya sendiri. ‘Sejak bos berubah jadi baik, marah bos cepat baik. Marahnya sekejap sahaja,’ Novela tersenyum. Dia suka majikan dia yang macam ini.
            “Yang kamu senyum-senyum ini ada apa-apa ke?” soal Danish sambil mendonggak  muka melihat wajah Novela yang berseri-seri.
            “Tiada apa-apa,” Novela tersenyum lagi.
            “Baiklah, saya hendak ke bilik papa kejap. Kalau ada apa-apa hubungi saya,” pesan Danish. Dia bangun dan menuju ke bilik ketua pengarah.
            “Papa,” manja sahaja suara Danish memanggil ayahnya, Dato’ Danish Akil.
            “Kenapa dengan anak papa ni? Pagi-pagi muka sudah macam lembu nak beranak sahaja,” kata Akil sambil ketawa.
            “Papa, janganlah ketawakan Danish. Ada ke patut Danish dikatakan seperti ustaz?” Danish bertanya kepada ayahnya.
            “Patutlah dan amat sesuai. Malam sahaja pergi masjid, dengar ceramah. Rajin betul anak papa,” puji Akil. Akil membaca dokumen yang ada di atas mejanya.
            “Papa, itu kan Danish pergi bersama papa. Apasal nama Danish sahaja yang naik? Tak puas hati la,” kata Danish. Akil tidak habis-habis ketawakan anaknya.
            “Sudahlah itu Danish. Perkara kecil sahaja. Baik Danish pergi tengok tapak projek kita di Tanjong Malim, sudah siap pembinaan jambatan yang dibuat. Semak bahan binaan cukup atau tidak. Lagi bagus. Ada kerja juga kan?” nasihat Akil.
            “Kerja mudah sahaja itu, papa. Okeylah, Danish pergi dulu,” Danish meninggalkan Akil yang kusyuk membaca dokumennya.
*****
Lidya membuka surat khabar hari ini. Dia begitu tertarik dengan satu tajuk ini iaitu ‘Anak Pengarah Syarikat Vampire menjadi Ustaz’. Lidya hanya tersenyum. ‘Ini syarikat yang aku pergi temuduga hari tu. Bagus juga dapat majikan yang alim ini. Mudah sahaja mahu bekerjasama nanti,’ Lidya tersenyum lagi.
            “Pagi-pagi sudah membuat amal, Lidya,” tegur sahabatnya, Salina. Dia duduk di hadapan Lidya.
            “Baru sampai cik adik?” kata Lidya. “Amal apa yang saya dah buat?” soal hairan Lidya.
            “Pagi-pagi sudah senyum manis. Sedekah tu Lidya. Buat amal la orang panggil,” jelas Salina. Lidya hanya tersenyum.
            “Saya tersenyum sebab baca surat khabar. Bukan apa pun. Salina sudah makan?” Lidya bertanya.
            “Belum. Lidya hendak belanja ke?” Salina bertanya. Tiba-tiba telefon bimbit Lidya berbunyi. “Kejap tau. Nak jawab call,” kata Lidya.
            “Assalamualaikum,” Lidya memberi salam.
            “Waalaikumusalam. Boleh bercakap dengan Lidya Alya?” kedengaran suara seorang perempuan.
            “Ya, saya Lidya Alya,” jawab Lidya ringkas.
            “Tahniah, cik Lidya berjaya mendapat pekerjaan di syarikat kami, Syarikat Vampire. Tahniah lagi sekali. Cik Lidya boleh datang bekerja esok,” katanya. Gembira bukan main lagi Lidya.
            “Alhamdullillah. Terima kasih. Saya datang esok,” kata Lidya. Talian ditamatkan. Aku memandang Salina dengan wajah gembira dan Salina dapat agak apa yang berlaku.
            “Tahniah,” ucap Salina. Mereka berpelukkan. “So, Lidya harus belanja makan,” sambung Salina lagi.Lidya hanya angguk kepala sambil tersenyum. Tidak sabar Lidya ingin pulang untuk khabarkan berita gembira ini. Mereka berdua makan di kedai berhampiran.
            “Lidya, saya pergi dulu. Sudah lambat saya nak masuk pejabat. Nanti boleh selalu makan sama sebab kerja di tempat yang sama,” mereka bersalaman dan Lidya mula bergerak ke masjid. Seeloknya dia bersolat dulu di masjid.
            Selepas solat, Lidya termenung di tepi tangga dia. Dia teringat akan Adam. Jejaka yang pernah bertakhta di hatinya. Sanggup dia buat Lidya seperti itu. Meninggalkannya kerana perempuan lain. Meninggalkannya tanpa memberitahu sebab kekurangannya sehingga sanggup mencari perempuan lain. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi dengan irama lagu ‘Nur kasih’ dinyanyikan oleh Yasin.
            “Assalamualaikum,”
            “Waalaikumusalam,” suara seorang lelaki. ‘Adam!’ hati Lidya berdebar. Sungguh dia amat mengenali suara lelaki itu.
            “Ada apa-apa hal telefon saya?” lembut sahaja Lidya bertanya tetapi di hatinya hanya Allah sahaja tahu betapa berdebarnya dia.
            “Ya. Awak dapat pekerjaan yang awak temuduga hari tu. Tahniah!” ucap Adam. Lidya terkejut dengan apa yang didengarinya. Dia cuba bertenang.
            “Terima kasih. Ada apa-apa lagi? Bila saya boleh mula bekerja? Lidya bertanya. Dia cuba mengawal getaran suaranya.
            “Minggu depan. Harap buat persiapan ye?”
            “Baiklah. Terima kasih. Assalamualaikum,” lega hatinya apabila talian diputuskan olehnya. Entah kenapa  hatinya dilanda kesedihan. Disabarkan hatinya. Dikuatkan semangat. Lidya berjalan pulang dan menuju ke keretanya, Boboy.
            “Kita solat di sini sahaja, Haris,” ajak  Danish. Kebetulan kereta Lidya bergerak keluar dari perkarangan masjid dan kereta Danish masuk dalam perkarangan Masjid.
            “Aku tak kisah. Janji solat. Kita dah lewat ni,” kata Danish. Mereka berdua bergerak pantas dan menunaikan fardu zohor. Seusai solat.
            “Aku tak pernah berjumpa dengan family dan mengenali family kau,” kata Haris. Danish hanya ketawa.
            “Saja aku mahu berahsia dengan kau. Ala kita kawan sahaja. Cukuplah kau mengenali aku sahaja,” kata Danish sambil tersenyum. Danish memang susah hendak cerita perihal mengenai keluarganya.
            “Peliklah kau ini. Okey aku tak tanya sudah. Cukuplah aku tahu kau macam mana. Duduk mana dan kerja apa,” kata Haris. Danish menumpangkan Haris yang kebetulan berjumpa di kedai makan seberang jalan sana. Mereka mula bergerak ke tempat kerja masing-masing. Semestinya Danish menghantar Haris ke tempat kerja kerana kereta Danish, Sarah pinjam.
            “Baik betul kau dengan buah hati. Kereta pun bagi pinjam,” kata Danish. ‘Kalau aku, jangan harap nak bagi pinjam. Kereta Ferarri aku adalah kesayanganku. Hanya isteri aku sahaja boleh pinjam,’ hatinya berkata. Dia tersenyum.
            “Biasa sahaja. Dia kan bakal isteri aku juga. Tak kisah,” selamba sahaja jawapan Haris.
            “Tapi penyakit tidur berjalan kau tu amat bahaya dan menakutkan. Jaga-jaga,” kata Danish dengan tiba-tiba yang menegur tentang penyakitnya itu. Haris buat muka.
            “Kau ni! Jangan disebut tentang tu. Malu aku tau!” marah betul. Akhirnya mereka ketawa sendiri.
            “Kau kena ubati penyakit tu. Bahaya kalau terkena kat anak dara orang. Tak pasal-pasal kau kena paksa kahwin baru tau,”  pesan Danish.
            “Tak kan la sampai macam tu sekali. Kau jangan nak takutkan aku. Iman aku ni masih kuat la,” kata Haris dengan penuh yakin. Dia tersenyum.
            “Tang iman pula kau sebut. Ini pasal tidur kau. Kau kalau tidur tak sedar kau buat apa,” kata Haris.
            “Betul gak.”
            “Betul. Betul gak tapi kau tak ikut nasihat aku,” Danish mengeraskan sedikit suaranya. Haris hanya tersenggih. Mereka meneruskan destinasi mereka.
*****
Lidya bergegas menuju ke cafe. Dia sudah terlewat dua puluh minit dari yang telah dijanjikan. ‘Mahunya mengamuk budak Salina tu nanti,’ Lidya sudah rasa tercunggap-cunggap sebab berjalan laju. Dengan jubahnya, memang sukar untuk Lidya berjalan lebih laku tapi itu bukan alasan untuk dia tidak memakai jubah. Lidya menyukai jubah. Sampai sahaja Lidya di cafe, Lidya sudah nampak wajah Salina masam mencuka macam cuka. ‘Aku apa lagi, cuba berlagak ‘don't know’ sahaja,’ Bertambah sakit hati Salina  melihat gelagat Lidya.
“Eee…janji melayu betullah Lidya ni. Saya tunggu kat sini macam tugu Negara tau tapi bila Lidya sampai, buat tak tahu sahaja pasa saya,” rungut Salina sahabat karib Lidya.
“Lain kali saya buat janji orang putih pula. Janganlah marah. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk sampai ke sini lebih awal tau. Kalau tak, Salina kena tunggu dua jam lagi," Balas Lidya yang cuba membuat lawak bodoh. Salina memandang Lidya dengan muka bengang. “Yelah! Yelah! Saya salah. Saya  belanja Salina minum hari ni. Macam mana?" Lidya cuba memujuknya. Salina mula mengukir senyuman manis pada Lidya. “Elleh! Suka la tu,” sambung Lidya. Dia juga turut tersenyum.
“Nak! Tapi lain kali,”
“Kenapa?”
“Sebab saya dahpun bayar minuman ini. Kali ini saja saya terima excuse Lidya tu tapi jangan harap dapat lagi lain kali. Ini saya ada hal hendak beri tahu. Ada orang masuk meminang saya," kata Salina membuka bicara. Hampir tergelak Lidya mendengarnya.
“Biar betul? Salina terima ke pinangan tu?” Soal Lidya. Wajah comel Salina direnung oleh Lidya. Memang Salina seorang yang cantik dan manis orangnya. Salina mengangguk kepalanya.
“Aik! Dulu Salina kata hendak bercinta sebelum kahwin. Apasal sekarang berubah fikiran?" Soal Lidya ingin tahu. ‘Yelah dulu kami pernah berjanji untuk bercinta dulu sebelum kahwin,’ hatinya berbisik.
“Entahlah Lidya. Dah jodoh kot. Memang saya tak nak pada hakikatnya tapi kalau ibu bapa dah suka, saya sendiri pun tak dapat nak kawal. Ibu kata dia kacak sangat. Ibu saya dah kena penangan mukanya yang kacak kot tapi bukan saya la," kata Salina sambil bergurau.
“Oh yeaahhh? Siapakah lelaki bertuah tu?” Lidya bertanya. ‘Sudah jodoh Salina. Aku ni? Bilalah orang nak datang meminang?’ Lidya mengeluh.
“Terima kasih. Dia seorang pensyarah kata ibu dan yang lain saya tak tau,” katanya sambil tersenyum.
“Wah, mesti dia seorang romantik?” Lidya meneka. Muka Salina yang berseri-seri mula kemerah-merahan disebabkan malu dengan kata-kata Lidya. Mereka pun terus berbual.


3 comments:

  1. bessssssstttttt...... uniquenyer jaann citer.... i ikeeeeee..........

    ReplyDelete
  2. best . jalan cita dah menarik . tapi ayat tu kena perbaiki lagi ye :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih awk berdua...
    yup..bab ini juga sudah diedit..
    insya allah kelemahan itu dibaiki...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi