Lidya asyik melihat rancangan Iman Muda di channel Astro OASIS. Dia begitu meminati program ini. Wajah iman-iman muda semuanya ada nur(cahaya).
“Inilah calon-calon bakal suami Alya, umi!” jerit Lidya agak kuat. Uminya yang sedang masak di dapur segera berlari ke ruang tamu. Apabila melihat rancangan tersebut, umi Lidya dapat teka lalu menarik telinga Lidya.
“Umi! Sakit umi!” Lidya menjerit manja.
“Oh, kenakan umi! Bersungguh umi berlari nak tengok lelaki yang Alya suka tapi ini iman muda. Agak-agaklah Alya,”
“Brutal la umi ni,” Lidya ketawa manja. Dia mengusap lembut telinganya yang mula merah. Umi Kalsom memeluk Lidya. Di belai rambut panjang milik Lidya.
“Brutal tetap brutal tapi jangan buat umi macam ni lagi okey, sayang?” uminya mengharap. Lidya hanya ketawa. Malam tersebut Lidya hanya menonton tv sahaja. Akhirnya Lidya masuk ke bilik tidurnya apabila mengantuk.
Lidya tersedar dari tidurnya. Dia menuju ke dapur kerana dahaga. ‘Uihh! Bunyi apa kat dapur tu?’ serentak tu Lidya nampak satu lembaga. ‘Pencuri!’ Lidya berbisik. Pasu bunga kristal kesayangan umi sudah berada di tangannya. ‘Umi, minta maaf. Ini kecemasan. Pasu kesayanganmu yang menjadi mangsa,’ perlahan-lahan Lidya bergerak.
Lidya memukul lembaga itu dengan pasu. Pecah pasu tersebut.
“Masyaallah! Umi! Ohh tidak!”
“ Umi! Umi! Maaf umi!” kata Lidya mula berbaur sebak hendak menangis. Berlumuran darah di kepala uminya.
“Umi! Janganlah mati! Janganlah tinggalkan Alya. Alya ingatkan pencuri. Boboy kat bengkel. Alya nak curi kereta siapa malam-malam buta macam ini nak bawa umi ke hospital,” Lidya sempat melawak. Lidya mula mengongoi sambil memegang tangan kiri uminya. Dengan pantas Lidya menghubungi ambulan.
Lidya mengelap darah di kepala uminya. Dia betul-betul cemas. Beberapa minit kemudian, ambulan sampai. Umi Kalsom kini sedang di angkat oleh beberapa attendan hospital dengan keadaan matanya tertutup rapat.
“Umi!” Jerit Lidya nyaring.
“Oi! Umi belum nak mati lagi," tiba-tiba umi bersuara dengan ganasnya. “Luka macam ini tidak mampu buat umi sakit la, jangan risau,” katanya lagi lalu menutup mata. Lemah. Lidya membuat muka pelik.
‘Drama apa yang umi cuba lakonkan ini? Tadi diam sahaja,’ Lidya buntu. “Cuba umi terangkan. Apa yang umi buat dalam gelap kat dapur tu?” Lidya mula bertanya. ‘Cuak aku di buat oleh umi. Nasib baik tak mati terkejut tadi. Kang aku pulak yang masuk hospital,’ Lidya tetap bimbang dengan keadaan uminya.
Lidya turut masuk ke dalam ambulan. Dia ingin menemani ibunya. Memang rasa bersalah mula mengusai hatinya. ‘Umi! Jangan tinggalkan Alya!’ hatinya bergegar kuat dengan jeritan tersebut.
Selepas beberapa urusan diselesaikan, umi Kalsom dapat diselamatkan. Ingin dipeluknya doktor yang dapat menyelamatkan uminya tapi nasib baik sempat kawal diri sebab doktor itu lelaki. Rasa berterima kasih sangat. Doktor tersebut hanya tersenyum melihat gelagat gadis bertudung labuh ini.
Doktor kata, yang umi akan ditahan di wad selama dua hari.
*****
Keesokkan harinya Lidya datang lewat ke tempat kerjanya. Dia terbangun lewat.
“Lidya, kenapa awak datang lewat hari ini?” soal Farah.
“Kenapa Farah? Saya ada hal sikit. Itu pasal lambat datang,” kata Lidya. Dia terasa pelik kerana Farah menyoalnya begitu.
“Hari isnin tak boleh datang lewat sebab kalau lewat kena jumpa pembantu ketua pengarah,” jelas Farah.
“So, saya kena pergi jumpa pembantu ketua pengarah ke? Pelik,” kata Lidya. Farah angguk kepala. Lidya hanya mengikut sahaja kata Farah. Dia menuju ke bilik Pembantu ketua pengarah. Diketuk bilik pembantu ketua pengarah.
“Masuk!” ada suara dari dalam menyuruhnya masuk. Lidya masuk ke dalam. Danish mengangkat mukanya. Terkejut dengan apa yang dilihatnya. Penampilan perempuan di hadapannya cukup simple dengan berbaju kurung pink dan tudung bersaiz besar. Cantik.
“Jemput duduk,” lalu Lidya duduk. “Kamu tahu peraturan di syarikat ini jika hari isnin tidak boleh datang lewat sebab kita ada senaman ringan untuk pekerja-pekerja?” Kata Danish. Serius. Lidya terkejut. Dia tidak tahu apa-apa. Mukanya berkerut.
“Tidak encik,” jawab jujur Lidya.
“Siapa nama kamu?” Danish menyoal sambil matanya asyik menatap dokumen di tangannya.
“Lidya Alya,” jawab Lidya ringkas sambil menundukkan wajahnya. Sejurus sahaja Danish mendengar nama tersebut. Dia terus mengangkat muka untuk melihat Lidya. Sungguh inilah Lidya yang dia cari.
“Lidya, kau tak kenal aku ke?” terus sahaja bertukar bahasa Danish. Muka Lidya berkerut. ‘Eh, aku kenal ke lelaki ni? Bukan kali pertama aku jumpa ke?’ kepalanya cuba mengingati lelaki di depannya tetapi tiada.
“Tak kenal,” jawab Lidya jujur. Tapi Danish yakin. Inilah Lidya yang dia tertunggu-tunggu. Dia akan siasat tapi dia tidak mahu lepaskan Lidya. Dia yakin sangat. Danish mendapat idea. Dia akan mengunakan kuasa sebagai pembantu ketua pengarah.
“Tak mengapa. Sebagai hukuman, awak kena kerja sebagai pembantu setiausaha saya,” kata Danish sambil tersenyum. Lidya terkejut dengan hukuman tersebut. Dia baru sahaja bekerja selama tiga hari.
“Tapi encik, saya baru sahaja kerja di bahagian pemasaran tiga hari,” kecewa wajah Lidya. Dia begitu minat dalam bidang pemasaran. Tiba-tiba kena jadi setiausaha.
“Jangan risau. Gaji awak masih sama dengan jawatan awak kerja sekarang. Awak boleh mulakan sekarang,” Kata Danish dengan tegasnya.
“Tapi…” Lidya cuba untuk mengelak. ‘Ini bukan soal gaji atau wang tapi minatnya,’ kata hatinya yang tidak tenang.
“Vela, masuk sekejap,” Danish menghubungi Novela, setiausahanya. Segera Novela masuk ke bilik majikannya.
“Apa yang boleh saya bantu, bos?” Novela bertanya.
“Vela, kenalkan ini, Lidya Alya. Dia akan jadi pembantu awak. So, awak ajar apa yang patut pada Lidya,” jelas Danish. Dia rasa gembira sangat hari ini.
“Pembantu?” kata Novela dengan hairannya. Danish mengeyitkan mata pada Novela. Sekarang baru Novela faham. Dia bersalaman dengan Lidya. Lidya dan Novela keluar dari bilik majikannya.
Gembira sungguh rasanya hati Danish tetapi tidak bagi Lidya. Dia tidak suka tapi terpaksa turuti juga.
“Lama ke hukuman yang saya kena buat ni?” Lidya mula menyoal pada Novela.
“Hmm, rasanya sebulan dua sahaja. Kenapa Lidya? Awak tak terpikat ke dengan bos kita yang kacak?” Novela mula mengorek rahsia.
“Bos kita? Saya tak kenal dia la, Vela. So, tak dapat nak komen la,” jawab jujur Lidya. ‘Tiba-tiba tanya pasal bos. Aku tak berminat langsung. Aku lebih suka bekerja,’ Lidya tertunduk. Dia tidak berpuas hati.
Macam-macam perkara yang diajar oleh Novela. Menulis minit mesyuarat. Fotostat dokumen dan cara menjawab panggilan pun di ajar olehnya. Naik pening kepala Lidya.
“Jom Lidya, kita lunch sama-sama,” ajak Novela. Kesian melihat Lidya yang terpaksa menerima kerja ini. Jelas-jelas nampak terpaksa.
“Tak mengapa la Vela, saya hendak pergi ke hospital. Umi saya sakit,” kata Lidya. Dia sudah mengemas barang-barangnya.
“Umi? Oh ya, semoga umi awak cepat sembuh,” balas Novela sambil meninggalkan Lidya yang masih mengemas. Lidya terkejut apabila pintu bilik ketua barunya terbuka. Kelihatan Danish juga terkejut melihat Lidya masih di situ.
“Lidya tak pergi makan ke?” soal Danish sambil mengawal gementarnya. Hatinya berdebar saat terpandang wajah lembut Lidya.
“Pergi tapi saya nak pergi hospital. Umi saya masuk hospital semalam. Itu pasal saya lewat masuk pejabat hari ini,” jelas Lidya. Terkejut dengan kata-kata Lidya, Danish rasa bersalah pula menghukum orang yang ada hal kecemasan.
“Semoga umi awak tu cepat sembuh,” ayat Danish sama sahaja dengan Novela. Lidya hanya angguk kepala.
“Boleh saya melawat umi awak?” permintaan Danish itu membuat muka Lidya berkerut.
“Boleh. Ikut suka bos la,” kata Lidya. Dia tidak kisah siapa yang nak melawat uminya, tambah-tambah majikannya sendiri.
“Naik kereta saya. Kita pergi sama-sama,” tawar Danish.
“Tak mengapa. Nanti timbul gossip pula,” jawab Lidya.
“Kamu takut gossip? Atau takut teman lelaki marah,” kata Danish ingin mengorek rahsia. ‘Teman lelaki? Adam? Lupakan lelaki itu,’ Lidya geleng kepalanya banyak kali.
“Saya tak ada teman lelaki bos. Saya solo lagi,” balas Lidya. Dia bangun dan mula bergerak. Danish mengikutnya dari belakang.
“Kita pergi naiki kereta saya yer? Saya janji tiada gossip tau,” janji Danish. Lidya merenung mencari kebenaran dan keikhlasan lelaki itu.
“Tak mengapa bos,” Lidya masih berkeras dengan jawapannya.
“Kalau macam itu, saya naik kereta awak sahaja. Boleh tak?” cadang Danish. Berkerut lagi muka Lidya. Dia angguk kepala sahaja.
Di tempat kereta, Lidya memperkenalkan ‘Boboy’ kepada Danish. Jelas wajah Danish terkejut. ‘Boboy? Dulu ada juga nama boboy. Basikal Lidya tapi sekarang ni kereta pula. Memang sah ini Lidya yang aku cari selama ni. Rupanya makin cantik,’ Danish mula tersenyum.
“Pelik,” itu yang keluar dari mulut Lidya. Dia berasa pelik melihat sikap majikan barunya. Kejap terkejut. Kejap berkerut. Kejap tersenyum. Dia gelengkan kepalanya.
“Apa yang pelik?” tanya Danish apabila perkataan itu keluar dari mulut Lidya. Dia terus masuk ke dalam kereta. Pertanya itu tidak dijawab oleh Lidya. Lidya meneruskan pemanduannya. Tenang sahaja perasaannya. Sampai sahaja di hospital. Mereka berdua terus menuju ke wad dimana uminya di tempatkan.
“Assalamualaikum umi,” Lidya memberi salam. Danish hanya tersenyum. Mereka berdua bersalam dengan Umi Kalsom. Berbalut kepala uminya akibat pukulan Lidya yang ganas.
“Waalaikumusalam. Siapa ni Alya?” uminya mula bertanya.
“Ini majikan Alya, Danish Aniq. Dia nak datang melawat umi. Bos, inilah umi saya,” sesi perkenalan berlaku. Mereka berbual sebentar. Lidya dan Danish makan bersama. Mereka pun bergerak pulang ke pejabat.
*****
Keesokkan harinya, tepat 6 pagi Lidya terjaga dari tidurnya. Selepas mandi dan menunaikan solat subuh, dia memohon kepada illahi semoga permudahkan urusannya hari ini. Amin.
Kemudian dia bersiap-siap dengan ringkas sahaja dengan mengenakan baju kurung dan tudung bersaiz besar bewarna biru. Dipakainya keronsang dan mengenakan sedikit bedak diwajahnya. Pagi ini, dia buat sarapan sendiri iaitu enam keping roti yang dibakar dan berintikan milo. Untuk bekal sekali.
“Sedapnya!” puji Lidya sendiri. sebenarnya dia tidak pandai masak. Dia bukan tidak suka tapi malas. Ish, penyakit malas ni selalu ada. Ringkas sahaja Lidya membuat sarapan sementara uminya masih di hospital tapi sebenarnya uminya akan pulang petang ini. Lidya membawa sebotol besar mineral water tapi letak dalam beg sebab malulah kalau orang lain nampak. Macam nak pergi sekolah sahaja lagaknya. Lidya berjalan kaki ke perhentian bas berhampiran. ‘Al-maklumlah, boboynya masih sakit,’ Ujar Lidya dalam hati sendirian.
Sambil menunggu bas, Lidya mengunyah roti yang disediakan tadi. ‘Hmm, sedap pula resepi sarapan aku hari ini. Tak sangka pandai juga aku buat tapi hakikatnya aku tak pandai masak. Puas umi ajar aku tapi tak masuk dalam otak. Macam mana nak jadi isteri orang ni?' otak Lidya berfikir.
Tiba-tiba bunyi hon yang panjang dan cukup bising sehingga mampu membuat telinga Lidya pekak. Lidya mengurut dadanya. Lemah semangat dibuatnya. Lidya berpaling untuk melihat pemilik kereta yang tiada kesedaran sivik dipagi hari, sebuah kereta Honda City menyapa pandangannya. Kereta itu berhenti tidak jauh dari Lidya, lalu keluar seorang lelaki bercermin mata sambil tersengih-senggih menuju ke arah Lidya.
“Kenapa tak datang kerja hari isnin?” Adam mula menyoal. ‘Salam tak bagi, tiba-tiba nak soal siasat aku. Ustaz ni memang tiada sivik!’ hati Lidya mengamuk.
“Assalamualaikum ustaz Adam!” Lidya memberi salam dengan nada suara yang keras sedikit. Jelas muka Adam kemerahan sebab malu dengan teguran itu.
“Waalaikumusalam. Maaf. Kenapa Alya tak datang?” soalnya lembut.
“Sebab saya dapat kerja lain yang lebih saya suka. Maaf tidak beritahu awak awal-awal. Lagi satu, jangan panggil saya Alya. Just Lidya sahaja. Ingat itu. Saya pergi dulu. Bas sudah sampai,” Lidya berdiri.
“Adam hantar Lidya, boleh?” tawar Adam. Lama Lidya merenung wajah kacak milik Adam. Dia geleng kepalanya.
“Tak mengapa. Lidya boleh naik bas sahaja,” kata Lidya dan terus berlalu bersama-sama bas yang di naiki.
Sampai sahaja di pejabat. Lidya termenung. Rupa-rupanya Novela cuti kahwin selama sebulan. Lama betul tapi majlis kahwinnya minggu depan. Dia bercuti awal sebab nak buat banyak persiapan. Seronok sahaja bila melihat orang yang berkahwin. Lidya termenung sambil mengunyah rotinya yang tertangguh tadi akibat gangguan oleh Adam.
“Morning my dear! Cantik hari ini! Pink color! Manisss,” puji Danish.
“Opocot!” melatah Lidya sampai tercampak roti yang ada di tangannya. Jantung Lidya rasa mahu tercabut apabila ditegur seperti itu. ‘Lagi sorang mamat yang memeningkan kepala,’ Lidya mengeluh. Kedengaran ketawa kecil oleh Danish.
“Assalamualaikum dan selamat pagi, bos. Terima kasih atas pujian itu,” tutur Lidya agak gugup kerana terperanjat dengan kehadiran lelaki itu dengan tiba-tiba.
“Waalaikumsalam,” jawab Danish tersenyum sambil merenung tepat ke arah anak mata milik Lidya. Dia mengutip roti yang tercampak tadi akibat tindakannya itu. Dia tidak sangka macam itu sekali tindakkan mengejut Lidya. Lidya tundukkan mukanya. Malu.
“Saya suka awak,” jelas Danish jujur. Tiada kias-kias. Terus terang sahaja tentang perasaannya kepada Lidya. Untuk kali kedua Lidya terkejut. Ini lelaki kedua yang menyatakan suka padanya tapi dia keliru.
“Suka yang macam mana?” soal Lidya.
“Suka yang macam ini,” kata Danish sambil mengeluarkan cincin untuk melamar Lidya.
“Gila! bos melamar saya?” kata Lidya bagaikan tidak percaya.
“Gila apanya? Memang betul saya nak melamar awak,” katanya serius.
“Kita baru jumpa tiga hari, bukannya tiga bulan atau tiga tahun,” kata Lidya. Dia juga serius.
“Terima sahaja. Kahwin dengan saya seronok tau,” kata Danish dengan senyum mengoda pada Lidya.
“Mana bos tahu seronok. Sudahlah bos, banyak kerja saya kena buat ni. Bos jangan lupa pukul 11 pagi ada mesyuarat dengan En.Khalid tentang projek baru di Kuala Kubu Bharu,” Kata Lidya sambil membuka buku catatan milik Novela. Rupa-rupanya dia bekerja selama sebulan sahaja. Nasib baik.
“Okey. Thank ingatkan saya,” kata Danish. Dia mengambil sepotong roti yang Lidya buat lalu masuk ke biliknya. Lidya hanya geleng kepala sahaja dengan sikap majikannya.
Hari ini hari kedua Lidya bekerja. Novela sudah bercuti. Sebenarnya tanpa pengetahuan Lidya, Danish sudah meminta Novela bercuti awal walaupun majlis perkahwinan Novela ahad minggu depan.
Ahad minggu ini majlis perkahwinan Salina akan berlansung. Sakit kepala dia memikirkan tentang tawaran sahabatnya itu. Bukan dia tidak mahu tapi dia segan, malu dan sebagainya. Tambahan pula, dia tidak biasa menayang muka seperti itu. Malu orang ramai tengok. Lidya melihat jam ditangannya. Jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. “Alamak! Lambat sudah!” dia berlari ke tempat letak kereta. Dia terlalu leka membuat kerja sehingga lupa temujanjinya bersama Salina.
Sampai sahaja, Lidya mencari tempat parking kereta. Dia berlari lagi. Dia sudah betul-betul lambat. ‘Tentu Salina sudah jadi warna hijau. Hulk! Sebab marahkan aku. Matilah aku kena membebel dengan dia,’ pantas Lidya masuk ke butik baju pengantin. Kata Salina butik tersebut terkenal dengan baju pengantin yang cantik. Orang-orang kaya yang selalu buat tempahan di situ. Al-maklumlah bakal suami Salina itu orang kaya walaupun pekerjaan sekadar pensyarah.
Akhirnya Lidya sampai juga di butik yang dikatakan. Dari jauh Lidya sudah nampak sahabatnya dengan baju pengantinnya.
“Lidya ni, kenapa selalu sahaja lambat sampai? Letih dah saya tunggu Lidya. Tak apa la. Saya sebenarnya nak tunjuk kat Lidya baju kahwin saya ni. Cantik tak?” Bersungguh-sungguh Salina menunjukkan baju pengantinnya yang berwarna putih dan ungu gelap kepada Lidya. Lidya membelek-belek pakaian tersebut. Berulang kali pula itu. ‘Memang cantik. Kena dan sesuai dengan kulit Salina yang putih bersih itu. Yang penting sopan,’ Lidya tersenyum.
“Wah! Betul-betul raja sehari Salina? Siapa yang pilih warna ni?” Lidya mula bertanya.
“Bakal suami saya la, Erwan. Dia berkenan sangat dengan warna ni. Saya lebih suka warna hijau lumut, tapi dah dia suka warna ni, saya nak buat macam mana. Lagi pun saya tak kisahlah sangat,” penerangan Salina disambut dengan senyuman tawar Salina tetapi dia tetap senyum gembira selepas itu.
“Umi Lidya apa khabar?” Salina bertanya apabila teringat yang ibu sahabatnya itu masuk hospital akibat dipukul anaknya sendiri.
“Alhamudullillah. Petang ni sudah boleh pulang tapi abang Shahril yang pergi ambil” jelas Lidya. Salina tersenyum. Muka Lidya berkerut melihat senyuman Salina yang lain dari yang lain. Salina mengeluarkan sepasang jubah warna ungu yang sedondon dari sebuah plastik. Baju itu diletakkan di atas paha Lidya.
“Nah, ambil la. Ini baju untuk Lidya. Lidya kena jadi pengapit saya tau. Baju ni saya dah ukur guna jubah kegemaran Lidya. Sama cuttingnya. Ia amat istimewa untuk awak, Lidya. So, saya harap Lidya selesa pakai baju ni,” kata Salina bersungguh-sungguh. Lidya tergamam. ‘Habislah aku,’desis hatinya perlahan.
“Bila masa Salina ambil jubah saya? Tak tau pun,” Lidya masih berlagak seperti biasa. Walaupun masih terkejut. Jubah itu memang cantik.
“Hari tu, saya kan ada datang rumah Lidya. So, saya minta senyap-senyap kat umi Lidya. Awak je tak perasan, dah jubah Lidya kan banyak?" Terang Salina pula sambil tersenyum.
“Salina, saya nak bagitau awak satu perkara penting ni. Harap sangat Salina jangan marah ek?” Debar dihati Lidya. Dia tidak tahu mahu cerita bagaimana.
“Apa dia? Jangan Lidya tak nak jadi pengapit saya dah la. Perkara lain saya tak kisah,” kata Salina sambil ketawa kemudiannya. Lidya menelan air liurnya berulang kali. ‘Macamana ni?’bisik hatinya.
“Itulah dia perkaranya. Saya rasa saya tak dapat la nak jadi pengapit awak,” perlahan sahaja kata-kata yang meluncur dari mulut Lidya. Dia tidak sanggup memandang wajah Salina.
“Hah! Sampai hati awak, Lidya. Saya siap tempah baju untuk awak, kenapa awak tolak permintaan saya? Lidya, awak jangan nak bagi alasan pada saya,” kata Salina. “Saya ada sakitkan hati awak ke Lidya? Takkan masa hari paling bersejarah dalam hidup saya, Lidya tak sudi menemani saya?” katanya lagi. Wajahnya mula mendung macam awan nano sudah.
“Lidya, kita kawan sejak masuk universiti lagi. Takkan Lidya tak jadi orang paling penting selain keluarga saya?” Salina masih dengan nada yang sedih. ‘Salina ni memang pandai pancing simpati aku. Ada saja ayat-ayat sedih dia yang buatkan aku tak sampai hati. Tapi aku tak sanggup nak jadi pengapit Salina. Aku ni kan pemalu. Ish! Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini,’ bisik Lidya perlahan.
“Salina, bukan saya tak nak jadi pengapit awak, tapi saya malu la,” itulah alasan yang munasabah yang dapat Lidya beri kepada Salina.
"Ala Lidya, bukan selalu. Saya sahaja. Sekejap sahaja. Bukannya lama. Bolehlah?” kata Salina. Dia tidak berputus asa memujuk Lidya. ‘Apa lagi alasan yang nak aku berikan?’ Lidya sendiri buntu memikirkannya.
“Kalau Lidya tak jadi pengapit saya, nanti saya gabra Lidya. Awak bukan tak tau saya ni, bukannya boleh orang ramai sikit, mulalah datang darah gemuruh saya. Lidya, awak kawan saya dunia dan akhirat. Mana ada dah orang lain yang rapat dengan saya selain awak, Lidya,” Salina memujuk Lidya lagi. Tangannya memegang tangan Lidya lembut. Lidya memandang Salina sekilas.
Melihatkan muka Salina seperti hendak menangis itu membuatkan hati Lidya sayu. ‘Biarlah hati malu, aku rela dari membiarkan Salina bersedih,’ bisik hatinya. Akhirnya Lidya tersenyum pada Salina lalu angguk kepala sebagai tanda setuju.
“Terima kasih Lidya,” ucap Salina. Dia gembira dengan keputusan Lidya. Salina terus memeluk sahabatnya kejap. Dia mencubit pipi Lidya berulang kali. Kemudian, dia ketawa apabila Lidya menggosok-gosok pipinya yang sakit. ‘Gila ke sahabatku ini? Terlampau gembira ke?’ hatinya berkata.
“Pelik!” kata Lidya kepada Salina. Salina mengerutkan dahinya lalu tersenyum.
“Pelik pun pelik. Janji awak jadi pengapit saya,” hati Salina berbunga gembira.
“Baiklah. Saya pergi dulu. Waktu lunch pun dah nak habis,” Lidya sudah bersiap sedia untuk bangun.
“Lidya tak pergi makan dulu?” Salina bertanya. Bimbang juga sahabatnya tidak makan lagi.
“Saya dah makan sebelum datang sini. Okeylah. Saya dah lambat nak balik pejabat. Lain la orang tu. Cuti sebulan. Syok betul,” kata Lidya sambil tersenyum. Salina hanya ketawa.
“Sayang kat awak, Lidya. Terima kasih banyak-banyak. Baju ni Lidya ambil bawa balik. Tudung pun ada sekali kat situ. Dengan brooch sekali saya beli untuk awak tapi awak pula tak nak datang majlis saya,” Perli Salina membuatkan Lidya tersenyum. Dia mengambil beg plastik tersebut sebelum berlalu meninggalkan Salina dalam butik tersebut.
“Jangan lupa ahad ni datang!” sempat Salina ingatkan hari yang penting padanya. Lidya hanya melambaikan tangannya dan angguk kepala.
Tanpa Lidya sedari ada yang mendengar perbualan mereka. Salina menepuk dahinya. Dia lupa memperkenalkan bakal suaminya pada Lidya. Suaminya dan sahabatnya pergi mencuba baju pengantin yang kami tempah.
“Lidya ke yang datang tadi?” Erwan bertanya. Sahabatnya Danish hanya tersenyum. Mereka berkawan sejak kecil lagi. Sepupu kata Erwan.
“Yup! Lidya yang datang tadi. Terima kasih Danish sebab pilihkan pakaian yang sesuai dengan Lidya. Awak memang memahami perempuan,” puji Salina. Erwan berdehem. Ada perasaan cemburu di situ.
“Jangan puji lebih-lebih. Kang ada orang makan lauk hati hari ini,” kata Erwan dengan nada yang mendatar. Salina hanya tersenyum. Walaupun mereka tidak pernah bercinta tapi perasaan menerima seadanya pasangan masing-masing buat kami lebih rapat.
“Maaf. Hmm, camner dengan baju yang abang cuba tadi? Sesuai dengan abang?” Salina bertanya. Erwan hanya angguk kepala. Danish pula meminta diri pulang ke pejabat. Dia tidak menyangka sepupunya, Erwan akan berkahwin dengan pekerjanya. Mereka nampak sepadan. Rindu pula dia pada Lidya. Dia yakin yang Salina maksudkan tentang sahabatnya yang bernama Lidya ialah Lidya yang sama yang dia kenali.
Danish tersenyum dalam kereta miliknya. Muka pucatnya ditilik-tilik dalam cermin. ‘Taklah pucat sangat muka aku. Masih nampak kacak dan macho tapi kenapa Lidya macam tak tergoda dengan muka ku ini?’ hatinya bertanya. Sejak Lidya menjadi setiausahanya, dia begitu minat untuk berada di pejabat. Menatap jauh wajah lembut milik Lidya dari dalam biliknya memang memberi ketenangan.
*****
Sehari bekerja tanpa Novela memang memenatkan. Sudah bukan bidangnya. Memang banyak yang dia kena pelajari. Dia menunggu bas. Dia banyak termenung mengenangkan tarikh perkahwinan sahabatnya. ‘Adam mesti hadir sekali. Ish kenapa aku teringat pada Adam pula? Dia tunang orang. Lupakan sahaja,’ Lidya memejamkan matanya dan membukanya semula setelah mengumpul kekuatannya kembali.
Tiba-tiba seorang lelaki menghampiri Lidya. Dia seperti kenal lelaki ini tapi dia buat-buat tidak kenal.
“Lidya, mana kereta you?” tegurnya dengan tiba-tiba. ‘Susah sangat ke nak bagi salam apabila menyapa seseorang?’ hatinya mula bertanya. Dia memberi salam dan lelaki itu menjawapnya sambil mengosok-gosok rambutnya dengan tangan kirinya.
“Kereta I rosak. You buat apa kat sini? Bukan ke you dapat kerja luar negara selepas habis belajar dulu?” Lidya mula bertanya.
“Prihatin juga you pada I. Yup! Tapi I nak stay di Malaysia sahaja. Susah hidup di negara orang. Baik duduk di negara sendiri,” kata sahabat Lidya semasa belajar di UiTM Shah Alam, Carl Zafri.
“Baguslah kalau macam itu,”
“You masih macam dulu. Imej yang sama,” kata Zafri.
“Biasa sahaja,” Lidya tunukkan wajahnya sahaja. Pandangan mata Zafri sungguh tajam. Tak berkelip pula.
“Kalau tidak keberatan boleh I tolong hantar you balik?” tawar Zafri. Lidya menolak dengan lembutnya. Kebetulan bas sudah sampai. Lidya meminta diri dan naiki bas. ‘Bas ini selalu sahaja menyelamatkan aku daripada lelaki-lelaki. Syukur,’ Lidya tersenyum.
Tanpa mereka sedari ada seseorang telah memerhati mereka berdua. Danish pulang dengan hati yang tidak tenang. Dia cemburu melihat Lidya bersama lelaki lain. Di tekannya hon. Lama. Bunyinya amat kuat. Berlari Damia dari dalam rumah.
“Abang, kenapa ni?” Damia bertanya. Risau. Ribut apa yang telah melanda abangnya itu sehingga mengamuk sedemikian.
“Abang nak kahwin! Panggil mama sekarang gak. Abang nak bincang!” terkejut Damia dengan arahan abangnya. Segera dia berlari masuk ke dalam rumahnya. Dia memanggil mamanya. Danish sudah menunggu di ruang tamu.
“Mengamuk apanya anak mama ni?” Datin Erni bertanya. Muka anaknya serabai sahaja. Rambut kusut. Hilang kacak anaknya.
“Abang nak kahwin la mama,” Damia tolong jawab untuk abangnya. Mereka berbincang bersama. Akhirnya mamanya setuju hantar rombongan meminang.
*****
Hari ahad tiba juga, Salina tidak habis-habis mengingatkan Lidya datang ke majlisnya. Lidya datang ke majlis tersebut pada paginya. Pening kepala Lidya melihat sahabatnya, asyik nak berkepit dengannya. Apabila majlis akad nikah berlansung bukannya dia bersama mak dia tapi dengan Lidya.
“Pelik,” Lidya berkata perlahan tapi mampu di dengari oleh Salina. Dia mengerutkan mukanya sambil menatap wajah cantik Lidya.
“Apa yang pelik? Muka saya pelik ke? Mekap tebal sangat ke? Tolong bagitau. Saya tak cantik ke?” Salina mula mengelabah. Dia melihat wajahnya di cermin yang di bawa oleh Lidya.
“Makin pelik,” kata Lidya lagi.
“Lidya, kenapa?” Salina mula tenang.
“Pelik la Salina ni. Asyik berkepit dengan saya ajer. Mak awak tu awak campak tepi sahaja,” jelas Lidya berbisik di telinga Salina sambil senyum pada mak Salina yang duduk di sebelah kiri Salina. Di sebelah kanan Salina ialah Lidya.
Majlis akad nikah di mulakan. Masjid yang riuh-rendah mula menjadi senyap. Kedengaran perkataan ‘Sah’. Terus sahaja Salina memeluk Lidya selepas memeluk maknya. Dia kini sudah menjadi isteri orang. Dia menangis. Air mata gembira keluar. Lidya hanya tersenyum gembira.
Erwan datang menghampiri Salina untuk menyarung cincin. Lidya bangun dan berdiri dari jauh. Cukuplah dia dapat melihatnya dari jauh.
“Bahagia jer kan?” ada suara yang berbisik di telinganya dari belakang. Lidya terpana. Ia terus berpaling dan hampir sahaja dia tercium hidung mancung milik lelaki itu.
“Bos!” sungguh dia terkejut dengan kehadiran Danish. Lelaki itu nampak kacak dengan baju melayu berwarna merah jambu. Sepadan dengan Lidya yang memakai baju kurung putih bercorak bunga merah jambu.
“Nampak terkejut sahaja saya ke mari?” kata Danish. Dia masih tersenyum. Tidak lepas mata Danish memandang Lidya. Tiba-tiba seseorang menegurnya.
“Alya!” suara lelaki juga.
“Adam!” terkejut untuk kali kedua Lidya. Hatinya cuak.
imam muda dik, bukan iman.
ReplyDeletealahai...tersalah eja...terima kasih atas teguran tu....
ReplyDeletebest2.... sambung lg yea....
ReplyDeletetulisannya tak brpa nak nampak... sakit mata... boleh guna font stye arial tak???? sakit mata... hujung2 rabun aku... hahaha...
ReplyDeletehooo... Hijaunya...
ReplyDeletehijau sebab latar belakang dulu warna lain hihihihi maaf...sakitkan mata....mata ria pun sakit...
ReplyDeleteRia, akak baru terjumpa blog awak ari ni, baca sikit kat penulisan2u.. terus jatuh cinta dgn citer ni.. dah follow & letak kat blog akak..
ReplyDeletebaru baca sikit drp awal, akan continue lg bila free...
Dlm part ni, nak komen sikit, masa umi sakit, kata kereta @ Boboy sakit.. tapi gi hospital dgn Danish naik Boboy... then esoknya gi opis naik bas... rasanya Ria kena betulkan sikit...
Thanks, Ria :-)
oh bab ni kan kak...dah 3 orang tegur...ria dah edit.terima kasih sebab teguran akak tu hihih nampak akak prihatin,...terima kasih..
ReplyDelete