Mereka berdua bersolat. Usai sahaja, mereka berdua lepak seketika di halaman rumah mereka. Danish menyiram pokok-pokok bunga yang ada manakala Lidya menyiapkan minum petang. Terasa bahagia disegenap hati mereka berdua.
“Abang, mari minum!” panggil Lidya. Dia menghidang makanan dan minuman atas meja makan di dapur. Ringkas sahaja hidangannya.
Danish makan tanpa banyak soal atau mengomel. Lidya terasa hati. Selalunya Danish akan mengomel mengalahkan Umi Kalsom tetapi kini diam seribu bahasa.
“Selalu abang mengomel. Hari ni senyap. Kenapa?”
“Sebab...” Danish hentikan kunyahan cucur udang tersebut dan mendonggak Lidya yang sedang menuangkan air. Lama juga dia merenung Lidya. Dia betul-betul bahagia apabila Lidya bercakap lembut dan bersopan dengannya.
“Tiada apa-apa.”
Dahi Lidya sudah berkerut. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi dan meneguk sedikit air kegemaran suaminya.
Tiba-tiba Danish mengambil air minuman Lidya dan meneguknya. Muka Lidya sudah merah apabila dia teringat kata-kata Danish pagi tadi.
“Malam ni sayang nak pakai baju mana?” soal Danish. Dia meneguk lagi.
“Pakai jubah kot. Tak sure sebab tak banyak baju nak pergi majlis seperti itu.”
“Sayang pakai apa pun cantik!” puji Danish. Dalam hati Lidya sudah berbunga-bunga macam berada di taman bunga pula. Sejak bila pula dia jadi minah bunga ini?
Lidya bagaikan orang lain. Dulu dia tidak suka Danish dan bersikap dingin tapi sekarang setiap kata-kata Danish dia nantikan. Dia berasa senang bersama lelaki itu yang sebenarnya. Tapi dia malu untuk melakukan dalam perbuatan atau melahirkan dalam bentuk kata-kata.
Mereka bersiap selepas menunaikan fardu Maghrib secara berjemaah.
“Tak pernah tengok pun baju ni? Baju yang abang bagi dulu mana?”
“Baju yang abang bagi tu, Alya simpan dalam almari lagi. Terima kasih.” Ucap Lidya. Dia sayang sangat dengan baju itu.
Lidya teringat semasa awal perkahwinan mereka. Dia mendapat hadiah jubah daripada Danish dan juga daripada Zafri. Tetapi tanpa Danish tahu, jubah itu amat bermakna bagi Lidya sehingga dia tidak tergamak untuk memakainya. Amat istimewa. Dia akan memakainya apabila mereka berdua sahaja.
Lidya sengaja memakai jubah pemberian Zafri.
Tanpa pengetahuan Lidya juga, Danish terasa dengan sikap Lidya seperti melebihkan Zafri berbanding dirinya. Serius! Dia betul-betul terasa hati dengan apa yang berlaku sekarang.
“Jom kita pergi!” Ajak Lidya. Dia sedang memakai stoking tetapi Danish masih duduk di sofa sambil menonton TV.
“Tadi abang kata dah lewat. Jomlah. Alya dah siap ni!” geram juga hati Lidya melihat sikap Danish. Dengan malas sekali Danish bangun dan menuju ke kereta kesayangannya.
Lidya mengunci pintu rumah dan pintu pagar.
Di dalam kereta, Danish diam seribu bahasa. ‘Apa kena dengan laki aku ni? Petang tadi bukan main lagi ceria. Malam ni pula muka macam mati anak sahaja lagaknya.’ Pening juga kepala Lidya memikirkan tentang Danish.
“Abang OK?” kata Lidya sambil tangannya menyentuh paha Danish. Danish terkejut. Dia menjeling sedikit untuk melihat wajah Lidya. Hatinya mula berdebar. ‘Alya, tolong jangan buat abang sakit hati.’ Danish tidak sanggup melihat Lidya memakai pakaian pemberian orang lain.
“Abang Ok.” Ingin sahaja Danish menepis tangan Lidya dari terus berada di pahanya tetapi dia teringat akan perjanjian Lidya. ‘Oh hati, bersabar. Bersabar hanya untuk sebulan.’
“Abang macam tak sihat sahaja.” Lidya mendekatkan dirinya sedikit pada Danish. Dia menyentuh lembut dahi suaminya.
“Tak demam pun tapi abang macam tak OK sahaja. Alya ada buat salah ke?” katanya dengan nada yang perlahan. Danish memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia menghadap Lidya.
Kini, hati Lidya pula berdebar-debar. ‘Kenapa Danish berhentikan kereta? Apa yang dia nak buat ni?’ Lidya cuba kuatkan semangat.
Danish memegang dua belah bahu Lidya supaya gadis itu menghadapnya.
“Sayang.....” sebaik sahaja kata-kata itu keluar daripada bibir Danish, dia terus mengucup lembut bibir Lidya. Bulat mata Lidya dengan tindakan pantas Danish. Lidya terkaku. Menolak tidak. Membalasnya pun tidak. Dia benar-benar kaku.
“Sayang, abang sayang gila dengan Alya. Sampai satu saat tu abang rasa lebih baik abang mati daripada melihat sayang bersama orang lain.” Kini dahi Lidya pula menjadi persinggahan bibir Danish.
Lidya hanya mendengar sahaja.
“Sayang, abang cuma manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Abang ingin rasa dibelai, disayangi dan sebagainya. Alya, tolong jangan kecewakan hati abang.” Rayu Danish. Matanya tidak berkelip melihat wajah Lidya yang cantik pada malam itu.
“Alya.....” Lidya tidak tahu mahu menjawab apa tapi yang pasti dia masih tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh Danish.
“Alya tak faham apa yang abang maksudkan?” Akhirnya terkeluar ayat itu dari mulut Lidya. Ada keluhan oleh Danish.
“Sudahlah!” Danish kecewa. Dia meneruskan perjalanan mereka. Lagi sekali dia rasa dikecewakan dengan sikap Lidya. Hati Danish menangis. Dia cuba fokus pada pemanduannya.
“Abang, berhenti sekejap!” tiba-tiba Lidya bersuara dan terus sahaja Danish berhenti tepi jalan.
“Kenapa sayang? Sayang sakit perut ke? Meh kita ke klinik sekarang!” Danish risau tidak kena masa.
“Alya Ok. Cuma Alya tidak puas hati dengan apa yang abang cakap tadi.”
“Kena....pa......?” kata-kata Danish tersekat apabila Alya dengan beraninya mengucup bibirnya. Pada mulanya Danish terkejut tapi akhirnya dia membalas kucupan Lidya. Perasaan bahagia mula bertaut dalam hati mereka.
Lidya memegang dagu Danish apabila mereka berkucupan. Mata Danish terpejam. Seumur hidup mereka berdua, ini kali pertama mereka rasa bahagia. Mereka saling bertatapan bagaikan memahami maksud yang sama tetapi hanya bahasa mata yang digunakannya.
Selepas itu mereka mendiamkan diri seketika. Perasaan masing-masing masih berperang hebat. Lidya menundukkan wajahnya dan Danish meneruskan perjalanan mereka. Ada senyuman yang terukir dibibir Danish. Hatinya sudah terpujuk. ‘Oh, Alya!!!’ hatinya melonjak kegembiraan.
Mereka sampai juga di dewan makan. Ramai sudah orang di situ. Lidya memeluk lengan suaminya. Mereka bahagia betul.
“Abang, Lidya mahu ke tandas sekejap.
“Jangan lama-lama. Nanti abang rindu!” Danish mengusik Lidya. Lidya tersenyum. Tanpa mereka sedari ada yang memerhati mereka berdua.
“Nakalnya...” Lidya menenyeh pipi Danish dengan lembut. Danish tersenyum bahagia dengan tindakan Lidya.
*****
Lidya sedang membasuh tangannya di dalam tandas. Tiba-tiba lampu tandas terpadam. Lidya terpana. Dia betul-betul takut. Sejak ingatannya kembali, dia sememangnya takut gelap. Hatinya berdebar kencang. Kebetulan memang tiada sesiapa di dalam tandas tersebut. Dugaan!
Air matanya mudah sahaja mengalir. Teraba-raba Lidya dalam gelap. Samar-samar sahaja cahayanya. Tiba-tiba dia jatuh tergelincir dan kepalanya terhantuk pada pintu tandas.
“Aduh!” memang sakit sangat. Kepalanya pening dan dia rebah di situ.
Danish terasa pelik apabila Lidya tidak kunjung tiba. Dia berasa bimbang. Segera dia ke tandas perempuan.
“Eh, kenapa tandas ni gelap?” Ada seorang perempuan ingin masuk ke tandas tersebut tetapi dia tidak berjaya membuka pintu dari luar. Tanpa mereka tahu, Lidya rebah didepan pintu membuatkan pintu tersebut sukar dibuka jika menggunakan tenaga perempuan.
Peluh mula memercik keluar. ‘Di mana Alya?’ hatinya berbisik.
Danish melintas di kawasan yang agak terlindung. Dia ternampak kelibat Zafri. Danish terasa pelik. Dia mendekati Zafri yang sedang berbual dengan seseorang.
“You berpura-pura sukakan dia? Kenapa? Dia kan suami you. I tak percaya you buat suami you macam tu tapi kalau you ingin luahkan perasaan you pada I, I tak kisah. Demi you, I sanggup buat apa sahaja.” Bersungguh Zafri mengucapkannya seperti bercakap dengan orang yang paling penting.
“Terima kasih, Carl!” seorang perempuan menjawabnya.
‘Suara Lidya?!’ terluka kembali hati Danish. Danish tidak dapat menahan perasaan kecewanya. Dia segera pulang meninggalkan Lidya.
Padahal Lidya kini sedang pengsan dalam bilik air.
“Danish, tolong Alya!” Rayu Lidya.
“OH,TIDAK!!!” Danish tersedar dari mimpi buruknya. Lidya dalam bahaya. Lidya merayu padanya. Lidya meminta bantunya. Tapi kenapa dia hanya memandang Lidya sahaja. Danish beristighfar dalam hati. Diraup mukanya berkali-kali.
“Lidya Alya....” hati Danish kembali sakit apabila teringat akan Zafri. Bengkak hatinya. Dia masih di dewan tersebut. Mesti mama dan papa mengamuk sebab mereka berdua tiada di majlis makan tersebut.
Danish menuju ke tandas lelaki yang sememangnya berhampiran dengan tandas perempuan.
“Dukkk!!!!” bunyi sesuatu. Hati Danish berdebar kencang. ‘Bunyi apa tu?’
ala..ape plak jadi nie..
ReplyDeletemesti budak julia nie yg buat hal..
kecian lydia baru nak bahgia~
=(
huhuuhuhu cian lydia...adessss sape yg cuba musnahkan kebahagian lydia ngan danish...cepat2 smbg next n3...:)
ReplyDeletekepada fatin
ReplyDeleteada aje orang tak suka pada dia...
julia dah masuk penjara fatin...
kan dia masuk sebab kes penculikan Lidya...
mungkin Lidya amira....dah mula aktif buat jahat...
sape plak lidya amira ni kak ria????
ReplyDeletesaspen tul lah... cepat2 smbung ye kak ria... x sabar nk tau ape jd seterusnya...
kepada danishatul :
ReplyDeletekebahagiaan yang sementara...
kepada myra Azmira :
ReplyDeletemira kan dah wujud wataknya...kalau baca bab sebelum ni, Danish ada terlanggar seorang gadis yang merupakan kawan seuniversiti Lidya. rasanya dalam bab berapa yer??Tak ingat la...disebabkan perlanggaran tu Lidya berasa cemburu....cuba baca semula bab sebelum ni...
siannye alya..danish cepat la selamatkan alya dalam toilet tuh!!
ReplyDeleteohh pompuan yg cakap dgn zafri tu lidya amira kn??? part ni confuse skit danish kn balik tinggalkan alya ada pun part mimpi nape plak danish masih ada kat dewan tu atau sye je yg confuse ni hehehehe thumbs up kak ria cepat2 sambung tau......
ReplyDeletekepada blinkalltheday :
ReplyDeleteyup selamatkan Lidya alya cepat2...hihih
kepada anika :
ReplyDeletemaaf adikku sayang...betullah tu...akak tulis cepat sangat jalan citernya....nanti akak tambah sikit...sebenarnya Danish ingin pulang tetapi dia sedih sangat, dia tertidur dalam kereta dan dia masih lagi kat dewan tu.. dan bermimpi
nak dijadikan cerita...dia nak ke tandas dan mungkin.....dot dot...dot...
suspen btol..akak ria cpt smbung ye kesian alya n danish..
ReplyDeletebersambung minggu depan sebab esok akak akan gi kem kat tapah pula...maaf...agak busy sikit...
ReplyDeletesian ngan alya... danish cpt la slmt kan alya... kak ria dh x sbo dh nie nk thu cite selanjutnya...:(
ReplyDeletesabor...sabar...hihihi
ReplyDeletewaduh..waduh...
ReplyDeletegawat seyh...
aper da jd nie...
danish cpt selamatkan alya...
huhuhu...
memang gawat.....apa yang akan jadi seterusnya??tunggu minggu depan...hari ahad malam...mesti ada punya...lepas balik kem...hihihi
ReplyDeletex sbr nak tggu next week...
ReplyDeletesuspenye...kte tggu next n3
ReplyDeletehuh...kna follow nih..haha..i'll wait for it..
ReplyDeleteinsya allah malam ini jikalau ria kalau terbuka hati ria nak masukkan hihihihi
ReplyDelete