Followers

Thursday, 27 October 2011

31
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 24 siri 1

Hati Danish memang terasa hati dengan Lidya ketika gadis itu meninggikan suara. Sudah lama dia bersabar dengan hubungan mereka. Tapi sekarang kenapa dia tidak boleh bersabar dengan sikap Lidya.
            “Kesabaran pun ada batasnya.” Ada suara hati yang lain menjawabnya. Danish mengeluh. Dia mengacau bubur ayam untuk Lidya. Itu sahaja makanan yang sesuai untuk orang yang sakit seperti Lidya.
            “Sedapnya!” Danish memuji masakan sendiri. Segera dia menghidang dalam dulang dan membawanya ke bilik Lidya berehat.
            Perlahan-lahan dia membuka pintu. Terkejut juga dia melihat Lidya sudah menukar baju jubahnya kepada baju tidur. Lena betul Lidya tidur. Danish tersenyum. Ada ketenangan di wajah itu.
            Dia meletakkan makanan tersebut di meja lampu. Perlahan-lahan Danish memanjat katil dan ketika itu juga Lidya tersedar.
            ‘Apa laki aku nak buat ni? Kenapa dia tak kejut aku bangun?’ Hati Lidya berdebar-debar. Matanya masih terpejam. Teringin juga dia mengintip Danish. Lidya buat-buat seperti masih tidur.
            Dibelai pipi Lidya dengan tangan Danish yang kasar itu. Terasa sejuk pipi comel itu. Danish tersenyum bahagia. Dia rasa bebas dan kemarahan reda dengan sendirinya.
            Lidya terkejut juga dan hatinya berdebar kuat. Dia cuba mengawal perasaaan itu.
            Danish dengan beraninya mengucup bibir Lidya walaupun gadis itu sedang tidur. Lidya terkaku. Jika dia tersedar maka perjanjian mereka akan terbatal. Akhirnya, Lidya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
            Danish tersenyum gembira. Perlahan-lahan  dia mengoncang tubuh Lidya supaya gadis itu sedar. Muka Lidya merah. Dia masih malu dengan tindakan suaminya tadi.
            “Kenapa muka sayang merah? Demam lagi ke?” Danish menyentuh dahi Lidya. Suhunya sederhana. Tidak terlalu panas.
            “Tak sihat kot.” Lidya memberi alasan.
            “Makan ubat dan tidur.” Arah Danish. Danish tetap melayan Lidya dengan baik. Selepas makan dan menelan ubat demam, Lidya menarik tangan Danish yang sudah berdiri untuk ke dapur.
            “Tunggu sekejap, abang.” Pinta Lidya yang kini mengengam erat tangan kanan Danish dengan kedua belah tangannya. Danish tidak jadi pergi lalu duduk dibirai katil.
            “Ya...”
            “Alya nak minta maaf sebab meninggikan suara pada abang tadi. Tak ada niat pun. Abang jangan merajuk lama-lama tau?” Lidya ingin menangis pula.
            “Abang dah maafkan pasal tu tapi pasal satu lagi, tunggulah. Lidya kena masuk mahkamah Vampire. Ketua hakimnya adalah Abang.” Ketawa manja Danish apabila dia bergurau seperti itu. Lidya pub ingin tergelak.
            “Alya ada peguam bela tak?” soal Lidya yang juga senang dengan gurauan Danish.
            “Tak ada! Sayang tak boleh bela diri dan hanya bukti-bukti sahaja yang boleh bela, Alya.” Kata Danish. “Sudahlah. Sayang tidur. Nanti kita bincang lagi tapi sebelum tidur, solat subuh dulu yer?”
            “Baiklah bos!” kata Lidya.
            ‘Lama aku tak dengar dia gelarkan aku bos. Rindu pula sebab masa tu kami tak ada banyak masalah. Alya, abang rindu sangat pada sayang!’ hatinya berkata apabila Lidya sudah hilang menuju ke bilik air. Lemah sahaja pergerakkannya.
*****
Damia sedang mengemop lantai tandas. Dia memilih waktu pagi untuk membersihkannya. Pagi dan petang supaya kebersihan tandas terjamin.
            “Aku sudah pandai cuci tandas. Itulah kejayaan yang aku mahukan.” Damia berkata bersendirian. Ada senyuman meniti dibibir gadis aktif itu.
            Damia menyanyi perlahan. Dia mendengar muzik menggunakan handfree.
            “Mia!” ada orang menegur Damia tetapi dia tidak mendengar sebab telinganya sudah disumbat oleh benda alah kecil itu.
            “Damia!” lagi kuat suata BKK di pendengaran Damia. ‘Pakai benda alah ni pun, suara dia boleh dengar. Hebat!’ Damia memandang Haris lalu menanggalkan benda yang disumbat dalam lubang telinganya.
            “Wahai Encik Haris Akmal, tolonglah jangan kacau saya. Saya tengah bekerja ni. Kang tak pasal-pasal ada orang sarapan makan mop tandas!” Damia memang geram dengan BKK seorang ini. Rajin betul kacau dia apabila dia mencuci tandas. Dia teringat peristiwa  empat hari yang lepas....
*****
‘Aku memang tak nak jumpa dengan Haris sejak kena tampar dengan bekas buah hatinya. Ish, geramnya!’ Damia betul-betul berasa geram dengan majikannya itu. Gara-gara dia, Damia mendapat penampar percuma.
            “Pedulilah!”
            Ini kali pertama Damia mencuci tandas. Sudahlah tenaga pakar terpaksa pulang ke kampung. Tinggallah tenaga tidak pakar langsung untuk mencucinya.
            “Hari ni aku terpaksa mencuci tandas lelaki. Tak pernah-pernah aku cuci tandas. Tandas rumah sendiri pun orang gaji yang cuci. Aku ni betul-betul tercapai visi, misi dan matlamat untuk mencari pengalaman dan pengetahuan. Mencuci tandas pun masuk senarai aku. Cuci aje la.”
            Sebelum cuci, Damia sudah meletakkan tanda orang sedang cuci tandas. ‘Sebenarnya aku tak tahu apa nama benda alah warna kuning tu. Disebabkan mak cik yang baik hati tu tak ada. Aku cuci tanda ikut cara aku. Yelah, tak pernah cuci tandas.’
            “Damia menyabunkan seluruh lantai dalam tandas itu. Berbuih putih!” Damia berasa seronok dan leka mencuci.
Tiba-tiba seseorang masuk ke dalam tandas tu. ‘Mesti lelaki! Memang la lelaki, ni kan tandas lelaki.’ Buat lawak pula si Damia ini.
 Lelaki itu seperti tergesa-gesa hendak ‘membuang’ gayanya. Damia tidak peduli itu semua. Dia terus cuci dan cuci. Apabila Damia hendak bersihkan semua buih-buih sabun itu, lelaki tersebut keluar dan dia tergelincir.
            “Hahahaha!” Damia ketawa tidak ingat dunia. Dia rasa lucu sekali.
            “Aduh!” jerit lelaki itu. Dia gosok-gosok punggungnya yang terasa sakit. ‘Alamak! Pengarah besar! Habis aku.’ Ketawanya berhenti terus.
            “Damia!” panggil Haris mengejut apabila ternampak sahaja muka Damia. Gadis itu hanya tersenggih. “Tolong aku bangun, Mia,” pintan Haris.
            “Tak larat la pengarah besar sebab badan besar sangat macam king kong,” jelas Damia. Haris buat muka berkerut.
            “Sedapnya mulut cakap aku king kong. Sudah! Tolong aku cepat. Seluar aku dah basah ni,” kata Haris sambil menghulurkan tangannya.
Damia serba salah sama ada mahu menyambut huluran tangan itu atau tidak.
‘Tolong orang yang dalam kesusahan. Tak apa la. Kecemasan.’ Akhirnya Damia menyambut tangan itu juga. Haris menggengam kukuh tangan Damia.
Pantas Damia menarik Haris tetapi apa yang terjadi? Badan Damia ditarik ke arah Haris bagaikan ada magnet. Badan gadis itu tercampak ke arahnya. Muka Damia betul-betul tersembam kat dada dia yang bidang. Haris ketawa.
‘Miang sungguh pengarah besar aku.’ Apabila Damia cuba bangun, Haris tahan tubuhnya dan saat itu mata kami bertentangan. Kami berpandangan tanpa berkelip. Bagaikan sama-sama sudah jatuh cinta ketika itu. Hati Damia berdebar kencang.
Perlahan-lahan Haris memegang tangan Damia lalu menciumnya. Terkejut Damia. Matanya bulat.
            “Pengarah besar, tangan saya ni bekas cuci tandas. Sanggup bos cium,” kata Damia. Muka Haris memang kelat. Damia ketawa gila. Haris pula buat muka geli. Rosak adengan romantik itu. Sudahlah dalam tandas.
‘Tak kena tempat betul nak mengorat aku. Kalau dah miang tu, tak kisah mana-mana tempat pun. Asalkan dapat. Teruk betul lelaki ini.’ Tiba-tiba Damia teringatkan seseorang.
“Afkhar Fakhrizzaki....” nama keramat itu yang terkeluar daripada mulut Damia tanpa dia sedari. Haris yang mendengarnya timbul perasaan cemburu tiba-tiba.
“Damia!” Haris cuba menyedarkan Damia. Damia terpana. Terlalu lama nama tersebut tidak disebutnya.
            Kami berdua cuba bangun. Akhirnya berjaya juga. Haris keluar dengan muka yang merah. Memang senang sangat hendak tahu muka orang malu. Damia teruskan mencuci tandas dan siap juga. Dua jam dia mencucinya.
“Kesian la orang nak ‘ter’ dan ‘ter’ sebab aku kunci dari dalam tak bagi sesiapa pun masuk. Takut jadi kes macam pengarah besar.” Katanya sambil tersenyum.
*****
“Damia!” Haris memanggil namanya. Haris suka melihat Damia marah manja-manja begitu. ‘Apa yang difikirkan gadis ini? Tiba-tiba sahaja termenung.’ Haris menggaru-garu kepalanya.
Damia tersedar daripada lamunannya. Dia sudah kembali ke dunia realiti dan Haris yang dihadapannya dipandang sayu tetapi sampai bila dia harus begini. Disebabkan geram, Damia mencurahkan air sabun ke lantai tandas.
Pantas Haris mengelaknya. Dia ingin tergelak melihat tingkah laku Damia.
“Bos dengar tak apa yang saya cakap? Jangan kacau saya buat kerja. Shuh! Shuh! Pergi la!” Damia menghalau Haris macam halau kucing sahaja. ‘Eh, mana dia nak pergi sebab dia kan king kong. Kucing dengan king kong memang beza.’

31 comments:

  1. haila bestnya..... x sabar nak baca sambunganya heheh

    ReplyDelete
  2. psangan damia n haris so cute !!

    ReplyDelete
  3. lwaak la dorg..
    npe pendek sgt..xpuas lg bce..

    ReplyDelete
  4. cute btolah dorang!k.ria cpt update tau! :D

    ReplyDelete
  5. kepada anonymous...

    sabarlah...baru sahaja masuk....nanti tak masuk2 pula sambungannya hihih...

    ReplyDelete
  6. kepada missC :

    pendek sangat ke??dalam work dah 5 page...
    setiap siri, 5 page akak ria masukkan hihihi

    ReplyDelete
  7. pembetulan :

    sepatutnya komen atas ni utk aida nadia hihihi
    salah baca komen tadi hihihi

    ReplyDelete
  8. kepada Miss C :

    diorang memang comel...
    kiut
    miut
    hihihihihi

    ReplyDelete
  9. kepada blue apple :

    nama blue apple memang tak pernah miss...
    boleh kenal ke ni??
    nak panggil apa ni???buah apple ke???
    hihihi just gurau...
    selamat berkenalan....
    sambungannya minggu depan...lepas ria balik
    daripada kem...

    ReplyDelete
  10. hehe,panggil apple je...sbb sye ni semanis epal (perasan!)
    okey,kte tggu mggu dpn! :D

    ReplyDelete
  11. suka sgt..suka haris n damia, danish n lidya. dua2 best! thanks, ria! best citer ni..:D buat buku cepat..nak beli!

    ReplyDelete
  12. panggil apple ajer...wokey hihihi tunggu ajer minggu depan...

    ReplyDelete
  13. kepada Anonymous :

    ria pun suka gak..tunggu sambungannya....
    minta2 dapat dibukukan secepat mungkin...

    ReplyDelete
  14. beshnya citer nih..
    ida bru jer terjebak baca sv nih..
    sgt comel...
    xsabar nk tggu smbgn..

    ReplyDelete
  15. salam..memang tak mengecewakan sama seperti n3 yg lepas2..kelakar. mak aih..susahnya nak sebut nama Afkhar Fakhrizzaki..tergeliat lidah dibuatnya..sape lak ni?

    Wassalam

    Myhoney

    ReplyDelete
  16. waaaa.. manyak best laaa..
    Ria cepat smbng yerk.. akk tgu sambunganyer.. smpaikan tiap2 hr buka blog ria nie.. hehehe ;)

    ReplyDelete
  17. kepada myhoney :

    wslm...memang sengaja pilih nama itu....ada sejarah antara damia dan nama yg susah nak disebut itu...hihihihihi

    nantikan sahaja sambungannya...

    slm...

    ReplyDelete
  18. kepada Edayu :

    terima kasih kak..jgn macam tu kak...tiap2 hari buka blog ria...cian akak...
    biasanya ria akan bagitau bila ria akan masukkan
    bab next...
    so akak nantikan sahaja...
    macam sekarang ni...bab next akan ria masukkan
    lepas ria balik dari kem iaitu hari ahad ni...
    so antara ahad atau isnin..nantikan sahaja
    ye kak??
    terima kasih kak...

    ReplyDelete
  19. best la...! x sbr nak bce sambungan..tiap2 ari bka blog nie sbb nak tunggu sambungan nie..

    ReplyDelete
  20. ish aku da jd addict da ngn citer nie...
    tiap2 ari x sbr tggu n3 br....
    hihihi...

    ReplyDelete
  21. sweet je damia n haris ni..
    tp lg sweet alya n danial..hehehe
    waiting for next entry!!

    ReplyDelete
  22. kepada khairun nida :

    sama juga macam kak edayu....tunggu la sambungannya kejap lagi hihihi

    ReplyDelete
  23. kepada nursya :

    okey ke citernya???kali ni okey??
    best?

    ReplyDelete
  24. kepada hatiku295 :

    mestilah...tiada siapa boleh lawan
    danish dan lidya hihihi

    ReplyDelete
  25. sis nak lagi !!! tak puas la... as usual nak cakap suka danish !!! hehehe best !

    ReplyDelete
  26. kepada hayisa :

    suka danish aje ke??kesian lidya...hihihi
    dah ada sambungannya...jemput baca...

    ReplyDelete
  27. xsabr nk thu kish selnjutnyerrrrrrr ..=)

    ReplyDelete
  28. sabar2...ada nanti sambungannya...pasti!

    ReplyDelete
  29. im sorry...can we chat in private? maybe through email? this is my email: miss_isha90@yahoo.com

    ReplyDelete
  30. btw ur story is fabulous..kinda like it...:)

    ReplyDelete
  31. terima kasih...isha ria akan email isha nanti....terima kasih...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi