Followers

Tuesday, 4 October 2011

14
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 21 siri 3

Sekarang giliran mereka pula menunjukkan bakat.
            “Kumpulan ke tiga bersedia di garisan permulaan,” arah urusetia.
            Danish bergerak ke garisan permulaan manakala Lidya menanti kehadiran suaminya dengan jarak 50 meter ke depan. Hati mereka berdebar menanti wisel berbunyi.
            “Prrriiitttt!!!” wisel dibunyikan. Mulalah acara tersebut dengan meriahnya.
            Dari jauh lagi Danish dapat mendengar suara Lidya yang begitu bersemangat memberi sokongan. Dia berasa sangat gembira dan bahagia saat Lidya memanggilnya.
            “Abang, laju lagi! Abang!” kata Lidya yang sedang menanti Danish. Naik pecah suara Lidya memanggil Danish agar lebih pantas berlari.
            Sampai sahaja Danish di tempat Lidya berdiri, dengan pantas Danish mencembung tubuh isterinya dan Lidya berpaut tangannya dileher milik Danish. Erat sekali. Hati Danish dilambung bahagia.
            Apabila Danish sudah mendapatkan Lidya, terus dia berlari dengan penuh berhati-hati. Hati Lidya saat itu bagaikan ingin terhenti. Dengan sentuhan Danish membuat Lidya kaku dan berdebar hebat. Dia menatap wajah Danish yang bersungguh-sungguh dengan acara ini. Danish betul-betul fokus ke hadapan.
            “Abang, kuat lagi lari! Kita orang terakhir ni. Malulah kalau kalah!” bebel Lidya. Sempat lagi Lidya memarahi Danish. Padahal Lidya lebih kepada menutup perasaan tidak tenang yang telah lama melanda hatinya sejak wisel berbunyi lagi.
            Akhirnya mereka sampai juga digarisan penamat. Mereka mendapat tempat ke tiga dan dapat masuk bahagian akhir yang akan diadakan pada akhir acara nanti.
            “Yahoo!!! Dapat masuk akhir!” bersorak kegembiraan Lidya. Tambah-tambah acara itu adalah acara penutupan nanti. Senyuman Lidya bertambah lebar.
            “Seronok pula. Ada acara lagi tak?” Lidya sudah bersemangat.
            “Semangat kesukanan nampak?” tegur Danish. Ditangannya sekarang ada sebotol air mineral. Diteguknya separuh. Lidya yang melihat Danish minum terasa dahaga pula.
            Danish faham pandangan mata Lidya lalu menghulurkan botolnya. Lidya tersenggih dan mengambilnya. Dia meneguk perlahan-lahan.
            “Dapat juga cium Alya hari ini...” kata Danish tersirat. Habis air tersebut diminum oleh Lidya.
            “Maksud abang?” Lidya bertanya lembut memandangkan mereka di tempat terbuka. Danish tiba-tiba bangun dan duduk di sebelah Lidya. Dia memeluk bahu Lidya lalu dia berbisik.
            “Apabila seseorang minum bekas minuman orang lain. Tambah-tambah orang yang mencintainya bagaikan berkucupan,” Bisik perlahan Danish dekat di cuping telinga Lidya. Lidya malu kerana dia yang meminta air tersebut.
            “Kalau Alya minum bekas minuman Zafri, pun konsepnya sama yer?” Sengaja Lidya menyakitkan hati Danish kerana dia sudah termalu dengan kata-kata Danish.
            Tetapi bagi Danish, kata-kata Lidya itu bagai beribu bilahan pisau menikam tepat ke hatinya. Dia betul-betul terasa hati dengan Lidya. Dia pun berdiri dan ingin meninggalkan Lidya sendirian.
            “Merajuk la tu,” kata Lidya.
            Lidya menyambar tangan itu tapi di tepis perlahan oleh Danish. Dia pergi ke belakang stadium yang tiada sesiapa di situ. Yang ada hanyalah poko-pokok hijau yang masih gah di situ.
            Lidya tidak senang hati dengan tepisan Danish lalu mengikuti langkah lelaki itu.
            “Kau ni kenapa??”
            Dia memandang Danish. Lidya terpana. Bagaikan panahan cinta mengenai tepat ke jantung hati Lidya. Pandangan mata Danish tajam menikam kalbu membuat Lidya kaku. Tangannya disambar oleh Danish dan mereka menuju ke satu sudut yang tiada orang disitu.
            Lidya terasa pelik. ‘Kenapa dengan Danish?’ dahinya sudah berkerut.
            “Alya, boleh tak kita guna panggilan macam biasa? Jangan berlakon lagi,” Rayu Danish. ‘Eh, kenapa dengan mamat ni? Tiba-tiba sahaja.’ Bisik hati Lidya.
            “Kenapa pula?”
            “Sebab abang sayangkan Alya. Cintakan Alya..” Kata Danish perlahan. Bagaikan berbisik.
            “Kalau aku tak nak, kau nak buat apa?” soal Lidya. Tertunduk wajah Danish. Jelas kehampaan yang amat sangat. Dia ingin meninggalkan stadium mini ini sekarang juga. Tidak selesa lagi untuk dia terus berada di sini.
            “Tak jawab pun?”
            “Apa lagi yang perlu dijawab? Kalau Alya sendiri tak sudi,” balas Danish sambil melangkah pergi meninggalkan Lidya tetapi pantas Lidya menyambar tangan Danish.
            Bergam tangan mereka. Erat genggam itu. Danish mendonggak untuk melihat wajah Lidya.
            “Setakat panggilan aku tak kisah sangat. Jangan kau minta yang bukan-bukan sudah,” entah mengapa dia bersetuju. Lalu dilepaskan genggaman tangan itu.
            “Betul?” Danish bagaikan tidak percaya.
            “Benar sebenar-benarnya cik abangku...” kedengaran manja suara Lidya. Sungguh! Danish rindukan suara itu pabila mereka berdua sahaja.
            Ingin sahaja dia peluk tubuh isteri kesayangannya itu tetapi ditahan sebab bimbang Lidya akan mengubah keputusannya. Akhirnya mereka berdua kembali semula ke dalam stadium tersebut.
*****
Danish sedang bermain bola sepak dengan memakai kain pelekat. Lucu sungguh. Lidya hanya memerhati daripada jauh. Memerhati suaminya bermain. Senyum, gembira, serius, marah, penat dan semua dapat Lidya lihat pada diri Danish ketika ini. Pelbagai perasaan yang ditonjolkan oleh Danish.
            Ada senyuman yang terukir. Ini kali pertama dia berminat memerhati seraup wajah lelaki tampan itu. Entah mengapa saat ini hatinya terasa tenang dan bahagia. Dapat melihat wajah Danish cukup membuat dirinya rasa bermakna. Cinta ke? Lidya mula keliru.
            Lidya teringat perbualan mereka di belakang stadium sejam tadi. Sungguh! Dirinya menerima dengan hati yang tenang. Dia lupa kisah silam yang kejam baginya. Dia rela lupakan semua itu asalkan dia mendapat kebahagiaan yang selamanya. Dia akan cuba.
            Asyik sekali Lidya melihat Danish bermain.
            “Penatnya!” Kata Danish setelah acara tersebut tamat. Dia duduk berhampiran dengan Lidya.
            “Nah!” Lidya menghulurkan sebotol air mineral untuk suaminya. Danish terpana. Ada senyuman untuk dirinya daripada Lidya. Danish membalasnya.
            “Tak nak ke? Kalau tak nak, tak mengapa la.” Lidya terasa hati apabila Danish tidak memberi sebarang respon.
            “Nak!” pantas tangan Danish mengambil air botol tersebut tetapi tangan mereka bersentuhan ketika itu. Bagaikan ada salur elektrik masuk ke dalam tubuh mereka. Itu yang mereka rasa.
            Ketika itu Danish sedang duduk dan mendonggak memandang Lidya yang sedang berdiri. Mereka saling berpandangan. Lagi sekali perasaan indah wujud di hati mereka.
            “Alya...” Danish menyeru nama itu.
            “Hai!” ada seseorang telah menceroboh masuk ke dalam dunia mereka. ‘Siapa yang kacau daun ni. Orang tengah ada perasaan indah ni!’ Amuk Danish dalam hati.
            “Hai!” lagi sekali suara itu datang. Akhirnya mereka berdua tersedar. Wajah Lidya sudah kemerahan. Malu.
            “Mia! Lain kali bagi salam dulu..” Marah Danish. Wajahnya yang sedikit pucat itu kemerahan juga. Damia tersenggih.
            “Abang, mana gigi taring abang? Tak nampak pun? Dah terhakis ke sebab selalu gigit kak Lidya...” kata-kata Damia cukup membuat Lidya tertunduk malu. Dia sendiri faham yang Danish suka menggigit tetapi itu diawal perkahwinan mereka. Yalah sekarnag hubungan mereka agak tidak stabil.
            “Dah jadi tumpul yer?” Damia memandang gigi Danish. Mencari lokasi gigi taring milik abangnya itu.
            Wajah Damia begitu hampir dengan mulut Danish dan pantas Danish menghadiahkan bau mulutnya yang cukup wangi. Ini balasan untuk orang yang mengacau adengan romantik Danish.
            “Bau apa ni? Bau kambing tak mandi setahun!!!” Amuk Damia kerana terpaksa menghidu sesuatu yang tidak enak.  “Ini sebulan tak berus gigi!” tambahnya lagi. Lidya sudah ketawa kecil.
            “Cik adik. Kambing memang tak pernah mandi la.”
           “Sebab kambing tak pernah mandilah sesuai sangat dengan abang,” kata Damia sambil ketawa terbahak-bahak. Lucu.
            “Ada sahaja nak dijawabnya,” disekeh kepala adiknya.
            “Aduh! Sorrylah abang dan kak Lidya. Bukan salah Mia pun. Korang aje tak perasan akan kehadiran diriku di sini,” jelasnya.
            “Penatlah berdiri..” Damia menarik lengan Lidya agar mereka duduk. Lidya duduk di sebelah Danish dan Damia memeluk manja lengan Lidya. Kini Lidya berada di tengah-tengah mereka.
            Danish mengambil kesempatan untuk memeluk Lidya. Lidya terkaku apabila terasa ada tangan yang merayap dilehernya. Keadaan tudungnya yang agak labuh itu tidak dapat dikesan oleh orang lain.
            “Akak sihat tak?” Soal Damia sambil memejamkan mata. Selesa dapat meletakkan kepalanya atas bahu Lidya.
            “Si... Sihat..” tersekat-sekat suara Lidya menahan debaran di dada dek kerana sentuhan Danish itu. Lehernya terus di belai oleh tangan kasar Danish.
            “Mia pun sihat!” kata Damia sambil mengangkat kepalanya dari terus berada di bahu Lidya.
            “Tak ada orang pun tanya,” menyampuk Danish. Kesian pula melihat wajah Lidya yang menahan rasa dengan sentuhan curinya itu.
            “Abang ni...” Damia betul-betul berasa geram. Tiba-tiba dia ternampak kelibat seseorang yang dia kenali.
            “Itu bukan Haris ke?” kata Damia sambil menunjukkan arah tersebut dengan jari telunjuknya. Danish menggangguk kepalanya.
            “Cepat Mia. Pergi menyorok dan menyelamatkan diri. Pergi tempat mama!” arah Danish. Tanpa berfikir panjang, Damia terus meninggalkan mereka berdua.
            “Maaflah, ada orang kacau dunia kita. Jom kembali semula ke dunia yang indah itu,” kata Danish sambil memegang tangan Lidya.
            “Abang, Alya setuju untuk panggilan itu sahaja. Lebih dari tu jangan harap. Faham?” tegas Lidya tetapi Danish sudah tidak peduli. Dia mencapai tangan Lidya lalu dikucupnya.
            “Wangi!”
            “Baru lepas pakai losen tangan.”
            “Patutlah wangi. Ini yang mengoda abang,” kata Danish sambil mendekatkan wajahnya pada Lidya. Lidya pula terkaku seperti dipukau.
            Dari jauh Haris dapat melihat Danish bagaikan mahu mencium wajah Lidya. ‘Tak padan dengan tempat awam pun nak tunjuk romantik. Patutlah boleh beristeri dua mamat ni.’
            Segera Haris ke tempat Danish duduk.
            “Hai Danish! Bahagia nampak!”
            ‘Ada sahaja orang mengacau adengan romantik aku. Sokmo terbantut,’ Danish betul-betul geram tetapi mempamerkan juga senyumannya.
            “Biasalah orang sudah berkahwin.”
            “Ini yang buat aku tak sabar nak kahwin gak.” Lidya tersenyum mendengarnya. ‘Nasib baik kau datang, Haris. Terima kasih menyelamatkan aku dalam dunia yang menyeksa perasaan ini,’ ucap Lidya sekadar dalam hati.
            “Kau kahwinlah dengan Sarah.”
            “Tak nak la! Dia sudah cukup menyakitkan hati.”
            “Sabarlah. Ada la tu jodoh kau dengan orang lain.”
            “Insya allah. Aku memang ada jatuh hati dengan sorang minah ni tapi dia sudah berkahwin pula. Terlambat sikit.” Haris menjawab.
            “Kau jangan buat perkara gila. Mengamuk laki dia. Naya kau!”
            “Tapi dia tu bini nombor dua.”
            “Bermadulah ye orang yang kau suka tu?”
            “Ha’ah!”
            “Sabar. Maaf ye. Kami berdua nak pergi sertai acara terakhir. Jangan lupa datang majlis makan malam ni.”
            “Baiklah. Papa kau pun dah jemput aku tadi. Cuma mama kau sahaja aku tak jumpa lagi,” kata Haris.
            “Mama? Eh, baik kau pergi try main teka berapa gula-gula ada dalam balang tu. Mana tahu dapat hadiah seorang isteri,” gurau Danish. Damia bersama Datin Erni. Maka, Haris tidak boleh ke sana.
            “OK gak. Mana la tau loyar buruk kau ni jadi kenyataan..” lemah sahaja suara Haris dan berlalu pergi.
            “Macam orang putus cinta sahaja,” teka Lidya.
            Pinggangnya dipeluk oleh Danish. Erat. ‘Dah mula dah dia!’ bisik hatinya.
            “Kekasih dia curang. So, pengajarannya. Jangan sesekali Alya curang kalau tak nak tengok abang mati,” kata-kata Danish cukup lancar.
            Cepat-cepat Lidya meletakkan jari telunjuknya dibibir Danish.
            “Alya tak bersedia lagi mahu jadi janda..” jawab Lidya. Bagi Danish jawapan itu cukup memedihkan hatinya. ‘Kerana tidak bersedia jadi janda? Bukan kerana cintakan dirinya. Bimbangkan dirinya,’ lemah seluruh badan. Amat terasa.
            Jari Lidya masih berada dibibir Danish. Pantas sekali jari itu digigitnya. Lidya mengaduh.
            “Abang...!” manja sekali  suara Lidya. Danish buat begitu kerana ingin menutup rasa kecewanya. Dia tersenyum kembali.
            “Ye sayang...”
            “Sakit tau. Tadi masa Mia tengok gigi abang, tak ada pula gigi taring tu. Dia pergi mana ye?” soal Lidya sambil berjalan meninggalkan Danish. Geram.
            “Biasalah. Abang kan Vampire. Vampire pandai menyembunyikan gigi taringnya.” Ada sedikit bahagia dalam hati Danish.
            ‘Kaulah yang beri derita dan kau juga yang menjadi penawarnya,’ hati Danish berbisik. Terus sahaja dia menyambar tangan Lidya agar mereka dapat berjalan bersama. Lidya tersenyum bahagia dalam diam.

14 comments:

  1. nakal ke???dia terlalu sayangkan Lidya...
    lelaki ini bila dia terlalu sayangkan perempuan tu,
    kadang2 apa yg dilakukan perempuan yg
    disayangginya, terima sahaja seada...
    walaupun perit
    dan menyakitkan...

    ReplyDelete
  2. kdg2, laki lebih setia drpd pompuan.. huhuhuhu....

    ReplyDelete
  3. sambunk lagi please... beshnya..huhuhu..
    ye ke? tapi sy rasa perempuan lebih setia.. :)

    ReplyDelete
  4. Sukanya dengan danish hehehe :) sis smbg lg tau best best

    ReplyDelete
  5. wah semua sukakan danish???
    hihihihi setia tu memang la...
    cuma kalau lelaki dah suka pada perempuan tu
    susah dia nak lepaskan
    atau lupakan ...

    ReplyDelete
  6. waa...suka..suka..nanti akak ria smbg cpt ckit...xsabar nk bca lgi..:)

    ReplyDelete
  7. insya allah...akak cuba update cepat2...
    nantikan sahaja

    ReplyDelete
  8. wah suka3...tp kesian danish, lidya jgn degil2 k!!hehehe

    ReplyDelete
  9. degil2 la..nanti dia juga yg merana....
    lidya...oh lidya...hihihi

    ReplyDelete
  10. serikandi islam muslimahMonday, November 28, 2011 6:08:00 pm

    Ade wat buku ke????.salam

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi