Followers

Thursday 9 February 2012

6
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 15


Fazlynn tergesa-gesa menuju ke butiknya. Dia sudah terlambat. Ria menghubunginya pagi tadi dengan meletakkan pesanan dalam peti suratnya.
“Ria, kenapa kau tak cakap awal-awal baju ni kena hantar?” Fazlynn bertanya dengan geramnya. Ria masih membuat muka selamba.
“Kau jangan nak salahkan aku seorang.” Ria terasa sakit di hatinya. Semalaman dia menghubungi Fazlynn tetapi wanita ini tidak memberi respon.
“Kenapa pula?”
“Aku dah call kau semalam. Siap mesej lagi. Takkan kau tak baca kot?” Ria menekan kalkulator yang ada dihadapannya. Membuat kira-kira.
Fazlynn terkejut. Memang semalaman dia tidak melihat telefon bimbitnya. Dia menukarnya kepada mood senyap kerana dia tiba-tiba teringatkan Ayyad selepas makan di kedai mamak. Lelaki yang makan bersamanya betul-betul membuat dia teringat pada lelaki penipu itu.
Fazlynn segera mengeluarkan telifon bimbitnya yang ada dalam beg galas. Terkejut dia melihat begitu banyak panggilan yang tidak dijawab dan mesej yang belum di baca. Dia memandang Ria semula. ‘Agaknya Ria ni dah betul-betul geram sampai hantar surat kat peti surat aku. Aduh! Teruknya! Camne ni?’Hati Fazlynn runsing.
“Sorry Ria. Maaf. Aku betul-betul tak perasan.” Fazlynn betul-betul rasa bersalah.
“Aku tahu yang aku ni pekerja kau je tapi jangan buat aku macam tunggul.” Ria terasa hati.
“Maafkan aku Ria. Aku pergi hantar baju ni dulu.” Fazlynn terus mencapai baju yang sudah lengkap dalam plastik dan terus membuka pintu butiknya.
“Nanti dulu Faz!” panggil Ria.
“Ada apa lagi Ria.”
“Alamatnya, kau tahu ke?” soal Ria. Fazlynn hanya tersengih sebab dia memang tak tahu. “Lain kali buat kerja tu elok-elok sikit,” nasihat Ria.
“Terima kasih.” Ucap Ria dan terus berlalu.
“Awatlah rumah ni besar gila.” Kata Fazlynn. “Assalamualaikum.” Fazlynn memberi salam dari luar pagar. Tiba-tiba pagar terbuka.
“Kau!” Terkejut Ayyad dengan kehadiran perempuan yang dia jumpa semalam. mana mungkin dia lupakan perempuan yang menasihatinya seperti Fazlynn, orang yang dia cintai itu.
“Akulah.” Fazlynn pun mengenali lelaki ini.
“Kenapa datang sini?”
“Hantar baju. Datin Farah Diana.” Kata Fazlynn sambil memandang wajah lelaki itu..
“Itu nama mak saudara aku. Ini baju yang dia tempah ke?” soal Ayyad. Malam semalam gadis ini dengan topi tapi hari ini wajahnya jelas kelihatan. ‘Macam Manja...’ hati Ayyad terdetik.
“Mikh, siapa yang datang?” Datin Farah Diana keluar. “Oh, Fazlynn. Terima kasih hantar baju saya ni. Maaflah tak dapat nak ambil kat butik.”
Tersentak hati Ayyad. Berdebar kencang saat dia mendengar nama yang saban hari dirinduinya itu.
“Tak apa Datin Farah. Dah memang tugas saya.” Fazlynn merendah diri. Dia sempat menjeling Ayyad. Dia terasa pelik kerana air muka lelaki itu berubah terus dan merenung tajam ke arahnya. Dia betul-betul tak faham.
“Jemput masuk Fazlynn.”
“Tak apalah. Sekarang masa kerja. So, nanti rasuah orang panggil.” Gurau Fazlynn.
“Kamu ni ada-ada sahaja. Jangan risaulah.”
“Tak apa Datin. Saya pergi dulu.”
“Terima kasih!” Ucap Datin Farah Diana.
Ayyad yang masih kaku itu mula sedar. Dia mengejar Fazlynn. ‘Ini kereta yang langgar aku tu. Dua kali.’ Untuk kali kedua Ayyad terkejut.
“Kau!” Panggil Ayyad.
“Ada apa mamat kedai mamak!” kata Fazlynn. ‘Dah aku tak tahu namanya, aku panggil la macam tu.’ Selamba sahaja wajah Fazlynn.
Ayyad pula menahan diri daripada ketawa. ‘Betul la. Ini manja aku. Manja aku! Tapi kenapa dia tak pakai gelang yang aku bagi tu?’ persoalan tiba-tiba sahaja wujud.
“Kalau kau panggil aku sekadar nak tengok kau termenung, baik tak usah. Aku pergi dulu.” Amuk Fazlynn. ‘Dia ingat muka aku ni untuk tontonan dia. Boleh blah!’ Fazlynn terus berlalu tanpa menunggu Ayyad menbalas kata-katanya.

6 comments:

  1. alhamdulillah..hehe..ayyad ni buat lambat pulak..cepat2 la kejar fadzlynn tu..trlepas karang..haha.nice ^^

    ReplyDelete
  2. akakkkkkk,,,,, kenapa so PENDEKKKK??
    grr~
    nak lagi2

    ReplyDelete
  3. wah ilham, jadi orang pertama komen...terima kasih...hah kejar la..jgn tak kejar hahahah

    ReplyDelete
  4. Inaznafisya...pendek sangat ke??hihi maaf...nak lagi insya allah masa akan datang...

    ReplyDelete
  5. hahaha..mesti la.. ^^ waiting for the next..

    ReplyDelete
  6. Salam..alamak! dah habis? baru bab suspen dah habis?? tak puas hati betul la.. sambungla cepat Ria. akak nak tgk reaksi si Manja bila si Ayyad dah kenal dia.. dia wat2 tak ingat ke atau dibelasahnya di Ayyad ni sebab tipu dia? hehe..

    best Ria..memang best..cuma cam yg akak ckp, perbykkan ilmu dlm penceritaan.. :)double thumbs up dik buat kamu.

    Wassalam

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi