Risya masih tidak sedarkan diri. Affan masih dengan penyesalannya tetapi dia setia menemani Risya.
Risya terasa gelap dalam
dunianya. Perlahan-lahan kelopak matanya di buka. Kepalanya pening. Dia
berusaha membuka matanya. Pandangannya kabur. Semakin lama, makin jelas
pandangannya. Dia nampak Affan.
Affan sedang tidur sambil
mengenggam tangan kanannya. Risya tersenyum. Dia bagaikan lupa apa yang berlaku
sebelum ini.
Perlahan-lahan dia
leraikan genggaman tangan Affan. Terasa dahaga pula tekak Risya. Dia cuba
bergerak. Dia mula rasa berat terutamanya kaki kirinya. Kenapa ye?
“Kenapa dengan kaki kiri
aku ni?” hati Risya mula tidak tenang. Hatinya berdebar kencang. Peluh mula
mengalir. Dia mula berfikir yang bukan-bukan.
“Kenapa dengan kaki Risya?”
lembut suara Risya bertanya.
Affan mula sedar. Dia
terkejut melihat isterinya sudah sedar.
Segera Affan memeluk
isterinya. Dia ingat yang Risya tidak akan sedar. Akhirnya penantiannya tamat.
Dia memeluk Risya tetapi gadis itu menolak.
“Affan, kenapa dengan kaki
saya. Kenapa susah saya nak bergerak?” soalan pertalu-talu ditanyakan oleh
Risya pada Affan. Affan tertunduk layu.
“Kenapa awak senyap? Saya
cacat ke?” tanya Risya lagi. Dia bagaikan dapat menjangka apa yang sudah
berlaku.
“Tidak sayang! Tidak!
Sayang tak cacat.” Makin erat pelukkan Affan. Risya tetap menolak pelukkan itu.
Dia tidak ingin dipeluk. Matanya bulat. Matanya merenung tepat keaki kirinya.
Dia cuba mengerakkan kaki tersebut tetapi ia tetap kaku di situ. Makin laju air
mata Risya mengalir. Dia tidak dapat menerima kenyataan ini.
Affan masih cuba mahu
menenangkan Risya tapi kali ini tubuhnya di tolak kuat sehingga dia rebah ke
bumi.
Affan mendongak memandang
Risya.
“Keluar! Saya nak
bersendirian. Please keluar.” Rayu Risya. Dia benar-benar sedih dengan apa yang
menimpa dirinya.
Affan bangun. Dia merenung
Risya. Gadis itu menutup wajahya dengan kain selimut. Sungguh kasihan Affan
melihat buah hatinya bersedih sedemikian. Perlahan-lahan Affan melangkah ke
arah pintu. Dia berpaling lagi untuk melihat isterinya dan Risya masih seperti
tadi. Tidak sudi lagi melihat Affan.
P/S : MAAF PENDEK KALI NI...ria akan buat lebih panjang lepas ni...maaf...
0 kata kau:
Post a Comment
jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi