Followers

Wednesday, 11 April 2012

12
Komen

CINTA KE? 18


Malam mula melabuhkan tirai. Ria dan Zeck masuk ke kamar pengantinnya. Terasa penat seluruh badan.
            “Ria, saya ada sesuatu nak cakap dengan awak?” kata Zeck. Dia sudah duduk di birai katil.
            Alamak! Mamat ni nak cakap apa ni? Buat aku berdebar lain macam aje. Ria menghadap cermin mekapnya. Dia hanya memandang Zeck dalam cermin. Lelaki itu sedang memandangnya.
            “Apa dia?” Ria berdebar.
            “Saya betul-betul cintakan awak. Tak pernah perasaan ni kurang, Ria.” Zeck mula berterus terang.
            “Berkurang pun tak apa.” Selamba Ria menjawabnya tetapi dalam hatinya bagaikan ingin meletup. Walaupun ada dendam. Walaupun ada benci tapi lelaki itu kini suaminya sah. Dia cuba tak nak berkasar sangat.
            Ria membetul-betulkan tudungnya. Tidak sanggup melihat wajah Zeck kini sudah berubah.
            “Serius saya katakan yang saya rindukan awak, rindukan perhatian awak. Awak yang manja.” Zeck mula berdiri.
            Dup dap dup dap
            Jantung Ria berdegup kencang. Apa yang perlu dia lakukan ni? Dia sendiri tidak pasti.
            Bahu Ria dicengkam oleh tangan Zeck. Mereka kini sudah berdiri tegak. Mata mereka saling bertatapan.
            “Ria, saya rindukan saat kita bersama dulu.”
            Ria tersenyum manis melihat Zeck dari jauh. Hari ni untuk kali ke lima mereka keluar bersama. Walaupun hanya seketika, masa bersama tetap dihargainya. Kerana cinta ini dia belajar menipu. Menipu abang-abangnya.
            “Awak ni. Tak ada gaya lain ke?” Ria menegur. Sebenarnya lelaki itu nampak pelik dengan gaya rambut seperti ultramen.
            “Inilah gaya rambut terkini. Pacak gitu.”
            “Macam orang yang kena kejutan elektrik aje. Semua rambut berdiri dan keras.” Ria memerhati rambut itu. Dia menahan diri daripada ketawa.
            “Ini kes dah menghina penampilan saya. Awak kena denda.” Zeck berlagak seperti hakim dalam mahkamah.
            “Denda? Sedapnya dia nak denda anak orang.” Ria tersengih.
            “Ala, saya suka denda awak. Awak ni comel. Geramnya!” kata Zeck. Dia mengenggam erat tangannya.
            “Apa geram-geram ni? Gelilah.” Kata Ria. Mereka berjalan ke arah sebuah kedai makan. Mereka keluar hanya untuk makan.
            Setelah bercerita dan makan, mereka pun mahu pulang.
            “Ria, biar saya bayar.” Kata Zeck. Dia mengeluarkan wang not lima puluh.
            “Eh, awak ni siapa dengan saya.” Soal Ria selepas mereka keluar dari kedai makan tersebut.
            “Awak ni kekasih saya.”
            “Kekasih aje. Bukan suami. Jangan nak pandai-pandai belanja saya. Nah duit awak. Saya ganti semula.” Ria menghulurkan beberapa ringgit.
            “Degilnya!”
            “Apa degil-degil ni? Ambilah!”
            “Tak nak! Saya ikhlas nak belanja awak.”
            “Saya pun ikhlas juga. Ambilah. Masakan awak tak faham saya ni macam mana.” Kata Ria. Dia memandang tepat ke mata Zeck. Mengharap pengertian daripada lelaki itu.
            “Baiklah. Semua barang saya bagi awak. Awak reject. Nanti hari lahir awak. Awak mesti kena terima hadiah yang saya beri okey?” pesan Zeck. Dia menaikkan sebelah keningnya.
            “Baiklah cik abang.”
            “Macam tulah. Baru sayang ketat-ketat.” Kata Zeck manja.
            “Ketat-ketat?” Ria membuat muka. Ini adalah kali pertama dia bercinta. Apabila lelaki berkata begitu pada perempuan. Dia berasa geli.
            “Eh, buat muka tak suka pula dia. Tak kisahlah. Saya nak sayang awak ketat-ketat juga!” kata Zeck dengan degilnya.
            “Tak mahu ketat-ketat. Gelilah. Sayang saya bangat. Cukuplah,” gurau Ria. Dia ketawa kecil. Lucu dengan apa yang dikatakan.
            “Hah ketawalah. Bahasa ibonda kita ada. Guna bahasa negara orang lain.”
            “Eh, marah pula dia.” Ria menjeling manja. Dia tidak boleh keluar dengan Zeck lama-lama. Nanti abang-abangnya dapat kesan ketiadaannya nanti. Tambahan abang-abang Ria sudah memberi amaran. Jika masih belajar, jangan bercinta. Mereka tidak suka.
            “Mestilah marah.” Sengaja Zeck membuat muka serius.
            “Kalau guna bahasa ibonda tapi tak betul, baik tak payah.” Makin galak Ria ketawakan Zeck.
            Zeck betul-betul rasa geram. Nasib baik aku sayang kau ketat-ketat. Kalau tak, dah lama aku cium. Kata Zeck dalam hati.
            “Terima kasih ajak saya makan.” Ucap Ria. Mereka akan berpisah.
            Wajah Zeck tidak ceria seperti tadi.
            “Kenapa Zeck? Awak tak sihat.” Ria rasa bimbang.
            Zeck tersenyum dengan sikap prihatin Ria. Dia betul-betul bahagia. Zeck hanya mengelengkan kepala.
            “Saya okey. Awak jaga diri. I love you!” Jerit Zeck.
            “Tengok tu. Guna bahasa asing. Tadi agungkan bahasa negara sendiri.” Kata Ria. Dia masih tersenyum.
            “Lantaklah! Tengok tu. Tak balas pun kasih sayang kita.” Kata Zeck dengan manjanya.
            Apa kenalah mamat ni? Nak main balas-balas pula. Ria mengaru perlahan pipinya. Dan dia terus berlalu pergi.
            “Ria!” panggil Zeck lagi.
            “Apa dia?” Ria berpaling.
            “Jangan lupa kirim salam pada abang-abang awak.” Kata Zeck sambil tersengih lebar. Dia memecut motorsikalnya. Meninggalkan Ria berjalan pulang. Dia tahu, Ria tidak mahu dia dihantar pulang.
            Ria termenung. Mana mungkin dia melupakan kisah percintaan mereka.
            “Ria, saya betul-betul sayangkan awak. Sayang awak ketat-ketat.” Kata Zeck. Dia mengulangi kata-kata yang pernah dilafaznya semasa mereka bercinta dulu.
            “Cukuplah Zeck. Itu kisah lama kita. Sekarang ni kita amat berbeza. Saya nak keluar sekejap.” Ria berdiri. Dia memulas tombol pintu.
            Alangkah terkejutnya dia.
            “Abang!” jerit Ria. Dia benar-benar geram dengan empat orang abangnya. Mencuri dengar perbualan mereka.
            Zeck juga terkejut melihat abang-abang Ria sedang mengaru kepala. Bagaikan tidak bersalah.
            “Benci dengan abang-abang semua!” Ria berlari ke halaman rumah mereka. Dia duduk seketika di situ. Menenangkan jiwa yang bergelora.
            “Zeck.... benci sama lu...”kata Ria dalam hatinya...

12 comments:

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi