“Kenapa ni sayang? Kenapa adik abang menangis
ni? Haris ni memang nak kena ni. Orang tak suka, sudah-sudah la! Ini nak paksa
pulak!” Amuk Danish.
“Abang, tak ada apa-apa. Mia okey. Janganlah
marah Haris. Dia tak bersalah.”
“Okey. Sudah. Jangan menangis. Kali terakhir
abang tengok Mia nangis masa tu dan abang tak nak ingat dah!”
“Abang, Mia rindu Izz!” Akhirnya dia
meluahkan apa yang dirasai. Dia menangis semahunya di bahu Danish. Hatinya
sedih.
“Sabarlah Mia. Biarkan arwah tenang disana.
Banyakkan bersedekah kepada arwah ye?” Nasihat Danish. Kasihan dia melihat
Damia. Nasib baik demamnya sudah surut sedikit.
“Mia rehatlah dulu. Jangan difikirkan sangat.
Semua masalah akan selesai okey?” Danish tersenyum. Dia faham akan kesedihan
Damia. Gadis itu terlalu banyak derita dalam pencintaannya. ‘Tabahlah adikku!’
doanya dalam hati.
“Terima kasih, abang.” Danish meminta diri
untuk keluar. Dia tidak mahu mengganggu Damia. Biarlah hati gadis itu tenang
sendiri.
Damia kembali berbaring di atas katil. Dia
mengambil telefon bimbit Izz yang ditinggalkan oleh insan itu.
“Jangan
tersalah memberi hati pada insan yang tak sudi. Pada insan yang tak mengerti.
Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di hati. Kerana,sekali kau dilukai,
sampai bila-bila tetap kau ingati. Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam
memberi hati sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya
nilai sekeping hati.”
Air mata Damia
mengalir. Apabila teringat Izz dia menjadi terlalu lemah.
“Hati Mia untuk Izz
seorang. Bagaimana Mia nak beri pada Haris? Hati Mia dah tertanam bersama hati
Izz. Macam mana ni, Izz?” Damia buntu.
Akhirnya dia
terlena dengan linangan air mata yang begitu hangat mengalir. Mengerti kesedihan
yang dialamai oleh Damia.
*****
"Abang, mia okey tak?" soal Lidya.
"Okey kot. tapi abang tahu Mia seorang yang kuat,"
"Alya?"
"Alya ni tak kuat tapi manja aje lebih." gurau Danish.
"Mujur orang nak bermanja. kalau orang merajuk baru tau." kata Lidya. muncungnya sudah terbentuk. Danish hanya ketawa sahaja. geli hati melihat wajah isteri tercinta.
"Cantiknya muncung dia. boleh buat pameran ni." masih ada nada mengusik.
"Okey Fine Encik Danish Aniq." Lidya sudah berdiri. Tidak mahu duduk lama-lama di ruang tamu itu.
Pantas tangan Danish menyambar tangan Lidya. Tangannya menyulami tangan Lidya. kali ini mata mereka saling bertentangan.
Danish tersenyum apabila Lidya melarikan pandangannya.
"Abang juga yakin Alya juga seorang yang kuat. Walaupun abang tak ada disisi Alya, Alya tetap teruskan kehidupan ini dengan baik." entah mengapa Danish melafazkan kata-kata itu.
"Abang, maafkan Alya. tak ada niat nak buat apa kecil hati." pantas tangannya dileraikan dan Alya menyalami tangan suaminya.
"Sayang,tak buat salah pun. abang sayang Alya."
"Terima kasih abang." mereka sama-sama bahagia.
****
****
Haris membiarkan
air pancutan dalam bilik air membasahi tubuhnya. Habis basah kuyup pakaiannya.
Tanpa disedari, air mata Haris mengalir. Dugaan apa yang menimpanya. Tidak
pernah dia rasa begitu menyintai seorang perempuan.
“Damia!” Haris mengamuk dalam bilik
airnya. Tubuhnya mula menggigil. Dia menumbuk dinding. Dia geram dengan sikap
Damia. Acuh tak acuh sahaja.
Puas Haris menghubungi Damia tetapi
tiada respon. Tidak pasal-pasal dicampaknya telefon bimbitnya ke dinding. Berkecai!
“Damia, kenapa buat aku macam ni?!
Kenapa?!” Haris menjerit sekuat hatinya. Dia membiarkan sahaja air berterusan
membasahkan dirinya.
Dia teringat semua peristiwanya
bersama Damia. Di awal-awal perkenalannya. Gadis itu terlanggarnya ketika dia
ingin membeli bunga untuk Sarah.
“Hahaha wajahnya cukup selamba.”
Haris ketawa kecil. Selepas itu, dia berebut patung beruang besar. Gadis itu
cukup cekap mendapatkan apa yang dia mahu. Lagi sekali ketawa Haris bergema.
Tetapi tidak lama, hanya kesedihan
pula yang menapak dalam hatinya. Haris menutup air paip dan membiarkan tubuhnya
terbaring kedinginan di situ. Kepalanya tidak mampu lagi untuk berfikir.
Dia hanya mahukan mimpi indah
bersama Damia. Tidak akan sesekali dia berputus asa untuk memilik Damia. Itu
pasti!
p/s : doakan terbaik untuk SV...ria tetap suka novel ini walaupun ada orang yang tak suka hihihi
Novel akak ni banyak yg suka .. lain la rin~ hehhee :)
ReplyDeleteWahhh ,. Akhirnye ,. Lme tunggu ,. Hi hi :D
ReplyDeletewahhhh...!!! nie yg jc tggux2 nie...npa lmbt kluar sis...??? pndek plk 2...huhuhu...bg pnjng ckit wa sis...hehehh...ppun gd luck...jc kan sbar mnggu yg struz ya...heheh...(^^)v
ReplyDeleteRia, agak-2nya bila bole cite nih dibukukan. tak sabarlah nak tunggu lama-lama. Cite nih memang best sangat. Tahniah tuk awak.
ReplyDeleteharis ni dah macam ada personality disorder la pulak~
ReplyDeleteRia, bila bab 30 nih nak dimasukkan kat Penulisan2u. lama sangatlah akak tggu. x sabar rasanyer, tp kalu dah siap dibuat buku akaklah yg paling hapey sgt-2
ReplyDelete@RinsyaRyc Okey rin..akak faham dah...
ReplyDelete@Anonymous ya akhirnya...hihihi
ReplyDelete@jesse maaf lambat...ni baru terbuka hati akak nak post...kalau datang time tak tahu nak post apa...SV la menjadi pilihan akak...
ReplyDelete@Anonymousagak2 ria hujung tahun ni atau tahun depan...ria pun tak pasti...masih belum tahu jawapannya...
ReplyDelete@cik n.haliban hihi mesti la....dah mia tak suka dia..
ReplyDelete@has_1309 kalaulah perasan...novel ria..SPA or cinta ke? tak ada pun masuk dalam p2u dah...bukan ria nak salahkan siapa2...ria dah send 3 kali dah...SV pun sama bab 30....tak ada keluar la pula...so ria send kat blog aje la... hmm terima kasih kak...hihihi
ReplyDeleteHEHHEHE....ya...nvmne sis...heheh...(^^)v
ReplyDeleteSV..??? plihan jc gak...hahhaha...:D
ReplyDeleteterima kasih JC...
Deletewahhh.. Akhirnya ada gak kuar SV nie..
ReplyDeletewindu sama SV...
;)
best2.. akk x bowink pun makin suker ada r..
takut boring aje kak...citer ni kan dah lama....takut orang dah lupa dah jalan citernya...hmmm kesian ria...lama lagi nak kuar...
DeleteOh! OIC macam tu ka? patutlah akak lost kejap. Apa-2 thanks for the info. Agak-2nya bila cite SV ni akan siap. Akak x sabar nk tggu sampai ending nyer. gerenti gempak kan?
ReplyDeletehihi macam tu la kak...harap bersabar kak...ria pun tak sabar ni rindu sangat dengan danish dan alya ni tapi nak buat camner....mungkin tahun depan baru diterbitkan...insya allah
Deletealaaa....pdeknya,xpuas lak bc
ReplyDeleteanyway best gk :)
terima kasih....pendek sangat ke???kena masukkan sikit2 sebab nak tunggu terbitnya lama lagi la awak...
Deletebila ada n3baru ni...tak sabar lah........
ReplyDeletetak tahu la bila lagi akan masuk n3 baru hmmmm...sabar menanti aje la...
Deletei'm waiting 4 dis novel kat penulisan2u.. nsib jmpa blog writer..
ReplyDeletebila nak publish ne?? xsbr nak bca full.. jenuh dh tggu lma2.. huhu.. best sgt laa writer!! keep it up!
awak...mungkin tahun depan....ria dah tanya tak ada rezeki nak terbit tahun ni.mungkin tahun depan..harap bersabar ye...ria pun tengah bersabar ni hihihi
Deletebila nk smbg ni...dh lama tggu nk tau crite setrusnyeeee...
ReplyDeletealhamdulillah...dalam masa terdekat ni akan ada...tapi ria tunggu cover keluar dulu baru ria heboh kat blog n FB....harap bersabar dulu ye...terima kasih masih menunggu SV..terima kasih
Deletenak novel ni...best ape novel ni tapi biasalah ria...taste org tak same...yang penting i like...kalu jumpe kat kedai sure beli ni...tak sabar nak buat koleksi
ReplyDeletekesudahan cerita suamiku vampire ni nnt publish tak dalam blog ni..or kene beli buku yg akn diterbitkn nnt?
ReplyDeletesudah ada di pasaran novel ni...memang tak akan ada kesudahannya di blog ria...kena beli bukut tersebut....
Deletehai akak....ni farra escha anwar (fb) best la novel akak yg ni...suka3x...yg dekat fb (isteriku romantik) pon best...semoga akak sukses selalu :D
ReplyDeleteterima kasih cik adik...hihiih
DeleteKak... Novel ni saya x pernah nampak tapi kalau yg lain pernah.
ReplyDeleteNovel ni dah ada buku x??
hihihhi novel suamiku vampire by ria natsumi dah lama diterbitkan pada bulan 8 tahun 2012.....hampir setahun lebih berada di pasaran....hihihi boleh beli secara online...
DeleteThanks kak nanti saya beli
Delete