Followers

Wednesday 18 July 2012

5
Komen

HATI SUAMIKU GK 21




Tangan Natasha tidak sesekali Huzaiman lepaskan. Dapat berjalan bersama Natasha membuat dia rasa bahagia.


Mungkin di awal perkahwinan mereka, Huzaiman tidak berapa yakin dengan Natasha tetapi kini, dia bagaikan hilang pedoman sahaja.

“Kita nak ke mana? Aku....” belum sempat Natasha berkata, Huzaiman sudah memotong katanya.

“Tak best la!”

“Apa yang tak best?” Natasha sedikit terkejut. Dia memandang wajah Huzaiman. Kadang-kadang susah mahu meramal apa yang ada dalam kepala Huzaiman.

“Tak best panggilan aku kau. Mulai saat ini kau kena panggil aku ‘abang’ dan aku panggil ‘sayang’.” Kata Huzaiman.

Dahi Natasha berkerut.

“Tak nak!”

“Dulu boleh aje sayang panggil abang macam tu.” Huzaiman sudah mula memanggil Natasha begitu.

“Itu dulu. Ini sekarang.” Natasha berjalan meninggalkan Huzaiman tetapi tangannya disambar kasar oleh Huzaiman.

Natasha memandang Huzaiman dengan mata yang mencerlung.

“Jika aku perlu paksa kau, aku akan paksa!” tegas sekali suara Huzaiman. Matanya juga merah. Geram! Natasha tidak mahu mendengar arahannya.

“Tak nak!” Natasha cuba menarik tangannya kembali.

Pergaduhan mereka menjadi tontonan orang sekeliling di sini.

“This is an order. You must do it!” Huzaiman mula bercakap dalam bahasa Inggeris. Dia menarik tangan Natasha supaya mengikut jejaknya. Jika mereka terus berada di situ, mereka juga yang malu.

Mereka berdua singgah di sebuah kedai yang menjual baju t-shirt. Huzaiman bertindak memilih baju couple yang sememangnya ada jual di kedai tersebut.

“Sayang pakai baju ni.” Arah Huzaiman sambil meghulurkan sehelai baju yang sama warna dengan bajunya cuma corak sahaja berbeza. “Cik, please help my wife. You choose for her and appropriate pants, okay?”

“Yes, sir.” Jawab promoter yang ada di situ.

“Sila ikut saya, puan.” Kata promoter perempuan itu.

Natasha masih tergamam dengan arahan Huzaiman. ‘Seluar pun nak pilihkan untuk aku? Aku boleh pilih sendiri la.’ Bisik hati Huzaiman.

“Puan...” panggil prometer perempuan itu lagi apabila Natasha tiada tanda-tanda mahu bergerak.

“Ya!” Natasha tersedar.

“Abang tunggu di sini.” Kata Huzaiman. Dia membiarkan Natasha mnegikut promoter tersebut.

Huzaiman menanti dengan tidak sabarnya. Dia bukan jenis orang yang kuat bersabar. Kalau boleh, semua perkara mahu diselesaikan dengan pantas dan segera.

“Mana dia ni? Buat seluar ke pakai seluar?” bebel Huzaiman sendirian. Dia sengaja memilih warna yang padan dengan warna tudung Natasha supaya gadis itu lebih selesa memakai pakaian yang dipilihnya.

Huzaiman juga sengaja memilih pakaian yang lebih sempoi kerana apabila mereka berjalan dengan pakaian yang formal, agak menarik perhatian. Tambahan pula dia tidak suka diganggu apabila dia keluar bersama Natasha.

Tanpa Huzaiman sedari, ini adalah kali pertama dia memakai dia memakai t-shirt couple.

“Tuan, dah siap...” kata promoter perempuan yng tiba-tiba muncul.

Huzaiman mendongak. Natasha nampak sangat ringkas dan menarik baginya. Selepas membuat bayaran, Huzaiman kembali mengenggam tangan Natasha.

Natasha cuba menarik semula tangannya tetapi Huzaiman bertindak memeluk pinggang Natasha. Dia menarik rapat tubuh Natasha ke tubuhnya.

“Bahagianya...” ada suara yang menegur mereka berdua.

Huzaiman dan Natasha berpaling ke arah belakang.

“Puteri!” terkejut Huzaiman. ‘Macam mana minah ni boleh berada kat sini? Bukankah sekarang waktu bekerja?’

“Hai Sha. Kenal akak lagi tak?” tanya Puteri tanpa mempedulikan riak terkejut Huzaiman. Dia menarik tangan Natasha dari terus dipegang oleh Huzaiman tetapi Huzaiman tidak mahu melepaskan tangan Natasha.

“Sibuk aje kau ni.” Marah Huzaiman. Dia baru sahaja mahu bersama dengan Natasha.

“Aku rasa terkilan dengan you all sebab tak datang masa hari lahir aku.” wajah Puteri masam. Puteri tidak tahu apa-apa mengenai masalah yang menimpa mereka. “Sampai hati Sha tak datang.”

Natasha rasa bersalah. Dia baru teringat akan jemputan Puteri.

“Salah kau juga. Hari jadi kau sebulan lagi, kau dah jemput aku. Mestilah aku dah lupa.” Marah Huzaiman. Tangan Natasha masih kukuh lagi dalam genggamannya.

“Sebagai balasan, kau kena belanja aku makan.” Kata Puteri. Natasha pula hanya mampu berdiam diri sebab dia tiada sesen pun duit. Semuanya ditanggung oleh Huzaiman.

“Boleh tapi kau kena pujuk Sha cium aku.” Huzaiman pun ketawa terbahak-bahak.

Wajah Natasha sudah kemerahan. ‘Permintaan apa ni? Mengarut sahaja.’ Bisik hati Natasha.

“Apa kau mengarut ni? Suka hati Sha la nak cium kau atau tak. Jom Sha! Akak belanja kamu makan.” Puteri tarik lagi sekali tangan Natasha tetapi masih kukuh dalam genggaman Huzaiman.

Huzaiman tersenyum kemenangan.

Mereka bertiga pergi makan dan Puteri meminta diri untuk pulang kerana dia ada temujanji dengan seseorang yang begitu istimewa baginya.

Puteri menanti penuh sabar lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Di sebuah restoran merah menjadi pilihan Puteri.

“Sayang...” panggil seseorang dari belakang.

Puteri tersenyum melihat jejaka yang nampak muda itu.

“Sayang, kenapa datang lambat? Lama I tunggu you.” Puteri membuat suara yang cukup manja dan menggoda.

“I ada pelanggan dari Jepun. Ini pun baru selesai tau.”

“Tipu. Sayang tipu!” muncung Puteri sudah sedepa.

“Pernahkan Parker Kriss tipu Puteri yang cantik ini?” kata PK. Dia tersenyum lebar sambil memeluk bahu Puteri. Walaupun usianya sudah tua tetapi wajahnya yang masih nampak muda dan bersemangat itu membuat Puteri terus jatuh cinta dengan lelaki itu.

“I percaya pada you, Kriss.” Manja sekali suara Puteri.

*****

Kini, mereka berdua berada dalam kereta.

“Kita nak ke mana lagi ni?” soal Huzaiman sendirian.

“Boleh tak Sha bercakap.”

“Boleh. Sayang nak ke mana? Abang boleh bawakan.”

“Boleh kita ke masjid, kita tak solat Maghrib lagi.” Natasha berkata perlahan. Manalah tahu Huzaiman marah.

“Masjid?” hati Huzaiman berdebar hebat. Dia tidak tenang apabila Natasha tiada dalam pandangannya. Dia bimbang Natasha akan melarikan diri daripadanya.

“Tapi janji jangan lari dari abang?” kata Huzaiman.

“Baiklah abang, Sha tak lari.” Balas Natasha sambil menghulurkan jari kelikingnya pada Huzaiman.

Dahi Huzaiman berkerut. ‘Again?! Tadi sembahyang Asar pun Sha buat macam tu.’

Natasha masih setia menanti jari keliking Huzaiman bersatu dengan jari kelikingnya.

“Janji tau!” ingat Huzaiman.

“Sha janji!” kini jari mereka bersatu.

Natasha keluar dari kereta apabila mereka sampai di sebuah masjid. Jam menunjukkan waktu pukul 7.50 malam. Hampir habis waktu. Segera mereka berdua menuju ke tempat masing-masing.

Hati Natasha tenang dapat mengambil wuduk dan bersolat di rumah Allah.

Dia termenung seketika lalu menadah tangan menghadap Illahi.

“Ya Allah, aku amat yakin denganMu Ya Allah. Sesungguhnya kau menerima taubatku iaitu menyimpan dendam pada orang lain termasuk dendam pada suamiku sendiri.

“Ya Allah, apalah sangat taubatku ini jika hendak dibandingkan dengan segala kesilapan yang pernah aku lakukan di atas muka bumi ini. Ya Allah, aku berdosa.” Air mata Natasha mengalir. Dia hanya biarkan tanpa di seka pun. Biarlah air mata penyesalan ini terus mengalir.

“Di saat ini aku menangis Ya Allah. Aku benar-benar menyesal dengan perbuatanku. Aku bertaubat bersungguh-sungguh. Engkau ampunilah segala dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Pengampun.”

“Ya Allah, aku takut. Aku takut dengan dosa-dosa yang pernah aku lakukan. Aku dihantaui dosa-dosaku yang lampau Ya Allah. Tiap kali aku melihat wajah Suamiku, Putra Huzaiman, aku rasa sangat teruk dan tidak berguna. Adakah aku perlu terus berada di sisi suamiku bagi aku menebus segala dosa ini?

“Ya Allah, Engkau Tuhanku. Engkau maha Penyanyang. Maha Pengampun dan Maha Agung. Engkau bimbinglah aku ke jalan Mu Ya Allah. Tunjukkan aku ke jalan yang harus aku ikuti. Tunjukkan aku jalan yang Engkau Redhai. Bantulah aku Ya Allah. Hanya Engkau tempat aku mengadu. Hanya Engkau tempat aku berharap. Amminn...” Natasha meraup wajahnya. Mukanya menjadi sembab dek kerana air mata yang mengalir.

Natasha berada sedikit tenang. Dia tersenyum manis.

Tiba-tiba hatinya berdebar hebat. Bulu romanya meremang. ‘Ada hantu ke dalam masjid ni?’ Natasha tertanya-tanya.

Natasha terpandang satu susuk tubuh yang berdiri di tepi langsir tirai yang memisahkan bahagian tempat lelaki dan perempuan. Pandangan Natasha sedikit kabur ketika itu.

Makin berdebar hatinya.

Lelaki itu merenung tajam ke arah Natasha.

Natasha mengurut dadanya. Lega. Rupanya Huzaiman yang sedang berdiri disitu. ‘Tak percaya pada aku la tu.’

Dengan pantas Natasha melipat telekung sembahyangnya dan memakai tudung. Selepas itu, dia menuju ke kereta Huzaiman parking.

“Kenapa menangis?” Soal Huzaiman. Rasa sayu melihat air mata Natasha mengalir ketika berdoa. Bagaikan mengenangkan sesuatu yang amat sedih.

“Bercakap dengan Allah. Tak salah kalau kita nak menangis.” Natasha cuba menutup kesedihan yang dia rasai.

“Oh, macam tu!” Huzaiman meneruskan pemanduannya. Mereka menuju ke sebuah restoran.

Tetapi...

Huzaiman terkejut dia terserempak dengan seseorang.

“Shariff!”

Tengku Shariff Fairy tersenyum melihat lelaki yang gila kuasa memakai baju t-shirt couple. ‘Kejutan budaya ke?’ makin lebar senyuman Tengku Shariff Fairy.

5 comments:

  1. wahh.. adakah sya akan melayan suaminya GK dgn baik slps ini?
    ala.. masa ni laa si shariff nk dtg .. kacau daun betoi..>.<

    ReplyDelete
  2. Haih Huzaiman dah berubah kerna cintakan Natasya sampai sanggup pakai baju couples...hehehe#^_^

    ReplyDelete
  3. so sweet ! suami sya yg sgt GK tu sanggup buat apa je untuk isteri tersayang . bahagianyaaaaa . cepat2laa smbg okay :D

    ReplyDelete
  4. wahh..
    lme tak bukak blog kak ria ni..
    rindu rsenye nak bce semua cerpen n novel akak...
    tak tau lah mse cukup ke tak nak bce ni..
    hope cukup lah...
    klau x cukup kne tunggu seminggu lagi...
    hehehe..
    ape pun..
    best sgt...
    huzaiman ni buat cuak natasya je..
    nasib baik minah tu xde sakit jantung...
    klau x menduda lah..

    ReplyDelete
  5. bestt arr siss....sweeetttt...!!! hehehh

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi