Followers

Tuesday 14 August 2012

5
Komen

CERPEN : KAU PUASA TAK? (full)




Kyun ternampak Letchumi dan dia terus menghampiri gadis berbangsa India itu.


“Chumi, you nampak Puteri?” panggil Kyun.

“I macam Puteri? Thank so much, Kyun?” ucap Letchumi. “Lagi satu, why you like call me, Chumi? My name is Letchumi.” Soal Letchumi.

Kyun mengeluh.

“You tu memang cantik tapi yang I maksudkan ialah Puteri, kawan sebilik you tu. Sebab nama tu macam ala-ala Korea sikit.” Jelas Kyun. Dia menyelak rambutnya ala-ala Korea tu ke belakang.

“Oh,Puteri ke?!” Baru Letchumi sedar. Dia tersenyum dengan pujian itu. “Dia di pustakaan. Kan tak lama lagi nak final exam.”

“You tak temankan dia ke?”

“I baru lepas makan. Sekarang I nak ke sana la.” Kata Letchumi. “Tapi I nak ke toilet sekejap, you tolong I bawa barang I ke bilik dua puluh empat jam. Puteri ada kat sana.”

“Botol air ni sekali ke?”

“Yup!”

“Yes Bos!” tabik Kyun. ‘Bawa aje la. Bukan aku punya pun. Yang penting aku puasa.’

Kyun bergerak ke bilik dua puluh empat jam. Dari jauh dia sudah nampak Puteri yang tekun menelaah buku yang berada depannya itu. Kyun tersenyum.

Belum sempat Kyun menghampiri Puteri, gadis itu sudah sedar akan kewujudannya di situ. Dahi Puteri berkerut.

“Kyun, kau puasa tak? Aku rasa kau mesti tak puasa. Bukti ada botol air yang kau pegang.” Tuduh Puteri.

“Sedapnya mulut kau berkata-kata yang aku ni tak puasa. Mulut kau tu puasa ke tidak?” soal Kyun semula. “Walaupun aku baru aje kenal Islam tapi aku dah mula belajar puasa tau tahun lepas.”

“Dah aku tanya kau, kau jawab lambat sangat. Jadi aku jawablah sendiri.” Kata Puteri lalu menyambung semula pembacaannya.

“Itu bukan alasan terbaik untuk membuat kau berkata-kata sedemikian.” Kata Kyun dengan penuh tatatertib.

“Aku tahu kita ni ambil sastera kat sini tapi tak perlulah kau nak bersastera dengan aku. guna ayat puitis kan lebih baik.” Pandangan Puteri masih di buku.

“Disebabkan kau buat bakal suami kau berkecil hati, silalah belanja aku berbuka puasa nanti.” Kyun menarik kerusi dan duduk depan Puteri. Puteri menjeling tajam ke arah Kyun.

“Bakal suami?” dahi Puteri berkerut pula.

“Yelah! Bakal suami kau tahun depan.” Kyun tersenyum gembira.

“Tahun depan?” makin berkerut dahi Puteri. ‘Kalau tiap-tiap hari muka aku berkerut macam ni, mesti aku jadi cepat tua. Tak boleh jadi ni.’

“Sebab kita tak habis belajar lagi. So, sabar okey. Kita kahwin tahun depan. Aku akan masuk meminang nanti.” Kyun tersenyum lagi.

“Eh, siapa nak kan kau ni?” Puteri mula tidak puas hati. ‘Dia ingat aku siapa? Boleh tempah-tempah untuk tahun depan pula.’

Puteri buat muka serius. Begitu juga dengan Kyun.

Lama mereka saling renung-merenung.

“Hello!!!” jerit Letchumi. “Eh, diorang berdua ini berada dalam dunia mana?” lagi sekali Letchumi berkata hello.

“Malas nak layan kau!” tiba-tiba Puteri mengamuk. Dia mengemas barang-barang miliknya.

“Jangan lupa belanja aku berbuka nanti!” kata Kyun. Dia yakin yang dia sudah mendapat kemenangan dengan Game Renung-Merenung tadi.

“Tak nak!”

“Apa yang aku tahu, aku tuntut belanja tu.” Kyun tersenyum lagi.

“Tuntut? Aku tak pernah buat janji pun.”

“Suka hati!”

Puteri mengetap bibir menahan geram yang maha hebat. Dia terus berlalu pergi tanpa mempedulikan Letchumi dan Kyun.

“Macam ni ke nak jadi cikgu? Marah tak kena tempat! Rasanya UPSI ni salah terima orang kot!” Kyun masih mahu menyakat Puteri.

Puteri yang semakn jauh dapat mendengar kata-kata pedas itu.

*****

Puteri menutup pintu biliknya dengan kasar. Benci dengan Kyun. Dia mencampak semua barang miliknya atas katil.

Dia benci dengan apa yang dirasai saat ini. Memang dia kalah. Entah mengapa hatinya bergetar hebat ketika memandang ke dalam mata Kyun. Lelaki itu bagaikan menyembunyikan sesuatu yang amat sedih dan melukakan hatinya.

“Eh, jauh juga aku berfikir tentang Kyun.” Puteri mengeluh. Lelaki yang dikenali sejak masuk ke Upsi itu kacukan Korea. Ibunya orang Korea dan ayahnya orang tempatan sahaja. Selama Puteri berkawan dengan Kyun, lelaki itu tidak pernah cerita mengenai keluarganya.

“Ah! Kalau fikirkan Kyun, satu kerja tak siap. Esok ada Final test. Baik aku baca buku.” Puteri menarik kerusinya lalu duduk. Dia membuka beg dan mengeluarkan buku pelajaran lalu membacanya.

*****

Kyun termenung dalam bilik. Hanya dengan Puteri hatinya gembira. Dia dapat melupakan segala keperitan dalam hatinya.

“Ibu...” betapa Kyun rindukan ibunya. Dia amat sayangkan ibu tetapi ibu meninggalkan dia dan ayah demi lelaki yang lebih kaya. Betapa peritnya hati ini menjalani kehidupan tanpa kasih sayang seorang ibu sejak dia berusia 5 tahun.

Memang benar dia masih kecil ketika itu tetapi dia dapat memahami perasaan ayah. Ayah kecewa dengan sikap Ibu. Kecewa tidak dapat membentuk ibu dengan baik.

Hampir 15 tahun ayah mendidik Kyun supaya dekatkan diri dengan agama tetapi Kyun terus leka dan leka.

Sejak bertemu dengan Puteri, kehidupan Kyun berubah. Dia mula belajar berpuasa tahun lalu. Syukur kerana dia melakukan itu semua dengan hati yang ikhlas. Sesungguhnya semua perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas mendapat keberkatan Allah.

“Mohammad Syamir Kyun kini sedang termenung...” kawan bilik Kyun baru pulang dari kampus.

“Kau ni Malik...” marah Kyun. Dia rasa terganggu dengan kata-kata tersebut.

“Aku gurau aje. Jom cari makan. Ada sejam lagi nak berbuka.” Ajak Malik.

“Hmmm, jom!”

Mereka berdua berjalan ke bazar Ramadhan dan dia terserempak dengan Puteri.

“Kau tu tak puasa. Tak payah la mengada-ngada nak beli.” Sindir Puteri.

“Aku puasa la.”

“Kau kan tak pernah puasa sebelum ni. Macam pelik kalau kau puasa.” Kata Puteri.

“Puteri, kau jangan tuduh orang yang bukan-bukan. Dosa orang buat fitnah lebih besar daripada dosa orang membunuh.” Amaran Kyun. Dia sedih sebab Puteri selalu kata yang dia tidak berpuasa.

“Aku tak fitnah kau. Tapi memang betul kau tu tak puasa. Lagi pun dalam kelas kau selalu diam. Entah-entah kau makan sesuatu kot.” Puteri terus meninggalkan Kyun.

Kyun benar-benar terasa hati. Dia diam dalam kelas ada sebab. Dia suka dengan kata seseorang.

“Orang yang bijaksana adalah orang yang menonjolkan sifat sederhana dan bersikap diam.”

Kata-kata itu membuat Kyun lebih matang dan berfikir dulu sebelum melakukan atau berkata sesuatu. Kyun cuba tidak mahu marah kerana dia sayang pada Puteri.

“Sabarlah Kyun.” Nasihat Malik.

“Aku sabarlah ni, Malik. Demi cintaku yang suci.” Kyun tersenyum.

“Mulalah tu nak jiwang. Sudah-sudah kita kena cari makan ni.”

“Yes boss!!” kata Kyun. Senyumannya nampak berseri.

*****

Letchumi pelik dengan sikap sahabatnya itu. Yelah tidak pernah-pernah berkata kasar dengan Kyun.

“Kau ni kenapa?”

“Kenapa apa?” soal Puteri kembali. Mereka baru sahaja sudah makan. Begitulah mereka berdua setiap hari Ramadhan. Letchumi mesti akan makan bersama Puteri.

“Bukankah Kyun itu mahu berubah jadi baik?” Letchumi juga membalasnya dengan persoalan.

Puteri tergamam. Bangsa lain lebih memahami berbanding bangsa sendiri. Tiba-tiba Puteri terasa malu dengan dirinya.

Benar!Kyun mahu berubah tetapi perasaannya terhadap Kyun membuat Puteri tidak mahu berbaik dengan Kyun.

“Lebih baik aku jauhkan diri dari Kyun...”

Letchumi hanya mampu gelengkan kepala sahaja.

******

Kyun berasa geram dengan sikap Puteri.

“Puteri!” panggil Kyun dari belakang.

Puteri berpaling. Kyun!

Pantas Puteri melarikan diri.

“Puteri!” panggil Kyun.

Langkah Kyun terhenti. “Kenapa dengan Puteri ni. Nampak aku aje nak lari. Lari aje nampak aku. Apa kena dengan minah ni? Ada hantu ke? Bukankah bulan puasa ni syaitan dan segala yang berkait di rantai oleh Allah?” Kyun tertanya-tanya sendirian.

Dia mengeluh. Dia tidak pasti cara apa yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah ini. Puteri selalu mengelakkan diri darinya.

Ibadah puasa Kyun lakukan seperti biasa. Dia berpuasa dan pergi sembahyang tarawih tiap-tiap malam.

Kyun berjalan pulang dari masjid. Apabila dia melintas jalan, ada sebuah kereta memecut laju dan melanggar Kyun.

*****

Puteri mengemas pakaiannya, peperiksaan akhir sudah seminggu lalu habis. Dia akan pulang ke kampung.

“Kyun kemalangan, Puteri!” tiba-tiba Letchumi muncul.

“Kemalangan!” Puteri terkejut. Riak wajah yang bimbang tidak dapat lagi dia sembunyikan.

“Jom kita pergi sekarang!” kata Puteri. Dia memakai tudung dengan segera. “Kejap, kunci kereta!” Puteri mengambil kunci kereta Myvi.

Mereka sampai di hospital. Terburu-buru mereka masuk ke ruang kecemasan. Puteri bertanya di kaunter.

“Cik, mana pesakit bernama Mohamad Syamir Kyun Binti Abdullah?”

“Oh, pesakit tu sudah dipindahkan ke wad biasa.” Kata seorang jururawat di situ. Segera mereka berdua menuju ke wad yang dimaksudkan.

Nasib baik Kyun tidak apa-apa. Puteri rasa lega.

Kyun masih dalam keadaan tidak sedar.

“Letchumi, aku balik kampung dulu. Lagi pun dia tak apa-apa.” Puteri tersenyum lega.

“Kau tak nak tunggu dia sedar dulu?”

“Tak apalah.”

“Hati-hati memandu tu. Aku kau jangan risau. Nanti aku minta Khan hantarkan aku balik.”

“Baiklah!” Puteri pulang dengan hati yang tenang.

*****

Hari raya kunjung tiba.

“Mana Letchumi ni? Sesat ke? Kata dah nak sampai. Tapi tak sampai-sampai.” Risau Puteri. Rumah Puteri agak pedalaman. Mungkin Letchumi susah untuk datang ke sini tetapi Puteri dah lukiskan peta paling mudah untuk sahabatnya itu.

Pit! Pit! Bunyi hon yang agak kuat.

“Mesti Letchumi.” Puteri berlari ke luar rumah. Dia tersentap apabila melihat pemandunya. Kyun!

“Tak nak jemput kami masuk ke?” Kata Letchumi. Letchumi datang bersama Khan dan Kyun. Mereka bertiga tinggal di satu kawasan. Maka tidak susah mahu ke rumah Puteri walaupun agak jauh.

“Masuk! masuk!” Puteri baru sedar. Kyun masih diam dan tidak bercakap. Dari mula sampai sehingga mereka mahu pulang. Dengan ayah Puteri sahaja dia bercakap.

‘Aku ni macam tak wujud.’

“Kau puasa tak?” soal Puteri dengan sengaja. Dia rindukan suara Kyun.

“Kan ni bulan Syawal. Mana boleh puasa.” Balas Kyun.

“Sajer tanya. Aku ingat kau mogok tak nak cakap dengan aku.” wajah Puteri ditundukkan.

“Mana boleh aku tak cakap dengan orang yang aku suka. Lagi pun ayah aku selalu cakap, tak baik berdendam dengan orang dan tak maafkan orang tu selama tiga hari berturut-turut.” Kata Kyun.

‘Kyun masih sukakan aku walaupun aku dah hina dia? Marah dia...’ Puteri terkesima.

“Kita jumpa sem depan. Aku harap masa tu kita boleh menjalani hidup yang lebih bahagia.”kata Kyun sambil masuk ke dalam kereta.

Faham sudah Puteri dengan kata-kata itu. Walaupun mulut tidak berkata cinta tapi hati masing-masing dapat memahami apa yang ingin disampaikan.

“Harap puasa akan datang, lebih diberkati. Insya allah.” Puteri berdoa dalam hati....

Tamat

5 comments:

  1. kyun nie ada dua nama ker?

    ReplyDelete
  2. haha... ria. nama kyun lain-lain masa malik sebut dgn masa puteri gi cari kyun kat hosp. :)

    ReplyDelete
  3. Hahahaha..Tahniah Santai Dan Masih Ada Mesej Untuk Berdakwah .

    Melukis pelan ke peta yang sesuai ye ???

    ReplyDelete
  4. kak ria !!! heheh best2 sesangat hihihihi

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi