Followers

Wednesday 15 August 2012

8
Komen

HATI SUAMIKU GK 23




Natasha masih duduk di lantai. Dia sudah bersetuju dengan apa yang Huzaiman katakan. Perjanjian ini? ‘Aku kena terus setia di sisi dia?’ Natasha keliru. Kerana desakan dia sudah bersetuju dengan perjanjian ini.


“Sha okey?” Huzaiman memandang Natasha tanpa sedikit pun berkelip. Wajah gadis yang menangis itu cukup membuat hatinya pilu. Biarlah Natasha mengetahui hakikat sebenarnya mengenai Azlin.

Natasha masih mendiamkan diri. Dia sendiri tidak pasti mahu membahasakan dirinya apa. Baru sebentar tadi dia memanggil Huzaiman ‘Abang’ dan masa bergaduh tadi dia sudah membahasakan ‘aku’ semula.

Akhirnya, Natasha hanya mampu mengangguk. Natasha melihat tangan kanan milik Huzaiman yang digigitnya itu. Kasihan pula. Lelaki ini banyak membantunya.

Natasha bangun.

Huzaiman terkejut. ‘Eh, nak ke mana tu?’

Natasha kembali semula dan dia duduk disisi Huzaiman. Tanpa Natasha sedari, hati Huzaiman berdebar hebat. Sentuhan tangan Natasha yang sejuk itu membuat hatinya sedikit gusar. Dia bimbang, dia tidak dapat mengawal diri apabila bersama Natasha.

“Terima kasih.” Hanya itu yang mampu Natasha ucap selepas dia letakkan plaster lupa pada kesan gigitannya.

“Sha...” panggil Huzaiman. “Janji!” Huzaiman mengingati janji Natasha. Gadis itu hanya angguk kepala.

Huzaiman memegang ke dua belah bahu Natasha. Natasha benar-benar tak dapat mengelak. Makin lama makin dekat wajah Huzaiman dengan Natasha. Hanya seinci lagi memisahkan mereka tetapi telefon bimbit Huzaiman berbunyi.

Pantas Huzaiman menjawabnya.

“Hello Bos. Azlin sudah berada di apartment saya.”

“Baiklah!” wajah Huzaiman kembali serius. “Jom!” ajak Huzaiman. Natasha hanya mengikut sahaja.

Mereka berdua menuju ke apartment milik Amman dan Ammar.

“Azlin...” panggil Natasha sebaik sahaja melihat wajah sahabatnya.

“Tak sangka lelaki yang kau selalu cerita itu adalah Huzaiman. Kalau aku tahu, aku takkan jual kau pada Jay.” Jelas Azlin.

“Jual? Jay?” tergamam Natasha. Apa yang dikatakan oleh Huzaiman padanya adalah benar. ‘Jay? Lelaki itu?’

“Aku datang sini hanya nak minta duit dengan Huzaiman aje. Tak sangka kau nak jumpa a...” belum sempat Azlin menghabiskan ayatnya, dia sudah kena tampar dengan Natasha.

Pang!

Merah mata Natasha menahan perasaan marahnya.

“Kenapa kau buat aku macam ni, Azlin? Apa salah aku pada kau?” soal Natasha. Dia benar-benar sedih.

“Tak guna punya perempuan!” Azlin ingin mencekik Natasha tetapi pantas dihalang oleh Ammar dan Amman.

“Cukup! Ammar, bawa perempuan ni keluar dari sini. Bagi dia RM5000 lagi dan jangan ganggu Natasha lagi.” Arah Huzaiman.

“Baik Bos!

“Dan Amman, kamu kena pastikan Azlin tidak akan berada dekat-dekat dengan Natasha. Faham?”

“Faham bos!”

Mereka berdua keluar dengan membawa Azlin yang menganas.

Natasha jatuh terjelupuk.

“Sha, tak apa-apa?” Huzaiman menghampiri Natasha. Pertanyaan Huzaiman tidak dilayan oleh Natasha. Hal ini telah membuat Huzaiman angin satu badan. Dia memangku tubuh Natasha dan membawa ke appartment miliknya.

“Lepas! Lepaskan aku!” Natasha dapat rasakan emosinya tidak stabil. Dia benar-benar tidak dapat menerima kenyataan yang Azlin memang menjualnya.

Tubuh Natasha dicampak atas katil.

“Aku cakap lembut-lembut kau buat tak tahu aje. What wrong with you!” amuk Huzaiman. “Perempuan tak tahu malu tu dah jual kau. Apa lagi yang kau tak puas hati hah!” makin tinggi suara Huzaiman.

“Aku nak keluar dari sini!” Natasha cuba bangun tetapi dihalang oleh tubuh Huzaiman yang lebih besar darinya.

“Tepi!” jerit Natasha.

“Kau ingat, kau boleh keluar dari sini dengan mudah? Kau dah jadi milik aku dan kau akan kekal macam tu untuk selamanya.” Tegas sekali kata-kata Huzaiman.

“Tak nak!” Natasha tetap cuba melepasi Huzaiman tetapi tidak berjaya.

“Kau tak akan ke mana-mana tanpa aku. Tanpa aku disisi kau! Kau hanya akan bersama aku sahaja.”lagi sekali Huzaiman melafazkannya.

“Tepilah!” Natasha tidak mahu mendengar apa-apa. Dia menolak tubuh Huzaiman.

Huzaiman berasa geram lalu memeluk tubuh Natasha.

“Lepaslah bodoh!” Natasha tidak dapat mengawal kata-katanya. Dia tidak sedar yang Huzaiman itu adalah suaminya yang sah.

“Bodoh?!” Huzaiman terkejut dengan kata-kata Natasha. Selama dia hidup, tidak ada orang pernah katanya ‘bodoh’. Natasha sengaja mencari maut dengan Huzaiman.

“Bodoh kau kata?” geram Huzaiman. Dia memeluk Natasha makin erat dan mencium rakus mulut Natasha. Natasha meronta sekuat hatinya. Dia tidak suka diperlaku sedemikian.

Huzaiman melepaskan Natasha setelah dia puas.

“Kau gila! Kau ingat kau siapa boleh buat aku macam tu.” Marah Natasha.

“Aku suami kau!” kata HUzaiman dengan tegas.

Natasha tergamam. ‘Suami? Aku lupa... lelaki dihadapannya adalah suami yang sah. Yang berhak ke atasnya.’ Natasha terjelupuk lagi. Dia terduduk.

Huzaiman menghampiri Natasha.

Natasha pula mendonggak memandang Huzaiman. Tubuh dia kaku. Dia tak dapat bergerak dengan matanya yang terbeliak. Dia dapat rasakan tubuhnya diangkat dan dibaringkan atas katil. Lagi sekali dia menjadi mangsa lelaki gila kuasa itu.

Natasha tersedar. Dia yakin yang Huzaiman sudah tertidur. Dia keluar dengan pakaian yang dibeli oleh Huzaiman dan perlahan-lahan dia keluar dari appartment tersebut.

“Aku harus lari dari HUzaiman. Aku benci dia sentuh aku! Aku tak suka!” Natasha jalan bersendiri.

Tiba-tiba langkah Natasha terhenti. Dia terserempak dengan PK yang mahu menaiki kereta. Lelaki tua itu memandang ke arahnya.

“Natasha! Kejar perempuan tu!” Arah PK.

Natasha terkejut dengan arahan itu, terus berlari sekuat hati. Dia sedar yang PK hanya mempergunakan dia untuk memusnahkan kerjaya orang lain.

Sedang dia berlari menyelamatkan diri, tangannya di sambar oleh seseorang dan tubuhnya terus didakap erat. Orang-orang PK yang mengejarnya tidak menyedari yang dia berada dalam pelukan lelaki itu. Natasha berasa lega.

Dia ingin mengucap terima kasih pada lelaki yang sudah menyelamatkkannya tetapi...

“Abang Hamz!” Natasha terkejut. Lagi seorang lelaki yang gila.

“Hai sayang. Makin cantik...” puji Hamdan. Lelaki itu masih memeluknya.

“Lepaslah!”

“Shhhhhh!” Hamdan berbisik sesuatu pada telinga Natasha. “Kali ni aku takkan lepaskan kau...” Hamdan tersenyum.

Natasha berasa geram. Dia memijak kaki Hamdan. Lelaki itu mengadu kesakitan tetapi untuk melepaskan Natasha, tidak sama sekali.

“Sayang ni ganaslah tapi abang suka aje. Ini yang buat abang jatuh hati dengan sayang.” Hamdan tersenyum dalam kesakitan.

“Gila ke abang Hamz ni? Abang sedar tak yang saya ni isteri adik tiri abang. Takkan itu pun abang tak dapat nak fikir.” Natasha cuba mengingatkan Hamdan.

Hamdan hanya ketawa.

“Mamat gila kuasa tu? Abang paling benci dia. Semua abang punya dia ambik!” keras sedikit suara Hamda. “Jom sayang, ikut abang!”

“Saya takkan ikut abang. Silalah faham!” kali ni Natasha memijaknya kaki kanan Hamdan sekuat hati dan terus melarikan diri.

“Ke mana lagi kau boleh lari, sayangku.” Kata Hamdan bagaikan merancang satu agenda yang tiada siapa yang tahu.

8 comments:

  1. SAMBUNG LA CEPAT
    tlg la cpt2 ye
    x sbr tgu smbgan ni

    ReplyDelete
  2. Padan muka.....degil sangat. Melawan suami..nah tu lah balasannya!!!

    ReplyDelete
  3. natasha ni dh dok elok2 dgn suami..lari polak...

    ReplyDelete
  4. akhrinya,setelah sekian lama.. hehehe
    alahai.. dapat pulak natasya kat si naga ni.. huzaiman.. plss. do somentin..

    ReplyDelete
  5. kak ria!!
    best lah.. sambung tau.. huhuhuu
    terbaikk lah kak

    ReplyDelete
  6. so great! dek n dedebar akak baca crite ne!Natasya n Huzaiman cam couple yg ok gak dek.......cepat sambung dek jangan peram lelama sangat ye dek?hehehe

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi