Followers

Wednesday 5 September 2012

9
Komen

PERTANDINGAN POSTER/COVER

Assalamualakum dan salam sejahtera...Ria rasa nak buat satu pertandingan la... boleh kan..? mesti boleh. jemput semua...boleh menyertainya...terima kasih...


Mari kita baca syarat penyertaan pertandingan poster ini. Jom!
1.Pertandingan mencipta poster KCC (Kata Cinta Ceritaku)  ini terbuka kepada semua orang tidak kira di negara mana pun anda berada.
2. Tiada had untuk bilangan penyertaan.
3.  Penyertaan boleh dilakukan secara individu.
4. Setiap penyertaan boleh dihantar ke inbox FB Ria terlebih dahulu. Kemudiannya akan dimuat naik ke album khas di laman rasmi Ceritaku Ria Natsumi di facebook.
5. Poster akan dinilai oleh Ria Natsumi sendiri dan juri-juri jemputan. Sebanyak 20 peratus akan dikira berdasarkan bilangan klik ‘like’ dan markah selebihnya  akan dikira berdasarkan markah oleh para juri.
6. Pertandingan akan bermula daripada 5 September 2012 sehingga 5 Oktober 2012.
7.Kriteria poster:
a) Karya hendaklah asli dan segar. Tidak boleh diciplak. Kalau mengambil inspirasi, itu boleh diterima.
b) Poster mestilah mempunyai unsur-unsur yang baik. Terpulang kepada kreativiti sendiri untuk menyampaikan mesej  yang menjadi pilihan anda. Tidak semestinya kata-kata cinta, tidak semestinya perlu ada ayat bunga-bungaan. Kata-kata berunsur dakwah juga dibolehkan. Think out of the box, be creative. Yang penting ia menyeru ke arah kebaikan , dan meninggalkan kemungkaran.  Walaubagaimanapun ia tidak boleh menyentuh sensitiviti agama dan budaya serta isu sensitif politik.
c) Untuk memastikan kualiti poster yang baik dan cantik, poster boleh dipilih daripada saiz berikut : (1024 x 576), (1280×720), (1792×1008), (2560×1440) pixels.
d) Boleh menggunakan konsep apa saja dalam penghasilan poster seperti penggunaan perisian komputer, gambar yang diambil dari kamera, kolaj dan sebagainya. Be creative!
e) Penghantaran poster tidak boleh ditarik balik..
f) Setiap penyertaan poster, perlu ada tagline ‘Kata Cinta Ceritaku’. Terpulang pada anda untuk menentukan kedudukan, saiz, bentuk, warna tulisan tersebut asalkan tagline itu perlu ada pada setiap poster. Ketiadaan tagline dianggap tidak menepati syarat penerimaan pertandingan.
Marilah sertai pertandingan poster ini beramai-ramai! Inilah masanya kita menggunakan kreativiti kita untuk sesuatu yang baik. Sebar-sebarkanlah hal pertandingan ini kepada kawan-kawan lain supaya lebih ramai lagi yang dapat menyertainya.
Semoga berjaya semua! Saya menunggu poster anda~

contohnya :


9 comments:

  1. heheheh!! nak join tpe x tau la jde k poster/cover tu coz x kreativif

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la....kreatif tu kena berlatih dan selalu buat...barulah ia boleh dipupuk...

      Delete
  2. Replies
    1. contoh ria dah masukkan....tapi pemarkahan lebih kepada kata2 yang dipilih oleh perserta seperti contoh ria buat kat atas tu...

      Delete
  3. weeee... nk join lah!!

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. boleh....send di alamat email... love_kelip@yahoo.com

      Delete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi