
Firman Shah hanya memerhati Izz Irfan dan Syazwina yang sedang berbual di luar kelas. Entah mengapa dia rasa cemburu. Kerana perasaan cemburu ini membuat dirinya jadi tidak tentu arah ketika bercinta dengan Syazwina suatu masa dulu. Dia tidak boleh melihat Syazwina bersama lelaki lain. Dia mudah jadi seorang pemarah.
“Kita berpisah!” kata Firman Shah. Pagi tadi dia ternampak Syazwina bercakap dengan seorang lelaki yang tidak di kenalinya....
