Khusnul
Syakinah melangkah perlahan ke biliknya. Air mata yang di tahan depan Nurina
Sofea dan abangnya itu akhirnya mengalir. Dia sendiri tidak pasti apa yang berlaku
padanya. Dia di rogol ke? Tidak pula dia terasa sakit di mana-mana tubuhnya.
Cuma kepalanya sahaja yang sakit.
‘Tapi kenapa baju aku koyak?’ Kepala Khusnul
Syakinah makin pening. Dia sendiri tidak tahu status dirinya sama ada dia
mangsa rogol.
‘Buat laporan polis je...’ ada suara lain yang hadir
memberi cadangan. Khusnul Syakinah tersentak.
Kepalanya di geleng untuk beberapa kali. Dia tidak
akan melaporkan pada polis. Tentu ummi dan abi akan malu dengan perkara ini.
Tidak!
Kini, sudah beberapa hari Khusnul Syakinah demam dan
tidak ke sekolah. Nasib baik alasan demam boleh diberi oleh Khusnul Syakinah
pada umminya.
“Khusnul, kawan sekolah datang melawat tu.”
“Siapa ummi?”
“Kawan lelaki. Ummi tak kenal pula. Pakai tudung
tau. Ummi nak buat air sekejap...” Ummi
Syakinah terus berlalu ke dapur selepas keluar dari bilik anaknya itu.
“Baiklah ummi.” Khusnul Syakinah bersiap-siap.
Walaupun wajahnya sedikit pucat tetapi dia tetap gagahi juga.
Khusnul Syakinah menghampiri lelaki yang
membelakanginya itu.
“Terima kasih sudi melawat saya,” ucap Khusnul
Syakinah. Ummi Syakinah selalu mengajarnya untuk menghormati tetamu yang datang
ke rumahnya.
Lelaki itu berpaling dan menghadap Khusnul Syakinah.
Ada senyuman yang menyembunyikan beribu erti di bibir lelaki itu.
“Kau!” Khusnul Syakinah tidak dapat mengawal rasa
terkejutnya dengan kehadiran lelaki itu di rumahnya.
“Kau? Apa kau... Kau ni... Panggil je aku Iqram
Aznan...” makin lebar senyuman itu terukir.
“Kau buat apa datang rumah aku...?” Takut-takut Khusnul
Syakinah bertanya. Dia merenung tajam pada Iqram Aznan.
Iqram Aznan pula hanya membalas renungan tajam itu
dengan senyuman sinis. ‘Kalau kau renung makin tajam, makin aku suka.’ Tidak
berkelip matanya melihat wajah perempuan pucat yang berada di hadapannya.
“Kalau esok kau tak datang sekolah, aku beritahu hal
sebenar pada ummi kesayangan kau tu,” ugut Iqram Aznan tiba-tiba. Dia sudah
memulakan agendanya yang sebenar.
Khusnul Syakinah tersentak. ‘Adakah ini ugutan?’
Kepalanya benar-benar rasa pening. Dunianya seakan berputar-putar. Bayangan Iqram
Aznan semakin kabur. Akhirnya dia pengsan.
Iqram Aznan seperti dapat menjangka yang Khusnul
Syakinah akan pengsan. Pantas tangannya menampung tubuh Khusnul Syakinah
daripada rebah ke lantai.
“Mak cik! Mak cik!” jerit Iqram. Dia berpura-pura
cemas. Segenap wajah yang semakin mencuri perhatiannya itu di renung dengan
penuh minat.
“Ya Allah! Kakak!” panggil Ummi Syakinah terperanjat
melihat anaknya rebah dalam pangkuan Iqram Aznan.
“Adik, tolong bawa kakak masuk ke dalam biliknya,”
pinta Ummi Syakinah.
“Baiklah mak cik!” tubuh Khusnul Syakinah yang
sederhana kecil begitu mudah di angkatnya. Dipangku dengan penuh berhati-hati. ‘Takat
angkat badan berat macam ni, senang je.’ Iqram Aznan sudah biasa mengangkat
benda berat. Dia selalu pergi ke gim untuk senaman di hujung minggu. Baginya,
sangat mudah untuk dia mengangkat tubuh Khusnul Syakinah.
Iqram Aznan meletakkan perlahan-lahan tubuh Khusnul
Syakinah di atas katil. ‘Ini rupanya bilik cik adik ni.’ Dia sempat memerhati
sekeliling bilik yang baru dijejakinya itu. Ada beberapa gambar artis lelaki
yang ditampalkan di dinding bilik.
“Mak cik, gambar ni...” Iqram Aznan tertanya-tanya.
“Hmm, kakak memang minat artis ni tapi yang peliknya
dia minat dalam cerita ini je.” Terang Ummi Syakinah.
“Cerita apa ya, Mak cik?” sikap ingin tahu itu
begitu kuat.
“City Hunter. Dia suka cara lelaki ni menyelesaikan
masalah. Maaflah anak muda, kakak tak sihat ni. Boleh bagi kakak rehat dulu.” Pinta
Ummi Syakinah.
“Tak apa mak cik. Maaf saya mengganggu. Saya balik
dulu.” Iqram Aznan bersalaman dengan Ummi Syakinah dan meminta diri.
Khusnul Syakinah tersedar. Sudah malam. Jam dinding
menunjukkan angka 9 malam. Dia perlu menunaikan solat tetapi dia teringat
kata-kata Iqram Aznan. ‘Aku mesti kuat ke sekolah. Sampai bila aku harus
mengelak diri dari berjumpa dengan lelaki tak berguna tu? Aku kena kuat!’
Khusnul Syakinah terus berlalu ke bilik air.
******
Khusnul
Syakinah bangun awal pagi. Dia banyak termenung. Sudah lama dia duduk berteleku
di atas sejadah sambil beristighfar. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia begitu
tetapi dia yakin yang dia rasa sedikit tenang.
“Kakak!” Panggil Ummi Syakinah. “Kakak, nak ke
sekolah hari ini?”
“Ya, ummi.”
“Kakak dah sihat sepenuhnya ke?”
“Alhamdulillah Ummi.” Khusnul Syakinah tersenyum. Dia
tidak mahu umminya terlalu bimbang dengan keadaannya. Dia harus kuat.
“Kalau begitu, ummi buat sarapan dan bekal untuk
kakak.” Ummi Syakinah terus berlalu.
Di sekolah Khusnul Syakinah lebih banyak mendengar
daripada bercakap. Kebiasaannya dia akan ke sekolah berjalan kaki, tetapi hari
ini Nurina Sofea sudi menghantarnya ke sekolah. Khairul Aqiff yang memandu.
“Kau okey?” soal Nurina Sofea.
“Aku okey. Jangan risau ya?” Khusnul Syakinah cuba
tersenyum. Dia juga tidak mahu Nurina Sofea bimbang padanya.
“Baguslah.” Nurina Sofea berasa lega.
Mereka berdua tiba di sekolah. Khairul Aqiff hanya
memandang dari jauh mereka berdua pergi. ‘Kenapa dengan buah hati aku tu? Dia ada
masalah ke?’ Khairul Aqiff bimbang.
“Hey, kau tengok siapa tu?” sapa seorang lelaki.
Khairul Aqiff terkejut. Dia tidak mengenali lelaki
ini. dia memerhati pakaian sekolah yang dipakai. ‘Sama dengan adik...’
“Biar aku jawab.” Tawar Iqram Aznan apabila Khairul
Aqiff hanya diam. “Tak kan kau tengok adik kau pula kan? Cam tak logik. Mesti kau
tengok Khusnul Syakinah kan?”
Dahi Khairul Aqiff berkerut.
“Kau jangan rapat dengan Khusnul Syakinah. Dia tu
aku punya. Lagi pun dia bekas aku!” Iqram Aznan berkata dengan penuh sinis. Dia
tidak suka ada lelaki lain yang memandang Khusnul Syakinah. Dia rasa sakit
hati.
“Bekas kau?” Khairul Aqiff masih tidak faham.
“Kau ni pergi sekolah atau tidak?” geram Iqram
Aznan. Akhirnya dia meninggalkan Khairul Aqiff sendirian. Makin di lihat wajah
lelaki itu, makin kuat perasaan ingin menumbuk wajah itu. Lebih baik dia
tinggalkan sahaja.
Khusnul Syakinah sedang menyusun kerusi dan meja di
dewan. Tidak lama lagi peperiksaan SPM akan tiba. Dia perlu membuat persiapan
untuk menghadapinya.
“Baguslah kau datang.” Iqram Aznan berbisik di
telinga Khusnul Syakinah.
Khusnul Syakinah terperanjat lalu berpaling. Dia berundur
sedikit ke belakang.
Iqram Aznan tersenyum lalu terus berlalu. Nurina
Sofea yang ternampak Iqram Aznan terus menghampiri Khusnul Syakinah.
“Dia kacau kau ke?”
“Aku tak tahu Sofea. Dia asyik kacau aku. Semalam
dia datang rumah aku. Aku takut Sofea...” luah Khusnul Syakinah.
“Kau kena kuat Sya. Kalau kau takut, makin dia suka.
Kau berani kan? Aku kenal kau! Kau berani!” Nurina Sofea memberi semangat pada Khusnul
Syakinah.
“Terima kasih, Sofea.” Khusnul Syakinah tersenyum.
Tanpa mereka berdua sedari, Iqram Aznan memerhati
dari jauh.
“Cantiknya senyuman dia.” Puji Iqram Aznan.
waaa sweetnye.........kak cpt2 sambung ya..tgh tnggu ni >_<
ReplyDeletecpt2 post ya kak...smua dh tnggu tu
ReplyDeleteCik Ria sayang,
ReplyDeleteSatu lagi kisah cinta pelik dari awak. Biasalah cite-2 budak sekolah kan? banyak betul klisenya. Apa-2 pun sy tak sabar nk tggu bab seterusnya.
I pun minat Lee Min Ho dalam cerita city hunter tu .... hehehehe #^_^
ReplyDeletebest tak terkata..
ReplyDeletesuke nyer..truskan menulis..
ReplyDeletenie excited nak tau lagi nie..
ReplyDeletePlease update best
ReplyDeleteBest .
ReplyDeletewaaaa... iqram tu da jatuh suke kat khunul pulak...
ReplyDeleteari tu minat kat nurina...
iqram, nape nakal sangat ni??
ReplyDeletecepat betul tukar..
dulu suka nurina, sekarang sya pulak..
kak Ria..cepat sambung
wah.... suka3...
ReplyDeleteiqram nie ish3... jgn lah nak ugut2 khusnul... kesian die... kalau dah suka tu ckp lah... nie tak... tak pe 2 niesti iqram ada rancangan nie... nie yg tak sabar nak tau sambungannya... hihihi... cpt2 kak smbung ^_^ ...
wah,bet2..khusnul ke heroin cerita ni?
ReplyDeleteJatuh cinta pada Ria natsumi:)
ReplyDeleteSeribu jempol buat karya Ria Natsumi...
BEST2
ReplyDeleteheroin dia mesti khusnul.. hehe
smbng lgi♥