Sejak peristiwa yang berlaku antara Khusnul Syakinah
dan Iqram Aznan, mereka berdua tidak lagi bercakap. Iqram Aznan pun tidak lagi
mengganggu Khusnul Syakinah kerana peperiksaan SPM sudah menjelang.
Iqram Aznan mahu Khusnul Syakinah berjaya dalam
peperiksaannya dan suatu hari nanti gadis itu akan bekerja di syarikat ayahnya.
Dia akan selalu memperhatikan Khusnul Syakinah kerana gadis itu mula menarik
perhatiannya.
Dari jauh Iqram Aznan memerhati tingkah laku Khusnul
Syakinah yang nampak sopan dan menjaga pergaulannya. Dia suka pula melihat
gadis itu begitu. Senyuman terukir di bibir.
‘Aku nak tengok kau tiap-tiap hari. Aku nak dengar
suara kau selalu. Aku mahu kau hidup bersama aku.
Nak harap kau datang dan menyerah pada aku, dalam mimpi je kot. Tak payah nak
berangan. Itu mustahil akan berlaku memandangkan nama aku dah blacklist dalam
carta hatinya. Aduh! Apa nak jadi dengan aku ni? Dah gila bayang ke?’ desis
hati Iqram Aznan. Makin bercelaru pula.
“Siapa lelaki tu? Bersongkok! Berlagak macam ustaz
pula,” soal Iqram Aznan sendirian. Senyumannya terhapus sendiri. Lelaki itu
kelihatan mesra dengan Khusnul Syakinah. Sakit hatinya melihat adegan depan
matanya.
“Dia ketawa?” Hati Iqram Aznan menjadi makin sakit
melihat Khusnul Syakinah ketawa bersama lelaki lain. Dia ingin meninggalkan
tempat yang membuat jiwanya sesak.
“Kelat je muka kau...” muncul Daniel Saufyan belum
sempat dirinya bangun. Dia adalah sahabat baik Iqram
Aznan. Selalu mendengar masalah yang dihadapi olehnya tetapi rahsia yang dia
buat pada Khusnul Syakinah tidak akan sesekali dia beritahu Daniel Saufyan
mahupun pada sesiapa.
Iqram
Aznan hanya diam.
“Kau
perhatikan Sofea ke? Bukan ke dia dah tolak cinta kau?”
“Aku
dah tak kisah pada minah tu lagi, tapi yang aku kisah dan jatuh cinta dengan gadis
bernama Khusnul Syakinah.” Matanya masih memandang gadis yang tersenyum lebar
itu.
“Biar
betik ke kau!” Daniel Saufyan tergamam. ‘Citarasa luar biasa.’
“Ilham, awak jangan lupa, ajar si Sofea ni,” ujar Khusnul
Syakinah dengan senyuman yang mekar di bibir. Tanpa sesiapa tahu, itu senyuman
kaku yang dipamerkan. Peristiwa dia bersama Iqram Aznan masih mengganggu
fikirannya. Dia berpura-pura gembira di hadapan semua orang tetapi hatinya
masih tidak dapat menerima hakikat yang berlaku ke atas dirinya.
“Khusnul, saya akan ajar si Sofea ni. Jika
bersungguh-sungguh, pasti boleh.” Ilham Adam memandang Nurina Sofea lalu
memandang Khusnul Syakinah pula.
“Aku tahu aku lemah matematik tambahan, tapi tak
perlulah cikgu yang tak bertauliah ni.” tolak Nurina Sofea. Peperiksaan SPM
semakin hampir. Dia benar-benar lemah dalam mata pelajaran itu. Mata pelajaran
Matematik boleh pula dia belajar. Dia
sendiri pelik.
“Khusnul!” panggil seseorang.
“Abang...” Nurina Sofea terkejut melihat abangnya
berada di sekolahnya di waktu begini.
“Khusnul kena ikut abang, ayah Khusnul kemalangan
jalan raya. Sekarang di hospital.” Cemas Khairul Aqiff.
Khusnul Syakinah tersentak. “Abi...” fikirannya
bercelaru. Air matanya mengalir serentak dengan sebutan abi.
“Sabar Sya. Jom kita ke hospital,” ajak Nurina
Sofea. “Ilham, awak tolong beritahu cikgu, saya teman Sya.”
“Baiklah!” Ilham Adam juga bimbang dengan keadaan
sahabatnya itu.
Khusnul Syakinah masih kaku. Nurina Sofea dan
Khairul Aqiff sudah mula melangkah tetapi Khusnul Syakinah masih tidak
bergerak. Dia tidak mampu untuk melangkah.
Akhirnya dia terduduk atas lantai.
“Sya...” panggil Nurina Sofea. Sahabatnya pasti terkejut
dengan berita ini.
“Aku tak percaya!” Khusnul Syakinah bangun dan
berlari meninggalkan tempat itu. Dia tidak mahu percaya apa yang didengari
sebentar tadi. ‘Baru pagi tadi aku berbual dengan abi. Wajah abi ceria. Aku tak
nak percaya ini semua.’
“Kenapa dengan buah hati aku tu?” Iqram Aznan
terkejut melihat gadis pujaan hatinya berlari dengan tiba-tiba. Ada apa-apa
yang berlaku ke?
“Jom kita pergi tegur.” Ajak Daniel Saufyan. Mereka
berdua pun menghampiri Ilham Adam yang kini tinggal bersendirian.
“Hello bro kecik!” sapa Daniel Saufyan.
‘Eh, kenal pula si Daniel ni!’ bisik hati Iqram.
“Hello bro besar!” sambut Ilham Adam.
“Kenapa dengan buah hati kau tu? Lari tiba-tiba je? Ada
pertandingan marathon ke?” Daniel Saufyan membuat lawak tetapi lawaknya itu
hanya dibalas oleh Iqram Aznan dengan menyiku kuat di perutnya. ‘Aduh!’
Ilham Adam tersenyum hambar apabila Khusnul Syakinah
dikatakan sebagai buah hatinya.
“Mana ada. Oh, ayah Khusnul masuk hospital! Tapi Khusnul
tak percaya dan terus berlari tadi.”
“Macam tu.”
“Bro besar, aku pergi dulu...” memandangkan Daniel
Saufyan lebih tua darinya, dia akan panggil begitu.
“Tunggu!”
“Ya, bro!” Ilham Adam merenung Daniel Saufyan.
“Memang perempuan tu buah hati kau ke?” perlahan
sahaja Daniel Saufyan bertanya. ‘Kan tak tanya, merana pula kawan aku ni...’
Ilham Adam tidak menjawab. Dia terus pergi
meninggalkan mereka.
“Aku nak pergi cari dia...”
“Kau nak ponteng kelas lagi ke?”
“Bukan selalu pun. Aku risau kat dia.”
“Hati-hati la!”
“Okey!” Iqram Aznan mencari Khusnul Syakinah. Dia ternampak
seseorang di belakang bangunan.
“Khusnul Syakinah!” dia agak terkejut. Dia melihat
Khusnul Syakinah sedang dipeluk oleh Khairul Aqiff.
Wajah gadis itu sedikit pucat.
Tiba-tiba perasaan cinta yang menggunung mencari
perasaan benci yang melampau. Dia tidak dapat melupakan apa yang dilihatnya. Dia
benci pada Khusnul Syakinah yang begitu murah dan senang-senang membenarkan
lelaki lain memeluknya.
Iqram Aznan meninggalkan tempat yang membuat hatinya
panas.
“Sya, kau tak apa-apa?!” soal Nurina Sofea. Dia ke
tandas untuk membasahkan tuala lalu dilapkan ke wajah sahabatnya itu.
Khairul Aqiff membantu dengan memegang tubuh Khusnul
Syakinah.
“Kita ke hospital je!” Khairul Aqiff berpendapat
perkara ini tidak boleh dilambat-lambatkan. Bimbang Khusnul Syakinah akan
menyesal seumur hidup jika tidak dapat berjumpa dengan ayahnya untuk kali
terakhir.
“Baiklah!” Nurina Sofea memimpin Khusnul Syakinah
menuju ke kereta milik Khairul Aqiff.
******
Beberapa tahun kemudian, Khusnul bekerja di sebuah
organisasi iaitu Pusat Zakat. Hanya di situ sahaja tempat dia mencari rezeki.
Bersambung bab 4...maaf bab kali ini pendek
aje...tak tahu nak tamatkan zaman persekolahannya macam mana..harap bab
seterusnya akan menjadi lebih menarik....insya allah...
saya
laaa... sambungannya ? lama lgi ke nk tggu, kak ria ?
ReplyDeletesyambung lagi ya.. hehe
ReplyDeletebest2
cayook kak.best gak wlpon pndek
ReplyDelete.smoga ada idea.jgn kalut k...he3
Best..... #^_^
ReplyDeleteBesar betul tulisan nak terjojol biji mata membaca nye....hehehe
Smbung lagi..
ReplyDeleteaigoo...
ReplyDeletekesian nye..
NAK LG.
ReplyDelete