Followers

Monday, 25 February 2013

11
Komen

KAU HAK AKU 7




Firman Shah hanya memerhati Izz Irfan dan Syazwina yang sedang berbual di luar kelas. Entah mengapa dia rasa cemburu. Kerana perasaan cemburu ini membuat dirinya jadi tidak tentu arah ketika bercinta dengan Syazwina suatu masa dulu. Dia tidak boleh melihat Syazwina bersama lelaki lain. Dia mudah jadi seorang pemarah.

“Kita berpisah!” kata Firman Shah. Pagi tadi dia ternampak Syazwina bercakap dengan seorang lelaki yang tidak di kenalinya. Cukup membara dan panas hatinya. Dia tahu Syazwina seorang perempuan yang amat dikenali kerana dia atlet sukan. Biasanya atlet sukan akan mudah menjadi terkenal di sekolah.

“Kenapa?” Syazwina kelihatan seperti terkejut dengan keputusan Firman Shah.

Firman Shah tahu, bagi Syazwina, dia adalah cinta pertama gadis itu. Pasti Syazwina rasa lebih terluka.

“Saya tak boleh tengok awak dengan lelaki lain. Hati saya cemburu. Lebih baik kita berpisah. Itu lebih baik sebab saya tak kan rasa sakit hati lagi.” Firman Shah memandang wajah Syazwina. Ada air mata yang mengalir. Entah mengapa hatinya ingin mengubah keputusan itu. Tidak sanggup pula mahu berpisah dengan Syazwina tetapi keputusan sudah dilafazkan. Terlajak perahu boleh di undur tetapi terlajak kata, binasa.

“Tapi kita dah bercinta dua tahun. Awak... Saya cuba elak dari bercakap dengan lelaki. Asalkan awak bersama saya.” Syazwina masih merayu pada Firman Shah. Perlahan-lahan tangan Syazwina menyentuh beg galasnya kerana dia berpaling dari terus melihat wajah gadis yang sentiasa membuat dirinya cemburu.

“Shah...” seru Syazwina.

“Ini yang terbaik untuk hubungan kita...” tegas Firman Shah. Ketika itu mereka berada di taman sains. Waktu persekolahan pula sudah lama berlalu.

“Shah...” Makin galak air mata Syazwina mengalir. Dia memegang beg galas Firman Shah dari belakang. Kini dengan dua tangan. “Shah, tolonglah! Saya sayang awak... Saya cinta pada awak. Awak sumber semangat pada saya untuk terus menjadi seorang wanita.”

Firman Shah terdiam mendengar kata-kata itu. Dia sendiri tidak mengerti maksud yang di sampaikan oleh Syazwina.

“Saya pergi dulu!”

“Tunggu!” kata-kata Syazwina membuat langkahnya terhenti tetapi tidak mampu dirinya untuk berpaling.

“Mulai saat ini, aku akan mencari lelaki yang boleh buat aku rasa perlunya dia dalam kehidupan ini kerana aku seorang perempuan yang benci pada kaum lelaki” lafaz Syazwina dengan linangan air mata.

Tanpa kata, dia terus meninggalkan gadis itu di situ dengan air mata yang masih mengalir. Sejak itu, Syazwina menjadi bebas dengan lelaki. Dia akan terus mencari lelaki yang benar-benar dia rasa perlu untuknya.

Firman Shah menelan liur apabila teringat kata-kata itu. Dia merenung wajah Syazwina yang sudah masuk semula dalam kelas. Wajah itu ceria.

“Aku dah pandai masak spaggetti. Aku tahu yang dia suka dengan masakan aku...” Hati Syazwina gembira. Dia meluahkan segala yang dirasai pada Azlin.

Tanpa Syazwina sedari, kata-kata itu di dengari oleh Firman Shah.

Firman Shah tersentak. Dia mula faham dengan kata-kata Syazwina dulu.

“Awak sumber semangat pada saya untuk terus menjadi seorang wanita.” Kata-kata itu bergema dalam hatinya. ‘Adakah melalui percintaan buat dia menjadi seorang wanita?’ hati Firman Shah berdebar kencang.

“Wei Shah!” panggil Azlin.

Firman Shah terkejut. “Apa dia?”

“Awat kau renung kawan aku macam tu sekali?” tegur Azlin.

Syazwina terkesima. Dia sendiri tidak sedar yang Firman Shah merenungnya. Kini pandangannya pada Firman Shah. Mereka saling merenung antara satu sama lain.

Syazwina mula rasa tidak senang duduk. Perasaan cinta mudah menyelinap masuk ke dalam hatinya tiap kali dia merenung wajah cinta pertamanya itu. Mana mungkin dia dapat melupakan Firman Shah begitu sahaja walaupun sudah setahun lebih mereka berpisah.

“Syazwina...” Izz Irfan muncul tiba-tiba.

Firman Shah dan Syazwina bagaikan baru tersedar dari dunia nyata.

“Izz Irfan...” Syazwina berdiri. Izz Irfan berada di sebelahnya manakala Firman Shah sedang duduk di kerusi hujung sana.

Izz Irfan merenung tajam pada Firman Shah. Dia rasa kurang senang dengan kehadiran lelaki itu.

“Izz Irfan, kenapa? Ada benda tinggal ke?” soal Syazwina.

“Tak lah. Aku cuma nak jemput kau tengok perlawanan ragbi aku, esok.”

“Kau masuk juga ke? Tapi aku dengar, hanya umur 18 tahun ke bawah sahaja layak masuk.” Soal Syazwina. Dia juga seorang atlet. Dia tahu peraturan itu.

Izz Irfan menghampiri Syazwina. Dia berbisik sesuatu.

“Aku boleh masuk sebab aku belum 19 tahun lagi. Tarikh lahir aku pada 31 disember.” Izz Irfan tersenyum. Dia terus berlalu pergi. Dia sendiri rasa malu dengan apa yang dilakukannya tadi. ‘Sebelum aku sakit perut, lebih baik aku pergi.’

Syazwina tersentak.

“Jangan lupa pergi perhimpunan. Nanti aku tulis nama kau orang bertiga. Pergi sekarang!” tegas Izz Irfan.

Mereka bertiga bergegas ke perhimpunan.

“Apa yang lelaki tu berbisik pada kau?” bisik Firman Shah di telinga Syazwina dari belakang.

Kali ke dua Syazwina tersentak.

“Perlu ke aku bagi tahu kau?” Syazwina cuba mengawal nada terkejutnya. Sejak berpisah dengan Firman Shah, dia akan sentiasa bercakap kasar dengan lelaki itu. Tidak akan sekalinya lembut.

“Perlu, sebab aku X kau...” Firman Shah masih berbisik.

“Nak bercakap pun tak perlulah nak berbisik macam ni. Macamlah aku ada masalah pendengaran.” Marah Syazwina.

“Memang pun!” Firman Shah sengaja mahu membangkitkan kemarahan Syazwina. Sejak dulu lagi dia suka melihat Syazwina marah. Nampak manja sangat.

Firman Shah terus menuju ke bahagian lelaki beratur. Tidak sempat Syazwina mahu membalas kata-kata lelaki itu.

Tanpa Syazwina sedari, Izz Irfan memerhatinya dari jauh.

Hati Izz Irfan terasa sakit. Sakit melihat Syazwina bersama lelaki itu. Walaupun Syazwina tidak melayan tetapi entah mengapa dia benar-benar rasa cemburu.

“Izz, hari ni kau baca doa, boleh tak?” Khalid berkata.

“Aku ke?” Izz Irfan terkejut dengan permintaan sahabatnya itu.

“Ya...”

“Azlan kan ada?”

“Hari ni dia sakit tekak. Kau ganti ya? Bukan selalu ketua pengawas bacakan doa...” Khalid tersenyum.

Di sekolah mereka, hampir setiap hari akan diadakan perhimpunan. Hanya perhimpunan rasmi akan diadakan hari isnin. Hari lain hanya akan bacaan doa dan menyampaikan pengumuman penting sahaja.

“Dipersilakan Izz Irfan bin Danish Aniq untuk bacaan doa...” kata pengerusi majlis.

Syazwina terkejut apabila nama itu di sebut. Entah mengapa dia rasa teruja untuk mendengar Izz Irfan membaca doa. Hatinya berdebar kencang.

Firman Shah mengeluh. Dia tidak suka Izz Irfan. Rasa mahu ditumbuk muka perasan bagus itu.

“Amin...” Izz Irfan meraup wajahnya dengan tangan. Selepas itu dia terus menuju ke bilik air. Perutnya benar-benar sakit. Nasib baik tandas dekat dengan tapak perhimpunan itu.

Syazwina tersenyum lebar.

“Bukankah kau tak suka mamat perasan bagus tu?” soal Azlin apabila melihat wajah Syazwina yang berseri itu.

Syazwina tersedar. “Ya lah! Aku tak suka dia la!” Syazwina mengiakan sahaja. Entah mengapa dia sibuk dengan urusan lelaki itu. Kini, segala yang dilakukan oleh Izz Irfan, menarik minatnya. ‘Tidak!’ jeritnya dalam hati.

*****

Masa berlalu begitu pantas. Setiap pertemuan mesti ada perpisahan. Begitu juga antara Syazwina dan Izz irfan.

“Kau janganlah sedih. Setiap pertemuan ada perpisahannya.” Kata Syazwina. Wajah Izz Irfan nampak muram.

“Aku tak sedih pun sebab aku tahu perpisahan ini akan ada pertemuan. Pertemuan yang akan menyatukan kau dan aku...” kata Izz Irfan.

Syazwina tersentak. Dia menelan liur.

Izz Irfan pun tidak percaya yang dia sendiri yang lafazkan kata-kata romantik itu. Dia mahu mencipta kenangan yang indah bersama Syazwina di akhir persekolahan mereka.

“Yalah!” malas-malas Syazwina menjawab. Dia merenung jauh padang sekolah yang menjadi medan pertaruhan ragbi Izz Irfan tiga bulan lalu.

“Ingat, lima tahun lagi kita akan berkahwin. Kau jangan cuba nak lari dari aku.” Pesan Izz Irfan. Pandangannya masih pada Syazwina.

‘Tak jemu ke asyik tengok muka aku?’ Syazwina bertanya sendirian.

“Kau ingat aku ni atlet olahraga ke? Nak lari-lari. Aku ni sekadar altlet bola baling. Bahagian penyerang. Kalau kau nak rasa, boleh aje.” Kata Syazwina yang sudah berasa amat geram. ‘Apa kejadah aku nak lari? Tak perlu lari sebab aku akan buat juga. Tak nak kahwin dengan kau!’

“Kalau kau penyerang bola baling, aku pula penyerang ragbi. Nak cuba tak? Tengah ganas ni.” Kata-kata Izz Irfan sentiasa mampu membuat Syazwina terdiam.

Syazwina benar-benar terdiam. Dia teringat pertandingan ragbi tersebut. ‘Badan besar-besar. Pertandingan peringkat negeri tu buat di sekolah aku. Sempat juga aku perhatikan bakal suamiku ini bermain. Mak ai, bergaya habis. Hati aku berdebar-debar melihat gayanya yang amat bergaya. Bermain tanpa memakai cermin mata skemanya. Dia lebih kacak begitu.’ Sempat lagi Syazwina memuji.

Selepas itu Syazwina mengamuk dengan diri sendiri sebab dia menjadi teman setia duduk ditepi padang sehingga habis pemain wakil sekolahnya bermain. Dan yang paling dia geruni kerana mampu membuat jantungnya gugur ialah saat lelaki skema itu pandang ke arahnya dengan senyuman yang berunsur-unsur kejahatan sebab pemain ragbi sekolah kami juara dalam permainan akhir untuk tahun ini.

‘Buat apa aku tunggu lagi. Baik jangan lama-lama kat situ.’ Syazwina terus meninggalkan kawasan padang tersebut. Sanggup ponteng kelas semata-mata mahu melihat mamat skema itu bermain Ragbi. Tanpa Syazwina sedar ada perasaan istimewa muncul dalam hatinya.

“Terdiam pula kau. Aku tahu aku sangat bergaya. Janganlah pandang lama-lama.” Wajah Izz Irfan mula berpeluh. Syazwina sendiri tidak pasti mengapa begitu.

“Perasan aje lebih. Ala, aku boleh berlakon jadi awek kau. Tak perlulah kahwin-kahwin ni.” Syazwina cuba memujuk.

“Berlakon?” wajah lelaki itu kembali tenang. Tidak seperti tadi seakan sakit perut sahaja lagaknya.

“Aku ni pelakon terbaik heroin...” Kata Syazwina memujuk diri sendiri.

“Dan aku pelakon terbaik hero. Kau jangan nak mengarut. Perkahwinan ini tetap akan terjadi.” Balas Izz Irfan dengan tegasnya.

“Okay tapi kenapa kau pilih aku?” Tiba-Tiba persoalan itu muncul. ‘Nasib baik aku teringat nak tanya perkara paling penting ni.’

“Sebabnya..... malam pertama nanti kau akan tahu.” Izz Irfan tersengih.

‘Muka tak tahu malu. Malam pertama pula. Menyampah aku. Tak padan dengan budak. Eh, umur dia dah 19 tahun! Lainlah aku ni masih bawah umur, baru 17 tahun.’

“Dahlah!” kata Izz Irfan sambil berdiri. “Kau tetap jadi milik aku. Itu pasti!” katanya lagi sambil membetulkan cermin mata skemanya.

“Maknanya kau suka aku. Itu sebab kau nak sangat aku jadi bini kau kan?” Syazwina cuba meneka. Dia beritahu Izz Irfan mengenai pendapat yang agak bernas ini tetapi dibalas dengan gelak ketawa yang begitu mendebarkan hati wanitanya.

Izz Irfan merenung gadis itu dengan senyuman yang sentiasa membuat Syazwina tidak senang duduk pada hakikatnya.

“Mungkin..” kata mamat itu. Syazwina menjerit sekuat hati.

“Mamat poyo!!!!” Geram sungguh rasanya.

11 comments:

  1. Lama lg ke nak dibuku kan x sabar nak pegang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapannya memang lama lagi la hihihihihi harap bersabar....best ke citernya???

      Delete
  2. best sangat...tak sabar nak baca lagi kak..^_^...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar2...lepas ni bab dia dah dewasa...mencabar betul....mesti si firman shah ni nak kembali semula pada syazwina...habislan izz irfan..kena cepat bertindak ni....

      Delete
  3. wah... best2.. suka2... tak sabar nak tahu sambungannye... ^_^

    ReplyDelete
  4. best2.. kak ria, nak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..boleh2...next time ada la lagi...hihihi

      Delete
  5. serius tak sabar la....ria bukukan cepat cerita nih best gila...bile baca teringat zaman sekolah hahahhahaha

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi