Followers

Saturday 11 May 2013

15
Komen

EJEN CINTA 143 bab 7




Khusnul Syakinah melihat wajah Iqram Aznan. Dia rasa pelik kerana lelaki ini ada di sini pula. Kenapa ye?
Iqram Aznan yang perasan akan pandangan Khusnul Syakinah segera membetulkan pakaiannya. Ehem ehem! Dia terbatuk kecil.
“Kau jangan salah faham pula. Aku bukan sengaja patah balik semata-mata kerana kau. Aku patah balik sebab kau tertinggal dompet kau dalam kereta. Lepas tu aku tengok kau pengsan. Jadi aku bawa kau ke hospital.” Jelas Iqram Aznan. “Takkan la aku nak buat tak tahu melihat insan lemah macam kau ni.”
Iqram Aznan memandang Khusnul Syakinah yang muka tiada perasaan itu. Dia sendiri tidak pasti apa yang dirasai oleh perempuan di hadapannya.
“Aku tak lemah la!” geram Khusnul Syakinah apabila di katakan lemah. Dia rasa dia kuat untuk dirinya. Kuat ke?
“Kalau tak lemah, kau tak jadi macam ni.” sindir Iqram Aznan. Dia makin teruja untuk melihat tindak balas Khusnul Syakinah pada semua kata-katanya. Dia rasa tertarik.
Khusnul Syakinah masih tidak percaya. Ada sesuatu mengganggu fikirannya. Lama dia merenung Iqram Aznan.
“Khusnul!” Nurina Sofea tiba juga di hospital apabila mendapat panggilan dari Iqram Aznan.
“Kawan kau dah sampai, aku balik dulu!” Iqram Aznan mahu segera meninggalkan bilik ini. Dia tidak mahu ingat pada cinta yang tidak tercapai dulu dengan Nurina Sofea dulu tetapi dia berterima kasih juga pada Nurina Sofea kerana dia lebih berminat pada Khusnul Syakinah. Perempuan itu ada keistimewaannya sendiri.
“Iqram...” panggil Nurina Sofea. Dia terkejut juga apabila lelaki ini menghubunginya. Dia juga berfikir apa hubungan Khusnul Syakinah dengan bekas kekasihnya ini.
“Ya...” langkah Iqram Aznan terhenti.
Nurina Sofea merenung Iqram Aznan. Kali pertama dia berjumpa dengan Iqram Aznan, hatinya berdebar. Dulu lelaki ini begitu sukakannya tetapi sekarang pandang dirinya pun tidak mahu.
“Ada apa?” Iqram Aznan malas mahu melayan Nurina Sofea. Dia masukkan tangannya dalam poket seluar. Dia sudah berada di pintu bilik.
“Kita bercinta semula........” Nurina Sofea berkata begitu dengan tiba-tiba.
Khusnul Syakinah pula tergamam.
Iqram pula terkejut. Tiba-tiba je minah ni. Aku tak suka kau! Aku ada misi yang lagi penting ni. Dia merenung wajah Khusnul Syakinah.
Ketika itu Khusnul Syakinah juga merenung wajah Iqram Aznan.
Setuju aje la! Setuju! Doa Khusnul Syakinah dalam hati. Dia berharap lelaki itu bersetuju kerana lepas ini lelaki itu tidak akan mengganggunya lagi.
“Aku tak nak bercinta tapi aku nak kahwin...”
Nurina Sofea gembira mendengar kata-kata Iqram.
“Aku setuju je.” Nurina Sofea berkata. Dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri.
“Tapi bukan dengan kau...” serius nada Iqram Aznan.
“Kalau bukan aku, siapa lagi?” Nurina Sofea mula rasa berdebar. Dia malu dengan Khusnul Syakinah yang mendengar perbualan ini. Dia sudah ditolak oleh Iqram Aznan.
“Dengan Khusnul Syakinah!” matanya merenung tepat pada gadis yang berada atas katil itu.
“Apa?!” Nurina Sofea terkejut. Tiba-tiba perasaan benci pada Khusnul Syakinah menyelubungi hatinya. Dia dirasuk syaitan. Wajah terkejutnya tidak dapat di sembunyi lagi.
“Khusnul!” Tiba-tiba ada seseorang yang membuka pintu dari luar.
Bukk!
Pintu itu terkena pada kepala Iqram Aznan kerana dia berdiri dekat di situ. Dia terundur sedikit ke belakang.
Seorang lelaki masuk ke dalam dan menghampiri Khusnul Syakinah. Iqram Aznan mula rasa tidak sedap hati. Dia rasa kedudukannya kini tergugat.
“Sayang, okey?” soal lelaki itu lagi.
What? Sayang? Dia panggil buah hati aku sayang? Iqram Aznan rasa geram. Kalau ikutkan hatinya, mahu ditumbuk wajah lelaki yang bajet lebih hensem darinya.
“Khair...” Khusnul Syakinah terkejut juga dengan kehadiran lelaki itu.
“Khair, ada orang melamar buah hati kau ni...” Nurina Sofea sengaja berkata begitu. Dia mahu Khusnul Syakinah musnah.
Begitu mudah perasaan sayang berubah benci dalam persahabatan. Nurina Sofea membenci Khusnul Syakinah dalam sekelip mata. Dia tidak dapat menerima kenyataan lelaki menolak cintanya kerana seorang gadis yang hanya bertudung labuh. Ah! Aku tak boleh terima ini semua.  Perasaan benci pada Khusnul Syakinah makin dalam setiap saat.
“Apa?! Siapa lelaki tu?” Khair Ridzuwan bertanya. Dia ingin menyentuh tangan Khusnul Syakinah tetapi gadis itu lebih pantas mengelak pantas mengetuk kepalanya dengan menggunakan tangan kanan. “Sakitlah!” Khari Ridzuwan mnegaduh. Dia menggosok-gosok kepalanya yang terasa sakit itu.
“Siapa suruh gatal?” marah Khusnul Syakinah.
“Memang saya macam ni dari dulu.” Khair Ridzuwan berkata dengan senyuman manis. “Siapa lelaki ini?” Dia menjeling tajam pada Iqram Aznan.
Iqram Aznan pun melakukan perkara yang sama. Merenung tajam pada lelaki yang tidak dikenalinya.
“Dialah yang melamar Sya.” Nurina Sofea mula menjadi batu api.
Khusnul Syakinah merenung tajam pada Nurina Sofea. Dia tidak faham mengapa sahabat baiknya berkata begitu seperti mahu membuat mereka bergaduh.
“Sofea...” tegas sedikit suara Khusnul Syakinah.
Nurina Sofea pura-pura tidak mengerti.
Khair Ridzuwan yang berada di tepi katil mula bergerak menghampiri Iqram Aznan. Dia mahu berdepan dengan lelaki yang berani melamar perempuan yang dicintainya itu.
“Kau!” Khair Ridzuwan menunjukkan jari telunjuknya pada Iqram Aznan. Hatinya panas melihat lelaki di depannya. Berani betul dia mengorat perempuan aku. Memang nak kena ni!
“Apa?!” Iqram Aznan juga rasa hatinya panas.
“Kau jangan cuba-cuba rapat dengan Sya.”
“Dia dah setuju dengan lamaran aku!” sengaja Iqram Aznan berkata begitu. Dia mahu Khair Ridzuwan rasa sakit hati.
“Kau tak payah nak temberang aku! Aku kenal Sya lebih dari kau. Aku tahu lelaki yang dia suka macam mana...” Penuh yakin Khair Ridzuwan berkata.
“Lelaki macam kau ke? Aku rasa tak mungkin.” Iqram Aznan balas semua kata-kata Khair Ridzuwan.
“Kau!”
“Kau orang boleh diam tak!” Khusnul Syakinah tidak boleh sabar lagi. Susah betul kalau ada lelaki macam ni. nak tenang pun susah. “Saya nak tidur ni. Kalau kau orang nak gaduh, sila bergaduh di luar.” Dia menarik selimut dan pura-pura tidur.
Mereka berdua keluar dari bilik itu.
“Sofea!” panggil Khusnul Syakinah apabila melihat sahabatnya ingat keluar sekali.
“Kau nak apa?”
“Sofea, kenapa dengan awak ni?” Khusnul Syakinah sendiri tidak faham mengapa Nurina Sofea dinginnya. Semalam baru sahaja mereka ketawa gembira.
“Jangan nak berlagak baik dengan aku. Iqram lamar kau depan aku. Aku benci kau!” luah Nurina Sofea. Dia menghampiri Khusnul Syakinah lalu mencengkam lengannya. “Aku akan pastikan hidup kau musnah!”
“Sebab Iqram awak benci saya? Sofea, kita dah lama kawan. Kenapa kau berubah sekelip mata?” Khusnul Syakinah tidak faham apa yang terjadi. Mengapa Nurina Sofea membencinya. “Kalau awak nak Iqram tu. Ambil la! Saya tak nak. Saya nak kita kawan macam dulu, Sofea.” Pujuk Khusnul Syakinah.
“Kau jangan nak hina aku! Kau nak bagi bekas kau pada aku? Aku tak nak!” Nurina Sofea tersenyum sinis. Dia melepas kasar lengan Khusnul Syakinah.
Khusnul Syakinah menahan sakit di lengannya.
“Depan mereka akulah penyelamat kau tapi belakang mereka, aku lah musuh paling dekat dengan kau.”
Nurina Sofea melangkah keluar dari bilik wad tersebut.
Khusnul Syakinah tersentak. Begitu sekali sahabatnya membenci padanya. Hanya kerana lelaki? Lelaki! Khusnul Syakinah tidak berpuas hati. Dia tidak suka dengan apa yang terjadi.
“Sofea...” dia menyeru nama sahabatnya.

15 comments:

  1. benci sofea...haha
    btw,kena tmbh watak sofea tu biar lg gempak jahatnya tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini baru permulaan utk nurina sofea jadi jahat...jadi jgn risau..dia akan jadi perempuan jahat...mula2 orang ingat dia heroin kan....hihih ok gak buat org tertanya2 dulu

      Delete
  2. kejamnya iqram!!!! x bole jdi neh!!! why dia nk dgn adk lak neh...

    ReplyDelete
  3. tak suka dgn sofea..kejam kawan makan kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kejam tapi memang ada pun kawan macam ni kat dunia ni....

      Delete
  4. Apa punya kawan la benci betul sian khusnul.

    ReplyDelete
  5. bila nak sambung lagi ? tak sabar nak baca

    ReplyDelete
  6. takan iqram xde hati ngn khusnul..

    ReplyDelete
  7. eiishh...sampai hati sofea.. !
    ade gak kawan yg mcm ni ye,

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi