Followers

Saturday 11 May 2013

16
Komen

SIAPA MAHU BELI HIMPUNAN CERPEN RIA NATSUMI?

Salam dan selamat sejahtera kepada yang membaca penulisan ini. Berita baik! Cerpen-cerpen terbaik Cik penulis akan diterbitkan oleh diri sendiri hihihihihi antara cerpen yang terpilih ialah seperti berikut :



1.Pelajar Itu Suamiku
2.Mr.Skema
3.Bro,Kasut Tumit Tinggi Aku?
4.Aku Putera Cinderella
5.Hargai Cinta Alyssa
6.Kerana Susu Cap Dutch Lady
7.Penakluk Cinta Setia
8.Putera Kodok
9.Lagenda Budak Desa
10. Epal Hijau Vs Epal Merah Jadi Cinta

Tema Puasa/Raya
1.Kau Puasa Tak?
2.Kad Raya Isteriku


**Dua Cerpen Terbaru (Dahsyatnya cinta  dan Pengantinku Comel) Dua cerpen ini tidak akan diletakkan di blog. Hanya boleh di baca dalam cetakkan ini sahaja. Harap maklum.


Di bawah ini teaser cerpen dahsyatnya cinta dan Pengantinku Comel. Cik penulis berharap dengan teaser di bawah ini membuatkan pembaca tidak sabar untuk memilikinya...selamat membaca...


 







Naufal Hanafi memerhati seorang perempuan dari jauh yang sedang membeli sepasang kasut sukan. Dia seperti mengenali perempuan itu.
       “Saya mahu saiz 6, amoi!” perempuan itu tersengih.
       “Kau...” akhirnya Naufal Hanafi menyapa juga perempuan itu.
       “Naufal....”

8 tahun lalu.....
Naufal Hanafi berlari bersungguh-sungguh. Dia mengejar seorang perempuan yang juga sedang berlari. Awatlah minah ni suka sangat berlari. Penat betul nak kejar! Keluh Naufal Hanafi.
       “Fadhieelay!” jerit Naufal Hanafi dari jauh.
       Larian kaki Harith Fadhieelay terhenti. Dia berpaling. Alahai, mamat manja ni lagi. Dia nak apa dengan aku ni.
       “Panggil aku Harith la. Tak ganaslah nama Fadhieelay tu.” Marah Harith Fadhieelay. Dia duduk atas tembok batu yang ada di tepinya itu. Walaupun agak tinggi tembok itu, tapi itu tidak menyukarkan pergerakannya.
       “Ala, aku suka nama Fadhieelay tu. Lembut je.” Terus terang Naufal Hanafi.
       “Lembut macam kau?” sindir Harith Fadhieelay.
       “Aku mana ada lembut. Aku manja je?” Naufal Hanafi buat suara manja. Dia malu.
       “Tolonglah jadi lelaki sikit. Lemah semangat aku tengok kau ni.” terus terang Harith Fadhieelay.
       “Harith!” tegur Aby Yuwanathul Afifah dari jauh. Awat nama aku panjang sangat dalam cerita ini? Lantaklah!
       “My sister!” Harith Fadhieelay tersenyum melihat kakak seniornya.
       “Jom buat latihan larian. Tak lama lagi pertandingan. Lagi pun ini kan kejohanan terakhir yang kau boleh join. Lepas ni kena pindah!” jelas Aby Yuwanathul Afifah dengan panjang lebar.
       Pantas Harith Fadhieelay menekup mulut Aby Yuwanathul Afifah.
Ganasnya perempuan ni! keluh Aby Yuwanathul Afifah. Walaupun mulutnya terasa sakit kerana kena cekup seperti itu tetapi dia lebih tertarik untuk melihat wajah mamat yang begitu gilakan adik juniornya ini.
Naufal Hanafi tergamam.
“Betul ke ni, Fadhieelay?” perlahan suara Naufal Hanafi bertanya. Dia merenung tajam wajah perempuan di hadapannya.
“Entahlah! Jom, kak!” ajak Harith Fadhieelay sambil menarik tangan kakak seniornya. Dia sendiri tidak pasti mengenai perkara itu.
“Tunggu, Fadhieelay!”
Langkah kaki Harith Fadhieelay terhenti tetapi dia tidak sanggup untuk berpaling memandang wajah Naufal Hanafi.
“Aku cabar kau! Jika kau menang nombor satu dalam pertandingan merentas desa hari rabu ni, aku janji, aku tak kacau kau lagi! Tapi...” kata-kata Naufal Hanafi terhenti di situ.
“Tapi apa?”
“Tapi, kalau aku menang nombor satu, aku nak kau kahwin dengan aku suatu hari nanti!” serius nada suara Naufal Hanafi.
“Okey! Kak Aby jadi saksi!” Harith Fadhieelay terus meninggalkan Naufal Hanafi sendirian.
“Biar betul kau ni? kau tu pelari pecut, bukannya pelari jarak jauh. Beza dua perkara tu.” Aby Yuwanathul Afifah mula masuk campur.
“Relaks sudah! Jom lari satu padang!” kini mereka sudah di padang sekolah.
“Siapa cakap korang berdua lari satu padang...” Muncul Naufal Harraz yang merupakan abang kepada Naufal Hanafi. Dia lebih garang berbanding adiknya yang manja itu. “Lari 10 padang petang!”
“Apa?!” tergamam Aby Yuwanathul Afifah dan Harith Fadhieelay.
“Hahaha!” Naufal Harraz ketawa besar. “Gerak sekarang! Semua sekali!” arahnya lagi apabila melihat atlet lain masih tidak bergerak.








‘Perasaanku... Perasaanku...’ Tiba-tiba Dyla Atheera rasa mahu pitam. Hati dan perasaan ini tidak dapat menahan rasa getaran yang melanda ke atas dirinya. Tangannya menggigil ketika menandatangani di atas kertas itu.
Dyla Atheera sudah sah bergelar seorang isteri. Dia menelan liur lagi. Lelaki yang menjadi suaminya semakin hampir menghampirinya. Rasa kuat yang dikumpulkan semalam bagaikan hilang sekelip mata tatkala mata nakal itu memandangnya. Akhirnya dia rebah di pangkuan  suaminya.
“Dyla! Dyla!” Amar Qalish mengongcang tubuh isterinya. Dia tidak tahu mengapa Dyla Atheera boleh pengsan di majlis akad nikah mereka.
Kini semua orang tertumpu pada Amar Qalish. Wajahnya sudah kemerah-merahan. Menahan perasaan malu yang menerjah.
“Amar, dukung Dyla ke bilik,” arah ayah mertua Amar Qalish. Kebetulan akad nikah tersebut di buat di ruang tamu rumah Dyla Atheera. Tiada masalah untuk Amar Qalish membawa isterinya ke kamar pengantin.
Dengan perasaan malu yang menebal, dia memangku tubuh isterinya penuh berhati-hati. Ketika itulah ramai jurukamera yang tidak bertauliah mengambil gambar mereka berdua. Makin malu Amar Qalish rasakan ketika itu.
Beberapa ketika, Dyla Atheera tersedar dari pengsannya. Dia melihat sekelilingnya. ‘Bilik aku ni? Aku bermimpi ke?’ hati Dyla Atheera berdebar dan debaran itu makin hebat apabila dia terpandang satu lembaga yang baru keluar dari bilik airnya.
‘Lembaga apa tu?’ desis hati Dyla Atheera. Matanya merenung tajam ke lembaga itu untuk dikenal pasti.
“Dyla...” panggil Amar Qalish.
‘Kenapa lembaga ni boleh ada dalam bilik aku?’ sakit kepala Dyla Atheera memikirkannya. Dia masih merenung wajah Amar Qalish.
‘Apa kena dengan isteri aku ni?’ Amar Qalish bimbang.
Dyla Atheera mengucap dalam hatinya. Dia juga menepuk dahinya. ‘Kan aku dah kahwin dengan lembaga ni?’ Dyla Atheera tersenyum. Dari dulu lagi dia suka pada Amar Qalish.
‘Senyum pula isteriku ini. Nampak sangat comel.’ Amar Qalish menghampiri Dyla Atheera. Belum sempat dia menyentuh tangan Dyla Atheera, wanita itu pengsan kembali.
Amar Qalish hanya mampu tersenyum.
Beberapa bulan yang lalu...
“Dyla Atheera!” panggil Amar Qalish.
“Apa dia?!” jawab Dyla Atheera dengan kasar.
“Awak jangan pura-pura tak kenal saya!”
“Siapa awak? Saya memang tak kenal la!” jawab Dyla Atheera lagi. Jika boleh dia tidak mahu mengenali siapa Amar Qalish. Lelaki yang dia cintai dalam dia, lelaki yang dia nak sangat. Lelaki yang dia mahu bersama.
“Dyla, saya Amar Qalish. Amar Qalish yang selalu kacau awak zaman sekolah dulu. Tak mungkin secepat ini awak lupa.”
“Ya, saya lupa!” Pada mulanya dia tidak mengenali Amar Qalish kerana peribadi lelaki itu nampak sopan dan kemas. Tidak seperti zaman sekolah. Samseng nombor satu dalam  kampung.
“Dyla Atheera, tolonglah! Kau tahu yang dari dulu aku suka kau. Aku dah berjanji yang kau je yang akan jadi isteri aku.”
“Itu dulu.” Dyla Atheera mula berjalan meninggalkan Amar Qalish.
“Dyla!” tegas Amar Qalish. Dia menghalang gadis itu dari terus bejalan. “Aku akan berubah. Dan aku sudah berubah menjadi lelaki yang kau suka.”
“Maksud awak?” Dyla Atheera menelan liur. Dia sendiri tidak pasti apa yang dikatakan oleh lelaki ini.





Macam mana? Berminat untuk memiliki Himpunan cerpen Dahsyatnya cinta(HcDC)? Kalau berminat boleh email kepada love_kelip@yahoo.com. Lagi satu, mesti yang bertanya tentang harga? Cik penulis hanya open pembeli yang tidak kisah harganya berapa...jika ada yang bertanya tentang harga, Cik penulis sendiri tidak akan menjawabnya (alamak, sejak bila jadi seorang yang kejam ini) hihihi harap maklum. Bajet dalam RM20....(tak nak la jadi kejam sangat) hihihi jika ada FB, boleh sahaja jenguk FB Azalea Eshal. TERHAD PADA 50 ORANG YANG TERAWAL SAHAJA...ada lagi 15 kekosongan....cepat! booking sekarang! Sekian terima kasih.




16 comments:

  1. Replies
    1. boleh hubungi cik penulis kat fb atau email yer??senang utk cik penulis berhubung apabila dah siap cetakkannya....

      Delete
  2. xpe akak sekali sekala kejam....
    hahahaha ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala??bukan akak selalu jadi kejam ke??kejam pada kamu??hahhaha

      Delete
    2. itu diantara akak dgn trah je....
      hahhahahah
      ish sempat lgi tu duk kenakan kita :(

      Delete
    3. hahahaha
      ada2 je lah...
      btw serius kejam sekali sekala dgn org lain xpe
      tp dgn trah akak kena kerap la
      wah gitu.....
      hihihihihih ;)

      Delete
    4. xpe kekejamanmu diterima
      hahahahahahaha ^.^v

      Delete
  3. Replies
    1. boleh hubungi cik penulis kat fb atau email yer??senang utk cik penulis berhubung apabila dah siap cetakkannya

      Delete
  4. Kat mana nak dptkan buku edisi nih...mahu juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat atas ada diberitahu yg mesej sahaja di email...cepat2 masih ada dua sahaja kekosongan sebab ia trhad....

      Delete
  5. kak ria , kt mne bleh bli citer2 yg akk tlis nie ?

    ReplyDelete
  6. kak ria , kt mne bleh bli citer2 yg akk tlis nie ?

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi