Followers
Friday, 27 September 2013
17
Komen
Bab 18
Ila memandang Zizan yang sedang tidur di ruang tamu. Ruang tamunya sudah menjadi tempat tidur utama Zizan. Nak risau tetamu yang datang? Tak payah! Rumah aku mana ada tetamu yang nak datang. Nak malu apa kalau bersepah.
Dia mengambil telefon bimbitnya.
"Hello ibu..." Ila menghubungi Puan Farah.
"Ye, Ila. Dapat tak duit yang aku nak tu?" soal Puan Farah. Menantunya yang pertama boleh bagi 10 ribu je manakala menantu ke dua pula bagi 20 ribu. Okey juga tapi menantu ketiga iaitu Zizan ni masih tak tahu apa-apa perkembangannya.
"Ala, abang tak ada duitlah ibu."
"Kau jangan nak tipu. Laki kau tu kerja jurutera. Gaji besar. Hujung tahun ni pasti ada bonus." Bagi Puan Farah. Anaknya perlu menunaikan segala permintaannya. Dia memerlukan duit sebanyak itu untuk membesarkan lagi rumahnya.
"Betullah ibu. Abang tak ada duit buat masa ni."
"Kalau aku tahu kau tipu, siap kau!"
"Nanti ada, Ila bagitau ibu."
"Baiklah! Kenapa laki kau ni susah sangat nak ikut cakap kau? Kakak kau, Lily dan Laila senang sahaja lakinya ikut cakap bini. Kau seorang je aku tak faham." Puan Farah mula membebel.
Ila terpaksa mendengarnya.
Selepas tamatkan panggilan. Ila rasa mahu marah. Rumahnya, dia sengaja sepahkan. Anak-anak dibiarkan tanpa jagaan. Dia geram! Dia benci!
"Yang laki aku pun satu. Aku minta duit pun tak boleh ke?"
Kereta Zizan masuk diperkarangan rumah. Makin angin satu badan Ila. Dah la siang tadi makan penampar. Sakit tapi duit tu aku kena minta juga.
"Abang, abang bagi adik abang duit kahwin berapa?" soal Ila dengan kasar sebaik sahaja Zizan masuk ke dalam rumah.
Zizan hanya memandang Ila. Malas dia mahu melayan isterinya itu.
"Abang, saya tanya ni." makin tinggi suara Ila.
"Seribu je." Zizan menanggalkan bajunya. Tenang hatinya melihat dua orang anaknya sedang lena dibuai mimpi di tilam yang menjadi alas tidurnya selama dua tahun ini.
"Seribu? Banyaknya! Saya minta dua sepuluh ribu pun tak boleh bagi." Ila mula membebel. Mewarisi sikap Puan Farah. "Saya minta bukan banyak pun, tak nak bagi."
"Seribu sikit je tu tapi Ila minta sepuluh ribu dari abang. Mana abang nak cari? Gaji abang pun baru tiga ribu."
"Ibu dah bising tau! Baik abang bagi sekarang juga. Kalau ada lebih, bagi dua puluh ribu." Ila menadah sebelah tangan pada Zizan.
"Kalau abang tak nak bagi!" Zizan menduga. Apa faedah aku bagi duit banyak tu pada ibu mertua aku tu. Baik aku bagi mak aku, dapat pahala juga.
"Kalau abang tak nak bagi, saya ambil sendiri..." Ila berkata. Dia tahu yang dompet suaminya masih ada dalam poket seluar yang dipakainya. Dia berusaha mengambilnya tetapi di halang oleh Zizan.
Akhirnya Zizan menarik ke dua belah tangan Ila dan perbuatan Ila terhenti. Saat itu mata mereka saling menatapi antara satu sama lain. Ila tersedar apabila melihat senyuman kemenangan Zizan. Ila merentap tangannya dari terus di pegang.
"Saya nak sepuluh ribu tu..."
"Abang kata tak ada, tak ada la!" geram juga Zizan. Bercakap dengan orang yang tak reti bahasa ni.
"Abang tentu dapat bonus hujung bulan ni. So, bagi saya semuanya."
"Sorry..." Zizan berbaring dan mula pejamkan mata. Dia tidak pedulikan Ila. Makin lama dia layan, makin menjadi-jadi minah ni.
"Abang, bangun!" Ila memukul dada Zizan.
Zizan terkejut. Dia terasa sakit didada. Pukulan isterinya sangat kuat. Dia hampir lupa yang isterinya itu ada saka. Itu pasal wajahnya makin hari makin tak bermaya. Orang kata saka-saka ni kalau tak beri makan atau apa-apa dia akan hisap darah tuannya sendiri. Biar betul...
Zizan sengaja mengambil buku surah Yasiin. Pura-pura mahu membacanya.
Ila berkerut. Dia terus berlalu pergi.
"Ila, jangan lupa solat mahgrib!" jerit Zizan. Dia sudah bersolat di masjid tadi. Makan pun sudah.
ZIzan berjalan ke dapur. Seperti biasa, cukup menghampakan hati dan perasaan. Kena ambik orang gaji ni...
******
Tengku Zam Hairil tersenyum apabila Izz Izzati berkata jom dengan teragak-agak. "Awak nak beli apa ni?" Dia melihat troli yang masih kosong itu.
"Tak tahu..."
"Eh, tadi Zati yang ajak. Boleh pula dia tak tahu." Tengku Zam Hairil sedikit tersentak.
"Saya saja nak keluar jalan-jalan. Tapi nak beli barang-barang untuk memasak. Dapur Tengku tu tak ada apa-apa. Mujurlah pagi tadi ada beras dan sedikit lauk." Tanpa Izz Izzati sedari, dia sudah mula membebel.
Tengku Zam Hairil tersenyum. Bebelan Izz Izzati bagaikan lagu yang indah untuk didengari.
Izz Izzati tersentak. Hatinya berdebar hebat melihat senyuman suaminya itu. Secara automatik dia terdiam.
"Kita beli aje la apa yang perlu." Tengku Zam Hairil berkata apabila melihat Izz Izzati diam membisu. Selamba sahaja dia mencapai maggie yang kebetulan mereka berjalan di bahagian itu.
"Tak boleh!" pantas Izz Izzati menghalang. Sekali sekala makan maggie memang tak salah tapi si Tengku ni, aku tengok, sebelum tidur mesti santap benda yang tak berkhasiat ni. Eh, lupa pula. Baru semalam aku kat rumah dia. Nampak benar bohong! Tapi semalam aku nampak dia masak maggie. Sedap je! Tapi aku malas nak join. Kalau aku join, aku sekali makan maggie. Tak bagus!
"Kenapa ni Zati?" terkejut Tengku Zam Hairil dengan sergahan Izz Izzati. Tak kan makan maggie pun tak boleh. Lapar tau!
"Maggie tak berkhasiat, Tengku. Jadi kita makan..." Izz Izzati mencapai satu bungkusan yang hampir sama dengan maggie. "PAMA"
"Sedap ke?" Tengku Zam Hairil bertanya begitu kerana dia tidak pernah makan benda alah tu.
"Sedaplah kot... Orang kata ia lebih baik daripada makan maggie. Saya pun tak pernah cuba." Izz Izzati tersengih. Dia sendiri tidak pernah mencubanya tetapi mencadangkan kepada orang lain. Baguslah tu ye Izz Izzati.
"Cuba aje la..." Tengku ZAm Hairil membedal tiga plastik.
"Banyaknya Tengku."
"Awak yang cadangkan, pasti sedap." Tengku Zam Hairil menolak troli tersebut. Mereka pergi ke bahagian yang menjual barang basah, buah-buahan, biskut, mandian, makanan ringan, air mineral botol dan sebagainya. Macam-macam dibeli oleh mereka berdua sehingga penuh troli mereka.
"Mak datuk!"
"Zati, saya punya mak datuk iaitu moyang atas moyang lagi dah tak ada la." usik Tengku Zam Hairil. Dia mengeluarkan beberapa keping not duit seratus.
"Dekat lima ratus ni Tengku! Ini namanya berbelanja secara boros." Izz Izzati terkejut melihat nilai yang tertera.
"Daripada awak membebel, baik tolong saya masukkan barang-barang kita dalam troli. Ada juga faedahnya." Tangan Tengku Zam Hairil pantas memasukkan semuanya dalam troli.
"Okey..." Izz Izzati membantu suaminya.
"Tak apa la Zati berbelanja macam ni. Kita kan baru kahwin. Jadinya, tak apa la berbelanja seperti ini sekali sekala..." Sengaja Tengku Zam Hairil menekankan perkataan sekali sekala.
Izz Izzati tersengih lagi. Mereka berdua pergi makan petang sebelum pulang ke rumah. KFC menjadi tempat piihan mereka.
Izz Izzati dan Tengku Zam Hairil begitu mesra berbual. Tanpa mereka sedari ada satu perasaan yang indah yang mereka sendiri tidak dapat meneka, apakah ia?
"Zati, awak ni kelakar juga..."Tengku Zam Hairil berkata. Sejak Izz Izzati berjaya memujuknya, dia asyik ketawa melihat wajah isternya itu.
"Kelakar ke? Saya cerita pasal saya jatuh tangga pun Tengku gelak. Saya tak faham betul la." Izz Izzati menarik muncung. Lelaki itu seperti ketawa sindir padanya. Yelah! Jatuh tangga. Itu kan satu perkara yang memalukan.
"Comelnya muncungnya!" Tengku Zam Hairil menarik pipi Izz Izzati. Geram! Pipi Izz Izzati dah macam Feya. Rasa nak tarik tiap-tiap hari. Feya, abang rindukan Feya. Abang tetap doakan Feya bahagia di sana tapi abang tak boleh tipu diri abang. Selagi kenangan Feya dalam hati abang, mana mungkin ada nama lain di dalam ini. Tengku Zam Hairil memegang dadanya. Wajahnya serius.
Eh, serius pula suami aku ni!
"Kenapa ni Tengku? Saya tak boleh tengok muka Tengku serius. Rasa macam nak sekeh-sekeh je kepala Tengku. Lepas tu cakap, kenapa tak senyum! Kenapa tak senyum!" Izz Izzati bimbang. Walaupun senyuman suaminya itu sentiasa membuat hatinya berdebar tetapi dia tetap suka dengan senyuman Tengku Zam Hairil.
Tengku Zam Hairil tergamam dengan kata-kata itu.
"Tengku..." Izz Izzati rasa pelik dengan Tengku Zam Hairil.
Akhirnya lelaki itu ketawa. "Meh la sekeh! Sebelum awak sekeh saya, biar saya sekeh kepala awak dulu." Tengku Zam Hairil membuat lawak tetapi Izz Izzati....
"Izz Izzati..." seorang lelaki menegur mereka berdua.
Izz Izzati tergamam. Dia amat mengenali lelaki itu. Kenal sangat!
Tengku Zam Hairil rasa pelik dan sedikit cemburu. Siapa lelaki kacak ni? Dia sendiri buntu. Tambahan pula isterinya hanya mendiamkan diri sahaja.
"Muhammad Zarrin Rizqin!" mana mungkin Izz Izzati melupakan lelaki ni...
p/s siapa pula mamat ni...kacau bin daun je....cepat2 la cik penulis sambung bab 19 ye...hihihihi
Komen
enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 18

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-2-
ReplyDeleteya allah muncul mamat mana lah pula ni..
ada saja lah..
ish2
zamhairil ----> feya
izz ------> zarrin
sapa la kedua2 manusia ni???
misteri betul la..
watak feya still xterjawab
ni tup tup masuk pulak watak zarrin pula..
huhuhuhu
hope zarrin xkacau rumah tangga izz n zamhairil ye..
berbalik kat watak ila...
ada ke patut mak dia nk besarkan rumah
lps tu minta kat menantu???
agak2 patut la..
kalau just 1-2ribu xpe lah
ni nk ikut turutan no menantu ke??
kalau zizan tu menantu no 10
terpaksa la dia bg 100 ribu mcm tu????
gila ke apa ni???
*eh2 teremo lebih la pula..
btw xpatut lah ila bt zizan mcm tu..
zizan pun still ada parents kan.
sepatutnya parents zizan yg dapat keutamaan
lps tu baru mentua..
ni x. parents zizan xminta apa2 pon
kalaulah watak zizan tu tegas..
*jap nak bayang kan..
zizan tegas??
adakah ila tu nk menyesal @ perangai still sama??
hurmmmmmmm...
btw mana hilang ye si fakhrol hairil???
Bestnya..tol2 tergoda ngn TZH..sy suka sgt ngn gelagat TZH n Izz..terhibur sgt..cian abg zizan..cari lain jela abg zizan..ms tu bru bininya menyesal n berubah..ad saka rupanya..syg abg zizan..TZH da mula cemburu ke..hahaha..suka sgt..nk lg..setiap hari ternanti2 KDH..<3
ReplyDeleteentah2 feya tu seekor kucing...:P
ReplyDelete(6)
ReplyDelete- geramnye si ila nie.. owh rupanya si ila nie ad saka rupanyer.. patot la jadi cmtu... hai sabar je la si zizan tu dengan perangai ila mcm tu...
- yeahh.. sokong idea zizan tu.. kena ambik orang gaji... lpas tu jadi org gaji,madu ku.. hehe baru isi ila tu ad ksedaran sivik skit.. hihi.. boleh tak cmtu kak??
- wahh.. bagi putri tu memboros nma nyer..... smpai lima ratus.. bnyak yer.. huhuhu
- haha.. pon boleh nk main2 sekeh kpala plak.. npe zati tak sekeh betul2 tadi.. hehe
- hai siapa la si feya nie..? npe tunku asyik sebut jer nma dia.. mmg kuat betul perasaan tunku tu dkat feya. huhu
- alamak si tunku jelez kat muhammad zarrin rizqin.. tp siapa plak mamat nie.. kcau btoi la... dh si feya pon blom taw siapa.. hehe
* kak smbung lagi...... nak baca nie... hehe.. sowi kak klau terlebih plak komen.. hehe
dgn sbar nya sy tggu smbungn ceta ni...apapn mmg tbaik...
ReplyDeleteDH SAPE PULAK MUHAMMAD ZARRIN RIZKIN NIE????
ReplyDeleteCpt sambung
ReplyDeleteIsh...cepst la sambung!!!!!!
ReplyDelete(13)
ReplyDelete1. apa masalah mak ila ni?? nak duit aje...benci benci benci!!! ila ada saka??
seribu lebih byk drpd sepuluh ribu?? x pandai math ke apa??
cian Zizan...Zizan sabar eh...
ila mmg x patut buat mcm tu!
2. alala..sweetnya pengantin baru ni..Tengku selalu makan maggie eh?? ala, cian...
3. siapa Feya ni?? asyik2 ingat Feya...tgh happy pun ingat Feya..dhlah tu Tengku..bukalah pintu hati tu utk Zati..kesian dia..
4. sapa plk mamat ni?? nama serius kck... who's he?? pengganggu baru lagi...huhu
kak, cptlah sambung..
9.
ReplyDeleteOh mak datuk, hihihi...
Ila ada saka? Adududu... Apa la nasib, dia yg bela, dia yg buat dosa. Zizan yg tanggung kan. Err..kut. Suami kan.
Huih... Seribu ila clp bnyak, tp sapoloh dua ribu ckp sikit. Mental la minah ni... Jngan bagi abg zizan. Biar kn je dia tu. hehe.
Zati... Tengku. Sweeeeetttt la durang ni. Betul la ckp zati tu. maggie x elok mkn bbnyak. Or selalu. Klu darurat tu kira ok la kut. Hihi..
Hish.. Muncullah sudah satu mamat baru. Kacau pokok je. Keke... Siapa la dia ni? Ex- zati ke?
(4)
ReplyDeletetak habis-habis nak minta duit daripada zizan tu. kenapalah mak mertua zizan tu bersikap macam tu? tak baik minta duit daripada menantu. kalau orang dah tak nak bagi, tak payah la nak minta lagi ini tidak lagi didesak lagi ada. Ila pun satu,ikut je apa yang mak dia nak. sepatutnya dia ikut cakap suami dia. mak dia nak besarkan rumah so gunalah duit sendiri. janganlah berlagak sangat nak minta dengan zizan tu. tak sangka ila tu ada saka. mesti bahayakan. macam mana lah ila boleh terpikir yang seribu tu BANYAK daripada 10 ribu. ishishish.. memang tenat la gamaknya.
kenapa sweet sangat TZH ni dengan izz. jealous saya.. makan maggie tak elok tapi kalau dah makan rasa macam taknak berhenti je. kesimpulannya jangan sesekali beli maggie sebab membahayakan kesihatan.
bilalah nak tahu siapa FEYA ni kak ria? tak sabar nak tau. kesian dekat izz sebab TZH still ingatkan feya tu.
siapa lah MZR ni? bekas pakwe izz ke? janganlah ganggu rumah tangga izz tu.dia baru nak belajar bahagia.
kak ria,cepatlah sambung..:D
(--10--)
ReplyDeleteila nie mesti fail math masa sekolah.. xreti nk bezakan mana besar.. Rm1k ngn Rm2oK.. dah sah laa 2 tu besar.. ngek ngok tol..apa laa malang Zizan dapat wife mcm ila da laaa ngek ngok.. ada saka polak tu.kesian Zizan dan anak anak... ku sedia mengantikan ila jika zizan sudi..aiceh22..
bestnya dapat shopping besma suami sendiri..teringin sangat,, tp x kawen agi., Tengku kita sama laa kaki maggie.. smpi kena marah.. Tengku dah kena bush ngn Izz dah.. pas nie beli "PAMA" jew.. nmpk sangt rumah Tengku xde banyak stock barang makan.. smpi RM500++ habis sekli beli...
Sapa polak Zarrin Rizqin nie? Xs Izz kew. alaaa xmu laa kacau pengantin baru yang ada contract niee.. t haru biru t.. kesian Izz n Tengku...
.alorhh, pndeknye. .
ReplyDelete.ta sba tggu smbungan. .
-5-
ReplyDeleteapakah ini semua????
mak mertua minta sampai 20k?? motif? hanya nak besarkan rumah? baik beli rumah baru aje dengan duit tu... lagi puas, dapat rumah baru..
puan farah... anda ingat menantu anda tu ceo syarikat besar apa sampai nak minta duit banyak tu... itu kalau duit hantaran pun lepas... semua yg berkaitan dengan ila ni buat orang tension aje lah...
........ bilalah nak makan tembikai ni..... tembikai susu pun sedap..
Salam Ria, ini pertama kali saya membaca novel awak. Akan selalu melawat di blog awak kalau ada masa terluang insyaa Allah.
ReplyDelete(16)
ReplyDeleteAlamak sape hero baru muncul nie..bru nk mesra2 da ad yg gngu..kcau daun btul lah..huhuhu
ishhhh... Gle ke ap ila nie mtk duit byk2 .ap igt abg zizan tu bank ke nk amek ikut suka aje..aphal dgn mk ila tu asyk nk dgr ckp die aje..igt cari duit sng ke ap..mlampau tol mk mentua camtu..
Ank klau taw hormat suami xpe gak..nie siang mlm nk mgamuk..pastu umah cam kne bom.. Sabar btul zizan nie..
Cerita nie byk pgajaran pada kte smua.. Kne amek sbgai iktibar agar kte x sbgtu..
menyampah akuu!! lepas satu satu ade watak baru.. mcm citer indon je
ReplyDelete