Followers

Wednesday 16 October 2013

22
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 21


Bab 21

Tengku Zam Hairil gelisah. Dia tidak tahu mahu memberitahu cara terbaik mengenai berita ini. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghantar SMS ke telefon bimbit Izz Izzati.

Izz Izzati pula baru sahaja siap mandi. Dia sudah lengkap berpakaian dari bilik air lagi. Ada mesej la. Segera dia membaca mesej tersebut.

Izz Izzati terkejut dengan apa yang dibacanya. Telefon bimbit di tangannya terlepas. Pantas dia berlari ke ruang tamu kerana dia ada ternampak Tengku Zam Hairil di situ.

"Tengku, betul ke ni?" soal Izz Izzati dengan air mata yang mengalir. Dia tidak dapat menahan perasaan sedihnya.

"Ya Zati, mak baru call tadi." Tengku Zam Hairil pun rasa sedih tetapi semua ini kehendak Illahi.

"Cepat Tengku. Kita ke rumah mak. Cepat!" Izz Izzati masuk kembali ke biliknya. Dia memakai baju kurung yang sememangnya sudah digosok dalam almari dan tudung.

"Jom Tengku!"

"Baiklah!"

IZz Izzati hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Dia sudah menghubungi Puan Zalimah. Ibunya tabah. Mak tabah tapi tidak Zati mak. Zati tak dapat terima kenyataan ini. Terlalu berat mak. Terlalu berat! Air mata Izz Izzati tidak lepas daripada mengalir.





Puan Zalimah terpaksa menghubungi Zizan mengenai berita ini. Tetapi ketika dia menghubungi anak lelakinya itu, tiada yang jawab.

Rupa-rupanya Zizan sedang mandi. Kebetulan Ila berada di situ. Apabila tertera nama Mak di skrin telefon, dia menekan butang silent sahaja. Tiba-tiba ada mesej yang baru masuk ke dalam telefon suaminya itu.



Zizan, balik nak, ayah dah meninggal dunia pukul 6 pagi tadi - Puan Zalimah.



Tersentak Ila membaca. Ayah dah meninggal dunia? Ila tersenyum. Cepat-cepat dia padam mesej tersebut.

"Ila buat apa tu?" soal zizan yang baru keluar dari bilik air.

"Tak ada apa-apa. Cuma nak letak telefon ni kat almari ni. Abang, hari ini kita keluar nak tak?" Ila memancing Zizan agar keluar bersamanya.

"Malaslah..." Zizan terus meninggalkan Ila sendirian. Dia menuju ke ruang tamu untuk menonton TV. Sempat tangannya mengambil telefon bimbitnya. Ada satu misscall. Mak? Jarang mak call waktu macam ni. Mesti ada sesuatu yang berlaku.

Belum sempat dia menghubungi, Ila mengadu sakit perut.

"Abang..." Ila berlakon dengan mimik muka yang sakit. Dalam hati hanya ketawa sahaja.

"Kenapa ni?" bimbang Zizan. Memang dia akui yang Ila selalu buat dirinya susah hati dan saling bergaduh tetapi apabila Ila sakit, dia kena bawa ke hospital dan mengambil tahu dengan keadaan isterinya.

"Sakit perut. Mungkin semalam makan kat kedai tu kot." wajah Ila berkerut.

"Meh abang sapu minyak cap kapak." Zizan sudah berdiri semula dan menghampiri almari di satu sudut. Di situ terletaknya minyak tersebut.

"Letak kepala kat sini." Zizan menepuk perlahan pahanya sambil tersenyum.

Ila tersentak. Mengapa dalam pandangan Ila, senyuman itu sungguh indah dan membuat hatinya berdebar. Dia akui, dulu sebelum mengenali Zizan, dia memang jatuh cinta dengan senyuman itu. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dirinya sendiri yang berubah sikap lembut kepada kurang ajar seperti selalu berlaku.

Ila mengikutnya tanpa bantahan. Perutnya di gosok perlahan.

"Abang pergilah..." tiba-tiba Ila berkata begitu. Dia rasa bersalah.

"Pergi mana? Kan isteri abang ni tengah sakit." Zizan tersenyum tanpa tahu perkara sebenar.

Belum sempat Ila bersuara, telefon bimbit Zizan berbunyi.

Eh, dah ada bunyi! Bukan ke aku dah tukar pada mood senyap? Mesti mak cik tua yang call. Menyibuk sahaja orang tua ni! Ila mula berubah sikap. Dia jadi bukan dirinya lagi. Akhirnya dia hanya membiarkan Zizan bangun dan menjawab panggilan telefon.

"Ayah..." air muka Zizan berubah seratus peratus.

"Kenapa ni abang?" Ila pura-pura bertanya. Dia dapat meneka yang Zizan sudah tahu perkara sebenar.

"Ayah dah meninggal dunia. Ila nak ikut abang tak?"

"Tak nak. Biar Ila jaga anak-anak di sini."

"Suka hati Ila la." Zizan berlari ke biliknya dan bersiap ala kadar. Barang-barang penting dia bawa bersama.

Zizan terus memecut keretanya. Perjalanan yang biasanya menjadi lima jam sudah menjadi empat jam sahaja. Dia memandu dengan laju.

Sebaik sahaja dia sampai semua orang sudah berada di tanah perkuburan. Dia bergegas ke sana pula. Dia tidak sempat menatap wajah ayah kali terakhir. Selepas kunci kereta, dia terus berlari ke arah Tengku Zam Hairil yang turun ke dalam lubang kubur untuk baringkan jenazah.

Ya Allah, sepatutnya itu tugas aku sebagai seorang anak lelaki. Ya Allah, aku tak sempat mandikannya. Tak sempat melihat raup wajahnya untuk kali terakhir. Apakah besar sangat dosa aku ini, Ya Allah? Zizan mengalirkan air mata. Kebetulan hujan turun dengan tiba-tiba. Mengerti dengan kesedihan yang dialami.

Selepas bacaan Yasiin dan doa di bacakan oleh Tok Iman kampungnya, semua orang beransur pulang. Tetapi tidak Zizan dan Tengku Zam Hairil.

"Abang Zizan..." panggil Tengku Zam Hairil.

"Zam, kenapa tak call abang awal-awal..." pandangan mata Zizan masih di kubur yang basah itu.

"Zam dah call banyak kali. Mak pun ada call. Sejak pukul tujuh pagi." kata Tengku Zam Hairil. Dia pun tahu selepas subuh.

"Ayah, maafkan kesalahan Zizan." Zizan benar-benar kecewa.

Baru seminggu lalu dia pulang ke rumah untuk berjumpa dengan ayah dan mak. Dia bawa sekali dengan Aiman dan Safiyya. Bayangkan hampir setahun Puan Zalimah dan Encik Azlan tidak berjumpa dengan cucu mereka. Wajah ke dua ibu bapanya sangat ceria dan gembira.

"Zizan, ayah nak cakap sikit."

"Apa dia ayah...?"

"Ayah nak pinjam duit kamu. Pinjam je, nanti ayah bayarlah semula."

"Nak pinjam untuk apa ni ayah?" Zizan bertanya. Ibu mertua dia juga ada minta duit. 20 ribu tetapi dia mampu beri 10 ribu sahaja. Itu pun Ila sudah memarahinya.

"Ayahkan dah nak pencen setahun lagi, jadi ayah nak balik duduk kat kampung. Hari tu masa perkahwinan adik kamu, atap belakang rumah tu bocor la. Biasalah rumah papan. Abah nak tukar atap sahaja. Duit ayah banyak habis untuk perkahwinan adik kamu tu. Jadi ayah nak pinjam seribu sahaja. Tak banyak la Zizan. Ayah pun tak nak susahkan kamu." Encik Azlan tersenyum pahit. Bukan sikapnya minta duit dari anak tetapi dia rasa atap itu perlu dibaiki. Tetap kena baiki. Ia sangat penting untuk keselesaan isterinya nanti.

"Seribu ayah? Tengoklah, nanti Zizan cuba. Kalau ada Zizan bagi ye?" Zizan tersenyum juga. Entah mengapa hatinya dirasuk syaitan agar tidak memberi pinjam.

"Terima kasih Zizan. Ayah sayang anak ayah ni." Encik Azlan mencium dahinya.

"Ayah ni, Zizan dah besar. Tak payah la cium-cium ni." Zizan menolak lembut.

"Ala, ciuman tu kasih sayang ayah untuk Zizan. Manalah tahu lepas ni ayah tak dapat nak cium dahi kamu lagi." Encik Azlan ketawa kecil.

"Eh, kenapa tak dapat nak cium pula. Meh, Zizan cium ayah!"Dahi dan pipi Encik Azlan menjadi ciuman Zizan.

"Eh, ada orang main cium-cium pula." Tiba-Tiba Izz Izzati muncul. Dia sedang mendukung Safiyya. Gembira gila dapat berjumpa dengan anak buah yang comel ini.

"Nak cium..." Safiyya berkata dengan perlahan. Dia sudah boleh berkata sikit-sikit.

"Meh, cium atok..." kata Zizan mengambil alih mendukung Safiyya.

"Aiman pun nak!" Aiman yang sememangnya sudah petah bercakap turut sama berkata begitu.

"Meh, cucu atok!"Encik Azlan rasa gembira sangat.

Tengku Zam Hairil yang memerhati dari jauh rasa sangat bahagia.

"Ya Allah! Berdosanya aku..." Air mata Zizan tidak putus dari mengalir. Dia rasa bersalah sangat. Wang yang Encik Azlan mahu pinjam itu masih belum diberikan sehingga ayahnya itu menarik nafas terakhir. Kenapa aku lambat-lambatkan permintaannya. Rasa bersalah makin mengebu dalam hatinya.

Kalau keluarga Ila minta duit dan bukan pinjam, aku terus bagi. Tetapi ayah aku sendiri minta duit dan janji akan bayar semula, aku lambat-lambatkan. Anak apakah aku ni? Anak derhaka! Zizan malu mahu berjumpa dengan Puan Zalimah.

"Zati, janganlah nangis. Yang pergi tetap pergi." pujuk Tengku Zam Hairil. Dia pernah rasa bagaimana perasaan orang tersayang pergi. Dia ingin memeluk Izz Izzati tetapi dia rasa, isterinya perlu bersendirian.

"Mana isteri Zizan tu? Bapak mertua meninggal dunia pun tak nak datang? Hati batu betul!"Mak Cik Leha bertanya.

Izz Izzati yang mendengar dari biliknya itu baru teringat. Kak Ila tak datang la. Kasihan abang Zizan. Sepatutnya saat sedih macam ni, isteri ada di sisi untuk memberi semangat untuk teruskan hidup. Itulah tugas isteri bukan sahaja menjaga makan tetapi memberi kata-kata motivasi untuk suami pun salah satu tugasnya.

Izz Izzati merenung Tengku Zam Hairil yang masih duduk di sebelahnya tanpa sebarang kata. Teddy bear? Baru aku perasan laki aku peluk benda alah tu. Al-maklumlah, masa Tengku tengok jenazah ayah, dialah lelaki pertama yang paling over menangis. Aku pun tak mengerti tapi mungkin sebab dia tak ada ayah, sebab itu dia rasa sedih sangat bila ayah dah meninggal dunia.

Perlahan tangan Izz Izzati melingkari lengan Tengku Zam Hairil. Makin laju air matanya mengalir.

Tengku Zam Hairil tersentak. Dia hanya membiarkan Izz Izzati menangis. Dia turut rasa sedih.

"Awak tolong peluk teddy bear ni..." pinta Tengku Zam Hairil

IZz Izzati hanya mengikut sahaja.

Tengku Zam Hairil memeluk Izz Izzati.

Izz Izzati terkaku. Dia mendonggak memandang suaminya.

"Zati janganlah menangis. Entah mengapa saya tak boleh tengok air mata kesedihan awak mengalir." Tengku Zam Hairil mengelap air mata isterinya. "Air mata awak ni mahal tau. Jadi, kalau awak betul-betul sayangkan arwah ayah, kita sedekahkan banyak-banyak Al-Fatihah untuknya. Pasti dia gembira di sana sebab dia dah tinggalkan anak yang solehah untuk doakannya." ada senyuman terukir di bibir.

"Tengku!" Izz Izzati terus memeluk erat tubuh Tengku Zam Hairil. Teddy bear itu pula tersekat ditengah-tengah antara mereka.

"Sabar Zati. Hanya tiga perkara yang boleh dibawa oleh arwah. Pertama sedekah jariah, kedua ilmu yang bermafaat dan ketiga doa anak-anak yang soleh solehah. Jadi, Zati kena banyak berdoa okey?" pujuk Tengku Zam Hairil lagi.

"Insya-Allah Tengku. Terima kasih." Hatinya sedikit tenang. "Okeylah Tengku, saya nak tengok mak sekejap."

"Okey..."

"Mak..." panggil Izz Izzati apabila melihat Puan Zalimah termenung.

"Zati..." Ada senyuman dibibir tua itu.

"Mak, macam mana ayah boleh jadi macam ni?"

"Mak pun tak tahu, selepas azan subuh, mak tengok. Ayah kamu tu tak bangun-bangun. Mak rasa pelik. Rupa-rupa dia dah tiada."

"Mak bersabarlah. Zati akan selalu lawat mak kat sini atau mak tinggal dengan Zati je." ajak Izz Izzati.

"Tak apalah nak. Mak nak duduk rumah ni. Kata ayah kamu, lepas pencen dia mahu tinggal di sini. Jadi biarlah mak tunaikan permintaannya untuk tinggal di kampung ni."

"TApi mak tinggal seorang..."

"Tak apa, Allah ada menemani mak. Mana abang kamu, Zati?" Puan Zalimah perasan wajah mendung Zizan sejak balik dari tanah perkuburan. Tidak mahu menegurnya pun.

"Zizan..."



P/s:bab kali ni sedih sikit...tak apa la...tak kan nak sweet je kan....so kita layan yg sedih ni hihihihi semoga terhibur.

22 comments:

  1. Replies
    1. rizqin tu next bab..tercopy rangkanya...tapi dah delete hihihi

      Delete
  2. sedihnya..
    kena cari mood untuk comment..




    (--capt awan--)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok tak apa...sedih juga...kenapa masih ada wanita seperti ini...mereka tak la kaya, bersederhana sahaja...tapi di duga begini...

      Delete
  3. RIA, TOLONG PERJELASKAN WATAK DAN PERWATAKAN RIZQIN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan diperjelaskan dalam bab bab yang akan datang....harap bersabar...

      Delete
  4. AY

    KEJAMNYA KAU ILA!!!!
    kesian zizan dia xdapat lihat arwah ayah dia
    sedihnya part ni...
    mcm mana lah ila sanggup buat mcm tu..
    kes kematian boleh buat main...
    agak2 lah..
    xkena kat dia xpe...
    kalau kena baru dia tau langit tinggi ke rendah
    huhuhuhuhuh

    btw why zam over???
    mesti something kan
    jeng jeng jeng.....
    sempat lagi tu peluk si teddy
    btw mr teddy tu arwah ayah zam ke yg bagi sampai dia xblh berpisah dgn mr teddy tu????

    boleh pula dia bagi izz pegang teddy dia..
    xjeles ke zam???
    bila teddy dia kena peluk dengan org lain
    hihihihihihih...

    "zizan............"
    kenapa dengan zizan????
    akak dera hati pembaca..
    huaaaaaaaa
    xepar sambung kak.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar sabar...nanti ada la...tapi memang kasihan pada zizan...

      Delete
    2. Hahahaha...
      Nk tau skrg blh????
      Kenapa dgn zizan kak????
      Hurmmmmmmm. :'(
      AY...

      Delete
  5. Bila nk sambung citer ni ria?

    ReplyDelete
  6. 16

    Sedih nye bab kali nie.. X sangka kan ayah nye pergi bgtu sje.. Ksian zizan rase bsalah bila xdpt tunai kan pmintaan ayah die..

    Knpe ila tu kejam sgt ah!! Blh kn delete msj yg di antr..smpai kn zizan xdpt jmpr ayah nye bt trakhir kali..jahat btul..geram taw..hmm

    ReplyDelete
  7. (4)

    kesian zizan sebab tak dapat nak jumpa ayah dia buat kali terakhir. ini semua sebab ila, kalau lah dia tak kejam sangat sampai padam mesej mak zizan tu,mesti zizan sempat jumpa ayah dia. ila ni kekadang baik kekadang kejam sangat. memang bukan menantu yang baiklah. ada ke patut tak nak pergi rumah zizan padahal ayah mertua dia yang meninggal. cuba kalau mak ila tu meninggal,lepas tu zizan tak pergi,apa perasaan ila .ishishish. teruk punya perangai. kesian betul dekat izz,TZH,mak izz dengan zizan.nasib baiklah mak dorang tabah. kalau tak memang kacaulah gamaknya.. bab kali ini sedih..>_<
    kak ria,nak lagi..:D

    ReplyDelete
  8. (--10--)

    cara terbaik Tengku lakukan untuk memberitahu ktntg kematian ayah mertuanya ke Izz..xmahu isterinya terlalu trpranjat..
    subhanallah..kasihan Zizan xdapat menatap wajah arwah ayahnya.. sungguh keji perbuatan Ila..kematian bukan permainan.. hancur hati Zizan..permintaan ayahnya tidak di penuhi dan dilambat lambatkan.. penyesalan yang tiada gunannya..sampai ke akhir hayat Zizan..
    Tengku baru nak merasa kasih sayang ayah..tetapi hilang secara mengejut..wajarla dia over menangis..sempat lagi dia peluk teddy bear tyme nangis kt rumah arwah.. terharunya bila Tengku kata air mata Izz mahal harganya.. n Tengku peluk Izz dan Teddy bear sekali gus. orang dan benda kesayangan katakan..
    Arwah meninggal dalam tidur rupanya..tabah sunnguh ibu Izz dan Zizan.. kalau Izz tahu laa permintaan ayahnya untuk pinjam RM 1 dan kerana duit ayahnya habis masa kenduri kahwinnya mesti bertambah sedih..harap Zizan atau Izz cepat2 betulkan tap rumah..kasihan ibunya nanti..
    apa jadi ngn Zizan ?? sakit ke? pengsan ke pas pulang dari kubur?

    thanks kak ria bagi n3 y sayu dan sedih.
    disamping semangat dari seorang suami untuk isterinya...

    Al Fatohah untuk Encik Azlan dan salam takziah buat keluarga Izz

    ReplyDelete
  9. (6)
    - yaAllah.. ape la msalah ila nie... smpai hati dia nk merahsiakan permergian ayah mertua dia sndiri.... kejam betoi la ila nie.. mmg buat dik rasa mcm nk tampar2 jer muka dia.. huhu
    - tp knape plak si tunku tu plak yg over menangis.. hehe tp dlam menangis tu pon si tunku tak lupakan mr teddy dia tu.. hihi
    - kenapa dgn zizan susah sngat nk bg ayah dia pnjam duit.. klau mak ila bagi jer mcm tu.... huhu
    - ape2 pon salam takziah untk keluarga zati... semoga diorang tabah mnghadapi mdugaan ini...
    -jom sedekahkan Al- Fatihah untuk arwah en Azlan...:)
    - alamak kenapa dngan zizan.. Ape yg berlaku..???
    *alahai kak nie.. suka taw wat suspen kat pembaca.. nie kira mndera hati pembaca2 yg comei taw.... hehe;) ;) :v

    ReplyDelete
  10. Bila ila akan berubah? Kesian zizan.. Demi cinta yang masih ada, dia masih teguh dalam rumahtangga itu. Huhu..sian zizan... Nak cerai, pasti ank yg jadi mangs. Sungguh kesian..

    Aku paling tak boleh tgok cite yg meninggal2 ni. Huhu.. Lagi la part ayah meninggal cenggini, memang airmata ni takleyh tahan dr keluar.. Huaaa, kak Ria, sedih..
    Tengku ni tak boleh renggang dr teddy tu.haha,, comel jek. Lelaki dengan cik teddy. Auww..hahaha.
    Apa yg berlaku kt zizan tu?

    ReplyDelete
  11. (13)
    knp ila kejam sangat???
    ila!!!
    tolonglah jgn kejam sgt!
    awak x kesian dkt Zizan ke?
    apa perasaan awak kalau mak bapak awak meninggal ttp awak x tahu???
    baru awak rasa mcm mana perasaan Zizan...
    rasanya ila ok tp saka dia tu yg kacau...

    kesian Zizan...
    menangis sy baca bab kali ni... :'(
    sabar Zizan...tabahlah...

    TZH pula yg over?
    cyan dia..mesti dia terasa kehilangan Encik Azlan...
    adeh, teddy bear dia x pernah dilupa..bertuahlah kau teddy bear selalu kena peluk n cium TZH...

    ReplyDelete
  12. Sh@
    cepat sambung eh.. dh xsabar dh nie..

    ReplyDelete
  13. 5

    sorg lagi manusia kejam.. aigoo...
    kita xakan rasa menyesal selagi seseorang atau sesuatu tu pergi meninggalkan kita..
    semoga pintu hati ila tu terbukalah..
    sangat faham perasaan zizan tika itu..
    tapi menyesal atau meratap bukan jawpanya..
    lakukan saja apa yg xtercapai arwah dahulu.. dari situ rasa menyesal tu akan hilang.. insyaallah..

    teruskan lg kak ria.. best.. deabak! hee

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi