Followers

Friday 25 October 2013

17
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 22



Bab 22

Rizqin termenung. Hampir sebulan dia cuba melupakan Izz Izzati. Tambahan pula wanita itu sudah berkahwin. Tergamakkah aku mengganggu hubungan mereka? Tetapi bagaimana perasaan aku terhadap IZz?

Zati, memang dulu aku seorang yang nakal tetapi nakal aku hanyalah ponteng kelas. Aku datang sekolah semata-mata nak jumpa kau sejak aku kenali siapa kau. Tetapi kini, aku sudah berjaya. Aku ada kerja tetap. Walaupun keputusan SPM aku tidaklah cemerlang tetapi aku berjaya masuk ke universiti dan aku belajar bersungguh-sungguh. Dan aku berjaya. Wajah Rizqin mendung.

Izz Izzati adalah cinta pertamanya. Tidak mungkin dia lupakan wanita itu. Dia masih ingat kisah persekolahannya. Entah mengapa pertemuan seketika itu mengusik hati dan perasaan. Hampir sembilan tahun tidak bertemu. Sejak Zizan menentang hubungannya dengan Izz Izzati.

Dia sendiri mengaku yang ketika itu dia seorang pelajar lelaki yang ingin hidup bebas tanpa mempedulikan keadaan hidupnya sama ada mahu berjaya atau sebaliknya. Tetapi sejak bertemu dengan Izz Izzati, dia rasa, hidupnya ceria dan bermakna.

Rizqin masih ingat akan kata-kata Zizan.

"Kalau inilah lelaki yang adik aku suka, aku rasa kau tak layak dengan masalah disiplin yang kau buat. Entah-entah pelajaran pun lingkup juga. Aku rasa kau patut malu nak berkawan dengan adik aku. Mulai hari ni, aku tak nak tengok muka kau lagi bersama Izz Izzati." Zizan merenung tajam ke arah Rizqin. Dia kenal sangat dengan Rizqin kerana dia seorang pengawas. Masalah disiplin dalam koceknya sahaja. Dia tahu semua perkara.

Rizqin terkejut dengan kata-kata sombong Zizan.

"Aku jujur dengan adik kau. Jika kau tak suka aku, terserah tapi Izz pasti akan memilih aku berbanding kau." Rizqin berkata begitu yakin.

"Kita tengok..."

"Hai..." Izz Izzati menyapa. Dia terkejut melihat dua lelaki yang disayangi ini berwajah serius.

"Zati, abang nak adik pilih. Cinta adik pada lelaki bermasalah ni atau abang, keluarga kita. Siapa yang adik paling sayang..." Zizan bertanya bagaikan tiada perasaan.

"Apa ni abang?" Izz Izzati keliru.

"Izz, buatlah keputusan awak sekarang?" Rizqin juga mendesak Izz Izzati.

"Semestinya keluarga keutamaan saya tapi...." Izz Izzati berkata dengan jujur tetapi tergantung.

"Jadi, Izz pilih keluarga berbanding saya?" jelas sekali wajah kecewa Rizqin. Betul! Izz seorang anak yang baik. Siapa aku untuk dia pilih? Siapa!

Izz Izzati terpaksa angguk kepala walaupun hatinya pedih. Cinta pertamanya hilang begitu sahaja.

"Terima kasih Izz. Terima kasih!" Rizqin terus berlalu.

Apa yang aku sedihkan? Sekarang aku dah berjaya. Aku akan rebut semula hatinya. Itu janji aku. Izz, kau dan aku akan bersama semula. Rizqin tersenyum puas.





Sudah seminggu berlalu sejak pemergian Encik Azlan. Majlis takhlil sudah dibuat dan Puan Zalimah ingin tinggal di kampung sahaja.

Zizan pula menjadi seorang yang pendiam. Tidak banyak cakap seperti selalu.

"Mak, Zizan berdosa dengan ayah..." akhirnya Zizan luahkan perasaannya.

"Berdosa? Dosa apanya? Jangan bimbang, ayah Zizan tu seorang pemaaf. Jangan bimbang ye nak." Pujuk Puan Zalimah.

"Mak, Zizan rasa bersalah sebab tak bagi duit yang ayah nak pinjam. Rasa bersalah sampai sekarang." air mata Zizan mengalir.

"Sudahlah! Kalau Zizan sayang ayah. Banyakkan berdoa dan bersedekah untuknya. Itu sahaja yang boleh kita lakukan."

Zizan bersalaman dengan Puan Zalimah. Dia perlu balik ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Sudah seminggu dia bercuti. Anak dan isteri langsung tidak ditanyanya khabar. Dia benar-benar rasa bersalah.

Sebaik sahaja sampai di rumah, Zizan mengeluh berat. Rumahnya masih tidak berkemas. Begitulah minggu lalu ditinggalkannya.

"Ila tak kemas rumah ke?" soal Zizan. Mungkin ini balasan aku kerana tidak menghormati kedua ibu bapa aku. Mendapat isteri yang tidak mendengar kata.

"Abang ni, balik aje dah membebel. Abang tak tahu yang Aiman dan Safiyya ni asyik panggil abang je. Tahu buat sepah rumah je!" Ila mula meninggikan suara.

"Ila, abang tanya elok-elok. Cubalah jawap elok-elok juga. Abang cuma tanya, bukannya marah." Zizan cuba sabarkan hati.

"Saya penatlah! Lepas balik sekolah, saya kena masak, kena kemas rumah. Penat tahu tak!" Ila terus masuk ke dalam bilik.

"Penat?" Zizan mengeluh. Macam aku tak tahu rutin harian kau. Balik sekolah, terus tidur sampai petang. Bangun je mandi dan ajak aku makan kat luar. Lepas balik makan terus tidur semula. Memang seorang cikgu ni ada sifat tak boleh diajar ke? Tak boleh ditegur ke? Dia aje nak betul? Atau isteri aku je perangai macam ni. Lantaklah!

Zizan mandi dan bersolat isyak. Dia sempat mengaji untuk arwah ayah. Biarlah ayah tenang di sana. Itu sahaja yang mampu aku buat untuk menebus segala dosaku padanya. Air mata Zizan mengalir tanpa siapa yang tahu.





Mata Izz Izati bengkak akibat terlalu banyak menangis. Dia benar-benar sedih dengan berita kehilangan Encik Azlan. Terlalu awal ayah pergi. Aku benar-benar tidak dapat menerimanya. Aku tak bersedia lagi untuk hilang kasih sayang seorang ayah.

"Zati, sudah-sudahlah tu menangis. Tiap-tiap malam awak nangis."

"Biarlah saya nak nangis."

"Kita bersedih tak apa tapi kesihatan diri tu kena jaga. Yang pergi tetap pergi. Yang hidup ini kena teruskan kehidupan juga."

"Tengku, saya sedih. Kenapa ayah pergi terlalu awal sangat?"

"Semua ini ketentuan Allah. Kita kena terima." nasihat Tengku Zam Hairil. Kalau dulu dia berkahwin dengan Izz Izzati kerana mahu mendapat kasih sayang Encik Azlan, tetapi kini, lelaki itu sudah tiada lagi. Tinggallah Izz Izzati yang menjadi tanggungjawabnya sepanjang hayat. Dia kena menjaga isterinya sebaik mungkin.

"Entahlah..." Izz Izzati termenung. "Tengku, boleh saya peluk Tengku?" matanya merenung tepat ke wajah suami.

"Boleh..."

Izz Izzati memeluk suaminya sehingga dia tertidur.

Tengku Zam Hairil memangku tubuh Izz Izzati dan membawanya ke katilnya. Dulu dia pernah berkata, kalau Izz Izzati tidur merata tempat selain biliknya sendiri, dia akan membawa tubuh itu ke katil biliknya. Nasib la...

Dia merenung tajam wajah Izz Izzati. Isterinya itu benar-benar keletihan. Entah mengapa naluri lelakinya muncul. Dia ingin menyentuh bibir yang sentiasa petah berkata. Tetapi...

Feya....

Selagi ada Feya, aku tak nak orang lain. Aku tak nak! Tiba-tiba ada mesej masuk ke dalam telefon bimbitnya.



Aku sudah pulang ke Malaysia - Sam



Tengku Zam Hairil terkejut. Sam! Dia muncul semula dalam hidup aku? Tak mungkin! Tiba-tiba fikirannya bercelaru. Pantas dia keluar dari bilik dan cuba bertenang di ruang tamu.

Peristiwa yang pahit untuk di kenang kembali dalam fikirannya.

Izz Izati tersedar. Pelik bin ajaib. Aku ada atas katil Tengku Zam Hairil dan ditemani teddy bear kesayangannya? Betul ke ni? Atau aku bermimpi? Dia terus turun dari katil dan keluar dari bilik suaminya itu.

Sebaik sahaja dia keluar, dia ternampak Tengku Zam Hairil sedang termenung dengan suasana cahaya lampu yang suam-suam kuku itu.

"Tengku..." panggil Izz Izzati perlahan.

"Zati..."Tengku Zam Hairil terkejut. "Awalnya bangun..." Dia cuba menstabilkan emosi yang terganggu itu. Aku kena lupakan Sam untuk seketika.

"Awal bangun?" Izz Izzati rasa makin pelik. Dia melihat jam di dinding pukul 11 malam. Lepas solat mahgrib tadi, dia berbual seketika dengan Tengku Zam Hairil dan meminta lelaki itu memeluknya. Rasa selesa dan selamat dipeluk begitu lalu dia tertidur.

"Eh, dah lewat ni. Awak jangan tidur merata. Nanti saya angkut masuk bilik saya dan tak bagi awak lepas..." sengaja Tengku Zam Hairil membuat muka nakal. Sebenarnya dia sudah termalu pada Izz Izzati. Itulah pasal banyak sangat berangan.

"Saya pula yang kena... Saya tidur dalam pelukan Tengku je. Mana ada merata..." geram Izz Izzati.

"Dahlah. Saya nak tidur dulu." Tengku Zam Hairil terus masuk ke dalam biliknya.

Izz Izzati tersenyum. Dia segera bersihkan diri.

"Assalamualaikum mak."

"Waalaikumusalam..."

"Zati sampai pukul 7.30 tadi."

"Alhamdulillah..."

"Mak, marilah tinggalkan dengan Zati. Zati akan jaga mak." pujuk Izz Izzati. Sejak ayah meninggal dunia, itu sahaja pujukan yang dibuatnya.

"Mak selesa begini. Mak tak nak susahkan Zati. Kalaulah Zizan..." kata-kata Puan Zalimah terhenti. Rasa sebak di hati.

Izz Izzati faham. Seorang ibu pasti mengharapkan anak lelakinya yang menjaganya tetapi dengan perangai Ila begitu, tidak mungkin akan terjadi.

"Tinggal dengan Zati mak." Izz Izzati memujuk lagi.

"Zati, berapa kali mak nak cakap. Mak selesa tinggal kat kampung ni. Mak tak nak susahkan Zati. Zati dah kahwin. Sepatutnya fokus Zati pada suami, bukan pada mak." sedikit keras suara Puan Zalimah.

"Tapi mak, mak pun mak Zati. Zati nak jaga mak. Nak berbakti pada mak." air mata Izz Izzati mula mengalir.

"Sudahlah! Nanti mak call lagi. Salam..." Puan Zalimah tamatkan panggilan. Izz Izzati tersentak.

"Ya Allah, aku sedih dengan tindakan mak kepadaku. Dia tidak sayang pada aku ke? Aku sanggup buat apa saja untuknya. Aku korbankan segalanya. Kenapa dia masih tidak nampak pengorbananku? Dia anggap aku seperti kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Yang tidak berdikari. Aku harap dia nampak kesungguhan aku yang mahu menjaganya. Ayah dah tak ada. Aku tak ada sesiapa pun. Jadi, salahkah aku ingin berbakti padanya? Kenapa dia seperti mahu melarikan diri dari aku? Air mata Izz Izzati terusan mengalir.

Dia bukanlah seorang gadis yang kuat jika berkaitan dengan keluarganya. Air mata yang mengalir dilap perlahan. Dia perlukan kekuatan.

Izz Izzati rasa penat. Mungkin kerana banyak menangis. Jam sudah pukul 3 pagi. Lama juga aku menangis. Baik aku menaip cerita. Dah lama tak buat kerja tu.

Kebetulan dia malas mahu membuka laptop. Jadi, dia hanya menulis sebahagian idea yang ada dalam sebuah buku catatan.

Baru beberapa minit dia menulis tetapi matanya makin lama, makin mengantuk. Akhirnya dia terlena atas meja di ruang tamu. Kepalanya terus menindih buku catatan. Dia terus terlena dalam keadaan begitu.

Tengku Zam Hairil yang baru sahaja keluar dari bilik untuk minum air. Terkejut melihat isterinya itu.

Tidur kat sini pula isteri aku ni. Sakit kepala nanti, aku juga yang susah. Tengku Zam Hairil menghampiri isterinya. Entah mengapa dia tidak mahu mengejut isterinya dahulu.

Perlahan dia meletakkan kepalanya di sebelah kepala Izz Izzati. Merenung setiap genap wajah itu. Mata dan kening yang terbentuk cantik. Hidung sedikit mancung. Bibir yang menawan dan menggoda. Semuanya nampak sempurna di mata Tengku Zam Hairil.

Makin lama dia merenung isterinya, makin hampir wajahnya dengan Izz Izzati sehingga hidung mereka bersentuhan.

"Zati, awak ni cantik la. Boleh ke saya cakap macam tu pada awak?" Tengku Zam Hairil tertanya-tanya. Lantas dia berdiri dan menuju ke dapur. Minumlah dulu.

Selepas itu, dia kembali semula ke sisi Izz Izzati. Dia membaca catatan yang ditulis oleh isterinya.

"Jika aku mencintaimu, pasti aku akan setia padamu. Dan jika aku setia, pasti aku... Awat ayat ni tergantung..." Tengku Zam Hairil sengaja membacanya dengan kuat.

"Tengku..." Izz Izzati terkejut. Air liurnya hampir mengalir tadi. Ya Allah! Malunya! Tengku tengok aku tidur macam tu. Mana nak sorok muka ni...

"Zati, kenapa tidur sini? Macam dah tak ada katil ye? Kalau dah tak ada katil sangat, meh tidur dengan saya. Katil saya besar," usik Tengku Za Hairil.

"Tengku, saya tak ada niat nak tidur sini."

"Tak ada niat?"

"Ya, niat saya cuma nak terlelap je..." kata Izz Izzati yang pantas berdiri dan ingin berlari masuk ke dalam biliknya tetapi di sambar oleh tangan suaminya.

"Tengku..."

Tengku Zam Hairil hanya merenung lembut wajah isterinya.

Izz Izzati rasa terpukau dengan pandangan suaminya. Dia menelan liur. Disebabkan Tengku Zam Hairil tiada tanda-tanda mahu melepaskan tangannya lantas dia mengambil tindakan drastik dengan memijak sebelah kaki suaminya.

"Aduh Zati!!!!" jerit Tengku Zam Hairil. Dia mengosok-gosok kaki yang terasa sakit itu. Tiba-tiba ada senyuman bahagia yang terukir di bibirnya. Itulah penghiburku.

Izz Izzati dengan pantas menutup pintu biliknya. Entah mengapa hatinya berdebar hebat melihat renungan suaminya sebentar tadi. Jika Tengku tarik aku dalam pelukannya tadi, aku tak tahu la apa akan jadi pada kami malam ni. Ish! Janganlah sekarang!

Izz Izzati cepat-cepat menarik selimut dan tidur. Itu sahaja yang boleh dilakukannya buat masa ini.





P/s: hihihihi si Sam akan datang menghuruharakan hidup TZH kita ni hihihihi tunggu next bab.....

17 comments:

  1. Best kak... Cptlah sambung...

    ReplyDelete
  2. X SABAR NK BC THE NEXT CHAPTER. SY NK TAU SAPE TU SAM..

    ReplyDelete
  3. Tq sis ria.....terbaik

    ReplyDelete
  4. Sweetnya..cian abg jijan..penyabarnya dia..

    ReplyDelete
  5. jap......
    mamat rizqin ni nk rebut hati izz...
    xtau hukum ke meruntuhkan masjid???
    nangis xberlagu lah zam lps ni
    kalau dia tahu izz nk kena rebut..
    huhuhuhuhuh
    kenapa lah dia xbiarkan izz bahagia??
    seronok nk biar izz terseksa ke???
    bencinya kat rizqin ni!!!!!!!!!!
    biar lah...
    dah izz jodoh dengan org lain...
    ish =.="

    ya allah
    kesian zizan...
    kenapa lah ila sanggup buat mcm tu ye??
    dah la dia punca zizan xdapat tengok arwah ayah dia...
    kalau zizan tahu la pasal ni
    apa terjadi kat ila ye????
    hurmmmmmm....

    sam??
    feya???
    zam???
    apa kaitan ye dorang bertiga ni ek???
    kenapa zam jadi serabut bila dapat msj dari sam???
    adakah kebenaran akan terbongkar??
    adakah selepas sam muncul
    hati izz terluka????

    elok la sama2 nakal...
    sama2 suka menyakat..
    btw sweet la part zam tenung izz masa dia tidor atas meja tu...
    heheheheh

    awesome!!!!
    thumbs up kak (Y)
    heheheheh

    ReplyDelete
  6. (4)

    sibuk betullah rizqin ni.. izz dah mempunyai kehidupan yang bahagia. tak payahlah nak dikenang cinta pertama yang dah berlalu.. move on je la. tak payah nak dikejar cinta izz ni.. sampai mati pun takkan dapat punya sebab izz kan setia dengan TZH je... kesian zizan.. kenapalah ila ni tak sedar-sedar tentang kebaikan suami dia. zizan tu punyalah baik.. sweet je bila TZH tengok wajah izz waktu tidur..suka,suka,suka..siapa sam ni..janganlah ada niat nak meruntuhkan rumah tangga TZH dengan izz.. kak ria, nak lagi..:D

    ReplyDelete
  7. Feya ni idop lagi ke? Ingtkan dah arwah..hahahha.
    Sam spa pulak ni?

    Rizqin nak rebut zati? Ish.. Hak orang tu. Tak kan rizqin tergamak runtuhkan masjid orang. Cinta pertama dengam zati, kisah tu buat kenangan je la. Hehe...
    Ila ni memg buat pembaca nak lempang dia je kan. Haha... Aku macam nak bagi jentik kt dahi dia tu sebijik. Biar nirmal balik otak jahat dia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Upsss... Asyik lupa letak nombo je cheq ni. Hehehe...
      (9)

      Delete
  8. (13)
    tolonglah jangan kacau mereka, Arrin...
    please!
    what???
    dia nak rebut Zati??
    arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
    dtg lagi seorang pengacau..
    i will kill you, Muhammad Zarrin Rizqin!

    kesian Zizan...huhu...sedihnya...
    ila cikgu?
    what??
    unbelieveable!
    unexpectable!
    Zizan, janganlah beri muka sgt dgn si ila tu...

    sweetnya diaorang...
    siapa Feya ni???
    'selagi ada Feya, aku tak nak orang lain! tak nak!'
    sy puji sikap dia yg setia tp Zati tu isteri awak, Tengku...
    dia yg berhak ke atas awak
    bukannya Feya!
    tolonglah cuba lupakan Feya!
    bukan lupa sepenuhnya ttp sekadar mengutamakan isteri awak pun cukuplah...

    Ya Allah, ada lagi pengacau dtg!
    knp mesti serentak dgn Arrin???
    Sam, bukankh dia kawan TZH???
    kenangan pahit???
    apa dia???
    kesian dgn TZH...
    asyik kena ganggu je... =(

    Zati, janganlah sedih2..
    bukannya mak awak x sayang awak tp dia x nak susahkan awak...
    aik, pandai pula si TZH ni tergoda...
    ingatkan x pandai...haha..
    "Zati, awak ni cantik la. Boleh ke saya cakap macam tu pada awak?"
    comelnya dia!!!
    so sweet...

    kakak, nak lagi!!! x sabar dh ni!
    nak tahu siapa Feya?
    apa kenangan pahit TZH dgn Sam?
    apa yg Arrin akan buat?

    ReplyDelete
  9. (6)
    - amboi sesuka hati saja si rizqin tu nk rmpas zati.. ingat la skit zati tu dh jadi isteri org.. berdosa tu brcinta ngan isteri org. huhuu
    - tpi dik rasa dia bkan suka betoi kat zati, sbb dia mcm berdendam dngan zizan sbb halang hubungan depa waktu dulu...
    - si ila nie pon satu... bila la nk berubah.. ksian dekat zizan.. dh lah tngah bersedih dengan permergian ayah dia.. huhuu
    - tak sngka ila tu guru rupanya... hurm.. knape la prangai dia mcm tu.. huhuu
    - si feya blom terjawab nie muncul plak si sam... huhu siapa plak la sam nie...suspen nie.. ??? kak ria cpat smbung nk taw nie... hehe
    - dh la msalah dngn rizqin nie pon belom selesai mncul plak sam...... :(
    - ala bestnyer tido peluk teddy bear.... hehe
    - hurmm.. zati jngn la sedih.. bnyak kan sabar... huhuu tiap yg hidup msti pergi jgak kan.... :)
    - Ya Allah, semoga hubungan zati dngn tunku kekal berkekalan... dn tabah menghadapi msalah2 yg mereka akan hadapi...
    -msti comei kan zati tidur atas meja.. hehe.. suka sngguh tunku usik zati... hehe.. sweeet sngat... hihi
    - malu nyer tunku tngk zati tido dngan ad air liur basi.. huhuu
    *kak ria cpat smbung... tak sbar nk baca... nak taw siapa sam??? huhuu

    ReplyDelete
  10. 16
    adeh...ttg feya x lg tahu da muncul sam lak..byk btul psoalan dlm ctr nie taw..adeh.. ap2 pon..best...

    ReplyDelete
  11. (--10--)

    apa nie... nak runtuhkan masjid orang.. niat dah berdosa taw..belum buat..sah2 berdoasa.. Rizqin..ingat tuhan..jangan ikut nafsu.. Rizqin nie mesti nk balas dendam kat Zizan.. sbb Zizan jadi penghalang cinta kononnya kat Izz pada suatu ketika dahulu...

    Jatuh simpati ku keapda Zizan.. dengan peel isteri y subhanaAllah teruk..kematian ayahanda dan xsempat dia menunaikan ajat arwah ayahnya..Ibu lagi tabah dari anak anaknya.. tapi itu diluaran.. mesti hati ibu hanya Ibu yang tahu...tabahkanlah hati Ibu, Zizan, Izz dan juga Tengku Zam..

    Semoga jodoh dan masjid Izz dan Tengku kekal ke akhir hayat... berdoa..ala tomey tomey Izz tidur ngn ayer liur basi.. tidu kt mana2 pon boleh Izz nie..sampai Tengku ada sebelah x sedar...


    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah .. Tmat sudah baca .. Kak .m tlg smbung lg ea .. Best .. Best .. Suka .. Suka .. Sgt .. Sgt .. Sgt .. To je mmpu kita bgthu .. Hehehehehehe

    ReplyDelete
  13. Kak bila nk sambung... Menyepi lama sgt...

    ReplyDelete
  14. Aka ria, cpt sambung eh.. dh x sabar nie..
    siapa plak si sam nie.. ???

    ReplyDelete
  15. 5

    haih.. mcm2 lah si R tu.. (menyampah sampai malas nak tulis nama dia)

    setiap org yg sabar pasti ada ganjarannya.. sabar aje lah zizan.. ada hikmah tersembunyg disebalik kesulitan..

    kak ria, cite ni memang deabak!! best..

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi