Followers

Thursday 20 February 2014

8
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 24



Salam...berita baik...tak lama lagi novel HATI SUAMIKU gk AKAN diterbitkan...alhamdulillah..doakan semuanya berjalan dengan lancar...KDH bab 24..lepas ni bab last....nantikan...
Bab 24



Keesokan harinya, Tengku Zam Hairil dan Izz Izzati mengemas rumah. Al-maklumlah ada tetamu mahu datang.

Izz Izzati pula tiap kali bertembung dengan Tengku Zam Hairil mesti mengelak. Mereka sudah bersama dalam erti lain semalam tetapi perasaan masing-masing belum diluahkan.

Tengku Zam Hairil baru selesai bersihkan halaman rumah. Badannya terasa penat tetapi penatnya hilang sebaik sahaja melihat wajah isterinya.

“Zati...” Tengku Zam Hairil menyambar lengan Izz Izzati yang seperti mahu melarikan diri daripadanya. “Nak ke mana?”

“Zati nak ke dapur,” jawab Izz Izzati. Sikit pun dia tidak memandang wajah suaminya.

Nak ke dapur ye... Tengku Zam Hairil geram.

“Zati, kalau dah benci sangat dengan saya, cakap je la. Saya tak suka awak seperti mahu melarikan diri dari berjumpa dengan saya. Kita satu rumah. Mana mungkin tak bersua muka.” Tengku Zam Hairil berjauh hati.

“Atau pasal semalam awak marah pada saya?” duganya lagi.

Automatik merona merah wajah Izz Izzati. Dia menelan liur. Malunya.

“Kalau pasal semalam, saya rasa kita tak buat salah pun. Saya suami awak, Zati. Hati saya terusik tiap kali melihat awak,” jujur Tengku Zam Hairil.

“Tak... Bukan pasal semalam...” Gagap Izz Izzati dibuatnya.

“Jadi pasal apa?” Tengku Zam Hairil masih mahukan jawapan dari isterinya.

“Pasal mak datang. Eh, siapa akan ambil mak kat perhentian bas?” soal Izz Izzati. “Rasanya mak dah sampai waktu ni...”

“Ya Allah! Saya patutnya telefon mak...” Tengku Zam Hairil menepuk dahinya. Dia mahu menghubungi Puan Zalimah.

“Assalamualaikum...” Suara perempuan memberi salam.

“Waalaikumusalam...” jawab Izz Izzati. “Mak!” terkejutnya. “Tengku, mak dah sampai rumah dah!” jeritnya kuat.

“Mak...” pantas tangan Puan Zalimah di salam oleh Tengku Zam Hairil. “Kenapa mak tak call Zam ambil mak?” Dia mengambil beg pakaian di tangan tua itu.

“Betul tu mak. Biar Tengku yang ambil mak.” Izz Izzati memeluk Puan Zalimah.

“Tak apa. Bukannya susah pun. Ambil je teksi, tunjuk alamat dan sampai.” Puan Zalimah tersenyum. Hampir dua minggu Encik Azlan pergi.

“Memang tak susah mak tapi kalau Zam dapat ambil mak, Zam lebih rasa senang hati. Tambahan pula Zam yang minta mak datang sini.” Tengku Zam Hairil rasa bersalah.

Izz Izzati rasa cemburu dengan hubungan Tengku Zam Hairil dengan Puan Zalimah. Aku pujuk mak datang, marah yang aku dapat. Tapi bila si Tengku ni pujuk, senang je datang.

“Mak datang sekejap je Zam. Tiga hari dua malam je...” kata Puan Zalimah. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.

“Kalau mak rasa okey, Zam tak dapat nak kata apa...” Tengku Zam Hairil tersenyum. Rasa senang hati dapat melihat Puan Zalimah di rumahnya.

“Tapi Zati nak kata sesuatu...” Serius suara Izz Izzati.

“Nak kata apa ni, Zati?” Puan Zalimah menanti dengan sabar.

“Nak kata... Terima kasih mak! Terima kasih sudi datang rumah Zati...” Entah mengapa hatinya sensitif. Rasa gembira dalam kesedihan.

“Kenapa muka macam nak menangis ni? Dah! Zati kan dah jadi seorang isteri, jadi jangan nak manja sangat.” Puan Zalimah menarik pipi anak perempuannya itu.

Tengku Zam Hairil hanya mampu melihat sahaja. Rindunya dia pada Puan Faridah. Apa khabar mama aku? Nanti anak mama akan pergi melawat mama ye? Tunggu Zam ye mama...

“Zam, diam pula dia...” Puan Zalimah menegur menantunya pula.

“Tak la. Suka tengok mak dan Zati akrab macam tu.” Tengku Zam Hairil tersenyum.

“Zam, mak doakan, Zam dengan mama Zam akan bersatu suatu hari nanti. Sabar ye nak. Jangan bersedih.” Puan Zalimah menepuk belakang Tengku Zam Hairil.

“Dahlah mak... Tengku... Biar mak rehat dulu. Mari Zati tunjuk bilik mak,” Izz Izzati menarik tangan Puan Zalimah ke biliknya. Tapi itu dulu.

“Mak rehat dulu. Nanti dah siap makanan, kita makan sama-sama okey?” katanya lagi. Dia pun keluar setelah menyediakan sejadah dan telekung untuk kemudahan Puan Zalimah untuk bersembahyang. Kejap lagi azan fardu Zohor akan kedengaran.

“Mak suka bilik tu?” soal Tengku Zam Hairil apabila Izz Izzati masuk ke dalam bilik mereka. Ketika itu, dia sedang berbaring atas katil. Berhenti penat.

“Mak suka. Penat saya hias bilik tu tau.” Izz Izzati mengurut perlahan bahunya. Rasa lengguh pula belakang ini.

“Sayang penat ke?” perlahan tangan Tengku Zam Hairil mengusap belakang isterinya.

Izz Izzati terkejut. Lantas dia berdiri tegak. Dia rasa berdebar.

“Tengku, jangan nakal-nakal dengan saya. Nanti saya jatuh cinta pada Tengku. Tak terbalas cinta Tengku pada saya,” pesan Izz Izzati awal-awal.

“Betul juga...” Tengku Zam Hairil memeluk teddy bearnya itu. “Saya tak dapat lupakan Feya...”

“Feya? Siapa Feya?” hati Izz Izzati dipagut rasa cemburu. Nama perempuan mana yang meniti di bibir suami aku ni? Kang dah keluar ayat novel. Geramnya.

“Feya? Seseorang yang saya sayang...” makin erat Tengku Zam Hairil memeluk teddy bear tersebut. Dia teringat akan Feya.

“Saja nak buat saya cemburu...” Izz Izzati menarik muncung. Dia tidak memandang Tengku Zam Hairil langsung. Dia terus keluar dari bilik tersebut. Lebih baik aku sediakan makanan.

“Feya hanya dalam fantasiku tetapi Zati, realitiku. Kehidupanku. Aku sayangkan ke dua-dua perempuan ini.” Luah Tengku Zam Hairil. Izz Izzati tidak mendengarnya.

Mungkin jika Izz Izzati mendengarnya, pasti hatinya tidak akan berlaku salah faham ini.

Selepas solat Zohor, mereka bertiga menjamu selera. Hari ini Izz Izzati masak tom yam, telur dada, ayam goreng dan air sirap. Ringkas sahaja.

“Kalau Zam nak tahu, Zati ni tak pandai masak pun...” Puan Zalimah mula bercerita.

“Mak!” panggil manja Izz Izzati.

“Ye ke Mak?” Tengku Zam Hairil ketawa  kecil.

Sedapnya laki aku ketawakan aku. Kau tu kalau tak makan masakan aku, kebulur tau. Geram Izz Izzati dalam hati.

“Tapi hari ini Zati masak sedap. Memang dah layak jadi isteri yang pandai masak. Mak bangga dengan anak mak,” puji Puan Zalimah. Dia tidak sangka yang anak perempuannya pandai juga masak walaupun anaknya itu tidak selalu masuk dapur.

“Terima kasih mak...” rasa bangga pula Izz Izzati .

“Betul tu mak. Tiap kali Zam makan apa yang di masak oleh Zati, saya rasa macam kebulur. Kalau tak tambah berkali-kali memang tak sah.” Pujian Tengku Zam Hairil secara melampau.

“Overlah Tengku ni...” Izz Izzati benar-benar malu.

“Assalamualaikum...” Tiba-tiba ada orang memberi salam di luar rumah.

“Waalaikumusalam. Biar Zati tengok siapa datang...” Izz Izzati mahu berdiri.

“Tak payah. Biar saya yang tengok.” Tengku Zam Hairil berdiri dan menuju ke singki untuk membasuh tangan.

“Waalaikumusalam...” jawab Tengku Zam Hairil sambil  membuka pintu.

“Abang Zizan...” Tengku Zam Hairil sedikit terkejut. Tambahan pula, kehadiran Zizan bersama dua orang kanak-kanak yang comel.

Mereka bersalaman.

“Sayang, kenalkan ini pak su kamu. Pak su Zam. Zam, kenalkan ini anak abang. Safiyya dan Aiman. Safiyya dah nak dua tahun dan Aiman empat tahun.” Zizan memperkenalkan anak-anaknya untuk pertama kalinya pada Tengku Zam Hairil.

“Hai...” Tengku Zam Hairil cuba beramah mesra dengan anak-anak saudaranya itu.

Aiman dan Safiyya memandangnya dnegan pandangan yang pelik. Safiyya yang dalam dukungan Zizan berwajah masam sahaja dan Aiman yang sedang memandangnya sambil memeluk kaki ayahnya.

“Marilah makan abang. Mak pun ada...” ajak Tengku Zam Hairil apabila anak-anak kecil itu tidak memberi sebarang respons. Aku mana biasa dengan kanak-kanak. Janggal pula.

“Tahu. Zati ada bagitau. Itu pasal datang bawa anak-anak.” Mereka berdua berjalan ke dapur.

“Kak Ila?” soal Tengku Zam Hairil.

“Kak Ila kamu tu, ada kursus. Biasalah hari sabtu macam ni. Cikgu-cikgu memang banyak kursus.” Zizan tersenyum pahit.

“Oh!” Tengku Zam Hairil tersenyum tawar. “Jemput duduk abang...” jemputnya.

“Mak!” Pantas Zizan bersalam dengan Puan Zalimah.

“Zizan...” Puan Zalimah gembira dapat melihat wajah anak lelakinya.  Lepas rindunya. “Cucu-cucu opah pun datang.” Ceria benar wajahnya.

“Abang!” jerit Izz Izzati. Dai teruja melihat anak-anak buahnya yang comel-comel belaka.

“Ada orang histeria la...” gurau Zizan.

“Abang ni... Orang rindukan dia, boleh pula abang kata kita histeria...” geram Izz Izzati tetapi tidak pernah dia menyimpan rasa marah dalam hatinya.

Zizan tersenyum.

“Nanti la berbual. Sekarang kita makan dulu. Dah lapar perut ni.” Tengku Zam Hairil menyampuk. Dia sudah lapar.

Mereka makan penuh selera. Keluarga Izz Izzati memang suka makan tom yam. Tom yam itu sudah menjadi makanan tradisi keluarga mereka.

“Saya jarang makan tom yam tapi rasanya, saya nak makan lagi lain kali.” Tengku Zam Hairil berkata sambil memandang lembut isterinya.

“Makan Zam. Nanti lapar pula. Makan ye!” semangat Puan Zalimah menjemput Tengku Zam Hairil makan.

“Ya mak... Terima kasih.” Tengku Zam Hairil rasa bahagia dengan perhatian yang diberikan oleh Puan Zalimah.

Selepas makan, mereka berkumpul di ruang tamu. Melihat tingkah laku anak-anak yang lincah bermain.

“Aiman, main elok-elok dengan adik...” pesan Zizan.

Aiman memukul kepada Safiyya dengan kereta mainan yang dipegangnya. Aiman rasa geram pada adiknya itu.

“Aiman, jangan la pukul adik tu...” Zizan pula geram dengan anak lelakinya. Suka sangat pukul adiknya itu dengan permainan.

Tengku Zam Hairil menghampiri Aiman. Dia mengusap rambut anak kecil itu yang begitu nakal. Terasa seperti seseorang yang sentiasa dia inati. Dia tersenyum.

Aiman lari apabila ingin mengusap rambutnya. Dia berlari ke arah Izz Izzati. “Mak su...” itu sahaja yang pandai di sebutnya.

“Takut dengan pak Su ke?” Izz Izzati menjeling suaminya itu.

Kalau Aiman tak nak dengan aku, tak apa. Safiyya kan ada... Tengku Zam Hairil tidak kisah pun. Dia menghampiri Safiyya pula.

“Mak, nak dukung Safiyya, boleh tak?” pinta Tengku Zam Hairil. Dia teruja.

“Boleh Zam. Ambil la.” Puan Zalimah mengizinkan.

Tengku Zam Hairil mengakat tubuh Safiyya yang kecil itu dari riba Puan Zalimah. Anak kecil itu kelihatan sangat manja sekali. Dia benar-benar geram pip Safiyya yang gebu itu. Rasa mahu di tarik-tarik!

Izz Izzati tersenyum sendirian melihat wajah ceria Tengku Zam Hairil.

Sedang ralit Tengku Zam Hairil melayan telatah Safiyya yang mudah mesra dengannya, dia terkejut apabila tiba-tiba Aiman berlari ke arahnya.

Aiman tolak Safiyya yang duduk atas riba Tengku Zam Hairil dan dia duduk di situ.

“Aiman...” geram benar Zizan dengan anak lelakinya. Cemburu tidak habis. Dengan adik sendiri pun mahu cemburu. Mesti ikut perangai Ila ni. Cemburukan orang sampai anak pun dah mewarisi sikapnya.

Aiman pura-pura tidak mendengar panggilan Zizan.

“Tak apa abang Zizan...” Tengku Zam Hairil tidak kisah. Dia memeluk Aiman yang elok duduk di ribanya.

Izz Izzati memujuk Safiyya sambil mendukung anak kecil itu.

“Mari kat opah... Kasihan cucu opah ni.” Puan Zalimah memujuk Safiyya. Dia menyambut cucunya iru. Dicium beberapa kali kerana geram melihat wajah yang comel itu sedang menangis,

Tersenyum Izz Izzati melihat Puan Zalimah begitu. Hatinya terusik melihat wajah ceria Puan Zalimah. Sejak arwah ayah pergi, ini kali pertama dia melihat wajah itu ceria dan gembira. Hatinya cukup senang dengan apa yang berlaku.

Senyumannya terukir. Dia memandang Tengku Zam Hairil pula. Tersentak hatinya. Suaminya itu sedang melihat wajahnya. Hati berdebar tak terkawal.

Akhirnya senyuman diberikan untuk suaminya seikhlas hati.

Selepas solat Asar, Zizan meminta diri untuk pulang. Pukul enam petang dia kena ambil Ila di tempat kursusnya. Jadi dia kena pulang awak sikit.

“Aiman, salam opah. Salam pak su dan mak su...” arah Zizan. Aiman hany ikut. Hatinya sedih sebab dia suka tinggal di sini. Ramai yang sudi melayannya. Di rumah, ibu hanya tahu marah sahaja.

Aiman bersalaman dengan mereka semua. Safiyya pun turut sama meniru tingkah laku abangnya. Walaupun abangnya selalu memukulnya tetapi Safiyya bersabar sahaja. Dia sayang abangnya.

Zizan tersenyum.

“Mak, abang balik dulu. Nanti abang lawat mak lagi.” Zizan bersalam dengan Puan Zalimah. Dipeluk tubuh tua itu. Dikucup pipi kanan dan kirinya. “Adik, jaga mak elok-elok. Kalau ada apa-apa bagitau abang cepat-cepat.”

“Baiklah abang...” Izz Izzati pula bersalaman dengan Zizan. Dicium tangan lelaki itu.

“Zam, jaga mak dan Zati okey?”

“Okey abang...” Tengku Zam Hairil tersenyum. Itu semestinya.

“Adik, sedap pizza ni. Nanti abang tempah lagi dengan adik!” kata Zizan dari dalam kereta. Dia terus memandu meninggalkan perkarangan rumah Tengku Zam Hairil.

“Mak masuk berehat dulu. Penat melayan cucu.” Puan Zalimah berkata.

“Baiklah mak. Nanti makan malam siap, Zati panggil mak...” Izz Izzati membiarkan Puan Zalimah menuju ke bilik.

Tengku Zam Hairil duduk di buaian kecil yang berada di depan rumahnya.

“Zati, duduk sini kejap...” panggilnya.

“Ada apa Tengku?” soal Izz Izzati sambil duduk di sebelah suaminya.

Tengku Zam Hairil cepat-cepat memeluk bahu Izz Izzati. Sudah lama dia mahu melakukannya tetapi tidak kesempatan. Ramai tetamu pula yang datang.

Izz Izzati hanya membiarkan sahaja. Dia rasa bahagia. Dah dua kali aku bersama dia, tak akan aku tak rasa apa-apa... Mestilah aku rasa. Aku rasa sayang pada Tengku.

“Zati, jadi isteri saya selamanya ye?” pinta Tengku Zam Hairil. Sikit pun dia tidak memandang isterinya. Dia malu tetapi itu yang diharapkannya.

“Insya Allah. Saya akan terus di sisi Tengku selagi Tengku tak lepaskan saya.” Izz Izzati sengaja berkata seperti itu. Dah macam dialog dalam novel Cinta aku dan kau. Ditulis oleh Siti Rosmizah.

“Eh, kenapa saya nak lepaskan awak Zati?”

“Mana la sayang. Dahlah Tengku. Jom kita masuk. Saya nak kemas dapur yang bersepah. Buat pizza tadi tak sempat kemas. Lagi pun saya kena masak untuk makan malam pula.” Izz Izzati berdiri.

“Biar saya tolong...” tawar Tengku Zam Hairil. Dia juga berdiri.

“Eh, tak paya!” laju sahaja Izz Izzati pangkah. Dia menolak tubuh suaminya ke bilik. “Tengku rehat sahaja. Saya boleh buat.”

Izz Izzati keluar dari bilik. Dia meletakkan tangannya di dada. Debarannya di hati begitu kuat. Tak sanggup nak hadapi kalau Tengku tolong aku. Kes buat pizza tadi pun aku dah malu habis. Tak payah la!

Dia terus ke dapur.

8 comments:

  1. (6) Qaseh Allyea

    Wahhh sweetyer.... best sngt... tak sabar nk bca bab seterusnya...
    -amboi la zam dh mula nk mnja2 dngn zati.. sweet gitu... hihii
    - hurm, Zam tak habis2 lagi dengn feya dia... kesian zati.. msti cemburu abis nie... huhu
    -cayalah zati wat piza... msti sedap..
    -smoga hubungan zam dngn zati berkekalan....
    -ksian zizan msalah dia dngn ila belum selesai lagi..
    -Nakal betoi aiman.. suka pukul adikdia gna mainan....
    *kak ria smbung lagi... putri tak sabarnk baca.... msti best...hihii

    ReplyDelete
  2. (ay still malas nk cari no ay..)
    hehehhehehehe

    mcm mana zam pujuk mak mentua dia ek?
    sbb izz pernah pujuk tp marah yg dia dapat.
    kiranya zam ni mesti pakar pujuk-memujuk ni.
    alamatnya xdan nk merajuk la izz lepas ni?
    hurmmmmmm

    seronok tengok zam menyakat izz.
    tp yg xbestnya kenapa harus ada feya???
    kenapa dia asyik teringatkan feya??
    izz n feya ada kelebihan n kekurangan masing2
    xboleh ke zam lupakan feya.
    buka buku baru la zam..
    feya dah mati kot!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. (--10--)

    Manislaa dieorang ini.. kemas rumah sesama sampai Tengku terlupa nk pickup mak men kt stesen.. sempat lagi Tengku dok sakat Izz.. mesti merah2 muka Izz tanggung malu kes semalam..hahaha
    Alhamdulillah rasa macam happy family jer ila abang Zizan bawa zuriatnya, Aiman dan Safiyya bersama2. macam xde masalah jew..tapi pada dasarnya penuh dengan cabaran n dugaan life abang Zizan.. Aiman jeles ngn adik sebab adik anak kesayangn mama dia kot.. kan Aiman selalu tidur ngn abang Zizan kat ruang tamu so Aiman x nak laa orang lebih sayangkan Safiiyya.. kasihan Aiman, ulah mamanya dia juga y merasa sakit.. hidup berkasih kerana saling hormat menghormati dan saling tolong menolong..hope Izz dan Tengku akan stay hingga ke pintu surga..

    FEYA p jauh2 na... p jauh dari hidup mahupun ruang fikiran Tengku..

    ReplyDelete
  4. 9
    Waaa sweetnyeee tengku n zati ni comel.. Hehe
    Zati ni, comel je, tengku pulak dah mula nakal2 gitu haha
    Zati jadi teddy bear bergerak tengku kikiki

    '“Feya hanya dalam fantasiku tetapi Zati, realitiku. Kehidupanku. Aku sayangkan ke dua-dua perempuan ini.”
    Suka ayat yang ni, tapi tak suka makna ketamakan tengku dlm kata2 tu huhu

    Abang zizan.. Hihihi dia tak dtg dengan illa, kompem kursus tu helah je, abg zizan nak cover illa hiii




    ReplyDelete
  5. (16)

    alahai.... mkin sweet lak ctr nie...
    renungan tengku buat kan izzati x tntu arah da..hihihi...
    bahagia tgk famly izzati..tp ksian pda ank2 kcik tu... bila mak die lyan truk kn.. ksian mereka kan... xdpt kasih syg dr seorg mak...
    ctr nie mmg best

    ReplyDelete
  6. 5

    feya ku tunggu mu dtg..
    siapakah feya? huhuhu

    ReplyDelete
  7. (13)
    akak!!!! sweet gilerrr!!! sampai nak mengalir air mata saya!!!
    hahaha...Zati malu!
    Feya hanya fantasi???
    sy dh fikir lain plk ni...Feya kawan ilusi dia ke apa? Zati jeles! TZH cute!!! aarghhh!!!
    happy to see Zizan...long time no see...Aiman n Safiyya...nice name...kesian dkt dia org...Ila tahu marah2 je dkt dia org...suka Aiman! so cute! kuat cemburu plk tu...haha...mula2 x nak dgn TZH tiba2 plk nak,..haha...cute...manja...mcm TZH jgk..
    TZH jgn sedih2 ye..nanti kita pi jumpa mama sama2...haha...

    ReplyDelete
  8. (4)

    sweet aja dorang berdua ni.. Izz ni pun buat relax sudah.. Kesian TZH, dahlah kekurangan kasih sayang daripada family dia. Takpelah boleh menumpang kasih sayang keluarga izz.. Bilalah TZH nak bagitau siapa FEYA tu. anyways memang best la..:D

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi