Followers

Thursday 20 February 2014

13
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 25 (final update)





Bab akhir....lepas ni tak update dah..jadi tunggu dalam bentuk cetakan...manuskrip KDH hampir ke penghujung. jika ada rezeki, ia akan diterbitkan...insya allah...lepas ni nak fokus pada kau hak aku pula....mesti ramai yang tunggu kisah anak vampire ni hihihihi selamat membaca... PERTANDINGAN KOMEN KDH TAMAT PADA 28/2/2014...harap maklum!!!
Bab 25
Zizan memandu dengan laju tetapi penuh berhati-hati. Dia sudah lambat untuk ambil Ila di tempat kursus. Mujur Safiyya dan Aiman tertidur. Mungkin penat bermain tadi.
“Sorry...” Itu perkataan pertama yang diucapkan oleh Zizan. Dia rasa bersalah pula.
“Abang tahu tak? Dah lama saya tunggu. Abang ingat saya ni tunggul kayu?” Ila mula bercakap kasar pada Zizan.
Perasaan Zizan bergetar hebat. Tangannya menggigil menahan marah. Aku pantang betul perempuan tak pandai nak cakap elok-elok ni. Geramnya. Dia teringat akan pertemuan pertama mereka berdua.
“Zizan, terima kasih bantu saya tadi...” Wajah Ila merah kerana malu. Dia jarang bercakap dengan lelaki di dalam kelasnya.
“Tak apa. Pensyarah yang suruh aku tolong kau!” Zizan berkata. Dia sudah lama perhatian Ila. Ila seorang perempuan yang penuh dengan lemah lembut. Pakai tudung labuh. Memang menepati ciri-ciri perempuan idamannya.
Zizan, seorang pelajar yang pandai. Dia beranggap, bercinta semasa zaman persekolahan adalah perkara yang tidak bijak. Jadi, sebaik sahaja dia tamat pengajian di tingkatan enam dan dapat tawaran belajar di Universiti Malaya. Tetapi dia hanya sempat belajar di sekejap sahaja dan menyambung pelajaran di luar negara.
Selama dua bulan dia di situ, dia berkenalan dengan Ila. Di situ dia jatuh cinta buat pertama kali. Ila sangat baik dan menghormati Puan Zalimah sehinggalah mereka berkahwin.
Ketika itu, mereka sangat bahagia sehinggalah Aiman di lahirkan. Sikap Ila sedikit sebanyak sudah berubah. Sikapnya yang lemah lembut itu bertukar kasar.
Ila makin menjadi perangainya.
“Abang dengar tak saya cakap apa?!” marah Ila. Sakit hatinya melihat suaminya termenung. Ingatkan apa dia sendiri tidak pasti.
Zizan terkejut dengan suara Ila yang kuat.
“Ila ni.. Kan anak-anak tengah tidur. Cakap tu cuba perlahan sikit.” Zizan meneruskan pemanduannya.
“Saya tak peduli. Abang, kalau dah pergi jumpa keluarga abang, abang berubah.” Ila masih tidak berpuas hati dengan sikap Zizan.
“Berubah apanya? Abang pergi jumpa Zati je.” Zizan mula sembunyikan perkara sebenar. Kalau Ila tahu mak ada kat rumah Zati, pasti dia jadi gila. Tak betul! Bukan aku tak tahu, dia benci gila kat mak aku...
“Zati? Zati tak apa. Kalau saya tahu abang jumpa mak abang, saya nak abang hantar jumpa mak saya juga.” Ila cuba bertenang. Dia memberi amaran kepada Zizan.
“Ila, Ila tak boleh nak samakan mak abang dengan mak Ila. Mak Ila tu jauh rumahnya. Mak abang dekat. Jadi tak salah abang nak jumpa mak abang...”
“Tak boleh!” tegas Ila.
“Ila, abang tak faham dengan Ila ni. Ila nak samakan pangkat abang sebagai seorang suami dengan pangkat seorang isteri. Mana boleh macam tu... abang...” Belum sempat Zizan menghabiskan kata-katanya, Ila berkata dulu.
“Boleh... Tak salah pun. Saya dan abang sama je.” Ila tetap dengan apa yang dikatakan.
“Abang ni ketua keluarga. Isteri patutnya taat pada suami. Mendengar kata-kata suami selagi itu tidak melanggar syariat Islam...” Zizan tetap dengan pendapatnya.
“Sekarang zaman moden abang, suami isteri sama je pangkatnya. Dah! Saya tak nak cakap pasal ni. Kang tak pasal-pasal ada yang dikatakan derhaka pula.” Ila terus diam. Dia pejamkan mata.
Zizan hanya mampu gelengkan kepala.
Sebelum tiba di rumah, mereka singgah di kedai makan. Seperti biasa, Ila tidak memasak untuk makan malam. Jadi terpaksalah  dia beli dikedai. Rambut dia pun sudah banyak uban. Mungkin disebabkan beberapa faktor. Pertama dia seorang jenis yang kuat berfikir. Dan faktor ke dua, selalu makan di luar.
Puan Zalimah selalu ajarnya jangan makan di luar. Selagi boleh masak, masak! Di kedai kebanyakkan masakannya di masukkan Hajinamoto banyak. Bagi Puan Zalimah, makan Hajinamoto hanya membuat kepalanya pening di usia tua begini.
Memang sejak kecil Puan Zalimah jarang membawa anak-anak makan di kedai kecuali menyambut hari lahirnya atau sesuatu kejayaan dalam keluarganya.
Aku? Aku memang tak suka makan kat luar. Bukan sedap mana pun masak. Harap mahal sahaja. Ingatkan bila aku kahwin, dapatlah kekal makan di rumah tetap acap kali makan kat luar. Sekali makan di kedai habis tiga puluh ringgit Malaysia. Kalau dua kali sehari makan di kedai? Aku dah menggunakan enam puluh ringgit sekali. Kalau sebulan?
Otak Zizan ligat mengiranya.
Apa! Seribu lapan ratus. Hanya untuk makan. Itu pun kalau makan tiap-tiap hari.
Zizan agak terkejut dengan pengiraan duit belanja makannya. Nasib kaulah dapat isteri yang tak pandai berjimat ni...
Baru-baru ini Zizan mendapat tahu yang Ila membeli Tab keluaran China tanpa pengetahuannya.
“Tab siapa ni?” soal Zizan.
“Ila beli, abang... Cikgu-cikgu kat sekolah tu semua beli. Elok je...” Ceria sahaja wajah Ila.
Zizan mengeluh.  Kalau barang dari China  terutamanya barang elektronik  ni, tak payah la nak cakap elok. Dalam mimpi boleh lah!
“Kenapa ni abang?” Ila mula rasa tidak seronok kerana suaminya tidak gembira.
“Ila tahu ke barang ni dari China?” soal Zizan yang menahan geram. Kalau murah aku tak kisah sangat. Ini seribu lima ratus. Dia ingat cari duit ni macam beli air kat kedai?
“Tahu...”
“Ikut Ila la...” Mulanya Zizan tidak mahu mengambil tahu tapi selepas tiga hari penggunaanya. Tab itu rosak. Mungkin sebab lain rosak di sebabkan keganasan anak lelakinya mengunakan Tab.
“Abang, Tab Ila dah rosak. Boleh baiki tak?” Wajah Ila sedih. Zizan hanya mampu menggelengkan kepala. Awatlah otak bini aku ni lambat betul fikirannya. Kata cikgu tapi ini cikgu duduk bawah tempurung kot.
“Nak baiki apanya? Barang China, baiki kat China la...” geram Zizan. Masih mengharap mahu membaikinya.
“Abang ni kenapa?” Ila mula melenting. Aku cakap baik-baik, kau nak sindir-sindir aku pula.
“Abang kenapa? Abang okey je. Petang ni kita keluar. Abang tunjuk kalau nak beli Tab yang elok...” Zizan terus bangun dan meninggalkan Ila di situ.
Petang itu...
Mereka berdua menuju ke satu kedai yang menjual telefon bimbit. Dia kena ajar Ila cara membeli benda seperti itu.
“Abang nasihatkan, kalau sebut aje barang China, tak usah nak berangan beli. Mesti cepat rosak. Ini baru tab yang elok. Ada semuanya. Terjamin. Harga pun tetap RM1500...” jelas Zizan.
“Kalau macam tu, Ila nak beli yang ini la..” Ila rasa betul cakap Zizan. Beli di kedai lebih baik.
Zizan mengeluh. Dia yakin yang Ila tidak dapat apa yang diingin sampaikan. Pertama, aku nak dia beli sesuatu barang tu, bincang dengan aku dulu. Bukannya main beli. Kalau kena tipu,menyesal tak sudah. Kedua, kalau sebut barang dari China, produknya memang murah dan paternnya sama dengan yang original tetapi masih ada kelemahan walaupun harganya lebih murah. Kita bukan kaya sangat untuk beli benda yang sama.
“Ikut suka hati awak la, Ila...” Tiada apa lagi mahu dikatakan. Buat masa ini Ila seorang yang kaya. Al-maklumlah dia sudah membuat pinjaman sebanyak RM100 ribu baru-baru ini untuk tujuan membeli rumah tetapi kosong sahaja.
Akhirnya Ila membelinya dengan harga RM1500.
“Lain kali kalau nak beli barang, tanya abang dulu. Kan senang. Tak kena tipu lagi...” pesan Zizan lagi.
“Okey...” Ila masih dengan Tab barunya.
Macam budak-budak! Itu yang buat aku tak sanggup nak tinggalkan dia. Jaga diri sendiri pun tak mampu.
Ila tersenyum. Ye lah, barang dari China jangan beli, okey?
Ila rasa senang hati. Hari ini hubungan mereka baik. Tiada pergaduhan. Tidak tahulah esok lusa. Mngkin perselisihan akan berlaku lagi.
“Abang, dah lampu hijau la!” tegur Ila.
Zizan tersedar daripada teringat peristiwa beli Tab itu. Pantas dia menekan minyak dan pulang ke rumah.
Malam itu Ila berfikir sejenak.
“Kenapalah aku benci sangat pada mak mertua aku tu? Awal perkahwinan aku dulu, elok sahaja aku tinggal bersama mak mertua aku tu...”
“Elok ke? Kau tak sukakan?” Ada suara hati yang muncul dengan niat jahat.
“Kenapa aku tak suka pula?” Ila tertanya-tanya.
“Mestilah kau tak suka. Kalau kau duduk di rumah mak mertua, kau kena tunjuk yang kau ni menantu yang rajin mengemas rumah, rajin memaksa dan boleh bersabar dengan semua karenah orang lain. Kau bukan macam tu...” Suara hati itu berkata lagi.
“Betul tu! Aku tak suka duduk kat rumah itu. Aku ni bukan rajin sangat tapi bila aku duudk sana, aku kena jadi rajin. Aku benci orang tua tu!”
“Tapi mak mertua kau tak pernah paksa kau buat semua itu...” Ada suara hati yang lain pula muncul dengan niat baik.
“Maksud kau?” Ila keliru.
“Ada mak mertua kau paksa kau masak? Mengemas rumah atau suruh kau buat ini dan itu? Ada ke? Tak ada kan? Kau sendiri yang nak buat. Tak ada orang suruh pun...”
“Diamlah kau!”
“Mak mertua kau tu baik. Dia sayang kau. Tapi kau musnah kepercayaan dia pada kau.”
“Aku kata diam!”
“Kau tak payah dengar cakap dia. Kau tak salah pun. Kau memang pemalas. Jadi kenapa nak jadi rajin sebab mak mertua kau. Kau lebih bebas tinggal di rumah sendiri kan?”Suara hati yang jahat terusan menghasut.
“Ya. Betul! Aku dah tak perlu tunjuk aku rajin.” Ila tersenyum.
“Biarkan rumah bersepah. Tak payah kemas! Tak payah tunjuk kau ni rajin sembahyang...” Suara hati jahat ketawa.
“Ya betul... Aku malas nak sembahyang. Keluarga mak mertua aku tu pentingkan agama je. Kena sembahyang sahaja. Malas aku!” Ila bertambah benci pada Puan Zalimah.
“Tak payah sembahyang kalau hati tak ikhlas...”
“Aku memang tak ikhlas. Aku sembahyang pun hidup aku susah juga...”
Ila teringat sikapnya ketika dia tinggal di rumah Puan Farah. Adik-beradiknya selalu kena mengalah dengannya. Puan Farah juga lebih sayangkan Ila.
“Wei! Keluar dari bilik air ni! Aku nak mandi!” jerit Ila kasar. Dia bangun lewat. Pagi ini dia ada temujanji dengan kawannya di pekan.
“Kejap la Ila. Akak baru nak mandi!” jerit kakaknya dari dalam bilik air.
“Aku tak peduli! Kau keluar! Aku nak mandi!” Ila menjerit.
Kakaknya terpaksa mengalah.
Ila tersenyum. Dia suka orang patuh pada arahannya.
“Itu baju aku! Kenapa kau pakai!” marah Ila pada kakaknya yang kedua pula.
“Ila, ni baju akak. Ibu yang beli jubah ni...”Kakak Ila menegaskan.
“Hey! Jubah tu aku punya. Kau jangan pakai! Aku nak pakai sekarang juga. Kau nak bagi atau tak ni?” Ila marah.
“Ambillah!” Kakak kedua itu mengalah. Tiada guna bergaduh dengan Ila. Kalau dia mahukan A, maka akan dapat A dan begitulah seterusnya.
Ila bangga diri apabila semua orang mendengar katanya tetapi hatinya sakit apabila dia berkahwin dengan Zizan. Dia sangkakan dia mampu tundukkan lelaki itu untuk mendengar arahannya tetapi ternyata tidak. Lelaki itu terlalu keras.
Aku tidak akan biarkan dia arahkan aku sesuka hati. Tidak akan!
“Ila...” panggil Zizan dari tingkat bawah.
Tengok tu! Nak mengarah aku la tu. Ila pergi juga ke tingkat bawah.
“Ada apa?”
“Ila tolong masak air, Safiyya nak minum susu ni...” arah Zizan. Ketika itu, dia baru sahaja siap mandikan Aiman.
“Masak air pun nak suruh saya? Masak sendiri!” Ila malas.
“Abang cakap elok-elok ni. Masak air, abang nak buat susu untuk Safiyya ni...” Keras sedikit suara Zizan. Di sikat rambut Aiman dengan kemas.
“Hish!” Ila ke dapur dan menadah air di dalam jag elektrik. “Menyampah!”
“Terima kasih!” jerit Zizan apabila meihat Ila mula memanjat tangga ke tingkat atas.
Ya Allah, Kau lembutkan hati isteriku, Ila. Kau bukakanlah hatinya untuk mendekatkan diri pada-Mu. Kau berikan dia hidayah-Mu agar dia boleh menjadi isan yang lebih baik. Aku, suaminya tidak mampu mendidiknya dan hanya mampu berdoa. Aamiin...
Izz Izzati pernah bersolat bersama Ila. Zizan terkejut juga dengan cerita adiknya itu. Ketika itu mereka ke Bukit Merah. Agak jauh perjalanannya.
“Abang, adik tengok kak Ila solat salah je...” Izz Izzati berkata.
“Solat salah? Apa yang salahnya?” berkerut dahi Zizan.
“Yelah. Sepatutnya solat jamak dalam waktu maghrib ialah kita solat Maghrib tiga rakaat dan dua rakaat lagi untuk jamak solat Isyak...”
“So...”
“Kak Ila buat solat Maghrib dua rakaatn dan dua rakaat lagi untuk Isyak... Abang, kak Ila tahu ke solat jamak ni?” soal Ila. Disebabkan memikirkan rakaat kakak iparnya itu, dia sendiri tidak khusyuk dalam solat...
“Entahla...” Zizan terdiam. Memalukan sahaja. Pakai tudung labuh macam tu tapi yang asas pun tak tahu.
Ya Allah, aku tidak menghina orang yang memakai tudung labuh ini tetapi biarlah pakai apabila kita benar-benar bersedia dan ilmu penuh di dada.
Sekarang ini Ila sudah bertukar kepada tudung Fareeda. Memang tak sesuai dengan muka isterinya. Elok-elok pakai tudung bawal bidang 90, tukar pakai tudung kecil itu.
Aku bukan mahu mengutuk tapi aku sebagai suami, kurang senang dengan tudung tersebut. Pendek dan tidak menutup dada dengan sempurna. Lagi satu, mahal pula tu sehelai. Kalau berbadan kecil sedikit macam Puan Mawar sesuai sangat memakainya tetapi isteri aku ni keturunan badan besar. Jadi agak tak sesuai. Suruh beli yang labuh sikit, di Ila ni beli juga yang singkat. Puas juga aku menasihatinya tetapi tidak mahu mendengar. Dia mahu mengikut fesyen cikgu-cikgu di sekolah.
“Fesyen la sangat. Kat sekolah boleh ke cikgu pakai tudung macam tu?” Zizan mengeluh. Mahu nasihat pun payah.
“Apa yang abang membebel seorang diri tu. Mari makan. Ila dah hidang ni...” Mood Ila dalam keadaan baik. Hal ini kerana Zizan telah membeli makanan kegemarannya ialah ikan siakap tiga rasa.
“Okey...” Dia berdiri dan menuju ke meja makan. Itulah Ila, isteriku...

13 comments:

  1. Xupdate dah ke? Ala... Tp kau hak aku pun best gak hihi

    ReplyDelete
  2. (no still malas cari sorry kak ria)
    hehehehehehehehe

    **kenapa harus bab 25 jd bab terakhir??
    hahahahha
    soalan cari pasal.. :P

    awat yang ila jadi mcm ni??
    zizan lambat pun bukannya makan masa sejam dua..
    sat je pon
    itu pun nk melenting ke??
    ila.. ila apa nk jd xtau..
    tunggu la baran zizan dtg..
    menyesal xkesudah awak tu..
    huh!!!!

    bertuahnya dapat laki mcm zizan..
    banyak gila dia bersabar.
    still xbersyukur ye kau ila...
    kenapa la....

    disebabkan semua org takut dgn ila
    dia boleh buat perangai xsiap dia tu.
    huh...
    ila!!!!!!!!! (BENCI2) =.=

    ReplyDelete
  3. (6) Qaseh Allyea
    kan... kenapa la smpai bab 25 jer.... tak puas lagi membaca.. huhuu
    - haisy sakit pulak hati dengan perangai ila nie.. lambat sikit jer pon nk melenting.. dh la tuh siap bagi larangan zizan jumpa mak dia.. suka hati zizan la nk jumpa mak dia pon.. syurga dia dibawah tapak kaki ibu dia.. bkan bawah tapak kaki ila..
    - lpas tu suka buat keputusan tanpa bincang dengan zizan.. suka ikut kepala dia.. cepat percaya dengan rakan2 dia di sekolah.. org nk beli tab dri china dia pon nak beli.. lpas tu rosak menyusahkan zizan..
    - biar betoi ila nie.. bertudung tp perangai macam apa lagi.. rupanya selama nie belakon jer ila nie konon yer rajin , sopan santun lepas hormat org tua .. tp disebaliknya macam apa lagi.. huhu
    - ni lagi satu elok bertudung labuh.. suka hati jer nk tukar fesyen.. tanpa tnya pendapat zizan jgak..
    - tugas mandi, buat susu dan pernjagaan anak kan tugas ila.. knpa zizan pulak kena buat.. haisy ila nie..
    - ila nie memang ego lepas pentingkan diri.. dan sikap orang mesti kena ikot kehendak dia..
    - kesian zizan kena hadapi semua ini.. huhu
    * kak ria cepat siapkan mnuskip.. tak sabar nk peluk novel KDH.. huhuu

    ReplyDelete
  4. lame tak komen.. hehe, busy ngan exam. sorry kak ria! tak sangke ni yang last. jup jup, asal ila tu sengal sangat?! ish, ila sedarlah sikit zizan tuh dah banyak sangat berkorban ngan awak. ni tak, suke hati je pijak zizan.! kalau saye jdi zizan dah lame saye ceraikan dia.

    tapi proud on zizan jugak sebab dia sangat saba dengan ila.... nak kaweeeen ngan lelaki macam zizan. pastu pastu, ila ni memang bajet eh? ape yang orang ade semua die nak! akak sendiri pun dia pijak. daulat gile! kalau saye jadi akak die memang dah lame budak ni saye lemarkan pasu bunga. hahaha *evilaugh * going to miss zizan so muh after this. cepat-ii publish kak ria! :*

    ReplyDelete
  5. (16)
    kesian sgt dgn khidupan abg zizan..
    anak2 pon di abaikan aje..
    tahu ikut perangai nye aje..
    kadang2 ok..kadang2 x ok..
    pehhh.blh stress dpt istri camnie..
    tp kan klau ila tu hormat suami dan fmly zizan.. rase nye ila kn rase kbhagiaan yg pernah hilang dlu..
    tp tu lah sbb ego nye tggi benor..
    jd camtu lah.. hilang hormat pda org lain...hmm
    nak2 pda suami.. yg kan die dpt dosa bila buat aty suami trase dan kecewa...
    bhrap sgt ila kan brubah..
    dan abg zizan kan rase kasih syg seorg istri suatu ari nti yg da lame hilang...
    sedih2 bila tgk rumah tangga abg zizan...camtu kan
    alahai ... da xde smbung ek...
    sob3...
    suatu ari abg zizan

    ReplyDelete
  6. taip pakai hp ssh tol bila slh nk pdam... hrap pham lah... hihihi...
    btw mmg best bce.. byk rahsia yg trsmpn dlm ctr nie...
    harap citer nie kan top nti..

    *good luck ria*
    #qis nurraishah#

    ReplyDelete
  7. 9
    Illa ni melampau sgt jadik isteri.
    Hipokrit. Awal kahwin tu kira baik padal nak tunjuk n amik hati mak mertua la kan
    After kawin dah lama, perangai sebenar dah dtg. Macam hantu je huhuhu
    Kesian abg zizan. Makan hati berulam jantung hempedu la gamaknya hihi
    Dari bertudung lebuh ke tudung singkat: terbalik dunia illa ni muahahaha
    Kak ria... Tajuk Kebencian Dalam Hati. Tengku benci ke? Hihi
    Ke nantinya zati akan benci dengan tuu tuutt.. Adeshh, sorry sorry an mencarut hehe
    Akk.. Errr bagi la sebab lagi ke, buat zati yg comel n tengku yg nakal muahaha soklan nak mntak pelempang agaknya ni hihihi
    Goodluck akak, for HSGK n yg KDH, hope kdh cepat cetakkk hihihi

    ReplyDelete
  8. 5

    dah tamat? huhu..

    cite pasal ila.. hipo org mcm ila ni.. emm3..
    untung dapat laki penyabar mcm zizan ni.. heee

    harap cepatlah nvel ni keluar.. fighting kak ria! habiskan cepat ms ni.. huhu

    ReplyDelete
  9. (--10--)

    kasihan Abang Zizan dapat isteri macam tu..sabar laah bang sampai satu tahap abang Zizan hilang tahap kesabarannya tahulaa nasib ila nanti.. x sangka ila macam ini.. kalau dgn family sendiri peel dah teruk inikan pula dgn orang lain... lagi2 suam sendiri.. malunya..ini semua salah ibu ila manjakan dia.. so naik minyak laa ila nie.. jujur dari saya.. saya malu oo kalau ada cikgu peel macam ila nie. malu sesangat.. mak men ila x penah suruh dia buat apa2 pun tapi dia y paksa diri sendiri n at last dia x suka mak men dia..
    ila nie harap ja tudung rang 90 , mcm beragama tapi ZERO.. xtahu dosa pahala.. suami sampai mati , syurganya ada di bawah kakai ibunya, manakala isteri sampai mati syurganya ada di telapak kaki suaminya bukan ibu bapanya lagi.. then satu hal solat jamak pun salah.. x ikhlas.. subhana ALLAH.. ada tempat KHAS untuk ila if dia x berTAUBAT... ikut kan hati mahu jaa suruh abang Zizan ceraikan Ila nie.. tapi PENCERAIAN adalah perkara yang dibenci oleh Allah..

    Jika seorang suami disakiti atau di zalimi oleh isterinya, maka marahlah bidadari di syurga kepada isteri yang memarahi suaminya.- Ila take note this* Izz juga.. buat pedoman..
    Allah SWT ciptakan aturan yang juga sempurna dan luar biasa sampai pada aturan perkawinan- Ila & Zizan , Izz & Tengku Zam




    Semoga cepat publish ea,,,selamat kak Ria...


    my last comment for KDH ... waiting for book

    ReplyDelete
  10. yeayyyy!!! cerita anak vampire!!!
    (13)
    akak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    knp buat ni last punya???!!! huhu....sudah lh crt TZH x ada...
    kesian dkt Zizan...knp Ila berubah???!!!huhu...mula2 ok je..
    kak Aza!!!! dh x tau nak komen apa lg ni...
    really love it! i'm waiting for hsgk n kha!!!

    ReplyDelete
  11. (4)
    bila lah ila ni nak sedar yang mak mertua tu punyalah baik..ishishish.. kalau saya la jadi zizan , baik saya cari orang lain untuk dijadikan isteri. kalau perlu ceraikan aja ila tu.. tapi saya rasa zizan seorang yang penyabar. dia takkan buat keputusan di luar rasional dia kan. tapi takpelah zizan boleh memberi pengajaran kepada ila ni kan.. kak ria, saya doakan akak dapat terbitkan novel ni secepat yang mungkin..btw, sangat best..:D

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi