Followers

Saturday, 31 May 2014

5
Komen

KAU HAK AKU 13




SALAM...TAK SANGKA DAPAT SIAPKAN DALAM MASA YANG CEPAT TAPI STILL PENDEK JUGA...TAPI TERLALU BANYAK KEJUTAN TAPI PEMBACA TAK PAYAH TERKEJUT SANGAT TAPI KALAU NAK TERKEJUT PUN APA SALAHNYA HIHIH BERAPA BANYAK TAPI LA...SEMOGA TERHIBUR MEMBACANYA...
 
Mana minah ni? Dah nak berjanggut aku tunggu dia! Lambat atau dah lupa temujaji dia dengan aku? Aku tak sarapan pagi tadi semata-mata mahu makan sarapannya. Harap berbaloi.
Izz Irfan bersandar pada dinding pintu masuk ke syarikatnya. Menanti dengan penuh sabar.
“Maaf! Maaf!” Syazwina muncul dengan nafas yang tercunggap-cunggap. “Sorry! Aku tak sangka aku datang lambat macam ni sekali...” katanya.
“Tak sangka?” Izz Irfan mengulangi kata-kata yang menyakiti hatinya. “Kau lambat! Aku denda kau!”
“Ala, apa denda-denda ni! Aku dah siapkan kau sarapan pagi ni dengan penuh kasih sayang tau...” geram Syazwina. Bersungguh-sungguh dia buat sarapan itu. Kalau tidak kerana lelaki ini bakal suaminya, dia takkan buat punya.
Sejuk hati Izz Irfan mendengar perkataan ‘kasih sayang’. Macam perasaan cinta Wina pada aku, masuk ke dalam jiwa. Dia mahu tersenyum tetapi ditahan dulu.
“Mana sarapan yang penuh kasih sayang tu? Mana? Bekas makanan pun tak ada kau bawa...” Izz Irfan mula menyoalkan.
“Eh! Tertinggallah!” Syazwina tersengih.
“Tertinggal?! Tertinggal kat rumah ke? Kau ni memang cuai!” geram Izz Irfan. Perutnya lapar ni...
“Ha’ah!Tertinggal dalam kereta je.” Makin lebar senyuman Syazwina. Seronok dapat kenakan Izz Irfan.
“Wina!” geram Izz Irfan. Pagi hari sudah membuat dirinya amuk dan... dan... malu... “Kau pergi ambik bekas makanan tu sekarang juga! Aku nak ke tandas sekejap.”
Selepas Izz Irfan keluar dari tandas, dia menuju ke tempat kereta Syazwina. Gadis itu tunggu di dalam kereta.
“Kenapa kau tak tunggu kat lobi?” soal Izz Irfan lalu masuk ke dalam kereta bakal isterinya.
“Aku segan. Kau makan kat sini je la.” Syazwina menghulurkan bekas makanannya. “Makanlah!”
Perlahan Izz Irfan menyambut bekas makanan itu. Dia memandang wajah Syazwina. “Betul ke penuh kasih sayang ni?” soalnya untuk kepastian.
“Betullah!”
“Jadi kau sayang aku la?” soalan Izz Irfan berjaya memerangkap Syazwina.
Syazwina tidak keruan. “Aku...”
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Segera Syazwina menjawabnya salam yang diberi dihujung talian.
“Kastina, kenapa ni?”
Izz Irfan sempat menjeling Syazwina. Mana mungkin dia lupa pada minah lesbian itu. Dia suka pada Syazwina. Dia ingat aku tak nampak itu semua.
“Baiklah aku datang tempat kau nanti. Sekarang aku ada hal.”
“Siapa tu Wina?” Sengaja Izz Irfan bertanya.
“Kawan...” jawab selamba Syazwina.
“Okey...”
*****
 Kastina mencampakkan telefon bimbitnya di atas katil. Dia tidak suka Syazwina rapat dengan mana-mana lelaki. Jika itu yang terjadi, Syazwina pasti akan melupakannya.
“Aku akan pastikan Wina jadi hak aku! Aku tak nak dia lupakan aku macam lelaki yang tak guna tu. Aku tak akan lupa wajah dia!” geram Kastina.
Dia menanti Syazwina datang berjumpanya dengan sabar.
“Assalamualaikum....” Syazwina terus masuk ke dalam rumah.
“Waalaikumusalam. Wina. Datang pun kau. Lama aku tunggu.” Nada suara Kastina seperti mahu merajuk.
“Kau ni. Aku ada hal sikit...”
“Hal dengan lelaki. Kau ni... Kalau dengan lelaki pasti kau lupa pada aku. Sedih tau!”
Syazwina mengeluh. Kadang-kadang tidak larat dia mahu melayan sikap Kastina yang merajuk tidak kena tempat.
“Mana ada? Suara lelaki yang kau dengar tu, kawan lama kita la. Izz Irfan. Kau pasti kenal dengan pengawas kerek tu.”
Kastina terkejut. Lelaki tu? Dia buat apa dengan Wina? Aku tahu yang dia suka Wina. Tak kan cari Wina sampai sekarang. Kena bagi tahu dia ni...
“Izz Irfan? Yang mana satu?” Kastina berpura-pura tidak mengenali Izz Irfan.
“Ala, mamat yang selalu kacau kau...”
“Oh! Yang tu aku ingat! Dia memang suka kacau kau!” geram Kastina. Dia benar-benar benci lelaki itu.
“Lantaklah!” Syazwina tidak mahu lagi memikirkan tentang lelaki itu. Dia malu. Lebih baik aku fikir benda yang lebih berfaedah.
“Jangan marah! Aku ada kerja kosong untuk kau.”
“Sesuai ke dengan pendidikan aku?”
“Mestilah sesuai. Pembantu pegawai sumber manusia sebuah syarikat ni.” Kastina sudah merancang sesuatu. Dia yakin. Jika Syazwina bersama lelaki itu, pasti pergaduhan yang terjadi. Itu yang aku suka.
“Kalau sesuai, aku tak kisah.”
“Okey. Nanti aku call dia dan aku minta dia sendiri yang call kau.”
“Bereh! Thank kawan!” Syazwina tersenyum.
“Nak ucap terima kasih boleh tapi kau kena bagi aku pelukan.” Kastina berkata.
“Ya! Dah biasa peluk kau ni!”
Syazwina memeluk tubuh Kastina. Tanda dia berterima kasih pada sahabatnya itu.
Kastina tersenyum gembira. Pasti rancangannya berjalan dengan lancar.
*****
Izz Irfan tersenyum manis dalam pejabatnya. Dia rasa senang hati dapat makan sarapan yang dibuat oleh bakal isterinya itu.
Peristiwa pagi tadi berputar hebat dalam fikirannya.
“Apa yang kau masak ni?” soal Izz Irfan.
“Kau ni tak dapat nak teka ke apa tu? Itu namanya roti telur.” Geram Syazwina. Terang-terang ada telur dan roti. Namanya pasti roti telur.
“Okey. Aku nak tengok telur yang kau masak. Hangit atau sedang-sedang.” Izz Irfan mengangkat roti yang berada paling atas.
“Itu pun nak tengok juga ke?” Syazwina cemas. Mukanya mula merah kerana malu.
“Yelah!” serentak itu mata Izz Irfan nampak telur yang digoreng dalam bentuk hati. “Love? So sweet...” pujinya.
“Sweet ke?” Entah mengapa dia rasa malu. Eh! Kenapa aku perlu rasa malu pula? Aku suka dia ke?
“Sweetlah. Aku makan ye? Terima kasih...”
“Hoi!” jerkah seseorang.
“Adik!” terkejut Izz Irfan apabila ditegur kasar oleh Izz Isfan. Hilang terus kenangan pagi tadi. “Cuba tegur abang tu elok-elok sikit.” Geramnya.
“Nak elok macam mana. Banyak kali bagi salam tapi tak dijawabnya.”
“Yeke? Apa hal adik datang pejabat. Kejap lagi dah lunch ni.” Soal Izz Irfan.
“Abi minta kita makan bersama. Abi ada benda nak cakap. Pagi tadi abi call,” jelas Izz Isfan.
“Abi dah balik ke?”
“Ya. Dah balik pun...”
“Okey...”
Mereka berdua menuju ke restoran di mana Danish menanti dengan sabar.
“Abi..” Mereka berdua bersalaman dengan Danish.
“Duduk. Abi dah order makan. So, kita makan dulu!” Danish memberi arahan.
Izz Irfan dan Izz Isfan hanya mengikut sahaja.
“Irfan... Isfan...” panggil Danish. “Perkahwinan Irfan tidak akan berlaku...”
“Kenapa pula abi? Syazwina tu gadis yang baik.” Cemas Izz Irfan. Tiba-tiba abi tak bagi aku kahwin ni.
“Perkahwinan Irfan hanya akan berlaku jika Isfan juga berkahwin masa itu.” Tegas sekali suara Danish berkata.
“What?” Izz Irfan yang diamkan diri sejak tadi terkejut dengan kenyataan Danish. Aku kena kahwin juga.
“Abi bagi tempoh pada Isfan untuk mencari gadis yang Isfan suka dalam sebulan sahaja. Lepas tarikh tu, Isfan kena kahwin dengan perempuan pilihan Abi dan ummi.” Danish memandang anak lelakinya.
“Abi, kita bukannya berada di zaman dulu. Kena paksa kahwin macam ni...” bantah Izz Isfan.
“Adik...” tegur Izz Irfan.
“Abi, Isfan tak sedia lagi mahu jadi suami. Kalau boleh Isfan nak jadi suami macam Abi tapi buat masa ni Isfan tak ada ciri-ciri macam Abi. Rasa tak layak nak jadi suami.”
“Abi tak peduli. Abi nak Irfan dan Isfan kahwin pada hari sama.” Danish berdiri tegak.
“Abi nak ke mana?” soal Izz Irfan apabila melihat ayahnya berdiri.
“Nak pergi jumpa ummi kamu tu. Entah barang apa yang dibelinya.” Danish tersenyum.
“Abi...” jelas sekali wajah Izz Isfan kecewa.
“Adik jangan la sedih. Nak abang carikan calon tak?” Izz Irfan cuba memujuk adiknya itu.
“Boleh juga tapi ciri-ciri perempuan yang adik suka ni pelik sikit...” takut-takut Izz Isfan berkata.
“Apa yang peliknya? Matanya empat ke?” Izz Irfan cuba menceriakan sedikit suasana.
“Tak la... Adik suka perempuan yang...” Izz Isfan panjangkan nadanya.

Friday, 30 May 2014

6
Komen

KAU HAK AKU 12






SALAM...DAH LAMA TAK UPDATE CITER NI...JANGAN RISAU, ENOVEL NI AKAN CUBA DI SIAPKAN JUGA DALAM TAHUN INI...HARAP PEMINAT NOVEL INI HARAP BERSABAR MENANTINYA..PASTI MENARIK JALAN CERITANYA... SELAMAT MEMBACANYA....
 
Izz Irfan, Izz Isfan dan Wafa pulang ke rumah. Izz Irfan tidak dapat memandu kerana perutnya terasa sakit. Ada sesuatu yang berlaku antara dirinya dengan Syazwina.
Izz Isfan terus keluar sebaik sahaja mereka berdua selamat masuk ke dalam rumah. Dia memandu laju menuju ke satu tempat. Dia sepatutnya ada temujanji dengan Datin Damia pada pukul 10 malam tetapi sekarang sudah jam 10, dia masih belum tiba di rumah Datin Damia.
“Is, lambat!” Datin Damia mengeraskan suaranya.
“Minta ampun mama Mia. Minta ampun!” rayu Izz Isfan dengan tanganya dirapat antara satu sama lain sambil melutut.
“Janji Melayu memang macam ni ye!” geram Datin Damia yang merupakan adik kepada ayah Izz Isfan. Dia menarik telinga anak saudaranya itu.
“Mia oi! Anak vampire tu. Sayang jangan tarik macam tu. Putus telinga Is tu macam mana?” tegur suami Datin Damia iaitu Dato Haris.
“Papa Haris, tolong Is!” rayu Izz Isfan. Dia cuba lepaskan diri tetapi tidak berjaya.
“Mama ni siapa?” tiba-tiba muncul seorang gadis.
“Mama Mia ni siapa?” Izz Isfan juga terpegun dengan kehadiran seorang gadis yang ayu bertudung dan berbaju kurung.
Datin Damia rasa geram dengan sikap anak saudaranya yang pantang tengok perempuan. Mesti terkaku dulu.
“Is, jangan nak kacau anak angkat mama. Mama belasah kang!”
“Ala, mama. Is lambat setengah jam je. Mama dah mengamuk dan tak nak kenalkan Is pada gadis ayu ini...” mata Izz Isfan masih pada gadis yang belum di kenali itu.
“Mia, sudahlah tu! Mari masuk Is. Projek kita jangan dilupakan pula. Hari ahad ni dah kena ready semuanya.” Dato Haris menarik tangan Izz Isfan dan mereka semua masuk ke dalam rumah.
“Papa, beres semuanya! Kalau bab jadi model ni, Is la orang paling berbakat!” penuh bangga dia berkata.
“Model sabun cuci jamban sesuai la.” Geram Datin Damia masih belum hilang lagi.
“Mia...” Dato Haris memanggil.
“Okey! Okey! Kenapa Is datang lambat tadi?” soalnya.
“Is lupa yang abang ada temujanji makan bersama keluarga tunangnya. Is benar-benar lupa. Is minta maaf pada mama dan papa,” pohon Izz Isfan.
“Tunang Irfan ke? Kenapa tak ajak mama. Kan ummi Is tak ada. Boleh mama jadi wakil ummi Is.” Cepat sahaja mood Datin Damia berubah. Jika berkaitan dengan Izz Irfan, memang jadi baik sangat. Izz Isfan pun tak faham.
“Mulalah tu mama  nak mengedik. Dengan anak saudara pun mahu mengedik...” menyampah pula Izz Isfan rasa.
“Biarlah!” Datin Damia memang begitu.
Mereka terus membincangkan perkara untuk hari ahad sehingga lewat malam.
*******
Izz Irfan meneguk air. Rasa dahaganya hilang. Sejak balik dari rumah Syazwina, jiwanya tidak tenang. Ada sahaja perkara yang dibuat oleh Syazwina tergambar diruang fikirannya. Sentiasa mencuit hatinya yang benar-benar merindui si cinta itu.
Dia teringat peristiwa di bersama Syazwina sebelum dirinya pulang.
“Irfan, saya minta maaf pasal tumpahkan air tu. Memang saya tak sengaja. Jangan pula awak ingat saya sengaja. Memang tak ada niat pun.” Bersungguh-sungguh Syazwina menjelaskan pada Izz Irfan.
Izz Irfan hanya tersenyum nakal. Dia mahu mengusik Syazwina.
“Aku akan maafkan kau kalau kau belikan aku baju yang baru.” Perlahan sahaja ayat itu terkeluar dari mulut Izz Irfan.
Syazwina menelan liur.
“Maksud kau...” Syazwina juga berbisik suaranya. Bimbang ayahnya dengar. Kes naya pula bercakap kasar dengan bakal menantu kesayangan.
Hampir meletus ketawa Izz Irfan melihat riak wajah Syazwina.
“Maksud aku, kau fikir sendiri. Aku nak balik! Dah lewat malam.” Dia tersenyum. “Lagi satu, rambut kau terkeluar. Dah lama aku nak tegur tapi tak berkesempatan. Jaga aurat kau ye...”
Izz Irfan terus masuk ke dalam kereta selepas bersalaman dengn ibu bapa Syazwina.
Tak pasal-pasal aku sakut perut gara-gara malu dengan Syazwina. Izz Irfan memegang perutnya. Memulas sahaja.
“Teringat pun dah mampu buat aku malu. Oh, Syazwina! Kau buat aku gila. Aku akan pastikan kau jadi hak aku!”
Dia segera ke biliknya. Berbaring atas katil yang besar itu. “Lepas ni aku ada teman tidur. Seronoknya.” Tersenyum lebar dibuatnya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“Syazwina?” Dahi Izz Irfan berkerut.
“Hello..” jawabnya.
“Oi, Irfan! Kau tak boleh tidur selagi kau tak bagitau aku maksud ayat kau tadi.” Terus Syazwina berkata. Dia tak suka sikap Izz Irfan yang suka membuat otaknya berfikir yang bukan-bukan.
Sejak Izz Irfan pulang tadi, dia tidak senang duduk. Dia mesti akan terfikir apa yang ada dalam kepala otak bakal suaminya ini.
“Cubalah bukak sikit minda kau tu. Semua nak aku beritahu...” serius Izz Irfan. Dia menahan tawa.
“Minda ke benda. Soalan kau bagi ni bukan untuk menguji tahap minda aku... tapi menguji tahap kesabaran aku yang dah naik ke level terakhir. Tahu tak?” geram Syazwina. Dia mengurut dadanya. Geram punya pasal.
Gara-gara ayat kau yang tak tahu apa maksudnya, aku tak boleh tidur. Ish! Menyampah betul la macam ni! Cuba guna bahasa mudah sikit. Tahulah bekas pelajar luar negara tapi janganlah menggunakan ayat yang orang tak faham. Bebel Syazwina dalam hati.
Izz Irfan pula mahu ketawa mendengarnya. Syazwina benar-benar mencuit hatinya. Comel!
“Kesabaran? Kesabaran  satu dugaan...”
Dia bagi aku ceramah motivasi pula dah. Aku Cuma nak tahu apa maksudnya. Syazwina kegeraman.
“Ya saya tahu Pak Ustaz...”
“Macam ni la. Esok pagi kau buat sarapan dan hantar kat pejabat aku. Aku akan jelaskan semuanya. Jangan lambat. Jam 8pagi kau mesti terpacak depan pejabat aku. Nanti aku bagi alamatnya. Okey. Selamat malam sayang...” Izz Irfan berkata dengan manjanya ayat terakhir itu.
“Sayang?” membulat mata Syazwina.
“Terima kasih berikan aku kenangan yang indah tadi. Kau nampak manis macam buah kurma. Manis semula jadi. Okeylah Assalamualaikum...” puji Izz Irfan dan menamatkan panggilan. Sejurus itu, dia terus berlari ke tandas.
Syazwina pula tersentak dan kaku. Talian sudah lama terputus.
“Kau nampak manis macam buah kurma. Manis semula jadi.” Kata-kata Irfan bergema di telinganya.
“Manis macam buah kurma?” Syazwina menggelengkan kepala. Entah mana dia dapat bayangan macam tu.
“Lupa pula! Esok aku kena buat sarapan. Serbu ibu!” Segera dia berlari ke bilik Encik Zul dan Puan Azzah.
“Ibu!” selamba badak Syazwina membuka pintu bilik ibu bapanya.
Seketika dia ternampak adengan yang tidak sepatutnya. Ibu dan bapanya sedang berkasih sayang...
“Alamak!” pintu sudah lama ditutup kembali.
“Wina, kenapa ni?” cemas sedikit suara Puan Azzah. Mesti abang marah aku nanti. Air mukanya dah boleh agak.
“Ibu, esok ibu masak sarapan apa?” soal Syazwina cepat-cepat. Dia mahu selesaikan masalahnya dengan segera.
“Ayah kamu nak makan mee goreng daging. Kenapanya?” geram pula Puan Azzah rasa. Datang biliknya semata-mata mahu tanya pasal sarapan pagi esok. Geram sungguh!
“Mee goreng daging ibu masak memang meletup. Bolehlah!” Syazwina menarik nafas lega. “Terima kasih ibu!” lantas tangannya membuka pintu bilik itu.
Kelihatan Encik Zul sedang duduk dibirai katil. Mungkin menunggu Puan Azzah.
“Ayah, Wina minta maaf!” Dia terus menutup pintu itu apabila melihat jelingan maut Encik Zul.
“Tidur tu baca doa tau...” Pesan Puan Azzah. Selepas itu dia masuk ke bilik suaminya. “Abang marah!”
“Ini yang saya malas tau...” Nada suara Encik Zul berubah. Depan anak-anak bukan main tegas.
“Malas apanya?”
“Malas la! Kalau anak awak tu kahwin cepat-cepat, tak la ada gangguan.” Encik Zul mengadu.
“Abang ni, dah tua pun bersemangat macam orang muda.” Puan Azzah ketawa kecil. Itu pasal selama ini Encik Zul tegas padanya, dia tidak kisah sebab hanya depan Syazwina sahaja suaminya bertukar menjadi singa yang susah untuk dijinakkan. Dia cemburu melihat Syazwina memeluknya.
“Biarlah! Janji Azzah sudi bersama abang.” Pantas tubuh isterinya di peluk.
Puan Azzah hanya ketawa kecil melihat wajah serius suaminya. Sangat comel baginya.
“Azzah sayang abang...” bisiknya sebelum tenggelam dalam lautan asmara.
Keesokannya Syazwina terbangun lambat. Selepas solat subuh dia menuju ke dapur.
“Ibu, mana mee goreng daging tu?” soalnya.
“Ibu tak  masak lagi. Ayah kamu masuk kerja lambat sikit hari ni.” Kata Puan Azzah.
“Apa Ibu! Matilah Wina macam ni!” Syazwina terkejut. Dia kena buat sesuatu yang cepat dan sedap. Buat roti telur sahaja. Itu aje la yang aku berbakat nak masak.
Dia segera memanaskan kuali leper dan mengambil beberapa keping roti. Peti ais dibuka dan dia mengambil dua biji telur.
Aku rasa aku kena masak dalam bentuk sweet sikit kot. Dia mengambil satu bentuk dan mengoreng telur dalam bentuk tersebut.
“Selesai!” segera dia melihat jam di dinding. “Aku dah lambat!”
Sempat ke aku sampai ni? Oh tidak!
“Arrrghhh! Gara-gara kau, pagi aku huru hara!” marah Syazwina. Dia terus memandu.

Sunday, 18 May 2014

7
Komen

2014:CERPEN 2: MISS BOY



Miss Boy

Aku menangis semahunya. Majikan aku yang baik hati dan sudah meninggal dunia. Apa yang aku risaukan, banglo ini... Banglo ini bakal ada pemilik baru. Itu yang peguam majikanku beritahu.
“Aina, nak tinggal sini, boleh tapi biar mendapat izin dari pemilik banglo yang baru.” Kata Pak Peguam pada aku. Aku tak kenal dia tapi ramah pula dia berbual dengan aku.
“Baiklah.” Aku membalasnya.
“Saya tahu Aina tinggal di sini dekat 10 tahun. Selok belok rumah ini pun dalam poket je kan?” Ada sengihan yang comel bagiku.
Aku juga turut tersengih. Aku melambaikan tangan atas pemergian kereta Pak peguam itu. Sejak majikan aku meninggal dunia sebulan lalu, banglo ini dijual dan aku bakal berjumpa dengan pemilik banglo yang baru hari ini. Berdebarnya hati ini.
Sedang aku asyik membaiki lampu di tepi pintu pagar besar, aku nampak sebuah kereta mewah masuk di perkarangan banglo yang luas itu. Aku segera berlari ke arah kereta mewah itu.
“Encik siapa?” soalku.
“Aku pemilik baru banglo ni. Kau siapa?” Wajah lelaki itu aku renung. No komen... Aku tak tahu nak kata apa.
“Saya pekerja di banglo ni. Saya boleh bantu...” Kata-kata aku tidak sempat dihabiskan kerana lelaki itu sudah memotong kata-kataku.
“Aku tak nak ada sesiapa pun di sini termasuk kau atau orang gaji sekali pun.” Tegas sekali suara lelaki itu.
“Kenapa encik? Saya boleh menjaga banglo ini untuk encik. Saya akan membersihkannya setiap hari.” Kataku. Walaupun aku tahu lepas ini tiada yang akan membayar gajiku tetapi aku sayang sekali tempat ini.
“Aku tak mahu diganggu. Aku mahu sendirian. Kau tak faham ke?” geram lelaki itu.
“Saya janji saya tak kan ganggu encik. Saya tak akan tunjuk muka saya depan encik.” Aku berjanji. Siap angkat tangan macam nak berikrar lagi. Harap dia percaya.
“Baiklah! Kalau kau ganggu aku, aku tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakkan.” Kali ini pandangan mata lelaki itu menikam tepat ke mataku. Nasib baik menikam ke mata. Kalau menikam ke hati, kes naya dah!
“Tindakan apa ni encik?” Aku rasa tak sedap hati.
“Tindakan yang kau tidak boleh keluar dari banglo ini selama-lamanya.”
Aku menelan liur. Lain macam je ayat mamat ni. Dia nak bunuh aku ke? Lantak la!

Ketibaan tuan besar banglo itu...
Aku merenung perempuan yang berani sungguh membuat permintaan pada lelaki yang baru dia kenal. Berani oh berani!
“Tindakan yang kau tidak boleh keluar dari banglo ini selama-lamanya.” Sengaja aku kata begitu. Mahu melihat riak wajahnya tetapi masih sama. Macam tak ada apa-apa.
Masa aku masuk sahaja di sini, aku dah nampak seorang perempuan yang membaiki lampu. Bunyinya macam hebat. Hebatlah sebab aku sendiri tak pernah nak baiki lampu.
“Saya tak kisah encik. Saya suka tinggal kat sini.” Perempuan itu bersuara. Siap ada senyuman manis. Aku tarik pipi kau, baru kau nak takut...
“Okey. Aku akan menguji tahap kesabaran kau. Kalau kau boleh sabar dalam seminggu di sini, aku janji akan terima kau kerja kat sini. Malah aku akan bayar gaji kau dua kali ganda daripada majikan kau yang dulu.” Janji aku. Aku tertarik dengan keberanian dan keyakinannya.
“Dua kali ganda? Cing! Cing! Cing!” ada satu bunyi yang aku tak pasti bunyi apa yang perempuan itu buat.
“Cing? Cing? Apa tu? Kau nak beli cincin ke?” soal aku. Aku memang dah keliru habis. Memang gila layang minah yang pelik ni.
“Bunyi duitlah encik.”
Baru aku tahu bunyi duit macam tu. Buat malu je.
“Baiklah. Nama kau apa? Bagi nombor telefon supaya aku senang nak cari kau...” terus terang aku.
“Nama saya Aina Aqeela. Majikan saya dulu kata maksud nama saya ialah mata yang cantik. Betul ke encik?” soalnya.
Aku tersentak. Patutlah mata dia cantik. Aku pun hampir tergoda. Indah ciptaan Allah ini.
“Encik?” panggilnya apabila aku diam sahaja.
“Mana aku tahu! Kau ingat aku ni pengkaji nama orang ke? Nombor telefon?” aku cepat-cepat mengubah topik.
“Saya tak ada telefon.”
“Jangan nak menipu. Tak kan zaman sekarang masih ada orang tak ada telefon...” aku tak percaya. Nak membohong pun, tengoklah orangnya siapa.
“Encik, kat sini tak ada line telefon. Jadi apa gunanya saya beli telefon bimbit. Telefon rumah, ada la. Tapi dalam banglo ni la.”
Aku mengeluh mendengar katanya. Segera aku keluarkan telefon bimbitku. Betullah katanya. Tak ada satu pun. Pelik sungguh! Pedalaman sangat ke banglo ni? Nasib baik ada telefon rumah. Nanti mama risau pula.
“Tak apa. Aku masuk dulu.”
“Kejap! Nak tanya... Nama encik apa...?”
“Tak payah tahu. Panggil je Am.” Aku terus berlalu. Aku memang tak suka bagitau nama aku sebab nama aku boleh mengundangkan seseorang mengejek aku. Bencinya.

Si gadis sedang memasak...
Aku masak apa yang aku suka makan la. Encik Am macam mana? Dia kata aku tak boleh muncul depan dia, so kiranya aku tak payah masak untuk dia. Okey juga!
“Kau masak apa?” tegur seseorang.
“Opocot!” aku mengurut dadaku. Terkejut dibuatnya.
“Encik Am, kalau nak tegur orang tu, bagi salam la...” sempat aku mengajarnya. Baru dua jam dia di banglo ni dah rasa tak selesa ke?
“Kau masak apa?” bebelan aku tidak dilayan. Kasihan sungguh.
“Saya masak gulai lemak telur je. Kenapa Encik Am?”soalku. Aku rasa dia tak makan kot. Yelah! Orang kaya mana makan benda ni.
“Aku nak sekali...” katanya dan menunggu di meja makan. Macam tahu-tahu sahaja gulai ni nak masak dah. Aku malas nak bantah dan membebel, kang dia halau aku. Susah nanti! Aku nak tinggal kat mana? Oh tidak! Layan je karenah Encik Am ni.
Aku menghidangkan gulai lemak telur dengan dua ketul ayam goreng. Cukup kot. Aku rasa baik aku bagi dia makan dulu. Jadi, aku mula membuka langkah meninggalkan meja makan tersebut.
“Nanti dulu!” katanya.
Langkah kaki aku terhenti. Mesti dia nak ajak aku makan sekali dengan dia. Syoknya!

Si lelaki kelaparan...
Minah ni masak gulai lemak telur? Biar betul. Dah lama aku tak makan masakan ni. Kali terakhir aku makan masa umur 8 tahun. Ibu yang masak. Bahagia sangat masa tu. Jadi aku nak makan juga walaupun aku tak pasti minah ni masak sedap atau tak.
Aku tengok minah ni macam nak ke dapur semula. Jadi aku panggilnya.
“Nanti dulu!”
Langkah Aina terhenti.
“Ada apa encik Am?” ada senyuman yang terukir di bibir.
“Tolong ambilkan sudu. Aku nak cedok kuah ni guna apa? Tangan ke?” kasar sedikit bahasa aku. Padahal aku tak sabar nak makan.
Wajah kecewa Aina terukir. Gadis itu terus berlalu ke dapur dan hadir bersama sudu dan dua gelas air.
Dia duduk dimeja itu tanpa mempelawa aku makan. Aku tahulah aku ni menyibuk kat sini tapi ini rumah aku. Suka hati aku la.
Aku tidak pedulikan semua itu. Aku terus merasa gulai lemak telur itu. Sedapnya! Tak tergambar perasaan itu. Macam mak aku yang masak. Sedap sungguh.
“Siapa ajar kau masak benda ni?”
“Majikan aku yang dulu. Dia sukakan masakan yang simple macam ni.” Jelasnya.
“Ok...” Aku terus makan. Aku benci pada majikannya. Aku kenal dia. Dia yang merampas kebahagiaan hidup aku.
Dulu, ini banglo aku. Semasa umurku lapan tahun, ayah aku jatuh muflis dan kami sekeluarga terpaksa keluar dari banglo ini. Kami menyewa rumah yang kecil. Ayah aku jatuh sakit lalu meninggal dunia. Ibu pula tidak dapat menerima kenyataan ini. Dia meninggal dunia juga beberapa minggu kemudian. Kehidupan aku terus dilanda masalah. Aku di tempatkan di rumah anak-anak yatim. Di sana aku dibuli dan dipukul oleh budak lelaki yang lebih besar dari aku. Aku terus terseksa.
Nasib aku baik kerana ada sebuah keluarga yang mahukan seorang anak lelaki. Keluarga tersebut berkenan untuk jadikan aku anak angkat mereka. Syukur.
Sehingga kini, aku belajar yang harta perlu dicari atas usaha sendiri. Barulah dihormati orang lain. Kini aku sudah 28 tahun. Aku berjaya membuka satu kawasan rumah sewa atas usaha aku bekerja selama lima tahun di syarikat ayah angkatku.
Hasil dari bekerja di syarikat itu dan membuat pinjaman bank, aku membeli tanah dan membina 20 rumah teres dan membuat rumah sewa murah. Alhamdulillah, keuntungan melipat ganda. Bolehlah aku membayar balik duit pinjaman bank. Kini sudah dua tahun rumah sewa itu beroperasi membuatkan aku tidak perlu bekerja. Cuma menjaga rumah-rumah tersebut sahaja.
“Encik Am...” Panggil Aina. Aku terkejut.

Kisah cinta mereka terjadi...
“Encik Am...” Aina memanggil lelaki itu. Pelik kerana lama sungguh dia merenung gulai lemak telur tu.
“Eh!” Amsyar terkejut. Dia tidak menyangka yang dia akan termenung selama ini. Lupakan apa yang berlalu.
“Aku dah habis makan!” Amsyar terus bangun dan berlalu pergi. Dia duduk di buaian yang ada di halaman rumah. Buai itu masih kekal di rumah itu seperti 20 tahun lalu. Kebanyakkan kedudukan barang dan almari tidak berubah. Dia sendiri tidak faham. Adakah majikan ini mempunyai minat yang sama dengan arwah ayah?
Sedang asyik Amsyar memerhati sekelilingnya, dia ternampak Aina sedang menyiram pokok.
“Bukankah siram pokok diwaktu pagi lebih baik berbanding waktu petang?” Amsyar menyoal Aina.
“Pagi dan petang saya siram encik Am.” Jawapan selamba dari Aina.
Amsyar tak puas hati. “Semua kerja di banglo ni, kau ke yang buat?” soalnya lagi.
“Ya.”
“Contoh kau buat apa?”
“Semua kerja. Cuci tandas, kemas dapur, ruang tamu, bilik. Bersihkan halaman. Belakang banglo ni ada kebun, saya akan berkebun. Majikan yang sebelum ni pernah hantar saya ke kursus belajar elektrik selama enam bulan. Jadi saya dah pandai baiki lampu. Walaupun susah, saya tetap cuba.” Jelasnya.
“Kau tak nak tinggal di bandar dan ada ramai kawan...”
“Hidup saya hanya dengan alam dan Allah kawan terbaik saya.”
Tenang sahaja wajah Aina ketika menyatakannya. Amsyar rasa kagum pula. Dia tidak kisah dengan dunia luar. Hidup tenang di sini sudah cukup membuat diri gadis itu gembira.
“Siapa nama majikan kau yang dulu ni?” soal Amsyar. Semasa dia membeli banglo ini, dia tidak tahu siapa pemiliknya. Hanya pembantunya yang uruskan urusan jual beli banglo ini.
“Puan Asmah...”
“Asmah Binti Kasim?” kata Amsyar.
“Ya...”
Amsyar terus bangun dan berlalu pergi.
Itu nama kakak mak. Kakak mak yang dengki pada mak kerana mak menikahi dengan ayah. Dia sukakan ayah tetap ayah sukakan mak. Patutlah rumah ini masih sama macam dulu.
Amsyar terus mengurungkan diri.
Sudah dua hari berlalu. Aina rasa bimbang. Dia yakin yang Amsyar ada di biliknya itu. Sepanjang Amsyar berada di sini, dia tidur di rumah kecil berhampiran kebun belakang rumah.
“Encik Am, saya masuk ye? Saya tak kisah encik nak marah saya, saya tetap akan masuk.” Aina terus melangkah masuk ke dalam bilik Amsyar.
Kelihatan Amsyar sedang berbaring dengan selimut seluruh badan. Aku rasa dia ni macam demam je. Dia beranikan diri menyentuh dahi lelaki itu. Panas.
“Encik demam ni. Lebih baik encik Am jangan selimut. Mak saya kata, kalau demam panas macam ni, biarkan haba badan itu bebas. Jangan selimut.” Sebaik sahaja habis berkata, tangan Aina pantas menarik selimut tersebut.
Terbeliak mata Aina melihat Amsyar tidak berbaju itu. Tubuhnya memang nampak gagah. Macam badan pelakon Korea yang terkenal tu, Lee Min Ho.
Dia rasa mahu di selimutkan semula tubuh itu.
“Itu kata mak saya, encik Am. Tapi kata saya pula, lebih baik Encik Am selimut. Itu lebih baik.” Malu Aina dibuatnya.
Sejak itu, dua hari Amsyar demam dan Aina yang menjaganya.
Sebaik sahaja Amsyar sihat, dia terus memandu dan meninggalkan banglo tersebut.
Aku tak kisah pun, kena hina, kena marah. Kena campak... Aku akan terus bersabar. Mak selalu pesan pada aku. Selagi boleh sabar, sabarlah... Selagiboleh diam, diamlah... Selagi boleh tahan, tahanlah... Sebab Allah tahu apa yang kita rasa. Ini semua dugaan-Nya.

Amsyar rasa mahu gila. Sejak dia menghina Aina, hidupnya tidak tenang. Sudah seminggu dia meninggalkan banglo itu. Dia bukanlah jenis orang suka menghina tetapi ketenangan wajah Aina membuat hatinya tercabar. Dia mahu gadis itu rasa sakit hati tetapi dia tidak berjaya melakukannya.
“Eh, encik jubin lantai ni berangan pula!” Malik menegur sahabatnya itu.
“Kang aku kata jangan panggil aku macam tu... Nama aku Mubin Amsyar. Punyalah sedap nama tu, jadi jubin lantai pula.” Marah Amsyar. Dia cukup sensitif namanya di ejek begitu.
“Maaflah kawan. Aku panggil kau Mubin, kau buat donno je. Jadi aku panggillah kau jubin tapi kau dengar la pula.” Malik berkata.
“Yelah tu!”
“Aku tahu kalau kau tengah berangan ni mesti pasal perempuan kan?”
“Kau ni memahami betul la.”
“Mestilah! Kau dah jatuh cinta ke?”
“Ke situ pula kau ni. Jatuh cinta apanya... Tak mungkin la.”
“Kalau bukan cinta, apanya?”
“Aku dah hina perempuan tu. Apa aku kena buat ye?” Amsyar keliru dengan perasaannya. Makin lama dia biarkan perasaan bersalahnya makin tidak tenang perasaannya. Dia menceritakan segala-galanya pada Malik.
“Aku tahu! Apa kata kau buat ni...”
Amsyar terangguk-angguk. Setuju dengan cadangan Malik.

Aina rasa lain macam malam itu. Seperti ada seseorang memerhatinya. Takkan Encik Am ada di sini. Kalau ada, mana keretanya? Lantaklah.
Dia terus berlalu ke kamarnya. Jam menunjukkan jam 12 tengah malam. Tadi dia menonton astro Ria. Ada cerita yang membuatkan matanya bertahan sampai sekarang.
Ditarik selimut sehingga menutup separuh badannya. Dia merenung di luar tingkap. Tiba-tiba dia nampak bayang seseorang melintas di tingkap itu.
Dup Dap Dup Dap
Dadanya berdenyut kencang.
Dia tidak pernah menghadapai situasi seperti ini.
Siapa tu? Hatinya bergetar hebat.
Perlahan-lahan Aina bangun dan keluar dari biliknya. Dia menuju ke dapur dan dapat mendengar orang berbual.
“Macam mana nak bukak pintu ni?”
“Manalah aku tahu.”
“Kau yang ajak aku, kau yang tak tahu.”
“Aku ajak je tapi kau kan mahir sikit dari aku...”
Aina rasa cuak.
“Aku dengar ada seorang perempuan yang tinggal kat sini.”
“Berani ye dia, Wan?” katanya
“Berjaya!” Wan berkata. Dia berjaya membuka pintu dapur tersebut. “Perempuan berani macam dia nilah yang aku suka. Lagi pun rumah ni jauh dari rumah yang lain. Tak akan ada orang dengar walaupun dia menjerit.” Mereka berdua ketawa kecil.
“Betul kata kau Wan. Aku pun dah tak sabar nak jumpa perempuan tu.”
“Kau ni terdesak ke, Ali?” soal Wan.
“Aku dah lama tak berperasaan begini. So, teruja sikit.” Ali tersengih.
Aina yang mendengar perbualan mereka rasa tidak sedap hati. Dia tidak pasti sama ada mahu melarikan diri atau tidak. Mereka datang ke rumah ini bukan untuk mencuri tetapi mencari dirinya. Kalau apa-apa yang terjadi pada dirinya, siapa akan membantunya. Aina kebuntuan.
“Ali, kau cari sana, aku cari sini.”
“Okey!”
Mereka berdua sudah jauh ke dalam rumah. Saat ini, Aina mengambil keputusan untuk melarikan diri sahaja. Itu jalan terbaik. Dia tidak akan mampu melawan ke dua lelaki itu. Dia menarik nafas lega apabila berjaya keluar dari rumah tersebut.
“Oi, Ali! Perempuan tu dah lari!” cemas Wan. Dia nampak Aina berlari keluar dari tingkap.
“Lari! Tak guna! Kita kejar dia!”
“Okey!”
Mereka berdua mengejar Aina.
Aina pula yang menyedari dirinya dikejar, lagi laju dia lari. Malang tidak berbau, Aina terpijak kaca. Apabila terlalu cemas, dia sendiri terlupa mahu memakai kasut atau selipar.
Dalam keadaan sakit, Aina cuba juga berlari tetapi terlalu perit rasa sakitnya.
“Kau tak boleh lari dari kami!” Wan terlebih dahulu mencengkam lengan Aina.
“Lepaskan aku!” Aina berkata kasar.
Ali menghampiri Aina tetapi dengan pantas, tangan Aina menumbuk perut Ali. Ali rebah.
Apabila Wan melihat Aina menumbuk Ali begitu, dia memberi penampar sekuat hati.
Aina rebah. Mulutnya berdarah.
Wan mencengkam ke dua belah tangan Aina.
Aina tidak akan membiarkan dirinya diperlakukan sebegitu. Selagi tenaganya masih ada, selagi itu dia akan terus mempertahankan dirinya.
Dia cuba meronta sekuat hati. Tangan kanannya terlepas. Dengan pantas dia menumbuk pipi Wan dan terus berlari ke jalan.
Lagi sekali dia rebah kerana kakinya sudah lemah. Dia dapat rasakan kaca yang mencucuk sudah masuk ke dalam isinya. Sakit!
Ali rasa terlalu geram. Dia bukak tali pinggangnya dan mengikat tangan Aina. Aina tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Adakah ini takdirnya? Air matanya mengalir. Tubuhnya benar-benar lemah.
Tubuhnya diletakkan di bahu Wan.
Tiba-tiba sebuah kereta lalu di jalan itu. Wan dan Ali tidak sempat menyembunyikan diri.
“Oi! Buat apa malam-malam kat sini?” soal Amsyar. Kebetulan Malik pun ada sekali ketika itu. Dia rasa bimbang melihat dua lelaki bermuka pecah rumah itu. Manalah tahu mereka berdua mengganggu Aina.
“Kami jalan je abang...” ramah Ali.
“Siapa perempuan ni?” Soal Amsyar lagi.
Aina yang mendengar suara Amsyar terus bersuara. “Encik Am...”
Walaupun perlahan suara Aina, tetapi Amsyar dapat mendengar dengan jelas suara itu. Dia kenal sekali. Lantas dia keluar dari kereta dan dia yakin perempuan itu Aina.
“Tak guna kau!” marah Amsyar. Malik membantunya.
Ali dan Wan tumpas.
Aina dihantar ke hospital dengan segera.
Selepas beberapa hari...
“Kenapa encik Am datang pada malam tu...?” soal Aina. Antara dia dan Amsyar rasanya tak ada apa-apa.
“Entah mengapa hati saya tergerak nak datang ke banglo itu.” Selamba jawapan Amsyar.
“Oh... Terima kasih selamatkan saya.”
“Kau ni ganas juga ye! Dua orang penyagak tu teruk juga di tumbuk oleh kau. Boleh panggil Miss Boy ni..” Puji Amsyar.
“Yelah tu... tapi walaupun ditumbuk teruk oleh saya pun, saya tetap tewas di tangan mereka. Mujur encik Am datang selamatkan.” Aina tersenyum tawar. Dia bersyukur sangat.
“Aku nak cakap sesuatu...”
“Cakaplah...”
“Dah beberapa hari aku fikirkan pasal hal ini. Aku... Aku nak kau kahwin dengan aku. Aku rasa kau dah jadi tanggungjawab pada aku...”
“Kahwin?” Aina terkejut. “Encik Am jangan mengarut. Kahwin apanya..” garu kepala dibuatnya.
“Aku serius la...”
“Saya pun serius juga... Antara kita, tak ada perasaan cinta. Saya baru kenal encik Amsyar seminggu sahaja. Encik Am jangan mempermainkan perasaan saya.” Aina cuba bersabar.
“Aku tak kisah. Aku nak bertanggungjawab pada kau, Miss Boy...” Amsyar memanggil Aina begitu.
“Sejak bila pula nama saya, Miss Boy. Nama saya Aina Adeela la...” geram Aina.
“Miss boy tu sesuai dengan kau. Semua kerja lelaki nak buat. Padahal kau tu perempuan.”
“Suka hati aku la... Selagi aku boleh melakukannya, aku akan buat.” Geram Aina.
Amsyar sedikit tersentak mendengar bahasa Aina yang sudah bertukar kasar.
“Kasarnya...”
“Aku dah lama sabar dengan kau. Sekaran ni, kalau kau tak bagi aku tinggal di banglo tu, tak apa... Aku cari banglo lain. Bukan rezeki aku nak duduk di banglo tu lagi.” Aina menyerah kalah. Dia juga berfikir beberapa hari ini. Dia tinggal seorang di banglo itu. Jika peristiwa Ali dan Wan itu menimpanya lagi, dia harus fikir dua tiga kali.
“Kalau macam tu kau kerja di banglo mama aku!” cadang Amsyar.
“Tak nak!”
“Banglo aku...” Malik muncul. Dia hampir tergelak besar melihat riak wajah dua manusia yang terkejut itu.
“Mana boleh bro...” Marah Amsyar.
“Boleh!” Aina bersetuju.
“Banglo saya tak la besar sangat tapi Aina boleh kemas rumah dan jangan risau, Aina akan tinggal di sana dengan nenek saya.”
“Malik, kau ni dah lebih. Kau dah cucuk jarum yang salah ni.” Geram Amsyar. Jarum dimaksudkan itu adalah Aina.
“Apa salahnya!”
“Aina, kau kahwin dengan aku dulu, baru kerja dengan Malik...”
“Gila apa! Kau ingat kahwin mudah ke?”
“Mudah la. Akad dan nikah!”
Malik gelengkan kepala. Kasihan sahabat aku seorang ni.
“Aku tak nak kahwin!!!!” Aina menjerit sekuat hati.

p/s: tak tahulah nak buat penamatnya macam mana. Rasanya macam mana buat novel cerpen kali ini. Apa yang akan berlaku pada Miss boy kita... jadi ke dia kahwin dengan Amsyar. Jadi ke dia kerja dengan Malik? Adakah Amsyar dan Aina akan terus bersama? Gaduh? Cik penulis pun tak tahu... jika ada idea lebih, masa lebih...insya allah akan muncullah bab satu suatu hari nanti....ammiinnn....