SALAM...DAH LAMA TAK UPDATE CITER NI...JANGAN RISAU, ENOVEL NI AKAN CUBA DI SIAPKAN JUGA DALAM TAHUN INI...HARAP PEMINAT NOVEL INI HARAP BERSABAR MENANTINYA..PASTI MENARIK JALAN CERITANYA... SELAMAT MEMBACANYA....
Izz Irfan, Izz Isfan
dan Wafa pulang ke rumah. Izz Irfan tidak dapat memandu kerana perutnya terasa
sakit. Ada sesuatu yang berlaku antara dirinya dengan Syazwina.
Izz Isfan terus
keluar sebaik sahaja mereka berdua selamat masuk ke dalam rumah. Dia memandu
laju menuju ke satu tempat. Dia sepatutnya ada temujanji dengan Datin Damia
pada pukul 10 malam tetapi sekarang sudah jam 10, dia masih belum tiba di rumah
Datin Damia.
“Is, lambat!” Datin
Damia mengeraskan suaranya.
“Minta ampun mama
Mia. Minta ampun!” rayu Izz Isfan dengan tanganya dirapat antara satu sama lain
sambil melutut.
“Janji Melayu memang
macam ni ye!” geram Datin Damia yang merupakan adik kepada ayah Izz Isfan. Dia
menarik telinga anak saudaranya itu.
“Mia oi! Anak vampire
tu. Sayang jangan tarik macam tu. Putus telinga Is tu macam mana?” tegur suami
Datin Damia iaitu Dato Haris.
“Papa Haris, tolong
Is!” rayu Izz Isfan. Dia cuba lepaskan diri tetapi tidak berjaya.
“Mama ni siapa?”
tiba-tiba muncul seorang gadis.
“Mama Mia ni siapa?”
Izz Isfan juga terpegun dengan kehadiran seorang gadis yang ayu bertudung dan
berbaju kurung.
Datin Damia rasa
geram dengan sikap anak saudaranya yang pantang tengok perempuan. Mesti terkaku
dulu.
“Is, jangan nak kacau
anak angkat mama. Mama belasah kang!”
“Ala, mama. Is lambat
setengah jam je. Mama dah mengamuk dan tak nak kenalkan Is pada gadis ayu
ini...” mata Izz Isfan masih pada gadis yang belum di kenali itu.
“Mia, sudahlah tu!
Mari masuk Is. Projek kita jangan dilupakan pula. Hari ahad ni dah kena ready
semuanya.” Dato Haris menarik tangan Izz Isfan dan mereka semua masuk ke dalam
rumah.
“Papa, beres
semuanya! Kalau bab jadi model ni, Is la orang paling berbakat!” penuh bangga
dia berkata.
“Model sabun cuci
jamban sesuai la.” Geram Datin Damia masih belum hilang lagi.
“Mia...” Dato Haris
memanggil.
“Okey! Okey! Kenapa
Is datang lambat tadi?” soalnya.
“Is lupa yang abang
ada temujanji makan bersama keluarga tunangnya. Is benar-benar lupa. Is minta
maaf pada mama dan papa,” pohon Izz Isfan.
“Tunang Irfan ke?
Kenapa tak ajak mama. Kan ummi Is tak ada. Boleh mama jadi wakil ummi Is.”
Cepat sahaja mood Datin Damia berubah. Jika berkaitan dengan Izz Irfan, memang
jadi baik sangat. Izz Isfan pun tak faham.
“Mulalah tu mama nak mengedik. Dengan anak saudara pun mahu
mengedik...” menyampah pula Izz Isfan rasa.
“Biarlah!” Datin
Damia memang begitu.
Mereka terus
membincangkan perkara untuk hari ahad sehingga lewat malam.
*******
Izz Irfan meneguk
air. Rasa dahaganya hilang. Sejak balik dari rumah Syazwina, jiwanya tidak
tenang. Ada sahaja perkara yang dibuat oleh Syazwina tergambar diruang
fikirannya. Sentiasa mencuit hatinya yang benar-benar merindui si cinta itu.
Dia teringat peristiwa
di bersama Syazwina sebelum dirinya pulang.
“Irfan, saya minta
maaf pasal tumpahkan air tu. Memang saya tak sengaja. Jangan pula awak ingat
saya sengaja. Memang tak ada niat pun.” Bersungguh-sungguh Syazwina menjelaskan
pada Izz Irfan.
Izz Irfan hanya
tersenyum nakal. Dia mahu mengusik Syazwina.
“Aku akan maafkan kau
kalau kau belikan aku baju yang baru.” Perlahan sahaja ayat itu terkeluar dari
mulut Izz Irfan.
Syazwina menelan
liur.
“Maksud kau...” Syazwina
juga berbisik suaranya. Bimbang ayahnya dengar. Kes naya pula bercakap kasar dengan
bakal menantu kesayangan.
Hampir meletus ketawa
Izz Irfan melihat riak wajah Syazwina.
“Maksud aku, kau
fikir sendiri. Aku nak balik! Dah lewat malam.” Dia tersenyum. “Lagi satu,
rambut kau terkeluar. Dah lama aku nak tegur tapi tak berkesempatan. Jaga aurat
kau ye...”
Izz Irfan terus masuk
ke dalam kereta selepas bersalaman dengn ibu bapa Syazwina.
Tak pasal-pasal aku
sakut perut gara-gara malu dengan Syazwina. Izz Irfan memegang perutnya. Memulas
sahaja.
“Teringat pun dah
mampu buat aku malu. Oh, Syazwina! Kau buat aku gila. Aku akan pastikan kau
jadi hak aku!”
Dia segera ke
biliknya. Berbaring atas katil yang besar itu. “Lepas ni aku ada teman tidur. Seronoknya.”
Tersenyum lebar dibuatnya.
Tiba-tiba telefon
bimbitnya berbunyi.
“Syazwina?” Dahi Izz
Irfan berkerut.
“Hello..” jawabnya.
“Oi, Irfan! Kau tak
boleh tidur selagi kau tak bagitau aku maksud ayat kau tadi.” Terus Syazwina
berkata. Dia tak suka sikap Izz Irfan yang suka membuat otaknya berfikir yang
bukan-bukan.
Sejak Izz Irfan
pulang tadi, dia tidak senang duduk. Dia mesti akan terfikir apa yang ada dalam
kepala otak bakal suaminya ini.
“Cubalah bukak sikit
minda kau tu. Semua nak aku beritahu...” serius Izz Irfan. Dia menahan tawa.
“Minda ke benda. Soalan
kau bagi ni bukan untuk menguji tahap minda aku... tapi menguji tahap kesabaran
aku yang dah naik ke level terakhir. Tahu tak?” geram Syazwina. Dia mengurut
dadanya. Geram punya pasal.
Gara-gara ayat kau
yang tak tahu apa maksudnya, aku tak boleh tidur. Ish! Menyampah betul la macam
ni! Cuba guna bahasa mudah sikit. Tahulah bekas pelajar luar negara tapi janganlah
menggunakan ayat yang orang tak faham. Bebel Syazwina dalam hati.
Izz Irfan pula mahu
ketawa mendengarnya. Syazwina benar-benar mencuit hatinya. Comel!
“Kesabaran? Kesabaran
satu dugaan...”
Dia bagi aku ceramah
motivasi pula dah. Aku Cuma nak tahu apa maksudnya. Syazwina kegeraman.
“Ya saya tahu Pak
Ustaz...”
“Macam ni la. Esok pagi
kau buat sarapan dan hantar kat pejabat aku. Aku akan jelaskan semuanya. Jangan
lambat. Jam 8pagi kau mesti terpacak depan pejabat aku. Nanti aku bagi
alamatnya. Okey. Selamat malam sayang...” Izz Irfan berkata dengan manjanya
ayat terakhir itu.
“Sayang?” membulat
mata Syazwina.
“Terima kasih berikan
aku kenangan yang indah tadi. Kau nampak manis macam buah kurma. Manis semula
jadi. Okeylah Assalamualaikum...” puji Izz Irfan dan menamatkan panggilan. Sejurus
itu, dia terus berlari ke tandas.
Syazwina pula
tersentak dan kaku. Talian sudah lama terputus.
“Kau nampak manis
macam buah kurma. Manis semula jadi.” Kata-kata Irfan bergema di telinganya.
“Manis macam buah
kurma?” Syazwina menggelengkan kepala. Entah mana dia dapat bayangan macam tu.
“Lupa pula! Esok aku
kena buat sarapan. Serbu ibu!” Segera dia berlari ke bilik Encik Zul dan Puan
Azzah.
“Ibu!” selamba badak Syazwina
membuka pintu bilik ibu bapanya.
Seketika dia
ternampak adengan yang tidak sepatutnya. Ibu dan bapanya sedang berkasih
sayang...
“Alamak!” pintu sudah
lama ditutup kembali.
“Wina, kenapa ni?”
cemas sedikit suara Puan Azzah. Mesti abang marah aku nanti. Air mukanya dah
boleh agak.
“Ibu, esok ibu masak
sarapan apa?” soal Syazwina cepat-cepat. Dia mahu selesaikan masalahnya dengan
segera.
“Ayah kamu nak makan
mee goreng daging. Kenapanya?” geram pula Puan Azzah rasa. Datang biliknya
semata-mata mahu tanya pasal sarapan pagi esok. Geram sungguh!
“Mee goreng daging
ibu masak memang meletup. Bolehlah!” Syazwina menarik nafas lega. “Terima kasih
ibu!” lantas tangannya membuka pintu bilik itu.
Kelihatan Encik Zul sedang
duduk dibirai katil. Mungkin menunggu Puan Azzah.
“Ayah, Wina minta
maaf!” Dia terus menutup pintu itu apabila melihat jelingan maut Encik Zul.
“Tidur tu baca doa
tau...” Pesan Puan Azzah. Selepas itu dia masuk ke bilik suaminya. “Abang
marah!”
“Ini yang saya malas
tau...” Nada suara Encik Zul berubah. Depan anak-anak bukan main tegas.
“Malas apanya?”
“Malas la! Kalau anak
awak tu kahwin cepat-cepat, tak la ada gangguan.” Encik Zul mengadu.
“Abang ni, dah tua
pun bersemangat macam orang muda.” Puan Azzah ketawa kecil. Itu pasal selama
ini Encik Zul tegas padanya, dia tidak kisah sebab hanya depan Syazwina sahaja
suaminya bertukar menjadi singa yang susah untuk dijinakkan. Dia cemburu
melihat Syazwina memeluknya.
“Biarlah! Janji Azzah
sudi bersama abang.” Pantas tubuh isterinya di peluk.
Puan Azzah hanya
ketawa kecil melihat wajah serius suaminya. Sangat comel baginya.
“Azzah sayang
abang...” bisiknya sebelum tenggelam dalam lautan asmara.
Keesokannya Syazwina
terbangun lambat. Selepas solat subuh dia menuju ke dapur.
“Ibu, mana mee goreng
daging tu?” soalnya.
“Ibu tak masak lagi. Ayah kamu masuk kerja lambat
sikit hari ni.” Kata Puan Azzah.
“Apa Ibu! Matilah Wina
macam ni!” Syazwina terkejut. Dia kena buat sesuatu yang cepat dan sedap. Buat roti
telur sahaja. Itu aje la yang aku berbakat nak masak.
Dia segera memanaskan
kuali leper dan mengambil beberapa keping roti. Peti ais dibuka dan dia
mengambil dua biji telur.
Aku rasa aku kena masak
dalam bentuk sweet sikit kot. Dia mengambil satu bentuk dan mengoreng telur
dalam bentuk tersebut.
“Selesai!” segera dia
melihat jam di dinding. “Aku dah lambat!”
Sempat ke aku sampai
ni? Oh tidak!
“Arrrghhh! Gara-gara
kau, pagi aku huru hara!” marah Syazwina. Dia terus memandu.
Nak bab 13 pulak!!!
ReplyDeletecepat2 update tau kak...
ReplyDeleteIrfan tu xblh malu ke? Kalau malu mesti sakit perut ke? Mcm sweet je hihi
ReplyDeleteWhy pendek sgt.. Lain kali kak ria tulis pjg2 tau...
ReplyDeletenk lgggggiiiiii
ReplyDeleteAaaaaa!!!! Sweetnya...haha....lawaklah Ir...betul2 ingtkn sy dgn si bakal ketua MPP tu...x dpt imagine bila dia bsr nanti...sweet...kelakarlh bapa wina...haha...
ReplyDelete