Miss Boy
Aku menangis semahunya.
Majikan aku yang baik hati dan sudah meninggal dunia. Apa yang aku risaukan,
banglo ini... Banglo ini bakal ada pemilik baru. Itu yang peguam majikanku
beritahu.
“Aina, nak tinggal sini,
boleh tapi biar mendapat izin dari pemilik banglo yang baru.” Kata Pak Peguam
pada aku. Aku tak kenal dia tapi ramah pula dia berbual dengan aku.
“Baiklah.” Aku membalasnya.
“Saya tahu Aina tinggal di
sini dekat 10 tahun. Selok belok rumah ini pun dalam poket je kan?” Ada
sengihan yang comel bagiku.
Aku juga turut tersengih. Aku
melambaikan tangan atas pemergian kereta Pak peguam itu. Sejak majikan aku
meninggal dunia sebulan lalu, banglo ini dijual dan aku bakal berjumpa dengan
pemilik banglo yang baru hari ini. Berdebarnya hati ini.
Sedang aku asyik membaiki
lampu di tepi pintu pagar besar, aku nampak sebuah kereta mewah masuk di
perkarangan banglo yang luas itu. Aku segera berlari ke arah kereta mewah itu.
“Encik siapa?” soalku.
“Aku pemilik baru banglo ni.
Kau siapa?” Wajah lelaki itu aku renung. No komen... Aku tak tahu nak kata apa.
“Saya pekerja di banglo ni.
Saya boleh bantu...” Kata-kata aku tidak sempat dihabiskan kerana lelaki itu
sudah memotong kata-kataku.
“Aku tak nak ada sesiapa pun
di sini termasuk kau atau orang gaji sekali pun.” Tegas sekali suara lelaki
itu.
“Kenapa encik? Saya boleh
menjaga banglo ini untuk encik. Saya akan membersihkannya setiap hari.” Kataku.
Walaupun aku tahu lepas ini tiada yang akan membayar gajiku tetapi aku sayang
sekali tempat ini.
“Aku tak mahu diganggu. Aku
mahu sendirian. Kau tak faham ke?” geram lelaki itu.
“Saya janji saya tak kan
ganggu encik. Saya tak akan tunjuk muka saya depan encik.” Aku berjanji. Siap
angkat tangan macam nak berikrar lagi. Harap dia percaya.
“Baiklah! Kalau kau ganggu
aku, aku tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakkan.” Kali ini pandangan
mata lelaki itu menikam tepat ke mataku. Nasib baik menikam ke mata. Kalau
menikam ke hati, kes naya dah!
“Tindakan apa ni encik?” Aku
rasa tak sedap hati.
“Tindakan yang kau tidak
boleh keluar dari banglo ini selama-lamanya.”
Aku menelan liur. Lain macam
je ayat mamat ni. Dia nak bunuh aku ke? Lantak la!
Ketibaan tuan besar banglo
itu...
Aku merenung perempuan yang
berani sungguh membuat permintaan pada lelaki yang baru dia kenal. Berani oh
berani!
“Tindakan yang kau tidak
boleh keluar dari banglo ini selama-lamanya.” Sengaja aku kata begitu. Mahu
melihat riak wajahnya tetapi masih sama. Macam tak ada apa-apa.
Masa aku masuk sahaja di
sini, aku dah nampak seorang perempuan yang membaiki lampu. Bunyinya macam
hebat. Hebatlah sebab aku sendiri tak pernah nak baiki lampu.
“Saya tak kisah encik. Saya
suka tinggal kat sini.” Perempuan itu bersuara. Siap ada senyuman manis. Aku
tarik pipi kau, baru kau nak takut...
“Okey. Aku akan menguji tahap
kesabaran kau. Kalau kau boleh sabar dalam seminggu di sini, aku janji akan
terima kau kerja kat sini. Malah aku akan bayar gaji kau dua kali ganda
daripada majikan kau yang dulu.” Janji aku. Aku tertarik dengan keberanian dan
keyakinannya.
“Dua kali ganda? Cing! Cing!
Cing!” ada satu bunyi yang aku tak pasti bunyi apa yang perempuan itu buat.
“Cing? Cing? Apa tu? Kau nak
beli cincin ke?” soal aku. Aku memang dah keliru habis. Memang gila layang
minah yang pelik ni.
“Bunyi duitlah encik.”
Baru aku tahu bunyi duit
macam tu. Buat malu je.
“Baiklah. Nama kau apa? Bagi
nombor telefon supaya aku senang nak cari kau...” terus terang aku.
“Nama saya Aina Aqeela. Majikan
saya dulu kata maksud nama saya ialah mata yang cantik. Betul ke encik?”
soalnya.
Aku tersentak. Patutlah mata
dia cantik. Aku pun hampir tergoda. Indah ciptaan Allah ini.
“Encik?” panggilnya apabila
aku diam sahaja.
“Mana aku tahu! Kau ingat aku
ni pengkaji nama orang ke? Nombor telefon?” aku cepat-cepat mengubah topik.
“Saya tak ada telefon.”
“Jangan nak menipu. Tak kan
zaman sekarang masih ada orang tak ada telefon...” aku tak percaya. Nak
membohong pun, tengoklah orangnya siapa.
“Encik, kat sini tak ada line
telefon. Jadi apa gunanya saya beli telefon bimbit. Telefon rumah, ada la. Tapi
dalam banglo ni la.”
Aku mengeluh mendengar
katanya. Segera aku keluarkan telefon bimbitku. Betullah katanya. Tak ada satu
pun. Pelik sungguh! Pedalaman sangat ke banglo ni? Nasib baik ada telefon
rumah. Nanti mama risau pula.
“Tak apa. Aku masuk dulu.”
“Kejap! Nak tanya... Nama
encik apa...?”
“Tak payah tahu. Panggil je
Am.” Aku terus berlalu. Aku memang tak suka bagitau nama aku sebab nama aku
boleh mengundangkan seseorang mengejek aku. Bencinya.
Si gadis sedang memasak...
Aku masak apa yang aku suka
makan la. Encik Am macam mana? Dia kata aku tak boleh muncul depan dia, so
kiranya aku tak payah masak untuk dia. Okey juga!
“Kau masak apa?” tegur
seseorang.
“Opocot!” aku mengurut
dadaku. Terkejut dibuatnya.
“Encik Am, kalau nak tegur
orang tu, bagi salam la...” sempat aku mengajarnya. Baru dua jam dia di banglo
ni dah rasa tak selesa ke?
“Kau masak apa?” bebelan aku
tidak dilayan. Kasihan sungguh.
“Saya masak gulai lemak telur
je. Kenapa Encik Am?”soalku. Aku rasa dia tak makan kot. Yelah! Orang kaya mana
makan benda ni.
“Aku nak sekali...” katanya
dan menunggu di meja makan. Macam tahu-tahu sahaja gulai ni nak masak dah. Aku
malas nak bantah dan membebel, kang dia halau aku. Susah nanti! Aku nak tinggal
kat mana? Oh tidak! Layan je karenah Encik Am ni.
Aku menghidangkan gulai lemak
telur dengan dua ketul ayam goreng. Cukup kot. Aku rasa baik aku bagi dia makan
dulu. Jadi, aku mula membuka langkah meninggalkan meja makan tersebut.
“Nanti dulu!” katanya.
Langkah kaki aku terhenti.
Mesti dia nak ajak aku makan sekali dengan dia. Syoknya!
Si lelaki kelaparan...
Minah ni masak gulai lemak
telur? Biar betul. Dah lama aku tak makan masakan ni. Kali terakhir aku makan
masa umur 8 tahun. Ibu yang masak. Bahagia sangat masa tu. Jadi aku nak makan
juga walaupun aku tak pasti minah ni masak sedap atau tak.
Aku tengok minah ni macam nak
ke dapur semula. Jadi aku panggilnya.
“Nanti dulu!”
Langkah Aina terhenti.
“Ada apa encik Am?” ada
senyuman yang terukir di bibir.
“Tolong ambilkan sudu. Aku
nak cedok kuah ni guna apa? Tangan ke?” kasar sedikit bahasa aku. Padahal aku
tak sabar nak makan.
Wajah kecewa Aina terukir.
Gadis itu terus berlalu ke dapur dan hadir bersama sudu dan dua gelas air.
Dia duduk dimeja itu tanpa
mempelawa aku makan. Aku tahulah aku ni menyibuk kat sini tapi ini rumah aku.
Suka hati aku la.
Aku tidak pedulikan semua
itu. Aku terus merasa gulai lemak telur itu. Sedapnya! Tak tergambar perasaan
itu. Macam mak aku yang masak. Sedap sungguh.
“Siapa ajar kau masak benda
ni?”
“Majikan aku yang dulu. Dia
sukakan masakan yang simple macam ni.” Jelasnya.
“Ok...” Aku terus makan. Aku benci
pada majikannya. Aku kenal dia. Dia yang merampas kebahagiaan hidup aku.
Dulu, ini banglo aku. Semasa
umurku lapan tahun, ayah aku jatuh muflis dan kami sekeluarga terpaksa keluar
dari banglo ini. Kami menyewa rumah yang kecil. Ayah aku jatuh sakit lalu
meninggal dunia. Ibu pula tidak dapat menerima kenyataan ini. Dia meninggal
dunia juga beberapa minggu kemudian. Kehidupan aku terus dilanda masalah. Aku
di tempatkan di rumah anak-anak yatim. Di sana aku dibuli dan dipukul oleh
budak lelaki yang lebih besar dari aku. Aku terus terseksa.
Nasib aku baik kerana ada
sebuah keluarga yang mahukan seorang anak lelaki. Keluarga tersebut berkenan
untuk jadikan aku anak angkat mereka. Syukur.
Sehingga kini, aku belajar
yang harta perlu dicari atas usaha sendiri. Barulah dihormati orang lain. Kini
aku sudah 28 tahun. Aku berjaya membuka satu kawasan rumah sewa atas usaha aku
bekerja selama lima tahun di syarikat ayah angkatku.
Hasil dari bekerja di
syarikat itu dan membuat pinjaman bank, aku membeli tanah dan membina 20 rumah
teres dan membuat rumah sewa murah. Alhamdulillah, keuntungan melipat ganda.
Bolehlah aku membayar balik duit pinjaman bank. Kini sudah dua tahun rumah sewa
itu beroperasi membuatkan aku tidak perlu bekerja. Cuma menjaga rumah-rumah
tersebut sahaja.
“Encik Am...” Panggil Aina.
Aku terkejut.
Kisah cinta mereka terjadi...
“Encik Am...” Aina memanggil
lelaki itu. Pelik kerana lama sungguh dia merenung gulai lemak telur tu.
“Eh!” Amsyar terkejut. Dia
tidak menyangka yang dia akan termenung selama ini. Lupakan apa yang berlalu.
“Aku dah habis makan!” Amsyar
terus bangun dan berlalu pergi. Dia duduk di buaian yang ada di halaman rumah.
Buai itu masih kekal di rumah itu seperti 20 tahun lalu. Kebanyakkan kedudukan
barang dan almari tidak berubah. Dia sendiri tidak faham. Adakah majikan ini
mempunyai minat yang sama dengan arwah ayah?
Sedang asyik Amsyar memerhati
sekelilingnya, dia ternampak Aina sedang menyiram pokok.
“Bukankah siram pokok diwaktu
pagi lebih baik berbanding waktu petang?” Amsyar menyoal Aina.
“Pagi dan petang saya siram
encik Am.” Jawapan selamba dari Aina.
Amsyar tak puas hati. “Semua
kerja di banglo ni, kau ke yang buat?” soalnya lagi.
“Ya.”
“Contoh kau buat apa?”
“Semua kerja. Cuci tandas,
kemas dapur, ruang tamu, bilik. Bersihkan halaman. Belakang banglo ni ada
kebun, saya akan berkebun. Majikan yang sebelum ni pernah hantar saya ke kursus
belajar elektrik selama enam bulan. Jadi saya dah pandai baiki lampu. Walaupun
susah, saya tetap cuba.” Jelasnya.
“Kau tak nak tinggal di bandar
dan ada ramai kawan...”
“Hidup saya hanya dengan alam
dan Allah kawan terbaik saya.”
Tenang sahaja wajah Aina
ketika menyatakannya. Amsyar rasa kagum pula. Dia tidak kisah dengan dunia
luar. Hidup tenang di sini sudah cukup membuat diri gadis itu gembira.
“Siapa nama majikan kau yang
dulu ni?” soal Amsyar. Semasa dia membeli banglo ini, dia tidak tahu siapa
pemiliknya. Hanya pembantunya yang uruskan urusan jual beli banglo ini.
“Puan Asmah...”
“Asmah Binti Kasim?” kata
Amsyar.
“Ya...”
Amsyar terus bangun dan
berlalu pergi.
Itu nama kakak mak. Kakak mak
yang dengki pada mak kerana mak menikahi dengan ayah. Dia sukakan ayah tetap
ayah sukakan mak. Patutlah rumah ini masih sama macam dulu.
Amsyar terus mengurungkan
diri.
Sudah dua hari berlalu. Aina
rasa bimbang. Dia yakin yang Amsyar ada di biliknya itu. Sepanjang Amsyar berada
di sini, dia tidur di rumah kecil berhampiran kebun belakang rumah.
“Encik Am, saya masuk ye? Saya
tak kisah encik nak marah saya, saya tetap akan masuk.” Aina terus melangkah
masuk ke dalam bilik Amsyar.
Kelihatan Amsyar sedang
berbaring dengan selimut seluruh badan. Aku rasa dia ni macam demam je. Dia
beranikan diri menyentuh dahi lelaki itu. Panas.
“Encik demam ni. Lebih baik
encik Am jangan selimut. Mak saya kata, kalau demam panas macam ni, biarkan
haba badan itu bebas. Jangan selimut.” Sebaik sahaja habis berkata, tangan Aina
pantas menarik selimut tersebut.
Terbeliak mata Aina melihat
Amsyar tidak berbaju itu. Tubuhnya memang nampak gagah. Macam badan pelakon Korea
yang terkenal tu, Lee Min Ho.
Dia rasa mahu di selimutkan
semula tubuh itu.
“Itu kata mak saya, encik Am.
Tapi kata saya pula, lebih baik Encik Am selimut. Itu lebih baik.” Malu Aina
dibuatnya.
Sejak itu, dua hari Amsyar
demam dan Aina yang menjaganya.
Sebaik sahaja Amsyar sihat,
dia terus memandu dan meninggalkan banglo tersebut.
Aku tak kisah pun, kena hina,
kena marah. Kena campak... Aku akan terus bersabar. Mak selalu pesan pada aku. Selagi
boleh sabar, sabarlah... Selagiboleh diam, diamlah... Selagi boleh tahan, tahanlah...
Sebab Allah tahu apa yang kita rasa. Ini semua dugaan-Nya.
Amsyar rasa mahu gila. Sejak dia
menghina Aina, hidupnya tidak tenang. Sudah seminggu dia meninggalkan banglo
itu. Dia bukanlah jenis orang suka menghina tetapi ketenangan wajah Aina
membuat hatinya tercabar. Dia mahu gadis itu rasa sakit hati tetapi dia tidak
berjaya melakukannya.
“Eh, encik jubin lantai ni
berangan pula!” Malik menegur sahabatnya itu.
“Kang aku kata jangan panggil
aku macam tu... Nama aku Mubin Amsyar. Punyalah sedap nama tu, jadi jubin
lantai pula.” Marah Amsyar. Dia cukup sensitif namanya di ejek begitu.
“Maaflah kawan. Aku panggil
kau Mubin, kau buat donno je. Jadi aku panggillah kau jubin tapi kau dengar la
pula.” Malik berkata.
“Yelah tu!”
“Aku tahu kalau kau tengah
berangan ni mesti pasal perempuan kan?”
“Kau ni memahami betul la.”
“Mestilah! Kau dah jatuh
cinta ke?”
“Ke situ pula kau ni. Jatuh cinta
apanya... Tak mungkin la.”
“Kalau bukan cinta, apanya?”
“Aku dah hina perempuan tu. Apa
aku kena buat ye?” Amsyar keliru dengan perasaannya. Makin lama dia biarkan
perasaan bersalahnya makin tidak tenang perasaannya. Dia menceritakan
segala-galanya pada Malik.
“Aku tahu! Apa kata kau buat
ni...”
Amsyar terangguk-angguk. Setuju
dengan cadangan Malik.
Aina rasa lain macam malam
itu. Seperti ada seseorang memerhatinya. Takkan Encik Am ada di sini. Kalau ada,
mana keretanya? Lantaklah.
Dia terus berlalu ke
kamarnya. Jam menunjukkan jam 12 tengah malam. Tadi dia menonton astro Ria. Ada
cerita yang membuatkan matanya bertahan sampai sekarang.
Ditarik selimut sehingga menutup
separuh badannya. Dia merenung di luar tingkap. Tiba-tiba dia nampak bayang
seseorang melintas di tingkap itu.
Dup Dap Dup Dap
Dadanya berdenyut kencang.
Dia tidak pernah menghadapai
situasi seperti ini.
Siapa tu? Hatinya bergetar
hebat.
Perlahan-lahan Aina bangun
dan keluar dari biliknya. Dia menuju ke dapur dan dapat mendengar orang
berbual.
“Macam mana nak bukak pintu
ni?”
“Manalah aku tahu.”
“Kau yang ajak aku, kau yang
tak tahu.”
“Aku ajak je tapi kau kan
mahir sikit dari aku...”
Aina rasa cuak.
“Aku dengar ada seorang
perempuan yang tinggal kat sini.”
“Berani ye dia, Wan?” katanya
“Berjaya!” Wan berkata. Dia berjaya
membuka pintu dapur tersebut. “Perempuan berani macam dia nilah yang aku suka. Lagi
pun rumah ni jauh dari rumah yang lain. Tak akan ada orang dengar walaupun dia
menjerit.” Mereka berdua ketawa kecil.
“Betul kata kau Wan. Aku pun
dah tak sabar nak jumpa perempuan tu.”
“Kau ni terdesak ke, Ali?”
soal Wan.
“Aku dah lama tak berperasaan
begini. So, teruja sikit.” Ali tersengih.
Aina yang mendengar perbualan
mereka rasa tidak sedap hati. Dia tidak pasti sama ada mahu melarikan diri atau
tidak. Mereka datang ke rumah ini bukan untuk mencuri tetapi mencari dirinya. Kalau
apa-apa yang terjadi pada dirinya, siapa akan membantunya. Aina kebuntuan.
“Ali, kau cari sana, aku cari
sini.”
“Okey!”
Mereka berdua sudah jauh ke dalam
rumah. Saat ini, Aina mengambil keputusan untuk melarikan diri sahaja. Itu jalan
terbaik. Dia tidak akan mampu melawan ke dua lelaki itu. Dia menarik nafas lega
apabila berjaya keluar dari rumah tersebut.
“Oi, Ali! Perempuan tu dah
lari!” cemas Wan. Dia nampak Aina berlari keluar dari tingkap.
“Lari! Tak guna! Kita kejar
dia!”
“Okey!”
Mereka berdua mengejar Aina.
Aina pula yang menyedari
dirinya dikejar, lagi laju dia lari. Malang tidak berbau, Aina terpijak kaca. Apabila
terlalu cemas, dia sendiri terlupa mahu memakai kasut atau selipar.
Dalam keadaan sakit, Aina
cuba juga berlari tetapi terlalu perit rasa sakitnya.
“Kau tak boleh lari dari
kami!” Wan terlebih dahulu mencengkam lengan Aina.
“Lepaskan aku!” Aina berkata
kasar.
Ali menghampiri Aina tetapi
dengan pantas, tangan Aina menumbuk perut Ali. Ali rebah.
Apabila Wan melihat Aina
menumbuk Ali begitu, dia memberi penampar sekuat hati.
Aina rebah. Mulutnya berdarah.
Wan mencengkam ke dua belah
tangan Aina.
Aina tidak akan membiarkan
dirinya diperlakukan sebegitu. Selagi tenaganya masih ada, selagi itu dia akan
terus mempertahankan dirinya.
Dia cuba meronta sekuat hati.
Tangan kanannya terlepas. Dengan pantas dia menumbuk pipi Wan dan terus berlari
ke jalan.
Lagi sekali dia rebah kerana
kakinya sudah lemah. Dia dapat rasakan kaca yang mencucuk sudah masuk ke dalam
isinya. Sakit!
Ali rasa terlalu geram. Dia bukak
tali pinggangnya dan mengikat tangan Aina. Aina tidak dapat berbuat apa-apa
lagi. Adakah ini takdirnya? Air matanya mengalir. Tubuhnya benar-benar lemah.
Tubuhnya diletakkan di bahu
Wan.
Tiba-tiba sebuah kereta lalu
di jalan itu. Wan dan Ali tidak sempat menyembunyikan diri.
“Oi! Buat apa malam-malam kat
sini?” soal Amsyar. Kebetulan Malik pun ada sekali ketika itu. Dia rasa bimbang
melihat dua lelaki bermuka pecah rumah itu. Manalah tahu mereka berdua
mengganggu Aina.
“Kami jalan je abang...”
ramah Ali.
“Siapa perempuan ni?” Soal
Amsyar lagi.
Aina yang mendengar suara
Amsyar terus bersuara. “Encik Am...”
Walaupun perlahan suara Aina,
tetapi Amsyar dapat mendengar dengan jelas suara itu. Dia kenal sekali. Lantas dia
keluar dari kereta dan dia yakin perempuan itu Aina.
“Tak guna kau!” marah Amsyar.
Malik membantunya.
Ali dan Wan tumpas.
Aina dihantar ke hospital
dengan segera.
Selepas beberapa hari...
“Kenapa encik Am datang pada
malam tu...?” soal Aina. Antara dia dan Amsyar rasanya tak ada apa-apa.
“Entah mengapa hati saya
tergerak nak datang ke banglo itu.” Selamba jawapan Amsyar.
“Oh... Terima kasih
selamatkan saya.”
“Kau ni ganas juga ye! Dua
orang penyagak tu teruk juga di tumbuk oleh kau. Boleh panggil Miss Boy ni..” Puji
Amsyar.
“Yelah tu... tapi walaupun
ditumbuk teruk oleh saya pun, saya tetap tewas di tangan mereka. Mujur encik Am
datang selamatkan.” Aina tersenyum tawar. Dia bersyukur sangat.
“Aku nak cakap sesuatu...”
“Cakaplah...”
“Dah beberapa hari aku
fikirkan pasal hal ini. Aku... Aku nak kau kahwin dengan aku. Aku rasa kau dah
jadi tanggungjawab pada aku...”
“Kahwin?” Aina terkejut. “Encik
Am jangan mengarut. Kahwin apanya..” garu kepala dibuatnya.
“Aku serius la...”
“Saya pun serius juga...
Antara kita, tak ada perasaan cinta. Saya baru kenal encik Amsyar seminggu
sahaja. Encik Am jangan mempermainkan perasaan saya.” Aina cuba bersabar.
“Aku tak kisah. Aku nak
bertanggungjawab pada kau, Miss Boy...” Amsyar memanggil Aina begitu.
“Sejak bila pula nama saya,
Miss Boy. Nama saya Aina Adeela la...” geram Aina.
“Miss boy tu sesuai dengan kau.
Semua kerja lelaki nak buat. Padahal kau tu perempuan.”
“Suka hati aku la... Selagi
aku boleh melakukannya, aku akan buat.” Geram Aina.
Amsyar sedikit tersentak
mendengar bahasa Aina yang sudah bertukar kasar.
“Kasarnya...”
“Aku dah lama sabar dengan
kau. Sekaran ni, kalau kau tak bagi aku tinggal di banglo tu, tak apa... Aku
cari banglo lain. Bukan rezeki aku nak duduk di banglo tu lagi.” Aina menyerah
kalah. Dia juga berfikir beberapa hari ini. Dia tinggal seorang di banglo itu. Jika
peristiwa Ali dan Wan itu menimpanya lagi, dia harus fikir dua tiga kali.
“Kalau macam tu kau kerja di
banglo mama aku!” cadang Amsyar.
“Tak nak!”
“Banglo aku...” Malik muncul.
Dia hampir tergelak besar melihat riak wajah dua manusia yang terkejut itu.
“Mana boleh bro...” Marah
Amsyar.
“Boleh!” Aina bersetuju.
“Banglo saya tak la besar
sangat tapi Aina boleh kemas rumah dan jangan risau, Aina akan tinggal di sana
dengan nenek saya.”
“Malik, kau ni dah lebih. Kau
dah cucuk jarum yang salah ni.” Geram Amsyar. Jarum dimaksudkan itu adalah Aina.
“Apa salahnya!”
“Aina, kau kahwin dengan aku
dulu, baru kerja dengan Malik...”
“Gila apa! Kau ingat kahwin
mudah ke?”
“Mudah la. Akad dan nikah!”
Malik gelengkan kepala. Kasihan
sahabat aku seorang ni.
“Aku tak nak kahwin!!!!” Aina
menjerit sekuat hati.
p/s: tak tahulah nak buat
penamatnya macam mana. Rasanya macam mana buat novel cerpen kali ini. Apa yang
akan berlaku pada Miss boy kita... jadi ke dia kahwin dengan Amsyar. Jadi ke
dia kerja dengan Malik? Adakah Amsyar dan Aina akan terus bersama? Gaduh? Cik penulis
pun tak tahu... jika ada idea lebih, masa lebih...insya allah akan muncullah
bab satu suatu hari nanti....ammiinnn....
Amin... Novel! Novel! Plz...
ReplyDeletehehehe sangat best2 ... kelako.. hahahhaahaha jubin lantai ... patut la pompuan tu tnye nme penuh dia ..dia taknk bgtau.. kelakar nme dia.. pompuan tu suka ckp lepas .. xmemasal tau nme dia terus gelak2 kahkah.. tapi last2 cter cm tergantung la... urmmmm...
ReplyDeleteBetul tu kata puteri ina... Tergantung la... Mungkin nak sambung jadi novel kot.... Apa2 pun best cita ni...
ReplyDeleteSyok gak...
ReplyDeleteSambung as mini novel
ReplyDeleteBetul gak mini novel... Lama sgt la kalau novel hihi
ReplyDeleteTak kemas . Jalan cerita mmg sedap . Tapi , tlg baca sblm publish
ReplyDelete