SALAM...TAK SANGKA DAPAT SIAPKAN DALAM MASA YANG CEPAT TAPI STILL PENDEK JUGA...TAPI TERLALU BANYAK KEJUTAN TAPI PEMBACA TAK PAYAH TERKEJUT SANGAT TAPI KALAU NAK TERKEJUT PUN APA SALAHNYA HIHIH BERAPA BANYAK TAPI LA...SEMOGA TERHIBUR MEMBACANYA...
Mana minah ni? Dah
nak berjanggut aku tunggu dia! Lambat atau dah lupa temujaji dia dengan aku?
Aku tak sarapan pagi tadi semata-mata mahu makan sarapannya. Harap berbaloi.
Izz Irfan bersandar
pada dinding pintu masuk ke syarikatnya. Menanti dengan penuh sabar.
“Maaf! Maaf!”
Syazwina muncul dengan nafas yang tercunggap-cunggap. “Sorry! Aku tak sangka
aku datang lambat macam ni sekali...” katanya.
“Tak sangka?” Izz
Irfan mengulangi kata-kata yang menyakiti hatinya. “Kau lambat! Aku denda kau!”
“Ala, apa denda-denda
ni! Aku dah siapkan kau sarapan pagi ni dengan penuh kasih sayang tau...” geram
Syazwina. Bersungguh-sungguh dia buat sarapan itu. Kalau tidak kerana lelaki
ini bakal suaminya, dia takkan buat punya.
Sejuk hati Izz Irfan
mendengar perkataan ‘kasih sayang’. Macam perasaan cinta Wina pada aku, masuk
ke dalam jiwa. Dia mahu tersenyum tetapi ditahan dulu.
“Mana sarapan yang
penuh kasih sayang tu? Mana? Bekas makanan pun tak ada kau bawa...” Izz Irfan
mula menyoalkan.
“Eh! Tertinggallah!”
Syazwina tersengih.
“Tertinggal?!
Tertinggal kat rumah ke? Kau ni memang cuai!” geram Izz Irfan. Perutnya lapar
ni...
“Ha’ah!Tertinggal
dalam kereta je.” Makin lebar senyuman Syazwina. Seronok dapat kenakan Izz
Irfan.
“Wina!” geram Izz
Irfan. Pagi hari sudah membuat dirinya amuk dan... dan... malu... “Kau pergi
ambik bekas makanan tu sekarang juga! Aku nak ke tandas sekejap.”
Selepas Izz Irfan keluar
dari tandas, dia menuju ke tempat kereta Syazwina. Gadis itu tunggu di dalam
kereta.
“Kenapa kau tak
tunggu kat lobi?” soal Izz Irfan lalu masuk ke dalam kereta bakal isterinya.
“Aku segan. Kau makan
kat sini je la.” Syazwina menghulurkan bekas makanannya. “Makanlah!”
Perlahan Izz Irfan
menyambut bekas makanan itu. Dia memandang wajah Syazwina. “Betul ke penuh
kasih sayang ni?” soalnya untuk kepastian.
“Betullah!”
“Jadi kau sayang aku
la?” soalan Izz Irfan berjaya memerangkap Syazwina.
Syazwina tidak keruan.
“Aku...”
Tiba-tiba telefon
bimbitnya berbunyi. Segera Syazwina menjawabnya salam yang diberi dihujung
talian.
“Kastina, kenapa ni?”
Izz Irfan sempat
menjeling Syazwina. Mana mungkin dia lupa pada minah lesbian itu. Dia suka pada
Syazwina. Dia ingat aku tak nampak itu semua.
“Baiklah aku datang tempat
kau nanti. Sekarang aku ada hal.”
“Siapa tu Wina?”
Sengaja Izz Irfan bertanya.
“Kawan...” jawab
selamba Syazwina.
“Okey...”
*****
Kastina mencampakkan telefon bimbitnya di atas
katil. Dia tidak suka Syazwina rapat dengan mana-mana lelaki. Jika itu yang
terjadi, Syazwina pasti akan melupakannya.
“Aku akan pastikan
Wina jadi hak aku! Aku tak nak dia lupakan aku macam lelaki yang tak guna tu.
Aku tak akan lupa wajah dia!” geram Kastina.
Dia menanti Syazwina datang
berjumpanya dengan sabar.
“Assalamualaikum....”
Syazwina terus masuk ke dalam rumah.
“Waalaikumusalam.
Wina. Datang pun kau. Lama aku tunggu.” Nada suara Kastina seperti mahu
merajuk.
“Kau ni. Aku ada hal
sikit...”
“Hal dengan lelaki.
Kau ni... Kalau dengan lelaki pasti kau lupa pada aku. Sedih tau!”
Syazwina mengeluh.
Kadang-kadang tidak larat dia mahu melayan sikap Kastina yang merajuk tidak
kena tempat.
“Mana ada? Suara
lelaki yang kau dengar tu, kawan lama kita la. Izz Irfan. Kau pasti kenal dengan
pengawas kerek tu.”
Kastina terkejut.
Lelaki tu? Dia buat apa dengan Wina? Aku tahu yang dia suka Wina. Tak kan cari
Wina sampai sekarang. Kena bagi tahu dia ni...
“Izz Irfan? Yang mana
satu?” Kastina berpura-pura tidak mengenali Izz Irfan.
“Ala, mamat yang
selalu kacau kau...”
“Oh! Yang tu aku
ingat! Dia memang suka kacau kau!” geram Kastina. Dia benar-benar benci lelaki
itu.
“Lantaklah!” Syazwina
tidak mahu lagi memikirkan tentang lelaki itu. Dia malu. Lebih baik aku fikir
benda yang lebih berfaedah.
“Jangan marah! Aku
ada kerja kosong untuk kau.”
“Sesuai ke dengan
pendidikan aku?”
“Mestilah sesuai.
Pembantu pegawai sumber manusia sebuah syarikat ni.” Kastina sudah merancang
sesuatu. Dia yakin. Jika Syazwina bersama lelaki itu, pasti pergaduhan yang terjadi.
Itu yang aku suka.
“Kalau sesuai, aku
tak kisah.”
“Okey. Nanti aku call
dia dan aku minta dia sendiri yang call kau.”
“Bereh! Thank kawan!”
Syazwina tersenyum.
“Nak ucap terima
kasih boleh tapi kau kena bagi aku pelukan.” Kastina berkata.
“Ya! Dah biasa peluk
kau ni!”
Syazwina memeluk
tubuh Kastina. Tanda dia berterima kasih pada sahabatnya itu.
Kastina tersenyum
gembira. Pasti rancangannya berjalan dengan lancar.
*****
Izz Irfan tersenyum
manis dalam pejabatnya. Dia rasa senang hati dapat makan sarapan yang dibuat
oleh bakal isterinya itu.
Peristiwa pagi tadi
berputar hebat dalam fikirannya.
“Apa yang kau masak
ni?” soal Izz Irfan.
“Kau ni tak dapat nak
teka ke apa tu? Itu namanya roti telur.” Geram Syazwina. Terang-terang ada
telur dan roti. Namanya pasti roti telur.
“Okey. Aku nak tengok
telur yang kau masak. Hangit atau sedang-sedang.” Izz Irfan mengangkat roti
yang berada paling atas.
“Itu pun nak tengok
juga ke?” Syazwina cemas. Mukanya mula merah kerana malu.
“Yelah!” serentak itu
mata Izz Irfan nampak telur yang digoreng dalam bentuk hati. “Love? So
sweet...” pujinya.
“Sweet ke?” Entah
mengapa dia rasa malu. Eh! Kenapa aku perlu rasa malu pula? Aku suka dia ke?
“Sweetlah. Aku makan
ye? Terima kasih...”
“Hoi!” jerkah
seseorang.
“Adik!” terkejut Izz
Irfan apabila ditegur kasar oleh Izz Isfan. Hilang terus kenangan pagi tadi. “Cuba
tegur abang tu elok-elok sikit.” Geramnya.
“Nak elok macam mana.
Banyak kali bagi salam tapi tak dijawabnya.”
“Yeke? Apa hal adik
datang pejabat. Kejap lagi dah lunch ni.” Soal Izz Irfan.
“Abi minta kita makan
bersama. Abi ada benda nak cakap. Pagi tadi abi call,” jelas Izz Isfan.
“Abi dah balik ke?”
“Ya. Dah balik pun...”
“Okey...”
Mereka berdua menuju
ke restoran di mana Danish menanti dengan sabar.
“Abi..” Mereka berdua
bersalaman dengan Danish.
“Duduk. Abi dah order
makan. So, kita makan dulu!” Danish memberi arahan.
Izz Irfan dan Izz Isfan
hanya mengikut sahaja.
“Irfan... Isfan...”
panggil Danish. “Perkahwinan Irfan tidak akan berlaku...”
“Kenapa pula abi?
Syazwina tu gadis yang baik.” Cemas Izz Irfan. Tiba-tiba abi tak bagi aku
kahwin ni.
“Perkahwinan Irfan
hanya akan berlaku jika Isfan juga berkahwin masa itu.” Tegas sekali suara
Danish berkata.
“What?” Izz Irfan yang
diamkan diri sejak tadi terkejut dengan kenyataan Danish. Aku kena kahwin juga.
“Abi bagi tempoh pada
Isfan untuk mencari gadis yang Isfan suka dalam sebulan sahaja. Lepas tarikh
tu, Isfan kena kahwin dengan perempuan pilihan Abi dan ummi.” Danish memandang
anak lelakinya.
“Abi, kita bukannya
berada di zaman dulu. Kena paksa kahwin macam ni...” bantah Izz Isfan.
“Adik...” tegur Izz Irfan.
“Abi, Isfan tak sedia
lagi mahu jadi suami. Kalau boleh Isfan nak jadi suami macam Abi tapi buat masa
ni Isfan tak ada ciri-ciri macam Abi. Rasa tak layak nak jadi suami.”
“Abi tak peduli. Abi
nak Irfan dan Isfan kahwin pada hari sama.” Danish berdiri tegak.
“Abi nak ke mana?”
soal Izz Irfan apabila melihat ayahnya berdiri.
“Nak pergi jumpa ummi
kamu tu. Entah barang apa yang dibelinya.” Danish tersenyum.
“Abi...” jelas sekali
wajah Izz Isfan kecewa.
“Adik jangan la
sedih. Nak abang carikan calon tak?” Izz Irfan cuba memujuk adiknya itu.
“Boleh juga tapi
ciri-ciri perempuan yang adik suka ni pelik sikit...” takut-takut Izz Isfan
berkata.
“Apa yang peliknya? Matanya
empat ke?” Izz Irfan cuba menceriakan sedikit suasana.
“Tak la... Adik suka
perempuan yang...” Izz Isfan panjangkan nadanya.
Nak lggggggg
ReplyDeletePendek!!!!! Pjg la lg!!!
ReplyDeleteYg apa, Isfan?!!! Huaaa...penderaan emosi betul lh...nak lg...kesian...kena paksa kahwin..meh kahwin dgn I'zzah...haha...
ReplyDeleteSuspens pula dh... Cepat sambung ria oi!
ReplyDeleteala..jgn bg gantung!!!
ReplyDelete