Followers

Tuesday 3 June 2014

5
Komen

KAU HAK AKU 14




SALAM... MAAFLAH PENDEK2 RIA UPDATE...BUKAN APA, IDEA PUN PENDEK2, CIPUT2... HIHIHIHI TAK APA..JANGAN MARAH2! SEDIH2! SEKARANG NI JOM KITA BACA... APAKAH CIRI WANITA YANG IZZ ISFAN SUKA...PELIK SANGAT KE? HIHIHI
 
Bab 14
Puan Lidya menanti suaminya, Encik Danish dengan penuh sabar. Dia sendiri tidak mengerti mengapa suaminya itu mahu memaksa Izz Isfan berkahwin pada hari yang sama dengan Izz Irfan. Apabila di tanya mengapa, tidak dijawabnya.
Dia menunggu Encik Danish di sini kerana dia tidak sanggup melihat air muka kecewa dan keterpaksaan Izz Isfan. Lagi pun dia yakin yang Izz Irfan akan memujuk adiknya itu.
“Assalamualaikum sayang...” Dapat juga Encik Danish mencari isterinya. Bimbang juga kalau tidak ketemui tadi.
“Waalaikumsalam. Macam mana abang? Isfan okey je kan?” soal Puan Lidya bertalu-talu. Dia bimbangkan perasaan anaknya itu. “Dia marah abang ke?”
“Sayang, anak kita tu jenis yang taat. Itu satu sifat yang buat abang sayang anak-anak abang.” Encik Danish tersenyum.
“Jadinya, kenapa abang paksa Isfan? Tak kasihan ke abang pada anak kita?” sayu hati Puan Lidya. Dia tidak mampu melihat wajah mendung anaknya nanti.
“Abang buat semua ini untuk kebaikan Isfan. Abang akui yang sikap Isfan lebih nakal berbanding abangnya tetapi itu tidak bermakna dia bebas melakukan apa saja.”
“Maksud abang?” Puan Lidya memandang suaminya dengan penuh minat. Dia mahu tahu rancangan suaminya.
Encik Danish merenung wajah isterinya. Tetap comel dalam pandangan matanya.
“Isfan terlalu sosial. Terlalu ikut nafsu gembiranya. Jika abang tak kahwinkan dia dalam masa terdekat ni, abang bimbang, nanti muncul perempuan-perempuan yang mengandungkan cucu kita. Abang tak sanggup cucu abang wujud dari hubungan zina.” Jelas Encik Danish.
“Tapi abang...” Tiada kata yang dapat Puan Lidya katakan.
“Shhh!” jadi telunjuk Encik Danish diletakkan dibibir isterinya. “Abang akan pastikan Isfan berkahwin dengan perempuan dari keturunan yang baik-baik.”
“Abang...”
“Dah! Jangan risau. Sayang dah makan ke? Kalau belum. Mari makan bersama abang. Abang tak makan banyak tadi, sebab nak teman buah hati abang seorang ni.” Pujuk Encik Danish.
“Belum. Mari abang...” Ajak Puan Lidya. Dia tahu, segala keputusan yang dibuat suaminya adalah tepat. Dia akan menerimanya. Dia tersenyum.
“Ini barulah isteri abang. Nampak manis apabila tersenyum.” Puji Encik Danish. Tangan Puan Lidya dicapai dan digenggam erat. Tangan itu sentiasa beku dan sejuk
Puan Lidya terpujuk.
*****
Izz Isfan sendirian. Pujukan abangnya sebentar tadi tidak dapat menenangkan hatinya. Selepas makan dan berbual, Izz Irfan meminta diri untuk pulang ke pejabat manakala dia masih setia di meja makan tersebut.
Termenung.
“Aku kena kahwin...” Mukanya blur.
“Hahaha... Kahwin je kot...” Air mukanya berubah kepada ceria. Ada senyuman paksa sedikit. Untuk beberapa seketika, senyuman itu mati.
“Kahwin...?” Pelbagai andaian yang dibuat dalam fikiran Izz Isfan mengenai status perkahwinan.
Aku tak nak kahwin! Rintih hatinya. Dia tidak sanggup memikirkan yang dia akan terikat dengan seorang perempuan. Tidak!!!
Dia teringat respons abangnya mengenai citarasanya terhadap perempuan.
“Tak la... Adik suka perempuan yang...” Dia menarik nafas panjang. “Tomboi!”
Izz Irfan terkedu. “Tomboi?”
“Ya. Tomboi. Wajah perempuan tomboi ni nampak comel je bagi adik. Walaupun mereka berpakaian lelaki tetapi tetap nampak cool dan pandai jaga diri sendiri.” Komennya.
“Tomboi?” Izz Irfan terus terbayang wajah Kastina. Gadis itu memang tomboi masa zaman sekolah dulu. Aku tak tahu pula zaman sekarang. Kena siasat ni.
“Abang... dari tadi sebut perkataan tomboi. Nak tolong adik atau tak ni?” geram Izz Isfan.
“Abang ada sorang kawan tomboi. Nanti abang perkenalkan. Abang ada mesyuarat ni. Nanti jumpa kat rumah.” Izz Irfan terus berlalu.
Bila teringat kata-kata abangnya itu membuatkan dia teruja mahu mengenali gadis itu.
“Peduli sahaja la!” Serentak itu, dia berdiri dan berpaling ke belakang. Dia tidak sedar ada seseorang di belakangnya itu.
Kedengaran dulang bersama cawan jatuh ke lantai.
“Kau ni buta ke? Orang jalan ke depan. Kau ni ke belakang. Apa kes?” geram seorang gadis.
Izz Isfan terkesima. Matanya tidak berkelip memandang perempuan di hadapannya. Memakai tudung tetapi dililit ke belakang. Pakaian pula, kameja perempuan warna putih dan seluar slack hitam. Pakaian yang sesuai untuk wanita pejabat. Simple but  i love you.
“Kau bisu ke? Lantak kau la!” perempuan itu ingin berlalu pergi.
“Tunggu! Aku gantikan minuman kau.”
“Tak payah! Aku ada duit aku sendiri. Tak payah nak minta duit lelaki.” Katanya kasar.
“Saya tak suruh awak minta tapi saya sendiri nak bagi.” Playboy Izz Isfan mula menguasai diri. Aku rasa dia ni sesuai jadi bini aku.
“Gedik!” Perempuan itu terus pergi.
Izz Isfan tidak sempat mahu mengejarnya. Dia tersenyum lebar. Bagaikan semua masalahnya terbang ke langit. Hanya perasaan bahagia yang di rasai.
Dia lupa mengenai perkara yang bakal membuat hidupnya huru hara.
*****
Kastina betul-betul geram. Tiada mood dia mahu minum selepas seseorang terlanggarnya. Sudahlah dia ada temujanji dengan seseorang. Lepas sejam bersama Syazwina tadi, gadis itu meminta diri untuk pulang.
“Mana dia ni?” Kastina sudah lama menunggu.
“Sorry lambat. Jalan sesak. Apa hal kau nak jumpa aku ni?”
“Ini pasal Syazwina...” Kastina memulakan bicaranya. Dia teruja dengan rancangan sendiri sehingga tidak peduli jika Firman Shah tidak sudi berjumpa dengannya.
“Kenapa dengan Syazwina? Dia sakit ke?” Firman Shah cemas. Sejak dulu lagi dia menyukai Syazwina tetapi gadis itu memutuskan hubungan gara-gara dia tersentuh tangan. Memang aku tak sengaja. Serius ni!
“Taklah! Lebih teruk dari ini...” Kastina tersenyum.
“Apa dia?”
Kastina memberitahu Firman Shah mengenai Izz Irfan yang sedang mengorat Syazwina dan dia bercadang supaya jawatan kosong di syarikat lelaki itu diberikan pada Syazwina.
“Baiklah! Aku setuju Syazwina memegang jawatan itu. Dia akan jadi pembantu aku nanti. Kau bagitau dia yang esok dia boleh datang ke pejabat aku.” Firman Shah tersenyum. Dia tidak sabar mahu berjumpa dengan Syazwina. Rindu sangat pada gadis itu.
“Okey...” Kastina tersenyum lebar. Rancangannya bakal dilaksanakan. Firman Shah dan Syazwina akan bergaduh setiap hari. Mereka memang tidak sesuai bersama. Kastina tahu itu semua.
Selepas sesi berbual dengan Firman Shah, dia ternampak seorang lelaki yang amat dikenali. Mana mungkin dia melupakan lelaki yang cuba memusnahkan hidupnya dan maruahnya.
Disebabkan terlalu marah, Kastina terus berlalu pergi.
“Kau yang menyebabkan aku jadi tomboi macam ni! Aku benci kau!”
“Awak!” Izz Isfan memanggil Kastina. Dia ingat yang dia tidak akan berjumpa lagi. Sebaik sahaja dia keluar dari tandas, dia ternampak gadis yang sudah mencuri hatinya.
“Kau lagi! Kau nak apa dengan aku hah?” marah Kastina. Moodnya benar-benar tidak menentu.
“Saya datang nak ambil semula benda yang awak dah curi dari saya...” kata Izz Isfan.
“Curi? Cakap tu bak-baik sikit! Mak bapak aku tak pernah ajar aku mencuri. Kau ada bukti ke? Aku curi apa dari kau hak?” makin mengamuk Kastina dibuatnya. Tiba-tiba curi aku mencuri. Aku masih mampu sara hidup aku. Tak perlu aku nak mencuri. Lagi satu, muka mamat ni macam familiar sahaja aku tengok...
Berkerut dahi Kastina sambil menunggu jawapan dari lelaki yang tidak dikenali itu. Macam playboy pun ada...
“Awak curi...” Izz Isfan tersenyum.

5 comments:

  1. Curi apa pula?buat saspens ke...

    ReplyDelete
  2. Curi hati eh? Setiap kptsn si vampire adalh yg terbaik...haha...kesian Is...tp dh jumpa org nya kn? Pelik btl taste si anak vampire yg nakal ni..hihi..

    ReplyDelete
  3. Pelik tp benar hahaha sambung lg...

    ReplyDelete
  4. :) lama takde update pasal anak2 vampire ni

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi